Muhyiddin bertakhta dengan sejuta masalah

 

MENYILANG MALAM

Oleh : Mohd Sayuti Omar - MSO


Image may contain: 1 person, text that says "Friday, January 15, 2021 MENYILANG MALAM Muhyiddin bertakhta dengan sejuta masalah COVID menjadi kemalangan buat Muhyiddin Yassin yang mengambil kerajaan secara "Curitokrasi" 10 bulan lalu yang dimurkai sebahagian besar khalayak. Yang tidak marah dan bersetuju dengan cara Muhyiddin, hanya para jemaah menterinya sahaja dan mereka yang mendapat laba langsung daripada pembentukan kerajaan PN itu. Setiap hari Muhyiddin dipersoal keabsahannya, dimaki hamun sampai soal penyakitnya juga diungkit. Diberi gambaran akan kelenguhannya untuk mengurus negara. Pantang beliau demam atau batuk, atau kurang tampil maka adalah yang mengirimkan salam maut buatnya. Nasib diterima oleh perdana menteri ke-8 itu sungguh menyedihkan. la makin"


COVID menjadi kemalangan buat Muhyiddin Yassin yang mengambil kerajaan secara "Curitokrasi" 10 bulan lalu yang dimurkai sebahagian besar khalayak. Yang tidak marah dan bersetuju dengan cara Muhyiddin, hanya para jemaah menterinya sahaja dan mereka yang mendapat laba langsung daripada pembentukan kerajaan PN itu.

Setiap hari Muhyiddin dipersoal keabsahannya, dimaki hamun sampai soal penyakitnya juga diungkit. Diberi gambaran akan kelenguhannya untuk mengurus negara. Pantang beliau demam atau batuk, atau kurang tampil maka adalah yang mengirimkan salam maut buatnya.

Nasib diterima oleh perdana menteri ke-8 itu sungguh menyedihkan. Ia makin menjadi-jadi apabila langkah memproklamasikan darurat bagi mengukuhkan kedudukannya dilaksanakan. Meskipun ada niat baik di sebalik proklamasi darurat mengikut Perkara 150 Perlembagaan Negara itu, tetapi motif jahatnya yang lebih banyak dipertontonkan.

Ia tidak boleh disalahkan kepada sesiapa melainkan kepada "kehemahan" dirinya sendiri.

Darurat itu dilihat dari berbagai sudut dan diberi tafsiran yang semuanya kalau dirumuskan menampakkan tindakan desperate oleh Muhyiddin. Menjelaskan bahawa beliau sudah hilang sokongan di Parlimen maka darurat dijadikan benteng menyalamatkan dirinya. Itu dipersetujui ramai penganalisis politik liberal. Muhyiddin tampaknya terus memberanikan diri untuk bermain dengan api politik. Teruskan, kalau terbakar pun jari sendiri.

Serentak dengan pengisytiharan darurat itu, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kedua pula dikuatkuasakan semula di beberapa buah negeri termasuk, Kuala Lumpur, Melaka, Johor, Sabah, Pulau Pinang dan Selangor. Hari ini sebuah lagi negeri diletak di bawah PKP, yakni Kelantan. Kes Covid di Terengganu pula mencatat sejarah tertinggi hari ini dengan jumlah 92 kes diikuti rapat oleh Kelantan dengan 79 kes. Keseluruhan kes Covid-19 hari ini (15 Januari 2021) sebanyak 3,211.

Desakan dan luahan marah kepada tindakan Muhyiddin itu datang dan muncul daripada berbagai pihak. Daripada pembangkang, pengamal undang-undang orang politik sampailah kepada individu, rakyat marhaen seperti warung, pekedai runcit, dan penjaja pasar malam dan golongan yang terkesan dengan PKP.

Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas), telah memberi amaran kalau pasar malam tidak dibuka dalam tempoh tiga bulan mereka akan berhimpun di hadapan Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.

Nanti kalau berlaku himpunan kita harap pejabat perdana menteri akan dipenuhi dengan sayur-sayuran, pelbagai ikan dan sebagainya. Nanti rakyat dapat mendapatkan secara percuma.

Apa dipersoalkan dengan PKP adalah peraturan yang tidak adil dan tidak munasabah. Peraturan kedai makan ditutup dan hanya membenarkan jualan untuk dibawa balik, tidak disenangi pekedai. Mereka yang hanya hidup bersumberkan berniaga secara kecil-kecilan seperti kedai makan sangat terkesan. Sepatutnya kerajaan mengambil langkah membantu mereka dengan mengarahkan bank memberi moratorium dan bantuan lain diperbanyakkan, kalau mereka dihalang berniaga.

Mungkin mereka yang makan gaji tidak terbeban dengan PKP dilaksanakan. Tetapi mereka yang berkerja sendiri, kais pagi makan pagi sangat terbeban dengan apa yang berlaku.

Bukan tidak ada entiti yang mempertahankan Muhyiddin. Itu mereka yang mendapat untung daripada langkahnya melakukan kudeta kelihatan bahagia-bahagia sahaja. Semua menteri dan timbalan menteri sepakat menyokong, tanpa seorang pun memahami jerit perih rakyat di bawah. Tidak ada seorang menteri dan timbalan menteri yang mengkritik Muhyiddin dengan membuat protes semisalnya mengugut untuk meletak jawatan.

Itulah sikap dan perangai orang politik, mereka merasa bahagia sendiri sekiranya hak dan kedudukan mereka tidak terjejas. Tetapi kalau kedudukan dan kepentingan mereka terancam masa itulah baru mereka berteriak dan bangkit menggunakan rakyat sebagai alat dan abdi membela mereka. Cis.

Yang ketara dan vokal mengkritik adalah daripada pembangkang. Anwar Ibrahim telah mengajak rakan-rakan ahli Parlimen supaya menulis surat kepada Yang diPertuan Agong agar membatal darurat dan minta Parlimen dibuka. Sejauh mana seruan dan pelawaan Anwar itu disambut, tidak diketahui. Ia walaupun praktikal tetapi bukan mudah kerana pembangkang sendiri berada dalam bantrakan, tidak sepadu.

Kalau semua ahli Parlimen berjumlah 109 atau 113, yang menyatakan bantahan kepada Muhyiddin menulis surat meminta yang diPertuan Agong mempertimbangkan untuk membatalkan darurat dan membuka sidang parlimen, tentu ia memberi kesan tertentu. Setidak-tidaknya layanan dan pertimbangan budi baik Yang diPertuan Agong itu menjadikan Muhyiddin lebih merasakan bahawa "kuntau" politiknya tidak dipersetujui semua orang.

Tegasnya Muhyiddin akan terus dimaki hamun oleh rakyat. Beliau perlu menahan dan menadah mukanya kepada umum. Itulah nasib yang diterima oleh PM ke-8 itu. Nasibnya beliau menjadi pemimpin negara dalam era pandemik dan saat rakyat terbelenggu dengan masalah ekonomi, dan ramai kehilangan pekerjaaan. Situasi dan takdir ini meletakkan Muhyiddin menjadi PM yang paling tercabar dan malang.

Rakyat kini berhadapan dengan kesulitan hidup yang nilainya sama dengan kesulitan dan keserabutan dihadapi Muhyiddin untuk mempertahankan kekuasaanya. Sebenarnya apa yang dihadapi Muhyiddin hari ini adalah atas kehendak dan ulahnya sendiri. Semua masalah yang terhimpun di hadapannya dibeli dan ditender sendiri olehnya.

Apa yang boleh dikatakan, tepatnya mengambil pepatah Melayu berbunyi, tangan berani mecincang, maka bahunya hendaklah sanggup memikul. Kepada Muhyiddin selamat bertakhta dengan sejuta masalah. [wm.kl. 7:32 pm 15/01/2021]

 

 

HIDUP MELAYU ISLE....KAH.....

 

ZUBAIDI SUDIN


Hidup KERAT...!!! Ini hadiah buat pencacai..

PETROL | Menurut kenyataan Kementerian Kewangan, harga runcit baharu petrol RON95 adalah RM1.89 seliter manakala harga baharu bagi petrol RON97 adalah RM2.19 seliter.

Harga runcit diesel pula naik daripada RM2.02 seliter kepada RM2.05 seliter.


 Image may contain: text that says "mk malayslakini Malaysiakini (BM Vesion) 5h. PETROL Menurut kenyataan Kementerian Kewangan, harga runcit baharu petrol RON95 adalah RM1.89 seliter manakala harga baharu bagi petrol RON97 adalah RM2.19 seliter. Harga runcit diesel pula naik daripada RM2.02 seliter kepada RM2.05 seliter. i MALAYSIAKINI (BM VERSION) RON95, RON97 naik 5sen, diesel naik 3sen"

SIAPAKAH YANG MABUK KUASA?


ZULAIFA RAHMAN


Image may contain: 1 person, text that says "Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang 1h Saya bersedia menjadi PM,sekiranya di beri mandat oleh rakyat."

Sudah terang lagi bersuluh!!

sape sebenarnya yang mengidam, yang mabuk  kuasa dn bernafsu buas..???

taraf jawatan menteri agama pun dia x layak!! inikan pula jawatan PM..!!!

Jelaslah lidah sang munafik memang x ada kredibiliti untuk mmgang kuasa hanya sekadar layak menajdi duta yang bisu kelu dan yang kaku lesu !!😜😜😜

ragut kuasa pun melalui pintu belakang dengan cara tebuk atap,..

kalau nak harapkn Pas menang PRU sampai kiamat ler x merasa kuasa akan ada ditangan, dengan cara rampas mandat rakyat jugaklah yang dipilih..!!! Dayus x???


“PAS IKUT SUNNAH TRUMP”

 


Presiden Pas menyamakan lawan mereka seperti Donald Trump tanpa beliau perasan kesamaan Pas dengan Donald Trump sangat rapat.

Donald Trump yang tewas pilihanraya Presiden tetapi tetap mahu menjadi kerajaan.

Pengikut-pengikutnya yang bimbang hilang kuasa dengan semangat ‘White Supremacy’ memecah masuk Capitol Building di Washington DC sehingga menyebabkan huru hara di bangunan Parlimen US tersebut.

Selepas kekecohan oleh penyokongnya, Donald Trump meluluskan perintah darurat di Washington DC yang dilihat untuk menggangu peralihan kuasa.

Hal yang sama dilakukan oleh Pas dan sekutu sekutunya menggunakan ‘Malay Supremacy’ untuk dapatkan kuasa.

Laungan nasib Melayu dan Islam terancam bergema di pentas pentas dan media media Pas selama 22 bulan.

Ahli ahli akedemik pro mereka digunakan untuk meniupkan isu yang sama.

Islam terancam, Melayu terancam. Isu arwah Adib, LGBT, RUU 355, ICERT dan Buy Muslim First menjadi zikir harian mereka.

Tetapi hari ini sudah hampir setahun Pas menjadi kerajaan, yang berjaya mereka laksanakan ialah menaikkan cabutan khas judi sebanyak 22 kali setahun.

Lain lain isu tidak lagi kedengaran.

Inilah kelompok yang sama dengan Trump yang benar benar memperalatkan agama dan bangsa semata mata untuk peroleh kuasa.

Pas ikut sunnah Trump.

MOHAMAD SABU, Presiden Amanah

15 Januari 2021.

 


NAMPAK SANGAT MISKIN DAH RAKYAT MALAYSIA.AYAM SEKOQ PUN BEREBUT.....

 

Pemuda Umno edar ayam percuma dikecam, bimbang wujud ‘Kluster Ayam Beku’

Pemuda Umno edar ayam percuma dikecam, bimbang wujud ‘Kluster Ayam Beku’

TAKDA FAEDAH APAPUN KERAJAAN BANI MELAYU ISLAM BERSATU !!



POSTED BY AMIR WRLR


Seminggu ni pemimpin PAS kembali meracau.. Baca tajuk Harakah, Pemimpin PAS kata..PAS akan tolak apa apa Kerajaan dengan Ds Anwar dan DAP.. Kata pemimpin PAS dan Ustaz2 depa.. Melayu dan Islam kena Bersatu..Kerajaan Melayu Islam kena di Pertahankan..

Sudah sudah lah..Zaman membodohkan dan Menakutkan Umat Melayu Islam dengan DAP dah berlalu.. Sikit sikit nak takutkan Melayu Islam dengan Ds Anwar.. Sikit nak takutkan dengan DAP.. Persoalannya Apa faedahnya Melayu dan Islam Bersatu pun.. ?

Cuba jawab..Apa Faedah Melayu-Islam Bersatu kalau Kilang Arak, Kelab malam, Pub masih dibuka ? Apa yang berubah.. Tidak ada apa pun... Jadi apa beza kalau DAP perintah pun...

Cuba jawab..Apa Faedah Melayu-Islam bersatu.. kalau nak laksana Hudud dan Qisas untuk pemandu mabuk pun tak mampu..Akhirnya kena patuh dan tunduk kepada cadangan MCA dan DAP dalam perlambagaan yang dulu dituduh Undang2 Penjajah dan Toghut..

Cuba jawab..Apa Faedah Melayu-Islam Bersatu Kalau kes mati akibat Pemandu Mabuk, Kes Judi, Kes LGBT, Maksiat.. Liberal Melayu tetap berleluasa.. Tangkapan di Kelab malam makin meningkat..Takda beza apa pun.. Jadi lantik Mufti jadi Menteri Agama tak guna sekupang dua pun..

Cuba jawab..Apa Faedah Melayu-Islam bersatupun.. Dong Zong yang Ismail Sabri desak haram dulu.. bukan tak diharam.. malah makin berkuasa.. Peruntukan University MCA bertambah..Sekolah Vernakular Tetap macam tu...

Cuba jawab..Apa Faedah Melayu-Islam bersatupun.. Dari Ketua Hakim..Ketua Polis Negara, Pendakwaraya hatta Peguam Negara semuanya Bani Melayu Islam.. Tapi masih tak dapat selesai dan tangkap pembunuh Adib... dulu salahkan Tommy Thomas hanya sebab dia Kapir..

Cuba jawab..Apa Faedah Melayu-Islam Bersatu kes Covid-19 makin teruk.. tak terkawal.. Nak salahkan Pelancong Cina lagi..? Nak salahkan Pemimpin PH lagi.. takda DAP pun.. Menteri Kesihatan,Timbalan Menteri bani melayu ni sorang pun tak berguna.. Dah tutup semua Sempadan Negara dan Negeri..kes tetap memuncak..

Cuba jawab..Apa Faedah Melayu-Islam bersatupun.. Bukan boleh angkat Ekonomi Islam dan Bumiputera... Jadi Kerajaan pun kempen BMF makin suram.. Masa jadi pembangkang, Beria ia masuk Masjid nak promosikan BMF.. bila wujud Kerajaan Islam, Perniagaan BMF semua hidup segan mati tak mahu.. depa tetap kempen barang buatan Malaysia sama seperti zaman PH..

Cuba jawab..Apa Faedah Melayu-Islam Bersatu, Kalau nak pertahan tanah sendiri pun gagal..Nak lawan Peneroka haram Musang King pun tak Mampu.. Terbaru Syarikat milik Khazanah UEM Sunrise akan bailout Syarikat Hartanah Taikun Cina Eco World yang dulunya dikaitkan dengan Penyelesaian Hutang TS Khalid Ibrahim.. Sedangkan nasib puluhan ribu pekerja MAS diabaikan...

Cuba jawab..Apa Faedah Melayu-Islam Bersatu.. Kalau Mantan Mufti Wilayah jadi Menteri Agama pun... Masjid masih ditutup rapat luar waktu Solat.. Sampai orang terpaksa Solat di luar.. nak buat SOP Solat pun dah berbulan..Sedangkan Masjid di Singapura jauh lebih terbuka dan mesra Keluarga untuk berjamaah..

Sudah Sudah lah bani Melayu PAS dan UMNO berbohong... renti rentilah mainkan sentimen Melayu dan Islam.. hat gadai hak Melayu dan Islam selama ini adalah bani UMNO ngan PAS jugak...

Berangan angan jer lah kononnya akan tertegak Kerajaan Melayu mahupun Khilafah Islam atau seperti Kerajaan Nabi SAW di Madinah.. Hakikatnya lebih teruk dari pentadbiran UMNO dulu...Semua tu hanya angan angan.. Apa yang penting Kita cari pemimpin yang Amanah.. Al Qawwi Al Amin..

Bayangkan bukan takat Dosa orang Politik, Ustaz PAS dan UMNO mengfitnah DAP atas semua tuduhan diatas.. Malah Sampaikan Pendakwah anak buah dan pentaksub Zakir Naik pun fitnah Sama... Begitu juga fitnah fitnah Jahat Mufti Utara dulu..

Jadi sudah sudah lah Berbohong... Yang rosakkan Melayu dan Islam ni bukan DAP.. Tapi melantik LBIH (70 MENTERI) kelompok Ashabiyah PAS dan UMNO sendiri... 

Antara retorik perpaduan melayu Islam dalam kerajaan tebuk atap n keparahan korupsi serta pudar n hilangnya keyakinan pelabur2 dalam negara n luar negara.. Rakyat melihat n sedar akan perkara ni..mereka boleh menilai n membuat keputusan yang terbaik untuk diri sendiri keluarga n negara.. Namun masih ada dikalangan kita yang buta mata hati untuk memikirkan masa depan anak dan keluarga sendiri .....Tepuk dada tya selera..


Bicara Bersama Dr Mujahid - Kenapa UMNO Tinggalkan PN? Muhyiddin Perluka...

DARURAT MENAFIKAN KEBEBASAN SIVIL

[[LIVE]]15.1.2021 Sejuta Isi Rumah tiada bantuan PKP. Warta darurat Pa c...

MANA WANG RM17 BILION UNTUK UJIAN SARINGAN COVID-19?

 

Jamzuri Ardani

Adakah rakyat tahu bahawa kerajaan telahpun meluluskan peruntukan sebanyak RM17 bilion kepada KKM untuk menjalankan ujian saringan Covid-19 secara komprehensif pada tahun ini? 

 

Bila KKM keluar kenyataan bahawa hanya kontak rapat yang bergejala sahaja yang akan diuji, ini menimbulkan tandatanya ke mana peruntukan sebanyak RM17 bilion itu dibelanjakan.

 Adakah sebenarnya kerajaan meluluskan peruntukan tetapi dananya tidak ada? Ini pernah berlaku sebelum ini di zaman kerajaan BN dulu. Ataukah, dana itu telah dibelanjakan untuk tujuan lain?

 Kerajaan perlu telus dalam perkara ini. Ianya wang rakyat dan ianya melibatkan kehidupan dan nyawa rakyat.  Jumlahnya juga sangat besar. Janganlah kerana ada fatwa lebai songsang yang mengatakan darurat itu wajib , maka semuanya jadi halal untuk disonglap.

 

RENTASAN 806 | PELAKSANAAN DARURAT PM-8 SAH TIDAK ADIL, HADI HALALKAN DA...


MENARIK DALAM RENTASAN 806
1. POLITIK ISLAM ATAU POLITIK SELAM? 2. HADI PERLU JUJUR KELUARKAN FATWA POLITIK, JANGAN TUNGGANG AGAMA!! 3. RUU 355: HAKIKATNYA PN TIDAK BERSEDIA!





KISAH MAT MASLAN DI PAHANG-MAK CIK KIAH PUN PENING


 

LETIH RAKYAT DENGAN MENTERI YANG TAK CERDIK

 Image may contain: text that says "14 Jan- Taman awam mesti ditutup 15 Jan- Taman awam boleh dibuka Pengumuman dibuat oleh 2 Menteri yang berbeza, Kabinet yang sama, parti UMNO yang sama. Tolong buat SOP berdasarkar sains. Jangan buat SOP sesuka hati. Ada pengalaman sejak Mac 2020 kenapa masih tak ada pembaikan? TheStar W Login PKP 2.0: Taman awam di Wilayah Persekutuan dibenar beroperasi Annuar Musa Ismail Sabri: Public parks in MCO states to be closed, cycling and jogging activities only in your neighbourhood Fauzi Suhaimi Januari 5.2021 f NATION Thursday, Jar 2021 5:55 PMMYT 26 337 Keraianhanya.membenaknakviriadah 458"

HADI...JEMIN...MUHYIDDIN....LAGU MANA NI??? MELAYU ISLE...MELINGKUP DAH...

 


MOHD SHAH RIM


Honda, Toyota menghentikan operasi mereka kerana PKP, Honda seperti dilaporkan oleh ( https://asia.nikkei.com/Location/Southeast-Asia/Malaysia) dijangka kembali beroperasi setelah PKP sementara Toyota pula tidak menyatakan bila akan kembali beroperasi, kilang Sony di Prai pula menutup operasi setelah 36 tahun melabur diMalaysia, seramai 1,800 pekerja tempatan kini penganggur dan pasti memberi tekanan kepada mereka dan ahli keluarga.

Kadar pengangguran di Malaysia 17.1 % juga adalah paling tinggi pernah direkodkan sejak 35 tahun iatu 7.4 pada tahun 1986.

Negara berhadapan dengan krisis, kerana tiada pelaburan masuk bagi mengerakkan pertumbuhan ekonomi dan mewujudkan peluang pekerjaan sepanjang PN masuk melalui pintu belakang..

APA KHABAR PADA PENDOKONG PN??


Image may contain: 3 people




 

MASA MURAH TU MASA PH KAN???KESIHAN BANI MELAYU

 Image may contain: text that says "Zahid Hamidi 36m Assalamualaikum, salam sejahtera semua Apa khabar? Musim-musim PKP dan darurat ni buat apa? Di uar sana netizen ramai dah mengeluh narga minyak masak naik sampai RM27 untuk 5kg. Dulu ooleh dapat antara RM19-RM23 aya baru check harga pasar raya pun RM28.59 untuk 5kg. Kalau betul lah, memang kecewa dengan nasib yang menimpa rakyat. Rakyat tengah susah, dah la PKP ada pulak darurat. Pengangguran makin banyak, rakyat tak ada wang bantuan PKP kali ni macam tak ada, moratarium pun ada yang tak dapat sebab banyak sangat syarat. Harga barang pulak naik...KPDNHEP kena ambiklah tindakan. #KasihaniRakyat #TolongRakyat"

DIKTATOR KATA ORANG LAIN DIKTATOR


W.FAUDZIN

 Uweekk...nak muntah aku. Diktator tuduh org lain diktator. 2 X 5, 5 X 2.

Bezanya, muhyiddin tak mahu letak jawatan walaupun dia tiada majoriti lagi.
Si tua saka bodo ni pula, letak jawatan walaupun masih ada majoriti kerana mahu halang Anwar jadi PM.Image may contain: one or more people, text that says "Dr Dr Mahathir dakwa Muhyiddin Yassin diktator Agensi Januari 15, 2021 14:35 MYT Dr Mahathir berkata, Muhyiddin melaksanakan darurat kerana terdesak untuk mengekalkan kuasanya. Gambar Fail KUALA LUPUR: Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Tan Sri Muhyiddin Yassin seorang diktator."

LAGI KILANG YANG LAMA OPERASI DITUTUP

 Image may contain: text that says "Sony akan 'tutup buku' di Perai selepas 36 tahun, 3,400 pekerja terjejas Teoh Jie Ying December 3, 2020 9:44 PM SONY SONY Sebilangan pekerja akan dipindahkan ke kilang Sony di Bangi, Selangor. GEORGE TOWN: Kilang Sony di Pulau Pinang yang menghasilkan produk audio seperti"

MINYAK NAIK LAGI..KASIHAN BANI MELAYU

 No photo description available.

Toyota dan Honda tutup operasi kilang di Malaysia?

 

Toyota dan Honda tutup operasi kilang di Malaysia?

Toyota Motor dan Honda Motor telah menghentikan operasi di beberapa kilang di Malaysia, kerana PKP yang dikenakan oleh kerajaan untuk memerangi lonjakan jangkitan koronavirus.

Toyota menutup dua loji pemasangan pada hari Khamis. Ketika ditanya bila kemudahan akan dibuka semula, wakilnya mengatakan bahawa “keputusan akan dibuat kemudian.”

Honda menangguhkan pengeluaran di dua kilang pada hari Rabu. Satu kilang membuat roda dua sementara yang lain menghasilkan kenderaan roda empat. Pembuat kereta Jepun itu merancang untuk membekukan operasi sehingga 26 Januari, apabila PKP tamat.

Pada tahun 2019, Toyota mengeluarkan kira-kira 61,000 kenderaan di Malaysia, termasuk subkompak Yaris dan trak pikap Hilux. Kapasiti tahunan Honda di pasaran ialah 300,000 roda dua dan 100,000 roda empat, seperti sedan Civic dan Accord.

Perodua, pembuat kereta nasional yang disokong oleh syarikat kereta Jepun Daihatsu Motor, juga menghentikan pengeluaran pada hari Khamis. Perodua menjual 220,000 kenderaan tahun lalu, memegang bahagian pasaran teratas melebihi 40%.

Malaysia membuat satu lagi perintah PKP pada hari Rabu yang melarang perjalanan antara negara ke mana sahaja di negara ini. Bagi lapan wilayah termasuk ibu kota, Kuala Lumpur, orang di luar industri penting dilarang pergi bekerja.

Pemasangan kenderaan pada awalnya termasuk dalam senarai industri penting, sehingga kerajaan secara rasmi memberi pengecualian pada saat-saat terakhir pada Selasa malam. Pengeluaran kenderaan juga ditangguhkan semasa penutupan yang dilaksanakan pada bulan Mac 2020.

Malaysia adalah pengeluar kenderaan ketiga terbesar di Asia Tenggara, di belakang Thailand dan Indonesia. Keluaran dalam tempoh Januari-November tahun lalu turun 19% kepada kira-kira 430,000 kenderaan.

Tetapi pembuat kenderaan telah menuju pemulihan kerana pengurangan cukai yang ditawarkan oleh kerajaan untuk merangsang ekonomi. Langkah itu menyasarkan penjualan kenderaan penumpang. Hasilnya, pengeluaran kenderaan melebihi jumlah tahun sebelumnya bermula pada bulan Jun.


Ahli Parlimen Bayan Baru lancar kempen 1 Keluarga B40, 1 Komputer




Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin melancarkan kempen 1 Keluarga B40, 1 Komputer bagi membantu murid-murid daripada golongan kurang berkemampuan mengikuti kelas atas talian setelah tidak dapat ke sekolah sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada tahun lalu.

Justeru, beliau berkata kempen itu mengalu-alukan derma berupa komputer, laptop, ipad dan smartphone lama untuk diperbaiki yang kemudiannya akan diedarkan secara percuma kepada murid-murid dan pelajar keluarga B40.

Katanya, murid-murid dan pelajar hanya dapat menghadiri sekolah 3 bulan sepanjang 2020, dan masih belum menghadiri sekolah sejak 2021 sekali gus menjadi "lost generation" kerana peluang pembelajaran mereka terbantut.

"Kementerian Pelajaran ingin menggalakkan pembelajaran secara atau talian, tetapi kebanyakan keluarga B40 tidak mampu memiliki komputer, laptop, iPad dan smartphone. Mungkin ibu bapa ada, tetapi tidak mencukupi jika keluarga mempunyai beberapa kanak-kanak.

"Untuk mengelakkan "lost generation" daripada terus keciciran pembelajaran, kami dari Parlimen Bayan Baru akan mengutip komputer, laptop, iPad dan smartphone lama, kemudian diperbaiki oleh sekumpulan sukarelawan mahasiswa, kemudian kami akan memberi secara percuma kepada murid-murid dan pelajar B40," katanya.

Tambah Sim, derma berbentuk 'micro-fundraising' RM50 atau ke atas turut dialu-alukan untuk menggantikan hard disk, ram, video card yang rosak.

"Sasaran kami adalah mendapat 400 peranti dalam 14 hari. Setakat ini sudah ada 350 pelajar telah memohon kepada kami. Maka keperluan amat mendesak," katanya.

Sebarang derma dan sumbangan berbentuk kewangan boleh dibuat menerusi akaun Maybank Pusat Khidmat Parlimen Bayan Baru bernombor 5570-5461-1829.

 

8 bulan lagi baru rakyat dapat vaksin? Ini tidak boleh diterima - Xavier

 


Posted By Amir WRLR


Naib Presiden KEADILAN, Dr. Xavier Jayakumar membidas keputusan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang mengumumkan bahawa rakyat hanya akan mendapat vaksin pada suku ketiga tahun ini.

Beliau berpendapat kerajaan PN seolah-olah tidak serius dalam usaha untuk mendapatkan vaksin lebih awal.

"Pengumuman yang dibuat oleh Khairy Jamaluddin, Menteri Tenaga, Sains, Teknologi dan Inovasi yang bertugas untuk mendapatkan vaksin Covid-19 sangat mengecewakan.

"Ini menunjukkan kurangnya usaha yang jelas dilakukan oleh kerajaan PN bagi membuat persiapan awal untuk vaksin tersebut. Sebaliknya, mereka lebih berminat untuk memegang tampuk kekuasaan daripada kesejahteraan rakyat.

"Sekarang Khairy telah menyatakan bahawa kebanyakan rakyat Malaysia hanya akan mendapat akses kepada vaksin pada suku tahun ketiga 2021, sekitar 8 bulan dari sekarang, seolah-olah mengatakan bahawa darurat akan berterusan hingga akhir tahun ini, sementara negara terus menderita kerana ketidakcekapan kerajaan," katanya.

Justeru, Xavier yang juga bekas Menteri Tanah, Air dan Sumber Asli menggesa kerajaan memberikan fokus penuh atau undurkan diri sahaja jika sudah tidak mampu untuk mentadbir negara.

"Ini sama sekali tidak dapat diterima dan menunjukkan kurangnya perancangan dan tidak menunjukkan tanda terdesak. PN harus berhenti berpolitik dan menumpukan perhatian pada kesejahteraan negara.

"Sekiranya kerajaan ini tidak mampu menangani keadaan itu, PN harus mengundurkan diri kerana sangat jelas bahawa ia tidak lagi memegang majoriti di Parlimen," katanya.

 

PM..BILA NAK DISUNTIK DENGAN VAKSIN?


AZRUL AMIRUDDIN


Reccep Tayyep Erdorgan dah,Jokowi dah,Hsien Leong dah..sekarang

 rakyat Malaysia nak tanya..ABAH SUDIN SEMBAB..bila lagi nak jadi 

orng pertama kena suntik vaksin di negara ini?


 Image may contain: 1 person

TV SINGAPURA SIAR KEADAAN KERAJAAN YANG TAK ADA MAJORITI TAPI MASIH PEGANG KUASA....NI NAK KATA GILA KUASA JUGAK KAH?



 Image may contain: 1 person, text that says "BATTLING COVID-19 Malaysia declares national emergency mediacorp 5 No elections during this period Government has lost its majority At the same time, his government has lost its majority"

ORANG LAIN KALAU BUAT DIKATAKAN GILA KUASA..TAPI KALAU KENA PUAK DIA ..OWWHHH....


Image may contain: 1 person


FAEZUDDIN PUAD


1. Segerombolan politikus berkumpul di Sheraton merancang dan melakukan rampasan kuasa daripada Kerajaan PH pada hujung Februari tahun lalu - tak gila kuasa cuma selamatkan negara daripada DAP.

2. Satu per satu kerajaan negeri yang diterajui PH seperti Johor, Melaka, Kedah, Sabah dan Perak ditumbangkan PN - oh tukar kerajaan saja, tak gila kuasa.

3. Pemimpin politik yang mempunyai cita-cita untuk menjadi Perdana Menteri sekali lagi buat kali ketiga - dia minta 6 bulan saja, ini tak gila kuasa.

4. Seorang PM yang telah hilang majoriti dalam parlimen, langsung tiada hasrat meletakkan jawatan sebaliknya sanggup lakukan apa sahaja untuk pertahankan pembentukan kerajaan sedia ada walaupun dengan cara yang cukup kotor - tak mengapa sebab dia pandai baca doa, tak gila kuasa.

5. Tapi apabila Anwar Ibrahim utus saja surat kepada DYMM Yang Di-Pertuan Agong pohon ditamatkan darurat lebih awal dengan disertakan alasan-alasan yang rasional - oh Anwar Ibrahim gila kuasa! Padahal sememangnya darurat boleh ditamatkan lebih awal sebelum 1 Ogos sepertimana diberitahu oleh Bapa Perutusan Khas (BAPAK).

6. Sekiranya orang lain ada cita-cita hendak menjadi PM, itu bukan satu masalah asalkan bukan Anwar Ibrahim. Kalau Anwar Ibrahim saja gila kuasa.

7. Yang rampas kuasa daripada orang lain - tak gila kuasa. Anwar Ibrahim nak kembalikan mandat rakyat - tak boleh, gila kuasa.

8. Kes Covid-19 naik salah Anwar Ibrahim, kerajaan pohon darurat salah Anwar Ibrahim, lambat dapat vaksin salah Anwar Ibrahim, pelabur lari salah Anwar Ibrahim, semua yang berlaku salah Anwar Ibrahim? KJ tersembam muka atas jalan pun salah Anwar Ibrahim?

9. Hebatkan seorang insan bernama Anwar Ibrahim? PM gagal tapi yang dituduh gila kuasa dan salah adalah Anwar Ibrahim. Simpati saya buat beliau.

10. Jangan khuatir, InshaAllah, Allah akan bersama dengan orang yang benar. Moga terus diberikan kekuatan buat

Anwar Ibrahim

untuk terus berjuang demi rakyat Malaysia.

Wallahualam, amin.

 

DARURAT – ANTARA KONSENSUS DAN PERCANGGAHAN


 1. Tidak ada seorang pun rakyat Malaysia yang berbeza pandangan kepada satu keperluan mendesak untuk tangani pandemik global yang melanda negara. Ia menjadi konsensus atau persetujuan secara ijmak bahawa mengatasi covid 19 adalah tanggungajwab nasional setiap warganegara.

2. Sebab persetujuan mutlak adalah kerana setiap kita mesti membina ketahanan nasional sebagai benteng terakhir bagi menyelamatkan negara dan warganya dari dihancurkan oleh penangan wabak ini.

3. Kita bersetuju secara konsensus bahawa kesan paling utama terjejas teruk adalah aktiviti ekonomi ke atas setiap rakyat di sektor swasta dan yang bekerja sendiri. Penderitaan yang dialami dalam keluarga dan masyarakat adalah tanggungjawab kita bersama untuk kita tangani.

4. Namun negara kita juga pada waktu yang sama melalui krisis politik dengan masalah kerajaan yang lemah dan secara berperlembagaannya tidak ada keabsahan majoriti. Bagaimana konsensus di atas dapat digerakkan bersama jika kerajaan PN hari ini adalah sebuah kerajaan yang tidak kompeten dan tidak mematuhi perlembagaan negara?

5. Sebaik jalan adalah TSMY akur kehilangan majoritinya dan menyerahkan kepada yang ada majoriti melalui proses perlembagaan jua supaya sebuah kerajaan yang sah dapat dibentuk dan berupaya mengembalikan kepercayaan rakyat untuk mengatasi masalah pandemik ini.

6. Tanggungjawab kerajaan baru adalah meneruskan peruntukan undang-undang yang ada dengan mengukuhkan konsensus mengatasi isu penularan dan peningkatan covid 19. Pada waktu yang sama tanggungjawab kerajaan baru ialah mengembalikan demokrasi dan kepercayaan orang ramai terhadap insitutusi pemerintahan dengan mengambil masa sebelum pembubaran wajib pada tahun 2023 untuk tujuan tersebut. Kerajaan baru ini adalah kerajaan yang membentuk satu konsensus lebih besar yang dinamakan sebagai KERAJAAN KONSENSUS NASIONAL.

