PMX SENTIASA MENGEKALKAN TRADISI ILMU







*********

𝗖𝗔𝗥𝗔 𝗔𝗡𝗪𝗔𝗥 𝗨𝗦𝗥𝗔𝗛𝗞𝗔𝗡 𝗞𝗜𝗧𝗔 

Oleh : Safwan Mohamad 


Dulu, saya pernah ikuti satu usrah. Naqib saya selalu lontarkan cabaran supaya setiap minggu kena ada pembentangan satu buku yang baru. Setiap ahli usrah akan berlumba-lumba cari buku yang nak dibentangkan.


Kami menggali buku yang pelbagai. Ada yang nakal sikit, diusrahkan kepada kami buku NARUTO. Habis semua hafal jalan cerita Naruto.


Kami sudah mengkhatam beberapa kali buku Fiqh Awlawiyyat karangan Sheikh Yusuf Qaradhawi. Sampai lunyai buku tu, sebab setiap kali ada perdebatan, kami masing-masing akan tegakkan hujah kami menggunakan buku sebagai rujukan.


Saya ingat semasa berusrah di satu IPT, kami buka kepada sesiapa yang nak join untuk masuk sekali dalam usrah tu. Kami mulakan dengan membaca ayat Quran dan membaca kitab tafsir. Seperti biasa, setiap daripada kami 'pegang' kitab tafsir yang berbeza. Ada yang buka Kitab Tafsir Fi Zilalil Quran, ada yang buka kitab Tafsir Azhar, ada yang buka Kitab Tafsir Ibn Kathir... Habis ulasan seorang, orang lain pula baca kupasan ayat yang sama oleh kitab yang berbeza. Akhirnya mereka akan introspeksi apakah yang boleh diambil pengajaran daripada ayat tersebut...


Habis usrah, seorang yang baru join usrah kami tu mendekati saya. katanya, bagus berusrah begini.... sebab kita tidak pandai-pandai mentafsirkan ayat Quran... sebaliknya kita rujuk apa yang ulama tafsirkan...


ANWAR adalah umpama salah seorang grand-master dalam usrah di Malaysia. Saya ingat Almarhum Ustaz Siddiq Fadzil beritahu, dia selalu memperkenalkan pelbagai jenis buku dan kitab kepada rakan-rakannya ketika itu. Malah semasa di penjara, beliau memang mendapat pelbagai koleksi buku yang dihantar oleh rakan-rakannya di serata dunia.


Anwar selalu mencabar rakan-rakan tentang buku apa yang mereka baca. Setiap kali berusrah, mereka akan mendengar kupasan baru dari buku yang berbeza. Jangan lupa, antara guru mereka atau naqib mereka dahulu adalah Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas, yang boleh berkhutbah atau mengupas satu-satu topik sehingga 2-3 jam.


Hari ini Anwar Ibrahim "usrahkan" kita dengan kisah Ashabul Kahfi. maka seluruh rakyat malaysia mula membuka kitab masing-masing untuk sama ada mengkritik mahupun menyokong kenyataan beliau. Kalau dulu saya agak confused tentang tempoh ASHABUL KAHFI tidur. Tapi kini secara yakin saya boleh kata 300 + 9 tahun. Bahkan saya mula mendengar hujah tentang pelbagai pandangan ulama. 


Sebagai contoh, saya baru tahu bahawa ada ulama berpandangan Umat sebelum Nabi Muhammad adalah Muslim, manakala pendapat yang lain pula mengatakan, bukan kaum mereka tetapi hanya Nabi mereka yang Muslim. Ilmu baru bagi saya...


Jika kita mengambil perkara ini secara positif, insyaallah kita akan nampak hikmahnya. ANWAR pula tidak terburu-buru menyekat orang lain daripada bersuara. Semua boleh menyatakan hujah masing-masing, asalkan di dalam adab perbezaan pandangan yang dibenarkan.


Saya ingat ketika kami berbincang tentang buku "Budaya Ilmu" oleh Prof Dr Wan Mohd Nor Wan Daud. Kata beliau: "Budaya ilmu antara lain bermaksud kewujudan satu keadaan yang setiap lapisan masyarakat melibatkan diri, baik secara langsung mahupun tidak langsung. dalam kegiatan keilmuan bagi setiap kesempatan." Hari ini, tukang sapu pun bercakap pasal Surah Al-Kahfi. Tukang cuci pinggan di kedai makan pun buat tiktok pasal Surah Al-Kahfi.


Insyaallah... Budaya Ilmu ini akan semakin berkembang di bawah PMX...


Link asal : https://www.facebook.com/1553243091/posts/10230582863625977/?mibextid=rS40aB7S9Ucbxw6v




No comments: