STEVEN SIM MEMBANTU LAGI

 




Steven Sim


Saya kenal Fakhri sejak 2013. Kenal dia sebab dia antara orang utama kat Insani, sekolah untuk anak-anak autisme.


Bagi saya Fakhri adalah pejuang membela nasib anak-anak austime. Tapi dia bagitau saya, dia hanya laksanakan tanggungjawab sebagai seorang ayah πŸ‘¨‍πŸ‘©‍πŸ‘¦. 


Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Hanya mak ayah anak-anak autisme yang tahu betapa beratnya ujian menjaga anak tersayang.

 

Pernah dulu, anak autisme Fakhri ditendang keluar dari tadika biasa, dan pada masa yang sama dia tak mampu untuk menempatkan anaknya di sekolah keperluan khas kerana yuran yang terlampau mahal πŸ˜”.


Pengalaman suka duka menjaga anak autisme mendorong Fakhri untuk membangunkan sebuah sekolah khas untuk bantu keluarga B40 dan M40 yang senasib.


Sesungguhnya setelah 10 tahun beroperasi, kebanyakan keluarga yang hantar anak autisme ke Insani merupakan golongan B40 dan M40. Berbanding sesetengah institusi lain yang mengenakan yuran RM5,000-RM6,000, Insani bertekad untuk pastikan yuran mereka ditetapkan pada kadar rendah antara RM1,000-RM1,800 sebulan.


Demi membantu keluarga yang susah, yuran Insani hanya boleh cover 30% daripada kos operasi. Selebihnya Fakhri terpaksa bersusah payah ke hulur ke hilir mencari derma dan dana.


Ada sesetengah keluarga dapat sumbangan zakat sehingga RM1,000 sebulan untuk bayar yuran. Namun, baki RM800 kadang kala masih tinggi untuk mereka tanggung bulan-bulan. 


Sejujurnya, ramai mak ayah yang masih tak mampu nak bayar yuran penuh setiap bulan. Tapi yang paling saya respect, Fakhri tidak menolak pun anak-anak iniπŸ‘πŸ», malah benarkan mereka terus belajar di Insani selagi mana mereka mahu. Sebab Fakhri kata, setiap anak autisme berhak mendapat pendidikan, penjagaan, dan perhatian yang sama macam kanak-kanak lain.


Sebelum Belanjawan 2023, Fakhri telah melawat saya kat MOF untuk bangkitkan isu-isu tentang anak-anak austime dan berharap agar kerajaan akan melakukan sesuatu.


Saya telah mencadangkan pelepasan cukai bagi keluarga yang mempunyai anak-anak autisme, dan syukur, PM kita Dato' Seri Anwar Ibrahim telah bersetuju. Dalam Belanjawan 2023, satu pelepasan cukai yang baharu sebanyak RM4,000 telah diperkenalkan untuk mak ayah dengan anak-anak autisme, ADHD, GDD, dan Down Syndrome.


Ini menjadikan keseluruhan pelepasan cukai untuk anak-anak kurang upaya mencecah RM16,000! 


✅ Potongan sehingga RM6,000 bagi anak kurang upaya yang belum berkahwin dan telah disahkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat,


✅ Potongan sehingga RM6,000 bagi pembelian peralatan sokongan asas,


✅ Potongan sehingga RM4,000 bagi pemeriksaan dan rawatan pemulihan.


Pada hari Isnin, selepas pembentangan Rang Undang-undang Kewangan 2023 di Dewan Negara yang merangkumi pelepasan cukai tersebut, saya terus melawat ke Insani untuk bawa berita baik kepada mereka:


✅ RM200,000, peruntukan pejabat saya, kepada 2 buah sekolah pendidikan khas untuk anak-anak autisme bagi menyokong perjuangan mereka dalam membantu keluarga B40 dan M40. RM100,000 kepada Insani dan RM100,000 kepada IRIS, sebuah lagi sekolah khas untuk anak-anak autisme. 


Sayu bercampur gembira apabila melihat keceriaan di wajah para ibu dan pengendali Insani selepas mendengar berita ini. 


Wahai anak-anak, kerajaan Madani ada bersamamu di kala susah atau senang. Malaysia Madani bermaksud, tiada siapa yang akan ditinggalkan di belakang. Semua kanak-kanak di Malaysia harus mendapat peluang yang sama tak kira kaum dan agama, mahupun kekurangan keupayaan. 


Kita jalan teruih, bersama-sama. ❤️



No comments: