Anwar Berada Di Temerloh Esok

Anwar Berada Di Temerloh Esok
19/02/2011 Share


PAHANG 19 FEB: Selepas Seberang Jaya, Pulau Pinang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual mengadakan ceramah di Temerloh, Pahang pada Ahad ini.

Beliau dijangka bersolat Maghrib dan bertakzirah di Masjid Batu Satu, Temerloh sekitar jam 7.30 malam sebelum menyertai jamuan di Dewan Taman Rimba, Mentakab kira-kira sejam kemudian.

Ketua Umum KEADILAN itu dijadual berceramah bersama pimpinan lain, antaranya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Tian Chua, Datuk Seri Chua Jui Meng, Datuk Fauzi Abdul Rahman dan Cik Gu Koh.

Anwar juga akan berceramah di tapak Markas PAS, Simpang Empat, Kerdau bersama Tuan Ibrahim, Tian Chua, Jui Meng, Fauzi dan Ahmad Nizam Abdul Hamid.

No comments: