MOU BERSAMA MALAYSIA DAN CHINA



 Hari ini ternyata detik bersejarah tatkala Presiden Xi Jinping dan saya telah menyaksikan sesi pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Republik Rakyat China di pelbagai lapangan yang mempunyai kepentingan strategik kepada kedua-dua negara sahabat. 



1. MoU antara Kerajaan Republik Rakyat China dan Kerajaan Malaysia mengenai Pemerkasaan Kerjasama dalam Inisiatif Keselamatan Global 

2. MoU antara Agensi Kerjasama Pembangunan Antarabangsa China dan Kementerian Luar Negeri Malaysia mengenai Pengukuhan Kerjasama Pembangunan dan Pelaksanaan Inisiatif Pembangunan Global

3. MoU antara Kerajaan Republik Rakyat China dan Kerajaan Malaysia mengenai Kerjasama dalam Perdagangan di Lapangan Perkhidmatan

4. MoU antara Kerajaan Republik Rakyat China dan Kerajaan Malaysia bagi Penyemarakan Inisiatif “Dua Negara, Dua Taman” China-Malaysia

5. MoU antara Pentadbiran Negeri untuk Peraturan Pasaran (Pentadbiran Penyeragaman) China dan Jabatan Standard Malaysia mengenai Kerjasama Penyeragaman

6. MoU antara Pentadbiran Keretapi Negara China dan Kementerian Pengangkutan Malaysia mengenai Pengukuhan Kerjasama dalam Sektor Keretapi

7. MoU antara Kerajaan Republik Rakyat China dan Kerajaan Malaysia mengenai Sokongan Bersama Pembinaan Makmal Bersama dalam Pelbagai Teknologi Baharu

8. MoU antara Universiti Malaya dan Universiti Peking mengenai Pembinaan Makmal Bersama Bahan Baharu AI+ China-Malaysia

9. MoU dalam Pembudayaan Wacana Antara Konfusianisme dan Islam

10. MoU antara Kerajaan Malaysia dan Agensi Berita Xinhua Republik Rakyat China mengenai Kerjasama dalam Bidang Berita dan Maklumat

11. MoU antara Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan Kumpulan Media China (CMG)

12. MoU Tambahan untuk Meminda MoU antara Kumpulan Media China (CMG) dan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA)

13. MoU mengenai Kerjasama Dua Hala antara Akhbar People's Daily China dan Akhbar Star Media Group Berhad Malaysia

14. MoU antara Kumpulan Media China (CMG) dan Persatuan Persahabatan Malaysia-China

15. MoU mengenai Kerjasama Pelancongan dan Media antara Agensi Berita Xinhua Republik Rakyat China dan Lembaga Promosi Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia)

16. MoU Kerjasama di bawah Rangka Kerja Perikatan Warisan Budaya Asia

17. MoU Kerjasama Pelancongan dan Media antara Kumpulan Media China (CMG) dan Lembaga Promosi Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia)

18. MoU Tambahan untuk Meminda Memorandum Persefahaman antara Kerajaan Malaysia dan Kumpulan Media China (CMG) mengenai Kerjasama dalam Bidang Media

19. MoU mengenai Penterjemahan dan Penerbitan Karya-Karya Klasik

20. MoU antara Kementerian Digital Malaysia dan Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara (NDRC) China mengenai Kecerdasan Buatan (AI) 

21. MoU antara Kementerian Digital Malaysia dan Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara (NDRC) China mengenai Ekonomi Digital

22. MoU mengenai Kerjasama dalam Bidang Harta Intelek

23. MoU antara Universiti Xiamen dan Universiti Malaya dalam Penubuhan Bersama Institut Antarabangsa Pengajian Tinggi China-Malaysia

24. Surat Niat dari MDEC kepada Universiti Zhejiang mengenai Transformasi Digital, Kecerdasan Buatan dan Bandar Pintar

25. Perjanjian Pertukaran dan Kerjasama Think Tank antara Agensi Berita Xinhua dan Pusat Kajian Strategik Serantau Malaysia


MoU yang telah ditandatangani ini lantas meletakkan hubungan istimewa Malaysia-China ke tahap baru yang lebih meyakinkan yang pastinya akan membawa limpahan kemakmuran pada aspek kesejahteraan rakyat dan negara seluruhnya. 


πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡¨πŸ‡³

#MalaysiaMADANI

#MADANIBekerja



No comments: