Tiada usul undi percaya terhadap PM dalam sidang Dewan Rakyat akan datang

 

Menurut ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang, lewat malam tadi beliau telah menerima notis dari Setiausaha Dewan Rakyat Nizam Bacha Mydin yang memaklumkan perkara itu.

“Tetapi yang sangat ketara adalah pengakuan bahawa tidak ada usul undi percaya kepada perdana menteri dalam urusan Parlimen kali ini,” kata Kit Siang

Bagi Kit Siang, usul undi percaya kepada pmenteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub sepatutnya menjadi perkara pertama yang dibahaskan iaitu pada 14 September.



Yang Dipertuan Agong sebelum ini telah menitahkan agar usul undi percaya dikemukakan terhadap perdana menteri sebaik sahaja selepas beliau dilantik sebagai perdana menteri.

Pada 18 Ogos lalu, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah agar Perdana Menteri baharu yang dilantik perlu mengemukakan usul undi percaya di Dewan Rakyat untuk mengabsahkannya mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin menerusi kenyataan Istana Negara berkata, baginda bertitah demikian mengikut Perkara 40(2)(a) dan 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

“Dalam hal ini, baginda selanjutnya bertitah bahawa selaku Ketua Utama Negara, baginda akan cuba sedaya-upaya untuk menyempurnakan tanggungjawab seorang Raja Berperlembagaan berteraskan keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-undang.

“Seri Paduka Baginda akan mempengerusikan Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu bagi membincangkan isu-isu semasa yang dijadualkan pada 20 Ogos ini (Jumaat).

“Seri Paduka Baginda dan Paduka Seri Sultan Perak (Timbalan Yang di-Pertuan Agong) menzahirkan pandangan bahawa kemelut politik yang berlarutan tanpa titik noktah mengganggu-gugat tadbir urus kerajaan ketika kita masih diancam pandemik Covid-19,” kata beliau.

Terkini! Papagomo digantung keahlian Umno 6 tahun?

 


Terkini! Papagomo digantung keahlian Umno 6 tahun?

Terkini! Papagomo digantung keahlian Umno 6 tahun?

EXCO Pemuda Umno, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papagomo, mengakui buntu mengenai status keahliannya dalam parti itu.

Ini kerana beliau mendakwa menerima satu pesanan melalui aplikasi WhatsApp semalam daripada Setiausaha Kerja Pemuda Umno menyatakan dirinya digantung keahlian selama enam tahun.

Bagaimanapun, Wan Muhammad Azri menyatakan beliau tidak mendapat makluman rasmi daripada Ibu Pejabat Umno atau Pejabat Pemuda Umno, setakat ini.

“Setakat hari ini, saya tidak dapat makluman daripada Ibu Pejabat Umno atau Pejabat Pemuda Umno berkaitan isu pengantungan ini.

“Cuma saya dapat sebaran WhatsApp, ada orang sampaikan kepada saya menyatakan bahawa saya digantung enam tahun.

“Tetapi saya tak dapat pengesahan dari mana-mana pihak termasuk daripada Ketua Pemuda Umno berkaitan isu ini,” katanya .

Pada masa sama, Wan Muhammad Azri memaklumkan beliau telah dikeluarkan daripada kumpulan WhatsApp Exco Pemuda Umno Malaysia.

Beliau percaya tindakan tersebut kemungkinan mempunyai kaitan dengan isu penggantungan keahliannya dalam Umno.

“Ketua Pemuda remove saya dari group itu, tak tahu kenapa. Mungkin juga isu ini (digantung keahlian).

“Saya tertunggu-tunggu juga (panggilan atau pengesahan) jika digantung mesti ada pengumuman rasmi atau Ketua Pemuda akan menelefon saya kerana saya Exco Pemuda Umno. Jadi saya pun tak tahu ini betul atau tidak,” katanya.

Tambah Wan Muhammad Azri, sekiranya benar perkara itu, mesti beliau orang pertama dimaklumkan mengenainya.

“Saya nak cakap tentang hal ini pun susah kerana saya tidak pernah dipanggil Lembaga Disiplin sebab prosedurnya akan melalui Lembaga Disiplin dulu.

“Tiba-tiba dapat mesej saja, jadi kelirulah dekat situ. Contoh Tun Faisal, beliau dipanggil, kemudian baru digantung oleh Lembaga Disiplin Umno,” katanya.

Sehubungan itu, Wan Muhammad Azri berkata, tanpa makluman rasmi, beliau akan terus menjalankan tanggungjawab sebagai Exco Pemuda Umno.

Pada 28 April lalu, Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dilaporkan berkata seorang Exco pergerakan itu akan dihadapkan ke Lembaga Disiplin parti berikutan tindakannya yang didakwa bercanggah dengan pendirian Umno dalam soal hubungan dengan Bersatu.

Bagaimanapun, Asyraf Wajdi tidak mendedahkan nama individu terbabit dan menyerahkan kepada Lembaga Disiplin serta Majlis Tertinggi Umno membuat keputusan.

Sebelum itu, sekumpulan ahli Umno Bahagian Wangsa Maju menyerahkan laporan salah laku Wan Muhammad Azri kepada Lembaga Disiplin.

Dalam laporan itu, Wan Muhammad Azri didakwa melanggar Perlembagaan Umno menggunakan Facebook miliknya sama ada dalam bentuk kenyataan bertulis mahupun rakaman video.

Hantaran itu antara lain didakwa cuba memujuk akar umbi dan pemimpin Umno untuk bersama dengan Bersatu sedangkan putusan Perhimpunan Agung Umno 2020 menolak kerjasama itu.


BEKAS MENTERI PALING MENGARUT TETAP KENA KECAM

 


Panas! Rina dianggap hina jalur gemilang, dikecam tunjuk dada


Panas! Rina dianggap hina jalur gemilang, dikecam tunjuk dada


 


Sumber | Facebook Rina Mohd Harun



Agus: Komuniskah yang menjajah kita atau British?

 


Agus: Komuniskah yang menjajah kita atau British?


Mengapakah setiap tahun kita menyambut hari kemerdekaan dengan membincangkan soal komunis. Apakah komunis yang menjajah kita? Kita dijajah oleh British, bukannya komunis.

2. Jadi, apa kaitannya komunis dengan kemerdekaan kita? Di Tanah Melayu, komunis ini adalah parti politik sahaja yang menubuhkan Parti Komunis Malaya (PKM) pada tahun 1930.

3. UMNO pula ditubuhkan 16 tahun selepas itu. Seperti UMNO, PKM juga menentang penjajah British. Bezanya, setelah penubuhan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948, UMNO menjadi baik dengan British, manakala Melayu yang berhaluan kiri menentangnya.

4. Antaranya ialah Pak Sako dan Ibrahim Yaakob. Mereka menubuhkan KMM dan PKMM untuk menuntut kemerdekaan Tanah Melayu. British tidak senang dengan perjuangan ini lalu melabelkan mereka komunis. Begitulah British, jika ada yang melawannya dilabelkan sahaja sebagai komunis.

5. British tanamkan perasaan benci kepada komunis supaya orang Melayu sayangkan British sedangkan Britishlah yang menjajah kita. Jika di Indonesia, sesiapa sahaja yang bekerja dengan penjajah Belanda dipanggil anjing Belanda.

6. Kita telah lebih enam dekad merdeka. Namun, setiap kali kemerdekaan kita masih bincangkan tentang komunis. Untuk apa?

7. Hendak kata komunis masih ancaman pada negara, kerajaan telahpun menandatangani perjanjian damai dengan PKM di Haadyai pada 2 Disember 1989, dan sejak itu berakhirlah ancaman PKM.

8. Maka, setelah 64 tahun merdeka, kita bawalah naratif baharu dalam meraikan kemerdekaan. Kita sambut kemerdekaan dengan wajah Keluarga Malaysia—nama kerajaan baharu kita.

9. Jangan jadi seperti penjajah British yang suka melabelkan pihak yang tidak disukainya. Usah kita menanam benci hanya kerana perbezaan politik.

10. Tahun ini kita sambut kemerdekaan dalam suasana pandemik dengan keadaan ramai rakyat susah. Oleh itu, muncullah banyak program ‘kerajaan menjaga rakyat’ dalam dua hari berbaki ini daripada mengisahkan tentang komunis.

Setelah Ismail Sabri jadi PM, ROS buat u-turn, keputusan Umno tangguh pemilihan kini sah

 Setelah Ismail Sabri jadi PM, ROS buat u-turn, keputusan Umno tangguh pemilihan kini sah


Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) telah membatalkan keputusannya yang menyatakan keputusan Umno untuk menangguhkan pemilihan parti tidak sah.

Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan mengesahkan menerima surat daripada Ketua Pengarah ROS Jasri Kasim yang memaklumkan kepadanya mengenai keputusan baru itu petang tadi.

Ahmad mengatakan perkembangan itu hadir setelah dia dan peguam Umno menyerahkan dokumen dan pernyataan tambahan kepada ROS pada 9, 11 dan 18 Ogos serta penjelasan yang dibuat oleh sebilangan ahli majlis tertinggi Umno pada 24 Ogos.

“Berdasarkan semakan kepada keterangan dan dokumen tambahan yang telah saya dan peguam Umno berikan pada 9 Ogos, 11 Ogos, 18 Ogos dan beberapa keterangan Ahli MKT pada 24 Ogos, adalah didapati bahawa keputusan penangguhan pemilihan Umno untuk penggal 2021/2023 telah dibuat secara teratur,” katanya.

Oleh itu, katanya pemilihan untuk semua jawatan dalam majlis tertinggi, bahagian dan cabang Umno akan ditunda sehingga tarikh yang akan diumumkan.

Pemilihan parti itu mesti diadakan sebelum 29 Disember 2022.

Bagaimanapun, katanya, perhimpunan agung tahunan di semua peringkat masih boleh berlangsung tahun ini.

“Tarikh akan diumumkan kemudian,” katanya.

Ahmad Maslan mengucapkan terima kasih kepada pihak ROS atas kerjasama yang diberikan.

ROS pada 6 Ogos menyatakan bahawa keputusan Umno untuk menangguhkan pemilihan partinya selama 18 bulan adalah tidak sah.

Ini dengan alasan bahawa majlis tertinggi parti membuat keputusan untuk menangguhkan hanya setelah masa penggalnya telah berakhir.

Bagaimanapun, Ahmad menjelaskan bahawa keputusan itu diambil sebelum berakhirnya penggal perkhidmatan mereka.

AGAK2NYA TETAP SAMAKAH KEPUTUSAN ROS JIKA PM KETIKA INI MASIH LAGI MAHIADDIN?

 

*UMNO & ROS*

(Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia)

Pada lewat petang 30 Ogos 2021, saya telah menerima surat daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS) / Ketua Pengarah Tn Hj Jasri Kasim, rujukan surat PPM/WKL 251/88 JLD. 11 (1).

Berdasarkan semakan kepada keterangan dan dokumen tambahan yang telah saya dan peguam UMNO berikan pada 9 Ogos, 11 Ogos, 18 Ogos dan beberapa keterangan Ahli MKT pada 24 Ogos, adalah didapati bahawa keputusan penangguhan pemilihan UMNO untuk penggal 2021/2023 telah dibuat secara TERATUR.

Oleh itu, pemilihan jawatan UMNO untuk MKT, bahagian dan cawangan adalah ditangguhkan ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kepada ROS iaitu sebelum 29 Disember 2022.

Walaupun begitu, mesyuarat tahunan untuk cawangan, bahagian dan Perhimpunan Agung (tanpa pemilihan) dengan kehadiran 1/4 korum masih perlu diadakan pada tarikh dalam 2021 ini. Tarikh-tarikhnya akan dimaklumkan kemudian.

Terima kasih diucapkan kepada Presiden, Timbalan, Naib-naib Presiden, Ahli MKT kerana memberi panduan dan juga kepimpinan UMNO serta ahli yang sabar dan tabah melalui episod yang berlaku.

Terima kasih kepada KP ROS / Pendaftar Pertubuhan dan pegawainya yang telah memberikan kerjasama baik di sepanjang semakan dan pertemuan kami.

Salam perjuangan.

Salam MERDEKA 31 Ogos.

(Ahmad bin Maslan)

*Setiausaha Agung UMNO*

30 Ogos 2021, 9 malam.



KAH..KAH..KAH..DIA MEMANG TAK CERDIK PUN.....KARTUN..

 


Panas! Peja buat sidang media mengaku kurang cerdik

Panas! Peja buat sidang media mengaku kurang cerdik

‘Saya minta maaf atas kekhilafan saya mengenai video yang tular itu’.

Demikian jelas Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dalam sidang media pertamanya selepas Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia Menteri dan Timbalan Menteri di Istana Negara pada Isnin.

“Pertama sekali, saya rasa bersyukur, kerana apa yang saya katakan itu adalah sebelum saya angkat sumpah sebagai Menteri KBS. Apa yang saya katakan itu merupakan kekhilafan, kesilapan dan kurang cerdik.

“Saya ingin mengambil peluang ini untuk memohon maaf kepada Datuk Hamidin Mohd Amin selaku Presiden FAM dan Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam. Saya faham perkara itu tidak seharusnya saya sebut di atas kesilapan itu yang telah mengakibatkan satu perdebatan di sosial media.

“Saya juga ingin memohon ampun dan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia. Alhamdulilah, saya telah belajar dari kesilapan itu, hari ini saya mengangkat sumpah sebagai Menteri KBS dan saya perlu tahu apa yang boleh dan tidak boleh dikatakan secara terbuka,” katanya.

Menurut Ahli Parlimen Tambun itu lagi, perkara berkenaan amat dikesali dan tidak akan berlaku lagi.

Fokusnya, kata Ahmad Faizal, ketika ini adalah untuk melihat mutu bola sepak negara dapat dipertingkatkan.

Terdahulu, Ahmad Faizal dalam satu video yang tular di laman sosial antara lain, mendakwa Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) sedang mempertimbangkan untuk membuka saingan Liga Super pada musim depan kepada 16 pasukan berbanding 12 pasukan ketika ini.

Video yang tular di media sosial itu dipercayai telah mencetuskan perdebatan hebat dalam kalangan netizen yang mendakwa Ahmad Faizal memberi bayangan pasukan Bola Sepak Perak atau lebih dikenali sebagai The Bos Gaurus berkemungkinan akan terus kekal beraksi dalam Liga Super.

LIHAT SELURUH RAKYAT PERAK- JIKA INILAH EXCO KESIHATAN YANG ADA...BERMAKNA KES COVID DI PERAK TIDAK KEMANA


 

MENANTU HADI KURANG AJAR DENGAN MB ‼️SILA LETAK JAWATAN SEGERA ‼️

EXCO KESIHATAN PERAK BENGGONG- TAK TAHU NAK JAWAB SOALAN TENTANG KESIHATAN PERAK.

 



[VIDEO] Panas! Menantu Hadi kena serang bertubi-tubi, hanya baca teks

[VIDEO] Panas! Menantu Hadi kena serang bertubi-tubi, hanya baca teks

 

Video Player




00:00
10:10

APA ERTIYA SEBUAH KEMERDEKAAN

 

HAMZAH RIE NA


Erti sebuah kemerdekaan?

Apa ertinya sebuah kemerdekaan, jika hak hakiki rakyat pun mampu dicuri

Mandat milik kami dilarikan tanpa belas ehsan.

Apa ertinya sebuah kemerdekaan

Jika rakyat masih lagi dalam kelemasan air mata kepayahan diatas bumi sendiri.

Apa ertinya sebuah kemerdekaan yang atas menindas dan menganggap ianya adalah anugerah tuhan.

Apa ertinya sebuah kemerdekaan

Jika yg miskin makin melarat

Yang berkuasa tiada kuasa mengubah

Tetapi hanya mampu tengadah.

Apakah ertinya sebuah kemerdekaan di bumiku ini?

 

TAK HAIRAN LAH KES MENURUN- TU PUN NAK DRAMA

 

MOHD MUKHLIS

Padanlah kes menurun, dah la saringan mengurang, kadar positif 17% tu kira tinggi. Syok betul jadi menteri kerajaan Melayu Isle, semuanya feel good factor padahal the whole nation is burning down. Macam ada doktor bangga kes kategori 3 dan 4 kurang, thanks captain obvious, yang brought in dead makin naik tak mahu ulas?


May be an image of 1 person and text


Apa yang nak dibanggakan sgt kes turun lagi JIKA KADAR POSITIF JANGKITAN COVID-19 SEMAKIN MENAIK !!

Sebenarnya angka² kes pada hari Sabtu, Ahad & Isnin selalunya mmg akan turun SEBAB saringan berkurang.

Tak usah nak perdaya perbodohkan rakyat dgn angka² kes turun tu.

Formula Kerajaan Gagal kawal Covid.

Kes berkurang..

KURANGKAN SARINGAN.

Kes menaik..

TAMBAHKANLAH SARINGAN BANYAK²

Kalau camnilah gayanya sampai abg Jamil mampos ler..

 

KITA FAHAM KERAJAAN 69-PARLIMEN TANGGUH SEMINGGU


Tangguh lagi sidang parlimen? Dah terasa tak cukup jumlah ke? Itu kerja sesama korang la tu, PH tak campur pun. Tapi nanti Anwar gak kena tuduh gila kuasa. Sebenarnya masing2 tgh menganga mulut minta suap. Selagi tak disuap, selagi tu la dok ganggu.


W.FUDZIN

 No photo description available.

Pengawal keselamatan meninggal dunia, polis klasifikasi semula kes sebagai bunuh





ADAKAH INI ORANG DAN MANGSANYA ?


Abd Razak Mohd Ali
Pengawal keselamatan meninggal dunia, polis klasifikasi semula kes sebagai bunuh
Polis mencadangkan pertuduhan yang lebih tinggi dikenakan kepada suspek. - Gambar/ Media sosial
IPOH: Polis mengklasifikasikan semula kes pengawal keselamatan yang diserang ketika bertugas di kolam renang sebuah kondominium di sini Disember tahun lepas sebagai bunuh, selepas mangsa meninggal dunia pada Jumaat.
Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata pihaknya telah merujuk semula kes berkenaan kepada pihak pendakwa raya hari ini dengan mencadangkan pertuduhan yang lebih tinggi dikenakan kepada suspek.
"Polis mengklasifikasikan semula kes ini pada hari mangsa tersebut meninggal dunia di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan jika disabitkan kesalahan suspek boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati.
"Kes ini masih lagi menunggu arahan selanjutnya daripada pihak pendakwa raya," katanya dalam satu kenyataan di sini malam ini.
Sabtu lepas, Mior Faridalathrash berkata susulan insiden pada 29 Dis itu, polis telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan, dan suspek telah dituduh di Mahkamah Majistret Ipoh pada 6 Jan lepas kerana mendatangkan kecederaan parah, dan kes akan disebut semula pada 9 Sept ini.
Katanya, hasil siasatan mendapati kejadian berpunca daripada tindakan suspek yang tidak berpuas hati terhadap pengawal keselamatan itu kerana cuba menghalang anak suspek daripada menggunakan kolam renang yang tidak dibuka kepada orang ramai ketika itu.
Bagaimanapun, beliau berkata pengawal keselamatan itu meninggal dunia di rumahnya pada Jumaat dan hasil bedah siasat oleh pihak Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini mendapati punca kematian disebabkan jangkitan pada paru-paru (Sepsis).
Ahli keluarga pengawal keselamatan berkenaan bagaimanapun tidak berpuas hati dan mendakwa punca kematian adalah disebabkan kejadian pukul tahun lepas.

MALANGNYA MALAYSIA BILA KERAJAAN 69

 1) India buat Lockdown kes Covid-19 terus turun, Malaysia buat Lockdown byk kali pon kes terus naik mencanak.


2) India yang penduduknya 1.4 billion dan jumlah menteri kabinetnya hanya 30 orang shj pun mampu landaikan lengkuk kes Covid-19.


Malaysia? Rakyat suruh tukar menteri baru untuk urus Covid-19 tapi dapat PM baru je, menteri² masih sama.


Sebab tu la masih gagal !!


#Kerajaan69

#KabinetSampah


SR



TEKNIK BARU KERAJAAN 69 GAGAL KAWAL COVID

 

Hamzah Rie Na


Apa yang nak dibanggakan sgt kes turun lagi JIKA KADAR POSITIF JANGKITAN COVID-19 SEMAKIN MENAIK !!


Sebenarnya angka² kes pada hari Sabtu, Ahad & Isnin selalunya memang akan turun SEBAB saringan berkurang.


Tak usah nak perdaya perbodohkan rakyat dgn angka² kes turun tu.


Formula Kerajaan Gagal kawal Covid.


Kes berkurang..

KURANGKAN SARINGAN.


Kes menaik..

TAMBAHKANLAH SARINGAN BANYAK²


Kalau camnilah gayanya sampai abg Jamil mampos ler..


SR


Adakah kerajaan campuran yang baru ini akan juga tumbang tak lama lagi?


Antara dua gajah yang masih hendak berperang di sebalik 'kerjasama rapat' ini, rakyat jelatalah yang akan terus menderita keperitan hidup

 
0 views

Baru selesai naib-presiden Umno Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah sebagai perdana menteri baru-baru ini, kini timbul pula satu pertelingkahan terbuka mengenai nama kerajaan yang bakal dibentuk ini.

Bekas perdana menteri yang juga presiden Bersatu merangkap pengerusi Perikatan Nasional, Mahiaddin Yasin, telah mengucapkan tahniah kepada perdana menteri yang baru mengangkat sumpah jawatan mengatakan bahawa Ismail Sabri akan meneruskan pemerintahan “kerajaan PN” dengan memberikannya suatu nafas kepimpinan baru.

Setelah kenyataan ucap tahniah Mahiaddin tersebut, setiausaha agung Umno Ahmad Maslan dan ahli majlis tertinggi Umno  Rahman Dahlan menolak mentah-mentah kenyataan Mahiaddin yang mendakwa kerajaan baru yang bakal dipimpin Ismail Sabri itu adalah kerajaan PN kerana ianya terdiri daripada campuran tiga gabungan Barisan Nasional, PN dan Gabungan Parti Sarawak serta Parti Bersatu Sabah (PBS).

Lantas daripada itu, majlis pimpinan tertinggi PN mengadakan mesyuarat tergempar di ibupejabatnya bagi membincangkan pertelingkahan terbuka tersebut. Berikutan mesyuarat PN tersebut, ahli-ahli majlis pimpinan tertinggi PN telah memutuskan bahawa kerajaan baru yang bakal dibentuk Ismail Sabri adalah sebenar-benarnya kerajaan PN. Ini kerana PNlah yang mempunyai jumlah kerusi yang terbanyak, yakni 50 jika dibandingkan dengan BN yang hanya mempunyai sejumlah 41 kerusi, sementara GPS dan PBS masing-masing memegang 18 dan satu kerusi.

Sementara itu, maklumbalas daripada presiden Umno Zahid Hamidi dan timbalan presidennya Mohamad Hasan masih belum diperolehi berikutan pertelingkahan terbuka yang baru tercetus.

Persoalannya, adakah kerajaan campuran baru yang dibentuk Ismail Sabri yang merangkumi gabungan-gabungan politik terdahulu, PN, BN dan GPS akan juga tumbang di masa yang terdekat ini berikutan persengketaan Bersatu dan Umno ini yang dilihat masih belum reda. Ini berikutan perletakan jawatan Mahiaddin sebagai Perdana Menteri sebelum ini kerana telah berkali-kali gagal menangani masalah penularan wabak COvid yang kini telah hilang kawalan walaupun penguatkuasaan perintah kawalan pergerakan telah berlanjutan selama setahun lebih – namun masih tidak menampakkan sebarang kemajuan mahupun pengurangan penularan wabak tersebut.

Ini adalah kerana PN dan BN masing-masing mempunyai jumlah kerusi sebanyak 54 dan 41, manakala GPS pula memiliki sejumlah 18 kerusi parlimen. Walaupun ‘kekuatan’ PN dapat dilihat mempunyai kelebihan kerusi berbanding BN, namun masing-masing juga boleh mengugut di antara satu sama lain memandangkan perbezaan jumlah kerusi kedua-dua gabungan tersebut adalah tidak jauh, manakala GPS dari negeri Sarawak pula akan menjadi pengimbang di antara kedua-dua gabungan tersebut.

Dalam erti kata yang sebenarnya, GPS juga boleh mengugut kedua-dua gabungan PN dan BN sekiranya permintaannya tidak dapat dipenuhi oleh kedua-dua belah pihak.

Jadi, walaupun PN dan BN masing-masing mendakwa mereka masih boleh bekerjasama dalam kerajaan baru tersebut, namun kita masih dapat melihatnya dengan jelas akan ‘dendam’ yang masih tersimpan di dalam hati Bersatu. Ini kerana Umnolah mengambilalih kerajaan negeri Perak dan pusat pimpinan PN di peringkat perseketuan tumbang berikutan penarikan sokongan oleh Umno sebelum ini.

Oleh yang demikian, keadaan yang serupa masih juga boleh berlaku sekiranya PN ingin bertindakbalas terhadap BN yang telah dua kali ‘menindas’ kedudukannya sebelum ini. PN juga kini mempunyai kelebihan apabila mereka berjaya mendapat ‘sokongan’ daripada dua parti komponen BN, iaitu MCA dan MIC, apabila kedua-dua parti komponen BN tersebut telah menyokong secara terbuka kepimpinan Mahiaddin apabila kedudukan beliau digugat oleh Umno sewaktu itu.

Baru genap tiga hari, sengketa terbuka Bersatu (PN) dan Umno (BN) telahpun meletus dengan begitu sengit dalam isu sama ada ia seharusnya dinamakan kerajaan PN ataupun kerajaan BN. Adakah kerajaan baru pimpinan Ismail Sabri ini akan bertahan lebih daripada setahun?

Adakah perdana menteri yang kesembilan ini akan dapat menangani krisis kesihatan dan ekonomi, yang telah ditinggalkan oleh PN dan kini menjadi semakin runcing? Sekiranya BN juga gagal menangani krisis tersebut, adakah PN akan juga bertindak untuk menarikbalik sokongannya terhadap Ismail Sabri?

Antara dua gajah yang masih hendak berperang di sebalik ‘kerjasama rapat’ ini, rakyat jelatalah yang akan terus menderita keperitan hidup yang masih tidak menampakkan sebarang penyelesaian yang menyeluruh .

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.

KESATUAN PELAJAR UM TOLAK NORAINI AHMAD "MENTERI TIKTOK"


Sebuah gerakan mahasiswa di universiti awam menyuarakan keraguan atas pelantikan semula Noraini Ahmad sebagai menteri pengajian tinggi, dengan menggariskan kegagalannya ketika memegang jawatan itu ketika pentadbiran Perikatan Nasional (PN). “Kegagalan menteri dalam menjalankan tugas ketika kerajaan yang lepas telah membuktikan bahawa dia tidak sesuai untuk memegang jawatan ini dan tidak mampu untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang menteri pengajian tinggi,”

PRU Ke-15 Milik Siapa? Bagaimana Status Papagomo? Perjuangan PAS Bakal T...



Datuk Zaharin mengulas pelbagai isu semasa. Antaranya mengenai peluang untuk UMNO kembali memenangi PRU akan datang setelah UMNO kembali memerintah sekarang. Isu lain seperti status sebenar Papagomo dan bagaimana keadaan PAS apabila pemimpin PAS memegang Portfolio Menteri Agama kerajaan sekarang.

KECOH! KECOH! AZALINA BUAT BERSATU BENGANG!




Azalina Othman Said, mantan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, terkenal kerana lantang bersuara menegur apa yang tidak betul. Malah baru-baru ini ura-ura tersebar, menteri-menteri yang bakal dilantik Ismail Sabri Yaakob, tidak mahu Azalina dilantik sebagai menteri, kerana tidak mahu Azalina kacau rancangan mereka. Hakikatnya Azalina dikatakan tidak pernah melobi untuk jawatan menteri.



Tuntutan doktor kontrak masih suram

 


Sehingga hari ini, tuntutan pelantikan tetap membabitkan 8,000 doktor kontrak masih belum diselesaikan biarpun Menteri Kesihatan sebelum ini, Datuk Seri Dr Adham Baba berjanji untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Gerakan Hartal Doktor Kontrak (HDK) dalam satu kenyataannya hari ini berkata, masih belum ada rancangan yang tepat oleh kerajaan, dan nasib doktor kontrak masih tetap suram.

Gerakan itu menggesa agar penyelesaian yang baik dapat dibuat segera demi doktor kontrak dan sistem penjagaan kesihatan negara amnya.

“Kami juga berharap agar sebarang perbincangan mengenai masa depan doktor kontrak akan melibatkan pihak berkepentingan utama dalam isu ini.

“Kami juga ingin mengucapkan terima kasih yang tulus kepada semua barisan hadapan yang telah banyak berkorban dalam pertempuran melawan pandemim Covid-19 dan kami berharap agar semua rakyat Malaysia mematuhi SOP dan tidak lama lagi kami akan muncul sebagai pemenang dalam pertempuran ini,” katanya

Pada Julai lalu susulan hartal serentak seluruh negara oleh doktor-doktor kontrak, Adham berkata kerajaan akan mengambil langkah ekstrem untuk menyelesaikan isu tersebut termasuk melanjutkan tempoh perkhidmatan dua tahun lagi dan kenaikan gred setara dengan kakitangan tetap.

Katanya, pada masa sama kerajaan juga akan membawa isu doktor kontrak itu ke Parlimen untuk dibincangkan agar penyelesaian jangka panjang – seperti pindaan beberapa akta termasuk Akta Pencen 1990 – bagi membolehkan doktor kontrak diserap ke jawatan tetap.

Bekas Menteri Kesihatan Pakatan Harapan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad bagaimanapun menegaskan bahawa pihaknya mahu kerajaan mengikut permohonan doktor kontrak agar tempoh kontrak yang dibangkitkan oleh mereka dilanjutkan dalam jangka masa lapan hingga sepuluh tahun.


Program penyerahan Jalur Gemilang, kupon minyak percuma Parlimen Pandan meriah

 


Sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke 64, Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail mengajurkan program penyerahan Jalur Gemilang dan kupon pengisian minyak motorsikal percuma di kawasan Parlimen beliau, semalam.


Program di Ampang Hilir berupa penyerahan kupon isian minyak motorsikal kepada penghantar makanan bermotor seperti Grab Food, LalaMove, Food Panda dan sebagainya yang mendapat sambutan dari anak-anak muda.

Kemudian Dr Wan Azizah mendapatkan maklumat terbaharu mengenai kes jangkitan Covid 19 di Kampung Pandan dan seterusnya beliau mengagih-agihkan bakul makanan kepada penduduk setempat.

Selain itu, Dr Wan Azizah juga sempat menziarahi Ketua Ranting KEADILAN Angsana Hilir yang sebelum ini mendapat rawatan di hospital.

Kesemua program tersebut mendapat sambutan menggalakkan dari penduduk setempat.