7. Tiada percanggahan dari sudut membentuk ketahanan nasional dalam mengatasi covid 19 malah ia adalah satu konsensus. Percanggahan pendapat hanyalah kepada cara mengatasi krisis politik yang pada hemat kami harus kembali kepada peruntukan perlembagaan tanpa berkompromi pada asas-asas demokrasi. Parlimen dan DUN tidak perlu digantung. Malangnya darurat telah mengurangkan semua peruntukan demokratik malah juga hak asasi dan institusi keperwakilan tidak lagi berperanan secara sepenuhnya.

Kita bina konsensus bersama dan cari jalan penyelesaian lebih tuntas dalam perbezaan kita memahami pendekatan mengatasi krisis politik yang telah menjejaskan kepercayaan rakyat terhadap institusi pemerintahan dan politik.

DS Dr Mujahid Yusof Rawa

Ahli Parlimen Parit Buntar

Naib Presiden AMANAH

15 Jan 2021.


SILA JAWAB WALAUNCAI...NI APA CER..BUKAN ANGKARA PH ATAU DAP....

 

Kerajaan PN mahu mansuh jaminan kerajaan terhadap wang simpanan pendeposit Tabung Haji?

Kerajaan PN mahu mansuh jaminan kerajaan terhadap wang simpanan pendeposit Tabung Haji?

Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia memandang serius kenyataan Menteri Agama, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri dalam Facebook beliau yang menyatakan bahawa satu usaha sedang dijalankan oleh pihaknya dan Kementerian Kewangan Malaysia untuk menyemak semula ketetapan Jaminan Kerajaan termasuklah kemungkinan pindaan ke atas Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535).

Tegas Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Pemuda UMNO menentang keras sebarang usaha untuk menanggalkan keistimewaan yang ada pada institusi unik umat Islam itu dengan menyemak atau menghilangkan terus ciri-ciri Jaminan Menyeluruh Kerajaan ke atas wang pendeposit Tabung Haji (TH).

“Sesungguhnya, TH adalah institusi yang cukup istimewa dan terlalu bernilai buat umat Islam yang menjadi asas kepada pembangunan ekonomi ummah sejak ditubuhkan pada 1963.

“Justeru, Pemuda UMNO menggesa Menteri Agama tampil memberikan jaminan kepada lebih 9.4 juta pendeposit bahawa Kerajaan Perikatan Nasional (PN) hari ini akan terus mempertahankan Jaminan Kerajaan terhadap setiap wang pendeposit yang menjadi keistimewaan TH,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dr Asyaf dalam kenyataannya turut menghuraikan apakah maksud Jaminan Kerajaan.

“Di bawah Seksyen 24 Akta Tabung Haji 1995, setiap sen wang yang didepositkan oleh para pendeposit ke dalam TH adalah dijamin sepenuhnya oleh Kerajaan.

“Ini bermakna jika berlaku keadaan TH tidak mampu membayar balik tanggungan wang pendeposit akibat TH menjadi muflis atau kerugian, maka kerajaan akan mengambil alih tanggungan tersebut dan membayar balik setiap sen wang pendeposit,” katanya.

Begitu juga beliau mempersoalkan mengapakah ianya hendak dipinda.

“Keistimewaan TH yang mempunyai ciri-ciri jaminan menyeluruh kerajaan ini memberikan kelebihan kepada TH berbanding bank-bank komersil dan institusi kewangan yang lain.

“Ini kerana rakyat sudah tentu lebih memilih untuk menyimpan dalam TH sehingga dana TH mencecah RM75 bilion. Sedangkan jaminan simpanan di bank-bank komersil hanya setakat RM250,000 oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM),” ujarnya.

Tambahnya lagi, tindakan untuk meminda Seksyen 24 Akta 535 itu pernah diusahakan oleh Bank Negara di bawah Gabenor Tan Sri Zeti Akhtar Aziz atas alasan meratakan padang persaingan (level playing field) dalam sistem kewangan negara, tetapi tidak dipersetujui oleh Perdana Menteri waktu itu Datuk Seri Najib Razak.

“Usaha untuk meminda Akta 535 tetap cuba diteruskan di zaman Pakatan Harapan (PH) di bawah Gabenor baharu sehinggalah hari ini,” katanya lagi.

Berita penuh: https://umno-online.my/2021/01/15/cadangan-pindaan-akta-tabung-haji-1995-jangan-sesekali-cuba-dipinda-hak-jaminan-pendeposit-tegas-pemuda-umno/



 

HADI KELUARKAN DALIL DALAM KESOMBONGAN

JANGANLAH BUSUK HATI...

 

AWANG BIN AHMAD AWANG


Kita jaga kita. Hati biarlah baik. Jangan biarkan orang ramai dok mengata "dari muda hingga ke tua hatinya sentiasa busuk". Dalil itu dalil ini...mengelirukan akidah orang ramai..sikap busuk hati jangan ada atau…memang sikap Melayu kot…busykkkk

Wallahu a'lam...


Image may contain: 1 person, text that says "Anwar ibarat 'bahtera hampir tenggelam' yang mengidam jawatan PM, kata Hadi FMT Reporters January 13, 2021 6:19 PM 1.4k Shares f n freemalaysiatoday.com"