HARI KE 2: KOMEN PESERTA SEMINAR BIMBINGAN USAHAWAN ANJURAN KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG

PULAU PINANG 14 DIS-Seminar Bimbingan Usahawan yang dianjurakan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang telah berjaya mencapai matlamatnya apabila perseta di hari kedua juga memenuhi kerusi dewan budaya USM.Kursus dua hari ini yang dianjurkan oleh seorang jurulatih profesional iaitu Sdr fadzil hashim32 yang juga mendapat lesen bimbingan dari Amerika Syarikat ini dibawa khas untuk membantu usahawan kecil bumiputera dan juga peniaga kecil berbagai aum untuk memberi dorongan dan semangat bagi meningkatkan perniagaan.

Kursus yang dianjurkan oleh Action Coach ini secara percuma di bawa oleh Timbalan ketua Menteri pualau Pinang Yb Fairus Khairuddin sebagai satu program bagi membimbing peniaga kecil dan berskala besar mendapat bimbingan secara profesional.Sayarikat ini akan bertapak di pualau Pinang mulai tahun hadapan bagi meneruskan bimbingan dan dengan kerjasama UPEN negeri akan memantau syaraikat-syarikat dan individu-individu tertentu yang ingin mendapatkan bimbingan dari berbagai sudut dalam bidang perniagaan.

Syarikat yang di tubuhkan di Amerika dan Australia ini telah berjaya membimbing ribuan syarikat kecil dan maklumat lanjut boleh didapati di laman web mereka seperti di bawah.

http://www.usahawanrakyat.com/






















Menurut Jeven khoo 25 tahun ,beliau mendapat dan mengetahui peluang ini adalah sesuatu yang cukup berfaedah bagi beliau terutamanya maklumat dan bimbingan dari seorang jurulath yang professional .Beliau yang merupakan seorang peniaga kedai telefon bimbit mendapati bahawa program ini berjaya . Beliau menyatakan bahawa program anjuran kerajaan negeri ini adalah bersesuaian untuk beliau mendapatkan dan menambahkan lagi teman-teman perniagaan dan dengan penyertaan berbagai kaum ianya menjadi satu kenyataan yang selama ini tidak dapat beliau bayangkan yang mana ianya dapat berkongsi perniagaan dengan bangsa lain.


Cyril 39, yang mendapat tahu dari sahabat tentang seminar ini menjelaskan bahawa ianya amat berbaloi sekali kerana seminar anjuran kerajaan Negeri ini amat berfaedah bagi beliau . Beliau yang mengusahakan perniagaan mendapatkan barang-barang lusuh seperti akhbar dan menjadi orang tengah menjual semula akhbar kepada kilang ini berpendapat bahawa inilah adalah yang pertama kali diadakan dan sesungguhnya dapat bergaul dan bercampur dengan orang lain.”Ini adalah satu program yang mahal jika di adakan di luar” kami mendapat bimbingan yang cukup professional.



Seorang peniaga India yang bernama Manusammy 48 yang berniaga kecil seperti menjual nasi lemak di sebelah pagi dan di sebelah petangnya menjual roti berpendapat bahawa kursus seperti inilah yang diperlukan oleh seorang peniaga kecil seperti beliau kerana ini adalah program kerajaan negeri Pulau Pinang yang diberikan secara percuma dan sudah tentulah membantu seorang peniaga seperti beliau meningkatkan tabungan dan mencapai impian bahawa inilah caranya peniaga seperti beliau mendapat maklumat.


Seorang lagi peniaga Rajiskhna 36 yang sedang membuka perniagaan kilang kecil menjelaskan bahawa selalunya kursus seperti ini terlalu mahal untuk orang seperti beliau mendapat bimbingan dan bila hadir beliau lihat bahawa ianya memang hebat dan penceramah dapat menerapkan apa yangdisampaikan kerana beliau sendiri adalah seorang peniaga yang masih muda dan mempunyai berbagai jenis perniagaan.Adakalanya beliau berpendapat bahawa ceramah dari seorang pensyarah yang bukan seorang peniaga adalah tidak menepati sasaran.Beliau yang mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri terutamanya YB Fairus kerana berjaya menganjurkan kursus yang berjaya ini kepada rakyat Pulau Pinang tanpa mengira bangsa .

Seorang penjaja kecil Zulkifli Hamzah 48 seorang penjaja bergerak yang menjaja minuman panas dan sejuk secara bergerak ke kilang-kilang menjelaskan bahawa beliau sebenarnya berangan-angan mendapatkan sebuah van berbanding motosikal yang beliau gunakan selama ini bagi berniaga .”mahu seribu daya”, kata beliau bimbingan dan semangat ini memberi inspirasi kepada beliau untuk mendapatkan sebuah van kerana ianya dapat bergerak dari satu kilang ke satu kilang di waktu pagi dan di waktu petang.Bimbingan seperti ini memboehkan beliau merancang dengan lebih tepat dan mencapai cita-cita.



Seorang Doktor pakar perubatan Dr Zasmani Shafiee yang berkhidmat hospital Gleneagles bercita-cita untuk membuka sebuah klinik sendiri yang lain dari yang lain dan juga sebuah koperasi untuk masyarakat setempat.Beliau yang rasa bangsa Melayu tertinggal dan tidak di perkasakan jika maklumat sebegini tidak beliau rebut.Seminar ini amat berharga dan sesungguhnya maklumat yang diberikan, keyakinan yang ditanam kan dan semangat yang diberikan akan memberikan beliau keyakinan untuk terus berusaha mencapai cita-cita .Sesungguhnya anjuran kerajaan ini amat logic kerana membawa seorang peniaga sejati yang bergerak dari bawah dan berjaya menjadi seorang jutawan.maka kerana itu ianya lebih berbaloi dari hanya hadir setakat seminar yang hanya datang dari penceramah yang tiada satu pun perniagaan yang diceburi.

No comments: