SIAPA KATA MAHIADDIN BODO- YANG BODO 3 JUTA AHLI UMNO DAN AHLI MKT DIMALUKAN OLEH BEBERAPA KERAT MENTERI UMNO ?


3 JUTA AHLI UMNO DAN AHLI MKT DIMALUKAN OLEH BEBERAPA KERAT MENTERI UMNO ?

Kita boleh lihat sendiri dgn jelas. Bila dgn Muhyidin, cepat saja menteri Umno ini umum sokong. Bila arahan dari Presiden Umno sendiri, macam2 dalih dan alasan mereka untuk tidak patuh.

Wahai orang2 Umno, kamu bukan saja dibuli oleh Bersatu bahkan dibuli oleh menteri2 dan MP kamu sendiri. Mereka tidak takut lagi kepada ahli2 Umno sbb mereka tahu Umno umpama harimau sarkas tua yang tidak bergigi. Biarpun Muhyidin tercirit, namun dia ada segala2nya kecuali majoriti.

Cukup beberapa menteri Umno itu memalukan 3 juta ahli Umno dan ahli MKT Umno yang membuat keputusan menolak Muhyidin. Umno kini jadi bahan ketawa.

WFAUZDIN NS

 May be an image of 1 person, standing and text that says "BH ONLINE NASIONAL Jemaah Menteri sebulat suara sokong Muhyiddin Muhammad Yusri Muzamir yusri.muzamir@bh.com.my July 14, 2021 @ 4:20pm x"


TIADA LAIN SELAIN ISU LIWAT

 

HAMZAH RIE NA


Buat dahhhh isu liwat. Saya rasa jika DSAI tidak di nobatkan pm dlm masa terdekat, elok rasanya dsai berhijrah ke Turki contohnya.

Lagi pun pm Turki saya difahamkan pernah memberi offer utk DSAI sebagai penasihat kewangan negara tersebut.

Bala tentera regime dajjal, tidak mustahil sekali lagi fabricates kes liwat keatas DSAI. Memandangkan anak dajjal tersebut telah buat 'come back' walaupun TS Hamid Bador pernah mengatakan 'beliau' berbohong berkenaan kes konon2 'dia' paksa buat ice cream.

Cara berpolitik DSAI adalah politik matang Dan sihat. Cara ini lebih sesuai untuk negara2 maju seperti America Dan Europe. Disana idea2 DSAI pasti diharga malah orang2 seperti dsai dianggap wira.

Tetapi tidak dinegara ini. DSAI sentiasa dijatuhkan oleh pencipta2 ' perceptions' . Malah DSAI didiamkan dgn meyumbat beliau kedlm demi utk meneruskan kelangsungan penyamun2 utk terus meyamun.

Contoh zaman najib apabila DSAI membongkar tentang 1mdb didlm Parlimen, kes saiful pun dianyam dan dikarang. Murid2 madey memang that menggikut ajaran guru mereka.

Zaman Pak lah, dia lepaskan DSAI. Madey paksa Pak lah serahkan kuasa pada najib. Pak lah ditekan kerana Pak lah Masih ada takut dgn kifarah Allah. Memenjarakan orang yg tidak berdosa. Maka Pak lah bukan anak murid yg baik bagi madey.

DSAI akan disambut dgn tangan terbuka oleh negara2 yg tahu menghargai beliau, terutama Turki. Biar kami gerakkan dari dalam itu lebih memberi semangat kpd kami penyokong setia beliau.

Dari DSAI kedalam utk sekian kalinya dan semangat kami pasti runtuh kerana kesedihan. Kita tak ada apa2 balasan utk diminta, perjuangan kami utk menaikkan seorang yg pernah mengharumkan negara dari segi ekonomi, sehingga mendapat gelaran yg terbilang dari negara luar. Sedangkan menteri kewangan Indonesia baharu sahaja merasainya gelaran yg sama dgn DSAI dahulu.

Ini menunjukkan Kita telah

hebat

Dan kukuh kedudukkan ekonomi negara, terlebih dahulu hampir 25thn lepas. Tetapi kehebatan DSAI dimatikan oleh manusia bernama mahathir.

Orang kecil mcm saya, ada langkah kecil yg kami ambil setiap hari. Walaupun kecil tapi kami istiqomah. Kami tidak mahu apa2 cukup sekadar dsai menerajui negara dan bantu rakyat jelata yg makin tersiksa.

Saya tiada Kem, tiada percaturan, tiada jasad dengki pada sesiapa. Saya hanya pendokong dan peyokong sosok pemimpin bernama ANWAR IBRAHIM.

 

WALAU MAHIADIN NAMPAK BODO, TAPI DIA BIJAK BELI KESETIAAN.....WALAU NEGARA MACAM NAK MELINGKUP

 

Penganalisis politik dakwa jemaah menteri sokong PM sebab takut kena pecat


Penganalisis politik dakwa jemaah menteri sokong PM sebab takut kena pecat



SATU-SATUNYA cara untuk jemaah menteri kekal pegang jawatan mereka adalah dengan memberi sokongan sebulat suara kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, kata penganalisis politik dan ahli Parlimen pembangkang.

Mereka berkata sokongan yang ditunjukkan itu juga satu tamparan hebat buat Umno memandangkan ianya dibuat ketika parti itu menarik sokongan terhadap Muhyiddin.

Umno sejak zaman berzaman, memang mudah dibeli dengan duit dan juga jawatan. Dengan jawatan dan juga duitv melalui CLG, ianya sudah tentu menjadi idaman setiap orang tambahan lagi Umno sudah tidak berkuasa. Pimpinan Umno juga dikatakan lemah dengan idea dan sokongan bijak pandai menyertai parti tersebut. 

NAK JATUHKAN UMNO BUKAN PAYAH...DUIT DAN JAWATAN....BIJAK MUHYIDDIN SEBAB DIA DARI UMNO


Ahmad Maslan ulangi agar MP Umno taat keputusan parti


Ahmad Maslan ulangi agar MP Umno taat keputusan parti. Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan membicarakan soal kesetiaan dan tata etika parti yang dilihat sebagai sindiran tersembunyi terhadap menteri daripada parti itu yang menyokong penuh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Terdahulu, anggota kabinet Muhyiddin termasuk sembilan ahli Parlimen Umno menyokong kepimpinannya sebagai perdana menteri, biarpun parti itu menarik balik sokongan terhadap presiden Bersatu itu.

Dalam satu hantaran di Twitter, Ahmad berkata dia tidak mungkin memenangi kerusi Parlimen Pontian tanpa sokongan daripada parti, pemimpin dan semua petugas pilihanraya.

“Oleh itu, sewajarnya saya sentiasa taat, setia dan hormat kepada keputusan parti seperti termaktub dalam tata etika ahli Umno.”

Minggu lalu, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan parti itu menarik balik sokongan terhadap Muhyiddin dan mendesak perdana menteri itu meletak jawatan supaya perdana menteri interim dapat dilantik.

Pengumuman itu dibuat beberapa jam selepas Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Hishammuddin Hussein dilantik sebagai menteri kanan.

Peguam Negara Idrus Harun juga berkata Muhyiddin akan terus memerintah sehingga kepercayaan majoriti ditentukan oleh ahli Dewan Rakyat dalam persidangan yang kembali diadakan pada 26 Julai ini.


Terkini! RCI Tabung Haji: Mujahid sedia dedah!

 

Terkini! RCI Tabung Haji: Mujahid sedia dedah!

Terkini! RCI Tabung Haji: Mujahid sedia dedah!

BEKAS Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agamad) Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa bersedia mendedahkan langkah dan tindakan yang telah diambil oleh kerajaan Pakatan Harapan untuk menyelamatkan Tabung Haji.

Mujahid berkata, dia juga akan mendedahkan laporan polis yang dibuat ke atas individu yang terlibat dalam penyelewengan dana TH sekiranya dipanggil untuk memberi keterangan kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang akan ditubuhkan bagi menyiasat isu-isu berbangkit mengenai Lembaga Taabung Haji (LTH).

Beliau menegaskan, penubuhan RCI Tabung Haji tersebut perlu telus dan profesional tanpa agenda politik.

“Sejak awal lagi saya menyokong RCI dibuat tetapi anggotanya perlulah terdiri dari pakar yang berkelayakan.

“Saya juga heran kenapa Pelan Penstrukturan Semula tidak termasuk dalam terma rujukan RCI sedangkan pelan tersebut dirangka berpandukan kepada rumusan dapatan dari firma audit yang disebutkan,” katanya dalam satu kenyataan.

Semalam Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat isu-isu berbangkit mengenai LTH dari tahun 2014 hingga 2020.

Siasatan itu berkaitan hasil pengauditan perunding-perunding seperti PricewaterhouseCoopers (PwC), Ernst & Young (EY) dan Roland Berger.

Mujahid berkata, sepanjang tempoh 22 bulan diberikan amanah menjaga TH, beliau dan pasukan TH telah bertindak berpandukan laporan firma audit profesional yang disebut untuk menjayakan pelan penstrukturan semula kerana TH berada dalam keadaan tenat dari sudut kewangan dan integriti.

“Dua perkara asas yang saya lakukan segera iaitu pertama, memastikan pengeluaran hibah (dividen) hendaklah mematuhi Akta TH (1995) yang telah dilanggar sejak 2014. Kedua ialah menutup jurang defisit antara Aset dan Liabiliti yang mengikut laporan audit 2017 adalah sebanyak RM 4 Bilion.

“Pelan Penstrukturan Semula TH diperkenalkan secara telus dan mendapat kelulusan kabinet serta dijelaskan di dalam parlimen secara terbuka. Isu TH kembali hangat apabila PN berkuasa dan isu ‘jual aset orang Islam’ terus disensasikan walaupun kejayaan pelan penstrukturan TH diperakui oleh kerajaan hari ini,” katanya.

Terdapat empat terma RCI yang dipersetujui Jemaah Menteri yang bermesyuarat semalam termasuk menumpukan kepada hasil penemuan perunding-perunding ke atas isu-isu berbangkit LTH dari tahun 2014 hingga tahun 2020.

Terma itu bagaimanapun tidak termasuk Pelan Pemulihan dan Penstrukturan LTH yang sedang dilaksanakan pada masa ini.

“Menentukan sama ada terdapat tindakan menyembunyikan (cover up) maklumat berkaitan isu-isu yang dibangkitkan dan perbuatan memberi kenyataan yang mengelirukan mengenainya.

“Mengesyorkan tindakan yang sesuai diambil terhadap pihak-pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung jika mereka didapati melanggar mana-mana peruntukan undang-undang yang sedang berkuat kuasa tanpa menjejaskan apa-apa siasatan dan tindakan perundangan yang sedang dilaksanakan oleh pihak-pihak berkuasa berkaitan.

“Langkah ini adalah bertujuan untuk penambahbaikan dan tadbir urus LTH.

“Mengemukakan kepada kerajaan laporan hasil semakan dan syor mengenai tindakan susulan, jika perlu, dalam tempoh tiga bulan,” kata Ismail Sabri dalam satu kenyataan semalam.


JIKA LOCKDOWN DILANJUT, BENDERA PUTIH NAIK DI HAMPIR SETIAP RUMAH?

 Jika lockdown dilanjut, bendera putih naik di hampir setiap rumah?

Jika lockdown dilanjut, bendera putih naik di hampir setiap rumah?



Kerajaan Perikatan Nasional (PN) gagal total melawan Covid 19 bukan disebabkan kekurangan vaksin di pasaran antarabangsa tetapi kesilapan polisi menyebabkan pandemik semakin buruk sehingga kes jangkitan melebihi 11,000 sehari.

Bagi ADUN Senggarang, Ir Khairuddin A Rahim, rakyat mungkin boleh menerima alasan sektor perindustrian dibenarkan beroperasi mengelakkan ekonomi negara lumpuh, namun mereka tidak faham mengapakah pekerja sektor industri tersebut tidak divaksin terlebih dahulu sehingga mewujudkan kluster kilang.

“Rakyat melihat kerajaan gagal apabila mereka bertindak di tempat yang salah. Kerajaan mengarahkan berkurung di rumah sedang kilang-kilang yang mempunyai ribuan pekerja dibenarkan terus beroperasi.

“Kita boleh terima hujah untuk membenarkan kilang-kilang beroperasi demi kepentingan ekonomi. Dengan alasan sedemikian, sepatutnya pekerja-pekerja kilang perlu divaksinkan terlebih dahulu sebelum dibenarkan berkerja.

“Malangnya kerajaan sibuk memberi vaksin kepada warga emas dan golongan yang telah sedia duduk di rumah serta membiarkan pekerja-pekerja kilang bergerak tanpa perlindungan vaksin.

“Lebih malang apabila kerajaan tidak membenarkan pemilik-pemilik kilang memberi vaksin sendiri buat pekerja-pekerja mereka. Ternyata kluster-kluster pekerja kilang telah menyumbangkan sebahagian besar daripada jumlah jangkitan Covid 19 setiap hari,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Khiaruddin, kesilapan polisi itu diteruskan lagi dengan keyakinan imuniti berkelompok sekiranya terhasil maka negara boleh dibuka kembali seperti biasa.

Namun malangnya kerajaan tidak pula membenarkan suntikan vaksin di klinik-klinik swasta, klinik desa dan sebagainya.

Suntikan di Pusat Penerimaan Vaksin (PPV) mega melambatkan penerimaan, khususnya di kawasan luar bandar.

“Kerajaan menyakini program vaksinasi berkelompok boleh menyelesaikan masalah pandemik namun apa yang berlaku program tersebut tidak diurus dengan betul. Program vaksinasi berjalan sangat perlahan. Sehingga hari ini hanya sekitar 9% rakyat yang telah menerima suntikan vaksin penuh 2 dos

“Setelah kerajaan berbelanja berbilion ringgit, perlaksanaan program vaksinasi tersebut boleh dianggap gagal. Kalau kita terus bergantung kepada program vaksin ini, maka mungkin rakyat terpaksa berkurung sehingga pertengahan tahun hadapan. Mampukah rakyat bertahan sehingga tempoh berkenaan?” soalnya.

Maka tidak hairan, kata Khairuddin, terdapat rakyat yang menyerah kalah, mengibarkan bendera putih. Malah katanya, jika lockdown diteruskan beberapa bulan lagi maka bendera putih akan menjadi pemandangan biasa di hampir setiap rumah warga Malaysia.

“Sebahagian rakyat menyatakan ‘surrender’ dengan bendera putih untuk menagih simpati demi kelangsungan hidup. Adalah dipercayai bendera putih akan terus berkibar meriah di sana sini jika pihak kerajaan terus gagal menangani pandemik dengan segera.

“Bendera Putih adalah petanda bagaimana kerajaan perlu membuat persediaan yang lebih besar bagi membantu rakyat habis ikhtiar semasa mereka berkurung. Mereka perlu dibantu sekurang-kurangnya dengan kadar yang cukup untuk menampung keperluan makan pakai sekeluarga.

“Di kalangan rakyat mereka telah berusaha membantu orang-orang yang berada dalam kecemasan dengan Program Bendera Putih, pihak kerajaan pula disarankan dapat menyediakan talian-talian hot line kecemasan di mana rakyat yang berada dalam kesempitan boleh membuat panggilan pada bila-bila masa

“Program-program sebegini boleh membantu rakyat yang dalam kaedaan stres dan putus harapan serta boleh mengurangkan kes-kes bunuh diri sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini,” katanya.

Tambah beliau, rakyat ingin melihat kerajaan mengemukakan suatu perancangan yang meyakinkan dan usaha-usaha yang berkesan agar negara keluar daripada pandemik Covid 19 secepat mungkin.

Bagaimanapun, kata Khairuddin, malangnya pimpinan negara belum menampakkan jalan-jalan keluar yang jelas dan terang. Rakyat terus kabur melihat masa depan mereka dan negara.

PRU 15 KUBURKAN KERAJAAN "MELAYU ISLAM" YANG GAGAL

 PRU 15 kuburkan kerajaan Melayu Islam yang gagal

Ahli Jemaah Menteri Umno sokong Muhyiddin akan dihukum akar umbi, kata Puad

 

Puad Zarkashi berkata kebiasaannya, ahli yang berani membelakangkan parti dianggap “the loosers” susulan keengganan menghormati kehendak akar umbi.

PETALING JAYA: Jemaah Menteri daripada Umno sedang melakukan “kamikaze” politik selepas mengambil kira 95% ahli akar umbi parti itu menolak untuk kekal memberi sokongan terhadap Bersatu, termasuk presidennya yang juga Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Puad Zarkashi.

Puad berkata, kebiasaannya, ahli yang berani membelakangkan parti dianggap “the loosers” susulan keengganan menghormati kehendak akar umbi.

Jelasnya, menteri dan timbalan menteri Umno tidak sepatutnya membuat keputusan bertentangan dengan pendirian parti, yang pada minggu lalu, memutuskan menarik sokongan terhadap Muhyiddin.

Malah, tegasnya keputusan itu sudah dipersetujui mereka dan perkembangan baharu itu mendedahkan sikap sebenar individu terbabit yang tidak mengutamakan parti.

“Mereka tidak boleh dakwa mengutamakan rakyat kerana pendirian Umno juga dibuat membela rakyat akibat kegagalan perdana menteri mengurus ekonomi dan pandemik.

“Lagipun, MKT Umno memutuskan Ahli Parlimennya boleh terus kekal dalam kerajaan PN (Perikatan Nasional) sehingga Parlimen memulakan sidang,” katanya kepada FMT.

Puad berkata, Umno sudah masak dengan perangai pemimpin yang tidak patuh dengan keputusan pimpinan dan bukan sesuatu yang pelik apabila wujud beberapa kem dalam parti itu.

“Akhirnya ahli akan menghukum mereka, kebiasaannya mereka yang membelakangkan parti adalah ‘the loosers’.

“Jika berani melakukan ‘kamikaze’ politik silakan, pokoknya, saya yakin hampir 95% ahli Umno menolak Bersatu dan menyokong Muhyiddin umpama menyokong Bersatu,” katanya.

Semalam, Jemaah Menteri sebulat suara kekal menyokong penuh kepimpinan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri, di sebalik tindakan Umno menarik balik sokongan kepada beliau.

Khamis lalu, Umno memutuskan menamatkan sokongannya terhadap Muhyiddin dan mendesak beliau meletak jawatan sebagai perdana menteri dengan segera atas tujuh “kegagalan”, termasuk pengurusan lemah kerajaan pimpinannya menangani pandemik Covid-19.

Keputusan MKT Umno itu, diumumkan presiden parti, Ahmad Zahid Hamidi, setakat ini tidak memberi kesan kepada kedudukan ahli Jemaah Menteri parti itu, termasuk Ismail Sabri Yaakob, yang dilantik sebagai timbalan perdana menteri, minggu lalu.

RENTASAN 928 | PANAS!!! KINI WUJUD AGENDA TUBUH KERAJAAN BAHARU PIMPINAN...




MENARIK DALAM RENTASAN 928

1. KALAU ITU BUKAN KEGAGALAN, PELINGKUP NAMANYA 2. KERJASAMA DENGAN UMNO DIKIRA PENGKHIANAT? 3. NAK TUNGGU NEGARA JADI SEPERTI SOMALIA BARU INSAF?




Jangan permainkan perasaan rakyat yang tengah derita. Kantoi penghulu PA...

Selepas Austria, Azmin “Koyak” Dalam FB Menteri Turki Pula


Selepas ruang komen laman Facebook Menteri Persekutuan Austria, Margarete Schramböck dibanjiri lebih 28,000 komen dan 12,000 perkongsian, kini giliran Menteri Perdagangan Turki, Dr. Mehmet MuÅŸ pula menjadi tumpuan netizen.

Lebih 28,000 komen dan 12,000 perkongsian

Ini kerana Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sedang berada di Turki.

Sebuah posting yang dimuatnaik oleh Dr. Mehmet semalam telah mula menjadi viral dalam kalangan rakyat Malaysia sejak pagi tadi.

Netizen yang dilihat marah dan meluat dengan Azmin, telah “singgah” di laman Facebook Dr. Mehmet untuk memaklumkan kepada Dr. Mehmet tentang kebencian rakyat Malaysia terhadap Azmin.

Setakat waktu laporan, posting Dr. Mehmet bersama Azmin telah menerima lebih 2,000 komen.

Lebih 2,000 komen

Sebuah komen dari seorang netizen dilihat memaklumkan kepada Dr. Mehmet bahawa Azmin merupakan Menteri yang paling tidak berfungsi di Malaysia.

Seorang lagi memberitahu Dr. Mehmet bahawa Azmin sedang “trending” dalam Twitter.

Friends Of Selangor pada 5 Julai melaporkan bahawa Azmin telah menutup ruang komen semua saluran-saluran media sosial.

Laporan tersebut telah menyebabkan sebilangan netizen “mencari tempat” untuk meluahkan perasaan.

Secara kebetulan, Azmin dilihat berada dalam sebuah posting Facebook seorang Menteri Austria. Lalu, netizen telah “berkenduri” dalam posting tersebut.

Susulan itu, ruang komen laman-laman media sosial Azmin dibuka semula.

ORANG YANG DIMAKI HAMUN OLEH RAKYAT SETIAP HARI ADALAH 'TASTE' MAHATHIR UNTUK JADI PM?

 

Tidak pelik jika unta tua ini pilih semburit. Memang itu pun plan beliau bila dia mensabotaj kerajaan PH dengan memberikan laluan mudah untuk semburit bersama gerombolannya merampas mandat rakyat pada Februari tahun lalu.

Tapi dia tak lupa nama anaknya Mukhriz. Dia puji anaknya layak jadi PM. Tapi semua orang tahu, anaknya umpama balaci dalam politik. Sewaktu dalam Umno dulu pun, anaknya tidak ada pengaruh langsung. Mukhriz mahu uji pengaruh beliau dalam Umno bila dia bertanding jawatan Naib Presiden Umno sedangkan dia bukan dari MKT Umno pun tetapi cuba untuk melangkau jauh. Hasilnya, Mukhriz dimalukan dan tewas. Shafie Apdal pun boleh tewaskan beliau. Bayangkan itu standard anak unta tua ini dalam Umno.

Itu salah satu punca unta tua ini begitu marah dengan Najib kerana Najib ketika itu Presiden Umno tidak memberikan sokongan kepada anaknya Mukhriz sehingga dimalukan begitu teruk. Tapi dia lupa, Najib masih simpati dengan Mukhriz dan letak dia sebagai MB Kedah dan automatik menjadi ahli MKT Umno. Sejak itu unta tua ini tidak henti2 menyerang Najib.

Jenis Mahathir ini, dia mahu semua orang patuh arahan dia. Pak Lah dulu tidak ikut cakap Mahathir, maka Mahathir serang Pak Lah dan sokong nama Najib sebagai PM. Dia ingat Najib mahu terhutang budi pada dia dan ikut arahan dia. Najib pun bukan bodoh, dia pun ada puak2 yang dia mahu jaga. Bila Najib tidak hiraukan kehendak unta tua ini, maka unta tua ini pun meroyan dan tumpang PH untuk jatuhkan Najib.

Dia mahu jatuhkan Najib bukan kerana prinsip sepertimana PH. Dia mahu lihat Najib jatuh untuk puaskan dendam peribadinya saja. PH mahu jatuhkan Najib dan Bn adalah kerana prinsip. Sebab itu, bila unta tua ini diberi peluang jadi PM, dia tidak pedulikan agenda reformasi kerana dirinya masih pekat darah diktator. Mustahil diktator mahu sokong reformasi. Dia tidak malu untuk menyebut manifesto PH yang beliau tandatangani itu bukan 'kitab suci". Dia lah perosak kerajaan PH.

Lojiklah kalau dia sokong semburit jadi PM. Tiada beza semburit dengan dia. Kalau dia punyai anak yang kaya raya, apa kurangnya semburit? Kalau dia tidak suka Anwar, begitu juga semburit amat benci dengan Anwar. Tiada beza pun dua ekor ni.

Sebab tu saya selalu kata, selagi orang tua ini masih bernyawa, dendam dia pada Najib dan Anwar tidak akan padam. Dia hanya akan padam serentak dengan padamnya nyawa dia nanti.

WFAUZDIN NS

------------------------------------------------------------------

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat terdapat tiga atau empat calon atau mungkin lebih yang berpotensi menjadi Perdana Menteri pada masa akan datang.

Perdana Menteri sebanyak dua kali itu berkata, antara calon tersebut adalah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Azmin Mohamed Ali dan anaknya, Datuk Seri Mukhriz, Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).

 

May be an image of 2 people, including Namza, people standing and text that says "Home Malaysia Gazette SPROUT YOUR MIND Utama UTAMA Tun M jangka Azmin, Mukhriz bakal PM masa depan Tun M jangka Azmin, Mukhriz bakal PM masa depan By Mohammad Arif Nizam- 14July 2021 Malays kini Malaysi. Datuk Seri Azmin Mohamed Ali dan anaknya, Datuk Seri Mukhriz antara PM masa depan diramalkan Tun Dr. Mahathir Mohamad."








HASIL USAHA KARTEL AZMIN SEMBURIT DI SELANGOR BAGI MENGHADAPI PRU15.

MOHD AFIQ


*“TAHNIAH ATAS PELANTIKKAN PENYELARAS DUN SEMENTA”*


Secara tidak langsung, peruntukkan yang diperolehi oleh penyelaras Dun Sementa Sdr Saadon agak besar. 


Cume terdapat beberapa pertanyaan yang masyarakat Dun Sementa & Ahli PKR Kapar tertanya-tanya. 


1- Kelayakan Saadon dilantik sebagai Penyelaras Dun Sementa atas kapasiti ? 


2- Adakah beliau mempunyai kelayakan untuk menjawat jawatan tersebut ? 


3- Apakah beliau dilantik berdasarkan “Portfolio” beliau pernah menjadi penyelaras sebelum ini? 


4- Apakah pencapaian beliau semasa menyandang menjadi penyelaras ? 


5- Mohon beliau perjelaskan pencapaian beliau khusus kepada masyarakat Dun Sementa. Kami memerlukan seorang wakil pemimpin yang berintergriti , tiada salah guna kuasa, kes rasuah & lain-lain. 


6- Beliau tidak bertanding dalam “Pemilihan Cabang” , dimanakah prioriti hirarki Jawatan untuk melayakkan beliau menyandang jawatan tersebut? 


7- Mohon MB Selangor untuk semak kembali perlantikkan beliau. Atau membuat check & balance bersama para pimpinan untuk diangkat orang yang mempunyai pimpinan berintergriti. 


8- PEMALSUAN MINIT MESYUARAT TAHUNAN adakah ianya benar? Jika benar, MB Selangor selaku MPN Negeri harus membuat penilaian atau pengesahan bersama para pimpinan organisasi Cabang Kapar.


Saya percaya, parti KEADILAN merupakan sebuah parti yang sentiasa komited dalam melahirkan seorang PEMIMPIN yang tiada “salah guna kuasa”. 

Masyarakat Dun Sementa ingin yang terbaik untuk rakyat. Supaya dapat mewujudkan kesejahteraan pemimpin bersama masyarakat. 


MOHON MB SELANGOR KAJI SEMULA PERLANTIKKAN TN SAADON & LIHAT LATAR BELAKANG BELIAU, JANGAN SAMPAI PISANG BERBUAH DUA KALI!