KEH KEH..

 Panaslah un dan untit. 



Zainuddin Omar


Jangan lupa hantar surat jemputan khas pada Nusi. Nanti dia merajuk pulak. 


********

Pertama kali dalam sejarah, majlis rumah terbuka perdana menteri tidak akan diadakan Lembah Klang.


Dalam kenyataan hari ini, Jabatan Perdana Menteri (JPM) berkata pada tahun ini acara tersebut akan diadakan di Kedah, Kelantan dan Terengganu - ketiga-tiganya ditadbir PAS.


Menurut JPM, majlis di Kedah akan menjadi program nasional, dijadual diadakan pada 29 April di Hotel Raia, Alor Setar.


Ia disusuli dengan majlis di Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu, dijadual pada 12 Mei.


Majlis di Terengganu diadakan sehari kemudian di Universiti Sultan Zainal Abidin di Kuala Terengganu.


Menurut JPM lagi, acara serupa akan turut diadakan di Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan namun tarikhnya tidak dinyatakan.


Kesemua acara ini akan diselaraskan oleh Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi di bawah JPM.


"Pelaksanaan program adalah dengan kerjasama kerajaan negeri selaku tuan rumah selain kementerian peneraju turut dilantik bagi membantu pelaksanaan program," menurut JPM.


Kementerian Dalam Negeri akan membantu acara di Kedah, Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim di Kelantan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup di Terengganu.


"Program ini akan dihadiri oleh perdana menteri sebagai tetamu jemputan utama bagi menyantuni pelbagai lapisan rakyat yang akan berkunjung ke majlis berkenaan.


"Menteri besar atau ketua menteri juga akan dijemput selain ahli jemaah menteri persekutuan," menurut kenyataan itu.


Perdana menteri sebelum ini lazimnya mengadakan majlis rumah terbuka Aidilfitri di Seri Perdana di Putrajaya.


Abdullah Ahmad Badawi dan Mahathir Mohamad ketika memegang jawatan itu juga pernah mengadakan acara tersebut di PWTC.


No comments: