BERJUMPA PENGURUSI PERNIAGAAN JERMAN.

 


Pagi tadi saya menerima kunjungan hormat Pengerusi International Economic Senate (Internationaler Wirtschaftssenat -IWS), Peter Nussbaum dan delegasi World Economic Council. 










IWS ditubuhkan di Jerman bertujuan menyatukan pemimpin perniagaan, usahawan dan penggubal dasar dengan misi untuk memupuk pembangunan ekonomi mampan dan amalan perniagaan yang bertanggungjawab. 


World Economic Council Delegation adalah antara inisiatif utama IWS yang menghimpunkan 

pemimpin perniagaan kanan, pegawai kerajaan, dan pakar dalam pelbagai bidang.


Saya alu-alukan lawatan mereka ke Malaysia sebagai inisiatif berterusan menerokai peluang-peluang pengembangan pelaburan khususnya oleh syarikat-syarikat Jerman.


Kami bertukar pandangan berkaitan dasar-dasar dan kemudahan perniagaan oleh Kerajaan MADANI yang boleh dimanfaatkan pelabur luar. 


Jerman adalah rakan dagang terbesar Malaysia di kalangan negara anggota Kesatuan Eropah (EU) sejak tahun 2000.


Dalam konteks ini, Malaysia melihat peluang yang lebih besar selaras dengan pengumuman penyambungan semula rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas Kesatuan Eropah Malaysia (MEUFTA) pada 20 Januari yang lalu.


#MalaysiaMADANI 

#MADANIBekerja

#EU



No comments: