AGAK AGAK KALAU KITA PERKUATKAN PERTAHANAN KITA, NAK LAWAN KUASA BESAR MACAM NEGARA CHINA KAH ?

 


Aku ada tonton video seseorang yang mengatakan pemikiran DS Anwar lemah kerana mahu berunding dengan China berkenaan kawasan yang terdapat pertindihan tuntutan. Katanya, bila berunding, ada pihak yang untung, ada pihak yang rugi.


Aku berasa gelihati dan simpati. Terutama bila dia kata, kita sepatutnya perkuatkan pertahanan kita,  bukannya berunding.


Aku setuju bab perkuatkan pertahanan. Tapi hakikat sebenar, pertahanan kita sentiasa terabai. Dari dulu kita tak pernah bercita-cita untuk jadi suatu kuasa tentera. Kita lebih tumpukan kepada ekonomi.


Cerita nak kukuhkan pertahanan tu, kalaupun bagus itu cerita masa hadapan. Soalnya sekarang. Sekuat mana kita nak hadapi China? Apa yang kita ada jika China lancarkan perang ke atas kita sekarang?


Berunding bukanlah tanda lemah. Malah, ajak suatu kuasa besar berunding itu sendiri adalah lambang keberanian.


Bayangkan Malaysia sebagai negara dunia ketiga enggan tunduk kepada tuntutan negara seperti China. Bahkan boleh pula kata akan teruskan projek yang dirancang di kawasan itu. Macam budak form 1 ajak budak form 5 yang nak buli dia settle table.


Tak semestinya kalau berunding kita akan rugi. Ia bergantung kepada kepakaran perunding. Boleh jadi rundingan akan membawa keuntungan yang lebih besar.


Memang bukan mudah untuk sesebuah negara itu hendak menyerang negara yang lain. Cuba lihat apa yang terjadi kepada Russia. Sebelum itu Iraq. Boleh hancur ekonomi negara itu. Lagi negara yang jadi musuh Amerika Syarikat. Jadi kemungkinan untuk China serang Malaysia adalah amat tipis.


Pun begitu, bukanlah ia bererti kita boleh buat keras kepada. Negara kita ada hubungan ekonomi dengan China. Kalau kita berkeras, akan lebih merugikan negara kita. Ibarat kata orang tua-tua, tarik rambut dalam tepung. Rambut jangan putus, tepung jangan berselerak.


Kita jangan terlepas kawasan yang dituntut. Tapi dalam masa yang sama, jangan pula terlepas laba ekonomi yang boleh kita dapati hasil hubungan dua hala dengan negara China. Ada faham? Guane boh?


 

Raja Gelap



No comments: