FAHMI LAGI TERUK DARI FADLINA.



 Jamzuri Ardani



Saya tak kenal YB Fadhlina Sidek secara peribadi, dan dia pun tak kenal saya. Entah macam mana saya perasan agak banyak kecaman dan kritikan ke atas beliau sejak kebelakangan ini lalu di wall FB saya. Jadi saya pun terpanggil nak tulis sedikit pandangan saya. 


Kementerian Pelajaran (KPM) ni bagai saya antara kementerian yang besar dan sukar. Seperti juga Kementerian Kesihatan (KKM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN). 


Fadhlina pula adalah penggal pertama MP dan terus jadi menteri. Saya fikir, apa pun kelemahan yang ada ... secara adilnya kita perlu akui beliau tidak berada di posisi yang mudah. Saya masih ingat Maszlee Malik juga dulu struggle. Banyak juga kecaman yang diterima, dan akhirnya beliau didesak letak jawatan oleh partinya sendiri.


Saya pernah berbual dengan almarhum Salahuddin Ayyub tetang bagaimana sukarnya beliau ketika menjadi menteri kali pertama. Tidak mudah sebab tak pernah jadi menteri, dan tak pernah pun berada dalam kerajaan sebelumnya. Walaupun beliau sudah berpengalaman dalam politik dan pernah menjadi MP sebelumnya, memikul tugas sebagai menteri tentulah ada cabarannya tersendiri. Apatah lagi jika kementerian itu besar dan rumit. Saya sedikit sebanyak boleh faham apa yang sedang dihadapi oleh Fadhlina. Almarhum Salahuddin kata, bila dilantik jadi menteri kali kedua, barulah langkah beliau lebih teratur dan meyakinkan. 


Jika nak dibandingkan kegagalan sebagai menteri, saya fikir Fahmi Fadzil jauh lebih teruk berbanding Fadhlina. Padahal kementerian yang dikendalikan Fahmi jauh lebih mudah berbanding KPM.


Bukan nak membela sesiapa ... sekadar menyatakan pandangan.




No comments: