Pokok Sena bela fitnah yang cuba dimulakan oleh Harakah. Katanya tajuk artikel Harakah "Malaysia di Bawah Anwar Ragu-Ragu Sokong Palestin?" tu ada tanda soal. Jadi ia bukan tuduhan tapi persoalan.
DS Anwar menjelaskan kemarahan beliau berpunca dari Harakah menyiarkan gambarnya dengan latar belakang bendera si penjajah itu. Memang itu satu perbuatan yang jahat dan tidak bertamadun.
Tapi aku nak sentuh kenyataan Pokok Sena yang mengatakan ia persoalan bukan tuduhan. Baik, jika itu persoalan, dan DS Anwar ada buat penjelasan, adakah Harakah siarkan penjelasan daripada PM?
Jika Harakah hanya berniat nak mempersoal, bila dijawab maka wajib disiarkan penjelasan sebesar persoalan itu dibuat. Tapi kalau penjelasan PM itu didiamkan, maka jelas persoalan itu adalah fitnah.
Harakah pengecut. Berselindung di sebalik tanda soal. Meletakkan tanda soal di setiap tajuk artikel sebegini menunjukkan sebenarnya Harakah tahu ia cerita palsu dan fitnah. Diletakkan tanda soal hanya untuk mengelakkan disaman.
Begini cara Islam? Tak. Ini bukan cara Islam. Malah ini jauh lebih jahat dari penjajah berbangsa zionis. Kerja begini, menghasut seperti ini, adalah kerja si iblis. Beginilah cara iblis hasut Adam ingkari Allah.
Manusia yang beriman dan sayangkan iman wajar jauhi Harakah kerana ia hanya akan menjerumus pembacanya ke lembah fitnah yang amat dibenci oleh Allah dan Rasulullah saw. Semoga pemfitnah ini dilaknati Allah dari dunia sampai akhirat. Guane boh?
Raja Gelap II
.