VIDEO : Pengkaji perakaunan forensik tinggalkan Umno kerana isu 1MDB


Pengkaji perakaunan forensik tinggalkan Umno kerana isu 1MDB


Radzi, 41, kini bertugas sebagai pensyarah di University of Tasmania di Hobart, di selatan Australia. 
Ketika ditemui di Ketereh, Kelantan, Radzi berkata beliau juga kini sedang menyiapkan satu tulisan mengenai 1MDB yang merupakan sebahagian daripada kajiannya.
“Saya juga guna kes 1MDB sebagai sebahagian daripada contoh dalam pengajaran. Contohnya apabila guna fair value accounting,” katanya kepada The Malaysian Insight.Menjelang 2015, timbul pula kes melibatkan Xavier Andre Justo, seorang bekas kakitangan di PetroSaudi International iaitu sebuah firma yang pernah berunding dengan 1MDB.
Xavier mendedahkan maklumat sulit daripada PetroSaudi kepada pengendali laman Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown dan juga kepada pemilik kumpulan media The Edge, Tong Kooi Ong.
Maklumat sulit itu didakwa berhubung kecurian jutaan dollar dari 1MDB dalam rundingan dengan PetroSaudi.
Susulan itu, bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad mula membuka mulut untuk mengulas mengenai 1MDB. 

Wang RM2.6 bilion dalam akaun Najib
Jelasnya, kerajaan sepatutnya dapat menafikan pemindahan wang itu tidak berlaku kerana segala transaksi berkenaan dapat dikesan dengan mudah.
“Orang sudah tunjuk duit pergi sini masuk ke sini, sepatutnya kerajaan cakaplah itu tidak berlaku. Bila kita cakap tentang forensik, kita bercakap tentang pergerakan wang dalam sistem perbankan. 
“Wang itu boleh dikesan jika pergi ke mana-manapun. Tidak susah langsung, jadi dia nafikanlah pemindahan itu berlaku di antara akaun. Jadi orang akan fikir, betul atau tidak cerita itu (yang didakwa The Edge).”
Pada waktu itu juga, akhbar berpengaruh Wall Street Journal menyiarkan laporan mengenai wang RM2.6 bilion yang masuk ke akaun Perdana Menteri Najib Razak.
Sedia jadi calon
Radzi berkata, beliau melihat tidak ramai ahli Umno yang berani mengisytiharkan diri keluar parti untuk menyertai parti Bersatu, tetapi ramai yang bertindak berdiam diri.
“Yang senyap ini ramai. Pengaruh ahli yang senyap inilah yang dipandang rendah sebenarnya. Terutama golongan profesional, akauntan yang faham isu ini, bila kaji betul-betul, mereka akan tengok yang benda ini merapu,” katanya.
Beliau kini dipilih menjadi ketua Bersatu bahagian Ketereh, kawasan yang diwakili ketuanya sewaktu dalam Umno, Annuar Musa. 
“Sekiranya pucuk pimpinan merasakan saya layak dan mampu untuk mendapatkan kemenangan bagi Pakatan Harapan di Parlimen Ketereh dan tiada sebarang aral, insya-Allah saya akan pikul amanah tersebut. 
“Apapun, perlu ditekankan yang saya serahkan sepenuhnya kepada pucuk pimpinan,” katanya lagi kepada The Malaysian Insight.




No comments: