Oleh SHAHBUDIN HUSIN / January 24, 2022
KO ADO...MOGA JADI CONTOH YB LAIN..
Bersama dengan Imam Azham dari Masjid Jamek Kubang Buaya yang memohon kepada Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bagan untuk sumbangan kipas dinding bagi menggantikan kipas di ruang solat yang telah uzur. Pihak masjid juga memohon meja ping pong, papan karom bagi mengeratkan hubungan antara anak kariah di samping menggalakkan aktiviti gaya hidup sihat.
Semoga dapat membantu ahli qariah menjalankan aktiviti dengan lebih baik dan selesa.
TEMU ANWAR PORT DICKSON
Sembang Santai Anak Muda bersama Dato' Seri Anwar Ibrahim
Tarikh : Selasa, 25 Januari 2022
Masa : 2.00 petang
TapaqKing Ikan Bakar
Turut bersama dalam sesi ini:
1) Raimi Abdul Rahim, Mantan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
2) Adam Adli, Aktivis Anak Muda
3) Hafiz Mohamad, Ketua Angkatan Muda Keadilan Negeri Sembilan
Semua anak muda PD dijemput hadir bagi sama-sama menjayakan majlis ini.
Sahkan kehadiran di pautan https://bit.ly/dsaipd
PN DAN BN DUA DUA PARTI NI MUSIBAT
Saya sebenarnya agak sibuk sebab tarikh nak submit thesis 2 hari lagi tapi bila ada benda yang agak kelakar macam ini saya sebagai pengulas politik tak bertauliah kena bagi sepatah dua kata.
Sahabat saya tulis kata PH kena bagi laluan pada PN untuk kerusi yang lawan UMNO, dan kerusi MB di khususkan untuk PN. Hujah dia PH kekurangan undi Melayu. Kiranya bukan kerjasama tapi pembangkang kena bersatu untuk kalahkan UMNO.
Tapi apa bezanya tindakan ini dengan PH bagi 2 orang UMNO bertanding di Melaka dengan harapan hendak tarik undi Melayu? So dalam dua-dua kes ini kiranya matlamat menghalakan caralah?
Bagi saya antara PN dan BN, dua-duanya musibah dan musibat. PN kaki khianat, pemimpin semua tak boleh pakai baik yang muda dan tua, dan juga kleptokrat, Tunggu ajelah PN jatuh nanti kita dengar pula pasal skandal DNB ( ini ramai Melayu masih tak sedar). PN juga yang masa berkuasa lepaskan kes Mahkamah siapa yang mesra pada mereka. BN pun lebih kurang sama, bezanya BN tak tutup parlimen 8 bulan demi kepentingan politik peribadi.
Cepat betul Melayu lupa yang parlimen kena pro-rogue zaman PN, lepas itu masih mahu berkerjasama dengan PN lagi?
Pengundi PH PRU14 dulu adalah pengundi yang mid class, hypercritical jadi bila berkerjasama dengan PN mungkin boleh dapat undi Melayu, tapi ada sesiapa boleh jamin yang pengundi PH asli ini tak akan lari undi parti yang lain?
PH tak pernah tutup hendak berkerjasama dengan mana-mana Parti, tapi tak payah la jadi terhegeh-hegeh nak jemput orang yang tak sudi.
Paling tak boleh brain, PN ada peluang 2 kali nak sokong PH (kalau mereka kata mereka lawan kleptokrat UMNO) masa bertukar MB, tapi sekor pun tak berani semua boleh sokong UMNO. Lagi mahu hulur tangan pada PN?
Bayangkan kalau berlaku mexican standoff, PH dan BN tak boleh tubuh kerajaan, rasanya PN kalau menang beberapa kerusi akan jadi king maker.
Bila dah king maker, mereka akan pilih BN atau PH? Tepuk dada tanya hati semua dah tahu jawapan dia. Biasanya kalau mangsa yang simpati pada pemangsa ini di panggil stockholm syndrome, tak tahu pula kalau ada medical condition baru untuk orang yang ketagih kena khianat berulang kali.
Memang BN dah tahu mereka akan menang sebab itu mereka buat sebelum raya. Jadi mereka yang duduk jauh takkan balik sebab nanti raya nak kena balik semula.
Atas kertas memang susah nak menang, tapi setiap perjuangan pasti ada mehnah dia.
Bagi saya PH patut berkerjasama dengan Muda, walaupun undi 18 belum lagi masuk sebab senarai pengundi baru hanya akan gazet pada Feb 2022.
Menang kalah itu adat pertandingan, kalau Muda masuk bertanding dan berkerjasama dengan sama ada Warisan atau Pejuang, itu juga benda yang bagus. Pengundi nanti akan nampak apa intention Muda yang sebenarnya.
PN is already dead on water. Sebab itu parti lebai Johor sendiri dah terhegeh-hegeh nak bersama dengan UMNO, malangnya UMNO dah tolak dari awal.
Kalau Lebai tinggalkan PN, that is the end of Bersatu. PRU15 AbahMoo boleh start pack bag nak jadi kluster Mahkamah. Kalau Lebai bersama dengan PN, maknanya situasi Melaka akan berulang.
In the end, kita nak bagi pengundi luar (hypercritical) yang dulu undi PH pulang, tapi kita boleh bagi tawaran sama dengan geng pengkhianat dan kleptokrat, rasa-rasaya mereka ada masa nak pening kepala berhabis ratusan ringgit untuk politik yang tak akan merubah apa-apa (bagi pengundi PH yang hypercritical)?
MMMS
Amanah Meru
WakZahid diperintah bela diri atas semua 47 pertuduhan

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi diperintah membela diri oleh Mahkamah Tinggi atas 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah jenayah (CBT) dan pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi.
Hakim Collin Lawrence Sequerah memutuskan bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Zahid.
Zahid dibicarakan atas 47 pertuduhan pengubahan wang haram dan CBT membabitkan puluhan juta ringgit milik yayasan itu dan menerima rasuah untuk pelbagai projek sepanjang menjadi Menteri Dalam Negeri.
Sebanyak 12 dakwaan membabitkan CBT, lapan rasuah dan selebihnya adalah pengubahan wang haram.
Sequerah berkata, Zahid mempunyai tiga pilihan dalam melakukan pembelaan – beliau boleh memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah dari kandang saksi, memberi keterangan dari kandang tertuduh atau berdiam diri.
Peguam Zahid, Hamidi Mohd Nor, memberitahu mahkamah bahawa anak guamnya memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah dari kandang saksi.
Pendengaran bagi peringkat pembelaan dijadual bersambung pada 28 Mac.
Zahid tidak layak diberi ‘kekebalan’ daripada pendakwaan, kata hakim
Sequerah berkata Zahid tidak layak diberi “kekebalan” daripada pendakwaan dengan alasan beliau secara jujur telah mendedahkan semua transaksi berhubung Yayasan Akalbudi.
“Selepas mempertimbangkan hujah, saya dapati tiada merit dan tertuduh tidak layak mendapat kekebalan,” katanya.
Terdahulu, peguam Zahid berhujah bahawa anak guamnya harus diberi kekebalan di bawah Seksyen 30 (7) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Peruntukan yang telah dimansuhkan pada 1 Okt 2018 telah menyatakan bahawa sesiapa yang mendedahkan maklumat atau mengemukakan sebarang dokumen kepada pihak berkuasa tidak akan didakwa.
Pihak pembelaan berhujah bahawa pegawai SPRM merekodkan kenyataan Zahid antara 2 dan 3 Julai 2018, di mana beliau memberikan butiran mengenai penubuhan yayasan itu, sumber dananya, dan butiran peribadi dirinya dan ahli keluarga.
Bagaimanapun, pihak pendakwaan berhujah bahawa “kekebalan” yang dibangkitkan oleh Zahid adalah cubaan untuk membatalkan semua pertuduhan.
Katanya, Zahid sepatutnya memfailkan semakan kehakiman di mahkamah sivil untuk menentukan sama ada beliau berhak mendapat kekebalan daripada pihak pendakwaan.
ADAKAH KKM PUNYA DATA YANG LENGKAP
Kementerian Kesihatan sebagai pihak yang pegang segala data berkenaan Covid-19. Keputusan untuk vaksin kanak-kanak bawah 12 tahun berdasarkan data yang diambil daripada mana?
Kalau yang berkata ini netizen itu lainlah. Tapi ini pakar virologi UM. Dan betullah katanya. Setakat ini tak banyak kes melibatkan kanak-kanak. Atau KKM nak kata pakar virologi ini anti vaksin?
Sungguh aku cukup musykil melihat kesungguhan kerajaan nak paksa rakyat vaksin. Semakin lama semakin ada percaya ada aktiviti lain terselindung sebalik cerita vaksin ini.
Bila PAS sama PAS berperang
Kata Abdul Hadi Awang, Presiden PAS, 99.9% akar umbi partinya puas hati dengan keputusan PAS menggugurkan Khairuddin Aman Razali daripada Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.
Namun jika “konsep” wala’ yang dipegang PAS diambil kira, sepatutnya 100% akar umbi berpuas hati dengan keputusan itu. Sayangnya tidak. Berdasarkan perkiraan yang diumum Hadi masih ada 0.1% yang tidak puas hati.
Tetapi 99.9% sudah cukup bagus. Mustahil untuk mendapatkan 100% walaupun ada konsep wala’ sebagai pegangan. Iyalah kita bercakap mengenai manusia biasa dalam parti politik biasa. Bukan nabi dan malaikat.
Oleh itu, menurut Hadi, tidak perlu PAS membuat penjelasan lanjut atau rasmi mengenai pengguguran Khairuddin meskipun beliau mengakui ada segelintir pemimpin parti mendesak.
“Dia belum dipecat, cuma digugurkan sahaja daripada AJK dan sebelum itu pun ada isu disiplin kita sudah nasihat dan buat tindakan awal,” kata Hadi yang dipetik FMT tempoh hari.
Bagi saya kata kuncinya “belum”. Hadi tidak berkata Khairuddin “tidak” dipecat. Sebaliknya memilih untuk beritahu Khairuddin “belum dipecat”. Apa maknanya?
Ini boleh menimbulkan bermacam-macam tanda tanya. Maaf jika saya dianggap “read too much into into it”. Ia mungkin “sekadar” pemilihan perkataan? Waullahualam.
Apa pun kata Hadi “soal pengganti (Khairuddin) kita akan lihat jika ada keperluan sebab setakat ini parti berjalan macam biasa.”
Bagaimanapun timbalan beliau Tuan Ibrahim Tuan Man sebelum ini dipetik media berkata “Khairuddin dicadang dilantik oleh Presiden dan kemudian Presiden tarik balik pelantikan kerana selepas kita mesyuarat Presiden ada cadangan nama lain dan Khairuddin digugurkan.”
Hakikatnya ada perselisihan antara Khairuddin dan rakan-rakan dengan Presiden dan timnya. Ada puak dalam PAS. Lihat sahaja pertikaman lidah secara terbuka antara hulubalang presiden, Takiyuddin Hassan dan Muhammad Sanusi Md Nor, dengan Nik Abduh Nik Aziz, salah seorang rakan Khairuddin. Lebih daripada kias ketika menyerang walaupun nama orang yang diserang tidak didedahkan. Namun kita tidak perlu jadi “political genius” untuk tahu apa yang diperkatakan.
Khairuddin dan penggugurannya bukan isu utama. Isunya ialah ada konflik dalaman atau ‘perang saudara’ dalam PAS. Itu realiti. Mengapa ia terjadi, siapa di pihak benar siapa yang salah kita ketepikan buat waktu ini.
‘Perang’ PAS dengan PAS bukan sesuatu yang baharu, bukan pelik mahupun aneh. Ia pernah berlaku sehingga membawa kepada perpecahan dan terlahirnya parti serpihan.
Pada 1977, tercetus krisis kepimpinan. Perbalahan antara Presiden PAS, Asri Muda, dengan Menteri Besar Kelantan, Mohamed Nasir, yang digemari Umno. PAS ketika itu berada dalam BN dan memerintah Kelantan.
Akhirnya undi tidak percaya terhadap Mohamed dibentang di Dewan Undangan Negeri Kelantan. Beliau tidak mendapat kepercayaan Dewan. Pelbagai peristiwa terjadi termasuk perisytiharan darurat dan sebagainya. Saya tidak cadang huraikan itu semua pada penulisan ini.
Untuk memendekkan cerita yang panjang, dinyatakan Mohamed keluar PAS dan menubuhkan Barisan Jemaah Islamiah SeMalaysia atau Berjasa.
Pada 1982 pula Asri tersingkir jawatan Presiden PAS apabila tewas pada pemilihan parti. Berikutan itu, Asri keluar dan tubuhkan Parti Hizbul Muslimin Malaysia atau Hamim.
Pada 2015 berlaku pertempuran ‘golongan Islam konservatif’ dengan ‘kumpulan profesional’ atau ‘progresif’. Pada pemilihan parti kumpulan profesional tewas. Mereka tinggalkan PAS untuk menubuhkan Parti Amanah Negara.
Sekarang timbul lagi krisis dalam PAS yang kita bincangkan ini. Pada pemilihan parti November lalu golongan yang dikatakan tidak sehaluan dengan Presiden tersingkir. Termasuk Khairuddin, Nik Abduh, Zuhdi Marzuki, dan Mokhtar Senik.
Penolakan mereka dilihat penganalisis politik sebagai satu halangan ke atas gerakan antiPresiden. Kata pemerhati PAS, Mohd Sayuti Omar, golongan itu disingkir pada muktamar lalu kerana cuba membawa PAS ke jalan bertentangan dengan kehendak Presiden.
Pemecatan atau penggguran Khairuddin daripada jawatan AJK yang dilantik adalah kemuncak atau tanda kepada masalah dalam PAS kini. Ia juga menzahirkan, kata Sayuti, “bahawa ada pandangan berbeza dalam PAS yang boleh meretakkan parti.”
Tentu itu ada kesannya ke atas PAS. Ada kemungkinan besar pada PRU15 kelak golongan anti-Presiden tidak akan dipilih oleh Presiden sebagai calon PAS bertanding di kerusi yang mereka sandang atau di mana-mana kerusi. Lazimnya Presiden pilih orang yang sehaluan dan senada dengannya.
“Mengenai kesan krisis yang ada sekarang, saya belum nampak ia akan sampai tertubuhnya parti baru seperti sebelum ini,” kata Sayuti – lantas menyambung “saya lebih cenderung untuk mengatakan kalau PAS gagal menangani permasalahan ini, kemungkinan mereka akan keluar PAS dan bergabung dengan mana-mana parti yang sealiran dan didokong oleh mereka.”
Kata beliau lagi “dalam hal ini saya nampak Umno menjadi pilihan mereka.”
“Ramalan” yang amat menarik. Logiknya berdasarkan keakraban golongan itu dengan Umno selama ini serta faktor-faktor lain. Soal sama ada Umno akan terima mereka dan apa manfaatnya kepada Umno dan mereka sendiri kita cerita lain kali.
Yang bantah PRU awal cuma mahu kekal berkuasa, kata Zaid
PETALING JAYA: Mereka yang cuba menangguhkan pilihan raya umum (PRU) yang baharu adalah orang yang takut dengan kehendak rakyat dan cuma mahu kekal berkuasa, menurut Zaid Ibrahim.
Bekas Menteri Undang-undang itu berkata Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri Najib Razak secara terbuka menyokong untuk PRU awal diadakan tetapi mendapat tentangan daripada pengkritik yang menuduh mereka memperoleh kuasa untuk membersihkan diri daripada dakwaan mahkamah.
Bagaimanapun, Zaid berkata PRU itu sepatutnya diadakan sejurus kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang pada awal 2020, untuk digantikan dengan kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Muhyiddin Yassin.
“Negara terdesak untuk mencari kepimpinan. Jika anda tidak mahu mengadakan PRU, anda menggunakan pelbagai alasan, seperti anda mengisytiharkan darurat, anda mengatakan masih belum cukup vaksin, anda menyalahkan banjir, Omicron,” katanya kepada FMT.
“Dengan keadaan negara yang dilanda kesusahan, kita perlu mengharunginya dan mengundi pemimpin dengan sokongan majoriti.
“Ia bukan untuk orang memikirkan bahawa pemimpin Umno yang berdepan dengan hakim mahkamah sedang mencari jalan untuk menyelamatkan diri – malah mereka mungkin ditolak. Kenapa tidak adakan PRU dan tunjukkan kepada rakyat yang benar-benar memikirkan mengenai negara?”.
Zaid berkata terdapat “terlalu banyak politiking yang berlaku”, dan pemulihan ekonomi hanya boleh dicapai apabila kerajaan stabil wujud.
“Sampai bila kita ingin terus seperti ini? Mari teruskan, mari pergi mengundi. Tiada cara lain lagi tetapi memilih kerajaan dengan mandat yang kuat.”
Ahli Parlimen sekarang telah dipilih pada Mei 2018. Penggalnya berakhir tahun depan. Bagaimanapun, terdapat spekulasi mengenai PRU awal akan diadakan kerana terdapat dua perubahan kerajaan sejak 2020.
Polis panggil 7 pemimpin Pemuda PH berkait ceramah #TangkapAzamBaki

PETALING JAYA: Tujuh pemimpin sayap Pemuda Pakatan Harapan (PH) antara 12 yang akan disoal siasat polis esok susulan ceramah berkaitan himpunan #TangkapAzamBaki, Jumaat lalu.
Empat daripadanya terdiri Pemuda Amanah iaitu Ketua Pemuda, Mohd Hasbie Muda, timbalannya, Zubair Rahim; Pengarah Strategik, Asmaaliff Abdul Adam dan Ahli Jawatankuasa Pemuda, Abbas Azmi.
Selain itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Pinji yang juga Ketua Pemuda DAP, Howard Lee, Setiausaha Pemuda PKR, Ahmad Syukri Abd Razab serta ahli PKR dan aktivis, Adam Adli Abdul Halim.
Naib Presiden MUDA, Dr Thanussha Francis Xavier juga antara yang akan dipanggil selain Pengerusi Jalinan Nusantara Malaysia, Mohd Azam Mektar, Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Abu Hafiz Salleh Hudin, peguam, Bakri Omar dan aktivis media sosial, Amira Aisha.
Peguam mereka, Kamil Munim berkata, pihaknya belum mengetahui undang-undang apa yang digunakan untuk siasatan itu.
“Ia berkaitan acara Jumaat lalu tetapi saya tidak pasti seksyen mana yang diguna pakai. Saya berada di sana pada Jumaat, dan secara jujur, ia adalah pertemuan yang aman,” katanya.
Ceramah itu diserbu polis dan beberapa tangkapan dibuat, menurut penganjur perhimpunan.
Kamil berkata, beliau menjangkakan polis memanggil lebih ramai orang untuk disoal siasat.
Perhimpunan semalam menarik penyertaan 35 persatuan dan enam parti politik iaitu PKR, DAP, Amanah, Pejuang, MUDA dan Warisan.
Ratusan penunjuk perasaan berkumpul di Stesen LRT Bangsar untuk menuntut penahanan Ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki, yang dihimpit kontroversi pembelian saham syarikat tersenarai awam.
Penganjur juga mahu tindakan undang-undang diambil ke atas Azam dan meminta SPRM diletakkan bawah kuasa Parlimen.
KORPORAT GILA BALAK, RAKYAT DAPAT BALA
“Anda fikir mereka dengan mudah akan bunuh orangutan? Begitu juga dengan singa dan harimau. Mereka tidak bunuh haiwan-haiwan ini. Ada prosedur tertentu menguruskannya.
“Anda boleh tanya Perhilitan. Mereka boleh beritahu berapa banyak orangutan di negara ini, berapa yang sudah mati, berapa masih hidup dan di mana haiwan-haiwan ini,” tegasnya.
200,000 Rakyat Gesa Henti Pembalakan, Himpunan Minta Moratorium Pembalak...
Himpunan "Sayangi Alam dan serahan Memorandum Kepada DYMM Yang Di Pertuan Agong oleh GABUNGAN BERTINDAK MEMORANDUM RAKYAT MALAYSIA.
Antara NGO yang terlibat adalah PEKA, ABIM, Otai Reformis 98, Green Peace Malaysia dan Gerak 98
ADAKAH ANWAR AUTOKRATIK
MOHD MUKHLIS MOHD SYARIFF
1) Point 1 kira nak cakap Anwar ini autokratik, tapi bila kita lihat macam PRN Melaka, yang mencadangkan supaya PH berkerjasama dengan 3 orang dari UMNO adalah PH Melaka. Kalau Anwar itu autokratik, sudah tentu dia tolak idea itu. Dalam politik biasalah ada langkah yang betul ada langkah yang salah. Tapi bila PH kalah di Melaka, yang hanya minta maaf adalah Anwar, tapi tukang bagi cadangan untuk bersama dengan UMNO itu sendiri pakat cuci tangan.
2) Ini soalan dari dulu saya duk tanya, especially pada geng-geng Amanah Bukit Bintang, takat hingaq dalam FB tapi bila ajak berdebat tanya siapa calon yang sesuai, seorang pun tak berani. Saya rasa Anwar pun tak kisah kalau ada orang lain yang sanggup ambil Amanah tapi calonnya kena adalah. Ini calon tak ada, pastu nak masuk perang tanpa panglima.
3) Keh-keh, point paling cliche kena bawah 65 tahun baru okay. Tapi kalau PH nominate balik supreme leader, pastu syarat 65 tahun tadi bukan keutamaan dah, mai bertongkat pun kata inilah pilihan
terbaik
yang kita ada. Masalah kita di Malaysia bukan masalah umur. Ada yang satu abad pun masih gila kuasa, ada yang belum 40 sudah pandai berkhianat dan jual surat sokongan. Umur hanya satu nombor, yang penting, Qawwi dan Amin.4) Gagal PRN/PRK waktu jadi pembangkang itu perkara biasa, tapi gagal PRK waktu jadi kerajaan itu perkara luar biasa. Cuma tang gagal PRK dulu tak pula di suruh supreme leader letak jawatan.
Demikianlah....
BIASISWA DAN POTONGAN JPA PTPTN WALAU MAHASISWA DALAM KESEMPITAN-RAFIZI RAMLI
Peruntukan pendidikan MARA telah lama dipotong walaupun menteri enggan beri perincian. Pinjaman PTPTN juga dipotong lantas fenomena siswa dalam kesempitan hidup sekarang. Kini biasiswa JPA pula. Simpan Najib Razak lama-lama, saya tidak tahu apa lagi yang akan dipotong.
KEMBALIKAN PERUNTUKAN BIASISWA JPA, MARA DAN LAIN-LAIN: KUTIP KEMBALI GERAN RM1.1 BILION DARI 1MDB
Rakyat Malaysia hanya mendapat tahu mengenai pemberhentian biasiswa pendidikan JPA bagi 700 orang pelajar untuk ijazah pertama dari petikan berita yang hanya disiarkan oleh akhbar berbahasa Cina. Maknanya, Dato’ Seri Najib Tun Razak tidak berani berdepan dengan rakyat untuk menerangkan sendiri keputusan-keputusan beliau yang menekan rakyat seperti ini.
Masalah kerajaan memotong peruntukan biasiswa dan peruntukan pendidikan ini bukan perkara baru. Saya telah mengemukakan soalan-soalan mengenai jumlah biasiswa dan peruntukan pendidikan yang disediakan oleh MARA sejak Jun 2015 lalu tetapi tidak pernah dijawab.
Hakikatnya, sebelum pun isu pemotongan biasiswa JPA ini timbul, beribu-ribu pelajar yang cuba mendapatkan biasiswa atau pinjaman dari MARA telah ditolak. Sehingga kini, saya difahamkan MARA masih belum membuka sistem permohonan penajaan pendidikannya. Saya juga dimaklumkan kini MARA terpaksa menjadi orang tengah kepada bank-bank yang menawarkan pinjaman kepada pelajar pada kadar komersil.
Dalam Bajet 2016, Dato’ Seri Najib Tun Razak juga telah memotong peruntukan biasiswa dan dermasiswa sebanyak sekitar RM800 juta, sementara peruntukan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin dipotong dari RM200 juta menjadi RM10 juta sahaja.
Kegilaan itu kini diteruskan dengan pemberhentian penajaan pelajar-pelajar JPA seramai 700 yang akan melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pertama.
Pendekatan yang diambil oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak dalam semakan Bajet 2016 ini adalah jelas: beliau memotong perbelanjaan rakyat terlebih dahulu sebelum perbelanjaan atau projek-projek yang melibatkan kepentingan kroni. Contohnya, saya berminat untuk mengetahui sama ada kerajaan akan meneruskan pemberian pinjaman mudah (“soft loan”) kepada syarikat-syarikat yang telah dianugerahkan konsesi pembinaan lebuhraya-lebuhraya. Saya pernah dimaklumkan bahawa pinjaman mudah (“soft loan”) kepada Ahmad Zaki Resources Berhad (AZRB) untuk membina Lebuhraya EKVE adalah bernilai RM900 juta. Kita tidak tahu berapa banyak lagi projek-projek yang kononnya diswastakan tetapi dibiayai oleh pinjaman mudah (“soft loan”) yang ditanggung oleh kerajaan seperti ini.
Oleh itu, saya ingin menasihati Dato’ Seri Najib Tun Razak kaedah terbaik mengembalikan pembiayaan biasiswa dan dermasiswa seperti ini.
Saya gesa Dato’ Seri Najib Tun Razak mengarahkan 1MDB membayar kembali geran Kerajaan Persekutuan yang berjumlah RM1.1 bilion yang telah diambil oleh 1MDB bagi kerja pemindahan dan naiktaraf pengkalan tentera bersabit Bandar Malaysia. Projek tersebut adalah tanggungjawab 1MDB dan tidak sewajarnya melibatkan dana rakyat.
Jumlah RM1.1 bilion ini lebih dari cukup untuk membiayai biasiswa-biasiswa yang saya sebut di atas.
RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN
MEMBESARKAN KHEMAH ATAU MAHU MENUKAR PENJAGA KHEMAH?
Sekali lagi isu ‘khemah besar’ yang dikaitkan dengan kedudukan semasa PH ditimbulkan secara terbuka.
Kali ini, Presiden Amanah, Mohamad Sabu sendiri membangkitkannya dalam ucap tama Kongres Nasional 2021 parti itu hari ini.
Katanya, PH perlu kembali kepada gagasan ‘khemah besar’ yang digunakan sewaktu menghadapi PRU14 lalu sehingga membawa kepada kejayaan gabungan itu menumbangkan UMNO dan BN.
Menurut beliau lagi, kekalahan besar PH dalam PRN Melaka dan Sarawak baru-baru ini yang disebabkan hilangnya sifat keterbukaan oleh parti komponen tertentu dalam PH tidak seharusnya berulang dalam PRN Johor akan datang.
“Kegagalan kita dalam PRN Melaka dan Sarawak pastinya banyak mengajar kita.
“Amanah dan PH mesti berani membuat perubahan demi kesinambungan perjuangan dengan meletakkan gagasan ‘khemah besar’ atau ‘big tent’ bukan lagi hanya sekadar slogan.
“Idea dan pendekatan baik ini perlukan pengisian dan pelan tindakan yang berkesan.
“Hakikatnya, gagasan dan pendekatan itulah yang menjayakan usaha kita semasa PRU14 dahulu.
“Malangnya kita telah hilang sifat keterbukaan dan kesanggupan memperbanyakkan rakan dan itulah sebabnya prestasi yang buruk dalam PRN Melaka dan Sarawak,” tambah bekas Menteri Pertahanan itu lagi.
Ada beberapa persoalan terlintas di sebalik ucapan Mat Sabu berkenaan gagasan ‘khemah besar’ ini.
Apakah sebenarnya khemah besar yang dimahukan oleh Presiden Amanah itu?
Adakah ia benar-benar untuk memperbanyak rakan dan menambah kekuatan PH dengan kesediaan rakan baru yang dibawa masuk itu menerima kepimpinan sedia ada gabungan itu atau tujuan membawa masuk rakan-rakan daripada luar itu bagi memudahkan menukar ketua khemah, seterusnya meletakkan pemimpin lain sebagai calon Perdana Menteri?
Sebenarnya tidak salah membesarkan khemah sedia ada, tetapi orang luar yang hendak dibawa masuk itu mestilah boleh menerima ketua khemah sedia ada.
Apa guna membesarkan khemah jika yang ingin dibawa masuk itu bukan saja watak yang didapati sentiasa menolak ketua khemah sedia ada, malah mereka juga diketahui punya hasrat ingin mengambil alih dan diterima sebagai peneraju baru khemah yang baru mereka masuki itu.
Mereka yang berada di luar khemah dan ingin berada dalam ‘khemah besar’ semestinya harus bersedia menerima dengan seadanya susun atur kerusi dan hiasan yang ada dalam khemah PH.
Kalau mereka ingin mengubah itu dan ini, lebih baik mereka membina khemah sendiri yang berasingan sebagai memenuhi kehendak peribadi mereka.
Dalam hal ini, Mat Sabu tidak perlu terlalu ghairah dengan idea ‘khemah besar’ tanpa beliau sendiri lebih dulu melakukan sesuatu untuk memperbaiki dan mengukuhkan khemah tidak berapa besar yang sedia ada didudukinya sekarang ini.
Khemah besar – benar-benar mahu membesarkan khemah atau untuk menukar ketua penjaga khemah?
Ketua penjaga khemah sajakah yang difikirkan mahu ditukar, diletakkan beban punca masalah dan dianggap tidak terbuka, yang lain-lain, termasuk Mat Sabu sendiri, tidak berhajatkah menukar diri mereka sendiri terlebih dahulu? ShahbudinHusin 23/01/2022.
Belum pun PRN Johor, Pas sudah nak tinggalkan Bersatu?
Dua hari lalu saya telah menulis dengan menjangkakan Pas akan meninggalkan Bersatu selepas PRN Johor berikutan jangkaan bahawa BN akan memenangi pilihanraya tersebut.
Rupa-rupanya, belum pun PRN Johor diadakan lagi, Pas sudah bergerak ke arah itu dengan tiba-tiba bersuara mahu menghidupkan semula gagasan Muafakat Nasional atau MN yang mereka tidak berapa pedulikan selama ini.
Cekapnya Pas? Lupakah Pas bahawa mereka adalah anggota rasmi Perikatan Nasional atau PN bersama Bersatu, Gerakan dan juga Star?
Bagi tujuan menjayakan MN itu, Pas secara terbuka mengakui sudah pun menghubungi Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor, Hasni Mohammad untuk mengadakan pertemuan dalam masa terdekat bagi memastikan kejayaan MN pada PRN itu nanti.
Pesuruhjaya Pas Johor, Abdullah Hussin berkata, antara butiran yang akan dibincangkan termasuk usaha memperkasakan perjuangan ummah antara Umno serta Pas di bawah payung MN.
“Buat masa ini, kita sedang berusaha ke arah itu (menjayakan MN). Pas Johor sudah berhubung dengan pihak Umno Johor dan telah mendapat maklum balas positif untuk bertemu Menteri Besar.
“InsyaAllah, satu perbincangan akan dilakukan dalam masa terdekat hasil hubungan baik antara kedua-dua parti,” katanya sebagaimana dipetik laporan sebuah portal berita.
Abdullah berkata, Pas Pusat juga telah memberikan lampu hijau buat Pas Johor supaya menjayakan usaha penyatuan MN itu dan mengharapkan dapat mencapai persefahaman bagi tujuan berkenaan.
“Sedikit atau banyak kerusi yang akan ditandingi, ia hanya dibincangkan di peringkat dalaman sahaja. Masih belum dimuktamadkan lagi,” katanya.
DUN Johor dibubarkan semalam, selepas beberapa minggu spekulasi dan gesaan daripada pemimpin UMNO yang mahu PRN segera diadakan.
Sultan Johor,Sultan Ibrahim Iskandar menandatangani watikah pembubaran DUN selepas menerima menghadap Menteri Besar, Hasni Mohammad pada petang semalam di Istana Bukit Serene.
PRN mesti diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran DUN, bermaksud yang akan datang mungkin diadakan pada atau sebelum 23 Mac.
Subscribe to:
Posts (Atom)


