Jika guna hujah Tuan Ibrahim, PAS dan UMNO pun patut diharamkan


Kenyataan Media oleh Ketua DAPSY Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali

Berhubung cadangan PAS agar parti DAP diharamkan berdasarkan tiga sebab yang diberikan oleh Timbalan Presiden parti itu, Tuan Ibrahim Tuan Man, saya menyifatkannya sebagai suatu cadangan yang sangat tidak beretika.

Dari ketiga-tiga contoh yang beliau berikan itu, ia tidak boleh dijadikan sandaran kukuh untuk cadangan tersebut kerana dakwaan beliau itu boleh disiasat, malah ianya kini sedang dalam siasatan pihak berkuasa. Kita perlu menunggu laporan siasatan, ada undang-undang yang perlu dihormati oleh semua pihak.

Parti PAS seharusnya menumpukan usaha kerjasama politik mereka dengan UMNO, daripada sibuk mengganggu tugas-tugas pihak berkuasa yang sedang menyiasat, sebaliknya PAS seolah-olah sedang mendahului tugas polis. Ini sangat tidak beretika.

Jika saranan PAS mahu mengharamkan DAP atas hujah-hujah itu, saya kira UMNO dan PAS juga boleh diharamkan jika kita mengupas kembali sejarah parti-parti ini yang juga pernah menghuru-harakan negara.

Kita dapat lihat bagaimana kesan ‘Amanat Haji Hadi’ kepada ahli parti, penyokong dan masyarakat hingga hubungan masyarakat dan keluarga menjadi retak dan rosak akibat pengaruh ‘amanat’ itu. Hingga berlaku solat dua imam, perpecahan hubungan suami isteri, hingga berlaku serangan-serangan fizikal ketika itu. Kerajaan boleh saja mengharamkan PAS, tetapi tidak berlaku sedemikian.

Begitu juga dengan UMNO, kita semua dapat lihat bagaimana pemimpin-pemimpin elit mereka menggunakan kedudukan mereka menjarah harta rakyat hingga licin-licau. Elit-elit parti UMNO ini jugalah yang dipeluk oleh PAS, mereka ini juga yang membiakkan fahaman-fahaman perkauman sempit dalam setiap aktiviti politik mereka, di sekolah, di universiti hatta dalam jabatan kerajaan. Doktrinasi perkauman sempit UMNO ini membuat anggota masyarakat jadi kacau-bilau. 

Tetapi dari sejarah-sejarah ini, adakah wajar UMNO dan PAS juga diharamkan? Kita berpolitik ada etika. Ada perkara bersifat politik yang hanya berbeza pendapat dan pendekatan. Berlawan pun ada etika didalam gelanggang, hormatilah etika itu. Apatah lagi kita muslim, ada tauladan yang boleh kita ambil contoh iaitu Nabi SAW

PDRM, SPRM, MANA DIA SIASATAN TERHADAP HISHAMUDDIN HUSSEIN DAN AZMIN ?



1. Kenyataan PATRIOT oleh Presidennya Datuk Mohd Arshad Raji hari ini menggesa siasatan dilakukan segera terhadap Bekas Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishamudin Hussein berasas dan perlu dipandang serius.
2. Isu pembelian 6 helikopter McDonnell Douglas pada tahun 2016 berharga 300juta itu memperlihatkan beberapa ciri2 yang jelas berlaku penyelewengan, salahguna kuasa dan urustadbir yang amat buruk dan memalukan.Ianya juga amat menjijikkan kerana ratusan juta wang rakyat terlibat.
3. Pada Mei lalu Jawatankuasa Siasatan Tadhir Iris, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) dalam satu laporan berhubung projek ‘ land swap’ Kementerian Pertahanan menyatakan campurtangan keterlaluan demi kepentingan politik telah berlaku termasuk di era Hishamuddin menjadi Menteri Pertahanan.
4. Persoalannya sekarang mengapa tiada sebarang laporan dan tindakan lanjut berhubung kes2 tersebut?
5. Situasi yang sama berlaku didalam kes membabitkan Dato Seri Azmin Ali.Kes jenayah seks yang menampilkan dakwaan jelas seorang individu bersama bukti video terus sepi tanpa berita.
6. Mengapa PDRM dan SPRM bertindak pantas dalam kes2 lain tetapi tidak kepada kes2 yang membabitkan dua pemimpin politik ini?
7. Seharusnya wujud keperluan menyegerakan siasatan (urgency) didalam kes2 yang membabitkan kedua mereka setelah nama mereka ditampilkan didalam Parlimen berkomplot mengganggu gugat kerajaan sedia ada dengan usaha menubuhkan sebuah kerajaan baru melalui pintu belakang.
8. Usaha mengganggu gugat kerajaan melalui pintu belakang adalah jenayah politik jijik kelompok elit politik disaat negara dan rakyat menghadapi suasana ekonomi yang parah.
9. Kita mempunyai alasan untuk mempercayai Hishamudin dan Azmin mempunyai motif menyelamatkan diri mereka sendiri daripada dakwaan jenayah rasuah dan seks dengan menggugat kestabilan kerajaan.
10. PDRM dan SPRM, antara institusi penting yang menjalankan proses keadilan dan menjamin kestabilan kerajaan seharusnya bertindak pantas terhadap kedua mereka tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.
11. Apakah PDRM dan SPRM sudah menjadi alat dan perkakas kepada pemimpin politik dan bertindak atas motif politik?
12. Kebimbangan kita berasas kerana jelas kedua2 pemimpin politik ini sepertinya dilindungi daripada sebarang tindakan undang2 oleh PDRM dan SPRM sendiri.
13. Kita juga berhak merasa curiga apabila dalam keadaan bekas PM Najib diburu dan didakwa habis2an , Hishamuddin sekutu paling rapat bekas PM itu lepas bebas walaupun sudah ada beberapa laporan penyelewengan dan salahguna kuasa terhadapnya. Apakah Hishamudin mendapat layanan berbeza kerana beliau bukan sahaja rapat dengan PM dahulu tetapi juga rapat dengan PM sekarang?(Laporan kolum akhbar the Star 18 Okt 2019 menyatakan pertemuan yang kerap antara PM Mahathir dan Hishamudin.)
14. Dengan latarbelakang ini semua, apakah salah untuk kita mendakwa PDRM dan SPRM adalah alat dan perkakas politik? Dan kalau tidak, maka buktikan dengan menyiasat dan bawa ke pengadilan segera Hishamudin dan Azmin.
Mohamad Ezam Mohd Nor
2 Nov 2019, 5 Rabiul Awal 1441H

AKTIVITI DSAI SEPANJANG MINGGU


31, oktober 2019

https://www.facebook.com/anwaribrahim.keadilan/videos/1476927762469699/?t=0

Selalu saya sebut bahawa soal penguasaan Bahasa Kebangsaan tidak harus dikompromi oleh sesiapa sahaja yang bergelar rakyat Malaysia. Gesaan ini juga terpakai kepada pimpinan dan ahli-ahli Parlimen dalam semua kalangan kaum dan etnik. Dalam masa yang sama juga, penguasaan bahasa lain seperti Inggeris dan Mandarin tak boleh dikesampingkan. Apa pendapat semua?


31 oktober 2019
Penguasaan terhadap perubahan digital adalah penting untuk mengukuhkan ekonomi Malaysia di samping bantu menjana pendapatan buat golongan miskin dan tercicir. Saya menjemput anda untuk bersama-sama dalam Digital Futures Conference pada hujung minggu ini di KL.
Sarjana tempatan dan dari seluruh pelusuk dunia akan bersama meneroka kedinamikan teknologi dan masa depan. Ini perlu dilakukan dengan kritis, terutamanya berkaitan aspek teknologi yang akan memberi kesan ke atas bisnes, masyarakat, agama dan budaya. Cendekiawan semasa Ziauddin Sardar akan turut bersama menyampaikan ucapan.

Tiada penerangan foto disediakan.


KONVENSYEN KEADILAN WILAYAH PERSEKUTUAN
#KonvensyenKEADILAN2019 ruang untuk wakil anak muda, wanita, ahli akademik dan masyarakat madani melontarkan idea untuk KEADILAN selepas lebih setahun pentadbiran Kerajaan Persekutuan Pakatan Harapan.
Senarai Pemidato Khas:
1. Wakil Anak Muda, MUHAMMAD SYAHMI
2. ketua Dasar Sosial UNICEF, STEPHEN BARRET
3. ketua Pegawai Eksekutif IDEAS, ALI SALMAN
4. Wakil Wanita, ANDIK ELIESKUSMIRAN AMIRUDIN
Pemidato pimpinan kanan KEADILAN:
1. Presiden, ANWAR IBRAHIM
2. Ketua Wanita, HANIZA TALHA
3. Setiausaha Pengelola, NIK NAZMI NIK AHMAD
4. Pengerusi Wilayah, ZAHIR HASSAN

Menghadiri Konvensyen KEADILAN Wilayah Persekutuan hari ini di Dewan Tunku Abdul Rahman Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC).
Dalam ucapan saya tekankan kepada pimpinan untuk memimpin secara adil dan tidak menyalahgunakan kuasa yang telah diamanahkan oleh rakyat.
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, tersenyum, cermin mata dan rakaman dekat
Imej mungkin mengandungi: 7 orang, orang senyum
Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang di atas pentas, orang berdiri, orang ramai dan dalaman
Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang, orang ramai dan dalaman

Klinik Kesihatan Percuma Port Dickson
Hampir 300 orang hari ini telah menjalani pemeriksaan serta mendapatkan rawatan secara percuma di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Port Dickson.
Program Klinik Kesihatan Percuma ini dianjurkan oleh Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Port Dickson dengan kerjasama Klinik Pakar Perubatan USIM.
Turut hadir memberi sokongan ialah Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt. Aidi Sham Mohamed serta wakil-wakil MPKK Port Dickson.
Bagi pihak Pusat Khidmat Rakyat Port Dickson, kami mengucapkan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Klinik Pakar Kesihatan USIM yang diketuai oleh Dr Radzniwan A Rashid serta pasukan yang komited hadir pada hari ini.

Imej mungkin mengandungi: 1 orang, tersenyum, duduk
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, berdiri dan duduk
Imej mungkin mengandungi: 7 orang, orang duduk dan orang berdiri
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, duduk
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, duduk
Imej mungkin mengandungi: 4 orang, orang berdiri dan orang duduk
Imej mungkin mengandungi: 2 orang


Hadir ke majlis Rumah Terbuka Deepavali di Banting. Turut hadir Ahli Parlimen Kuala Langat Dr Xavier Jayakumar. Semoga perayaan Deepavali terus memperkukuh kerukunan dan jamak budaya di Malaysia.

Imej mungkin mengandungi: 11 orang, orang berdiri

Imej mungkin mengandungi: 5 orang, orang senyum, orang berdiri dan jambang
Imej mungkin mengandungi: 7 orang, orang senyum, orang berdiri, kanak-kanak dan luaran



PERTANYAAN KEPADA HISHAMMUDDIN, SYARIKAT SIAPA DIBERI KONTRAK BEKAL HELIKOPTER?




Berikutan Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu menyatakan kementeriannya sedang menimbang untuk membawa ke mahkamah berhubung pembelian enam helikopter bernilai lebih RM300 juta oleh pentadbiran terdahulu, namun masih belum diterima, perkara itu segera mengundang respon pantas daripada bekas Menteri Pertahanan, Hishammuddin Hussein.

Beliau mempertikaikan kenyataan Mohamad Sabu itu dengan mendakwa ia sengaja dijadikan polemik serta isu.

“Sebenarnya tidak sampai atau tidak mahu terima? Kalau betul telah 98 peratus siap dan sudah dibayar, terima sahajalah helikopter tu.

“Apa masalahnya lagi sampai perlu tangguh, kemudian reka pelbagai isu dan polemik?

“Ini yang saya sering sebut sebelum ini, jangan disebabkan hendak bermain politik, keselamatan rakyat Sabah diperjudikan,” katanya katanya dalam satu hantaran di laman Facebooknya.

Bagaimanapun, dalam jawapan balas kepada Hishammuddin oleh Kementerian Pertahanan semalam, isu itu nampaknya lebih daripada yang kita jangkakan.

Menurut kenyataan Kementerian Pertahanan, kelewatan penerimaan helikopter tempur ringan MD530G kerana ia mengalami pelbagai masalah teknikal dengan syarikat pembuat asal (OEM).

“Semasa pembinaan helikopter tersebut, kerajaan telah mengkaji semula kesesuaian alatan serta spesifikasi dan mendapati pindaan dan perubahan perlu dibuat agar helikopter yang diterima memenuhi keperluan agensi.

“Berdasarkan kepada kontrak asal, syarikat telah gagal mematuhi obligasi utamanya iaitu menghantar enam buah helikopter.

“Tarikh penghantaran bagi helikopter tersebut juga telah dipinda sebanyak tiga kali, namun tiada sebuah helikopter pun yang telah diserahkan kepada kerajaan sehingga hari ini,” kata kenyataan itu lagi.

Menurut Kementerian Pertahanan juga, kerajaan telah membuat pembayaran kepada syarikat itu sebanyak RM112.6 juta yang bersamaan dengan 35 peratus daripada RM321.9 juta nilai keseluruhan kontrak.

Berdasarkan jawapan Kementerian Pertahanan itu, jelas ternampak ada sesuatu yang tidak kena dalam kontrak membekalkan helikopter tempur yang dibuat semasa Hishammuddin menjadi Menteri Pertahanan.

Sumber-sumber yang biasa dengan Kementerian Pertahanan menyebut, masalah utama kelewatan adalah kerana speaifikasi helikopter yang dihantar berbeza dengan yang ditempah dan ia menjadi sebab utama mengapa kerajaan enggan menerimanya.

Itulah juga yang dikatakan menjadi punca mengapa tarikh penghantaran telah dipinda sebanyak tiga kali, tetapi gagal diserahkan sehingga sekarang.

Kerajaan diberitakan berminat membeli helikopter tempur itu sewaru menyaksikan demonstrasinya ketika Pameran LIMA di Langkawi.

Walaubagaimanapun, helikopter yang dihantar kepada kerajaan dikatakan bukanlah helikopter yang melakukan demonstrasi tersebut.

Dalam bahasa yang mudah, sumber itu memberitahu, perumpaannya ibarat yang ditempah adalah helikopter tempur, namun yang dihantar tidak lebih seperti helikopter peninjau sahaja.

Di sebalik ura-ura Mohamad Sabu mahu mengambil tindakan undang-undang kepada syarikat penbekal dan ia kemudian mendapat reaksi pantas daripada Hishammuddin, seolah-olah ada yang sesuatu yang menarik mengenai kontrak itu.

Kenapa Hishammuddin tampak beria-ia mempertahankan helikopter itu sudah pun disiapkan dan sepatutnya diterima saja oleh kerajaan?

Kepada Ahli Parlimen Sembrong itu, ingin ditanyakan, bagaimana kerajaan mahu menerima helikopter tersebut jika spesifikasinya tidak sama dengan yang ditempah?

Selain itu, oleh kerana kontrak lumayan itu ditandatangani sewaktu beliau menjadi Menteri Pertahanan, bolehkah Hishammuddin menjelaskan siapakah pemilik syarikat yang dianugerahkan membekal helikopter tersebut?

Benarkah sepertimana perbualan umum di merata tempat – dari kedai kopi hingga ke lounge Parlimen – yang mengatakan kontrak itu dianugerahkan kepada salah seorang kroninya yang difahamkan dalam waktu yang sama adalah juga merupakan pegawainya?

Benarkah juga dikatakan, ketika kemelut penghantaran berlaku dengan kerajaan, syarikat itu telah pun dijual kepada pihak lain – tentunya dengan tujuan untuk mengambil untung secara mudah dan atas angin – dan ia dikatakan menjadi faktor penghantaran helikopter terus tersangkut sehingga sekarang? (ShahbudinHusin 02/11/2019)


AMANAH AKTIFKAN JENTERA PILIHAN RAYA TG PIAI

PRK TG PIAI: PENDIRIAN PAS MACAM LALANG

FATWA PAS UNDI CALON MELAYU ISLAM HANTUI BN?


Fitnah pembangkang terhadap kerajaan PH semakin menular menjelang PRK Tanjung Piai



(Kenyataan Media Majlis Setiausaha Pakatan Harapan)
Beberapa laporan media yang tidak tepat, malah ada yang palsu; telah disebarkan bagi mempengaruhi pandangan dan persepsi orang ramai, terutamanya menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai. 

Sebuah akhbar berbahasa Inggeris semalam telah melaporkan di muka hadapan kononnya projek RTS akan ditangguhkan selama enam bulan. Berita ini adalah palsu. Hakikatnya, Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad hanya membuat pengumuman tentang projek RTS secara rasmi pada pukul 3 petang semalam. 

Sebuah akhbar berbahasa Cina pula melaporkan tentang kajian selidik yang mendakwa bahawa Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad adalah Menteri Kewangan ‘de facto’ dan kononnya pemimpin Bersatu memegang jawatan dalam kebanyakan GLC, di mana terletaknya kuasa kewangan kerajaan. 

Niatnya adalah untuk memperlihatkan kepada pengundi bukan Melayu bahawa Menteri Kewangan sebenarnya tidak mempunyai kuasa dan hanyalah boneka; manakala kerajaan Pakatan Harapan (PH) dikuasai oleh Dr Mahathir dan rakan-rakan beliau. 

Bagi khalayak Melayu pula, Tun Dr. Mahathir digambarkan sebagai boneka DAP dan Lim Guan Eng. 

Niat di sebalik semua ini ialah untuk menguncupkan sokongan terhadap PH di kedua-dua pihak Melayu dan bukan-Melayu, supaya PH akan berpecah dan hancur. 

Penulisan sedemikian yang dibuat berasaskan unsur-unsur separa benar atau palsu akan semakin menonjol dalam minggu-minggu akan datang, sempena PRK Tanjung Piai. 

Maklumat serong yang dikemukakan sebuah badan pemikir kononnya penstrukturan semula GLC adalah bertujuan memperkukuh kekuatan Perdana Menteri dan BERSATU adalah jelas mengelirukan. Selepas Pilihan Raya Umum ke-14, proses penstrukturan semula oleh pihak kerajaan melibatkan perubahan agensi merentas kementerian. Contohnya, 

  • Adalah benar bahawa Khazanah Nasional, yang sebelum ini berada di bawah Kementerian Kewangan, kini diletakkan di bawah bidang kuasa Jabatan Perdana Menteri (JPM); namun penulis kajian tersebut telah gagal menyatakan bahawa MOF Inc. masih merupakan pemegang kepentingan terbesar. PNB pula sudah diletakkan di bawah JPM sejak sebelum 2018 lagi. 

  • Sebaliknya pula, Unit Kerjasama Awam (UKAS) serta agensi-agensi pelaksanaan koridor (NCIA, IRDA, ECERDC, RECODA, PERDA dan SEDIA) yang sebelum ini diletakkan di bawah JPM, kini diletakkan di bawah Kementerian Kewangan dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar. 

  • Penubuhan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) adalah bertujuan untuk mengambil alih fungsi-fungsi hal ehwal ekonomi, terutamanya Unit Perancangan Ekonomi (EPU) yang ketika pentadbiran BN diletakkan di bawah JPM. FELDA yang sebelum ini berada di bawah JPM kini diletakkan di bawah MEA dengan tujuan untuk mengecilkan saiz JPM serta mengasingkan seberapa banyak mungkin fungsi-fungsi ekonomi dan kewangan daripada pejabat Perdana Menteri. Ini termasuklah usaha PH memastikan Perdana Menteri tidak menjalankan tugas sebagai Menteri Kewangan; supaya semak-imbang dapat dijalankan bagi mengelak kleptokrasi rejim Najib Razak daripada berulang. 

Perbezaan struktur JPM di bawah pentadbiran Pakatan Harapan boleh dilihat dalam rajah di bawah:

Kerajaan PH telah menubuhkan Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah Nasional (GIACC) untuk memastikan pentadbiran setiap GLC dan GLIC lebih telus dan bertanggungjawab. Pelan Anti Rasuah Nasional 2019 – 2023 yang menggariskan 22 strategi dan 115 inisiatif juga merangkumi aspek urus tadbir cekap dan berintegriti GLC dan GLIC. Ini membuktikan pendirian konsisten PH untuk menjaga integriti dan meningkatkan prestasi GLC. 

Majlis Setiausaha PH menyeru supaya orang ramai berhati-hati dalam membuat penilaian terhadap kerajaan PH, di saat media diberikan kebebasan dan tidak lagi dibelenggu atau dikongkong oleh kerajaan. Orang ramai perlu berhati-hati dengan media yang masih dikawal oleh anasir-anasir rejim lama, dan tidak mudah termakan dengan propaganda mereka. 

Kenyataan ini dikeluarkan secara bersama oleh:

YB Dato’ Saifuddin Abdullah  (Ketua Setiausaha Pakatan Harapan) 
YB Datuk Seri Saifuddin Nasution (Setiausaha Agung Parti KeADILan Rakyat) 
YB Datuk Wira Haji Marzuki Yahya (Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia) 
YB Datuk Wira Haji Anuar Tahir (Setiausaha Agung Parti Amanah Negara) 
YB Anthony Loke Siew Fook (Setiausaha Organisasi Kebangsaan Parti Tindakan Demokratik)

Pulau Pinang umum bantuan khas setengah bulan gaji




Kerajaan Negeri Pulau Pinang meluluskan bayaran bantuan khas kewangan (BKK) akhir tahun berjumlah setengah bulan gaji atau minimum RM1,000, kata Ketua Menteri, Chow Kon Yeow. 

Pembayaran yang melibatkan keseluruhan 3,996 penjawat awam dengan peruntukan berjumlah RM5.42 juta itu akan mula dibayar pada Disember tahun ini. 

“Adalah diharapkan bayaran BKK ini akan mendorong penjawat awam untuk memberikan perkhidmatan yang lebih cemerlang lagi di tahun akan datang,” ujarnya dalam pembentangan Belanjawan 2020 Pulau Pinang di Komtar, hari ini. 

Selain itu, Kon Yeow turut mengumumkan bayaran sebanyak RM300 seorang kepada 1,594 penyelia dan guru Kelas Agama dan Fardhu Ain (KAFA), 275 guru Sekolah Rendah Agama Rakyat, 185 guru Sekolah Menengah Agama Rakyat serta 583 guru dan staf Sekolah Persendirian Cina.

Sementara seramai 252 guru tahfiz, guru pondok dan guru TADIS pula akan menerima bayaran RM200 seorang. 

“(Ia) melibatkan tambahan perbelanjaan berjumlah RM841,500 kepada kumpulan ini akan juga dibayar pada Disember 2019,” ujarnya.