Bantuan Khas Aidilfitri Bukti Kerajaan Amat Prihatin Terhadap Golongan Agama

 


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hadir pada Majlis Berbuka Puasa di perkarangan Masjid Sultan Ahmad, Kemaman pada 21 Mac 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

CHUKAI, 21 Mar – Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri sebanyak RM250 kepada guru Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA), guru takmir, imam, bilal, tok siak, noja dan marbut membuktikan bahawa kerajaan amat prihatin terhadap kebajikan golongan agama.

Menurut Bilal Masjid Sultan Ahmad di sini, Muhammad Sya’rani Asa’ari, 36, pemberian khas sempena Aidilfitri ini merupakan satu penghargaan kepada golongan agama yang terus berusaha menaikkan syiar Islam.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa di perkarangan Masjid Sultan Ahmad, Kemaman pada 21 Mac 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Syukur Alhamdulillah dan sekalung penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang telah mengumumkan pemberian khas untuk guru KAFA dan petugas masjid.

“Walaupun jumlahnya mungkin dianggap kecil oleh sesetengah pihak, namun ia sedikit sebanyak dapat membantu saya membuat persiapan hari raya untuk empat anak yang berusia antara satu hingga 12 tahun.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hadir pada Majlis Berbuka Puasa di perkarangan Masjid Sultan Ahmad, Kemaman pada 21 Mac 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Di sini (Masjid Sultan Ahmad), kami mempunyai tiga imam, tiga bilal, dan seorang tok siak. Insya-Allah, sumbangan ini akan dimanfaatkan untuk keperluan kami,” katanya ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa MADANI di masjid tersebut hari ini.

Sementara itu, seorang guru KAFA di Sekolah Kebangsaan Paya Bunga, Kuala Terengganu, Nashuha Azizah Abdul Wahab, 38, menyifatkan bantuan tersebut sangat bermakna buat dirinya dan rakan-rakan guru KAFA lain dalam membuat persiapan Aidilfitri.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hadir pada Majlis Berbuka Puasa di perkarangan Masjid Sultan Ahmad, Kemaman pada 21 Mac 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Ibu kepada empat cahaya mata itu berkata bantuan tersebut membolehkan beliau membeli barangan tambahan untuk keperluan hari raya yang semakin hampir.

“Suami saya bekerja sebagai pembantu am dan pendapatannya tidaklah besar, sekadar cukup-cukup untuk menampung keperluan keluarga kami.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hadir pada Majlis Berbuka Puasa di perkarangan Masjid Sultan Ahmad, Kemaman pada 21 Mac 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Alhamdulillah, saya anggap pemberian ini sebagai rezeki Ramadan. Ia pasti membantu menampung perbelanjaan barang raya yang masih belum lengkap,” katanya.

Perdana Menteri hari ini mengumumkan BKK Aidilfitri sebanyak RM250 kepada guru KAFA, guru takmir, imam, bilal, tok siak, noja, dan marbut di seluruh negara.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan, berkata bantuan tersebut akan dibayar minggu depan, melibatkan 70,000 penerima dengan peruntukan sebanyak RM17 juta.




PM Anwar Ke Tuaran Hadiri Taklimat Pembangunan Sabah, Berbuka Puasa

 

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual tiba di Terminal Dua, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), di sini pada jam 3.10 petang sebelum bergerak ke Tuaran dan dijadual tiba jam 3.40 petang.

KOTA KINABALU, 22 Mar – Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual akan meneruskan siri lawatan ke Sabah pada Sabtu dengan menghadiri sesi taklimat pembangunan negeri serta majlis berbuka puasa bersama rakyat di Tuaran.

Beliau dijangka tiba di Terminal Dua, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), di sini pada jam 3.10 petang sebelum bergerak ke Tuaran yang terletak kira-kira 34 kilometer di utara bandar raya Kota Kinabalu.

Lawatan kerja Perdana Menteri ke Sabah pada petang akan dimulakan dengan sesi taklimat pembangunan negeri yang berlangsung di Pejabat Daerah Tuaran.

Sesi tersebut dijangka akan dihadiri oleh kepimpinan negeri, pegawai kerajaan, serta wakil-wakil industri bagi membincangkan hala tuju pembangunan ekonomi dan infrastruktur di Sabah.

Selepas sesi taklimat, Anwar dijadual berangkat ke Padang Istiadat Tuaran bagi menghadiri Majlis Berbuka Puasa Madani peringkat negeri Sabah.

Majlis akan turut dihadiri oleh pemimpin negeri, masyarakat setempat sekitar Tuaran.

Hajiji meninjau persiapan akhir sambutan Majlis Berbuka Puasa bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Padang Istiadat, Tuaran pada 21 Mac 2025. Foto Jabatan Penerangan

Selain itu, Perdana Menteri juga akan menyampaikan sumbangan Ramadan kepada wakil rumah kebajikan, masjid dan surau terpilih.

Ia adalah lawatan pertama Anwar selaku Perdana Menteri ke Tuaran yang juga daerah kelahiran Ketua Menteri Sabah.

Kehadiran Anwar kali ini menarik perhatian berikutan Pilihan Raya Negeri Ke-17 Sabah (PRN17) yang bakal diadakan pada tahun ini, khususnya mengenai soal kerjasama antara parti dan gabungan.



AHLI PKR PERLU BANTU ANWAR LAWAN POLITIK JAHAT PNPAS. JANGAN HEBAT HANYA PEMILIHAN PARTI

 

Proses Pemilihan Kepimpinan Baharu KEADILAN Menuju PRU-16

Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail antara pemimpin senior parti KEADILAN yang mampu membawa parti memperkukuh Pakatan Harapan (PH).

PENDAPAT, 21 Mar – Dalam data pilihan raya menunjukkan mana-mana parti orang Melayu bekerjasama dengan parti DAP pastinya akan mengalami penyusutan jumlah sokongan terutamanya di kalangan pengundi orang Melayu.

Paling ketara adalah di kawasan jajaran pengundinya ramai orang Melayu. Sementara itu, parti KEADILAN telah merekodkan di mana hanya mampu meraih peratusan undi daripada orang Melayu sekadar 18 peratus undi sahaja.

Kenyataan di atas mungkin adalah salah satu cabaran utama buat parti KEADILAN berusaha untuk memenangi undi orang Melayu sekiranya KEADILAN mahu dilihat terus relevan dan kekal sebagai sebuah parti orang Melayu pilihan rakyat.

Walau bagaimanapun kita tidak menafikan bahawa KEADILAN satu-satunya sebuah parti politik serpihan daripada DNA UMNO sehingga kini terus kekal bertahan dan hampir berdekad-dekad lamanya yang kini telah mencecah ke usia 27 tahun.

Ini memandangkan banyak parti serpihan lain bungkus dan tidak dapat terus bertahan berbanding KEADILAN. Bukan itu sahaja, KEADILAN juga memasang impian besar untuk menjadikan antara sebuah parti gergasi politik negara pada masa akan datang.

Impian serta hasrat tersebut pernah disuarakan oleh YAB Dato’ Seri Presiden KEADILAN semasa menyampaikan perutusan Penutup Kongres Nasional KEADILAN 25 tahun di Shah Alam tahun lepas.

Impian serta hasrat tersebut pernah disuarakan oleh YAB Dato’ Seri Presiden KEADILAN semasa menyampaikan perutusan Penutup Kongres Nasional KEADILAN 25 tahun di Shah Alam tahun lepas.

Malah susulan daripada ucapan YAB Dato’ Seri Presiden tersebut dan tidak lama kemudian beliau menggesa agar dipercepatkan proses pemilihan baharu keanggotaan kepimpinan KEADILAN di semua peringkat.

Selanjutnya selang beberapa minggu gesaan tersebut dibuat kita dapat menyaksikan telah berlakunya pertukaran jawatan Setiausaha Agung KEADILAN yang baharu yang kini dikendalikan oleh seorang individu berpengalaman luas iaitu YB Senator Dr. Fuziah Salleh.

Keberadaan Dr. Fuziah di Pejabat Setiausaha Agung KEADILAN telah memperlihatkan sedikit kemajuan kerana terdapat beberapa polisi dan dasar parti KEADILAN telah dipinda yang akhirnya menatijahkan sesuatu perubahan terutamanya dalam proses pemilihan calon bertanding.

Pelbagai pendekatan baharu telah diperkenalkan antaranya EKYC dalam talian Aplikasi ADIL yang meminta setiap ahli KEADILAN membuat kemaskini butiran anggota sebelum melayakkan setiap ahli dibenarkan mengundi calon bertanding.

Pada kali ini prosesnya sangat berbeza kerana tidak dilaksanakan secara seperti kelaziman di mana semua ahli KEADILAN dimestikan hadir secara fizikal ke tempat atau lokasi tertentu tetapi kini ianya sudah tidak lagi hanya dengan sekali touch di aplikasi ADIL.

Sementara itu pihaknya telah menyediakan satu pautan (link) untuk membolehkan setiap anggota KEADILAN mendapatkan segala kaedah serta panduan atau cara-cara untuk mengisi butiran di dalam talian.

Proses pengundian kali ini hendaklah dilakukan menerusi aplikasi ADIL iaitu atas talian sama ada secara online ataupun ofline hatta bagi calon yang menawarkan diri untuk bertanding bagi jawatan-jawatan yang disediakan di semua peringkat turut dikehendaki melengkapkan borang pencalonan secara online.

Paling kritikal diminta setiap orang calon yang menawarkan diri bertanding dimestikan mendapatkan nombor pengenalan diri daripada salah seorang penyokong dan seorang pencadang.

Namun penulis sedikit agak terkilan dan amat kecewa kerana permohonan untuk menukar cabang di alamat tempat tinggal penulis tidak dilayan oleh pihak Pejabat Keadilan Pusat walaupun permohonan pertukaran cabang telah lama dibuat.

Dapat disimpulkan bahawa, setiap ahli atau anggota KEADILAN di seluruh negara bukan sahaja untuk memilih barisan anggota kepimpinan yang baharu di semua peringkat bagi penggal tahun 2025/2027 akan tetapi hendak memastikan kepimpinan KEADILAN yang baharu dibentuk nanti dapat menunjukkan kemajuan ke arah persediaan menuju ke pilihan raya akan datang tidak berapa lama lagi yang berbaki kurang tiga tahun dari sekarang.

– Pemerhati Bebas Politik



SIAPA YANG TIDAK DAPAT MENAHAN DIRI PUJI PMX! ISU GLC DAN GLIC KATA BANY...

Malaysia tersenarai antara 10 negara terbaik dunia untuk persaraan, ini sebabnya




Malaysia berjaya menduduki tempat ketujuh dalam senarai 10 negara terbaik untuk persaraan bagi 2025.


Menurut dapatan dari International Living, majalah yang berpangkalan di Ireland, kos sara hidup yang rendah di negara ini serta infrastruktur yang baik menjadikan ia lokasi tepat untuk pesara.

Penilaian dilakukan terhadap 20 negara berdasarkan beberapa faktor utama termasuk kos sara hidup, penjagaan kesihatan, pilihan visa dan pemastautin, iklim, tadbir urus serta gaya hidup.


Dalam laporan itu, ia turut menyebut bahawa Malaysia menyediakan kemudahan perubatan bertaraf tinggi

“Malaysia menawarkan gabungan luar biasa antara kos yang berpatutan, kemudahan perubatan bertaraf tinggi dan budaya yang kaya, menjadikannya destinasi yang mudah diakses dan memberi pengalaman bermakna kepada pesara,” menurut International Living memetik Bernama.


Di Kuala Lumpur, kadar sewa jauh lebih rendah berbanding bandar utama di Barat, dengan sebuah pangsapuri satu bilik boleh disewa pada harga antara AS$300 hingga AS$500 sebulan, manakala kos utiliti sekitar AS$40 hingga AS$60.


Kos makan di luar juga sangat berpatutan, dengan hidangan tempatan boleh dinikmati serendah AS$2 hingga AS$3.

Bandar seperti Pulau Pinang dan Melaka menawarkan kos sara hidup yang lebih berbaloi dengan suasana yang lebih santai, menjadikannya lokasi persaraan yang menarik.


Laporan itu turut memuji iklim tropika Malaysia dengan suhu sepanjang tahun antara 25 hingga 35 darjah Celsius.

Ditambah dengan kemudahan moden dan populasi yang fasih berbahasa Inggeris, peralihan bagi pesara asing menjadi lebih mudah.


Pilihan visa jangka panjang seperti program Malaysia My Second Home (MM2H) juga diiktiraf sebagai antara kelebihan bagi warga asing yang ingin bersara di Malaysia.


Panama menduduki tempat teratas dalam indeks 2025, diikuti Portugal, Costa Rica, Mexico, Perancis dan Sepanyol. Negara lain dalam kelompok 10 teratas termasuk Greece dan Itali.



KKR Disaran Teruskan Penggunaan Teknologi Terkini, Jimat Kos – PM Anwar


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Pengurusan Tertinggi KKR di Kompleks Kerja Raya pada 20 Mac 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 21 Mar – Datuk Seri Anwar Ibrahim menyarankan agar Kementerian Kerja Raya (KKR) meneruskan penggunaan teknologi terkini yang sesuai dan menjimatkan kos bagi perancangan, penyediaan serta pembinaan untuk memastikan setiap projek dapat dilaksana dengan lebih cekap dan segera.

Menerusi hantaran di laman Facebook, Perdana Menteri berkata kementerian itu juga mesti berusaha menghasilkan infrastruktur yang berkualiti dan berfungsi sepertimana yang dimatlamatkan.

“KKR juga perlu merencanakan kaedah dan proses yang baharu dengan melaksanakan idea, strategi, perubahan dan reformasi yang cepat selari dengan arus teknologi dan arus pembangunan negara masa kini dengan sumber yang terhad,” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hadir mempengerusikan Mesyuarat Pengurusan Tertinggi KKR di Kompleks Kerja Raya pada 20 Mac 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Perkara itu antara yang dibangkitkan beliau dalam Mesyuarat Pengurusan Tertinggi KKR di Kompleks Kerja Raya pada Khamis sempena Program Ihya Ramadan bagi mendengar perkembangan terkini gerak kerja kementerian berkenaan dan mengenal pasti permasalahan berbangkit.

Turut hadir Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dan Timbalannya, Datuk Seri Ahmad Maslan serta Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menandatangani buku khas sebelum mempengerusikan Mesyuarat Pengurusan Tertinggi KKR di Kompleks Kerja Raya pada 20 Mac 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Anwar juga berkata KKR dan agensi di bawah seliaannya merupakan organisasi yang sangat kritikal kerana ia adalah pelaksana utama bagi projek berskala besar serta sederhana merentasi semua kementerian di bawah Rancangan Malaysia selain projek kecil merentasi negeri dan daerah bagi memenuhi keperluan serta memberi manfaat secara langsung kepada rakyat.


Kerajaan Jamin Tidak Roboh Mana-Mana Kuil, Kegiatan Agama Rakyat Malaysia – PM Anwar

 


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra dengan jemaah sebaik tiba untuk menunaikan solat Jumaat di Masjid Sultan Abdul Samad KLIA, Sepang pada 21 Mac 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 21 Mar – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi jaminan tidak akan merobohkan mana-mana kuil atau kegiatan agama rakyat Malaysia.

Beliau menegaskan tidak timbul isu kerajaan mahu merobohkan kuil seperti yang didakwa kumpulan ‘penunggang agama’.

“Sewaktu mengulas isu pemindahan kuil dan pembinaan masjid di Jalan Masjid India ketika ditanya pemberita petang tadi, saya menyatakan pendirian untuk melihat isu ini diselesaikan secara matang serta harmoni.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menunaikan solat Jumaat di Masjid Sultan Abdul Samad KLIA, Sepang pada 21 Mac 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Saya juga menegaskan tidak timbul isu kerajaan mahu merobohkan kuil seperti didakwa kumpulan penunggang agama.

“Mana mungkin saya sebagai Perdana Menteri mahu merobohkan mana-mana kuil atau kegiatan agama orang lain,” katanya dalam kenyataan melalui media sosial beliau, hari ini.

Anwar turut meminta semua pihak, termasuk rakan beragama Islam, supaya kekal bertenang dan mengelak daripada memberikan maklum balas yang tidak wajar.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra dengan jemaah usai menunaikan solat Jumaat di Masjid Sultan Abdul Samad KLIA, Sepang pada 21 Mac 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Benarkan rundingan berjalan dengan damai antara pihak swasta selaku pemilik tanah dengan pihak kuil,” katanya.

Terdahulu bercakap kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Sultan Abdul Samad KLIA di Sepang, hari ini, Perdana Menteri mengingatkan semua pihak supaya tidak mengambil kesempatan mahu menjadi jaguh berhubung isu pemindahan Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman di Jalan Masjid India.

Anwar dipetik memaklumkan ketika ini, pihak berkaitan sedang berunding dan mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan isu berkenaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra dengan jemaah sebaik tiba untuk menunaikan solat Jumaat di Masjid Sultan Abdul Samad KLIA, Sepang pada 21 Mac 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Masalahnya ada penunggang agama, termasuk peguam yang tidak pernah terbabit dalam kegiatan agama Hindu, terus menjadi jaguh dan membuat kenyataan umpamanya nak merobohkan (kuil berkenaan).

“Saya tidak boleh bayangkan saya sebagai Perdana Menteri merobohkan mana-mana kuil ataupun kegiatan agama orang lain,” katanya dipetik.



DIKATAKAN SAKSI SERANGAN MENTAL & TEKANAN! JADI ADAKAH CAMPUR TANGAN GEN...



Mahkamah Rayuan hari ini diberitahu bahawa seorang saksi utama pendakwaan berada dalam tekanan untuk memberi keterangan terhadap Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, demi memuaskan hati Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Peguam bekas menteri belia dan sukan itu, Hisyam Teh Poh Teik, berhujah demikian hari ini ketika rayuan untuk mengetepikan sabitan bersalah serta hukuman terhadap anak guamnya dalam kes penyelewengan melibatkan dana RM1.12 juta sayap Pemuda Bersatu (Armada). Hisyam menegaskan bahawa bekas Penolong Bendahari Armada, Rafiq Hakim Razali, yang merupakan saksi pendakwaan ke-13 (SP13), tidak boleh dianggap saksi yang boleh dipercayai kerana didakwa berada dalam tekanan dan tekanan mental yang teruk ketika siasatan dan tahanan reman selama enam hari oleh SPRM. Peguam veteran itu berhujah bahawa terdapat petunjuk jelas bahawa Rafiq memberi keterangan terhadap Syed Saddiq bagi memuaskan hati pihak SPRM.




DENGAR APA DATO LOKMAN CAKAP PASAL MUHYIDDIN & PN

[[LIVE]]21.3.25 SYED SADDIQ BERNIAT JAHAT PECAH AMANAH DUIT ARMADA? BANJ...

PENJAWAT AWAM UCAP TERIMA KASIH KEPADA PMX BAGI BANTUAN KHAS ADILLFITRI!



Penjawat awam boleh menarik nafas lega selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri sebanyak RM500 kepada penjawat awam Gred 56 ke bawah. Perdana Menteri juga tidak melupakan para pesara kerajaan dan bersetuju memberi bantuan sebanyak RM250 termasuk veteran berpencen serta tidak berpencen. Kata beliau, melihat kepada pentadbiran kini yang lebih baik dan usaha keras perkhidmatan awam, beliau bersetuju memberi bonus hari raya yang akan disalurkan bermula minggu depan. “Kerajaan menimbang secara serius walaupun pada hemat saya (isu bonus penjawat awam) sudah diselesaikan pada bulan Februari tetapi kerana mengenangkan, pentadbiran itu lebih baik, khidmat mereka lebih baik dan kesungguhan yang ada. “Maka saya putuskan, insya-Allah dalam minggu depan, kita akan salurkan Gred 56 ke bawah, RM500 bagi setiap penjawat awam dan untuk pesara, RM250 termasuk veteran dan veteran tidak berpencen,” katanya selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Sultan Abdul Samad KLIA hari ini. =============================================================================== Kerajaan akan mula menyalurkan pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 mulai 24 Mac ini dengan peruntukan sebanyak RM1.7 bilion berbanding RM1.5 bilion tahun lalu. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, hampir 9 juta penerima yang terdiri daripada 60 peratus rakyat dewasa negara ini bakal mendapat bantuan sehingga RM650 bagi STR Fasa 2. “Kerajaan MADANI kekal peka akan keperluan golongan terbanyak dalam mengharungi beban kos sara hidup, lebih-lebih lagi menjelang Hari Raya Aidilfitri.



Ucapan Penuh PM Anwar Ibrahim di Majlis Berbuka Puasa MADANI Peringkat N...

DIN CIRIT MIMPI LAGI.

 




Aku baca berita ni masa sahur pagi tadi. Punyalah kelakar sampai tak sedar dua kali aku tambah nasi. Pandai betul Mahiaddin buat kelakar.






𝗣𝗡 𝗮𝗱𝗮 𝗷𝗮𝘄𝗮𝗽𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗶𝘀𝘂 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁? Pertama sekali, PN 𝘁𝗮𝗵𝘂 𝗸𝗲 𝗮𝗽𝗮 𝗶𝘀𝘂 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁? Yang aku nampak, PN ni lebih banyak 𝗺𝗲𝗻𝘂𝗻𝗴𝗴𝗮𝗻𝗴 daripada 𝗺𝗲𝗻𝘆𝗲𝗹𝗲𝘀𝗮𝗶𝗸𝗮𝗻 isu rakyat.


Contoh paling mudah, sampai ke hari ni pemimpin PN  masih main isu 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗲𝗹𝘂𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗞𝗪𝗦𝗣 sedangkan isu tu dah lama basi dah. Orang tak cakap soal keluarkan duit tu lagi dah.


Kedua isu 𝗯𝗲𝗿𝗮𝘀 𝘁𝗲𝗺𝗽𝗮𝘁𝗮𝗻. Sebenarnya itu bukan isu rakyat pun. Rakyat nak makan nasi. Janji ada beras, harga 𝗺𝗮𝗺𝗽𝘂 𝗺𝗶𝗹𝗶𝗸, rakyat tak bising pun.


Memang tak ada beras tempatan tapi beras import masih dijual pada harga 𝗯𝗲𝗿𝗽𝗮𝘁𝘂𝘁𝗮𝗻. Sebenarnya rakyat tak bising pun. 𝗣𝗡 𝗷𝗲 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗶𝘀𝗶𝗻𝗴 sebab nak hasut rakyat.


Buktinya, sekarang beras tempatan dah mula ada, tak laku pun. Malah 𝘁𝗮𝘂𝗸𝗲 𝗠𝘆𝗱𝗶𝗻 pun pernah cakap dari dulu beras tempatan tak laku. Selalu kena 𝗽𝘂𝗹𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗻 kepada pengedar.


Nampak? Isu rakyat pun PN tak tahu. Jadi celah mana Mahiaddin kata dia 𝗮𝗱𝗮 𝗷𝗮𝘄𝗮𝗽𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗶𝘀𝘂 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁? Dulu masa memerintah, dia salah satu punca kepada masalah rakyat.


Masa 𝗣𝗡 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻, 𝘁𝗲𝗹𝘂𝗿 mahal melambung, 𝗮𝘆𝗮𝗺 bukan setakat mahal, hilang terus dari pasaran, 𝗺𝗶𝗻𝘆𝗮𝗸 𝗺𝗮𝘀𝗮𝗸 disorok anak menteri. 𝗜𝗻𝗳𝗹𝗮𝘀𝗶 gila-gila meningkat.


Berapa ramai rakyat 𝗸𝗶𝗯𝗮𝗿 𝗯𝗲𝗻𝗱𝗲𝗿𝗮 𝗽𝘂𝘁𝗶𝗵 sebab tak tahan lagi. Malah ramai yang ambil keputusan untuk 𝘁𝗮𝗺𝗮𝘁𝗸𝗮𝗻 𝗿𝗶𝘄𝗮𝘆𝗮𝘁 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶. Rakyat derita sedangkan pemimpin PN 𝗺𝗮𝗶𝗻 𝗴𝗼𝗹𝗳 di luar negara, 𝙩𝙚𝙨𝙩 𝙙𝙧𝙞𝙫𝙚 kereta baru, 𝗽𝗲𝘀𝘁𝗮 𝗺𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗱𝘂𝗿𝗶𝗮𝗻, malah ada juga yang 𝗺𝗲𝗻𝗶𝗸𝗮𝗵 𝗹𝗮𝗴𝗶.


Bila rakyat bising, kerajaan PN buat apa? Setakat buat 𝗷𝗮𝘄𝗮𝘁𝗮𝗻𝗸𝘂𝗮𝘀𝗮 𝗷𝗶𝗵𝗮𝗱. Tapi hasilnya tak ada sampailah PN berkubur, satu kejayaan pun tak pernah direkod oleh jawatankuasa tu.


Bila DS Anwar jadi PM, semua masalah yang diwarisi dari PN berjaya 𝗱𝗶𝘀𝗲𝗹𝗲𝘀𝗮𝗶𝗸𝗮𝗻. Tiba-tiba mamat sakau ni kata 𝗱𝗶𝗮 𝗮𝗱𝗮 𝗷𝗮𝘄𝗮𝗽𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗶𝘀𝘂 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁? Baik dia balik kampung 𝘁𝗮𝗻𝗮𝗺 𝘁𝗲𝗺𝗽𝗲 lagi baik la. Phui! Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


PAS janjikan syurga? 🤔




Yang aku nampak, PAS lebih kepada membawa ahli mereka 𝗺𝗲𝗻𝘂𝗷𝘂 𝗻𝗲𝗿𝗮𝗸𝗮.


Mana taknya. Sebelum ini berbondong-bondong ahli PAS 𝗺𝗲𝗺𝗶𝗹𝗶𝗵 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗳𝗮𝘀𝗶𝗾 dengan memainkan fitnah 𝗹𝗶𝘄𝗮𝘁, 𝗽𝗹𝗮𝗻𝘁𝗮 dan sebagainya. Walaupun telah diingatkan dosa melakukan qazaf.


Terbaru, dua pemimpin 𝗠𝗲𝗹𝗮𝘆𝘂 𝗗𝗔𝗣 𝗱𝗶𝘁𝘂𝗱𝘂𝗵 𝗺𝘂𝗿𝘁𝗮𝗱 𝗱𝗮𝗻 𝗸𝗮𝗳𝗶𝗿 hanya kerana terpilih dalam pemilihan 𝗖𝗘𝗖 𝗗𝗔𝗣 baru-baru ni. Apahal tuduhan seberat itu boleh dilontarkan sewenang-wenangnya?


Sedangkan Nabi Muhammad ﷺ telah mengingatkan;


أَيُّمَا رَجُلٍ قَالَ لِأَخِيهِ يَا كَافِرُ، فَقَدْ بَاءَ بِهَا أَحَدُهُمَا


Maksudnya: “Mana-mana orang yang mengatakan kepada saudaranya: Wahai kafir, maka 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗺𝗯𝗮𝗹𝗶 (kafir itu) ke atas salah seorang daripadanya.”


(𝗥𝗶𝘄𝗮𝘆𝗮𝘁 𝗮𝗹-𝗕𝘂𝗸𝗵𝗮𝗿𝗶).


Jelas hadits ini menyebut, sekiranya seseorang itu menuduh seorang yang lain sebagai 𝗸𝗮𝗳𝗶𝗿, sedangkan yang dituduh itu 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗸𝗮𝗳𝗶𝗿, maka hang menuduh itu yang jatuh kafir.


Mereka tuduh tanpa sebarang bukti. Terpilih dalam CEC DAP tak membawa kepada 𝗴𝘂𝗴𝘂𝗿 𝗶𝗺𝗮𝗻 pun. Jadi apa asas mereka buat tuduhan itu. Jika tiada asas, maka 𝘁𝘂𝗱𝘂𝗵𝗮𝗻 𝗶𝘁𝘂 𝗸𝗲𝗺𝗯𝗮𝗹𝗶 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗺𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮.


Apa yang malang, tak ada seorang pun pemimpin PAS yang berani 𝗺𝗲𝗻𝗲𝗴𝘂𝗿 𝗮𝗽𝗮𝘁𝗮𝗵 𝗹𝗮𝗴𝗶 𝗽𝗲𝗿𝗯𝗲𝘁𝘂𝗹𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲𝘀𝗼𝗻𝘀𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 perangai ahli PAS tersebut. Seolahnya mereka meredakan perbuatan itu.


Sebab tu aku kata, PAS bukan setakat tak mampu nak bawa ahli mereka ke syurga, sebaliknya lebih hampir 𝗺𝗲𝗻𝘆𝗲𝗿𝗲𝘁 𝗺𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮 𝗸𝗲 𝗻𝗲𝗿𝗮𝗸𝗮 dengan menggalakkan perbuatan yang menyalahi ajaran agama. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


DAPAT KE PAS.... KANTUNG SIMPANAN BOLEH KERING.



 Tahun ni penjawat awam negeri Selangor bukan main mewah 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁 𝗯𝗼𝗻𝘂𝘀. Kalau biarkan PAS memerintah, lepas ni nak pun bonus kena 𝘁𝘂𝗻𝗴𝗴𝘂 𝗽𝗲𝗿𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗣𝘂𝘀𝗮𝘁 𝗽𝘂𝗹𝗮𝗸 la. Rakyat Selangor nak ke? Tanya je ni. Guane boh?



 

Raja Gelap II 


.



YANG TAMPAR, AKAI TAK DAK.



 Remaja autisme cina yang ditampar baru-baru ini mahu rakyat Malaysia melupakan kejadian yang telah berlaku itu. Walaupun insiden itu besar di mata orang lain, tetapi ia kecil di mata golongan autisme seperti beliau. 





Masalah interaksi sosial dan komunikasi individu autisme menyebabkan mereka tidak tahu memberi respons atas tindakan seseorang terhadap mereka. Mestilah sakit kena tampar. Cuma dia tak tahu nak respons apa. Dia mungkin hanya boleh respons atas arahan atau suruhan orang lain. Tiada konsistensi dalam pemikiran dia. Dia pun tak bereaksi balas tamparan macam orang normal biasa buat. 


Walaupun itu kekurangan semulajadi beliau, tapi sebenarnya itu suatu kelebihan dari Tuhan. Dia takkan ada rasa dendam. Dia takkan meltdown disebabkan insiden yang nampak besar di mata manusia normal, dia cuma meltdown sebab hal kecil saja. Dari sudut emosi, selalunya individu autisme akan terbalik sikit daripada orang normal. Saya sendiri bila kena pukul, saya tak meltdown, saya akan meltdown bila rutin harian saya berubah je. 


Apa pun, remaja autisme cina ini lah yang layak digelar anak syurga. Walaupun dia bukan muslim, tapi dalam agama Islam yang saya anuti, dia termasuk dalam golongan yang dijanjikan syurga. Golongan seperti beliau dikategorikan sebagai al-'atah dalam Islam. Al-'atah boleh didefinisikan sebagai golongan yang kurang kefahamannya, pertuturan bercampur aduk dan pengurusan yang tidak efisien secara semulajadi. 


Hukumnya macam kanak-kanak mumayyiz. Dia mungkin tak kenal tuhan orang Islam, tapi ramai je anak autisme muslim yang tak kenal pun tuhan mereka itu Allah walaupun dah besar gajah kerana kekurangan mereka dalam fungsi kognitif. Dan juga kerana masalah mengenali tuhan secara literal. Cukuplah mereka kenal tuhan melalui hati mereka sendiri secara fitrah. Yang pasti, tuhan kenal mereka.


Nur Arif,

Ikon Anak Istimewa Selangor



MADANI Memahami,MADANI Mengasihani.











Anda mahu bonus Aidilfitri?PH BN beri bonus raya.Kamu mahu dividen tinggi KWSP?

PMX dan kabinet perpaduan beri bonus tinggi.Awak mahu dividen Tabung Haji?

Kami bagi dividen Tabung Haji tertinggi.Nanti PRU16 2026 ramai2 undilah calon2 PH BN sahaja bukan calon PN,WARISAN,MUDA,PEJUWANG,GRS dan lain2.

PMX membuktikan dia Perdana Menteri Malaysia yang paling empati dan mendengar denyut nadi rakyat tanpa sebarang pilih kasih.Pastikan PMX kembali jadi PM Malaysia selepas PRU16 ok?Aummmmm




INDUSTRI PENERBANGAN MAJU KEHADAPAN.

 


Kerajaan akan terus berusaha memperkukuh industri penerbangan negara dan memastikan Malaysia kekal sebagai hab penerbangan utama di rantau ini. Hari ini Malaysia Aviation Group (MAG) telah mengumumkan tempahan sebanyak 30 buah pesawat Boeing 737 yang mencakup 18 unit model 737-8 dan 12 unit model 737-10 sebagai barisan fleet terbaru Malaysia Airlines. 











Pelaburan strategik ini bukan sahaja bertujuan untuk memodenkan armada penerbangan negara, tetapi juga untuk meningkatkan kecekapan, menambahbaik pengalaman penerbangan, serta mendukung pertumbuhan sektor pelancongan dan perdagangan. 


Dengan penghantaran pesawat ini yang dijadualkan sebelum 2030, langkah ini akan terus melonjak ekonomi Malaysia melalui penciptaan peluang pekerjaan, pemerkasaan industri penerbangan, dan peningkatan daya saing di peringkat global.


Malaysia Airlines bukan sekadar sebuah syarikat penerbangan, ia adalah kebanggaan negara, membawa semangat serta memetakan Malaysia seantero dunia. Dengan penambahan pesawat baharu ini, kita akan memastikan syarikat penerbangan negara terus maju dan efektif. 


Sekalung tahniah kepada Malaysia Aviation Group, Boeing, dan CFM International atas pencapaian yang sangat bermakna ini. 


#MalaysiaMADANI 

#MADANIbekerja



Filem Pendek Raya PROTON x Little Joe 2025 | Rahsia Tuhan

[LANGSUNG] Majlis menandatangani perjanjian pesawat baharu dengan syarik...