PULAU PINANG 14 Dis -satu forum yang dianjurkan oleh wanita PKR negeri mengenai wanita dalam masyarakat majmuk merupakan suatu program berterusan dianjurkan Wanita KeADILan Rakyat Negeri Pulau Pinang. Forum ini amat diperlukan untuk menyebarkan ilmu yang berguna bersama penceramah-penceramah yang
berpengalaman.Majlis di rasmikan oleh TKM1 YB Mohd Fairus Khairuddin
TUJUAN/OBJEKTIF
1. Mewujudkan golongan wanita yang bijaksana dalam seimbangkan kehidupan berkeluarga, kerjaya dan aktif dalam politik
2. Mengerakkan aktiviti majlis ilmu dengan aktif dan menyedari tuntutan ilmu pengetahuan bagi wanita di dalam masyarakat majmuk
3. Melahirkan golongan wanita yang boleh berperanan dalam masyarakat majmuk
4. Menyediakan majlis ilmu bagi wanita untuk aktiviti masyarakat majmuk
5. Memperlengkapkan ilmu dan teknik di dalam usaha-usaha kecemerlangan kehidupan wanita tempatan
PARA PENCERAMAH ADALAH
1) YB Dato’ Zahrain Mohd Hashim bin Dato’ Zainuddin Mohd Hashim (PKR)
2) YB Dr. Lo’ Lo’ Bt Dato Haji Mohamad Ghazali (PAS)
3) YB Chong Eng (DAP)
4) Puan Felica Ling (PKR)
Dalam sesebuah rumah tangga, dua peranan utama yang sewajarnya dimainkan oleh seseorang wanita iaitu sebagai isteri dan ibu. Seorang isteri sentiasa mendampingi suaminya sama ada dalam keadaan susah atau senang. Ibu pula terbabit secara langsung dalam memberi pendidikan kepada anak-anak serta menjaga hal ehwal rumah tangga dengan bantuan suami.
Islam membenarkan wanita keluar bekerja berdasarkan kepada keperluan seperti ketika ketiadaan suami, ketidakupayaan suami atau bekerja dalam jawatan yang memerlukan khidmat wanita seperti doktor, tenaga pengajar kepada kaum wanita serta bidang lain yang bersesuaian.
Bagaimanapun menurut Islam, keharusan wanita untuk keluar bekerja mestilah mengikut batas syarak iaitu:Kerja itu mesti bersesuaian dengan sifat kewanitaan. Kerja itu tidak menjejaskan peranannya sebagai isteri dan ibu Bertujuan murni sama ada untuk membantu keluarga atau menyampaikan kesedaran Islam kepada wanita lain Sentiasa memelihara kehendak syarak seperti menutup aurat. Sentiasa menjaga tata susila dan terhindar daripada berlakunya pergaulan bebas dengan lelaki.Mendapat restu daripada penjaga, bapa atau suami. Mengelak daripada melakukan perkara yang boleh membawa fitnah sama ada dari segi tindakan, cara berpakaian atau mengenakan perhiasan.

Apa yang pasti dengan keluarnya wanita bekerja tidak akan mengubah atau merubah maruah dan persepsi masyarakat terhadap wanita masa kini.menekankan wanita tidak boleh berdiam diri daripada turut terbabit dalam semua usaha membangunkan masyarakat. Usaha membina dan memperkasakan wanita perlu berpijak kepada dasar agama dan tidak sekadar membawa agenda feminisme seperti diperjuangkan wanita barat.
Ada beberapa peruntukan berlawanan dengan syariah seperti kesamaan pelantikan antara gender sebagai ketua agama, ketua ibadat serta peranan dan tanggungjawab dalam rumah tangga menyebabkan negara tidak memberi persetujuan menerima pakai hasil konvensyen itu.
Perbincangan dalam kumpulan turut mengupas bagaimana wanita bekerjaya membabitkan diri dengan usaha membangun masyarakat dapat mengimbangi semua tuntutan hidup dengan seimbang. Walau bagaimana tinggi dan besar pangkat seseorang wanita, pada masa sama beliau juga mempunyai peranan lain yang perlu diberi perhatian iaitu sebagai anak, isteri, ibu dan ahli masyarakat.

Mengiktiraf supaya kedudukan wanita yang berkaliber dan berilmu diiktiraf dan dilantik sesuai dengan kelayakan
Wanita berilmu dan berkelayakan perlu terbabit dengan lebih serius dan bilangan mereka wajar ditambah dalam Jawatankuasa Majlis Agama termasuk di negeri.
Pihak berwajib wajar menghargai perkahwinan dan , tidak melakukan keganasan kepada wanita serta menghayati peranan dan tanggungjawab masing-masing sebagai langkah mengelakkan keruntuhan institusi keluarga pada masa depan.
Menyertai sektor pekerjaan selepas rehat yang panjang selepas itu mungkin menjadikan mereka perlu bersaing lebih keras dengan tenaga kerja baru yang muda seterusnya boleh menyebabkan wanita akan lebih kecewa berbanding sekiranya terus bekerja seperti pada permulaan hidupnya dulu.
“Ini adalah pilihan yang berisiko. Wanita yang berhenti kerja daripada sektor pekerjaan sebenarnya akan mendapati dirinya selalu akan berhadapan kesukaran. Lebih 90 peratus wanita yang berhenti kerja dan berharap akan kembali bekerja selepas bayi mereka semakin besar, lebih yakin dapat menumpukan perhatian kepada kerja sedangkan masalah menunggu di hadapan termasuklah peluang mencari pekerjaan baru yang semakin sukar sejajar pertambahan usia, kepercayaan kepada seks dan diskriminasi lain terhadap wanita di tempat kerja.
Walau apa sekalipun faktor yang menjuruskan wanita, isteri dan ibu keluar bekerja, tanggungjawab dan pembahagian masa antara keluarga dan kerjaya perlulah seiringan agar tidak mengabaikan mana-mana pihak.Wanita yang bekerja perlu memastikan keperluan rumahtangga dan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu perlu dilaksanakan sebaik mungkin walaupun mereka terpaksa bekerja pada siang harinya dan ketika di pejabat mereka juga perlu memberikan komitmen yang penuh untuk melunaskan tugas yang diberikan kepada mereka.
Wanita perlu menghargai kepercayaan yang diberikan oleh suami kepada mereka dan perlu menjaga nama baik suami dan keluarga ketika berada diluar dan pihak suami sewajarnya memberi perhatian dan panduan serta bimbingan sekiranya isteri mereka memerlukan pendapat dan tempat untuk meluahkan masalah kerana sifat tolak ansur dan tolong-menolong ini mampu melahirkan keluarga yang aman bahagia.
BLOGGER SAID
WHO AM I WHITHOUT MOHTER'S LOVE