PEMBANGGUNAN WANITA DALAM MEMBINCANGKAN PERSAMAAN GENDER







Pulau Pinang-Satu perjumpaan dan perbincangan dalam membela hak asasi kaum wanita yang di pengerusikan oleh Dr. Joyce Lee, Exco Wanita Keadilan dan juga Ahli Jawatankuasa Kesaksamaan Gender Pulau Pinang di bawah Jawatankuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti Pulau Pinang. Jawatankuasa ini telah berjaya menganjurkan suatu Bengkel Kesaksamaan Gender pada 6 Jun 2009 bertempat di Tanjong Bungah Beach Hotel, Pulau Pinang.





Kos bagi bengkel tersebut dibiayai oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan adalah percuma kepada para peserta. Walau bagaimanapun oleh sebab tempat adalah terhad, penyertaan hanya terbuka kepada 100 peserta yang terpilih dan terawal mendaftarkan nama sahaja.






Objektif utama bengkel tersebut adalah:






Untuk membolehkan para peserta memahami konsep gender dan kesaksamaan gender





Untuk membincangkan bagaimana stereotype gender dan diskriminasi gender boleh menjurus ke arah ketidaksaksamaan gender




Untuk menjelaskan bagaimana pertindihan identiti boleh mempengaruhi kedudukan wanita dan lelaki dalam masyarakat



Untuk memperkenalkan kepada para peserta prinsip-prinsip asas CEDAW bagi membolehkan mereka mengenalpasti kes-kes diskriminasi gender dan mengetengahkan konsep kesaksamaan gender



Bengkel tersebut dikendalikan dalam Bahasa Inggeris, dan dibentang oleh penceramah yang telah dijemput dari All Women’s Action Society (AWAM). Sebuah pertubuhan NGO yang telah lama bergiat dalam memperjuangkan hak-hak wanita semenjak ditubuhkan pada tahun 1985.


Organisasi-organisasi yang telah mencalonkan golongan elit mereka bagi menyertai bengkel tersebut ialah Exco Wanita Keadilan yang diwakili oleh Dr. Zaliha, Kak Ann dan Hasnah, DAP, PAS, Wanita Mutiara, Wanita JIM, SUARAM, WCC, YWCA, PSLDA dan INTEL




No comments: