Petang tadi minum petang dengan teman-teman lama dari
MCKK batch 64'. Alhamdulillah semua sihat dan bertenaga.
Petang tadi minum petang dengan teman-teman lama dari
MCKK batch 64'. Alhamdulillah semua sihat dan bertenaga.
ABDULLAH MAT ISA
Akhirnya Khairy Jamaluddin mengakui juga kewujudan Syarikat MySJ
Sdn. Bhd.
Cuma kali ini Khairy Jamaluddin guna ayat "Pengambilalihan
Secara Pemberian Lesen." Sudah tidak gunakan perkataan
"Penjualan" sepertimana pengumuman dalam Mesyuarat Kabinet.
Itupun selepas didesak bertubi-tubi oleh Golongan Cerdik Pandai
Negara.
Banyak juga untung tu.
RM338.6 Juta tolak kos yang di-caj KPIsoft Sdn. Bhd. kepada
Kerajaan RM72 Juta masih berbaki RM 266.6 Juta yang Syarikat MySJ Sdn. Bhd.
dapat untung atas lesen pengambilalihan Apps MySejahtera TANPA melalui Tender
Terbuka.
Mudah sangat MySJ Sdn. Bhd. dapat lesen AmbilAlih Apps
MySejahtera. Senyap-senyap pula tu. Tau.. Tau.. Sudah Umum dalam Mesyuarat
Kabinet. Bila masa mesyuarat pun tak tahulah.
Bincang di Kedai Mamak barangkali.
Kita yang lepak Starbucks pun tak bincang Duit Rakyat Ratus Juta
dengan kawan-kawan.
Selepas ini Tengku Zafrul Menteri Kewangan susah dah nak sebut
"Kerajaan tiada duit jika mahu hentikan bantuan kepada rakyat."
Bantuan beri lesen kepada Syarikat Sendirian Berhad untuk claim
duit Kerajaan Ratus Juta Ringgit Kerajaan ada banyak pula duit. Takkan Tengku
Zafrul nak ulang modal Najib dan Lim Guan Eng - Kerajaan Tiada Duit.
Ratus Juta RM masuk ke akaun sebuah syarikat yang tidak-pernah
didengari nama sebelum ini.
Bantuan untuk rakyat siap ada geng Tengku Zafrul kirakan masa
tua anda nanti anda miskin sedangkan anda belum dapat pun Wang KWSP RM10 ribu
itu lagi.
Jangan Lupa Rakyat Marhain juga punya Hak Untuk Tidak
Membenarkan Data Peribadi mereka dijual kepada Pihak Ketiga.
Jangan Lupa Rakyat Marhain juga punya Hak untuk un-install Apps
MySejahtera.
Apps MySejahtera bakal menjadi milik Syarikat Swasta.
Bersedialah Data Peribadi kita dijual kepada Pihak Ke-Empat, Ke-Lima dan
Ke-Enam.
MySJ Sdn. Bhd. share laa keuntungan RM266.6 Juta yang bakal
claim kepada Kerajaan itu.
Bahagikan keuntungan pengambilalihan itu kepada 20 Juta pengguna
MySejahtera maka setiap dari kita yang data ada di dalam Apps MySejahtera itu
boleh dapat RM 246,600.00 ribu setiap seorang.
Bolehlah anda pergi bercuti sebulan ke Eropah.
Bermalam di Iceland atau beli rumah, beli tanah untuk bekalan
Hari Tua anda. Anda nak kahwin empat pun boleh. Itupun kalau ada perempuan nak
bermadu dengan isteri anda sebab perempuan itupun dapat RM246.,600.00 ribu.
Saya cuma nak tahu siapakah Pemilik MySJ Sdn. Bhd.?
Hebat
ka orangnya?
Jangan TIADA kelulusan Teknologi sudahlah sampaikan definisi
Apps pun tidak tahu.
Saya menulis kerana Degree saya Sains Teknologi dan Pendidikan
(Pengajian Islam). Saya belajar dan WAJIB LULUS banyak Subjek Teknologi untuk
mendapatkan Degree itu. Boleh tengok subjek-subjek Degree saya. Kebanyakan
subjek saya dapat 4.00.
Kemudian saya dihantar Kerajaan berkursus Pembinaan Aplikasi
Appsgen. Jadi saya menulis kerana saya tahu Khairy Jamaluddin sedang pusing
sana sini.
So Khairy Jamaluddin.. next time jawab soalan dengan jujur.
Jangan pusing sana sini. Lagi anda pusing, lagi rakyat marhain marah.
Saya tak marah laa. Bukan duit saya, buat apa saya marah. Duit
Kerajaan + Duit Rakyat kannn.
Saya cuma nak tahu siapakah Pemilik MySJ Sdn. Bhd.?
Adakah Pemilik Syarikat MySJ Sdn. Bhd. benar-benar layak
memperolehi lesen pengambilalihan MySejahtera?
Kalau berani keluarlah. Umumkan siapa anda.
Kayra, Putrajaya.
28 peratus sahaja berat buku teks dan latihan???
Ini merupakan kenyataan dari KPM melalui jawapan Timbalan
Menteri pada tahun 2022.
Jawapan yang sama pegawai KPM berikan kepada saya pada tahun
2018 yang telah saya arahkan mereka untuk perbetulkan selepas menerima kritikan
dari guru dan ibu bapa.
Apakah mereka gunakan kajian yg sama bagi tahun 2018?
Kajian yang dilakukan oleh pegawai KPM pada tahun 2018 itu telah
saya sangkal, maka lahirlah pekeliling untuk sekolah melakukan jadual anjal
demi menanggani masalah beg berat pada tahun 2018.
Walau bagaimanapun ianya tidak akan dapat menyelesaikan isu
tersebut secara mapan selagimana kita masih mengikuti kaedah lama di dalam
sistem pendidikan kita. Kita perlukan sistem pendidikan yang lebih baharu,
lebih berdaya saing dan selari dengan perkembangan zaman.
Maka, seperti yang telah saya berkali-kali utarakan di parlimen
dan wawancara media, kita perlu merujuk semula kepada Laporan JK Kajian Dasar
Pendidikan Negara pada tahun 2019, dan melaksanakan ‘Model Pendidikan Baharu’
(New Education Model) yang dicadangkn oleh lporan tersebut.
Model Pendidikan Baharu itu menekankan konsep tematik di dalam
pembelajaran, terutamanya di peringkat sekolah rendah, manakala sistem modular
untuk sekolah menengah. Pendekatan ini akan merubah paksi pembelajaran secara
holistik daripada tumpuan kepada guru dan buku teks kepada pembelajaran
berpaksikan murid dan kemenjadian murid.
Kita perlukan rombakan struktural ke atas kurikulum sekolah
kita. Keadaan pasca wabak Covid merupakan peluang untuk melakukannya. KPM tidak
perlu memulakan sekali lagi usaha tersebut (no need to reinvent the wheel).
Rujuk sahaja kepada Model Pendidikan Baharu tersebut dan juga Laporan JK Kajian
Dasar Pendidikan Negara.
Lihat:
https://premium.sinarharian.com.my/ampArticle/188418
https://www.utusan.com.my/.../rombakan-kurikulum.../
Cabaran untuk posisi Naib Presiden KEADILAN semakin rancak dengan
pengumuman rasmi mantan Ahli Parlimen Kapar, Manivanan Govin untuk bertanding
kerusi berkenaan dalam Pemilihan KEADILAN 2022.
Melalui siaran video berdurasi 4.00 minit, Manivanan menyeru agar
anggota KEADILAN memberi peluang kepada mana mana pemimpin yang setia dan
memiliki komitmen tinggi terhadap parti untuk dicalonkan sebagai bakal pemimpin
negara.
"Perubahan politik harus berlaku, perjuangan harus
diteruskan. Pemimpin yang berprinsip, komited dan setia dalam perjuangan harus
diberi ruang dan peluang.
"Jawatan merupakan satu amanat dan tanggungjawab. Kita
memegang jawatan untuk berbakti kepada rakyat, bangsa dan negara berteraskan
kejujuran dan dedikasi serta kredibiliti
"Berasaskan pedoman dan prinsip yang sama, saya Manivanan
Gowin dengan redah diri menawarkan diri dalam pemilihan parti yang akan datang
untuk bertanding jawatan Naib Presiden KEADILAN," katanya.
Sebelum itu, beliau mengingatkan anggota parti bahawa Malaysia
merupakan negara yang kaya raya dan makmur namun kesukaran hidup rakyatnya
bermula apabila membenarkan diri mereka dipecah dan diperintah oleh pemimpin
politik yang mementingkan kelompok tertentu serta korup.
"Malaysia negara yang mempunyai masyarakat majmuk, kita
dikurniakan pelbagai kekayaan muka bumi dan kekayaan semula jadi .
"Kita juga mempunyai kekayaan kepelbagaian, budaya, bahasa,
adat istiadat, pakaian, makanan dan warisan.
"Kekayaan ini wajar diraikan bersama. Walaupun bibir sedap
menutur, telinga gembira mendengar, ia bukan sesuatu yang mudah. Yang
memisahkan kita semua bukan rakyat biasa tetapi ahli politik yang rakus, angkuh
dan tamak kuasa," katanya.
Untuk itu, tegas Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia itu,
rakyat haruslah memastikan negara ditadbir oleh parti politik yang benar benar
membela hak semua kaum, telus dan berakauntabiliti.
Namun perjuangan untuk itu, katanya, harus bermula dengan
Pemilihan KEADILAN 2022 dan memilih pemimpin yang tepat serta mampu memikul
tanggungjawab.

PETALING JAYA: Bekas pegawai polis, Ali Amir Batcha membuat laporan terhadap bekas Ketua Polis Negara, Abdul Rahim Noor atas dakwaan penyalahgunaan kuasa.
Ali mendakwa dia ditahan secara tidak sah bawah Ordinan Darurat selama tiga tahun pada 1990-an atas dakwaan terbabit dalam satu rompakan bank.
Beliau mengadakan sidang media di luar Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam selepas membuat laporan itu di mana dia turut menamakan empat bekas pegawai polis lain, termasuk bekas Ketua Polis Johor.
“Saya ditahan menggunakan EO, dihantar ke Simpang Renggam dan menghabiskan beberapa bulan dalam kurungan bersendirian, di mana saya dipaksa mengaku melakukan satu rompakan yang berlaku pada 16 Jun 1995.
“Jika benar, kenapa mereka tidak menggunakan (rakaman) CCTV untuk mendakwa saya di mahkamah? Kenapa menggunakan undang-undang zalim itu?” soalnya sambil menyifatkannya “konspirasi”.
Rompakan bank itu didakwa berlaku di Johor dan Ali berkata, dia bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor ketika itu.
Ali berkata, satu tribunal khas dalam prosiding tertutup telah membersihkan namanya daripada dakwaan itu pada 2020.
Beliau memfailkan laporan itu selepas menghantar dapatan itu ke Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk diwartakan minggu lalu.
Penyelamatan Sapura Energy Berhad dalam apa keadaan sekali pun
tidak boleh menggunakan dana rakyat sebagaimana dicadangkan oleh mantan Perdana
Menteri Najib Razak.
Menurut Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli, tidak kira kerajaan
mana yang mahu menyelesaikan masalah Sapura, dana berkaitan entiti kerajaan
tidak seharusnya digunakan untuk menyelesaikan masalah kewangan swasta.
"Apabila saya bersuara sebarang usaha untuk menyelesaikan
kemelut kewangan Sapura tidak boleh melibatkan wang rakyat, Najib menimbulkan
isu kerugian wang rakyat melalui pegangan PNB di dalam Sapura, kehilangan
kerja, kerugian vendor dan pinjaman bank kepada Sapura.
"Pada dasarnya, sebarang permasalahan kewangan syarikat
korporat tidak boleh melibatkan wang rakyat kerana ia bakal mewujudkan budaya
urus tadbir yang lemah. Sekiranya syarikat-syarikat swasta diselamatkan oleh
wang rakyat setiap kali mereka berdepan dengan masalah kewangan, tidak ada
pertanggungjawaban untuk syarikat-syarikat swasta menguruskan perniagaan mereka
dengan cermat, bijak dan berdaya saing.
"Tambah pula, dalam hal ini, beberapa rekod kewangan Sapura
sejak sedekad lalu banyak mengundang kontroversi terutamanya berhubung bayaran
kepada pengarah-pengarah eksekutifnya yang juga mewakili beberapa pemegang
saham terbesar," katanya dalam kenyataan hari ini.
Selain itu, Rafizi yang juga akauntan bertauliah mendakwa berjaya
mengesan bayaran yang terlalu tinggi dan tidak wajar dalam laporan kewangan
Sapura yang telah menekan kewangan syarikat terbabit sejak sekian lama.
Katanya, gaji, bonus dan upah kepada pengarah eksekutif yang
mencecah ratusan ribu ringgit setiap hari (2013: RM123,351 sehari, 2014:
RM313,422 sehari, 2015: 245,893 sehari, 2016: 250,693 sehari, 2017: RM242,970
sehari, 2018: RM102,321 sehari, 2019: RM35,693 sehari, 2020: RM26,293 sehari
dan 2021: RM16,586 sehari) begitu juga pengarah eksekutif dibayar dalam bentuk
lain
Rafizi turut mendakwa menemui beberapa masalah yang menyukarkan
Sapura untuk bergerak dan mengembangkan operasi berasaskan keuntungan sektor
minyak dan gas.
"Sewa tahunan yang dibayar oleh Sapura kepada syarikat yang
berkaitan pengarah eksekutif dan pemegang saham yang mereka wakili sejumlah
RM149 juta. Ia dibayar sebagai sewa dalam tempoh 2013 hingga 2021.
"Yuran harta intelek (IP) sebanyak RM439 juta dalam tempoh
2013 hingga 2021. Saya difahamkan bayaran ini adalah yuran bagi membolehkan
Sapura Energy Berhad menggunakan nama “Sapura” yang dilesenkan oleh pemegang
saham," katanya.
Manakala bagi tempoh 2009 hingga 2021, dakwa Rafizi, terdapat
analisis kewangan yang menunjukkan beberapa perkara yang bermasalah.
Dakwanya, Sapura membayar pengarah eksekutif tertentu yang mewakili
pemegang saham majoriti sebanyak RM1.1 bilion sedangkan keuntungan yang
dipulangkan kepada pemegang saham sebagai dividen hanyalah RM683 juta.
"Nisbah keuntungan yang dikaut oleh pemegang saham terbesar
yang diwakili pengarah eksekutif adalah sekitar tiga kali ganda berbanding yang
diagihkan kepada pemegang saham lain yang dimiliki rakyat.
"Semua ini berlaku semasa Najib menjadi Perdana Menteri dan
Menteri Kewangan. Sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Najib memikul
amanah memberi hala tuju dan memastikan institusi dana rakyat seperti PNB dan
KWAP mendapat nilai yang terbaik dari pelaburan mereka
"Semasa dia ada kuasa dan pengaruh untuk memastikan ribuan
kakitangan Sapura tidak terjejas periuk nasi mereka, untuk memastikan syarikat
kecil yang menjadi vendor Sapura mendapat bayaran dan pelaburan rakyat mendapat
pulangan yang sewajarnya, di mana suara Najib ketika itu?" tanyanya
Oleh itu, sebagai penyelesaian, Rafizi berkata, secara bersiri
beliau akan membentangkan beberapa cadangan yang boleh dipertimbangkan untuk
memastikan Sapura keluar dari kemelut kewangan dan mengelakkan ribuan
kakitangannya kehilangan kerja.
Sudah lebih dua minggu sejak Rafizi Ramli mengesahkan hasrat bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR, tetapi sehingga ini belum diketahui lagi siapa yang akan berlawan dengannya.
Ada dua nama disebut-sebut mahu berlawan dengan Rafizi bagi mengisi kekosongan jawatan yang ditinggalkan Azmin Ali itu – Saifuddin Nasution Ismail, Setiausaha Agung PKR sekarang dan Farhash Wafa Salvador, bekas Setiausaha Politik Anwar Ibrahim.
Namun demikian, beberapa maklumat menyebut Farhash tidak akan bertanding jawatan itu kerana lebih selesa memberi laluan kepada Saifuddin, selain ingin memberi tumpuan menumbangkan Menteri Besar Selangor, Amiruddin Shari bagi jawatan Ketua Cabang Gombak.
Meski pun Saifuddin disedari telah menunjukkan kecenderungan dan keghairahan yang begitu ketara ingin bertanding jawatan Timbalan Presiden dengan mula mempromosikan dirinya sendiri melalui segmen “Arkib Keadilan” dalam media sosialnya serta turut menyindir-nyindir Rafizi, pengumuman rasmi untuk bertanding belum lagi dibuatnya.
Ada maklumat memaklumkan, beliau akan membuat pengumuman berkenaan sebelum bermulanya Ramadan Ahad ini atau pada minggu pertama bulan puasa nanti.
Sama ada mahu bertanding atau tidak, ia adalah hak serta pilihan Saifuddin menentukannya, apa lagi dalam PKR yang mottonya Lawan Tetap Lawan, barangkali menyertai pertandingan itu suatu keseronokan buat sesetengah orang.
Tetapi, dalam konteks bertanding jawatan nombor dua dalam PKR dan kedudukan parti itu serta PH yang keadaannya kini difahami semua, memilih untuk menyertai persaingan tidak harus bersandarkan asas keseronokan semata-mata atau dengan mengungkit nostalgia silam.
Hasrat untuk bertanding semestinya disertai dengan tawaran untuk masa depan kerana itulah nilai serta erti kita menawarkan diri sebagai pemimpin.
Berbeza dengan Rafizi, sebaik mengumumkan bertanding, beliau telah menjelaskan matlamat serta tujuannya dan kemudian memperkenalkan Ayuh Malaysia sebagai gerakan untuk merangsang minat rakyat, khususnya pengundi atas pagar terhadap pilihan raya, adalah jelas fokusnya tidak tersasar.
Lantaran itu, tidak menghairankan mengapa wujud keterujaan terhadap kembalinya semula beliau ke dalam kancah politik.
Lebih menarik, malah ia sudah pun dilakukannya iaitu Rafizi berjanji untuk menjawab segala “sembang kencang dan pakar semua benda” yang ditunjukkan Najib dalam media sosial sejak tiada kuasa dengan hujah serta fakta agar rakyat tidak terus terkeliru dan dikelirukan.
Hakikatnya, memang itulah kelemahan PKR dan PH sejak dua tiga tahun kebelakangan ini sehingga Najib dengan mudah mempopularkan dirinya, meski beliau adalah seorang yang sudah dijatuhi bersalah oleh mahkamah.
Bermakna, dengan apa yang diperlihatkan Rafizi sejak mengumumkan kembali aktif ini, beliau telah menampakkan dirinya sebagai nilai tambah dan permata harapan yang berharga kepada PKR dan juga PH.
Selain kembalinya beliau bersama Nurul Izzah Anwar yang turut menyemarakkan semula angin perubahan, adalah dipercayai Rafizi tidak akan berhenti setakat gerakan Ayuh Malaysia saja bagi mendepani PRU15 akan datang dan fasa-fasa perjuangan yang seterusnya.
Bayangkan bagaimana angin perubahan akan melanda negara ini jika selepas ini dengan jawatan Timbalan Presiden PKR dalam tangannya, selain bersama beberapa pendekatan baru yang akan diambilnya, beliau juga akan turun berceramah ke seluruh negara dan membuat beberapa pendedahan atau skandal dalam kerajaan sebagaimana dilakukannya sebelum PRU14 dahulu?
Apa yang ditampilkan Rafizi sekarang – tanpa keraguan – memberi lebih memberi harapan kepada PKR, PH dan Anwar menggapai cita-cita yang dikejar selama ini.
Adakah Saifuddin mampu melakukan sedemikian atau tampil lebih baik daripada Rafizi?
Sebab itu, mahu tidak mahu, Rafizi harus diberi laluan menduduki kerusi Timbalan Presiden dalam pemilihan parti itu Mei ini demi masa depan PKR, PH, Anwar dan agenda perubahan.
Selama ini pun, sebagai Setiausaha Agung, Saifuddin sudah ibarat pemimpin nombor dua di belakang Anwar dalam PKR, tetapi nampaknya parti itu tidak bergerak ke mana-mana, malah Anwar seperti nampak sendirian dalam banyak perkara.
Sementara diakui Saifuddin seorang penceramah yang hebat dengan kemampuan menampilkan bait-bait ayat serta perbendaharaan kata yang memukau, tetapi beliau bukan panglima yang mampu ke depan untuk menggerun, menakut dan memberi kebimbangan kepada lawan.
Jawatan sebagai Setiausaha Agung barangkali sudah cukup sesuai dan cocok buatnya.
Dengan demikian, andai tidak menjadi kesalahan, tidak menyinggung dan tidak juga dianggap suatu jenayah, ingin dicadangkan agar lebih baik Saifuddin menarik diri saja dan tidak bertanding jawatan tersebut.
Lagi pula kata ramai orang yang ditanya, jika beliau bertanding pun, memang menang belum pasti, tetapi kalah sepertinya sudah dalam tangan. – ShahbudinHusin 31/03/2022.