MENTERI BOLEH FIKIR BAB INI

 LEBAI-LEBAI MEWA DAN PNKHIANAT BIOL RETI KA PIKIAQ TARA NI?

🤔 MENTERI YG KAKI "STONE", "FAHAM SAINS DAN INOVASI" BOLEH PIKIAQ KOT? 😜

8 wilayah Thailand anjur program kembara ganja untuk perubatan

BANGKOK: Thailand semalam mengumumkan penganjuran kembara ganja untuk perubatan yang pertama di Asia Tenggara tahun depan, ketika kerajaan menyiapkan deraf program pembukaan ladang ganja di seluruh negara itu.
Kementerian Kesihatan Awam serta Kementerian Pelancongan dan Sukan Thailand menjelaskan lawatan itu bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai kegunaan ganja sebagai ubat.
Ia juga bertujuan menarik minat petani yang mungkin mahu mengusahakan ladang itu dan membantu mereka melakukannya dengan mematuhi undang-undang Thailand yang sedia ada.
Menteri Pelancongan dan Sukan Thailand, Phiphat Ratchakitprakarn, berkata lapan wilayah yang sudah memiliki ladang dijadikan sebahagian lokasi lawatan.
"Ini termasuk wilayah Mae Hong Son, Lampang, Samut Songkhram, Sakon Nakhon, Nakhon Ratchasima, Buri Ram, Phatthalung dan Chon Buri.
"Pada peringkat awal, program lawatan ini bertujuan mendidik penduduk tempatan yang ingin membentuk perladangan komuniti dan berusaha menjadi penanam ganja yang sah.
"Program ini akan membuka ruang bagi petani memahami secara asas mengenai ganja dan faedah ekonomi tanaman ini," katanya.
Tambah beliau, Jabatan Pelancongan akan bekerjasama dengan Jabatan Perubatan Tradisional dan Alternatif Thailand dalam mempromosikan pelancongan perubatan, termasuk herba dan ganja untuk perubatan tradisional.
Phiphat juga menjelaskan, program lawatan itu dirancang untuk membantu penduduk tempatan menjana sumber pendapatan baru dengan kemahiran dan pengetahuan lebih baik mengenai produk pelancongan ganja serta herba.
Ogos lalu, Kabinet Thailand mempersetujui cadangan mengubah Undang-Undang Narkotik bagi membenarkan ahli perubatan swasta termasuk pengamal perubatan tradisional dan petani, menanam ganja untuk tujuan rawatan dan perubatan.
Perkembangan terbaru ini seiring keputusan membenarkan penggunaan ganja secara terkawal pada 2018, yang menyaksikan Thailand menjadi negara pertama di Asia Tenggara melakukannya.
Antara lain, ia membenarkan agensi kerajaan Thailand atau mereka yang meminta izin kerajaan menanam ganja mengikuti peraturan agensi kerajaan.
Bagaimanapun, polis Thailand memberi amaran bahawa penggunaan ganja untuk tujuan rekreasi masih dilarang di negara itu.
Kerajaan Thailand akan menjadi tuan rumah kepada pameran ganja di wilayah Timur Laut Thailand, Buri Ram, pada Oktober 2021. - AGENSI
LINK BERITA :