SABAR DAN TENANG THE ART OF WAR...


Faezuddin Puad

1. Makluman awal diterima berhubung insiden dalam Dewan Rakyat tadi ada kaitan dengan strategi politik.


2. Apabila melibatkan strategi, sudah tentu ianya tak boleh diberitahu kepada umum. Analogi mudah, tidak ada polis yang akan beritahu kepada umum cara tangkapan atau bila masa dan tarikh mereka mahu tangkap penjenayah. 


3. Urusan perjalanan Belanjawan 2021 untuk diluluskan sepenuhnya masih panjang dan berliku. 


4. Selepas ini akan ada sesi undian untuk setiap kementerian. Mungkin pada hemat PH tidak semua perlu ditolak. Mungkin ada yang boleh dipersetujui dan ada yang perlu diperbaiki.


5. Dalam masa sama, kita percaya usaha untuk kembalikan mandat rakyat masih diteruskan PH.


6. Justeru, strategi perlu disusun rapi dan teratur. Jangan sampai bocor ke tangan musuh. 


7. Lalu, masih terlalu awal untuk kita nilai semuanya. Sabar dan tenang.



 

No comments: