RAHMAN DAHLAN PUKUL BUNG MOKTAR SINDIR ZAHID HAMIDI


Malam semalam, secara tiba-tiba saja Abdul Rahman Dahlan bersama sekumpulan pemimpin UMNO Sabah mengadakan sidang media mengkritik pemilihan Bung Moktar Radin sebagai Pengarah Pilihanraya BN Sabah.
Menurut beliau, langkah memilih Bung Moktar yang masih berdepan kes mahkamah adalah tindakan yang boleh memakan diri bagi UMNO dan BN.
“Ia langkah bunuh diri.
“Tidak ada parti di dalam dunia akan meletakkan seseorang yang ada kes mahkamah menjadi pemimpin parti yang akan bertanding pilihanraya.
“Ini adalah satu penghinaan kepada rakyat Sabah. Tak ada cara lain untuk mengatakan perkara ini dan saya mahu berterus terang mengenainya.
“Kerana mesej ini tidak sampai kepada Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi),” katanya.
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu seterusnya menyifatkan langkah memilih Bung Moktar, walaupun merupakan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah untuk mengetuai BN menghadapi PRN adalah menghina autonomi dan rakyat negeri itu.
Kenapa secara tiba-tiba saja Rahman Dahlan bersuara mengkritik Bung Moktar?
Mengapa ketika Bung Moktar dilantik menerajui UMNO Sabah selepas majoriti pemimpin dan wakil rakyatnya keluar parti untuk menyertai Bersatu, beliau tidak membantah?
Meskipun secara selapis tindakan Rahman Dahlan ini dilihat menyasarkan Bung Moktar secara spesifik,!tetapi jika dihalusi beliau juga sebenarnya cuba menyindir Presiden UMNO, Zahid Hamidi.
Ini kerana, sama seperti Bung Moktar, Zahid Hamidi juga sedang berdepan dengan kes mahkamah, malah dengan jumlah pertuduhan yang lebih banyak lagi.
Bermakna, jika tindakan memilih Bung Moktar sebagai Pengarah PRN Sabah dianggap langkah bunuh diri, Zahid Hamidi juga tentunya tidak layak mengetuai UMNO dan BN andai kata pilihanraya mengejut diadakan tidak lama lagi.
Dalam hal ini, jika pilihanraya mengejut diadakan dalam waktu terdekat dan di ketika Zahid Hamidi masih menjadi Presiden UMNO, apakah Rahman Dahlan akan turut bersuara memprotes sebarang peranan yang bakal dimainkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri itu?
Apakah usaha mengenepikan Bung Moktar merupakan permulaan kepada usaha menyingkirkan Zahid Hamidi?
Jika ada, siapakah dalang di belakang semua ini?
Kecuali jika Zahid Hamidi tidak menyedari bahawa usaha mengenepikan Bung Moktar adalah juga cubaan menyingkirkannya, adalah hampir mustahil desakan Rahman Dahlan ini akan dilayannya.
Melayan desakan Rahman Dahlan bermakna Zahid Hamidi secara tidak langsung membuka ruang kepada orang lain mengambil alih kedudukannya sebagai Presiden UMNO dalam pemilihan akan datang .
 (Shahbudindotcom 19/08/2020)


JOM KEMPEN LEBAI NI BAGI TERSUNGKUR. INGAT LAGI KES BULOH. DIA NI LAH MENYEMAK SEKALI BAB BULOH.TAK MALU TIRU IDEA DAP.

Kempen bantah Menteri Pas langgar SOP

Kempen bantah Menteri Pas langgar SOP


Satu kempen membantah menteri Pas, Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali yang telah melanggar SOP iaitu arahan kuarantin selama 14 hari selepas pulang dari luar negara, telah dilancar.
Beliau dikatakan telah hadir ke sidang Parlimen walaupun belum cukup tempoh kuarantin.
Biarpun beliau disahkan negatif pada pemeriksaan awal bagaimanapun rakyat yang lain turut menghadapi situasi yang sama mematuhi arahan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan bertindak kuarantin kendiri sama ada di rumah ataupun di pusat kuarantin.
“Tidak kira siapa pun beliau.
“Oleh itu, Rakyat Malaysia mendesak supaya YB Menteri meletakkan jawatan kerana dengan sengaja melanggar arahan kuarantin dan boleh mengakibatkan wujudnya kluster baru yang kita tidak jangka pada masa akan datang,” tulis laman blog http://chng.it/9KLbvcsX6v.
Sebelum ini, Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok memberitahu Dewan Rakyat, Ahli Parlimen Kuala Nerus itu tidak melakukan kuarantin kendiri selepas pulang dari Turki pada 7 Julai lalu.
Menurut Teresa Kok, Khairuddin sepatutnya wajib mengasingkan diri untuk tempoh 14 hari bagaimanapun beliau dilihat hadir ke Parlimen pada 13 Julai lalu.
Awal pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada Mac lalu, kerajaan telah pun mewajibkan semua rakyat Malaysia yang pulang ke Malaysia perlu menjalani kuaratin wajib di rumah sendiri.
Pada Julai pula, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sekali lagi mengarahkan agar semua warga asing dan rakyat Malaysia yang baru tiba atau pulang dari luar negara, diwajibkan menjalani kuarantin wajib 14 hari, namun di stesen yang ditetapkan dan bukan lagi di rumah.
Seorang wanita warga emas dihukum penjara sehari dan didenda RM8,000 selepas mengaku salah melanggar perintah kuarantin kendiri apabila tiba dari negara luar.


PRN Sabah: KEADILAN akan bertanding lebih banyak kerusi






Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Sabah yakin bahawa parti akan bertanding lebih banyak kerusi pada Pilihan Raya Negeri Ke-16.

Timbalan Ketua AMK Sabah, Wendey Agong Baruh berkata keyakinan itu bersandarkan kepada penambahan 13 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang baharu serta prestasi Warisan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

"Semasa PRU-13, KEADILAN mempertandingkan 43 daripada 60 kerusi DUN Sabah namun pada PRU-14, KEADILAN cuma mempertandingkan 8 daripada 60 kerusi DUN selepas 35 kerusi DUN diserahkan kepada WARISAN.

"Penambahan 13 kerusi DUN baru di Sabah dan kegagalan Warisan memenangi beberapa kerusi yang diberikan KEADILAN pada PRU14 lalu, kita yakin Pengerusi KEADILAN Sabah, Christina Liew mampu mendapatkan sekurang-kurangnya 20 kerusi daripada 73 kerusi DUN untuk dipertandingkan," katanya dalam kenyataan.

Pada masa sama, Wendey percaya bahawa calon dalam kalangan anak muda akan diberi kelebihan untuk bertanding.

"KEADILAN sangat dikenali sebagai sebuah parti yang memperjuangkan isu anak muda, malah parti ini sering mengetengahkan anak muda sama ada untuk memimpin parti mahupun sebagai calon pilihan raya.

"AMK Sabah juga telah menghantar beberapa profil calon. Kini terpulang kepada pengerusi untuk menentukan kerusi mana yang bakal dipertandingkan oleh anak muda dari KEADILAN Sabah," katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan bahawa hari penamaan calon bagi PRN Sabah akan diadakan pada 12 Sept, diikuti dengan hari mengundi awal pada 22 Sept dan hari mengundi pada 26 Sept.


PRN Sabah: KEADILAN tidak akan guna logo parti lain



Apabila KEADILAN dicadangkan supaya menggunakan logo Warisan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-16, ia dilihat sebagai satu penghinaan kepada mereka.

Ketua Penerangan KEADILAN Sabah, Simsudin Sidek berkata ada pihak tertentu yang sengaja menimbulkan provokasi politik murahan dengan tujuan menghancurkan kerjasama dan persefahaman antara Warisan, UPKO dan Pakatan Harapan (PH).

"Cadangan itu bersifat regresif dan tidak strategik serta mengundang malapetaka kepada kelangsungan hidup parti itu di Sabah.

"KEADILAN Sabah mempunyai keahlian lebih 170,000 orang iaitu kedua tertinggi selepas Selangor.

