Terdapat negeri-negeri di mana Umno/BN memerintah dengan kuasa minoriti 47%, bertindak mendendami Rakyat yang tidak memilih mereka. Pelbagai kesulitan dan masalah dikenakan ke atas golongan majoriti yang telah menolak pemerintahan mereka dalam PRU-13 yang baru lalu.
Pelbagai cara dilakukan golongan Umno/BN
untuk berkuasa. Ini termasuk menghasut golongan ibu tunggal di Selangor
supaya menyaman kerajaan negeri Selangor. Namun usaha dan niat busuk
mereka, akhirnya menemui kegagalan.