[ponteng dewan] PEMBANGKANG BANTAH SPEAKER, JANGAN HANYA MAKAN GAJI BUTA!
ADA YANG MEROSAKKAN NAMA PAS
Perangai ekstrem walaun sebenarnya lebih banyak merosakkan nama PAS dan PN.
Aku beri contoh Sdr. Nazri Hamdan. Aku tahu Nazri ni memang neutral. Ulasannya memang bebas dan tak berpihak tapi lebih kepada mendidik rakyat.
Tapi walaun tak puas hati. Sebab penjelasan yang Nazri Hamdan buat, mematikan persepsi jahat dan fitnah yang mereka cuba taburkan.
Jadi mereka serang Nazri Hamdan kaw kaw. Aku pulak yang naik geram. Berlagak macam pandai je walaun padahal tong kosong je.
Natijah dari itu, dua tiga posting terakhir bro Nazri ni troll walaun kaw kaw pulak sebagai balasan. Aku yakin Nazri ni masih neutral. Reaksinya itu sebagai membela diri, bukan sebab kecenderungan politik.
Tapi posting sebegitu merendahkan walaun. Aku suka. Sebab tu aku kata perangai ekstrem rugikan mereka sendiri. Buatkan orang lari dari mereka.
Aku harap walaun teruskan perangai huduh begitu. Makin kerap dia buat, makin ramai yang benci PAS. Semoga PAS/PN terus terkubur. Guane boh?
Raja Gelap II
.
Boikot bukan urusan agama.
Setakat ini belum ada lagi mana-mana negara atau mufti yang fatwakan wajib boikot. Ianya terpulang kepada individu. Nak boikot, teruskan. Tapi jangan kata wajib. Ia hanya harus.
Tapi nak boikot pun kena faham apa dan siapa nak diboikot. Bukan boikot buta. Ada boikot yang baik, ada juga yang lebih merosakkan.
Secara asasnya ada tiga jenis syarikat yang terkait dalam isu penjajahan ini.
Pertamanya, syarikat yang memberi sumbangan secara terus kepada tentera negara haram. Yang ini memang sepatutnya diboikot. Tapi ingat, tidak ada hukum wajib. Hanya patut diboikot.
Kedua, syarikat yang melahirkan rasa simpati pada negara haram itu tapi tidak terlibat dalam memberi sumbangan kepada mereka. Yang ini boleh diboikot tapi tidaklah sekeras yang pertama.
Untuk yang pertama dan kedua, tidak terikat sama ada ia milik Yahudi atau tidak.
Yang ketiga syarikat milik Yahudi yang tak terlibat sama sekali dengan negara haram itu. Simpati tidak beri sumbangan pun tidak. Yang ini tak sepatutnya diboikot. Sebab mereka cuma berniaga.
Apatah lagi jika syarikat itu ada beri sumbangan kepada masyarakat.
Tapi sekali lagi, tidak ada hukum wajib, harus dan haram. Sunat dan makruh pun tak ada. Cuma ada patut dan tak patut.
Semuanya terpulang kepada pemahaman individu. Kalau rasa wajar untuk boikot, teruskan. Kalau rasa tak wajar, tak payah.
Dan tak perlu pun desak/kecam orang lain yang tak seiring atau sependapat dengan kita. Guane boh?
Raja Gelap II
.
LIBERAL
Kerajaan PAS Terengganu semakin LIBERAL dengan membenarkan pemakaian bikini oleh pelancong asing dan SEKULAR kerana membenarkan perkara haram untuk menambah pendapatan negeri.
,
LOGO PKR DAH DITURUNKAN
Logo parti Keadilan sudah diturunkan dari website Liberal International sebagai observer member. Sebelum ini logo Keadilan di bawah Gerakan.
Keadilan bukan ahli (full member) pertubuhan ini. Logo Keadilan mungkin dinaikkan kerana DS Anwar pernah berucap di kongres atau forum mereka.
Gelaran observer memang diberikan kepada hadirin yang tidak menjadi ahli secara rasmi dalam suatu acara dibuat oleh mana-mana pertubuhan.
DS Anwar berucap pun bukan sebagai ahli. Ucapan beliau menyampaikan mesej politik Islam. Morsi sendiri menyokong DS Anwar berucap dalam acara itu (di Kaherah) kerana mereka (ahli politik Mesir) sikat untuk mendapat ruang.
Maka dengan ini isu ini dah boleh ditutup secara rasmi walaun boleh cari isu lain. Tapi jangan lupa tanya Dominic kenapa logo Gerakan masuk di situ. Guane boh?
Raja Gelap II
.
KENAPA MEREKA ALERGI DENGAN LEBERAL
Fairul Al-Qasas
Mereka begitu alergi dengan perkataan liberal.
Namun, semasa mereka memerintah, liberal dan sekular adalah amalan mereka.
Mereka bersifat SEKULAR dengan menambah pendapatan negara melalui Cabutan khas judi naik 22x.
Mereka bersifat LIBERAL dengan membenarkan pelbagai jenis konsert termasuk dari Pengamal LGBT.
Mereka bukan pejuang agama, mereka penunggang agama.
KELANTAN LIBERAL ?
Fairul Al-Qasas
Kerajaan PAS Kelantan semakin LIBERAL dengan membenarkan konsert dan SEKULAR menurut UAI kerana menganjurkan perkara haram untuk menambah pendapatan negeri.
ISU PALESTIN DIJADIKAN ASBAB MENGHASUT
Isu Palestin, di tempat lain jadi asbab kebersatuan rakyat. Tapi di negara kita terbalik pula. Isu Palestin digunakan untuk menghasut kebencian, mendorong perpecahan serta alasan untuk tuduh orang lain tak Islam dan sebagainya.
Malah ada yang akal singkat, termakan hasutan itu hinggakan terkeluar ugutan untuk bunuh menteri. Yang menghasut tu adalah munafik yang jelas. Mahukan mileage politik sampai menaburkan fitnah hinggakan mereka yang lemah akal terpedaya.
Isu laungan takbir dan bendera Palestin ni bukan susah sangat pun. Tanya je anak sendiri keadaan di sekolah mereka. Kalau tak ada anak, tanya orang yang ada anak. Benda boleh check sendiri, pergi percaya bisikan syaitan tu kenapa?
Kalau sekolah anak kita ok, maknanya isu tersebut tak wujud. Hanya mainan makhluk munafik berhati hitam yang mendapat laba dari perpecahan umat. Tapi kalau betul di sekolah anak kita ada masalah, cuba tanya sekolah lain.
Kalau sekolah lain lain semua tiada masalah, cuma sekolah anak kita je yang tak benarkan takbir, pergi buat laporan ke PPD. Atau kalau nak terus ke KPM pun tak apa. Itu caranya. Bukan sebab satu sekolah je buat hal, sedangkan seluruh sekolah lain tak ada masalah, nak salahkan menteri.
Anjing-anjing sebelah sana memang jahat. Segala benda sekarang ni nak salahkan kerajaan. Padahal masa dia memerintah dulu, ayam tak cukup pun dia salahkan rakyat sebab kuat makan ayam. Siap kata makan ayam banyak tak elok.
Benda tak susah kalau kita rajin gunakan akal. Tapi kalau kita tak guna akal sendiri, bergantung kepada otak mereka yang hatinya bersarang syaitan, itu yang timbul idea jahat sampai menghalalkan darah sesama muslim.
Kalau niat nak bela Islam, sayang Islam pun, cara tu kena betul. Jangan ingat orang yang buat fitnah tu layak masuk syurga. Jangan ingat mengadu domba tu Allah sayang. Dan jangan pernah rasa meragut jiwa seorang yang beriman (waima kafir zimmi pun) tanpa sebab yang syarie tu dikira jihad.
Kalau rasa diri tu jahil, belajar. Tapi biar berbilang guru. Supaya tak ditipu oleh ulama su'. Bandingkan hujah dan dalil. Kemudian nilaikan berdasarkan akal yang rasional. Bukannya bertaqlid buta sampai rela diperbodoh dan diperguna.
Negara ni ada undang-undang. Kalau ko termakan hasutan manusia syaitan dan bertindak luar batas, akibatnya ko akan rasa sendiri. Syaitan yang hasut tu takkan peduli pun nasib ko. Hidup tu jangan jadi bodoh. Guane boh?
Raja Gelap II
.
WALAUN KENA KERJA KERAS LAGI CARI KEDAI JUAL AYAM MAHAL
Subsidi ayam dah tak ada tapi ayam murah.. dulu harga kawalan RM9.40.
Sebelum ni, harga ayam murah pun pengeluar dapat RM1/kg.
Kalau jual mahal sangat, orang tak beli cari tempat murah. Kalau semua kedai mahal, orang cari lauk alternatif.. dengan cara tu harga dibetulkan balik.
duit subsidi bawa terus ke poket rakyat. Subsidi ayam tu tak sampai kepada yg kaya tapi kpd yg memerlukan.
KISAH NYATA
Che Ibrahim
Harakah oh Harakah... Kamu sendiri telah banyak sengsarakan ramai orang termasuk pencetak kamu sendiri....
MENYAMBUT KEDATANGAN PM JEPUN
Menyambut kunjungan Perdana Menteri Jepun, TYT Fumio Kishida yang mengetuai delegasi Jepun ke Malaysia dalam lawatan kerja sehari di Kompleks Seri Perdana pagi tadi.
Kami mengadakan pertemuan empat mata hampir satu jam bagi membincangkan perkara penting terkait hubungan Malaysia-Jepun serta pelbagai isu serantau dan antarabangsa yang menyentuh kepentingan kedua-dua negara.
Usai pertemuan, saya dan PM Fumio Kishida hadir dalam mesyuarat bilateral selama lebih satu jam bagi meneroka kaedah memperluaskan lagi kerjasama dalam pelbagai bidang meliputi lapangan perdagangan dan pelaburan, pendidikan, pertahanan dan keselamatan tenaga serta maklumat dan komunikasi.
Konflik Palestin-Israel turut menjadi agenda utama perbincangan. Dalam soal ini, saya dan PM Fumio Kishida senada menentang pencerobohan haram Israel di bumi Palestin serta bersetuju bantuan kemanusiaan perlu segera dihantar ke Semenanjung Gaza, yang kemusnahannya kini lebih parah ketimbang dampak pengeboman Hiroshima tatkala Amerika Syarikat meledakkan ‘Little Boy’ ke kota tersebut pada tahun 1945.
Kami turut menyinggung soal penubuhan cawangan Universiti Tsukuba di Malaysia, pelepasan air terawat dari loji nuklear Fukushima Daiichi serta komitmen memuktamadkan pelaksanaan Bantuan Rasmi Keselamatan (OSA) dan meningkatkan pelaburan antara kedua-dua negara.
Saya dan PM Fumio Kishida kemudian menyaksikan pertukaran Memorandum Kerjasama (MoC) antara Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dengan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Komunikasi Jepun.
#MalaysiaMADANI
APAKAH UMAT ISLAM DAN UMAT ARAB MENUNGGU RAKYAT EROPAH MEMBEBASKAN PALESTIN DARIPADA PENINDASAN ZIONIS ISRAEL?
Setiap kali berlaku kekejaman Zionis Israel terhadap penduduk Palestin yang memangsakan penduduk Muslim dan Kristian, negara-negara Arab dan Islam akan mengadakan protes besar-besaran. Itulah tindakan kebiasaan yang dilakukan sepanjang 75 tahun kewujudan negara haram Israel dan ianya tidak lagi menjadi sesuatu yang pelik. Namun yang anehnya tidak ada usaha yang serius dilakukan oleh kerajaan-kerajaan negara Arab dan negara Islam di rantau tersebut untuk bertindak menghentikan kezaliman Israel.
Turki yang menjalinkan kerjasama dengan Israel sejak tahun 1950 sehingga ke hari ini telah membuat berpuluh billion nilai dagangan di antara kedua-dua negara. Latihan ketenteraan bersama, pertukaran duta dan lawatan, serta kerjasama dalam sektor pelancongan giat dijalankan. Hal seumpama ini boleh ditamatkan segera sebagai tindakan politik yang tidak melibatkan operasi ketenteraan. Bahkan semakin zalim dan ganasnya Israel menyerang serta membunuh rakyat Palestin, semakin banyak negara-negara Arab yang dahulunya bermusuh dengan Israel, kini mula menjalinkan hubungan diplomatik dan kerjasama ekonomi dengan Israel seperti UAE, Bahrain, Sudan dan Morocco serta Saudi yang sedang berunding untuk menormalisasikan hubungan. Walaupun tidak sampai mengirimkan senjata kepada kepada penduduk Palestin untuk mempertahankan diri, setidak-tidaknya mereka boleh mengambil tindakan politik dengan memutuskan hubungan diplomatik, menghentikan kerjasama ekonomi dan menutup ruang udara negara-negara tersebut kepada Israel.
Di Tengah negara-negara umat Islam kekal bekerjasama dengan Israel, berlaku perkembangan yang menarik di Eropah apabila beberapa Kerajaan dan masyarakat Eropah bangkit menentang kekejaman Israel. Contohnya Republik Ireland yang bukan sahaja lantang dalam negara mereka, tetapi juga bersuara keras dalam Parlimen Kesatuan Eropah mengutuk kekejaman dan tindakan berat sebelah segelintir kuasa Barat. Protes besar-besaran telah berlaku di New York, Washington DC, London, Dublin, Paris dan Berlin melibatkan demonstran pelbagai agama dan bangsa menjadi satu gelombang baru yang mengecam Zionis. Ia adalah satu perkembangan baru yang menggerunkan pemimpin-pemimpin barat yang hendak bertindak menyokong kezaliman Zionis Israel.
Adakah bumi Palestin akan dibebaskan oleh masyarakat di Eropah berbanding sebahagian negara-negara Islam yang bersekongkol dengan Israel dan menguatkan ekonomi negara tersebut. Kekayaan yang Allah kurniakan berupa minyak yang begitu banyak di rantau teluk tidak digunakan untuk membantu membebaskan Palestin. Sebaliknya puluhan billion digunakan untuk membiayai perang untuk menjatuhkan Saddam Hussin di Iraq, menaja gerakan militan Al Qaeda dan ISIS untuk membuat kekacauan di Afghanistan, Iraq dan Syria serta membiayai operasi ketenteraan yang membunuh puluhan ribu rakyat Yaman.
Dalam masa yang sama, negara-negara kiri seperti Colombia, Bolivia, Chile, Cuba, Korea Utara, Russia, China dan Vietnam lebih keras mengecam Israel dan sebahagiannya memutuskan hubungan dengan negara tersebut. Persoalannya sampai bila umat Islam akan kekal menjadi penonton yang memprotes Israel dan mengeluarkan derma untuk membangunkan Palestin selepas negara tersebut hancur dibantai Israel. Tetapi negara-negara mereka kekal menjalinkan hubungan politik dan ekonomi yang menguatkan Israel, kemudian Gaza diserang lagi dan kita menderma lagi untuk membangunkannya.
Mohamad bin Sabu
Presiden
Parti Amanah Negara
APA PUN TAK BUAT.
Di Amerika, ada pertentangan di antara pro-Palestin dan pro-Israel. Di UK pun sama. Bahkan hampir di seluruh dunia wujud keadaan yang sama. Kecuali di negara ini saja.
Di Malaysia, boleh kata lebih ⅔ rakyat, tak mengira kaum dan agama, menyokong Palestin. Kalau ada pun yang sokong Israel, takkan berani nak sokong secara terbuka.
Tapi di negara kita, tetap wujud pertentangan juga. Sebab ada golongan yang nak dianggap dia lebih kuat sokong Palestin berbanding puak lagi satu.
Kalau nak nampak dia lebih kuat sokong tu dengan berusaha lebih membantu Palestin tu tak apa lagi. Ini tak. Dia tak buat apa pun untuk Palestin. Tapi dia sibuk remehkan apa orang lain buat.
Tujuan dia nak nampak kuat sokong Palestin pun bukan sebab simpati nasib Palestin. Tapi sebab nak dapatkan pengaruh. Senang cerita, Palestin ni jadi tunggangan mereka.
Begitulah jijiknya puak tersebut. Kalau disemak, tak ada pun apa-apa perkara signifikan yang mereka buat untuk bantu Palestin. Mereka sekadar hanya bercakap saja.
Kita rakyat yang cintakan keamanan, yang ikhlas mahu Palestin bebas, wajib jauhkan diri dari puak ini. Kerana kegelojohan mereka untuk kuasa akan merencat usaha untuk membantu Palestin. Guane boh?
Raja Gelap II
.
AWAT PULAK
*PN tidak bersetuju langkah untuk mendedahkan nama MP yang tidak hadir ke Parlimen dilaman web Dewan Rakyat kerana tindakan itu amat tidak bertanggung jawab.*
🤣
ELOK PONTENG SIARKAN SAJA.
Ponteng Parlimen itu satu perbuatan lebih tidak bertanggungjawab berbanding mendedahkan nama mereka yang tidak hadir..... Situ duduk
MODAL HABIS.
Isu Palestine - Israel bukan baru bermula, puluhan tahun dah. Perbahasan tentang istilah 'liberal' pun dah lama berlaku. Tetapi, mengapa sekarang kecuh di Malaysia? Pertama, mereka telah hilang kuasa dan tiada modal lain untuk serang PMX dan kjaan perpaduan. Kedua, mereka mahu kita lupa tentang masalah besar pemimpin mereka yg byk kes sakau. Ketiga, iri hati dan cemburu melihat kejayaan PMX memimpin negara dan berpengaruh di peringkat antarabangsa.
W. Fauzidin
MP KUALA KANGSAR KENA GANTUNG, ANWAR TETAP UNTUNG
Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid akhirnya dihukum gantung keahlian selama empat tahun oleh Bersatu.
Hukuman itu berikutan pengumuman yang dibuatnya menyokong kepimpinan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.
Dengan hukuman itu, semua jawatan yang dipegangnya dalam Bersatu juga tergantung dengan sendirinya.
Tetapi hukuman itu tidak menjejaskan kedudukan beliau sebagai Ahli Parlimen serta nilai satu undi yang telah diumumkannya kepada Anwar sebelum ini.
Undi Iskandar Dzulkarnain tidak tergantung dengan hukuman gantung yang diterimanya itu.
Bermakna, bersama Ahli Parlimen Labuan, Suhaili Abdul Rahman yang turut mengumumkan sokongan kepada Anwar, kedudukan sokongan majoriti kerajaan perpaduan di Parlimen kekal tidak berubah dengan jumlah 149.
Dalam erti kata lain, hukuman gantung keahlian itu tiada apa-apa kesan, baik kepada Iskandar Dzulkarnain dan juga untungnya kepada Anwar.
Sementara sokongan beliau kepada kerajaan tetap tidak berubah, Iskandar Dzulkarnain juga melalui keputusannya menyokong Anwar itu, paling mudah difahami ialah beliau sudah tiada hati lagi terhadap Bersatu serta tidak ingin bertanding lagi dalam PRU16 nanti.
Gantung atau tak digantung, hati dan jiwa Iskandar Dzulkarnain sudah tiada kepada Bersatu.
Menyimpan lagi beliau selama empat tahun melalui hukuman gantung hanyalah kerja sia-sia buat Bersatu.
Bukankah lebih baik dipecat saja dan padamkan terus namanya daripada Bersatu?
Sekurang-kurangnya dengan tindakan pecat itu, tiada kaitan dan tidak perlu dikenang lagi keberadaan Ahli Parlimen Kuala Kangsar itu dalam Bersatu.
Kenapa Bersatu tak berani memecatnya?
Di sudut lain, tidak berani memecat juga memperlihatkan kelemahan Bersatu dan ketidaktegasan parti itu dalam menguatkuasakan disiplin.
Bahkan dengan sekadar menghukum gantung keahlian saja, tiada apa-apa ketakutan pun untuk Ahli-Ahli Parlimen Bersatu yang lain untuk mengambil tindakan yang sama.
Apa lagi dengan Bersatu yang dilihat semakin tiada masa depan selagi dipimpin Mahiaddin Md Yasin yang pernah gagal sebagai Perdana Menteri dan ada pula kes mahkamah menunggunya, tidak rugi apa pun jika Ahli Parlimen mereka yang sedia ada memilih tidak bertanding lagi dalam PRU16 akan datang nanti.
Yang penting, dengan memilih memberi sokongan kepada kerajaan beserta peruntukan yang diterima untuk menjaga kawasan masing-masing, walaupun akibatnya akan dihantung keahlian, tapi khidmat sebagai Ahli Parlimen boleh dilaksanakan dengan sebaik mungkin.
Sebagai wakil rakyat, apakah yang lebih bernilai selain kemampuan berkhidmat dengan baik dan menggembirakan hati pengundi?
Lainlah kalau mereka kaya macam Mahiaddin? – ShahbudinHusin 05/11/2023.
https://shahbudindotcom.net/2023/11/05/mp-kuala-kangsar-digantung-anwar-tetap-untung.html
KES HAMPIR SAMA....BINCANG ELOK ELOK DI SUNGAI BULOH
InsyaAllah mereka akan kembali bersatu di Kajang nanti. Tak lama dah lagi Mahiddin akan temankan Najib dalam tu. Lepas tu Najib bolehlah nak tanya pasal cubaan Mahiaddin nak gulingkan Najib dalam UMNO masa isu 1MDB dulu.
Agaknya penyokong Najib dah lupa cerita tu. Masa tu Mahiaddin panggil pemimpin UMNO mesyuarat dia rumahnya dan cerita tentang Najib, menghasut untuk buat undi tak percaya supaya dia boleh ambil alih jawatan Presiden UMNO.
Sebenarnya, yang bercakap tu bukannya penyokong Najib sangat. Tapi machai Mahiaddin. Saja je nak tunggang nama Najib sebagai usaha terakhir untuk selamatkan karier politiknya yang kian malap. Dia kan memang pakar menunggang. Guane boh?
Raja Gelap II
𝟮𝟱 𝗗𝗢𝗞𝗧𝗥𝗜𝗡 𝗦𝗔𝗛𝗞𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗦 𝗔𝗗𝗔𝗟𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗭𝗛𝗔𝗕 𝗕𝗔𝗥𝗨 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗠𝗨𝗡𝗖𝗨𝗟 𝗗𝗜𝗦𝗘𝗕𝗔𝗕𝗞𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗦𝗔𝗜𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗣𝗢𝗟𝗜𝗧𝗜𝗞
Ini antara doktrin diucap, dilakukan dan diulangi pemimpin PAS:
1. Undi PAS maka undi Islam, undi selain PAS maksudnya undi Kuffar.
2. Undi selain PAS masuk neraka.
3. Ada nombor ahli PAS akan terus masuk Syurga. Tanpa nombor ahli dan sokong2 belakang akan terus ke Neraka. Mesti ada bukti keahlian.
4. Tak sokong agenda PAS seperti RUU355 hanya layak tanam di Jirat selepas mati.
5. Tidak sokong PAS, maka Islam hanya pada nama dan KP.
6. Hukum Bohong adalah Wajib contoh seperti Nik Abduh bohong tutup penipuannya demi 'maslahah'.
7. Haram kerjasama dengan orang yang keluar PAS. Samada taubat atau dihapuskan.
8. Amalan Qazaf boleh dilakukan untuk jatuhkan lawan walaupun dosa besar.
9. Haram mengkritik Ulama PAS. Mereka tidak maksum tapi mustahil bacaan politik dan tindakan mereka silap.
10. Kurniaan Syahid layak bagi pemimpin yang fitnah, maki hamun, qazaf, carut untuk lawan PM.
11. Pemimpin politik mesti Ulama dan Imam2 kerana hanya mereka faham Al-Quran. Wilayatul Faqih.
12. Mati masa mesyuarat PAS lebih baik dari mati semasa sujud dalam solat.
13. Hanya PAS Parti Allah (Hizbullah) sebagaimana dalam Al-Quran. Parti lain tidak.
14. Jika ditubuhkan parti Islam baru, maka hendaklah dibunuh parti baru kerana haram dibai'ah dua khalifah.
15. Mimpi berjumpa Nabi oleh pemimpin PAS adalah sumber hukum selepas Al-Quran, Sunnah, Ijma dan Qias.
16. Slogan Islam oleh musuh PAS seperti Madani atau Islam Hadhari adalah bathil kerana hanya PAS layak tegakkan Islam.
17. Kalau kita betul2 Ahli Sunnah Wal Jamaah, kena jadi PAS.
18. Merasuah pengundi halal dengan syarat mesti angkat sumpah "Wallahi, saya undi PAS".
19. Pemimpin dan parti yang berbaik dengan PAS sahaja ada iman yang lengkap. Yang lawan PAS adalah kafir harbi, munafik, sekular, liberal dan lawan Islam.
20. Hanya pemimpin PAS layak baca dan tafsir ayat Al-Quran. Ahli politik lain tak faham Al-Quran sebaik PAS.
21. Status Ulama diangkat apabila sertai Dewan Ulama PAS atau Majlis Syura Ulama PAS. Bukan kerana keilmuan dan sumbangan mereka kepada Ilmu Islam.
22. Fitnah halal bergantung kepada samada wujud niat membantu perjuangan Islam atau tidak.
23. Parti bukan Islam yang menentang PAS adalah Kafir Harbi kerana menentang PAS adalah menentang Islam. Mereka dikira zimmi bila bersama PAS.
24. PAS boleh tahu apa yang ada dalam hati manusia dan label mereka kafir, munafik, musuh Islam, sekular, liberal dll. Walaupun sabda Nabi: "Aku tidak diperintah untuk menyelidiki hati seseorang atau mengetahui isi perutnya.".
25. Jawatan Presiden PAS Hj Hadi tak boleh dicabar sebagaimana jawatan Khalifah. Dia telah capai tahap Mukmin Muttaqin yang tak lakukan dosa dengan sengaja.
26. Tambah sendiri dan share...
Ahmad Mursi
ZALIM PN NI. BAYANGKAN KALAU RAKYAT...DEPA TAK PEDULI PUN.. INGAT HARGA MINYAK TAK ADA TELUR DI PASARAN...KURUNG RAKYAT..DARURAT PARLIMEN...ZALIM KAN...
Che Ibeahim
Zalim PN ni... MP sendiri kena ugut, dia gantung 4 tahun, bayangkan layanan mereka kepada rakyat marhein, lagi la terok.
PULAK DAH . APA HAL PULAK KES MAT SEMBOYAN NI. AKU TAK PERNAH AMBIK POT PUN HAL MAMAT SWMBOYAN. TAPI KERAP PULAK SOH MASUK BLOG.
Dari inbox FB My Kuala Langat. Satu lagi vendor tuntut bayaran dari Semboyan.
𝐅𝐑𝐄𝐄𝐙𝐄𝐑 𝐑𝐎𝐒𝐀𝐊, 𝟏 𝐒𝐄𝐍 𝐏𝐔𝐍 𝐒𝐄𝐌𝐁𝐎𝐘𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐊 𝐁𝐀𝐘𝐀𝐑.
As-salam
saya nak share pasal Semboyan Supermarket
Saya mula supply product frozen Tishas dari hujung Oct 2021. Masa tu Semboyan baru nak bukak supermarket tu. Dari awal hantar stock smpai sekarang tak bayar walaupun 1 sen. Bila dah tutup, kena ambil freezer, dan freezer rosak. Freezer yg saya supply adalah freezer baru ye, beli khas 3k utk letak di semboyan.
Saya mintak bayar sikit2 pun takpe tapi hanyalah janji manis. Panjang lagi msg follow up payment yg dah masuk 2 tahun ni.
APA YANG WALAU FAHAM TENTANG LIBERAL.
Ahmad Mursi.
Liberal dalam spektrum politik tak sama liberal yang walaun faham hal akidah dan amalan Islam. Tapi oleh kerana isu akidah dah jadi senjata, mereka teruskan fitnah.
Isu Akidah senjata Khawarij.
Tapi bagus wacana macamni untuk sedarkan masyarakat makna liberal sebenar dan bukan yang disesatkan oleh walaun.
ERTINYA AHLI2 PARLIMEN PN KINI BOLEH DATANG SECARA INDIVIDU KEPADA KERAJAAN UNTUK BINCANG SOAL PERUNTUKAN
Sebagai reaksi kepada kenyataan Ketua Whip PN, Takiyuddin Hasan yang menegaskan pihaknya telah menghentikan rundingan dengan pihak kerajaan bagi membincangkan soal peruntukan kepada Ahli-Ahli Parlimen blok pembangkang, Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mahu mereka terus mengadakan perbincangan.
Katanya, mereka perlu terus mengadakan perbincangan dengan Timbalan Perdana Menteri ll, Fadillah Yusof berhubung permohonan peruntukan bagi kawasan Parlimen masing-masing.
“Bincang dengan TPM Fadillah,” katanya ringkas.
Ditanya tentang dakwaan Takiyuddin bahawa ada syarat yang perlu dipatuhi oleh Ahli Parlimen pembangkang sekiranya ingin mendapatkan peruntukan tersebut, Anwar berkata: “Tiada”.
Apa makna semua ini?
Ini bermakna, meskipun PN sudah membuat ketetapan menamatkan rundingan atau dalam erti kata lain menolak untuk mendapatkan peruntukan daripada kerajaan, tetapi pintu untuk Ahli-Ahli Parlimen blok pembangkang memperolehinya masih belum tertutup.
Mereka kini boleh datang secara individu untuk mengadakan perbincangan dengan Fadillah berkenaan peruntukan tersebut.
Mereka tak perlu lagi meminta kebenaran PN kerana PN sudah pun menamatkan rundingan dan tidak mahu lagi berbincang dengan kerajaan.
Setelah PN tidak mahu lagi berunding, pilihan yang tinggal bagi Ahli-Ahli Parlimen ialah dengan sendiri pergi berbincang bagi diri mereka sebagai Ahli Parlimen.
Lainlah jika setelah menamatkan rundingan dengan kerajaan itu, PN kemudiannya sedia menyalurkan peruntukan gantian, barulah logik jika Ahli-Ahli Parlimen tidak datang lagi berunding dengan kerajaan.
Jika mereka sendiri tak mahu memberinya atau tidak mampu menyediakannya, amatlah tidak wajar jika PN pula menghalang Ahli-Ahli Parlimen di bawahnya daripada memperolehi peruntukan daripada kerajaan.
Lagi pun, bukankah jika Ahli Parlimen datang berbincang secara individu dengan pihak kerajaan bagi memperolehi peruntukan, ia adalah kerana semata-mata mereka begitu mengutamakan rakyat dan ingin berkhidmat dengan lebih baik lagi?
Selain itu, tiada kuasa bagi PN untuk menghalang Ahli-Ahli Parlimennya daripada mendapatkan peruntukan daripada kerajaan yang faedah akhirnya adalah untuk kepentingan rakyat, bahkan tidak melanggar mana-mana undang negara.
Dalam hal ini, Perdana Menteri juga telah memberi jaminan tiada apa-apa syarat yang akan dikenakan kepada Ahli Parlimen yang mahukan peruntukan itu.
Jadi, apa lagi, ayuh Ahli-Ahli Parlimen PN…utamakanlah rakyat dan segeralah menemui Fadilah untuk memperolehi peruntukan itu.
Fasa berpolitik sudah tamat, PN pun tiada harapan lagi untuk menebuk atap atau menukar kerajaan.
Berbaki empat tahun lagi sebelum tibanya PRU16, baiklah pilih untuk terus berkhidmat dengan cara yang terbaik kepada rakyat.
Tanpa peruntukan atau dana kewangan dan sekadar sembang saja kuat, lama-lama rakyat pun pasti meluat.
Jadi, fikir-fikirkanlah….(ShahbudinHusin 04/11/2023.
https://shahbudindotcom.net/2023/11/04/ertinya-ahli2-parlimen-pn-kini-boleh-datang-secara-individu-kepada-kerajaan-untuk-bincang-soal-peruntukan.html
KEH..KEH..KEH..
Ibrahim Mat Isa
Lantak korang.. Yang nak terlungkup korang.. Rakyat bijak menilai mana MP auta mana MP yang bekerja untuk rakyat di kawasannya.. mengamuk lagi la jeneral pencen 🤭🤭
APA BUKTI KERAJAAN INI "DELIVER" DAN MEMBELA NASIB RAKYAT?
(1) Kerajaan ini berjaya menurunkan kadar pengangguran kepada 3.4% setakat Ogos 2023 iaitu mencapai tahap guna tenaga penuh dan selari dengan pengangguran sebelum krisis COVID-19.
(2) Kerajaan ini yang membela nasib pekebun kecil getah. Harga pengaktifan insentif pengeluaran getah ditingkatkan.
• Kali terakhir dinaikkan Bajet 2019 RM2.50/kg (YB Bagan),
• Belanjawan 2023 dinaikkan kepada RM2.70/kg, dan
• Belanjawan 2024 dinaikkan lagi RM3.00/kg.
(3) Kerajaan MADANI yang mendengar rintihan para pesawah:
• Tahun ini, menaikkan subsidi Harga Padi daripada RM360 kepada RM500 per metrik tan, dan
• Belanjawan 2024 meningkatkan harga lantai belian padi daripada RM1,200 kepada RM1,300 per metrik tan. (Kali terakhir disemak pada 2014).
Maka, siapa pula yang mengabaikan kebajikan rakyat?
(4) Kerajaan ini juga sejak awal komited memastikan kemudahan asas rakyat dalam keadaan baik dan sempurna. Kita telah segerakan pelaksanaan projek pembaikan sekolah dan klinik daif. Lebih 8,000 tandas sekolah yang rosak dan usang akan selesai dibaiki tahun ini juga. Usaha ini termasuk semua Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan (sekolah agama, SJKC dan SJKT). Tahun hadapan, ikhtiar ini akan diperhebat kepada tandas awam PBT seluruh negara, baik pulih jalan berlubang, selenggara kuarters Kerajaan serta menaik taraf premis penjaja kecil.
(5) Kerajaan ini juga akan mengembalikan geran bantuan RM20 ribu kepada semua Sekolah Agama Rakyat di samping menyediakan RM150 juta untuk menyelenggara institusi pendidikan Islam. (geran bantuan dihentikan pada 2003)
(6) Sejak sekian lama (2011) tidak disediakan, Kerajaan ini turut memperuntukkan RM100 juta kepada Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) yang telah banyak membantu usahawan PMKS khususnya wanita. Lebih RM350 juta pembiayaan kredit mikro juga disediakan melalui BSN, Bank Rakyat dan MARA untuk usahawan wanita.
(7) Di bawah Kerajaan MADANI, kita memberi peluang kedua dengan memperluas pelepasan status muflis kepada golongan muda bawah 40 tahun yang punyai hutang tidak melebihi RM200 ribu.
Ini hanya sebahagian contoh yang dinyatakan bahawa Belanjawan 2024 adalah terangkum serta mengutama kesejahteraan rakyat seperti penoreh getah, pesawah padi, murid sekolah, usahawan wanita dan belia.
#MalaysiaMADANI
LAGI KOMEN TENTANG WAN FAYSAL.
Dah aku katakan, lepas sorang, sorang wakil rakyat PN tunjukkan kebodohan. Tapi kali ni Wan Fayhsal potong giliran. Turn dia dah lepas. Patut dia tunggu tapi dia tak sabar pulak.
Dia berterima kasih kepada JPS Machang. Mungkin ada niat nak claim itu usaha dia. Mungkin la. Tapi macam aku kata, netizen sekarang tak sebodoh si lebai dan walaun. Mereka pandai cari fakta.
Bila ada yang puji Kerajaan Perpaduan yang berikan peruntukan, Faysal rasa terciduk. Entah memang dia tak reti atau saja nak perbodoh walaun, dia kata itu peruntukan JPS, bukannya Kerajaan Perpaduan.
Aduhai Fayhsal... JPS bukan sebuah kerajaan. Tapi agensi. Bila agensi, ia perlukan peruntukan. Bukan tiba-tiba ada peruntukan sendiri. Dan JPS tu agensi pusat. Jadi peruntukan datang dari kerajaan pusat la. Bukan kerajaan negeri.
Benda simple kot. Takkan benda semudah ini pun MP tak faham? Calon SPM pun boleh faham benda begini. Takkan Wan Fayhsal ingat JPS macam GLC, ke ada bisnes dan boleh jana duit sendiri?
Apa pun, posting mamat ini menjelaskan bahawa PMX, DS Anwar, tidak menzalimi rakyat. Walaupun Machang pilih pembangkang sebagai wakil, tetap peruntukan diberikan untuk persediaan menghadapi banjir.
Kalau tengok pada gambar sebelum, nampaknya jalan itu tak pernah diselenggara, termasuklah pada zaman PN berkuasa. Syukurlah DS Anwar jadi PM. Merasa juga Machang pembangunan. Guane boh?
Raja Gelap II
.
KENAPA AMLA DILULUSKAN.
Nik Hasyudeen.
Mengapa undang-undang anti-pengubahan wang haram digunakan untuk mendakwa penyakauan?
Lama dahulu apabila saya maklum bahawa undang-undang anti-pengubahan wang haram diluluskan oleh Parlimen, reaksi pertama saya ialah “ahli-ahli politik ni tak tahu ke, nanti ramai dari mereka akan masuk dalam”.
Untuk berdagang dengan negara-negara maju dan menggunakan sistem kewangan mereka, Malaysia perlu ada undang-undang anti-penggubahan wang haram. Kemudian, selepas peristiwa September 11, aspek anti-pembiayaan pengganas pula dimasukkan.
Apa beza di antara undang-undang anti-penggubahan wang haram dengan undang-undang jenayah yang lain seperti merompak, menyeludup dadah, melarikan dari membayar cukai serta rasuah dan salahguna kuasa?
Undang-undang anti-penggubahan wang haram ini membolehkan aspek kewangan jenayah-jenayah yang disenaraikan (di panggil kesalahan prediket) menjadi satu kesalahan yang tersendiri tanpa perlu pensabitwn kesalahan prediket di mahkamah. Ini bermakna undang-undang ini bersiri sendiri dan tidak bergantung kepada pembuktian di bawah undang-undang lain.
Kesalahan jenayah kolar putih seperti rasuah dan penyalahgunaan kuasa agak sukar dibuktikan menjangkau keraguan yang munasabah di mahkamah. Ini adalah kerana penjenayah menggunakan pelbagai kaedah untuk menghilangkan bukti. Malah, jika boleh salah guna kuasa untuk menyakau, boleh juga salah guna kuasa untuk menghalang siasatan dan dakwaan seperti memecat kerja penyiasat dan pendakwa. Ini dah berlaku, kan?
Oleh kerana penjenayah nak juga membelanjakan habuan penyakauan mereka, wang hasil sakau akan masuk ke dalam sistem perbankan. Ini mudah dijejak (money trail). Jadi, lebih mudah untuk mendakwa penyakau apabila duit masuk ke dalam akaun banknya dan kemudiannya berjoli sakan walaupun dia mendakwa duit itu adalah derma dari sahabatnya.
Di dalam pemerhatian saya, biasanya penjenayah (termasuk perasuah dan penyalah guna kuasa) akan didakwa di atas kesalahan prediket dan juga kesalahan penggubahan wang haram. Ada juga kes yang mana kes wang haram itu didakwa secara bersendirian.
Kita mungkin berasa undang-undang anti-pengubahan wang haram ini ganas kerana di bawah undang-undang ini kita dianggap tahu wang yang terlibat adalah wang haram (boleh rujuk seksyen 4(2) dan (3) Akta AMLA) kira juga bagaimana penyakauan yang berlaku menjahanamkan masyarakat. Ada yang sampai kerajaan menanggung hutang berbilion ringgit.
Oleh yang demikian, pihak yang menyiasat dan mendakwa kena bijak, pandai dan jujur. Janganlah pula undang-undang sebegini digunakan di luar skopnya. Nanti di hadapan Allah di akhirat, kuasa yang melindungi anda di dunia dah tak boleh menyelamatkan anda jika anda pula yang menyalah gunakan undang-undang AMLA ini.
MAKCIK ...CAKAP GUNA OTAK...
Mohd Alif
Kalau hantar bantuan ke GZ.A melalui udara ni mudah macam hantar santau angin, dah lama orang buat acik.
Bolehlah cuba hantar walaun jadi paraglider, tengok besepai ke tak kena roket dekat ruang udara Irseal.
TAHNIAH PDRM. ELOK LA MAMAT YANG BUAT UGUTAN CARINKERJA LAIN ATAU KENPALESTINE BERJIHAT.
Jamzuri Ardani
Syabas PDRM, cepat bertindak. Ini adalah satu peringatan kepada yang lain, kebebasan bersuara adalah hak rakyat yang di jamin, tapi bukan dengan memfitnah dan mengugut. Boleh provoke lagi kata jaga balai.
JOM KITA LIHAT NETIZEN MALUKAN WAN FEYZAL YANG NGOK
Dah aku katakan, lepas sorang, sorang wakil rakyat PN tunjukkan kebodohan. Tapi kali ni Wan Fayhsal potong giliran. Turn dia dah lepas. Patut dia tunggu tapi dia tak sabar pulak.
Dia berterima kasih kepada JPS Machang. Mungkin ada niat nak claim itu usaha dia. Mungkin la. Tapi macam aku kata, netizen sekarang tak sebodoh si lebai dan walaun. Mereka pandai cari fakta.
Bila ada yang puji Kerajaan Perpaduan yang berikan peruntukan, Faysal rasa terciduk. Entah memang dia tak reti atau saja nak perbodoh walaun, dia kata itu peruntukan JPS, bukannya Kerajaan Perpaduan.
Aduhai Fayhsal... JPS bukan sebuah kerajaan. Tapi agensi. Bila agensi, ia perlukan peruntukan. Bukan tiba-tiba ada peruntukan sendiri. Dan JPS tu agensi pusat. Jadi peruntukan datang dari kerajaan pusat la. Bukan kerajaan negeri.
Benda simple kot. Takkan benda semudah ini pun MP tak faham? Calon SPM pun boleh faham benda begini. Takkan Wan Fayhsal ingat JPS macam GLC, ke ada bisnes dan boleh jana duit sendiri?
Apa pun, posting mamat ini menjelaskan bahawa PMX, DS Anwar, tidak menzalimi rakyat. Walaupun Machang pilih pembangkang sebagai wakil, tetap peruntukan diberikan untuk persediaan menghadapi banjir.
Kalau tengok pada gambar sebelum, nampaknya jalan itu tak pernah diselenggara, termasuklah pada zaman PN berkuasa. Syukurlah DS Anwar jadi PM. Merasa juga Machang pembangunan. Guane boh?
Raja Gelap II
.
Senarai resort/chalet/campsite yang ada di Perak
Senarai resort/chalet/campsite yang ada di Perak
1. Dusun d'Kongso
2. Gopeng Glamping Park
3. Rock Garden Camping Resort, Malaysia
4. Roomstay Aiman
5. Hijau Adventures
6. Sumpitan Glamping
7. Cinta Abadi Resort Bidor
8. Chalet Atuk Dolah
9. Rania Beach Resort
10. Felda Residence Hot Spring, Sungkai Perak
11. Tingkat Valley
12. Chalet Latip D'Ayer Itam
13. The Roots Eco Resort Ipoh
14. Teluk Batik Resort
15. Suriabeachresort Pangkor
16. Tree Tent Campsite
17. Teratak Nipah Pangkor Homestay
18. D'KCC Recreation & Rehlah Centre
19. ABC-Air Beruk Campsite
20. Vagary Pangkor
21. Murni Camp
22. Draco Nature Camp
24. Pangkor Holiday Resort Malaysia
25. Bukit Merah Laketown Resort
26. Amazing Camp Legacy: Legends By Nature
27. Sentosa Villa Resort
28. Rumah Sungai
29. Sementra Nature Resort
30. Embun Resort Lake Sahom
31. Lata felda lawin selatan
32. Kuak Hill Resort
33. MyDusun Stay at Air Kuning, Taiping
34. Castella cafe
35. EXTREME LEADER
36. Pangkin Aki Mohd
37. Tok Janggut Homestay & Retreat in Taiping
38. Hermitage Boutique House
39. Lenggong Longhouse Campsite
40. Etaman Dusun Stay Tanjung Malim
41. Rumah Tangga Merah
42. KEBUN KITA.my
43. The Cedar at Bidor
44. Denai Kabus
45. rexpubgcamp
46. The Meadow Park Resort
47. Gerchang Lake House
48. Nak Jadi Agen Fiber Unifi
49. Pasang UNIFI
50. Chalet dusun pos kuala mu
51. LAMAN - Riverside Heritage
52. Rest House Slim River
53. D'Green Chalet Lenggong (http://wasap.my/60105567860/hargabilik )
54. Jonos FarmStay
Hotel/Resort/Chalet Yang Ingin Meletakkan Nombor Telefon Marketing Anda, boleh wasap.my/60175208101/nakiklan
RAKYAT TAK RUGI DAN SEMOGA MENDAPAT KELEBIHAN DENGAN PERUNTUKAN
Iskandar Dzulkarnain yang umumkan menyokong kepimpinan DS Anwar Ibrahim telah digantung oleh partinya untuk tempoh empat tahun.
Alhamdulillah. Satu keputusan yang kita amat aku alukan. Hukuman ini dengan sendirinya telah tutup cerita yang MP ini diugut.
Sebab kalau betul diugut, atau disogok, sepatutnya Bersatu berikan sokongan kepadanya. Malah tolong dia dedahkan identiti yang mengugutnya.
Tapi bila digantung, bererti sokongannya terhadap PMX adalah ikhlas tanpa sogokan mahupun ugutan pihak luar. Kini jelaslah semuanya.
Digantung bukan masalah. Iskandar masih lagi MP dan masih boleh terus berkhidmat kepada rakyat. Dan dengan sokongannya terhadap PMX, mungkin dia boleh dapat peruntukan. Tak adalah rugi mana pun digantung parti. Guane boh?
Raja Gelap II
.
















