"Justeru, cadangan tersebut merupakan penghinaan kepadan ahli-ahli dan penyokong akar umbi yang menghayati prinsip perjuangan parti," katanya dalam kenyataan.

Pada masa sama, Simsudin turut mengingatkan bahawa KEADILAN mampu bertanding atas lambang sendiri kerana sudah lama berjuang dan membela hak rakyat sekali gus cukup dikenali dalam kalangan pengundi.

"KEADILAN sudah wujud lebih 20 tahun dan bukan sebuah parti yang baru ditubuhkan hanya beberapa ketika menjelang PRU-14 yang lalu.

"Logo merupakan simbol idealisma dan identiti sesebuah parti yang sangat penting kerana ia membawa makna cogan perjuangan parti yang membina hubungan yang kuat dengan pendokong perjuangan parti. Ia membantu seseorang pengundi untuk mengenali parti dalam satu pilihan raya," katanya.

Simsudin juga menganggap jika KEADILAN menggunakan logo parti sendiri, ia bukan didorong atas sifat ego tetapi berlandaskan prinsip dan perjuangan parti sendiri yang lebih menyeluruh dan melibatkan rakyat serta negara secara keseluruhannya.

"Cadangan supaya KEADILAN menggunakan logo Warisan pada PRN ini bolehlah diumpamakan menyuruh parti UMNO menggunakan logo Bersatu dalam sesuatu pilihan raya yang sudah tentu amat tidak wajar.

"Sesuatu yang amat logik untuk kita lihat penggunaan logo parti gabungan yang sah untuk menggambarkan semangat kesatuan dan kesepakatan politik yang sebenar, bukannya logo parti lain untuk justifikasi alasan yang sama," katanya.




USUL BAYAR GAJI MENTERI, PN PUSING IKUT LAIN?

APA JADI MALAYSIA BISU PERJANJIAN DAMAI UAE – ISRAEL?

PH ATAU BN YANG JUAL SAHAM TNB TABUNG HAJI?

Apa sebab menteri tidak kuarantin wajib?

Apa sebab menteri tidak kuarantin wajib?

Pertikaian terhadap tindakan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali yang tidak menjalani kuarantin wajib selepas pulang dari Turki, dilaporkan kerana ujian terhadapnya adalah negatif.
Ahli Parlimen Kuala Nerus itu dilapor telah menjalani ujian Covid-19 selama lima jam sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan didapati negatif.
“Beliau ke sana pada 3 Julai lalu selepas mendapat keizinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin malah Turki ketika itu adalah sebuah negara dikategorikan sebagai zon hijau.
“Isu ini akan dijawab oleh pihak menteri sendiri dalam masa terdekat,” kata sumber seperti dipetik Harian Metro.
Semalam, kecoh apabila Teresa Kok (PH-Seputeh) mendakwa Khairuddin, 47, melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) Covid-19 kerana tidak melakukan kuarantin selepas pulang dari luar negara.
Ahli Jawatankuasa Kerja Pas itu dilapor berkunjung ke Turki untuk lawatan tidak rasmi pada 3 hingga 7 Julai lalu dan hadir ke Parlimen enam hari selepas itu.
Ahli perniagaan tersebut yang sepatutnya perlu mengasingkan diri untuk tempoh 14 hari bagaimanapun dilihat hadir ke Parlimen pada 13 Julai lalu.
Perkara itu juga dipersoal Dr Lee Boon Chye (PH-Gopeng) yang berkata jika dakwaan itu benar, tindakan menteri terbabit boleh dianggap tidak bertanggungjawab kerana di Turki sendiri mempunyai hampir 250,000 kes Covid-19.
Sementara itu, RSN Rayer (PH-Jelutong) pula bingkas berdiri dan meminta tindakan diambil ke atas Mohd Khairuddin kerana tidak mematuhi SOP selain mendedahkan Parlimen kepada ancaman virus berbahaya.

Antara pulai penipu bukit dan manusia tidak bercakap benar

Antara pulai penipu bukit dan manusia tidak bercakap benar