TANGKAP MAKBAPAK YANG TAK BERTANGGUNGJAWAB. BILA KENA LANGGAR KO KALUT NAK SALAHKAN ORANG LAIN
Bila kena langgar, nak salahkan org lain lagi !!
Jalanraya bukan kid's playground !
Polis, cepat pergi tangkap ibubapa mereka dan musnahkan basikal.lajak tu !
AGAK AGAK KALAU KITA PERKUATKAN PERTAHANAN KITA, NAK LAWAN KUASA BESAR MACAM NEGARA CHINA KAH ?
Aku ada tonton video seseorang yang mengatakan pemikiran DS Anwar lemah kerana mahu berunding dengan China berkenaan kawasan yang terdapat pertindihan tuntutan. Katanya, bila berunding, ada pihak yang untung, ada pihak yang rugi.
Aku berasa gelihati dan simpati. Terutama bila dia kata, kita sepatutnya perkuatkan pertahanan kita, bukannya berunding.
Aku setuju bab perkuatkan pertahanan. Tapi hakikat sebenar, pertahanan kita sentiasa terabai. Dari dulu kita tak pernah bercita-cita untuk jadi suatu kuasa tentera. Kita lebih tumpukan kepada ekonomi.
Cerita nak kukuhkan pertahanan tu, kalaupun bagus itu cerita masa hadapan. Soalnya sekarang. Sekuat mana kita nak hadapi China? Apa yang kita ada jika China lancarkan perang ke atas kita sekarang?
Berunding bukanlah tanda lemah. Malah, ajak suatu kuasa besar berunding itu sendiri adalah lambang keberanian.
Bayangkan Malaysia sebagai negara dunia ketiga enggan tunduk kepada tuntutan negara seperti China. Bahkan boleh pula kata akan teruskan projek yang dirancang di kawasan itu. Macam budak form 1 ajak budak form 5 yang nak buli dia settle table.
Tak semestinya kalau berunding kita akan rugi. Ia bergantung kepada kepakaran perunding. Boleh jadi rundingan akan membawa keuntungan yang lebih besar.
Memang bukan mudah untuk sesebuah negara itu hendak menyerang negara yang lain. Cuba lihat apa yang terjadi kepada Russia. Sebelum itu Iraq. Boleh hancur ekonomi negara itu. Lagi negara yang jadi musuh Amerika Syarikat. Jadi kemungkinan untuk China serang Malaysia adalah amat tipis.
Pun begitu, bukanlah ia bererti kita boleh buat keras kepada. Negara kita ada hubungan ekonomi dengan China. Kalau kita berkeras, akan lebih merugikan negara kita. Ibarat kata orang tua-tua, tarik rambut dalam tepung. Rambut jangan putus, tepung jangan berselerak.
Kita jangan terlepas kawasan yang dituntut. Tapi dalam masa yang sama, jangan pula terlepas laba ekonomi yang boleh kita dapati hasil hubungan dua hala dengan negara China. Ada faham? Guane boh?
Raja Gelap
JANGAN JADI SEPERTI SEBUAH NEGARA UTARA....SEPERTI KERA MENDAPAT BUNGA- BUNGA ROSAK, APA PUN TAK BERTAMBAH.
Orang berbudi, kita berbahasa. Orang kuat maki, kita abaikan saja. Biaq dia teriak sorang. Guane boh?
Raja Gelap
.
KENAPA KA SIONG BENGGANG DENGAN ANTONY LOK-SEBAB LOK DAH MEMALUKAN KA SIONG SELEPAS BELIAU MENGAMBIL ALIH KEMENTERIAN YANG BANYAK KELEMAHAN KETIKA KA SIONG MENTERINYA. .
Wee Ka Siong ni layak jadi Ketua Pembangkang. Dia lebih rajin cari isu berbanding Ketua Pembabgkang dan Ketua Ahli Parlimen PN. Dan lagi, sebagaimana pembangkang-pembangkang yang ada, Ka Siong juga berfikir luar otak.
Entah apa dendamnya kepada YB Anthony Loke, tak sudah dia cari kesalahan. Walaupun Anthony sudah beberapa kali berjaya buktikan yang dirinya adalah Menteri Pengangkutan yang lebih baik berbanding Ka Siong dahulu.
Kelakarnya dalam isu ini, Ka Siong periksa harga tiket penerbangan MAS di situs AirAsia. Apa ke hal cari tiket MAS di AirAsia? Kenapa tak buka situs MAS sendiri? Kan lebih senang dan tepat. Harga di situs AirAsia tu harga berkomisen.
Ingat Bersatu je pandai makan komisen? AirAsia pun nak gak! Sebab tu harganya lebih mahal. Dan AirAsia tak peduli tiket yang ditawarkan itu kelas Ekonomi atau Perniagaan. Dia cuma nak jual tiket. Sebab itu terjadi kekeliruan ini.
Soalnya, YB Anthony dah berjaya buktikan harga tiket kapal terbang boleh dikawal. Sesuatu yang Ka Siong tak pernah mahu lakukan. Dan disebabkan cemburu, dia cuba sabotaj usaha YB Anthony. Jahat punya orang. Guane boh?
Raja Gelap
.
BEDOL SUNGGUH
Shah Al Yahya
Penghasut akaun 1 pencarum KWSP pun nak suruh korek NGO Dol. Tu duit caruman dari majikan bukan duit caruman pencarum KWSP la bedul
STEVEN SIM MEMBANTU LAGI
Steven Sim
Saya kenal Fakhri sejak 2013. Kenal dia sebab dia antara orang utama kat Insani, sekolah untuk anak-anak autisme.
Bagi saya Fakhri adalah pejuang membela nasib anak-anak austime. Tapi dia bagitau saya, dia hanya laksanakan tanggungjawab sebagai seorang ayah 👨👩👦.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Hanya mak ayah anak-anak autisme yang tahu betapa beratnya ujian menjaga anak tersayang.
Pernah dulu, anak autisme Fakhri ditendang keluar dari tadika biasa, dan pada masa yang sama dia tak mampu untuk menempatkan anaknya di sekolah keperluan khas kerana yuran yang terlampau mahal 😔.
Pengalaman suka duka menjaga anak autisme mendorong Fakhri untuk membangunkan sebuah sekolah khas untuk bantu keluarga B40 dan M40 yang senasib.
Sesungguhnya setelah 10 tahun beroperasi, kebanyakan keluarga yang hantar anak autisme ke Insani merupakan golongan B40 dan M40. Berbanding sesetengah institusi lain yang mengenakan yuran RM5,000-RM6,000, Insani bertekad untuk pastikan yuran mereka ditetapkan pada kadar rendah antara RM1,000-RM1,800 sebulan.
Demi membantu keluarga yang susah, yuran Insani hanya boleh cover 30% daripada kos operasi. Selebihnya Fakhri terpaksa bersusah payah ke hulur ke hilir mencari derma dan dana.
Ada sesetengah keluarga dapat sumbangan zakat sehingga RM1,000 sebulan untuk bayar yuran. Namun, baki RM800 kadang kala masih tinggi untuk mereka tanggung bulan-bulan.
Sejujurnya, ramai mak ayah yang masih tak mampu nak bayar yuran penuh setiap bulan. Tapi yang paling saya respect, Fakhri tidak menolak pun anak-anak ini👍🏻, malah benarkan mereka terus belajar di Insani selagi mana mereka mahu. Sebab Fakhri kata, setiap anak autisme berhak mendapat pendidikan, penjagaan, dan perhatian yang sama macam kanak-kanak lain.
Sebelum Belanjawan 2023, Fakhri telah melawat saya kat MOF untuk bangkitkan isu-isu tentang anak-anak austime dan berharap agar kerajaan akan melakukan sesuatu.
Saya telah mencadangkan pelepasan cukai bagi keluarga yang mempunyai anak-anak autisme, dan syukur, PM kita Dato' Seri Anwar Ibrahim telah bersetuju. Dalam Belanjawan 2023, satu pelepasan cukai yang baharu sebanyak RM4,000 telah diperkenalkan untuk mak ayah dengan anak-anak autisme, ADHD, GDD, dan Down Syndrome.
Ini menjadikan keseluruhan pelepasan cukai untuk anak-anak kurang upaya mencecah RM16,000!
✅ Potongan sehingga RM6,000 bagi anak kurang upaya yang belum berkahwin dan telah disahkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat,
✅ Potongan sehingga RM6,000 bagi pembelian peralatan sokongan asas,
✅ Potongan sehingga RM4,000 bagi pemeriksaan dan rawatan pemulihan.
Pada hari Isnin, selepas pembentangan Rang Undang-undang Kewangan 2023 di Dewan Negara yang merangkumi pelepasan cukai tersebut, saya terus melawat ke Insani untuk bawa berita baik kepada mereka:
✅ RM200,000, peruntukan pejabat saya, kepada 2 buah sekolah pendidikan khas untuk anak-anak autisme bagi menyokong perjuangan mereka dalam membantu keluarga B40 dan M40. RM100,000 kepada Insani dan RM100,000 kepada IRIS, sebuah lagi sekolah khas untuk anak-anak autisme.
Sayu bercampur gembira apabila melihat keceriaan di wajah para ibu dan pengendali Insani selepas mendengar berita ini.
Wahai anak-anak, kerajaan Madani ada bersamamu di kala susah atau senang. Malaysia Madani bermaksud, tiada siapa yang akan ditinggalkan di belakang. Semua kanak-kanak di Malaysia harus mendapat peluang yang sama tak kira kaum dan agama, mahupun kekurangan keupayaan.
Kita jalan teruih, bersama-sama. ❤️
MANA BOLEH LAWAN KERAJAAN LEPAS...
RPK kata, 120 hari jadi kerajaan sudah curi RM97 juta. Mana dia tahu? Sebab ada siasatan. Jadi untuk jawab soalan dia, inikan kerajaan yang cakap lawan rasuah, jawapannya adalah YA.
Bayangkan kalau kerajaan enggan lawan rasuah, adakah menteri atau pegawainya akan disiasat? Sudah tentu tidak. Sudah tentu kes ini akan ditutup rapat-rapat sebab jatuhkan imej kerajaan.
Tapi kerajaan yang lawan rasuah, tak peduli. Kalau orang sendiri pun buat, siasat. Bukannya macam kerajaan 'itu' yang ketuanya sendiri sakau, menantu sakau, anak menteri sakau. Kalau dia tak tumbang, rahsia semua selamat. Guane boh?
Raja Gelap
.
SETAN DAH KELUAR DARI BADAN ? KAJANG ATAU SG BULOH BERAYA TAHUN NI ?
Mohd Shah Rim
Bagi pihak Encik Roslizal Razali, abg mewakilkan diri mengucapkan Selamat Menyambut Aidilfitri kepada semua umat Islam diseluruh Malaysia, Jika ada salah dan silap, mohon kemaafan.
Bagi pihak :
Encik Roslizal Razali,
Kajang.
MESTI JENUH NAK MERASMIKAN MESIN ATM.
SELAIN BANK SEDIA ADA BANYAK BANK LAIN TAK ADA DILUAR PENANG KECUALI BANDAR BESAR.
Here's a quick list of banks with branches in Penang, along with their respective contact information. For each bank, I provide a map showing their location on Penang Island and some on Penang Mainland as well. Select the banks from the list below:
- Affin Bank branches in Penang
- Alliance Bank branches in Penang
- AmBank branches in Penang
- Bank Muamalat branches in Penang
- Bank Rakyat branches in Penang
- Bank Simpanan Nasional branches in Penang
- CIMB branches in Penang
- Citibank branches in Penang
- EON Bank branches in Penang
- Hong Leong Bank branches in Penang
- HSBC branches in Penang
- Maybank branches in Penang
- OCBC branches in Penang
- Public Bank branches in Penang
- RHB branches in Penang
- Scotiabank branches in Penang
- Standard Chartered branches in Penang
- UOB branches in Penang
- .Bangkok Bank
- Kwanyik Bank
Kalau PN tawan Selangor dan Penang, media akan sibuk sepanjang 5 tahun.
Sebab di Selangor dan Penang dah banyak mesin ATM. Lebai mesti nak rasmi semua. Media mesti kena cover.
Letih wo... Guane boh?
Raja Gelap
.
IPG UNTUK PEKEBUN KECIL GETAH
NIK NAZMI
Kerajaan setuju paras harga pengaktifan Insentif Pengeluaran Getah (IPG) dinaikkan daripada RM2.50 sen kepada RM2.70 sen sekilogram dengan peruntukan RM350 juta.
Kerajaan sentiasa prihatin dengan kebajikan pekebun kecil getah yang terjejas pendapatan apabila harga getah merosot.
Dengan kenaikkan ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban kos sara hidup yang semakin meningkat.
#KerajaanPerpaduan
#MalaysiaMadani
CUBA TENGOK ORANG BERPOLITIK.
Ingat dulu satu Malaysia kecoh bila PMX tidak disambut di Terengganu. La ni, ok lah tu. Diaorg dah pakat baik elok dah.
This round, PMX siap umum bantuan tambahan RM100 juta untuk negeri Terengganu. Kita ucap tahniah la. Menunjukkan politik matang.
Apapun, Pemimpin di atas dok pakat elok. Penyokong walaun, walatok, walanon masih lagi bermakian2 di bawah. Itu lumrah. Tu sebab taksub parti dan pemimpin ni kita kena elak.
Politikus ini prinsipnya “Matlamat menghalalkan cara”. Sat lagi boleh jadi “Frienemies” juga. “ The enemy of your enemy, is your friend”, kan?
Ada possibility juga, if they find a common enemy, Walatok dan Walajib boleh bergabung. That’s Politics 101 for you.
p/s- PMX dan MB Terengganu matching2 pulak dah baju. Mesti update kaler apa sebelum tu.
#doneenterframe😅
~LM~













