PENCERAMAH TAK PANDAI BUAT LAWAK, MAKI ORANG, KAPIRKAN ORANG ,BODO KAN ORANG...MANA NAK LAKU.

 

Hapiz Kodiang


Sesetengah masjid memanggil penceramah tersohor dengan memberikan honorarium RM10K. Namun apabila pihak masjid maklumkan pada saya bayaran demikian tiada masalah kerana dengan kehadirannya, kutipan untuk masjid boleh mencecah RM30-RM50K. Ia berbaloi daripada menjemput yang biasa seperti saya, di mana kutipan pun hanya sekadar lepas untuk saguhati pengkuliah yang tidak seberapa. 


Itu yang membezakan penceramah yang boleh menyumbang kepada tabung masjid berbanding orang macam saya yang hanya sekadar untuk memenuhi jadual kuliah bulanan masjid.


Jangan diviral pada amaun honorarium yang besar sahaja. Lihat pada return kepada masjid. Bagi masjid² yang tidak mampu, jemput saja level² macam saya. Jangan bandingkan dengan masjid lain. Hal bayaran besar dalam sesetengah keadaan tidak jadi isu masjid yang ditadbir oleh golongan profesional, bekas teknokrat, businesmen dan hartawan di bandar² besar.


Saya di sini merujuk kepada pengkuliah biasa! Itu kelebihan Ustaz Ustaz Azhar Idrus dan angkatannya... dia ada sumbangannya tersendiri.


Dr HK

27.12.2023




No comments: