Orang Melayu sebenarnya gagah, hebat dan pandai. Sudah banyak pencapaian kita yang diiktiraf dunia. Baru-baru ini pun ada pelajar wanita Melayu yang dapat markah kedua tertinggi dalam dunia dalam sebuah peperiksaan.
Aku sendiri bekerja dalam sebuah syarikat multi nasional. Dalam syarikat ini banyak jawatan utama yang disandang oleh orang Melayu. Pernah jawatan paling tinggi di Malaysia pun, yang perlantikan oleh HQ di US, dipegang oleh Melayu.
Bukan setakat itu, ada antara orang Melayu yang dihantar untuk ketuai operasi di negara lain. Dan itu bermakna kebolehan kita diakui bukan hanya untuk dalam negara, bahkan di peringkat global.
Jadi kita sebenarnya boleh survive. Kita tak perlu pun dimanjakan atau dilebihkan untuk berjaya. Kita juga tak perlu sampai rampas hak kaum lain dalam negara ini untuk berjaya. Sebab kita cukup segala ciri untuk berjaya.
Yang melaungkan orang Melayu lemah dan perlu dibantu hanyalah ahli politik. Mereka mahu tanam doktrin kononnya kita Melayu perlu dibantu untuk berjaya. Kerana mereka mahu dilihat sebagai wira yang bela Melayu.
Sebab mereka perlukan sokongan kita untuk kekal di pentas politik. Jika orang Melayu sedar bahawa mereka boleh berjaya tanpa penunggang kaum dan agama ini, maka serta merta mereka akan hilang peluang untuk memerintah.
Tapi ada Melayu yang miskin. Ya betul! Tapi bukan Melayu sahaja yang miskin. Dalam dunia, di negara apa pun, orang miskin tetap ada. Jadi yang perlu dibantu adalah orang miskin. Tak kira apa bangsa. Bukan Melayu sahaja.
Dan tanyalah kenapa ada Melayu miskin? Ini kerana mereka yang mengaku konon membela Melayu tak bela pun orang miskin ketika berkuasa. Bukan itu sahaja, mereka pula yang curi hak orang miskin bila berada di tampuk kuasa.
Konon nak jadikan Melayu berjaya. Tapi Melayu yang berjaya hanya dua tiga kerat. Beri projek pun kepada syarikat yang rapat dengan mereka. Itu pun dengan syarat ada komisen yang masuk ke akaun mereka. Begitulah kejahatan mereka.
Hari ini kita kena bangkit. Kena fahamkan diri serta keluarga dan sahabat handai kita. Kita Melayu tidak lemah. Kita mampu untuk berdikari dan bersaing dalam apa keadaan. Yang lemah adalah pemimpin politik yang gunakan sentimen Melayu.
Mereka lemah kerana tiada niat majukan negara. Mereka cuma tunggang sentimen kaum dengan memainkan irama Melayu lemah, untuk meraih undi. Mereka tak mahu kita sedar kebolehan kita sebab kalau itu berlaku, maka mereka hilang modal untuk berpolitik. Guane boh?
Raja Gelap
.