Isu “Kerajaan gagal pertahan Islam ” DAP, Mufti Perlis bersemuka


Imej mungkin mengandungi: 1 orang


By Sufi Harith - 2019-05-0460
Mohd Asri berkata wujud persepsi PH gagal pertahan Islam kerana menyatakan DAP ada membuat kenyataan yang menimbulkan persepsi berikut. – Foto Media Adil
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Dr Mohd Asri Zainul Abidin dijangka bertemu bagi berbincang tentang laporan media yang memetik kenyataan mufti Perlis itu tentang DAP.
Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim Chee Keong berkata dia sudah menghubungi Mohd Asri dan mufti Perlis itu sudah bersetuju untuk berjumpa Lim.
“Saya telah menghubungi Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin, dan berbicara berkenaan laporan media baru-baru ini yang kononnya memetik kenyataan beliau tentang DAP dan Islam.
“Mohd Asri telah memberitahu saya bahawa kenyataan yang dilaporkan media adalah berlainan daripada apa yang beliau katakan sebenarnya.
“DAP sentiasa bersedia menerima teguran dan nasihat dengan lapang dada, demi kebaikan bersama dan juga kemaslahatan semua, namun ada keperluan untuk menolak fitnah pihak pembangkang selama ini kononnya DAP menentang syiar dan syariat Islam,” katanya
“DAP senantiasa menghormati kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan berdasarkan Perlembagaan negara, namun difitnah oleh pihak pembangkang sebagai anti-Islam, sedangkan kleptokrat dan perasuah negara pula disanjung oleh mereka.
“Saya berharap semoga silaturahim antara DAP dan Mohd Asri dapat dikekalkan dengan meneruskan perbincangan, dialog dan persefahaman sesama kita,” katanya.


No comments: