TIDAK WUJUD RUNDINGAN KERJASAMA PH – PN. KALAU ADA YANG BAGI CADANGAN , BAIK SIMPAN DULU DALAM POKET


Jho Low seleweng USD1.42 bilion daripada urusniaga 1MDB diatur Goldman, kata ejen FBI

 Bloomberg

 -
facebook sharing button 
twitter sharing button 
whatsapp sharing button 
email sharing button 

Mahkamah Persekutuan di Brooklyn, New York yang membicarakan kes
 Roger Ng diberitahu, Jho Low adalah penerima terbesar daripada 16
 orang yang menerima dana dikumpul oleh Goldman Sachs dalam
 urusniaga bon untuk 1MDB. (Gambar Bloomberg)

NEW YORK: Ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low yang didakwa menjadi dalang dalam skandal 1MDB telah menyeleweng USD1.42 bilion daripada urusniaga bon diatur oleh Goldman Sachs Group Inc untuk dana kekayaan Malaysia, kata ejen Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) yang mengesan dana itu ketika memberi keterangannya.

Eric Van Dorn memetik jumlah wang itu daripada kandang saksi pada hari Isnin dalam perbicaraan rasuah bekas pegawai bank Goldman Roger Ng.

Bekas Perdana Menteri Najib Razak mengaut USD756 juta daripada jumlah keseluruhan USD6.5 bilion, kata Van Dorn kepada juri di Mahkamah Persekutuan di Brooklyn, New York.

Katanya, bekas Pengarah Urusan International Petroleum Investment Co milik kerajaan Abu Dhabi, Khadem al-Qubaisi yang menjamin urusniaga 1MDB itu telah menerima USD472.8 juta.

Ng adalah satu-satunya pegawai bank Goldman yang dibicarakan berhubung kes penyelewengan 1MDB.

Van Dorn yang berkata bagaimana dia mengesan wang terbabit disalurkan kepada sekurang-kurangnya 16 penerima memberitahu juri bahawa Ng mendapat USD35.1 juta menerusi dua daripada tiga urusniaga bon, manakala bekas pegawai bank Goldman Tim Leissner yang mengaku bersalah atas penipuan itu dan bekerjasama dengan Amerika Syarikat (AS) menentang Ng, mendapat USD73.4 juta.

Najib telah disabitkan kesalahan di Malaysia dan dihukum penjara 12 tahun berhubung SRC International, bekas anak syarikat 1MDB. Beliau membuat rayuan atas sabitan itu.

Jurucakap kepada Najib tidak membalas emel dengan segera untuk mendapatkan komen berhubung keterangan Van Dorn.

Di sebalik kemegahan Umno

 Mohsin Abdullah

 -


Apa agaknya akan berlaku sepanjang Perhimpunan Agung Umno (PAU) yang bermula esok? Tentunya Umno berada dalam kemegahan. Presiden parti akan melangkah masuk ke dewan persidangan dengan bangga. Sesungguhnya beliau dan partinya berhak “berkepak”.

Kerana PAU kali ini berlangsung empat hari selepas BN yang dikemudi Umno menang bergaya di Johor. Sebelum itu menang bergaya juga di Melaka.

Dengan kemenangan itu timbul keyakinan akan menang PRU pula. Sehari sebelum PRN Johor, Ahmad Zahid Hamidi, meluahkan rasa “menang di Johor menang PRU15”.

Zahid dan orangnya sekian lama mahu PRU15 diadakan secepat mungkin. Lebih-lebih lagi sebelum pemilihan parti yang dijadual diadakan tahun ini. Disember katanya.

Pada malam 12 Mac ketika Naib Presiden Umno dan juga Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob tiba di ibu pejabat Umno untuk mengikuti keputusan PRN Johor beliau dihadapkan dengan laungan “bubar bubar” yang diteriak ahli parti.

Maksudnya jelas. Mereka mahu Ismail bubar Parlimen untuk membolehkan PRU15 diadakan. Sehari kemudian Ismail memberi reaksi. Kata beliau, kerajaannya tidak akan terburu-buru bubar Parlimen dan adakan pilihan raya. Kata Ismail, keputusan bubar Parlimen tidak perlu dipengaruhi “kumpulan kecil”.

Tidak dihuraikan siapa “kumpulan kecil” itu. Secara rambang tentulah kumpulan yang melaungkan “bubar bubar “ yang menyambutnya di ibu pejabat Umno Johor malam Sabtu lalu, akan tetapi mungkin juga “kumpulan lain” dalam Umno.

Yang kita tahu, seperti dikatakan tadi, Zahid dan timnya mahu PRU diadakan segera. Bagaimanapun pada 13 Mac lalu iaitu sehari selepas Umno-BN menang besar di Johor, Zahid berkata pula “kami tidak akan desak PRU15 diadakan. Buat masa ini”.

Pun begitu, tanpa menuduh beliau tidak bercakap benar, kata-katanya itu boleh dianggap cakap-cakap politik yang mengambil kira keadaan, taktik, dan strategi. Bagi saya kata kuncinya ialah “buat masa ini”.

Dalam pada itu, pemimpin Umno dan juga menteri Kabinet seperti Annuar Musa dan Khairy Jamaluddin senada dengan Perdana Menteri. Tidaklah memeranjatkan. Kan Perdana Menteri bos mereka?

Kata Annuar, keputusan bila pilihan raya dipanggil adalah hak Perdana Menteri dan pilihan raya, kata beliau, mesti dilangsungkan apabila “BN sudah bersedia”. Adakah BN terutama Umno belum bersedia? Atau Annuar tidak yakin Umno-BN sudah bersedia?

Khairy pula berpendapat keadaan kesihatan awam yang terjejas akibat pandemik Covid-19 perlu distabilkan terlebih dahulu sebelum PRU15 diadakan. Pandangan yang amat wajar dan logik oleh Khairy selaku Menteri Kesihatan. Cuma beliau tidak pula berkata demikian ketika PRN Melaka dan Johor diadakan walaupun ketika itu keadaan wabak tetap mencemaskan.

Apa pun Khairy dan Annuar dikatakan tidak sehaluan atau bukan dalam kalangan tim Presiden parti. Bukanlah rahsia besar kedua-dua berada dalam kumpulan pro Ismail. Mereka juga, terutama Annuar, dianggap pro-Perikatan Nasional.

Jadi apa yang akan terjadi pada PAU kali ini?

Kata Mohd Azlan Zainal, pengarah operasi Ilham Centre, pasca PRN Johor Ismail Sabri pasti akan ada tekanan. Dijangka isu pembubaran Parlimen akan dibincangkan segera.

“Ismail selaku Naib Presiden parti pasti tiada banyak pilihan. Dia berharap agar mampu bertahan selaku PM hingga tamat penggal. Pastinya jika BN menang semula PRU maka dia tidak lagi akan diangkat sebagai PM”.

Jika apa yang Azlan kata itu benar mungkin itulah sebabnya ada pihak pro-Ismail mahu pemilihan Umno diadakan sebelum PRU 15 supaya Ismail dengan kelebihan yang ada pada seorang Perdana Menteri mencabar dan menewaskan Zahid untuk memegang jawatan presiden Umno.

Menurut mereka selaku presiden parti, Ismail akan menjadi Perdana Menteri seandainya BN menang PRU15 . Perlu diingat juga selaku Presiden Umno, Ismail boleh memilih timnya menjadi calon kerana pemilihan dan pemberian watikah calon adalah kuasa presiden parti.

Selain isu pembubaran Parlimen, menurut Azlan, pastinya PAU kali ini juga antaranya akan fokus status Muafakat Nasional.

“Setelah menang besar di Johor, Umno tentunya memilih jalan sendirian tanpa MN. Kumpulan Umno pro-Perikatan Nasional pasti tidak selesa dengan apa yang terjadi,” kata Azlan.

Imbau kembali sebelum pengumuman kemenangan besar Umno-BN di Johor pada malam 12 Mac – Zahid dilapor berkata BN terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak selepas PRN Johor selesai.

Tetapi kata beliau “kalau Insyaallah kita (Umno-BN) dapat 2/3, saya fikir kerjasama tidak bererti”.

PAS yang sebelum ini bersama Umno menubuhkan MN jelas tidak senang dengan kenyataan Zahid itu. Kata Setiausaha Agungnya Takiyuddin Hassan dalam setiap keadaan pun sikap ihsan dan bekerjasama tetap langkah yang bijak manakala sikap sombong tidak sihat dan mesti dibaiki.

Namun bagi saya meskipun kata-kata Zahid itu boleh dilihat sombong dan angkuh ia realiti politik. Apa perlunya menjalin kerjasama apabila sudah ada “super majority”? Ini kenyataan – berdasarkan keadaan nyata bukannya sentimen dan emosi.

Bagi penganalisis politik, Sivamurugan Pandian, setelah kemenangan bergaya di Melaka dan Johor, kepimpinan Zahid mempunyai kelebihan.

“Saya fikir PAU ini akan menekankan ke arah PRU15 segera. Jika desakan datang dari perhimpunan agung dan resolusi diterima, adakah Ismail boleh berkata ‘tidak’ dan menolaknya?”.

Persoalan yang cukup besar.

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili FMT.

BILA BN MENANG 2/3 DI MELAKA-PROJEK MERAPU PUN BERMULA







Inilah sikap PNyamun bila berkuasa, salah satu cara untuk menyamun adalah dengan merancang projek besar yang tidak kritikal untuk rakyat Melaka.

Baru baru ni Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh yang juga exco Perindustrian, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan membuat pengumuman untuk membina terowong bawah laut ke Sumatera. Setahu saya jarak paling dekat antara pantai Melaka ke Sumatera adalah ke Pulau Rupat di Sumatera sejauh 70 Km.

Jika di ambil kira cadangan projek terowong Pulau Pinang sejauh 7.2 Km di anggarkan kosnya boleh memcecah RM6.3 Billion. Maka terowong sejauh 70 Km boleh mencecah RM70 Billion atau lebih. Selalunya projek sebesar ini jumlah yang boleh di samun pun mungkin berbillion juga.

Saya tak fikir projek ini mudah kerana ianya melibatkan 2 buah negara. Kajian alam sekitar dan kos consultant pun boleh mencecah berbillion. Malah jika di lihat dari peta Semenanjung Malaysia dan Sumatera, jarak paling dekat adalah dari Kukup di Selatan Johor ke Pulau Karimun Besar di provinsi Kepri yang mungkin jaraknya 30 Km tetapi terpaksa pula di sambung ke pulau kecil seperti Lubuk Puding dan Pulau Kundur sebelum di sambung ke tanah besar Sumatera Selatan.

Tetapi yang peliknya terowong ke Pulau Pinang yang boleh di manafaatkan penduduk tempatan dan pelancung pun tidak di terima Kerajaan Persekutuan. Sedangkan terowong ke Sumatera ini lebih jauh jaraknya dan tidak di anggap kritikal untuk rakyat setakat ini.

Kesimpulannya mana mana kerajaan yang di pilih mestilah mendahului kepentingan rakyat Malaysia terlebih dahulu dan bukannya kepentingan peribadi dan kroni. Sesuatu projek yang di buat adalah atas dasar kritikal untuk kepentingan rakyat.

OMN KD

#KerajaanGagal

 

MACAM MACAM KUTUK ANWAR...TAPI AKU TETAP SOKONG

 

DS Anwar dah tua. Dah tak ada umph. Tak mampu jadi crowd puller. Dah hilang aura. Dan banyak lagi kata nista lain yang dilemparkan kepadanya. Semua kerana kekalahan Keadilan dalam PRN Johor.

Ok memang DS Anwar dah tua. Dah lebih 70 tahun pun. Tak boleh nak nafikan. Dan kalau nak kata DS Anwar dah hilang taring, hilang aura, hilang daya penarik sebagainya pun tak perlu dinafi.

Maka sebab itu, ada suara yang minta DS Anwar berundur dari politik. Bukan sebagai pengerusi PH sahaja tapi tinggalkan politik selamanya. Jadi nak tanyalah kepada yang cadangkan, siapa nak ganti?

Bermula daripada '98 sehingga sekarang, kekuatan pembangkang banyak menunggang atas peribadi DS Anwar. Sebelum DS Anwar ketuai pembangkang, tidak ada sesiapa mampu lumpuhkan BN.

Ok, DS Anwar dah tak ada aura. Jadi siapa? Nak ambil Mahathir? Atau anaknya Mukhriz? Pejuang lebih jahanam daripada Keadilan dalam PRN Johor. Kalau Shafie Apdal? Pun sama. Langsung tak mampu melawan dalam PRN tersebut.

Apa kata cuba Mat Sabu? Tapi Amanah dah berapa tahun pun masih kekal bawah ketiak DAP. Tak nampak signifikasi Amanah di bawah pimpinan Mat Sabu. Sepatutnya Amanah dah boleh ganti PAS sekarang. Tapi langsung tak ada bayang.

Kalau nak kira kekuatan pemimpin itu berdasarkan kerusi parti, maka Lim Guan Eng yang sepatutnya jadi pengerusi PH. Jadi apa kata DS Anwar beri jalan kepada Guan Eng untuk ketuai PH?

Ok juga. Aku pun tak sabar nak letakkan kesalahan kepada Guan Eng pula kalau PH kalah selepas ini. Semua setuju ke? Hahaha...

Orang boleh sebut macam-macam benda buruk terhadap DS Anwar tapi hakikatnya rakyat masih mahu dan perlukan DS Anwar. Ahli Keadilan pun masih ramai yang percaya kepada beliau. Jadi kenapa orang parti luar nak sibuk?

Kit pilih pemimpin perlu berdasarkan ideologinya. Mungkin DS Anwar tua tapi tapi semangat dan iltizamnya masih kuat memperjuangkan nasib rakyat. Itu yang tak ada pada ramai yang lain.

Dan lihat bagaimana DS Anwar diserang oleh ahli parti lain. Itulah tandanya DS Anwar masih kuat. Kalau beliau tak kuat, siapa yang nak buang masa serang beliau? Kita serang Najib lebih dari serang Zahid sebab Najib lebih 'kuat' berbanding Zahid.

Dalam ulasan awal Mat Sabu dan Guan Eng pasal PRN Johor, kedua mereka masih menyebut soal perpecahan pembangkang sebagai punca PH kalah. Yang mana aku tak nafikan sedikit pun.

Tapi cuba Mat Sabu dan Guan Eng tengok dulu perpecahan dalam PH. Tengok kelakuan ahli parti mereka sendiri. Galak mengutuk DS Anwar. Lebih dari pihak lawan lagi. Begitu juga budak Guan Eng.

Sebenarnya DS Anwar ni cukup kuat. Menghadapi serangan bukan setakat daripada machai UMNO dan walaun PAS, bahkan daripada ahli Amanah dan DAP sendiri dan segelintir kartel dalam Keadilan, DS Anwar masih kukuh berdiri.

Bayangkan kalau Amanah dan DAP berhenti dari menyerang DS Anwar, macam dalam PRU14 dulu dan berdiri kukuh atas nama PH, keadaan akan jadi lebih mudah untuk PH hadapi pilihanraya.

Tapi kalau pengundi atas pagar pun ragu kepada DS Anwar dek hasutan penyokong PH sendiri, nak menang macamana? Kalau betul pun DS Anwar hilang umph, itu atas usaha komponen PH sendiri!

Lebih malang Mat Sabu dan Guan Eng tak pernah ambil tindakan pun dengan kenakalan ahli mereka. Apakah memang perbuatan itu direstui? Atau Mat Sabu dan Guan Eng sendiri yang suruh?

Daripada sibuk nak seru bersama parti pemecah dan tiada akar umbi seperti Pejuang, Warisan dan Muda, lebih utama sebenarnya Mat Sabu dan Guan Eng disiplinkan dulu anak buah masing-masing.

Semua parti kena refleksi diri. Tengok dalam parti sendiri apa perkara melemahkan PH yang telah dilakukan. Bukan sibuk tengok luar dan kemudian talian semua kesalahan kepada DS Anwar.

Aku tak suka nak kutuk komponen PH begini tapi bila Mat Sabu dan Guan Eng nampak macam tak belajar langsung dari kesilapan yang dilakukan sebelum ini, terpaksalah juga aku menulis.

Sebab itu aku mula sokong Keadilan jalan sendiri. Kerana aku tak nampak lagi keikhlasan Amanah dan DAP dalam bersahabat dengan DS Anwar. DS Anwar cuma dijadikan kambing hitam bila setiap kali PH kalah pilihanraya.

Aku bukan ahli Keadilan. Aku kekal tak berparti sebab aku nak bebas mengkritik mana-mana parti dan pemimpin. Tulisan aku tidak ada kena mengena dengan pendirian Keadilan. Guane boh?

Raja Gelap

 

ANAK SAUDARA HISHAMUDDIN DIJANGKA JADI MB?


 

GAGAL LETAKKAN HASNI SEBAGAI MB TANDA KEGAGALAN UMNO, LUPAKAN DULU NAK DESAK PRU SEGERA


 Apa pun situasinya, perkembangan mutakhir yang memperlihatkan Hasni Mohamad besar kemungkinan tidak dilantik semula sebagai Menteri Besar Johor adalah suatu kegagalan buat UMNO.

Di sebalik Hasni diletakkan sebagai “poster boy” BN yang mana ia merupakan janji kepada rakyat bahawa beliaulah Menteri Besar Johor jika mandat diperolehi dalam PRN negeri baru-baru ini, seterusnya menyaksikan gabungan itu mampu menang 40 daripada 56 kerusi, gagal menunaikan janji tersebut merupakan kegagalan terhadap janji dan perjuangan yang telah diungkapkan.

Meskipun difahami kata akhir dalam perlantikan Menteri Besar adalah di tangan pihak istana, tetapi sebagai parti yang menang pilihan raya dengan mandat besar, UMNO seharusnya mampu mengurus hal ini dengan baik, sesuai dengan sistem Raja Berperlembagaan yang kita amalkan.

Dengan gagal menunaikan janji meletakkan semula Hasni, UMNO akan dilihat rakyat sebagai parti yang gagal dan tidak berpegang kepada janjinya sendiri.

Di mata rakyat, jika janji kepada Hasni pun tidak mampu ditunaikan, apakah deretan janji-janji lain kepada mereka mampu UMNO tunaikan?

Sebab itu, dalam hal ini, keputusan Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru, Shahrir Samad yang enggan hadir ke Perhimpunan Agung UMNO atau PAU bermula 16 Mac adalah wajar dan tepat.

Beliau dilaporkan malu untuk hadir berikutan kegagalan UMNO meletakkan semula Hasni sebagai Menteri Besar sebagaimana yang dijanjikan kepada rakyat sepanjang kempen PRN Johor.

Sepatutnya bukan saja Shahrir, bahkan semua pemimpin UMNO wajar berasa malu dan sekayaknya menukar PAU tahun ini menjadi majlis tahlil serta bacaan yassin.

Kemenangan besar di Johor dan perjuangan UMNO sudah tiada bermakna lagi.

Teriakan kemenangan dan rasa bangga berikutan kejayaan meraih kemenangan lebih dua pertiga dalam PRN Johor kini bertukar menjadi mimpi ngeri yang menyedihkan.

Mahu tidak mahu, Ahmad Zahid Hamidi selaku Presiden UMNO harus memikul kegagalan ini dan sepatutnya turut berasa malu kerana gagal memastikan apa yang dijanji kepada rakyat dapat ditunaikan dengan sebaiknya.

Selepas ini, siapa mahu percaya kepada UMNO lagi?

Ia seumpama lain barang yang ditempah, tapi barang lain yang diperolehi.

Untuk itu, sudah tidak relevan lagi untuk UMNO terus mendesak Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob agar mengadakan PRU15 lebih awal, terutama melalui pentas PAU yang bakal berlangsung sehari dua lagi.

Berikutan kegagalan menunaikan janji di Johor itu, terus mendesak PRU15 diawalkan tidak lebih hanya mengundang cemuhan serta bahan ketawa rakyat terhadap UMNO.

Lupakanlah hasrat untuk mengadakan PRU awal, apalagi melalui desakan serta ucapan berapi-api perwakilan PAU yang khabarnya memang disusun rapi.

Sebaiknya, UMNO menggunakan pentas PAU kali ini untuk mengubati kegagalan menunaikan janji dalam perlantikan Menteri Besar Johor itu agar kepercayaan rakyat terus tidak terhakis menuju PRU15 yang seelok-eloknya diadakan pada tahun depan dan selepas pemilihan parti dilangsungkan terlebih dahulu. – ShahbudinHusin 15/03/2022.



Kemelut MB Johor: Zahid dititah menghadap Sultan Johor

 


Kemelut MB Johor: Zahid dititah menghadap Sultan Johor

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dipercayai menitahkan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menghadap hari ini.

Difahamkan ia susulan kemenangan BN dalam Pilihan Raya Negeri Johor (PRN) kelmarin bagi membolehkan Menteri Besar Johor yang ke-19 dilantik sekali gus mengangkat sumpah.

Sumber BN berkata, Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO sudah bertolak dari Kuala Lumpur pada jam 11 pagi tadi selepas menerima titah Sultan Ibrahim itu.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid dilihat tiba di Pejabat Perhubungan UMNO Johor di Jalan Yahya Awal pada jam 2.30 petang tadi.

Ahmad Zahid dilihat meninggalkan perkarangan Pejabat Perhubungan UMNO Johor kira-kira jam 2.50 petang semalam.


ANALISIS KALAU, PELUANG DAN RUANG



Setiap kosa kata yang pilih, dengan wewenang apa pun, ia tidak akan dapat mengubah apa dan/atau apa-apa lagi.

Arakian, ada yang memilih bucu kiasan atau kata sinis di dalam memberi pandangan, itupun masih menuju kepada KALAU.

Nota berfakta, sama ada melalui angka dan nombor menerusi penyata keputusan rasmi, jika dicerakinkan sehalus-halusnya, akan sampai kepada kesimpulan siapa yang paling banyak digit, dia memang.

Kita harus akui terlebih dahulu bahawa Negara kita menggunakan sistem FPTP (“First Past The Post”) iaitu kaedah pertandingan undi majoriti. Kendatipun hanyasanya majoriti 1, yang menang akan tetap menang, ‘kacawali’ di’reverse’ atau diarah untok pemilihan semula oleh Mahkamah.

Ini bermakna, sesiapa yang memperoleh Undi tertinggi maka dia adalah pemenang di kerusi tersebut, walaupun beza undi dengan pesaing keduanya 1 undi.

Adapun kejayaan dalam tajuk Undi Popular pula, ia cocok bagi negara yang mengamalkan sistem Kesaksamaan Perwakilan atau ‘Proportionate Representation atau ringkasnya sistem PR.

Semalam, seramai 1,426,573 Pemilih di Johor telah keluar mengundi daripada 2,539,606 Pemilih Berdaftar.

Seperti yang diketahui, BN berjaya meraih 40 kerusi DUN dengan 599,753 undi secara keseluruhan dan Oposisi pula memenangi Baki 16 kerusi DUN yang membawa kepada kumulatif Undi Popular sebanyak 826,820 undi.

PRU Negeri Melaka dan Sarawak telah dengan jelas memberi angka bahawa kadar peratusan keluar mengundi adalah rendah berbanding dengan PRU 2018. Di Melaka kadar peratus Pemilih yang keluar mengundi adalah 65.85% manakala di Sarawak 60.67% berbanding di Johor semalam sebanyak 54.92%. Pola ini, jika dilihat, kadar peratus keluar mengundi semakin menurun dari Melaka ke Sarawak hinggalah ke Johor.

Bagi Parti-Parti pula, bacaan pola dan kadar penurunan peratus keluar mengundi ini, mestilah dilihat dengan jujur dan strategi yang sesuai atau cocok dengan anggaran paling hampir kepada sasaran jangkaan.

Parti-Parti juga harus memperakui bahawa, kesatuan, pakatan atau gabungan melalui persefahaman kerjasama pilihan raya (“Electoral Pact”) di kalangan oposisi mestilah mengambil kira kejayaan pada 2018.

Parti-Parti Oposisi mestilah bersetuju bahawa sekarang ini masing2 mempunyai ‘Musuh Politik’ (“Common Enemy”) yang sama. Bergerak dari podium itu, pertemuan bagi mencari titik temu yang boleh membawa kepada satu tapak yang seterusnya, mestilah segera diusahakan.

Saya percaya, Parti Amanah Negara (AMANAH) yang telah terbukti dan teruji dengan aspek ‘Persahabatan dan Persefahaman Parti-Parti Oposisi’, boleh menjadi ‘Orang Tengah’ sekali lagi, demi mencapai matlamat menumbangkan musuh yang sama.

Sudah pasti, akan ada pengorbanan yang ‘terpaksa’ ditempuhi oleh pihak-pihak, terutamanya dalam soal ‘ego dan prinsip’ Parti-Parti Oposisi, namun saya percaya, KITA SEMUA SEBAGAI OPOSISI akan berjaya melaluinya dengan bersama-sama.

Suka untuk saya ingatkan diri sendiri dan teman-teman, pra kepada PRU Ke-14 pada 2018, kita memerlukan masa 2 tahun untuk membentuk dan membina KEPERCAYAAN orang awam kepada sebuah kerjasama. Dari tahun 2016, tapak nombor wahid itu dimulakan, pertemuan demi pertemuan direncanakan, sehinggalah kemuncak pada 7 Januari 2018 di satu Konvensyen, kita sama-sama saksikan satu Perjanjian yang menatijahkan kejayaan pada 9 Mei 2018.

Apapun ‘Nama Kesatuan’ itu selepas ini, saya tatang denai dan liku buat GABUNGAN SUARA MALAYSIA ini, BERPAKATLAH & BERSATULAH demi Negara tercinta.

ABANG KERDEE

Setiausaha Organisasi AMANAH


APA KATA GANG KHEMAH BESAR

 

Pro Khemah Besar' pasti bersorak baca tajuk berita ini yang mengatakan BN boleh kalah di 20 kerusi jika semua parti pembangkang, termasuk juga PN yang di pihak kerajaan, bergabung.

Nanti dulu. Biar aku frasa semula. Bagaimana kalau tajuk diolah menjadi "PH boleh rampas 20 kerusi BN jika individu gila kuasa tak tubuhkan parti baru dan PPBM tidak mengkhianati PH"?

Sibuk sana sini sebut soal pembangkang bersatu dan khemah besar. Tapi tak pernah korang terfikir apa perlunya ditubuhkan banyak parti? Kenapa tak sertai saja parti yang sedia ada?

DS Anwar, almarhum Ustaz Fadzil Noor dan Lim Kit Siang dulu tubuhkan Barisan Alternatif dengan niat untuk buat sistem 2 parti. Kerana dari dulu kita dah tahu kalau sistem 2 parti, BN pasti tersungkur.

Tapi gatal pulak mereka ni (nama tak disebutkan) nak tubuhkan parti baru. Konon nak bentuk blok ketiga. Yang ditubuhkan untuk Sabah pun eh gila nak masuk Semenanjung. Untuk apa?

Nak tubuhkan parti baru pun boleh asal bersama PH. Tapi tak. Kalau masuk PH, dia nak bertanding kerusi bukan main banyak. Tapi akhirnya hilang deposit di semua kerusi. Apa kes?

Sekarang ni, tak payah suruh pembangkang bersatu lagi. Suruh parti-parti picisan, yang hilang deposit tu semua bubarkan parti. Masuk dalam mana-mana parti yang ada. Tak kiralah PH, BN atau PN.

Nak suruh parti yang berjuta ahli tunduk kepada parti yang tiada akar umbi. Bodoh ke apa? Itu kerja gila namanya. Biarlah rasional.

Sekarang ni penyokong pembangkang kena seru #BubarPejuang #BubarMuda #WarisanBalikSabah kalau betul nak tengok sistem 2 parti terlaksana. Sebab merekalah punca pembangkang berpecah.

Tapi Muda tak hilang deposit. Memanglah! Sebab Muda dapat kerjasama DAP dan Amanah. Cuba kalau Muda solo macam Pejuang. Ke laut dalam juga. Sebab itu Muda pun tak perlu wujud!

Percayalah cakap aku. Kalau Pejuang dan Muda tak wujud dan Warisan tak menggatal nak melangkah ke Semenanjung, keputusan PRN Johor dah pasti berbeza. Gerenti BN kena tapau habis.

Fahamkan betul-betul. Ini bukan soal pembangkang berpecah. Ini soal Mahathir, Mukhriz, Saddiq dan Shafie yang gila kuasa. Renungkan dalam-dalam. Aku pasti kalian akan setuju. Guane boh?

Raja Gelap


.
May be an image of 1 person, outdoors and text that says "Sinar Sinar Harian 3h Gabungan blok tersebut bukan sahaja mampu menang lebih banyak kerusi bahkan menawan kembali Johor. Sinar Premium mempunyai pelbagai laporan berkualiti serta kritikal buat anda semua. Jom daftar https://bit.ly/3x4k8WM i иaTaжRTR MARAT JAHOIFAN PREMIUM.SINARHARIAN.COM.MY PN, PH, Muda, Pejuang, Warisan rampas 20 kerusi BN jika bergabung"

 

LEPAS HENTAM ORANG-DIA LETAK JAWATAN.

 

SAIFUDDIN NASUTION


Saya mengikuti kenyataan YB Khairuddin Aman Razali, Ahli Parlimen Kuala Nerus yang mendakwa wujud rundingan kerusi di antara Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional bagi menghadapi PRN Johor.

Dakwaan itu tidak benar sama sekali. Faktanya adalah Pakatan Harapan termasuk MUDA bertanding di kesemua 56 kerusi di Johor, dan bertembung dengan Perikatan Nasional di kesemua kerusi tersebut.
Saifuddin Nasution Ismail
Nota: Khairuddin hari ini diberitakan umum keluar Pas
May be a Twitter screenshot of 1 person, sitting and text that says "malaysiakini terkini untuk anda EN BM ZH ΤΑ mk BERITA UstDr.Kharuddinat-okiFacbook 'Jangan ada cadangan kali kedua kerjasama PN-PH' Diterbitkan: Mar 13, 2022 4:47 PM Dikemaskini: 4:47 PM"

OWHHH...BARU ANA TAHU


ANA TAHU


Baru Ana faham apa yang olamak hud-hud cuba cerita pasal Munafik Haraki.

Takiri ni ulama… Bekas SU Majlis Syura lagi. Mesti ada arahan pimpinan yang bercanggah dengan ajaran Islam la tu kot. Ke guane?






May be an image of text