Zuraida Tinggalkan Bersatu, Bincang Peletakan Jawatan Menteri


Setelah membuat pertimbangan yang mendalam, Ahli Parlimen Ampang Datuk Zuraida Kamaruddin mengumumkan keluar daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM). Beliau juga akan bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi membincangkan peletakan jawatannya sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi.


SCAMMER ISLAMIK

 

SCAMMER ISLAMIK

1. Syarikat Travel Umrah

Tulis dalam iklan, hotel kat Tanah Haram 50 meter dari masjid. Turun je lif, jalan sikit dah sampai lantai putih. Makcik pakcik yang tua-tua ni sakit lutut baca iklan ni, terus amek pakej. Bila sampai nahhh! Beratus meter. Mutawif @ ejen pun cakap

"Makcik pakcik ini ujian. Kat tanah haram ni jangan komplen. Nanti takut niat kita nak ibadah terhalang, habis semua jadi susah."

Makcik pulak dulu masa muda-muda langgan Mastika, terpaksa la diam je.

2. Pusat Tahfiz

Kutip derma. Resit tak dak. Surat tak dak. Audit tak dak. Bertahun-tahun kutip derma, tapi asrama student level reban ayam. Safety tak dak. Fire extinguisher tak dak. CF kantoi. Bila kita tanya nanti, dia balas

"Zaman Nabi dulu, dinding pakai pelepah tamar je. Boleh je melahirkan generasi bertaqwa. Yang sijil mijil CF tu semua ciptaan manusia. Tak wajib ikut."

Tapi mudir keluar Mercedes CLA 200. Baik punya.

3. Founder Produk

Blend kurma dengan kismis dari China tapi claim dari Mekah. Buh habbatussauda sikit. Gula 15 gantang, packaging tulis "Makanan Sunnah". Claim boleh ubat 100 jenis penyakit. Darah tinggi, kencing manis, gout, sakit lutut, sakit sendi. Target group produk pulak untuk orang-orang tua yang dah sah-sah ada penyakit-penyakit tu.

Bila kita kata, resepi macam ni Nabi tak pernah ajar pun. Lagipun tinggi gula. Bahaya. Kalau buh kat mesin check gula tu, konfem tak boleh baca terus.

Dia balas "Inilah melayu. Nak jatuhkan melayu. Macam mana ekonomi Islam nak naik?"

Senang kerja. Founder kaya raya.

4. Penceramah selebriti @ Kursus Kahwin

Jenis dengar dia berceramah memang syok layan. Contohnya guna ayat @ hadis palsu yang sangat popular "Akak-akak kalau mintak cerai daripada nanti bergegar arasy Allah. MashaAllahhh"

Arasy tu bukan kerusi urut yang bergegar-gegar ni. Kalau dah lebam biru muka kene tinju takkan tak boleh mintak cerai jugak? Bila kita tanya dalil atau sumber hadis, dia jawab

"Wahabi!"

Simple kan? Sepatah je.

5. Parti-parti Politik Bersadurkan Agama

Masa sebelum pilihanraya, janji tadbir urus Islamik. Janji nak tegakkan hukum islam. Masa ucapan siap petik ayat quran hadis, siap baca loghat badwi padang pasir. Bila dah dapat kuasa... sungai kotor, balak tebang, harga barang tak boleh kawal, zikir hu hu hu pun boleh lepas untuk amal, penceramah ajar tengok astrologi ala-ala islamik pun tak kena gam. Tak nampak wajah Islam tu di mana.

*************************************

Sebenarnya, P. Ramlee dulu hampir betul dah. Dalam filem Tiga Abdul, monolog Husein Lempoyang lakonan Nyong Ismail,

"Dunia.. dunia.. meniaga manusia lagi bagus daripada meniaga onta."

Hakikat yang sekarang ni..

"Dunia.. dunia.. meniaga agama lagi bagus daripada meniaga onta."

 

 

 

MANA BMF- LUNCAI KA UNCAI HABIS ?



Bukan salah mereka. Mereka berniaga. Apa peranan dan usaha kita?

Satu hari dulu, saya jual ayam murah sikit untuk orang kampung je. Ada yang mengadu sampai pegawai penyiasat datang. Katanya orang atas arahkan.

