BOB KELANANG
LEMBU lagi kan bole di bela dalam kondo... apa la sangat lima (5) ekor ayam... Lagi pun, Hadi bole jer bela se-parti lembu...Ikan... bole bela dalam akuarium...KOH KOH KOH... good idea!!
BOB KELANANG
LEMBU lagi kan bole di bela dalam kondo... apa la sangat lima (5) ekor ayam... Lagi pun, Hadi bole jer bela se-parti lembu...Ikan... bole bela dalam akuarium...KOH KOH KOH... good idea!!
Siri Bekalan Air Bersih kali ini menampilkan seorang Pakar NRW dari Australia, Mr Martin Shaw, yang pernah terlibat dengan satu projek nrw di kel satu ketika dulu.NRW adalah singkatan dari Non Revenue Water, yang bermaksud air tidak berhasil, yang bermula dari loji sehingga ke pengguna.NRW di Kelantan adalah 52% adalah antara yang tertinggi di negara. Mengapa terjadi demikian?Bersama kami dalam membincangkan hal ini. Sila isi maklumat
Sumbangan RM13 juta untuk masjid dan sekolah tahfiz? Wow...
Masjid mana yang dapat? Apa canggihnya masjid tu sebab sumbangan RM13 juta tu besar tu. Mesti canggih jadinya.
Sekolah tahfiz mana dapat bantuan? Berapa ramai murid sekolah tahfiz tu? Ke sumbangan tu kongsi dengan banyak sekolah tahfiz?
Tapi kenapa masih ada sekolah tahfiz yang minta sedekah? Zahid kena lantik pegawai untuk pastikan tiada sekolah tahfiz tertinggal.
RM13 juta lebih besar agaknya daripada peruntukan kerajaan. Aku tak ingat berapa peruntukan kerajaan untuk sekolah tahfiz.
Di Malaysia ni senang. Bila buat jahat, pergi umrah atau bantu masjid/sekolah tahfiz. Auto nampak suci. Huntong la... Guane boh?
Raja Gelap

Universiti Utara Malaysia (UUM) perlu mendedahkan punca kematian mahasiswa tahun keempat jurusan perakaunan S Vinosiny, 20, yang meninggal dunia didakwa akibat terkena renjatan elektrik.
Bagi mantan Menteri Pendidikan Malaysia, Dr Maszlee Malik, UUM dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) perlu lebih telus dalam memberi maklumat kepada keluarga mendiang berkenaan hal sebenar yang menimpa anak mereka.
“Saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang berhubung kematian tersebut. Semoga mereka diberikan kekuatan dan kesabaran menghadapi ujian yang besar ini. Saya juga ingin melahirkan simpati dan turut berdukacita di atas pemergian mendiang.
“Saya memahami kegelisahan dan keluhan bapa mendiang, R Sivakumar mengenai cara UUM mengendalikan maklumat dan ketelusan berkenaan sebab kematian anaknya.
“Sebagai seorang bapa, beliau berhak untuk mendapatkan penjelasan mengenai punca kematian kerana jika ia berpunca akibat masalah infrastruktur di universiti, sudah tentu beliau tidak mahu peristiwa tersebut berulang kepada siswa yang lain,” katanya.
Menurut Ahli Parlimen Simpang Renggam itu, pihak UUM dan KPT perlu segera bertindak sekiranya benar kematian disebabkan oleh masalah insfrastruktur bangunan.
Katanya, hal itu perlu diberi perhatian serius agar mahasiswa lain tidak mengakami nasib sama seperti S Vinosiny
“Saya berharap pihak UUM dan KPT akan mengambil tanggungjawab sepenuhnya berhubung kematian S Vinosiny, dan dapat memberikan penjelasan terperinci yang memuaskan berhubung kematian berkenaan kepada keluarga mendiang dan juga kepada umum.
“Saya turut memberi perhatian dan bersetuju terhadap apa yang disuarakan oleh wakil pelajar dari SPF UUM (pesatuan pelajar) yang meminta pihak UUM supaya mendedahkan perincian berkenaan insiden tersebut bagi mengelakkan spekulasi dalam kalangan mahasiswa,” katanya lagi.
Keputusan Zuraida Kamaruddin meninggalkan Bersatu dan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM), selain tidak mengejutkan dan sudah dijangka, ia juga tidak menukar hakikat masa depannya yang sedia gelap kepada terang-benderang.
Ia turut tidak menukar imej politik dirinya yang dilabel pengkhianat sejak meninggalkan PKR kepada wanita srikandi berhati suci.
Apatah lagi, dalam Bersatu yang disertainya sebaik keluar PKR, beliau tidak terkecuali terpalit dengan masalah disiplin dengan tidak hadir mesyuarat sebanyak beberapa kali sehingga diberikan surat tunjuk sebab atas perlakuan buruknya itu.
Apakah pemimpin berimej pengkhianat dan tidak mengenang budi seperti itu mampu lagi menambat hati rakyat?
Realitinya, jika melalui PKR yang memberinya ruang membina nama pun dikhianatinya, kemudian lompatan ke dalam Bersatu yang membolehkannya mempunyai mempunyai tempat bernaung sambil mengekalkan kedudukan dalam kerajaan juga tidak dihargai, penyertaan ke dalam PBM sama sekali tidak mengubah apa-apa tentang gambaran dirinya di mata umum.
Zuraida yang sekarang menjawat jawatan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi dan mungkin hilang jawatan kabinetnya itu tidak lama lagi, tetap dilihat sebagai politikus berwatak hitam yang teramat sukar untuk rakyat terus memberinya kemenangan, bukan saja di Ampang, malah di mana-mana juga kawasan yang dipilihnya untuk bertanding dalam PRU15 akan datang.
Sikap khianatnya itu akan terus diingati rakyat dan begitu mustahil rakyat mahu memberinya undi lagi yang jika itu dilakukan, bererti memungkinkannya berlaku khianat lagi.
Bak pesan orang tua-tua, anjing yang biasa mengigit tulang akan terus menjadikan tulang sebagai santapan untuk kekal kenyang.
Dengan itu, berdasarkan tinjauan serta dapatan secara umum bahawa sejak mengkhianati PKR bersama Azmin Ali dan gerombolan lainnya, beliau telah ditolak dan sukar untuk mengekalkan kerusi Ampang yang dimenanginya sejak beberapa penggal lalu, bahkan tidak jufa cerah di mana-mana kawasan yang lain, perkara itu tidak berubah pun dengan tindakannya menyertai PBM.
Sama ada kekal bersama Bersatu atau kini menyertai PBM, jika Zuraida memilih untuk bertanding lagi, yang menunggunya tidak lain melainkan hanyalah kekalahan.
Menyertai PBM dan meninggalkan Bersatu tidak mungkin meletakkan Zuraida mampu mengekalkan status dirinya sebagai Ahli Parlimen melalui parti barunya itu.
Kubur politiknya sudah tersedia setakat PRU15 saja.
Ertinya dengan keluar Bersatu dan menyertai PBM sebagaimana diumumkannya semalam, Zuraida sekadar berpindah kubur saja.
Dulu, kubur politiknya ialah Bersatu dan kini berpindah ke PBM – namun mati tetap mati. – ShahbudinHusin 27/05/2022.

Kelulusan projek pembinaan lebuh raya baharu di tengah tengah Petaling Jaya amat tidak wajar dan hanya menyusahkan penduduk setempat.
Bagi Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah, Menteri Kerja Raya Fadillah Yusof yang sebelum ini meluluskan pembinaan lebuh raya di tengah tengah bandaraya itu ternyata tidak peka dengan kehendak penduduk dan kaedah penyelesaian pengangkutan moden.
Katanya, memang kesesakan lalu lintas perlu diselesaikan namun cara penyelesaian bukanlah secara semberono membina lebuh raya, sebaliknya meningkatkan jaringan pengangkutan awam.
“Pengangkutan awam merupakan hak asasi orang ramai sama seperti hospital, sekolah, pusat rekreasi dan perpustakaan yang diperlukan untuk gaya hidup mampan dan sihat. Pengangkutan awam adalah perkhidmatan sosial untuk rakyat.
“Kajian di Amerika Syarikat (AS) menunjukkan bahawa bagi setiap AS$1 yang dibelanjakan untuk pengangkutan awam ia akan membawa pulangan ekonomi sebanyak AS$4. Pada masa sama, ia akan membantu menjana pendapatan bagi perniagaan tempatan, pekerjanya dan kawasan kejiranan mereka.
“Malangnya, kerajaan dan juga pemaju swasta rabun bagaimana mereka melihat perkembangan pengangkutan awam. Kami tidak memerlukan lebuh raya bertingkat dan jejambat bertingkat kerana ia tidak mengurangkan kesesakan lalu lintas tetapi hanya beralih dari satu kawasan kesesakan ke kawasan lain seperti yang kita lihat di India dan A.S,” katanya.
Tegas Maria, penyelesaian masalah pengangkutan dengan membina lebuh raya baharu adalah lapuk dan digunakan ketika era pembangunan di AS pada 1970an atau negara membangun baharu pada era 1980an.
Pendekatan terkini, ujarnya ialah dengan pengangkutan awam berintegrasi yang memudahkan pengguna bergerak.
Namun, kata Maria, pengangkutan awam pula tidak dirancang dengan baik sehingga tidak mencapai tujuan ia direkabentuk.
“Satu contoh yang baik ialah laluan untuk MRT3 yang pada mulanya berhasrat untuk diarahkan di Bukit Gasing berketumpatan rendah, dan bukannya meluaskan capaiannya untuk memberi perkhidmatan kepada kawasan berpenduduk tinggi seperti Taman Medan, seksyen 51 dan hab pembangunan Petaling Jaya Sentral.
“Contoh lain pula PJD Link yang telah kembali menghantui penduduk Petaling Jaya. Sebelum ini projek ini dilabel sebagai Kidex tetapi ditolak kerana mempunyai laluan yang tidak praktikal serta memotong kawasan kediaman dan komersial yang besar, menyebabkan banyak penduduk dan syarikat berpindah kerana pemerolehan harta secara besar-besaran diperlukan untuk memberi laluan kepada lebuh raya.
“Setakat ini pemaju Kidex/PJD Link tidak menunjukkan kepada Kerajaan Negeri mahupun penduduk yang terjejas tiga daripada kajian wajib, iaitu kajian impak sosial, alam sekitar dan pengangkutan, yang diperlukan sebelum kelulusan sebarang pembangunan.
“Banyak mesyuarat, bantahan dan bantahan konkrit telah dibangkitkan untuk menghentikan PJD Link tetapi ia seolah-olah tidak dapat didengari, terutamanya oleh Menteri Kerja Raya,” katanya.
Oleh itu, Maria membidas cara kerja Kementerian Kerja Raya dan kerajaan Malaysia yang ketingalan zaman, tidak diamalkan di negara maju serta gagal mengambil kira pendapat penduduk terjejas di sepanjang laluan lebuh raya
“Adalah pra-matang bagi Menteri Kerja Raya untuk meluluskan kerja-kerja pembangunan tanpa berunding terlebih dahulu dengan Kerajaan Negeri dan penduduk.Terdapat banyak cara untuk menyelesaikan masalah ini dan membangunkan satu
lagi lebuh raya bertingkat adalah langkah yang salah.
“Semua lebuh raya ini memerlukan kelulusan Kerajaan Negeri masing-masing setelah menunjukkan ia memenuhi 3 laporan di atas. (Dalam hal ini) saya menggesa kerajaan negeri Selangor menolak PJD Link dan mencari alternatif sistem pengangkutan awam yang lebih mampan,” katanya.
Tegas beliau, satu mesyuarat perundingan antara Kerajaan Negeri, wakil rakyat dan penduduk sangat berguna dalam menyelesaikan kedudukan Selangor di dalam PJD Link Sistem.
Pengangkutan bawah tanah atau pintar, katanya, akan membantu mengurangkan kesesakan, menyediakan akses mobiliti yang lebih besar untuk golongan muda, warga emas serta golongan kurang upaya dan pastinya menyelamatkan bumi.
MOHD SHAH RIM
1. Dengan kemasukan Zuraida ke parti PBM, bermakna PBM ada
sokongan 3 Ahli Parlimen iaitu :
Zuraida - MP Ampang.
Larry Sng. Jr. - MP Julau, dan
Steven Choong - Tebrau.
2. Dengan Kerajaan Campuran BN-PN hanya mempunyai Majoriti 114,
maka tolak 3 Ahli Parlimen, Majoriti PM tinggal 111 sahaja.
Iaitu Majoriti : 1
Daripada 220 Ahli Parlimen.
Kerajaan ada : 111.
Pembangkang ada : 106.
PBM ada : 3.
Kosong : 2 kerusi.
3. Dengan Tengku Razaleigh minta duduk di Blok Ahli Parlimen
Bebas, ini bermakna secara Realitinya ...
Kerajaan pada hari ini tidak mempunyai sebarang majoriti.
Majoriti = 0.

PETALING JAYA: Majlis Presiden Harapan (PH) menggesa Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengadakan sidang khas Parlimen secepat mungkin bagi membahaskan Rang Undang-undang (RUU) anti-lompat parti.
“Sebelum ini beliau (Ismail) telah beberapa kali memberikan komitmen untuk membahaskan RUU tersebut, maka janji itu harus ditunaikan,” kata Majlis Presiden PH dalam kenyataan hari ini.
Kenyataan itu hadir selepas ahli Parlimen Ampang yang juga bekas menteri perusahaan perladangan dan komoditi, Zuraida Kamaruddin keluar Bersatu dan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).
Terdahulu, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menggesa pelaksanaan RUU itu disegerakan bagi mengulas tindakan Zuraida hari ini
Menurut Zahid, sekiranya pindaan RUU itu tidak disegerakan, tidak mustahil krisis kepercayaan terhadap sistem demokrasi dan institusi politik akan menyebabkan kadar peratusan mengundi semakin rendah pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) akan datang.
Selain RUU, Majlis Presiden PH menggesa sidang khas itu membincangkan permasalahan dihadapi rakyat ketika ini antaranya kos sara hidup dan inflasi.
Ia termasuk pendedahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan pembelian untuk sektor perkhidmatan kesihatan negara ketika pandemik Covid-19 yang didakwa terpalit dengan rasuah.
“Majlis Presiden menggesa perdana menteri untuk bertindak secepat mungkin bagi membolehkan kesemua perkara ini dibahaskan,” katanya.
Spekulasi serta andaian beberapa pihak bahawa Ismail Sabri Yaakob dan kerajaannya akan hilang majoriti berikutan tindakan Zuraida Kamaruddin keluar daripada Bersatu untuk menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM) sebenarnya adalah tidak tepat.
Ini kerana, meskipun Zuraida memaklumkan akan berbincang dengan Perdana Menteri mengenai perletakan jawatannya sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, beliau dalam masa yang sama turut menegaskan akan tetap bersama dan menyokong kerajaan sedia ada pimpinan Ismail Sabri.
Sokongan yang sah kepada Perdana Menteri oleh seseorang itu adalah atas kedudukannya sebagai Ahli Parlimen, bukan kerana letak jawatan daripada kabinet.
Yang mungkin berlaku selepas ini hanyalah Zuraida akan hilang jawatan menterinya berikutan perlantikannya sebelum ini adalah atas kouta Bersatu.
Kekosongan yang ditinggalkan Zuraida itu sudah pasti akan diisi oleh pemimpin Bersatu dan Mahiaddin tidak mungkin menunggu lama untuk menamakan calon pengganti itu.
Penegasan Zuraida yang melompat parti daripada Bersatu untuk menyertai PBM, tetapi kekal menyokong Ismail Sabri dengan sendirinya menyebabkan kedudukan majoriti kerajaan tidak tergugat apa-apa.
Dengan perletakan jawatan Zuraida sebagai menteri dan kedudukannya pula diganti oleh pemimpin lain daripada Bersatu, Ismail Sabri bukan saja boleh terus kekal di jawatannya, malah bebas pula melantik Ahli Parlimen Ampang itu memegang apa-apa jawatan lain seperti menerajui GLC, agensi kerajaan dan sebagainya untuk memblas budi sokongannya kepada kerajaan.
Jika Zuraida dilantik mengetuai GLC misalnya, beliau akan menuruti langkah Ahli Parlimen Julau, Larry Sg yang juga sebelum ini keluar PKR dan kini bersama PBM, tetapi menyokong kerajaan yang telah dilantik sebagai Pengerusi Majlis Minyak Sawit Malaysia atau MPOC.
Hal yang sama juga berlaku sebagaimana Khairuddin Attakiri, Ahli Parlimen Kuala Nerus yang mengumumkan keluar Pas, namun kekal menyokong kerajaan pimpinan Ismail Sabri.
Hakikatnya, kedudukan seseorang itu yang berubah parti tidak akan menjejaskan majoriti kerajaan kerana yang diambil kira ialah sokongannya sebagai Ahli Parlimen.
Cuma, tindakan Zuraida melompat parti di saat-akhir penggubalan Akta Lompat Parti sedang dalam proses akhir untuk dibentangkan di Parlimen dengan jelas memperlihatkan akta tersebut begitu penting untuk diwujudkan di negara ini.
Tiada alasan lagi untuk menangguhkannya jika kita ingin melihat dunia politik lebih bermaruah dan tidak dicemari dengan fenomena “asal hujan saja mesti ada katak-katak yang ghairah ingin melompat”.
Cukuplah setakat ini dan biarlah Zuraida menjadi “katak terakhir” yang bebas melompat untuk mencari kenikmatan lain. – ShahbudinHusin 26/05/2022..

GEORGE TOWN: Pekeliling memaklumkan ejen pilihan raya dipanggil bagi menjalani latihan menjelang pilihan raya umum bukan bermaksud pengundian semakin hampir, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Timbalan Pengerusi SPR Azmi Sharom, berkata latihan seumpama itu adalah berterusan dan boleh berlaku pada bila-bila masa sepanjang tahun, selain perkara sama juga dilaksanakan untuk mengenal pasti pusat pengundian lebih awal.
“Sekiranya kami menguruskannya hanya ketika pilihan raya semakin hampir, kami tidak mempunyai masa. Justeru, aktiviti SPR tidak sepatutnya menjadi petunjuk pilihan raya semakin dekat,” katanya kepada FMT.
Baru-baru ini, berlegar di media sosial berhubung pejabat tanah dan daerah di Pahang, mengeluarkan pekeliling bertarikh 19 Mei memanggil petugas pilihan raya di negeri berkenaan menghadiri taklimat, menjelang pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
Kandungan surat berkenaan antaranya menyebut semua petugas pilihan raya – bermula penyelia sehingga ke kerani pilihan raya – wajib menghadiri kursus empat hari di sebuah dewan, di Kuala Lipis, bermula 24 hingga 27 Mei.
Pilihan raya umum akan datang perlu diadakan, selewat-lewatnya 14 Sept tahun depan.
Fitch Solutions Country Risk and Industry Research, meramalkan pilihan raya akan diadakan pada separuh kedua tahun ini atau suku ketiga tahun sama, memetik laporan The Edge Markets.