NAJIB PERDANA MENTERI KE-11?

 

Menurut laporan yang belum dapat dipastikan kesahihannya, nasib Najib Razak sama ada kekal berada di penjara atau dibebaskan akan diketahui sebelum hujung bulan ini.

Semalam, Channel News Asia atau CNA melaporan, Lembaga Pengampunan akan mengadakan mesyuaratnya pada minggu ketiga bulan Januari ini.

Kata laporan itu lagi, permohonan pengampunan Najib akan dibincangkan dalam mesyuarat tersebut dan bekas Perdana Menteri itu mungkin akan diberi pengampunan, seterusnya dibebaskan dari penjara.

Bagaimanapun, peguam Najib, Shafee Abdullah menolak laporan CNA itu atas sandaran mereka tidak pernah dimaklumkan mengenainya.

“Kami sebagai peguam Najib tidak pernah dimaklumkan berkenaan tarikh mesyuarat Lembaga Pengampunan atau (jika ada) berkaitan permohonan pengampunan anak guam kami.

“Maka kami jadi tergamam bagaimana CNA telah membuat spekulasi dengan berita tidak berasas ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong, dengan anggota lainnya ialah Menteri Wilayah Persekutuan, Peguam Negara serta tiga lagi yang dilantik Agong.

Sebagaimana diketahui umum, Najib sebelum ini telah mengemukakan permohonan pengampunan berkaitan sabitan bersalah yang beliau kini sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta dalam kes rasuah dana SRC International berjumlah RM42 juta.

Berikutan laporan CNA itu, meskipun isu menjatuhkan kerajaan masih diperbualkan, tetapi sejak semalam lebih ramai yang berminat untuk berspekulasi mengenai nasib Najib.

Ada peluangkah Najib untuk dibebaskan?

Sebahagian besar merasakan anak sulung Tun Razak itu mempunyai peluang cerah untuk dibebaskan, manakala segelintir yang lain masih menanggapi peluangnya adalah 50-50.

Ada pula yang mengakui mereka turut bermimpi berjumpa Najib dalam keadaan ceria dan tersenyum pada malam sebelum berita CNA dilaporkan media tempatan.

Barangkali secara kebetulan, serentak dengan penularan berita mengenai laporan CNA itu, semalam juga Agong telah berkenan merasmikan Menara Merdeka 118 yang pembinaannya diilhamkan oleh Najib ketika beliau memegang jawatan Perdana Menteri.

Menara canggih milik PNB itu mempunyai 118 tingkat dengan ketinggian 678.9 meter dan ia adalah bangunan kedua tertinggi di dunia selepas Burj Khalifa di Dubai (828 meter).

Sebelum ini, Shanghai Tower dengan ketingggian 632 meter adalah menara kedua tertinggi di dunia.

Selain itu, Menara TRX, satu lagi ilham daripada Najib juga telah dibuka kepada orang ramai dan kini menjadi satu lagi pusat membeli belah bertaraf dunia yang sedang menjadi tumpuan pengunjung dalam dan luar negara.

Dalam hal ini, saya sendiri banyak ditanya mengenai kedudukan Najib – jika benar – Lembaga Pengampunan akan bermesyuarat sebelum hujung bulan ini.

Sebenarnya sukar meramalkan sama ada Najib akan dibebaskan atau kekal berada di penjara, cuma insting saya kuat mengatakan, jika beliau bebas, beliaulah yang akan menjadi Perdana Menteri ke-11 selepas ini.

Yang lain-lain yang masih memburu dan berangan-angan untuk kerusi itu, kalau Najib ada di luar, boleh terus bermimpi sajalah. – ShahbudinHusin 11/01/2024.

 


KIRA SEDEKAH KA GUANE BOH...



 Ada satu video aku tengok Sanusi kata memang ada syarikat yang sumbang RM6 juta masuk akaun KFA. Tapi kata dia duit tu masuk tapi projek tak dapat. Jadi kira sedekah la no? Bukan rasuah.


Tak kisah la sedekah ke rasuah. Tu biar SPRM yang siasat. Cuma yang kita tertanya ni, kalau dah duit tu ada masuk, macamana boleh gaji player masih tak terbayar? Duit tu pergi mana?


Sanusi tak payah gelabah nak salahkan Madani. Kalau tak salah, tenang je la. Lagipun kata SPRM, siasatan dijalankan sebab aduan syarikat yang dah masukkan duit tu tapi tak dapat projek. Bukan PMX yang suruh. Nak marah PMX pasai apa? Guane boh?


 

Raja Gelap II 

 

 

#PenjarakanPapaGomo


.


MEMANG HANGPA LA...


Learry Jabul. 


 Jenis yang nampak orang lain saja yang salah... Mereka sendiri yang memulakn dulu, tapi tak ingat... Siapa yang mainkn "api" kebencian sentimen bangsa n agama dulu?? Bangsa n agama itu ibarat minyak petrol.. Tinggal kau cucuhkan api jer lagi...





UNTUNG MAKAN


Learry Jabul




Antara pemimpin parti politik yg paling banyak kali menang kes saman... Duit menang saman pun tak habis makan kot... RM60k, bermakna sebulan RM5k utk Wang belanja... Hanya bermodalkan RM15k sebagai modal mengheret pemfitnahnya ke muka pengadilan... Ada 2 perkara yang dapat kita belajar dr kes spt ini... Pertama: ini adalah cara yang tepat untuk memberi pengajaran kepada pemfitnah... Kedua: ini adalah kaedah yg sesuai untuk menilai "kemampuan" pemfitnah...



DIA MUSIM BANJIR DATANG IDEA. TAHUN LEPAS KE NEW ZEALAND... TU PUNG... KATA DIA BIJOK...


 

TAK MAKAN NASI..


 

Mmmm... MANA ADA DAH.. SENYAP GITU JA


 

NI.. INGAT LAGI KA LEBAI NI MASA JADI MENTERI. IDEA KOLOT NAK SAKAW BIL LETRIK DARI RAKYAT. LA DIA RAJIN MELALAK LAM DEWAN. ANWAR TIBAI HANG MACAM TU JA


 

WOOIIII- KAH.KAH..KAH

 




Sana sini page PN update kekal tenang. Tapi tenang ke? Sebab macam tak tenang je?


Nampak gaya DS Anwar yang tenang. Puak tamak kuasa ni yang menggelupur. Gelojoh tak tentu pasal. Asyik la update nak tukar kerajaan. Dah ada 120 SD konon. Dok percaya ke RPK. Sekali si penipu tu kata senarai tu acah-acah je. Hahaha...


Takde mana tenangnya. Gelabah campur malu. Sama macam Hadi yang kemaluan nak terima DS Anwar datang ziarah sebab asyik sangat hentam DS Anwar siang malam pagi petang dulu. Tak payah acah tenang la. Kita tau hati tu sakit. Guane boh?


 

Raja Gelap II 

 

 

#PenjarakanPapaGomo


.


TINDAS RAKYAT NI ROBOH RUMAH DI PALOH, AIR TAK ADA, HUTANG HARAKAH TAK MAU BAYAR, MENIPU JANJI JANJI... TU ANTARA ZALIM

 




Rakyat tertindas celah mana kat Selangor tu? Cuba bagi contoh sikit.


Kenapa tak cover cerita Kg. Atas Paloh yang diroboh rumahnya dengan pampasan RM1,000 je tu? Itu baru penindasan. Atau isu air yang tak kunjung selesai.


Kalau nak bandingkan dengan cara Selangor uruskan pengambilan tanah memang berbeza la. Even DAP di Penang pun gantikan dengan rumah. Baru betul.


Kalau nak cari isu penindasan, betul nak perjuangkan nasib rakyat, pergilah ke Kelantan. Sana ada banyak isu rakyat yang tak selesai. Tolong la rakyat sana.


Dekat Selangor rakyat dimanjakan. Dan sebab tak ada isu la wartawan Harakah sampai kena menceroboh demi nak cari isu. Biasalah. Harakah memang sinonim dengan fitnah kan. Guane boh?


 

Raja Gelap II 

 

 

#PenjarakanPapaGomo


.


PEGUASA-CEGAH DAN DENDA MEREKA INI

 Pernah, 


Che Ibrahim






Dr Zul ditumbuk....

Kereta Dr Hatta dibakar..

Kereta mufti Perlis dibakar....

Demontrasi pijak gambar gambar pimpinan sendiri di depan Pejabat Agong Pas....


Dulu dulu,


Samad Gol terbunuh kena kapak bungkus di kepala di perkarangan pejabat Pas Jalan Dato Pati...

Atgna kena lempar dengan telor busuk ketika dlm perjalanan ke tempat ceramah..

Dr Zulkifli Muhammad terbunuh dlm satu kemalangan jalanraya yang misteri.... 


Memali...

18 terbunuh...

Maunah di Sauk.... 


Terkini,


Rumah dan kereta Ngeh terbakar... Ucapan alhamdulillah, padan muka dan berbagai sindiran sinis bertali arus dlm medsos...


Angkara siapa semua ini???... Yang pasti politik ghuluw dan keganasan kembali bertapak.


Cegahlah sebelum parah wahai Sang Penguasa!!!!




AZRI DIKATAKAN DAH GILA?




 Kesian pulak si Gomo dah jadi gila. Posting DS Anwar di page beliau tadi guna gambar arkib. Jadi si Gomo tuduh DS Anwar menipu. Katanya DS Anwar tak jumpa YDP Agong pun.


Ini dari IG rasmi Istana Negara. Bertarikh 9 Januari. Dah jelas memang DS Anwar menghadap YDP Agong. Disahkan oleh pihak Istana Negara sendiri. Sekarang ni siapa yang menipu?


Sian Gomo ni. Hati dia dah terluka sangat bila dapat tahu yang Istana takkan terlibat dalam percaturan politik PN. Gomo patut buat pemeriksaan otak. Takut dah gila. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


APABILA WALAUNTOLOL BERKATA KATA



ARAHAN DARI KETUA PENGGANAS DADI LUAR NEGARA.. KEH.. KEH


 

PENIPU BESAR PUN PERCAYA



 Dah kata RPK tu penipu besar. Nama dalam SD dia tu main belasah je. Siap ada nama anak Tan Sri Speaker dan Lim Guan Eng, apa benda tu?


Lepas tu kata GRS pun sokong. Sekali Armizan kata dia tak ada tanda tangan pun. Dan tak ada pun orang yang approach dia. Kan nampak sangat RPK menipu!


Tapi walaun bukan peduli. Dia punya percaya si penipu tu, sampai siapa kata RPK tipu, orang tu yang menipu. Punyalah terbalik otak walaun. Sebab tu senang lebai kelentong dorang. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


DIA KATA KE DIRI DIA TU





 Betul! Bijak pun Mat Amar ni sebenarnya. Tak sangka.


Buah yang dah masak akan gugur sendiri. Contohnya macam Mat Amar sendiri. Dah masak sebagai TMB, akhirnya digugurkan. Sekarang kan orang lain yang jadi TMB. So far kurang sikit mengarutnya.


Tapi buah yang dah masak. Yang belum masak, usah diganggu. Buah baru berputik, kenapa nak digugurkan pulak, kan? Sabar je la. Sabar tu separuh dari iman kan? Lainlah kalau takde iman. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


#PenjarakanPapaGomo


.


DUA ISTANA TUTUP


MMMS



 Aa sudah, Istana Negara tutup sampai hujung bulan untuk mengadap, Istana Budaya pun tutup minggu depan sampai dua tahun pula tu, apalah malang nasib lebai. Kalau kekurangan Istana,  Un kena sedo, kena pahang, harap PM 11 dari Pertikaian Nasional mengadap di Istana Takeshi sudah, buktikan dengan SD yang sudah chukuppp jhemlah, melebihi dari chukuppp.


Cubaan Menelan Babi Hutan

 Cubaan Menelan Babi Hutan




Kejadian tengah hari tadi di Kg Charok Bakong, Dalam Wang Baling Kedah. Seorang penduduk kampung mendengar bunyi pelik sebelum memeriksa di sekitar rumah & menjumpai Ular Sawa Batik sedang membelit seekor Babi Hutan hanya 50 meter dari rumahnya yg kemudian bertindak menghubungi APM.


Anggota APM yg bergegas ke lokasi berjaya menangkap Ular Sawa bersaiz 40KG dgn panjang hampir 5 meter. Kejadian seperti ini bukanlah perkara yg pelik lebih² lagi di negara kita yg sememangnya menjadi habitat Ular Sawa. Malahan, terdapat banyak kes Ular Sawa ini menyelinap & menelan ayam yg dibela dalam reban. Namun demikian, Ular yg bersaiz besar seperti ini sebenarnya amat berisiko apabila ianya mula menghampiri penempatan manusia.


Ada beberapa cara utk mencegah Ular dari menghampiri kawasan rumah:

1. Bersihkan perkarangan rumah

2. Elakkan tanaman / lalang merumpun

3. Periksa & bersihkan jika ada air bertakung seperti lopak dll

4. Tutup lubang / pasang jaring pada bahagian bawah pagar

5. Bebas tikus / katak

6. Pelihara Kucing / Angsa sebagai sistem amaran awal


#rivermonsterhunter

#PeristiwaHariIni

#malaysia



PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN



Asuwadi Ismail


Sama2 kita berdoa yang buat ni bukan orang Islam....

   Cukup lah sekali nama Islam buruk di kalangan bukan Islam bila kereta Mufti Perlis di bakar oleh orang Islam dulu...

   Semoga Polis cepat tangkap mereka yang buat kerja macam ni...



Projek tebuk atap sudah jadi endemik

 

Projek tebuk atap sudah jadi endemik

MENJOLAK MENTARI 



Anwar angkat sumpah sebagai
PM ke-10.

DIAWAL projek untuk menumbangkan kerajaan Perpaduan dan sekaligus membuang Anwar dari kerusi nombor satu negara frasa ketiga saya ditanya seorang kawan, "Sheikh ada apa berlaku di PMO?" Saya tidak segera menyedari apakah maksud pertanyaan itu. Bahawa kawan itu telah mendengar riak risik akan bakal berlaku kegemparan, dimana kerajaan akan tumbang dan Anwar Ibrahim akan tercabut dari kerusi perdana menteri.

Melalui risikan dan sumber-sumber diperolehinya, konon Anwar akan dijatuhkan dan kerajaan akan bertukar dalam masa terdekat. Tampaknya pertanyaan kawan saya itu menyakinkan dan bersemangat sekali. Mungkin dia seronok kalau Anwar tumbang kerana sebab-sebab tertentu.

Saya menjawab pertanyaan kawan saya itu ringkas sahaja, dengan berkata saya tidak ada apa apa maklumat tentang PMO. Betul saya tidak ada apa-apa maklumat. Dan kalau apa yang hendak diceritakan itu itu bersabit (memburukkan) Anwar, saya tidak minat. Saya tidak sama sekali lagi menjadi nangka yang masak tetapi busuk.

Lantas kawan itu kemudian mengucapkan terima kasih dan seakan tidak senang dengan reaksi saya itu. Mungkin dia menganggap saya naif terhadap apa yang beliau tahu dan ingin beri tahu itu, maklumlah akhir-akhir ini saya menghadkan pergerakan untuk mengendap aksi politik negara. Dan tua dah...

Beberapa jam selepas itu, atau keesokan hari ini, baru saya dapat menangkap apa yang dimaksudkan kawan itu, bahawa ada maklumat diketahuinya mengenai gerakan untuk jatuhkan Anwar yang dipanggil Langkah Dubai sedang beraksi. Berita Langkah Dubai pun keluar bertalu-talu macam guruh di langit dan bersambung dari mulut ke mulut, dari mulut manis sampai ke mulut rabit ia berceceran. 

Ia menjadi kencang dan meresahkan semua orang apabila para citro ashabul khafi yang baru bangkit dari mengingau memainkan peranannya menyebarkan isu berkenaan, menuba dan meracuni minda rakyat. Mereka jaja dan laung lelong isu berkenaan kepada umum dari kedai kopi hingga ke surau dan sekolah. Para ashabul khafi ini dengan berani dan yakin sampai menyebutkan akan saat dan jam kejatuhan itu. Ada yang menyebut angka dan jumlahnya sekali. Ada yang membuat laporan langsung kononnya pintu istana sudah dibuka untuk upacara mengangkat sumpah perdana menteri baru. 

Dalam medsos riuh randah dengan para pemerhati penyokong politik di semua puak membuat tanggapan masing-masing. Jumlah penganalisa politik pun bertambah dengan tiba-tiba mengikut kecenderongan masing-masing. Yang seronok dan percaya dengan berita itu bergembira, bertepuk tangan dan meloncat-loncat macam kera kena belacan, ada yang sampai tercabut kain pelikat dan nampak batu peli*. Ada yang sudah sembelih ayam dan kerbau untuk kenduri kesyukuran hadirnya perdana menteri baru.

Manakala yang sayang kerajaan dan masih belum puas melihat Anwar jadi perdana menteri ikut tersasau dan terkesal dengan berita itu. Sedih dan kecewa. Sudah ada yang tidak makan dan tidak minum bimbang mengenangkan berita itu. 

Setengahnya tak nak bercakap dengan isteri atau suami kerana memikirkan nasib kerajaan dan nasib Anwar, walaupun sejak jadi PM ini Anwar tidak pun memikirkan nasib mereka. Almaklumlah berdekad mereka memperjuangkan untuk menobatkan Anwar sebagai PM tiba-tiba jatuh begitu sahaja. Siapa tidak hiba dan kecewa.

Saya juga tidak terlepas turut dihujani pertanyaan daripada berbagai orang, dari penyokong biasa, ahli parti sampai ke penyokong berprotokol bertaraf bekas menteri. Cuma yang tidak bertanya tentang itu kepada saya ialah lembu, kerbau, biawak, monyet dan beruk sahaja. Kalau digolongkan makhluk orang (politis) hampir semua bertanya ingin mengetahui kedudukannya.  

Mungkin bagi mereka (haiwan), apa perlu dan pentingnya mereka mempedulikan kepada maklumat yang disampaikan oleh para "citro ashabul khafi" itu. Mereka tidak kisah siapa yang jadi kerajaan, apakah ia ulama atau umarak. Apakah ia seorang teknokrat ataupun keparat. Lagipun cerita dibawa citro ashabul khafi daripada orang yang tidak tidak boleh dipercaya kerana ia bersemabur dengan igau dan mimpi. 

Sesungguhnya haiwan mempunyai sense atau naluri yang tinggi tentang sesuatu. Monyet, kerbau, beruk kera, musang, tenggiling dan sebagainya tidak bercakap tentang sesuatu yang tidak jelas, berupa popagada atau karut marut dan khayal. Mereka adalah makhluk realitas. 

Hal itu Quran pun ada menyebut, haiwan itu adakalanya lebih baik nilai daripada manusia. 

Saya bukan mereka (binatang), tetapi justeru saya tidak mengambil pot sangat pun dengan berita dan laporan untuk jatuhkan kerajaan itu. Saya banyak menggunakan logikal dengan melihat kepada data dan fakta dari menggunakan khayalan, apa lagi menerima maklumat daripada yang tidak berwibawa, wartawan yang tidak beretika. Kita perlu menggunakan akal untuk mempertimbangkan sesuatu berdasarkan pengalaman, sejarah dan pengamatan logikal.

Namun saya tidak dapat mencuci tangan sebegitu saja. Selepas dihujani pertanyaan dan kemusykilan adalah saya menerangkan akan kedudukan maklumat berkenaan, tetang kesahihan cerita hendak jatuhkan kerajaan itu menerusi platform Tiktok. Ada tiga konten yang saya buat menafikan laporan berkenaan. Saya memberi tahu dan bercerita, apa yang saya tahu dan menekankan apa yang diledakkan itu hanya cerita yang direkayasakan. 

Namun penjelasan itu bukan senang untuk berhenti keriuhan perkara itu kerana para pelarisnya terlalu ramai dan lebih ghairah. Keriuhan itu lalu menjadi-jadi lagi, dan menggelisahkan mereka yang mudah berdebar (lemah jantung) apabila Timbalan Pengarah J-Kom Ismail Yusof membuat kenyataan mengulas hal itu dengan menggesa kerajaan bertindak ke atas para penyebarnya atas alasan ia boleh menganggu kententeraman  awam. 

Kenyataan Ismail itu sebagai mengesahkan gerakan itu kerana ia datang dari agensi rasmi kerajaan. 

Tidak cukup kenyataan Ismail itu, cerita mengenai gerakan itu ditambah garam pula oleh Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi mengatakan dia ada maklumat awal-awal lagi tentang rancangan Langkah Dubai itu. Kononya sebelum penggerak projek itu ke Dubai beliau sudah mendapat maklumat. Biasa sihir politik Zahid dapat tahu awal tetapi kekurangan tenaga untuk menghentikannya?

Dan menjadi tambah menggelisahkan dan berita karut itu terus merodok perasaan mereka yang lemah jantung dan saraf tunjang apabila Anwar Ibrahim seorang oritor yang pantang tengok microphon ikut sama mengomen mengenai berita karut itu. Kelemahan Anwar tentang satu ini pantang dengar gendang politik akan terus menari sesuatu yang menggusarkan juga.

Saya tetap diam dan senyum dalam rasa muak dengan apa yang berlaku. Entah kenapa hati saya sedikit pun tidak terusik dengan maklumat tentang gerakan itu. Mungkin jiwa saya sudah tepu dengan kejijikan dan kekolotan politik Malaysia ini.  Sudah biasa sangat dengan segala macam propagada, pyswar atau pre-empt dimainkan dalam dunia politik.  

Dan kerana sudah muak dan loya dengan projek hendak jatuhkan kerajaan itu, saya tidak mahu bercerita panjang mengenainya disini. Apa yang hendak disimpulkan cerita itu itu begini sahaja. Projek tebuk atap atau nak guling kerajaan ini adalah projek mereka yang berdendam, dengki dan berotak sewel. 

Mereka yang tidak mempedulikan soal negara dan rakyat dan hanya memikirkan soal kuasa dan kepentingan diri sendiri. Projek mereka yang kehausan kuasa. Mereka seperti nyamuk tiruk yang kekeringan darah dalam tubuh akan mengejar apa sahaja untuk kebutuhan mereka. Kalau bangkai boleh memenuhi keperluan mereka bangkai pun mereka hentam.

Jika kita mengidentifykan mereka satu persatu kita akan kenal siapa mereka dan kenapa mereka jadi sedemikian. Mereka yang menjadi kepala kepada gerakan itu dan menyokong gerakan itu bertindak menjadi pemuda ashabul khafi adalah mereka yang ada masalah peribadi dengan Anwar. Mereka yang bergaduh dengan Anwar keseorangan tanpa pun Anwar mengetahuinya. Mereka mengharap simpati dan perhatian dari perdana menteri, tetapi tidak berjaya. 

Sisi lain propaganda itu menakutkan juga kerana mengenangkan peristiwa tahun 2020 dahulu apabila tumbangnya kerajaan PH apabila ia dikudeta menerusi pengkhianatan Langkah Sheraton. Langkah Sheraton tidak berhenti disitu sahaja apabila berlaku pula kejatuhan atau pertukaran PM yang kedua apabila Mahiaddin "terkanyal" dari kerusinya diganti dengan Ismail Sabri Yaakob. 

Kejatuhan Mahiaddin dilihat sangat mudah, dari puncak terus ke bawah pangkal tanpa terhalang halang. Ibarat jatuhnya buah mangga dari atas puncak ke bawah tanpa tersangkut atau tertimpa di mana-mana dahan dan ranting. Kejatuhan laju dan diluar dugaan. 

Jadi peristiwa yang menimpa ke atas Mahathir dan Mahiaddin itu menjadi trauma kepada rakyat negara, khasnya golongan politik. Kejadian itu membayangi mereka menyebabkan terfikir ia akan menimpa ke atas Anwar pula. Itulah menyebabkan berita karut marut yang dijajah oleh tujuh citro ashabul khafi itu mudah menjadi racun dan sempat membingitkan negara.

Namun kepada yang tebal iman dan pengetahun politiknya, tidak takut dengan berita dan kejadian itu.  Kedudukan Anwar sebagai PM sebenarnya telah dkunci oleh Yang diPertuan Agong. Al Sultan Abdulah telah menitihkan dengan berharap sebelum baginda berangkat pulang ke Pahang setelah tamat tempoh berkhidmat lima tahun, tidak akan ada PM baru lagi. Ertinya Anwar akan kekal menjadi PM, dan tidak boleh diganggu gugat sehingga akhir Januari. Beliau dijamin oleh istana.

 Kalau orang memegang dan memahami maknawi kata-kata dan harapan Al Sultan Abdulah itu tidak perlu risau dan gusar dengan kedudukan Anwar. Tidak perlu mudah terusik dan percaya dengan cerita-cerita rekayasa, hantu pucung dan toyol yang dibuat dalam media sosial.  Apa lagi bagi mereka yang waras dapat menilai pencapaian dan kejayaan Anwar sebagai PM dalam tempoh setahun ini, yang membanggakan, tidak akan terfikir dengan cerita khayal itu sebaliknya akan menangkis apa saja maklumat memburukkan kerajaan apa lagi mengenai kerajaan akan jatuh.

Kerja untuk menjatuhkan Anwar sudah pun reda. Tanpa mengaku kalah pihak yang membencinya sebenar sudah pun tewas dan gagal. Namun mereka tidak akan berhenti dari terus membawa lagu lama  itu. Lagu-lagu klasik ini asyik juga didengar sesekali sekala sebagai hiburan. Macam jubah terkena najis kucing walaupun dibersih baunya tetap ada.

Mereka tidak akan pernah padam cita-cita dan harapan. Mereka perlu menumbangkan kerajaan Perpaduan yang menakankan kepada soal tatakelola ini bukan untuk kepentingan rakyat tetapi menyelamatkan diri mereka. Itu rahsia kenapa mereka bersungguh hendak lenyapkan kerajaan hari ini.

Mereka perlu berbuat begitu kerana tidak ditahan diserang dengan bayangan ketakutan. Kerajaan Madani ini akan memburu mereka dan sesiapa bersalah. Kerana itu mereka yang tidak ada apa-apa kesalahan mendukung dan menyokong penuh kerajaan dan Anwar.

Ditegaskan usaha atau projek tebuk atap kini sudah jadi endemik. Projek ini macam Covid-19 dahululah mula-mula bukan main kita takut dan gerun mengenai wabak itu. Ke mana-mana kita pergi pakai mask dan waspada. Bukan itu sahaja kita dikenakan PKP tidak boleh keluar rumah.

Sampai dunia menjadi gelap gulita. Sampai segala kegiatan seharian turut terhenti kerana gara-gara takutkan Covid. Sekarang apa berlaku, apa jadi dengan Covid? Apakah Covid sudah hilang, tidak. Covid tetap ada ia sudah jadi endemik, sudah jadi wabak biasa macam Denggi. Kita tidak perlu takut lagi dan boleh bergerak ke mana-mana sahaja. Kita lupa kepada mask, kepada sanitizer, dan juga lupa kepada timbunan mayat akibat Covid. Kita sudah kalih dengannya.

Nah, begitu juga dengan projek orang gila dan sewel tebuk atap ini ia sudah jadi endemik. Walaupun syaitan dan iblis yang terlibat dengan gerakan projek itu masih ada, masih galak, tetapi mereka sudah lemah, sudah letih, ada yang terperap di hospital kecapekan. Apapun wajar kalau kerajaan terus melakukan imunisasi ke atas rakyat untuk menyelamatkan mereka dari terkesan dengan wabak projek tebuk atap yang tidak kesudahan ini selagi orang-orang sinting dan ising masih bernyawa.  [wm.kl. 8:34 am 08/01/2024]

Glossori

Kanjal = terpecat, tercabut, tertanggal

 

Fail segera usul undi tidak percaya terhadap PM, Hassan beritahu pembangkang

 



Hassan Karim berkata usul perlu difailkan 14 hari sebelum persidangan bermula 26 Feb depan.


PETALING JAYA: Seorang wakil rakyat kerajaan menggesa pembangkang segera mengemukakan usul tidak percaya terhadap Anwar Ibrahim sebelum Dewan Rakyat mula bersidang 26 Feb depan.

Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim berkata Perikatan Nasional (PN) perlu serius jika mahu menguji keabsahan Anwar yang didakwa tiada majoriti mudah 112 sokongan, merujuk kepada dakwaan Langkah Dubai.


Menurutnya, tindakan itu boleh dilaksanakan berdasarkan Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan dan usul perlu dikemukakan kepada Speaker Dewan Rakyat sekurang-kurangnya 14 hari sebelum persidangan.

Persidangan Dewan Rakyat dijadual bermula pada 26 Feb dan dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong.

“Jadi usul boleh difailkan sekarang jika pihak pembangkang serius untuk bentang usul tidak percaya itu.

“Usul undi tidak percaya itu boleh dibentangkan pada keesokannya 27 Feb,” kata Hassan kepada FMT.

FMT semalam melaporkan kenyataan seorang peguam Bastian Pius Vendargon bahawa cara terbaik menguji kepercayaan Ahli Parlimen terhadap Anwar adalah di Dewan Rakyat.

Sebelum ini, media melaporkan dakwaan wujudnya “Langkah Dubai”, perbincangan yang didakwa berlangsung di Emiriah Arab Bersatu antara pemimpin pembangkang dan wakil rakyat kerajaan tertentu bertujuan menjatuhkan pentadbiran Anwar.

Hassan berkata penyokong dari blok kerajaan tidak perlu mengemukakan usul undi percaya kerana mereka yakin Anwar mempunyai majoriti untuk terus menjadi perdana menteri.



GANGGU AGONG DENGAN ISU JATUHKAN KERAJAAN DI AKHIR TEMPOH PEMERINTAHAN SUATU PERBUATAN BIADAP KEPADA RAJA

 

Semua rakyat Malaysia, bahkan hampir seluruh dunia tahu tempoh pemerintahan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebagai Yang Di-Pertuan Agong akan tamat pada 30 Januari 2024.

Bermula 31 Januari, Agong baru ialah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang akan memainkan peranan sebagai ketua negara sehingga 2029.

Pada bulan-bulan terakhir sebelum menamatkan tempoh pemerintahannya, Sultan Abdullah sepatutnya diberikan ruang waktu yang tenang dan menyenangkan, bukan diganggu dengan gegak gempita mahu menjatuhkan kerajaan.

Mengganggu tempoh akhir baginda dengan isu menjatuhkan kerajaan boleh disifatkan sebagai perbuatan tidak bertanggungjawab dan biadap yang tak bertempat.

Kalau ia pun mahu menjatuhkan kerajaan, kenapa tidak dilakukan sebelum ini atau tunggu selepas Agong baru memulakan tugas?

Kenapa perlu tergesa-gesa di akhir pemerintahan Agong sedia ada macam tiada tiada hari esok lagi untuk berbuat demikian?

Lagi pula, jika diteliti, selain tiada asas sokongan untuk menjatuhkan kerajaan ketika ini, blok pembangkang juga tidak memanfaatkan peluang yang tersedia sebelum ini.

Sebaik Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri, penegasan pertamanya ialah agar usul percaya di Parlimen dibentangkan terhadapnya.

Tujuan Anwar berbuar demikian tidak lain ialah agar keabsahannya tidak dipertikaikan lagi oleh mana-mana pihak.

Tetapi, ketika usul berkenaan dibentangkan di Parlimen, Anwar terbukti bukan saja mendapat sokongan majoriti, bahkan blok pembangkang langsung tidak berani mengangkat muka.

Tiada undi menentang yang berani dikemukakan oleh blok pembangkang yang bermakna keabsahan Anwar sebagai Perdana Menteri tidak perlu dipertikaikan lagi.

Sepatutnya, dengan undi percaya yang lulus penuh itu, ia berkuatkuasa sehinggalah Parlimen dibubarkan dan mengekang sama sekali sebarang usaha menumbangkan kerajaan di tengah jalan.

Jika tidak, apa guna usul undi percaya kiranya sepanjang masa ada saja cerita kerajaan mahu dijatuhkan?

Kemudian, jika pun blok pembangkang masih ada sisa-sisa ghairah yang masih berbaki mahu menjatuhkan kerajaan, mereka patut melakukannya dengan menolak Belanjawan 2024 pada Oktober lalu.

Sekali lagi, mereka nampaknya tidak mampu untuk melakukannya.

Dengan itu, mengapa baru sekarang kecoh-kecoh semula dengan cerita mahu menjatuhkan kerajaan?

Dan kenapa mesti menyusah, mengganggu dan menyerabutkan pemikiran Agong yang bakal menamatkan tempoh pemerintahan dengan isu menjatuhkan kerajaan?

Tidak bolehkah Sultan Abdullah diberikan laluan yang tenang dan damai di akhir-akhir pemerintahan baginda?

Lalu, kalau bukan biadap dan tidak bertanggungjawab, apa lagi gelaran patut kita panggil terhadap mereka yang sanggup berbuat demikian?

Sebab itu, selari dengan tindakan pihak polis yang telah membuka kertas siasatan dan akan memanggil dua tiga TikTokers yang didapati tak henti-henti mencetuskan kegelisahan dengan memainkan isu menjatuhkan kerajaan, tindakan tegas memang patut diambil terhadap mereka yang berkenaan.

Sudah sampai masanya untuk pihak berkuasa bertindak lebih tegas dan meminimakan kompromi. – ShahbudinHusin 10/01/2024.