Kuat ke tidak ? Mereka suruh kita giveup.


PERSEFAHAMAN TAKTIKAL PH & PN DALAM PRU15

 PERSEFAHAMAN TAKTIKAL PH & PN DALAM PRU15

ANDAIAN AGIHAN KERUSI DI JOHOR SEBAGAI CONTOH PENYELESAIAN


Politik adalah perang tanpa menumpahkan darah. Manakala perang bersenjata adalah politik berdarah.


Percaya akan menang perang adalah prasyarat untuk kemenangan dalam perang ataupun dalam pilihanraya umum.


PH boleh memasang keyakinan menang jika ada persefahaman taktikal dengan parti-parti pembangkang yang lain. Bukan khemah besar; bukan khemah kecil. Bukan kerjasama; bukan muafakat. Tidak perlu manifesto bersama; tidak perlu muafakat apa pun. Yang perlu adalah kesanggupan berbincang dan berunding.


Ambil senario di Johor sebagai contoh. Mungkin boleh dipakai kemudian di negeri-negeri lain seluruh Malaysia.


Fasist Jepun tidak dapat dikalahkan jika Parti Kuomintang pimpinan General Chiang Kai Sheik tidak mengadakan front bersatu dengan Parti Komunis China pimpinan Pengerusi Mao Tze Tung. Contoh ini sudah jadi klise kerana sering kali disebut.


Kita beri contoh lain, contoh tempatan di Tanah Melayu sendiri dalam perjuangan menuntut Kemerdekaan. Kebijaksanaan Tunku Abdul Rahman yang sanggup berunding dengan Ching Peng, Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya telah memberi tekanan kepada kolonial Inggeris untuk segera memberikan Kemerdekaan kepada Persekutuan Tanah Melayu.Itu kesan perundingan Tunku-Ching Peng.


Analogi ini boleh diguna pakai dalam keadaan sekarang khususnya antara PH dan PN. Bermula dengan Johor.


Dalam PRU14 tahun 2018, di kawasan Parlimen Johor yang mempunyai 26 kerusi, pembahagian di kalangan PH ketika itu ialah PPBM (Bersatu) 10 kerusi; Keadilan 8 kerusi, DAP 6 kerusi dan Amanah 2 kerusi.


Keputusan PRU14 di Johor adalah seperti berikut: PPBM menang 5 kalah 5; Keadilan menang 7 kalah 1, DAP menang 5 kalah 1 dan Amanah menang 1 kalah 1. 


PH dan PN di Johor boleh mulakan bincang. Bukan bincang nak buat khemah besar. Tetapi bincang untuk atur kerusi. Bukan muafakat politik dengan konsep abstrak, tetapi mencari jalan pragmatik dan praktikal untuk elakkan bertembung sesama sendiri dalam PRU15 yang kesudahaannya Umno dan BN yang menang. Bukan kerana Umno BN kuat tetapi kerana pembangkang berpecah, berperang sesama sendiri.


Peraturan mudah boleh digunapakai untuk berunding mengatur kerusi antara PH dan PN. Kawasan yang PPBM (Bersatu) menang dan bertanding dulu, PH hormati. Begitu juga kawasan yang PH menang dan bertanding dulu maka Bersatu (PN) perlu hormati. Mungkin 50% pengagihan kerusi dapat diselesaikan. Kemudian yang bermasalah 50% lagi boleh bincang baik-baik.


Tidak dinafikan ada masalah-masalah praktikal di beberapa tempat. Misalnya di Muar dulu dimenangi oleh PPBM, tetapi kini ahli parlimen Muar berada dalam Parti Muda. Begitu juga di Seri Gading, dulu dimenangi oleh PPBM tetapi kini ahli parlimennya berada di dalam Parti  Pejuang. Hal yang sama berlaku di parlimen Simpang Renggam, dulu dimenangi oleh PPBM tetapi kini ahli parlimennya berada di dalam Parti Keadilan.


Hal-hal seperti ini bukan tidak boleh diselesaikan. Boleh, syaratnya berlapang dada dan berbincang.


Begitu juga di Segamat, di Batu Pahat dan di Tebrau, dulu dimenangi oleh Parti Keadilan tetapi kini ketiga-tiga ahli parlimen itu telah melompat keluar meninggalkan Keadilan. Hal-hal semacam ini boleh bincang. Ada jalan penyelesaiannya.


DAP kita faham sukar untuk berunding dengan Bersatu. Kita hormati pendirian itu. Tetapi hakikat di lapangan, DAP dalam Pilihanraya Negeri Johor Mac lalu masih menang 10 kerusi DUN, hanya kalah 4 kerusi sahaja. Manakala Keadilan masuk bertanding 20 kerusi kalah 19, menang satu sahaja di Bukit Batu, itupun dengan majoriti tak sampai 200 undi. Hal yang sama berlaku pada Amanah. Semua calon-calon terbaik Amanah seperti Hj Aminolhuda (Pengerusi Amanah Johor dan Pengerusi PH Johor), Dzulkifli Ahmad, Suhaizan Kayat kalah dalam PRN Johor, kecuali Sallahuddin Ayob seorang sahaja calon Amanah yang menang di Simpang Jeram.


DAP tidak bertembung dengan Bersatu (PN) dalam PRN Johor yang lalu. Tetapi Keadilan dan Amanah terpakasa menghadapi banyak penjuru terutama BN dan PN yang berkesudahan PH berada di tempat ketiga.


Jadi kepada pimpinan tertinggi PH, fikir-fikirlah.


HASSAN ABDUL KARIM

Ahli Parlimen Pasir Gudang

25 Mei 2022 (Rabu)



SEMANGAT MUDA MENGATASI ADAB


Norman Radzuan

Semua sudah melihat video ini. Saya menunggu penjelasan dari kedua pihak mengapa ia boleh berlaku tetapi pemuda tersebut masih direman. Takut cerita basi saya mengulas dari pandangan peribadi saya berdasarkan kewarasan sebagai manusia.


Saya terkejut dua kali atas kejadian ini. Pertama bagaimana anak muda memukul seorang lelaki warga emas tanpa belas kasihan. Kedua adalah reaksi anak2 muda kpd kejadian tersebut.


Siapa salah siapa betul hanya kedua mereka dan Tuhan yg tahu. Tetapi memukul seseorang seperti menjatuhkan hukum sebelum didapati bersalah. 


Saya terkejut komen anak2 muda yg seperti menyalahkan warga emas yg uzur tersebut dgn andaian..’jika tidak diprovok atau jika tidak ada salah takkan anak muda tersebut bertindak demikian’. 


Ada sindiran mengatakan , ‘ pandai berpolitik org tua ini, kencing terangkat…, pandai berlakon’. Masyallah tak kira siapa betul atau salah tetapi bukan tiket utk membenarkan anak muda ini memukul sesiapa sahaja.


Ya benar adab tidak mengenal usia atau latar belakang. Tua, muda, miskin, kaya atau dari apa darjat sekali pun, adab patut menjadi teras dlm diri seseorang manusia. 


Dlm dunia digital juga, tidak kurang hebatnya apabila adab nampaknya semakin kurang diguna pakai. Namun agama dan budaya mengajar kita menghormati org tua. Jika adab ini sudah tiada… ingatlah anak muda suatu hari anda akn tua, tidak berdaya walau mengangkat tangan sendiri.


Saya masih ingat ketika kecil bila org tua dtg rumah ibu panggil utk bersalaman cium tangan. Kemudian jalan mesti menunduk. Didikan itu menjadikan ia amalan kami adik beradik hingga dewasa.


Walau macamana geram dgn ibu atau ibu saudara kami diajar utk redha. Kalau nak ikut karenah kedua org tua…memanglah kdg2 rasa nak marah. Tapi kenangkan ajaran didikan agama dan ibu bapa kpd kami dahulu… saya dan adik beradik memendam rasa melayani karenah ibu bapa. 


Begitulah juga ketika waktu bekerja. Semua org tahu betapa bencinya sahaja kpd Tun Mahathir. Ketika beliau hadir ke pejabat (Tun dalam persaraan) saya dan beberapa teman antara yg menyambut ketibaannya saya bersalam mencium tangan Tun.


Peristiwa itu terus menjadi bahan sindiran kawan2. Saya beritahu ia berlaku spontan kerana didikan ibu bapa saya. Saya melihat Tun seperti seroang datuk. Tun jarak umurnya dgn saya seperti cucu dan atok. Saya berbuat demikian tanda hormat saya kpd org tua apatah lagi Tun bukan lagi menjadi PM ketika itu.


Berbalik kejadian anak muda memukul warga emas tersebut tanpa belas ihsan itu tidak boleh diterima sama sekali. Jika warga tua itu salah atau melakukan provokasi report kpd polis dan bukan terus membelasah begitu sahaja.


Anak muda cuba pertahankan anak muda tersebut bagi saya atas faktor usia. Mereka sokong atau cuba pertahankan budak muda tersebut kerana usia sama2 muda. Sdgkan jika ibu bapa mereka diperlakukan sebegitu rupa adakah mereka bersetuju?


Saya melihat video seterus apabila diminta berkali kali utk menghormati warga tua tersebut anak muda ini melawan dgn berkata, “ tak kira lah… aku bukan warga Bangladesh.” Persoalannya adakah anda Melayu boleh perlakukan perkara seperti itu.


Video seterusnya apabila dikerumi org2 kampung anak muda ini masih seperti mahu bertindak agresif. Agak panas baran juga… cuma barannya tak bertempat.


Saya bukan memenangkan sesiapa. Cuma saya terkejut dgn sikap anak muda tersebut. Lebih mengejutkan ia dibela oleh anak2 muda sdgkan tindakan tersebut tidak mengira usia sekalipun adalah tidak waras dan salah disisi agama dan undang2. Di mana nilai2 kemanusian?



TAHLIL TAK SALAH...TAPI....

Pernah terjadi di sebuah kampung apabila berlakunya kematian, disebabkan keluarga tersebut menerima duit sumbangan yang banyak.

Maka ada seorang Lebai mendekati waris keluarga arwah tersebut dan berbisik kepadanya.

"Banyak dapat sumbangan, boleh la jemput ramai sikit kenduri malam nanti...."

Waris yang sedang berduka mengangguk tanda faham walau hakikatnya yang mati itu suaminya, sedangkan dia hanyalah suri rumah sepenuh masa. Terdapat 4 orang anak yang masih bersekolah. Si suami bekerja sebagai pemandu bas sekolah sahaja.

Selesai urusan kebumi jenazah, si balu kalut semacam meminta bantuan sanak saudara yang ada untuk membuat persiapan kenduri tahlil dan makan² yang akan dilakukan malam ini.

Di ambilnya wang yang terdapat di dalam bekas dari hasil sumbangan orang ramai lalu di arahkan adiknya keluar membeli bahan masakan dan yang lain pula membantu apa yang patut di dapur.

Selepas isyak jemputan hadir, membacakan tahlil. Selesai ia, mereka dihidang dengan sedikit juadah rakyat marhaen.

"Ayam masak merah..." Kata tetamu apabila melihat hidangan.

Sementara di dapur si balu kepenatan dia duduk termenung sambil berlinang air mata memikirkan sang suami di alam sana.

Sekejap pula imbasan terhadap arwah, fikirannya mula beralih arah menu juadah untuk esok malam. Si balu mula mengeluh dalam masa sama dia teringat bahawa cuti sekolah hampir berakhir. Persiapan untuk pembukaan sekolah belum dibeli.

"Manalah nak cari duit untuk baju sekolah dan yuran ...." Sambil matanya jauh merenung nasib diri dan anak-anak

Kisah Rakyat Marhaen..Tahlil tak salah, yang salah si jahil.

 

May be an illustration of text that says "TAHLIL NI KITA BUAT HARI PERTAMA. KEDUA DAN KETIGA DAN LAST SEKALI HARI KE SERATUS..."

HARGA BARANG NAIK DAN RAKYAT SEDANG MARAH, PRU15 TIDAK SESUAI DIADAKAN TAHUN INI

 

Ketika ini rata-rata rakyat sedang mengeluh dan marah berikutan kenaikan kos sara hidup dan peningkatan harga banyak barang-barang keperluan seharian.

Ayam, sayur, ikan, minyak masak dan hampir semua barangan keperluan harian sedang menggila kenaikannya, walhal rakyat baru saja pulih untuk meneruskan hidup kesan daripada Covid19 mewabak lebih dua tahun lamanya.

Sementara kita tahu kerajaan sedang berusaha dengan pelbagai cara untuk mengatasi permasalahan tersebut, juga disedari menurunkan harga barang bukanlah boleh dilakukan dalam tempoh sehari dua.

Ia biasanya akan memakan masa beberapa bulan kerana kenaikan itu mempunyai hubung kait dengan penawaran dan permintaan serta bagaimana untuk meningkatkan bekalan di pasaran.

Maka itu, dalam bulan-bulan tetdekat ini dan sementara harga barangan keperluan belum begitu stabil, rakyat pada hakikatnya sedang dalam keadaan marah, mengeluh dan tidak puas hati terhadap kerajaan.

Apabila harga barang naik, darah rakyat pun akan segera menaik juga.

Di ketika rakyat marah, mengeluh dan tidak puas hati ini, perkara yang paling tidak harus dilakukan oleh kerajaan ialah mengadakan pilihan raya.

Pilihan raya hanya wajar diadakan apabila rakyat dalam keadaan selesa, puas hati dengan gembira dengan kerajaan.

Kecuali jika kerajaan memang sengaja mahu menempah kekalahan dan barangkali sudah bosan jadi kerajaan, barulah sesuai mengadakan pilihan raya ketika rakyat sedang marah itu.

Tetapi, sudah tentu tiada mana-mana kerajaan di dunia ini mahu kalah dalam pilihan raya semata-mata kerana sudah bosan jadi kerajaan.

Tidak terkecuali dengan kerajaan sedia ada di negara kita yang tidak mahu kalah pilihan raya dan Ismail Sabri Yaakob juga pastinya belum bosan untuk terus jadi Perdana Menteri, maka beliau tidak seharusnya tergesa-gesa mahu membubarkan Parlimen.

Biar pun sedang didesak dan diasak oleh pimpinan partinya sendiri iaitu UMNO agar segera membubarkan Parlimen dan mengadakan pilihan raya, Ismail Sabri mesti lebih bersabar dan bertenang menangani desakan serta asakan tersebut.

Sebaiknya hentikan seketika untuk melayan desakan UMNO itu kerana sebagaimana diketahui umum, sesetengah mereka itu berbuat demikian kerana hanya mahu menyelamatkan diri berikutan ketika ini sedang berdepan perbicaraan di mahkamah.

Berbanding mereka yang mahu memikirkan untuk menyelamatkan diri sendiri, Ismail Sabri punya tanggungjawab lebih besar iaitu ingin menyelamatkan kerajaan dan menyelesaikan masalah rakyat terlebih dahulu.

Dengan yang demikian, PRU15 sebenarnya lebih sesuai diadakan pada tahun depan, bukan tahun ini.

Rakyat sendiri secara umumnya lebih sedia berdepan PRU pada tahun 2023 berbanding 2022 yang penuh sengsara dan kegetiran dalam mereka meneruskan kehidupan sekarang ini. – ShahbudinHusin 26/05/2022.




ILMU ITU DIMANA MANA

 

Semalam forum di Perlis sempat berselfie dengan Ustaz Dr Dr. Ustaz Rozaimi Ramle - Hadith Rector Kolej Universiti Islam Perlis.
Saya sudah lama mengikuti penulisan Ustaz dan suka pendekatan ilmiah Dr. Rora memberi pencerahan, waima kepada pengkritik keras.
Semalam dalam forum, saya sebut perkauman ataupun assobiyah ini umpama singa buas. Jangan kita beri makan singa ini, tak kira siapa, tak kira parti mana. Masyarakat Malaysia yang rencam wajib membulurkan singa assobiyah ini. Jangan kasi makan.
Mungkin ada sesetengah pihak ingat dia boleh bela singa buas untuk jaga kepentingan diri dan politiknya, tapi singa ini akan mengamuk di luar kawal dan memusnahkan semua orang termasuk tuannya.
Contohnya ada ahli politik fitnah kononnya di bawah Dato Seri Dr Mujahid Yusof Rawa, Tabung Haji ada pelbagai isu, ekuiti dijual, campur tangan Lim Guan Eng dan sebagainya. Hari ini depa tarik balik kenyataan fitnah selepas dibawa ke mahkamah. Tapi sudah terlambat, masyarakat dah terbakar dengan sentimen assobiyah.
Kita perlukan politik budiman. Politik yang mengangkat martabat manusia - saya suka Dr Rora gunakan istilah kamarah insaniah, yakni kemuliaan insan.
Sama-sama kita berusaha.
Don't feed the lion... Jalan teruih!
May be an image of 2 people and people standing

KAH..KAH...LANTANG LAGI JADI AYAM

 

SEAN LP


Sesiapa yang lantang bersuara confirm AYAM.......!!!!

😂😂😂
Ha...... Lantang-lantang lagi......kan dapat gelor AYAM.....!!!!
Nak jadi AYAM bersuara lantang la....settle jadi AYAM......!!!!
Baru tahu inilah punca harga AYAM melambung.....!!!!
May be an image of 1 person, headscarf and text that says "Hadi anggap ada pihak lantang bersuara seperti ayam tapi bertelur cuma sebiji"

PERSOALANNYA ADA ATAU TIDAK ZAHID HAMIDI TINGGALKAN BUKU CEK AKAUN PERIBADINYA KEPADA PEMBANTUNYA?

 

Bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa baki wang dalam akaun peribadinya lebih daripada mencukupi untuk membayar kad kredit miliknya tanpa menggunakan dana Yayasan Akalbudi (YAB).

Ahmad Zahid, 69, berkata akibat kecuaian bekas setiausaha eksekutifnya, Mejar Mazlina Mazlan @ Ramly, wanita itu telah membayar kad kredit peribadinya menggunakan cek yayasan itu.

“Baki setiap bulan dalam akaun peribadi saya lebih daripada mencukupi untuk membayar kad-kad kredit peribadi saya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika disoal peguamnya Hamidi Mohd Noh semasa membela diri atas 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya melibatkan pecah amanah, lapan pertuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram, membabitkan berpuluh-puluh juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.

Kepada soalan Hamidi, mengapa Mazlina menggunakan cek YAB untuk menjelaskan bil kad kredit berkenaan, Ahmad Zahid berkata Mazlina telah melakukan kecuaian dengan membayar kad kredit menggunakan cek YAB.

“Mazlina dalam keterangannya di mahkamah sebelum ini juga mengakui telah melakukan kecuaian yang mana dia tidak tahu, tidak pasti dan tidak ingat berkenaan pengurusan bil-bil kad kredit,” katanya.

Terdahulu, Ahmad Zahid dirujuk dengan baki wang dalam akaun Maybank miliknya antara 2014 hingga 2016 yang menunjukkan baki minimum sebanyak RM100,000 dan maksimum RM600,000 manakala bil kad kreditnya minimum RM600 dan maksimum RM215,000, dalam tempoh sama.

Pada perbicaraan sebelum ini, Ahmad Zahid memberitahu mahkamah bahawa Mazlina yang diamanahkan untuk menjaga akaun peribadinya dan YAB, melakukan pelbagai kecuaian antaranya gagal memahami dan membaca penyata kad kredit miliknya sehingga menyebabkan pembayaran kad kredit tidak mencukupi dan berlebihan.

Bagi 12 pertuduhan pecah amanah, Ahmad Zahid didakwa menggunakan dana YAB untuk membuat enam pembayaran bagi penggunaan kad kredit peribadinya, polisi insurans dan lesen kenderaan peribadinya, pemindahan wang ke firma guaman dan sumbangan kepada Persatuan Bola Sepak Polis Diraja Malaysia.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu didakwa melakukan perbuatan itu di Affin Bank Berhad, cawangan Jalan Bunus, Off Jalan Masjid India di Kuala Lumpur, antara 13 Jan 2014 dan 23 Dis 2016.

Pertuduhan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan membawa hukuman penjara antara dua dan 20 tahun serta dengan sebatan dan juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung. – Bernama.