APABILA AGAMA TIDAK DIBERI KEUTAMAAN BERBANDING PARTI RACIST






Umno Wilayah bangun membantah dengan mengancam akan membakar banggunan DAP kerana marahkan seorang ADUN DAP RNS Rayer yang menggelarkan Umno sebagai sebuah parti celaka.Tindakan itu mendatangkan perdebatan untuk Umno memohon maaf kepada dewan undangan negeri Pulau Pinang . Kenapa Ketua pembangkang Jahara Hamid yang memohon maaf dan mengakui ahli Umno menyerang dewan. Sehingga kini , rasanya inilah kali pertama sejak puluhan tahun sidang dewan undangan negeri Pulau Pinang di serang dan tidak ada sesiapa pun tertangkap dan didakwa sehingga saat ini.




Kesilapan kedua Umno selain menceroboh dewan yang mulia dalam institusi demokrasi ialah sikap mengutamakan parti selain ugama itu sendiri.Bukan semua Melayu menyokong perjuangan Umno , silapnya ialah Umno tewas dalam beberapa pilihanraya lalu dimana bermulanya kejatuhan Anwar ibrahim, Umno sudah hilang kekuatan dan  pilihanraya 1999 lalu menyasikan bahawa  umno demam tetapi tidak kebah.

Punca kekecohan sekarang ini bukanlah soal Umno itu dikatakan celaka.Sudah banyak kali sejak 1999, para pendokong Umno bukan sahaja mengatakan Pas parti ajaran sesat, Dap parti komunis, Pas sokong Komunis,PKR parti yang tidak ada haluan , malah berbagai lagi gelaran yang dikatakan. Namun , isunya ialah Umno itu semakin terdesak dan akan menjadi parti yang akan tumbang jika tidak dalam piliharaya ke 14, ianya akan tumbang juga. Tak perlulah dihuraikan kenapa Umno akan tumbang, kerana jika dilihat kepada insiden ahli parti  Umno yang menghalang kempen puteri DAP, dan aksi ketua pemuda Umno wilayah, hampir sama sahaja pemikirannya. Ini lah yang dikatakan aksi antara pemimpin dan ahli bawahan sama taraf pemikirannya.

  

 Tindakan Rayer ialah mengecam tindakan beberapa perhimpunan yang telah dibuat termasuk mengecam perhimpunan dan mengaitkan dengan agama. Itu yang dikatakan celaka. Setiap perhimpunan dikaitkan dengan agama. Ini lah salahnya Umno.Umno akan marah jika kaum Melayu dihina, tetapi tidak akan merasa tersentuh jika agama Islam diperlekekhkan mereka. Banyak contoh yang boleh diberikan jika ramai yang mengikuti perkembangan Umno dan agama Islam sendiri.Sebenarnya Umno bukan hanya diwakili kaum Melayu sahaja, malahan ianya meliputi kaum lain khasnya di Sabah.

 Ketegangan agama  ini dibangkitkan oleh beberapa insiden sejak beberapa minggu lalu oleh Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) yang membuat kenyataan menghentam Cina, dan juga seminar di Universiti Teknologi Mara (UiTM) sebelum ini di mana penceramah jemputan memperlekehkan Kristian.

Isma mengatatkan Cina Malaysia sebagai 'penceroboh', dan juga mengalu-alukan pelaksanaan hudud, atau kanun jenayah Islam dikenakan ke atas orang bukan Islam juga.
Kumpulan itu juga memberi amaran tentang ancaman Yahudi terhadap orang Melayu dan Islam di Malaysia. Semua peristiwa ini mendorong kepada berlakunya perbalahan dan kerajaan pimpinan Najib yang berdiam diri harus dipersalahkan.Siapa Yahudi yang akan mengancam Melayu jika pimpinan Umno membawa Obama ke Malaysia.

Musim pilihanraya kecil bermula dimana beberapa kerusi DAP  perlu diadakan iaitu di Jelutong dan juga di Teluk Intan. Kedua-dua kawasan ini tidak akan menunjukkan bahawa Bn akan menang dikeduanya. Pertamanya di Jelutong adalah kawasan Karpal Singh , manakala di Teluk Intan pula ialah kawasan dimana seorang anak muda Melayu dilantik sebagai wakil DAP dan ini menjadikan DAP bukan sebuah parti racist dimata masyarakat Malaysia.

Umno melihat ini sebagai satu ancaman kepada sevival politik Bn. Di Jelutong Bn tidak berani melatakkan calon baik dari MCA  atau pun Gerakan. Inilah menunjukkan Bn gelabah dan takut akan kehilangan maruah dan di Teluk intan pula seorang anak muda Melayu mewakili parti yang majoritinya ialah kaum cina.

Jika inilah caranya tindakan Umno, maka kita anggap bahawa parti Umno ini dipenuhi dengan samseng di seluruh bahagiannya. Bermakna jika ketua pemuda dan ahli biasa bertindak demikian, maka disitulah taraf pendidikan Umno dan daya saing Umno dan ahlinya berada. Umno akan mengulangi lagi kesilapan yang dilakukan kerana hanya senjata yang  mengaitkan perkauman sahaja akan menjadikan Umno itu terus hidup.Dan Melayu yang termakan umpan Umno dengan menganggap bahawa hanya Umno pembela Melayu , sebenanya tertipu sejak zaman berzaman.

Oleh: WRLR

Azmin tidak tersekat lagi, Anwar perlu kompromi, kata sumber PKR


Bahasa

Azmin tidak tersekat lagi, Anwar perlu kompromi, kata sumber PKR

Oleh Zulkifli Sulong, Pengarang Analisis dan Rencana
May 22, 2014
Penyandang Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali hampir pasti berjaya mengekalkan kedudukan jawatannya dan menewaskan dua pencabar lain. Gambar fail The Malaysian Insider.Penyandang Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali hampir pasti berjaya mengekalkan kedudukan jawatannya dan menewaskan dua pencabar lain. Gambar fail The Malaysian Insider.    Dengan hampir 90% cabang PKR sudah selesai membuang undi masing-masing, usaha untuk menyekat kemaraan Mohamed Azmin Ali daripada menjadi timbalan presiden PKR untuk penggal seterusnya sudah hampir pasti tidak akan berjaya.







Namun, pucuk pimpinan PKR dijangka berjaya menghantar mesej kepada Azmin "anda tidak mendapat sokongan penuh sebagai timbalan presiden PKR, jadi bersikaplah secara wajar".
Oleh itu, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu berkompromi dengan Azmin jika beliau terpaksa masuk ke penjara sekali lagi dan meninggalkan PKR diuruskan isteri dan orang kepercayaannya.
Pada awalnya, pemimpin kanan PKR yang berlindung di belakang Anwar menjadikan misi mereka adalah menyekat kemaraan Azmin selaku timbalan presiden.

Ini kerana, Azmin didakwa terlalu ego dan tidak lagi menghormati Anwar selaku pemimpin utama PKR dan sanggup mempertikaikan peranan Anwar dan keluarganya.
Dalam masa yang sama, mereka juga tidak boleh menerima Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim untuk menduduki kerusi nombor dua parti itu. Atas sebab itulah Datuk Saifuddin Nasution Ismail diletakkan sebagai calon.

Namun selepas pemilihan hampir selesai, Azmin terus berada di depan dengan mendapat undi terbanyak meninggalkan Khalid di tempat kedua dan Saifudin ketiga di kalangan tiga calon yang bertanding jawatan timbalan presiden.

Keputusan sehingga 11 Mei dikeluarkan PKR menyaksikan penyandang, Azmin mendapat 12,250 undi manakala Khalid memperolehi 8,123 undi dan Saifuddin pula 6,997 menjadikan Azmin hanya mendapat sokongan tidak sampai 45% untuk jawatan itu.

Bagaimanapun, keputusan tersebut masih tidak rasmi memandangkan keputusan 27 cabang dibatalkan sebelum ini.
"Memang Khalid dan Saifudin masih mempunyai peluang untuk menang namun saya jangkakan Azmin akan menang tipis sebagai timbalan presiden," kata sumber yang terlibat secara langsung dalam pemilihan PKR itu.

Ketika Azmin  berada didepan, regu Saifudin iaitu Nurul Izzah Anwar dan Rafizi Ramli mendahului calon-calon lain untuk jawatan naib-naib presiden.

Ini bermakna, Azmin walaupun menang untuk jawatan timbalan presiden bakal tersepit di tengah-tengah antara presiden yang dimenangi tanpa bertanding oleh Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail dan para naib presiden.

Namun, penyokong Azmin mempunyai kedudukan yang baik untuk ketua wanita melalui Zuraidah Kamarudin dan ketua angkatan muda melalui Amirudin Shaari.

"Saifudin berdepan dengan dua tokoh yang mempunyai sumber kewangan yang banyak di samping mempunyai rangkaian yang kukuh seperti Azmin, manakala Khalid yang terkenal kerana kedudukannya selaku menteri besar," katanya.

Mereka pula, katanya, bergerak dengan sistem 'cai' iaitu senarai pemimpin yang perlu mereka pilih sedang Saifudin tidak mempunyai rangkaian yang baik di peringkat bawah di samping kekurangan wang.

"Nampaknya ahli sangat terpengaruh dengan 'sistem cai' yang digerakkan oleh kedua-dua tokoh ini menyebabkan calon alternatif yang kita kemukakan Datuk Saifudin (Nasution), tidak mendapat undi akar umbi.

"Sebenarnya kami boleh menggunakan kuasa yang ada untuk menyekat Azmin tetapi ia akan memberikan implikasi tidak baik kepada Anwar selaku pemimpin yang hendak diletakkan di kerusi perdana menteri," katanya kepada The Malaysian Insider.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP), Datuk Johari Abdul semalam mengumumkan pemilihan di 35 bahagian terpaksa diadakan semula dengan 22 daripadanya akan mengadakan pemilihan di semua peringkat.

Ia berdasarkan pelbagai perkara yang kebanyakannya adalah kerana kekecohan dalam pemilihan mereka.

Pengerusi Lembaga Displin PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong juga memaklumkan, 15 ahli PKR diambil tindakan disiplin dengan empat daripadanya dipecat manakala selebihnya digantung kerana salah laku sepanjang pemilihan kali ini. – 22 Mei, 2014.


Umno/Bn MASIH TIDAK SEDAR CARA MEREKA MENJADIKAN RAKYAT MELUAT

Kempen pilihanraya Teluk Intan seperti mana-mana pilihanraya kecil masih lagi dicemari dengan cara ortodok . Ini berlaku apabila pihak- pihak yang sepatutnya menonjolkan imej kerajaan pemerintah berkempen dengan cara lebih bertamaddun, dan menghormati nilai-nilai demokrasi yang mengikis persepsi rakyat terhadap pemerintahan tersebut.

Di Pulau Pinang, dengan kempen yang sedang berjalan sekarang ini, insiden "orang Gila" kerap berlaku dan menarik perhatian ramai. Calon bukan berkempen dengan beretika, sebaliknya dengan cara yang keterlaluan



Namun masih ada yang begitu "lemah: pemikiran dengan taktik-taktik dan juga apa yang sedang berlaku sekarang, Janji dicapati dengan penurunan harga kereta, barang meningkat naik, harga minyak,tarif elektrik yang akan dinaikkan,isu saman polis trafik dan dasar-dasar kerajaan yang semakin hari semakin dilihat menekan rakyat , Namun masih ramai yang tidak menyedari akan perkara ini yang sedang mereka hadapi. Mereka masih juga menjadi penyokong yang buta tuli, penyokong yang hanya menyokong tanpa berfikir.

Di Teluk Intan imej Bn khasnya masih lagi ditahap lama.Menunjukkan kejahilan dan memperluaskan persepsi bahawa ini adalah satu sikap yang hanya akan merugikan sokongan kepada calon Bn sebenarnya. Masyarakat akan menilai bahawa cara samseng "Kampung Dusun" ini tidak akan menarik masyarakat untuk mengundi mereka dan menjauhkan pandangan positif masyarakat terhadap pemerintah

SAKSIKAN SIKAP PENDOKONG BN INI,




Oleh : wrlr

VIDEO BERITA TERKINI

Johari tak layan desakan JPP PKR letak jawatan






Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR Datuk Johari Abdul enggan melayan desakan pihak tertentu termasuk ahli yang tidak berpuashati dengan perjalanan proses pemilihan parti itu yang diketuainya kali ini. Walaupun dengan pelbagai aduan, bantahan dan protes di depan ibu pejabat parti itu semalam, beliau menganggap desakan seumpama itu sebagai "biasa" kepadanya. 
 Cari makan macam macam-macam cara



MACAM MACAM CARA CARI MAKAN





PRK Teluk Intan: Dyana & Lim Kit Siang Dihalau Penduduk Melayu yang kurang cerdik



 

Setujukah Anda Guna Kemudahan Yang Disediakan Kerajaan Tetapi Berbeza Ideologi Politik Dianggap Pengkhianat & Tidak Bersyukur?

Dyana Sofya
Adakah apabila kerajaan Selangor yang menawarkan air percuma kepada rakyat Selangor, mereka wajib sokong kepada kerajaan PR? Atas nama terima kasih?

Begitu juga apabila kerajaan Malaysia sediakan sekolah, universiti maka adakah rakyat Malaysia wajib menyokong kerajaan UMNO & Barisan Nasional. Jikalau tidak, akan digelar pengkhianat?

Apakah apabila rakyat masuk ke universiti awam @ menggunakan air percuma, maka rakyat tidak boleh berbeza pandangan politik dengan kerajaan yang memerintah?

Hakikatnya kepada kedua-dua persoalan di atas, taat kepada negara tidak semestinya taat kepada kerajaan. Ini yang sebetulnya.

Ya. Benar. Dalam Islam kita dinasihatkan untuk taat kepada umul amri. Tetapi ada syarat dan batas-batasnya yang mana Ulil amri itu adalah :
  1. ulul amri yang tidak suruh orang berbuat jahat
  2. ulil amri yang tidak ambil & makan rasuah
  3. ulul amri yang tidak rampas hak orang lain
  4. ulul amri yang tidak menindas rakyatnya sendiri & berlaku adil kepada semua lapisan masyarakat
Di Malaysia atau mana-mana di dunia sekalipun tidak ada yang maksum dan sehabis adil. Tetapi di dunia ini kita dapat lihat contoh pemimpin yang berusaha bersungguh-sungguh untuk berlaku adil kepada rakyatnya VS dengan yang sangat tidak adil yakni terang-terang melanggar hak rakyat.
Jadi, pada waktu si pemimpin ini melakukan kesalahan, Berita Semasa tidak melihat rakyat perlu mentaati membuta tuli.

 

 

Suara Anak Muda Hari Ini

Dyana Sofya DAP
Anak-anak muda hari ini cukup-cukup berbeza sehingga mampu memberikan ancaman besar kepada parti politik yang tidak mampu atau masih terkial-kial dengan cara politik lama dalam pada masa yang sama “menyerap kebangkitan” kebangkitan & aspirasi serta harapan anak muda hari ini. Anak muda apabila sel sel otaknya saling berhubung, campaklah ke mana msahaja hatta di universiti komunis sekalipun tetap akan teguh pendirian dan berdikari pemikirannya ibarat seperti :
“ikan yang hidup dalam laut, walau hidup dalam air masin tetapi ikan-ikan tidak pula” menjadi masin”
Inilah jadinya apabila patriotik disalahertikan.
Dyana Sofya UiTM



P/S : Jangan diharap apabila taat tidak boleh sama sekali boleh dikritik @ dikutuk pula kan?



 BUDAK YANG ADA FIKIRAN YANG BIJAK
 
PP/S : Kepada pihak kerajaan negeri mahupun kerajaan Malaysia, jika kita mahu anak muda hari hari ini menyokong kerajaan anda yang memerintah, berubahlah pendekatan dalam memahami aspirasi anak muda. Janganlah suka sangat membuat kenyataan yang pelik-pelik & kenyaatan memalukan diri sendiri atas nama mahu mengekalkan kuasa “dulu, kini dan selama-lamanya

 MACAI SAJA TAK BOLEH FIKIR

PPP/S : Sesebuah kerajaan itu hidup atas duit rakyat, kekayaan hasil mahsul negara & amanah yang diberikan oleh rakyat. Walaupun berbeza ideologi, semua rakyat perlu menunaikan kewajiban membayar cukai. Jadi, terpulang kepada mereka untuk memangkah yang mana satu. Pemimpin parti politik boleh menarik undi, tetapi jangan sesekali menghalang kehendak & harapan rakyat……Bagaimana dengan lontaran pendapat anda pula?

MAS bakal jadi PKFZ?

MAS bakal jadi PKFZ?

(Oleh: Fiza Halim)

KUALA LUMPUR 19 MEI: Pengerusi KEADILAN Terengganu, Azan Ismail bimbang kerajaan akan menerbitkan bon bagi menyusun semula hutang dan kerugian yang ditanggung syarikat penerbangan negara, Malaysia Airlines (MAS).

masKatanya, keadaan ini sama sepertimana berlaku dalam projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) apabila projek itu mengalami kerugian berbilion ringgit.
Menurut Azan, kenyataan menteri pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein bahawa kerajaan tidak akan membantu MAS, membayangkan usaha untuk menswastakan syarikat penerbangan negara itu.
“Biasanya apabila berlakunya penswastaan akan ada penyusunan, ada pihak yang membeli dan mendapat komisen (penswastaan). Apabila PKFZ nak diswastakan, bon jangka panjang dikeluarkan dan dijamin oleh kerajaan bernilai berbilion.

“Saya bimbang jika MAS akan ikut langkah PKFZ di mana kerajaan jadi penjamin dan akhirnya menanggung kerugian,” katanya menambah keadaan sama turut berlaku kepada Telekom Malaysia dan Tenaga Nasional Berhad sebelum ini.

Katanya, dalam muka surat enam, buku belanjawan 2012 yang dibentangkan di parlimen, menyatakan jumlah bon jaminan dan hutang jangka panjang yang dijamin kerajaan mencecah RM421 bilion dan angka itu dijangka semakin meningkat.

MAS pada 15 Mei lalu melaporkan kerugian RM442 juta untuk suku pertama 2014, hampir sekali ganda berbanding jumlah kerugian pada suku pertama tahun lalu, selepas pertambahan kos operasi hampir RM195 juta.

Sebelum ini, MAS mencatatkan kerugian RM1.174 bilion sepanjang 2013, iaitu hampir tiga kali ganda lebih tinggi berbanding kerugian RM433 juta dicatatkannya  pada 2012.

Menurut Azan, MAS sepatutnya meneliti kaedah jangka panjang seperti mewujudkan kerjasama dengan syarikat penerbangan serantau, bagi memperkukuh kedudukannya tanpa terus menswastakannya.
Malah katanya, bekas Pengarah Urusan MAS, Tan Sri Abd Aziz Abd Rahman sebelum ini turut mencadangkan MAS mengkaji pelan perniagaannya terlebih dahulu, sebelum syarikat itu diswastakan.
Tambah beliau, MAS memiliki aset berharga bukan sahaja dari segi aset penerbangan malah aset bernilai tinggi seperti hartanah, bangunan dan sebagainya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=61627

TNB untung berbilion tapi masih naikkan tarif elektrik?

TNB untung berbilion tapi masih naikkan tarif elektrik?

(Oleh: Fiza Halim)

KUALA LUMPUR 17 MEI: Biro Kepenggunaan KEADILAN mempersoalkan bagaimana Tenaga nasional Berhad (TNB) mengalami kerugian sedangkan syarikat tersebut setiap tahun mencatat keuntungan bersih berbillion ringgit.
TNBPengerusinya, Yahya Sahri berkata, kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mendakwa kerajaan terpaksa menaikkan tarif elektrik bagi melindungi syarikat utiliti itu daripada berdepan kerugian adalah tidak relevan.

“Kewangan TNB tak pernah terjejas, kerana banyak permintaan untuk menggunakan elektrik ini, jadi saya tak nampak dari aspek apa yang TNB ini rugi,” katanya ketika dihubungi Keadilan Daily.

TNB mencatat keuntungan bersih lebih tinggi berjumlah RM4.16 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos tahun lepas, berbanding RM 4.41 bilion tahun sebelumnya.

Tambah Yahya, kenaikan tarif elektrik adalah satu cara kerajaan mempergunakan TNB sebagai mangsa bagi menampung hutang negara yang kian bertambah.

“Sekarang ini ekonomi negara kita di tahap yang parah, kemungkinan besar TNB sumber menampung hutang negara. Dengan cara ini, dana dapat dikumpulkan dengan cepat dan kerajaan akan gunakan untuk tanggung kos hutang tersebut,” jelasnya.

Beliau turut menjelaskan bahawa, kenaikan ini akan membebankan rakyat yang terpaksa membayar eletrik dengan harga yang tinggi, dan rakyat sekali lagi menjadi mangsa pentadbiran Najib.

“Rakyat akan terus hidup susah di bawah pentadbiran Najib. Najib akan sentiasa mengeluarkan kenyataan pelik yang akan mencelarukan hidup rakyat, PM ni bukan nak jaga rakyat tapi nak hancurkan rakyat habis-habisan,” ujarnya.

Dyana to Shahrizat: I won't betray the people







tak payah dok komen la....hangpa tak laku pun...


LANGGAR BIAR MAMPUS...MENYEMAK SAJA...AKAI TAK DAK


MH370 – Seseorang sedang sembunyikan sesuatu – Tun Mahathir

MH370 – Seseorang sedang sembunyikan sesuatu – Tun Mahathir

 
Tun Mahathir berkata MAS dan Malaysia bukan pihak yang patut dipersalahkan ekoran kehilangan pesawat MH370, tetapi menurut beliau, “seseorang sedang menyembunyikan sesuatu.”
Tanpa menyebut siapa seseorang itu, bagi beliau, dengan alasan tertentu, media tidak akan menyiarkan apa-apa melibatkan Boeing, pembuat pesawat ini dan juga CIA Amerika.
Tulis Dr Mahathir di blog Chedet hari ini.

Dr Mahathir berkata, apa yang naik pasti akan turun.

“Mereka boleh mendarat dengan selamat atau terhempas.

“Tetapi kapal terbang tidak boleh hilang begitu saja,” tulis Dr Mahathir.

Bagi beliau, adalah membuang masa mencari serpihan pesawat atau minyak yang tumpah atau “ping” daripada kotak hitam.

“Ia nampaknya bukan kemalangan luar biasa selepas kehabisan minyak.

“Pesawat ini ada di satu tempat, boleh jadi bukan lagi dengan logo MAS pada badannya,” tulis bekas PM itu.

Beliau juga menuntut Boeing menjelaskan apa yang dinamakan sebagai “sistem pendaratan auto anti keganasan”.


“Saya tidak boleh bayangkan pilot mendaratkan pesawat ini di lautan yang bergelora dan tenggelam secara senyap bersama pesawat itu,” kata Dr Mahathir dipetik The Malaysian Insider.

VIDEO HUJUNG MINGGU: PATUT DIA NI TAK DILANTIK JADI MENTERI





KHALID SAMAD TIBAI NOH OMAR


DENGAR APA KATA ALLAHYARHAM TUNKU


Umno BERI KERUSI KE CINA, CINA PULAK BERI KERUSI UNTUK MELAYU.SIAPA YANG MENJADI PEMBELOT BANGSA MELAYU?

 JANGAN UNDI PARTI RACIST Bn.
















[KENYATAAN MEDIA] Pemilihan KeADILan 2014

16 Mei 2014

Pimpinan KEADILAN mengamati situasi perjalanan Pemilihan parti yang telah berjalan tiga minggu berturut-turut dengan cukup serius. Seperti yang telah disebut dalam sidang media saya sebelum ini, sekiranya ada isu cacat cela dalam proses pengundian – termasuk penipuan, gangsterisme, dan disiplin – maka siasatan penuh wajib dijalankan dan tindakan disiplin harus diambil. Harus ditegaskan bahawa JPP dan Lembaga Disiplin KEADILAN telah diarah supaya tidak melindungi mana-mana anggota pun.

Semalam kita telah saksikan seramai lapan anggota KEADILAN yang telah digantung keanggotaan bagi membantu siasatan berkaitan Pemilihan parti, dan saya difahamkan Lembaga Disiplin kini bermesyuarat setiap hari bagi mempercepat proses siasatan.

Pada masa yang sama, saya telah meminta ketiga-tiga calon Timbalan Presiden KEADILAN untuk bersama saya pagi ini mewakili kesemua anggota KEADILAN memberi sokongan penuh kepada JPP untuk terus bergerak dan menambahbaik proses pemilihan parti.

Pimpinan KEADILAN amat prihatin tentang insiden kekerasan dan gangsterisme yang berlaku, terutamanya sewaktu proses pengundian di Selangor. Berdasarkan maklumat yang diterima serta bukti video dan foto, didapati terdapat elemen bukan anggota parti yang telah menceroboh pusat-pusat pengundian dengan niat memburukkan imej parti dan menggagalkan proses pengundian. Saya juga difahamkan ramai daripada elemen-elemen ini telah masuk KEADILAN sejurus sebelum daftar pemilih ditutup dan disahkan pada 15 Mac yang lalu.

Oleh yang demikian, pimpinan KEADILAN telah mengarahkan JPP dan Lembaga Disiplin untuk menyiasat perkara ini dengan lebih lanjut dan tindakan disiplin yang cukup keras mesti diambil, bagi memastikan elemen-elemen ini dibanteras dan dibuang dari parti.


ANWAR IBRAHIM

TARIF LETRIK NAIK LAGI? MAK AIIII....KATA PANDAI URUS. APA SUDAH JADI?

PM: Kenaikan tarif elektrik tak dapat dielak


Kenaikan tarif elektrik pada awal tahun ini dilakukan supaya kerajaan tidak perlu mensubsidi operasi TNB dengan dana awam kemudiannya, kata perdana menteri.

Katanya, kenaikan tarif elektrik tidak dapat dielakkan kerana 85 peratus kos TNB terdiri daripada kos bahan api dan harganya semakin meningkat.

“Jika (TNB) menanggung kerugian, apa kemudiannya? Terdapat pelbagai implikasi...

“Pada akhirnya, kita akan belanjakan dana awam untuk mensubsidi TNB. Adakah ini yang kita mahu?

“Kita tidak mahu membebankan rakyat, tetapi hakikatnya kita tiada pilihan,” katanya.

Najib berkata demikian kepada kakitangan TBN dalam acara sempena hari pekerja syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu.

Ahli PKR Cabang Kuala Selangor Luah Rasa Tidak Puas Hati .Khalid Ibrahim didakwa menipu





DRAMA AHMAD SAID DAN GENG :PAS TERENGGANU LEPAS UJIAN

DRAMA AHMAD SAID DAN GENG :PAS TERENGGANU LEPAS UJIAN


PAS Terengganu berjaya menempuh ujian getir hasil drama pendek oleh bekas Menteri Besar Mat Said yang penuh kontroversi bersama beberapa Adun Umno yang lain. Walaupun terkini Ahmad Said menaburkan fitnah mendakwa PAS Terengganu menawarkan jawatan MB semula kepada beliau jika sanggup menyertai PAS namun kelicikan dan putarbelit Ahmad Said sempat dihidu oleh semua ahli PAS dan rakyat Terengganu.

PAS Terengganu tidak gopoh atau terlalu laju bergerak dalam menanggani kes drama Ahmad Said and The Geng. PAS Terengganu amat berhati-hati menyelusuri isu-isu berkaitan termasuk menggunapakai nasihat veteran PAS yang terlibat dalam kes MB PAS Cikgu Daud Samad di kalahkan dalam DUN Terengganu pada tahun 1963 dan termasuk kes terbaru di Perak pada 2009.


Seperti yang dijangka, ugutan Ahmad Said dan gengnya tidak dapat bertahan lama kerana masing-masing amat berpenyakit dan punyai pelbagai masalah peribadi dan dalaman mereka tersendiri dan ini memudahkan pihak Umno Pusat menekan mereka. Walaupun pada awalnya mereka berjaya mensensasikan berita keluarnya mereka daripada Umno tetapi bila umno pusat 'buka fail' segala pekung maka mereka kecut perut.


Umum tahu Mat Said and the gang bukanlah Anwar Ibrahim yang bersih luar dalam. Tak ambil duit rakyat, tak ambil tanah rakyat, tak belanja membazir. Mana ada YB Umno Terengganu yang macam tu.


Apa pun, drama ini mematangkan rakyat dan pengundi Terengganu, mereka perlu menambah bilangan kerusi untuk Pakatan Rakyat pada PRU depan untuk membolehkan PR membentuk kerajaan yang kuat dan memerintah tanpa mengikut emosi seperti kerajaan Umno.



[LIVE] 140514 BM21 - Ustaz Shamsuri Hj Ahmad -KISAH MELAWAN PEMERINTAH YANG ZALIM


Serang Anwar: Mahathir, jadilah warga emas yang segera bertaubat

Serang Anwar: Mahathir, jadilah warga emas yang segera bertaubat

(Oleh Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Setiausaha Agung KEADILAN)

Saya ingin memberi reaksi serangan terbaru Dr Mahathir ke atas Anwar Ibrahim seperti dilapor Bernama bertarikh 14 Mei 2014. Saya kira Dr Mahathir melatah lagi.

Kali ini beliau menyerang Anwar Ibrahim kerana dijemput menyampaikan syarahan di Universiti Al-Azhar, Jakarta Indonesia. Bahkan penganjur yang menjemput Anwar juga diserang Dr Mahathir. Kata Dr Mahathir, Anwar tidak layak menyampaikan syarahan tentang Islam kerana moralnya rendah!

Terserlah ketakutan Mahathir
Izinkan saya menceritakan kepada Dr Mahathir yang mudah lupa, lama sebelum Anwar berkawan dengan Dr Mahathir, Anwar sudah pun mengenali dan berguru dengan Dr Yusof Qardawi, Dr Ismail Faruqi, Dr Sheikh Taha Jabir Al-Awani, Pak Natsir, Pak Hamka, Sheikh Hassan Turabi, Dr Rashid Ghanousi, Sheik Mehdi Aqif dan ramai lagi.

Anwar terlibat dengan gerakan Islam sejak zaman sekolah, mahasiswa, belia dan tidak pernah bersara hingga hari ini. Tokoh-tokoh ilmuan dan gerakan Islam seantero dunia seperti Dr Yusof Qardawi, Dr Wahbah Zuhaily, Dr Abu Hamid Sulaiman, Dr Ahmad Totonji, Dr Tariq Suwaidan dan Dr Tariq Ramadan sentiasa mengunjungi Anwar setiap kali mereka berkesempatan datang ke Malaysia berbincang isu-isu umat sejagat.

Biarlah saya mengingatkan Dr Mahathir walau bersungguh-sungguh  beliau berusaha untuk membunuh karakter Anwar dengan fitnah liwat selama lebih 15 tahun, fitnah jijik itu tidak mampu menjauhkan tokoh-tokoh ilmuan Islam daripada Anwar.

Kalau Dr Mahathir ingin tahu apa sebabnya, jawapannya cukup terang. Islam melarang dan mengharamkan seorang muslim memfitnah saudara muslimnya yang lain dengan fitnah zina atau liwat. Dr Mahathir lah yang mereka fitnah liwat terhadap Anwar.

Namun Dr Mahathir tidak pernah berupaya menampilkan empat saksi sepertimana yang Al-Quran wajibkan. Rakan-rakan Anwar dari kalangan tokoh-tokoh Ilmuan Islam ini terus mendokong Anwar kerana kayu ukur mereka ialah Al Quran. Keyakinan mereka ialah Anwar menjadi mangsa fitnah jahat Dr Mahathir.

Dr Mahathir sewaktu menjadi Perdana Menteri memperalatkan seluruh jentera pemerintah termasuk media, polis, peguam negara dan mahkamah untuk  melengkapkan fitnahnya terhadap Anwar.
Dipenjarakan tujuh tahun, bebas dan Anwar terus berjuang. Apakah Dr Mahathir berhasil “membunuh” Anwar? Tidak sama sekali! Kalau dahulu ketika masih berkuasa Dr Mahathir boleh sahaja menyekat dan memenjarakan Anwar. Hari ini pun kerajaan Umno/BN boleh terus menyekat Anwar menyampaikan syarahan di universiti-universiti awam dan swasta di negara kita. Kerajaan Umno/BN malah boleh mengugut mahasiswa-mahasiswa Malaysia di luar negara agar jangan mengikuti syarahan Anwar.

Namun Dr Mahathir dan kerajaan Umno/BN tidak boleh menyekat universiti-universiti terkemuka di rantau Asean, di Eropah, di Amerika Syarikat dan di Timur Tengah dari terus mengundang Anwar.
Anwar sering dijemput mengupas pelbagai tajuk menyentuh persoalan umat Islam dan dunia seluruhnya. Saya pernah bepergian bersama Anwar ketika beliau diundang menyampaikan syarahan di Mesir, Turki, Singapura, Indonesia dan banyak negara-negara lain. Siapa yang hadir mengikuti syarahan Anwar? Untuk makluman Dr Mahathir, mereka ialah menteri-menteri, tokoh-tokoh pemikir dan sarjana Islam, golongan korporat, pimpinan media, professor universiti, tokoh-tokoh ekonomi dan teknokrat.

Di Tunisia misalnya Dr Rashid Ghanousi menjemput Anwar menyampaikan pandangannya kepada seluruh ahli-ahli parlimen dan anggota jemaah menteri Tunisia. Di Turki, Perdana Menteri Tayyib Erdogan menjemput Anwar berucap di Istana Presiden mengupas topik Islam dan kebangkitan dunia Arab.

Satu ketika di Mesir seingat saya tahun 2010, Anwar dijemput menyampaikan ucaputama persidangan antarabangsa Islam dan Demokrasi. Di Singapura, bertempat di World Trade Center, ucapan Anwar pula ditujukan kepada tokoh-tokoh media dunia.

Di Indonesia pengaruh Anwar bukan kepalang. Seorang teman saya asal Bogor pernah bergurau, katanya tokoh-tokoh Indonesia saling berselisih dan berbeda pendapat antara satu sama lain, namun mereka boleh sahaja bersatu kalau mengkagumi Anwar. Pesantren, Universiti, Badan-badan pemikir dan intelektual Indonesia sering mengundang Anwar menyampaikan pidatonya.

Anwar boleh berbicara karangan Shakespeare, Confucius, Mohamad Iqbal, Rabindranth Tagore, Jose Rizal atau mendeklamasi puisi Rendra. Pada masa yang sama Anwar giat mempelopori Maqasid Syariah dan membentang kertas seminar Islam dan demokrasi di serata dunia.

Tidaklah menghairankan sebaik keluar dari penjara Anwar dilantik sebagai fellow di Universiti Oxford dan menjadi professor di Universiti New Hopkins Amerika Syarikat. Anwar juga dilantik penasihat ekonomi Qatar dan beberapa institusi perbankan di negara arab.

Elok juga saya mengingatkan Dr Mahathir bahawa Anwar yang cuba dibunuh karakternya oleh Dr Mahathir cuma manusia biasa. Hormat orang kepadanya bersebab.

Fitnah Dr Mahathir hanya “berhasil” di dalam kalangan Umno. Itupun bukan semua. Ramai kenalan saya di dalam Umno yang kini menduduki jawatan-jawatan utama dalam parti dan kerajaan mengakui hakikat ini. Cuma yang tiada pada mereka ialah keberanian untuk berkata benar di hadapan pemimpin pencipta fitnah.

Bagaimana sebenarnya Dr Mahathir mahu diingati? Berkuasa selama dua puluh tiga tahun legasi yang ditinggalkannya ialah merosakkan institusi kehakiman, menekan kebebasan media, menyuburkan budaya rasuah, memunggah kekayaan negara menjadi kekayaan peribadi, memusuhi institusi raja-raja Melayu dan berkekalan memusuhi ulama.

Ketika Anwar masih terus dengan tradisi ilmu dan rapat dengan Dr Yusof Qardawi, Dr Tariq Suwaidan, Dr Wahbah Zuhaily, Dr Mahathir pula rapat dengan Ananda Krishna, Francis Yeoh dan Syed Mokhtar Bukhary.

Ketika anak-anak Anwar membesar dan membina kerjaya yang cukup sederhana, Dr Mahathir pula cemerlang membantu anak-anaknya mencipta nama tergolong kelompok mahakaya di Malaysia! Ketika Anwar terus berjuang membela rakyat, menolak politik perkauman, mengajak rakyat mencari titik persaudaraan, menuntut kekayaan negara diagih secara adil, Dr Mahathir pula kekal dengan gaya politik lama, usang, tidak pernah puas menimbun kekayaan dan penuh dendam kesumat.

Saksikanlah pada usia lebih 80an tahun Dr Mahathir terus menyerang Anwar tanpa henti. Tidak pernah ada tanda-tanda beliau sedar dan insaf perbuatan fitnahnya terhadap Anwar.


Pesanan buat Dr Mahathir, sesungguhnya Allah SWT menyayangi hamba-hambanya yang sentiasa bertaubat dan membersihkan diri. Sebaliknya Allah juga bencikan orang yang tidak mahu bertaubat dan paling dibenciNya ialah orang tua yang tidak mahu bertaubat. Doa saya agar Dr Mahathir tidak tergolong dalam kalangan jenis itu dan dibuka pintu hatinya. Amin ya Rabb.




Krisis Umno Terengganu: Babak kedua baharu bermula – Azan

Krisis Umno Terengganu: Babak kedua baharu bermula – Azan

(Oleh: Rusnizam Mahat)

KUALA LUMPUR 15 MEI: Krisis peletakan jawatan Datuk Seri Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu belum berakhir, sebaliknya babak kedua baharu sahaja bermula dan mungkin menjadi lebih buruk, kata Pengerusi KEADILAN Terengganu, Azan Ismail.

Katanya, terdapat desas desus tiga Adun yang mengikuti Ahmad Said dan keluar daripada Umno dijanjikan jawatan sebagai Exco sekiranya kembali semula ke pangkuan parti itu.
“Ini menimbulkan rasa sangat tidak berpuas hati di kalangan Adun yang tidak dilantik sebagai exco dan menyebabkan muncul beberapa kumpulan kecil (di kalangan Adun).

“Jadi masalah ini tak akan selesai, malah akan memburukkan suasana. Babak kedua adalah apabila pelantikan exco baru menggantikan exco yang lama.
“Episod ketegangan dan pergaduhan mungkin lebih berpanjangan. Babak kedua ini akan diikuti babak ketiga di dalam DUN apabila menteri besar yang baru akan diuji dengan undi tak percaya,” ujar Azan.

Katanya, sama ada undi tidak percaya itu diusulkan Pakatan atau BN sendiri, beliau yakin kalangan ADUN yang tidak terpilih sebagai exco akan memberontak.
Selain itu, katanya, Umno kini bimbang jika pihak tertentu membawa kes itu ke mahkamah berikutan keputusan Ahmad Said bersama tiga lagi Adun mengisyitiharkan diri mereka sebagai Adun bebas baru-baru ini.

“Dari segi perundangan, BN tidak punya hak memerintah Terengganu kerana beberapa Adun menjadi bebas dan mereka hilang kuasa majoriti. Mereka bimbang jika ada pihak tertentu usul ke peringkat mahkamah dan menjadikan isu ini isu perundangan. Kerajaan negeri yang ada tak boleh bertahan lama selagi tidak mendapat fresh mandate daripada rakyat,” ujarnya.

Azan yang juga Adun Bandar berkata, episod di Terengganu kini dilihat menjadi lebih parah apabila terdapat pegawai kerajaan negeri ditukar kerana dilabel pengikut setia Ahmad Said.

“Mereka ini dilabelkan sesetengahnya masih bersama bekas menteri besar. Pertukaran pimpinan adalah perkara biasa, tetapi pertukaran dan pemecatan pegawai kerajaan tidak ubah seperti mengulangi kesilapan pertama dengan menukar Ahmad Said sebagai MB serta merta,” katanya menganggap keputusan itu politik balas dendam oleh menteri besar yang baharu, Datuk Abdul Razif Abdul Rahman.

Beliau merujuk tiga pegawai kanan di Pejabat Menteri Besar yang ditukar berkuatkuasa 14 Mei lalu, termasuk Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Incorporated Sdn Berhad, Datuk Wan Ahamad Wan Muda yang ditukar sebagai Pegawai Jawatan Kumpulan Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu.
“Sekarang banyak pihak beranggapan, isu ini telah reda. Sebenarnya ini baru tamat babak pertama kerana babak kedua baru saja bermula,” kata Azan.


Katanya suasana politik di Terengganu ini menyebabkan arahan daripada pentadbiran kerajaan negeri masih kabur dan tidak jelas, sehingga mengganggu kelancaran pentadbiran.
“Terdapat politiking dalam jabatan kerajaan atau perkhidmatan pentadbiran negeri. Ada fail dilapor hilang, surat yang dibatalkan atau tidak sah.


“Tambahan exco yang ada tidak pasti kedudukan dan nasib masing-masing. Maka berlaku suasana seperti keretapi yang terputus kepala, huru hara dan kelicinan pentadbiran tidak berlaku,” ujar Azan.
“Saya melihat bahawa ujian sangat getir jelas diletak kepada menteri besar yang baru yang tidak mempunyai pengalaman dan hanya dua penggal sebagai Adun. Dia kini diberi tanggungjawab sebagai MB dan memasuki pejabat MB dalam suasana yang genting dalam krisis sebegini,” ujarnya.

Umno uruskan krisis Terengganu dengan lemah, kata Dr Mahathir

Umno uruskan krisis Terengganu dengan lemah, kata Dr Mahathir

May 14, 2014
Kepimpinan tertinggi Umno perlu menangani kemelut politik di Terengganu secara berhati-hati dan menggunakan diplomasi agar parti itu dan Barisan Nasional (BN) terus mendapat kepercayaan mentadbir negeri itu.

Menegaskan demikian, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) berkata, jika pemimpin Umno pusat menggunakan pendekatan yang “kasar”, ia hanya mengundang masalah seperti dilakukan bekas menteri besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said yang bertindak meninggalkan parti berkenaan.

"Kalau kita ambil tindakan yang kasar, bagi dia (Ahmad) kalau tinggalkan Umno, tiada masalah.
"Kedua-dua pemimpin (di peringkat pusat dan negeri) mesti terima ada kesalahan di kedua-dua pihak," katanya kepada pemberita selepas menerima anugerah Doktor Kehormat dalam bidang pembangunan politik dari Universiti Islam Negeri Syarif Hidayatullah di Jakarta hari ini.

Terengganu menjadi tumpuan selepas Ahmad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal dilaporkan keluar Umno selepas meletak jawatan sebagai menteri besar.

Adun Ajil, Ghazali Taib dan Adun Bukit Besi, Roslee Daud juga dilaporkan keluar Umno dan menjadi wakil Bebas berikutan krisis politik di Terengganu itu.

Roslee, bagaimanapun dilaporkan kembali kepada Umno semalam.

Ahmad menarik kembali keputusan beliau untuk keluar daripada Umno dan menjadi wakil rakyat Bebas, setelah berbincang dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tengah hari tadi.
Turut menarik balik peletakan jawatan itu ialah Ghazali.

Di Terengganu, Dr Mahathir berkata tindakan pemimpin Umno keluar dari parti itu bukan isu besar berbanding di negeri lain.

Menurutnya, di Terengganu, tukar parti perkara biasa dan mereka gemar melakukan percubaan.
"Dia cuba Umno selepas itu dia cuba PAS. Lepas itu dia cuba Umno semula.

"Itu cara dia (orang Terengganu), jadi kita kena berjaga-jaga kerana dia mudah beralih. Ini karakter orang Terengganu." ( kah..kah...kah...macam sesumpah juga rupanya)

Dr Mahathir yang juga bekas Presiden Umno berkata krisis politik yang berlaku di Terengganu itu berpunca daripada kelemahan parti Umno sekarang.

"Umno kini lemah. Sedikit sebanyak kerana pandangan (anggota) ialah (fokus) kerajaan terhadap masalah orang Melayu, masing-masing berkata, berkurangan kerana layanan yang kuat diberi kepada parti lawan dan orang Cina dan sebagainya.

"Jadi ini menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan orang Melayu.

"Bagi mereka sokong pun bukan kerana kepimpinan tetapi kerana tidak suka kepada parti lawan," katanya.

Dalam pada itu, Dr Mahathir berkata kepimpinan tertinggi Umno perlu memahami sentimen penyokong di peringkat akar umbi bagi memastikan parti itu terus mendapat sokongan terutama bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Beliau menegaskan pemimpin Umno tidak seharusnya mendengar bulat-bulat individu yang berada di sekeliling mereka sahaja, sebaliknya perlu memahami keluhan anggota parti yang sentiasa menyokong Umno.

"Pemimpin mesti sedar tentang perasaan orang di bawah. Jangan harap orang yang dekat sahaja. Kita kena tahu orang di bawah dia rasa macam mana.

"Rata-rata mereka tidak berpuas hati dengan cara dasar pentadbiran tetapi mereka tidak tahu macam mana nak gunakan saluran (menyuarakannya) kecuali melalui pilihan raya," katanya.

Dr Mahathir berkata sebenarnya Umno banyak melakukan kesilapan yang serupa, namun tidak ramai pemimpin parti itu yang berani tampil memperbetulkan kesalahan tersebut.

Ini menyebabkan kepimpinan tertinggi merasakan apa yang dilakukan mendapat sokongan, kata beliau.

"Umno jarang belajar... saya dah kata berkali-kali tetapi mereka tidak sedar. Kita akan kehilangan (kuasa) kerana Umno tidak belajar dan buat kesalahan yang sama," katanya. – Bernama, 14 Mei, 2014.

[LIVE] 140514 BM21 - Ustaz Shamsuri Hj Ahmad


Berakhirnya episod tipu dan merajuk


Jika seorang politikus bermaruah , beliau tidak akan kembali dan berprinsip sebagaimana yang terjadi sebelum ini kepada beberapa politius katak.Beliau tidak sebijak al kataki kerana ia dikenali sebagai raja katak yang sering melompat dan bermuka-muka.Mat Said harus belajar dengan Raja Katak sebelum ini yang mendapat habuan dan sanggup menggadai maruah sendiri.

Selamat tinggal juga buat Ahmad Said....bye..bye...

insan dibawah ini melakukan upacara tradisi sebagai menghargai habuan yang menanti. Ini tradisi amalan korupsi legasi sang pemerintah sebagai habuan untuk mencapai kemuncak kekayaan yang bakal warisi. Ini tidak dilakukan MatSaid...




BACA DI BAWAH NI.RAMAI DAH MULA KUTUK MAT SAID....KAN AKU DAH CAKAP.......

Ingkar janji cetus kemelut di Terengganu






Dengan Umno ni tak payah setia la....kalau bekas Timbalan Perdana Menteri dulu pun diorang puja bagai.... ni kan pula menteri besar.....mampoih kau Umno satu hari nanti sumpah dek bangsa Melayu.Yang penyokong seumur hidup sokong buta tuli banyak sekolah tak tinggi mana pun...noreh pun banyak....yang cerdik... sapu semua keliling pinggang.... nasibkau la Mat Said...masa inilah kau nakkenal sahabat handai , rakan taulan, saudara mara..... 
KUALA LUMPUR - Sikap tidak budiman Datuk Seri Ahmad Said dalam soal kesinambungan kepimpinan Terengganu dilihat menjadi pemangkin kepada kemelut politik yang melanda negeri Pantai Timur itu.
  
Pemerhati politik berpendapat Ahmad tidak mengotakan janjinya untuk melepaskan jawatan menteri besar secara tertib dan teratur, dengan tindakan yang menjurus kepada landskap politik negeri itu diselubungi banyak tanda soal setelah meletakkan jawatan semalam.
  
Beberapa jam selepas berundur daripada tampuk pemerintahan negeri, Ahmad, yang juga Adun Kijal, mengisytiharkan keluar Umno dan menjadi wakil rakyat Bebas.
  
Turut mengambil tindakan sama ialah Adun Ajil Ghazali Taib dan Adun Bukit Besi Roslee Daud.
  
Pemerhati itu menarik perhatian bahawa Ahmad sememangnya sedar beliau menjadi menteri besar untuk tempoh hanya setahun selepas PRU13, bertujuan memberi peluang kepada pemimpin lain mengambil alih untuk memperkukuh kedudukan BN di negeri itu.
  
Untuk rekod, BN memerintah Terengganu dengan kelebihan hanya dua kerusi berbanding pembangkang di Dun yang mempunyai 32 kerusi, ketika Ahmad mengepalai kepimpinan negeri selepas PRU13.
  
Ketika itu, komposisi Dun menyaksikan BN menduduki 17 kerusi, Pas 14 dan PKR, satu. Ini menjurus kepada apa yang dipanggil "a gentleman's agreement" untuk Ahmad berundur setahun selepas menjadi menteri besar.
  
Menurut pemerhati itu, ini sememangnya merupakan satu "rahsia terbuka" apabila Ahmad menjadi menteri besar bagi penggal kedua setelah memegang jawatan itu sejak Mac 2008.
  
"Pertukaran menteri besar bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana sudah ada persefahaman antara Ahmad Said dan pemimpin di peringkat pusat berhubung soal peralihan kuasa," jelas pemerhati politik itu.
  
Beliau turut menegaskan bahawa soal pelantikan menteri besar terletak di bawah budi bicara perdana menteri.
  
Peletakan jawatan Ahmad sebagai menteri besar dan pelantikan Adun Seberang Takir Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman semalam telah mendapat perkenan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.
  
Perkembangan politik itu menyaksikan komposisi terkini Dun Terengganu terdiri daripada 14 kerusi untuk BN, pembangkang 15 (Pas 14, PKR, satu) dan Bebas tiga.

Situasi itu dilihat memberi pengajaran kepada BN tentang keperluan memilih pemimpin yang benar-benar setia dan mengutamakan kepentingan parti melebihi kepentingan peribadi.
  
Ketua Penerangan Umno Dmenegaskan kesetiaan dan ketaatan kepada parti adalah penting dalam menentukan jatuh bangun sesebuah parti politik di setiap peringkat termasuk negeri.
  
"Umno memerlukan pimpinan di semua peringkat berpegang kepada prinsip 'Bersatu, Bersetia, Berkhidmat' sebagaimana yang diungkap dalam slogan parti Umno," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
  
"Pemimpin datang dan pergi, namun perjuangan untuk bangsa, agama dan tanah air kekal selamanya," katanya.

Menurutnya, menteri besar yang baharu wajar diberi peluang melaksanakan tanggungjawabnya, termasuk mencari formula penyelesaian kepada kemelut itu.
  
"Pembubaran Dun adalah pilihan terakhir jika perundingan tidak mencapai kejayaan," katanya.

Menutur perkara sama, Pengarah Pusat Pembangunan Sosioekonomi Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Prof Dr Ibrahim Mamat berkata situasi politik di Terengganu terjadi akibat rasa tidak puas hati dan lebih bersifat peribadi.
  
"Pemilihan pemimpin itu penting, kita tak mahu pemimpin yang tinggalkan parti bila permintaan mereka tak dituruti," tegasnya.
  
Bagi pensyarah Kajian Politik dan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) Md Shukri Shuib, tindakan Ahmad Said meletakkan jawatan serta keluar parti boleh dilihat sebagai mengkhianati dan memalukan BN di negeri yang kaya dengan hasil minyak dan gas itu.
  
"Ini satu tindakan yang memalukan terutama ia berlaku hanya sehari selepas sambutan ulang tahun Umno ke-68," katanya.
  
Menurutnya, Ahmad Said wajar mencontohi bekas menteri besar Terengganu Datuk Seri Idris Jusoh yang tetap setia berkhidmat kepada parti walaupun tidak dilantik meneruskan khidmatnya satu masa dulu.
  
Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosiobudaya Majlis Profesor Negara, Profesor Datuk Dr Zainal Kling berpandangan sikap tidak matang sesetengah wakil rakyat menyebabkan mereka sanggup "berpatah arang berkerat rotan" atau "kalah jadi abu, menang jadi arang", asalkan kekal berkuasa. - Bernama

KRISIS TERENGGANU: TIADA MAJORITI MANTAP. BUBAR DUN LANGKAH TERBAIK


  • Terengganu
1 / 1
KUALA LUMPUR - Pembangkang mencadangkan pilihan raya baru negeri diadakan bagi menyelesai kemelut politik di Terengganu sekarang.
  
Pemimpin DAP, Lim Kit Siang berkata langkah itu berikutan ketiadaan mana-mana parti politik mempunyai majoriti mantap dalam Dun.

Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar yang berkongsi pandangan itu dilapor sebuah portal berita hari ini, bahawa beliau mahu rakyat Terengganu diberikan mandat penuh memilih kerajaan negeri yang baru.

"Bubar Dun adalah satu opsyen, tetapi buat masa ini kita lihat suasana dahulu," kata Ketua Pilihan Raya Pas, Dr Hatta Ramli kepada Bernama ketika dihubungi.

Seorang lagi pemimpin parti itu, Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata Pas mengambil sikap memerhati terlebih dahulu perkembangan yang berlaku dari semua aspek, termasuk dari aspek moral dan integriti.

Pada awal hari ini, bekas Menteri Besar Terengganu yang juga Adun Kijal, Datuk Seri Ahmad Said, Adun Ajil, Ghazali Taib diikuti Adun Bukit Besi Roslee Daud mengisytiharkan keluar daripada Umno dan menjadi wakil rakyat Bebas.

Keputusan itu meletakkan BN kini mempunyai 14 kerusi Dun diikuti Pas (14), PKR (satu), dan Bebas (tiga).

Penasihat Undang-undang Negeri, Datuk Azhar Abdul Hamid, bagaimanapun menarik perhatian bahawa speaker Dun juga dikira sebagai wakil kepada kerajaan negeri yang memerintah, justeru ini menjadikan kedudukan kerusi 15:15:3.

Dengan kedudukan ini, Azhar berkata BN kekal memerintah Terengganu memandangkan BN merupakan kerajaan memerintah Terengganu selepas PRU13.

Bagaimanapun bagi mengelak sebarang kekeliruan, Ketua Dewan Muslimat Pas, Siti Zailah Yusof mahu krisis berkenaan diselesaikan segera supaya tiada sebarang masalah timbul kepada rakyat akibat ketidakseimbangan politik.

"Jika boleh kita mahu penyelesaian mudah, kita bagi ruang kepada mereka untuk selesaikan masalah dalaman dan kita harap yang terbaik bagi rakyat," katanya. 


Timbalan Presiden Pas, Mohd Sabu berkata pimpinan Pas pusat belum membuat sebarang keputusan, namun sedang meneliti secara dekat perkembangan terkini. - Bernama





AKHIRNYA KENYATAAN AKU MENJADI JUGA.DAH ADA YANG TINGGALKAN MAT SAID

Cerdik la hang...buat bodo sepat....cepat jadi kaya...Kesian Mat Said.Keseorangan. Mana penyokong Mat Said???? Orang Kemaman di mana?Yellek poccik..kan aku dah cakap siang tadi>

Adun Bukit Besi Tarik Balik Surat Keluar Umno . Tengok drama kat bawah.Cuba tanya Hishammuddin Tun Hussein, bagaimana dia dianggkat menjadi ketua pemuda,mungkin Azmin dan Saifuddin boleh cerita......



KUALA TERENGGANU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Besi, Roslee Daud menarik balik surat keluar daripada Umno dan kembali menjadi wakil rakyat Barisan Nasional (BN).

Perkara itu disahkan Exco Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Mohd Jidin Shafee.

Mohd Jidin, yang juga Adun Permaisuri, berkata Roslee telah menarik kembali keputusan beliau untuk keluar daripada Umno dan menjadi wakil rakyat Bebas selepas dinasihati rakan-rakan seperjuangan beliau.

"Kenapa beliau membuat keputusan tersebut awal pagi tadi tak perlu kita sebut lagi. Tetapi, yang penting kita dalam parti perlu bersatu padu," katanya ketika dihubungi.

Mohd Jidin berharap situasi politik yang berlaku di negeri itu dapat ditangani dengan baik.

Sebelum ini, Roslee mengisytiharkan bahawa beliau telah keluar daripada Umno dan menjadi wakil rakyat Bebas selepas bekas Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said, yang juga Adun Kijal, dan Adun Ajil Ghazali Taib berbuat demikian.

Mereka bertindak demikian selepas Adun Seberang Takir Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu yang baharu di hadapan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah malam semalam bagi menggantikan Ahmad yang meletak jawatan sebagai menteri besar.

Dengan perkembangan terbaharu itu, BN kini memegang 16 kerusi DUN termasuk satu kerusi Speaker manakala PAS (14), PKR (1) dan Bebas (2). - sumber

DSAI DAN WAN AZIZAH KEMALANGAN

[Gambar] DS Anwar Ibrahim & Dr Wan Azizah terlibat dalam kemalangan

195ae4a47a69d62064ec6ecc7b691b63

Anwar, isteri terlibat kemalangan  
DS Anwar Ibrahim ketika mendapatkan rawatan.

SHAH ALAM - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri dimaklumkan terlibat dalam satu kemalangan di Desa Sri Hartamas kira-kira jam 10 malam tadi.

Anwar dan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bagaimanapun hanya mengalami kecederaan ringan.

"Anwar mengalami keretakan di pangkal tangan kanan berdekatan bahu, tapi Alhamdulillah berada dalam keadaan selamat, tidak memerlukan pembedahan. Dr Wan Azizah juga berada dalam keadaan selamat dan sedang diperiksa doktor," menurut Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil dalam satu kenyataan ringkas.

Kedua-dua, Anwar dan Azizah akan pulang ke rumah malam ini selepas mendapatkan rawatan, katanya.

VIDEO :HARAP MAT SAID JANGAN JADI CAM SAM DOL NI




MASA DIA MENGAMUK PROJEK DIA SANGKUT






MASA Umno DAH TOLONG DIA....MUKA CAM SARDIN



VIDEO: KEKECEWAAN AHMAD SAID ANAK NAK KAHWIN PUN TAK BOLEH TANGGUH DAH....ANWAR DULU 3 HARI DIPECAT POTONG LETRIK AIR.....ZALIM







KAYU BURUK KENA BUANG....RAMAI KUNJUNG LUBOK BARU...TU LA Umno




ADAKAH ADUN YANG LAIN BERANI ATAU HANYA HANGAT-HANGAT SAHAJA.


 
Beberapa komen dalam FB lamanreformasi laman rakyat menunjukkan ramai yang kuranh yakin dengan apa yang sedang berlaku ini sebagai satu sandiwara kerana semua maklum bahawa isu ini hanya akan menjadi normal apabila adanya habuan dan pujukan sendiri.

Misalnya Tilang Besi menyatakan pandangan beliau seperti berikut:

Umum pula mengetahui bahawa Umno bukanlah parti perjuangan kecuali dipenuhi oleh para pembodek dan kaki sapu serta penakut nak mampus untuk membela pemimpin mereka.

"Dalam hati Tulang Besi, Mat Said & gang akan patah balik pada UMNO dan tarik surat2 mereka.Krisis yang ada di Terengganu sekarang ni sekadar sementara dan tidak ada natijah. Keadaan akan kembali seperti biasa.
Berani ke Mat Said& gang lawan SB, SPRM, PDRM, Jabatan Hasil dsbnya?"












Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Besi Roslee Daud mengisytiharkan keluar Umno dan bertindak sebagai wakil rakyat bebas.Roslee (kanan) yang juga exco kemajuan luar bandar negeri dalam salinan surat bertarikh 12 Mei yang dihantar kepada Bernama pagi ini berkata:

"Dimaklumkan bahawa saya dengan ini meletakkan jawatan saya dalam parti berkuat kuasa serta merta."

Awal hari ini, bekas menteri besar Terengganu dan ADUN Kijal Datuk Seri Ahmad Said dan ADUN Ajil Ghazali Taib juga mengisytiharkan keluar Umno dan menjadi wakil rakyat bebas.



"Jika dilihat kepada kenyataan seolah-olah dah tak berani sesiapa lagi pun mengumumkan keluar Umno. Semua ini telah berlaku kepada Anwar Ibrahim sehingga di pukul.Berani Ahmad Said kena pukul?" demikian dakwa laman reformasilaman rakyat lagi.


sementara Bob Manolan pula menyatakan seperti berikut:

Jangan bagi alasan yg menampakan kebodohan dan kejahatan. Skrang ini bukan hantar surat dgn burung merpati. Awk boleh ckap sampai PRU14 pun tak dpt surat lagi.



[LIVE] MALAM INI 130514 BM20 - Ustaz Shamsuri Hj Ahmad

LIVE MALAM NI USTAZ SHAMSURI




KRONOLOGI JATUHNYA AHMAD SAID.

http://www.malaysiakini.com/news/262643

Kronologi krisis politik Terengganu.Adakah berani yang lainnya keluar Umno?

Berikut kronologi krisis politik Terengganu:

12 Mei

- 6.30 petang : Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengesahkan pertukaran Menteri Besar Terengganu selepas satu perjumpaan tertutup dengan beberapa pemimpin Umno Terengganu.

- 8.30 malam : Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin memberi perkenan peletakan jawatan Datuk Seri Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu berkuat kuasa 12 Mei.

- 9.30 malam : Anggota Dewan Undangan Negeri Seberang Takir Datuk Ahmad Razif Abd Rahman, 49, mengangkat sumpah sebagai MB Terengganu ke-14 di hadapan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu.

13 Mei

- 1 pagi : ADUN Kijal Datuk Seri Ahmad Said dan ADUN Ajil Ghazali Taib umum keluar Umno dan isytihar sebagai wakil rakyat Bebas.

- 8.30 pagi : ADUN Bukit Besi Roslee Daud umum keluar Umno dan jadi wakil rakyat Bebas. Beliau merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan negeri.

- 9.30 pagi : Kedudukan kerusi DUN Terengganu (32 kerusi) selepas Ahmad, Ghazali dan Roslee umum keluar Umno dan jadi wakil rakyat Bebas - BN (14), PAS (14), PKR (1), Bebas (3).

- Penasihat Undang-undang Negeri Datuk Azhar Abdul Hamid berkata dengan kedudukan kerusi pembangkang 15, BN 15 termasuk satu kerusi Speaker DUN Terengganu, Bebas 3, BN masih kekal memerintah kerajaan Terengganu setakat ini kerana merujuk kepada kerajaan mana yang memerintah selepas PRU13.

- 11.20 pagi : ADUN Kemasik Rosli Othman nafi keluar Umno dan jadi wakil rakyat bebas.

- 12.30 tengah hari : ADUN Permaisuri Datuk Mohd Jidin Shafee nafi keluar Umno dan jadi wakil rakyat Bebas.

- 12.30 tengah hari : Ketua Polis Daerah Terengganu Datuk Jamshah Mustapa berkata keadaan keselamatan di Terengganu terkawal dan orang ramai masih menjalankan aktiviti harian seperti biasa.

- Bernama
 

APA SANGAT JIKA DIMALUKAN HANYA KERANA PERKAHWINAN ANAK?


JIKA SEORANG TIMBALAN PERDANA MENTERI DIAIBKAN DAN DIMALUKAN , APA LAH SANGAT AHMAD SAID YANG MALU AKIBAT MENGEDARKAN KAD KAHWIN ANAKNYA SEPERTI DIATAS? 

JIKA SEORANG TIMBALAN PERDANA MENTERI DISEPAK DITELANGJANG APA LAH SANGAT DENGAN UNDANGAN PERKAHWINAN ANAK AHMAD SAID? 
CUMA BEZANYA, ANWAR PUNYA PENGIKUT YANG SETIA DAN BERANI...NAMUN AHMAD SAID TIDAK PUNYA PENGIKUT SEPERTI ANWAR......BYE..BYE AHMAD SAID.



Semoga pengajaran seperti ini menjadikan rakyat Kemaman dan Terengganu merasainya sama seperti apa yang berlaku kepada Anwar Ibrahim pada tahun 1998 dahulu. Bezanya Anwar seorang Timbalan Perdana Menteri, manakala Ahmad Said merupakan Menteri Besar Terenganu.Suasana dan keadaannya hampir sama sahaja. Telah beberapa lama sejak sebulan lalu angin bertiup kencang bahawa Ahmad Said akan bertukar jawatan sebagai Menteri Besar .Namun Najib yang terkenal dengan sikap dan sifat pembohongnya menafikan semalamnya.Tiba-tiba keadaan seperti yang dijangkakan berlaku.
Berbezanya Anwar ialah beliau diaibkan dengan pertuduhan liwat sehingakan liwat kedua kerana melawan. Kuasa disebalik semua ini adalah  Mahathir,  Daim,Ku Nan dan semua yang terlibat mahu melihat kerjaya politik Anwar tumbang.Namun Anwar melawan dan beliau seorang pejuang yang berani .Nasib yang diterima beliau amat malang sekali dalam politik tanahair.

Kini Ahmad Said akan menangis sendirian.Jika beliau melawan nasib beliau juga akan menjadi seperti Anwar.Namun jarang dan tidak mungkin akan ada seperti Anwar yang berani melawan dan sekurang kurangnya baik kawan atau lawan yang mengutuk melihat beliau seorang pejuang yang berani.Jatuh bangun dalam politik dan keberanian jarang ada dalam ahli politik Malaysia terutamanya dalam Umno.Dalam parti pembangkang setahun dua adalah perkara biasa, jauh sekali 7 tahun dalam penjara dan akan masuk untuk kali keduanya.Beranikah Ahmad Said melakukan seperti Anwar? Beliau juga dimalukan dan diaibkan.

Apa yang dirasai oleh rakyat Terenganu? sudah semestinya ianya tidak membawa apa-apa perubahan. Ahli Umno yang memang dungu akan berkata "biarlah..Perdana Menteri tahu apa yang beliau lakukan." "Tak mengapa kita ikut pimpinan" ,Begitulah bendulnya ahli Umno dan betapa kuranya berfikirnya ahli Umno apabila berlaku sedemikian rupa kepada pimpinan mereka yang mereka sanjung selama ini.Sejauh itu sahaja lah sama seperti apa yang Mahathir jangkakan apa yang beliau lakukan terhadap Anwar. Namun semuanya meleset.Anwar bangun dan Ahmad Said???? Tunggu penduduk Kemaman bangun dan membela beliau.Kita lihat apa akan berlaku kepada penduduk Kemaman yang sayangkan Ahmad Said.

Sejarah telah membuktikan bahawa selama ini tokoh Perdana Menteri yang ada semuanya telah meninggalkan Umno kecuali Abdullah yang kekal sebagai bekas perdana menteri yang kekal dalam Umno.Yang lainya meningalkan Umno dan meningal dunia bukan sebagai ahli  Umno.

Berbalik kepada nasib Ahmad Said sayugia diingatkan kepada penduduk Kemaman bahawa tidak akan ada pergerakan sama seperti apa yang berlaku kepada Anwar Ibrahim. Jika Anwar kesayangan penduduk Permatang Pauh, maka Ahmad Said kesayangan penduduk Kemaman, Namun tidak sama dengan apa yang berlaku di Permatang Pauh. Jika Anwar ke 3 ADUN nya dibawah Umno tumbang dan kini dibawah Pakatan ,  Di Kemaman pula, BN masih menguasai tiga kerusi di Dun Kemasek, Kijal dan Air Putih sementara kerusi Dun Cukai berjaya dikuasai Pas.Tak malukah ahli Umno Kemaman apabila Menteri Besar mereka di tempat mereka Kemaman di aibkan dan dilucutkan jawatan? Apa hangpa dok garu teloq?
Jika 3 DUN ini tidak membela Ahmad Said dan penduduk Kemaman yang rata-ratanya Umno, maka Ahmad Said sebenarnya didokongi oleh penyokong yang sememangnya penakut, dan tak punya keberanian dan kebijaksanaan  kerana membiarkan Ahmad Said keseorangan.Tidak seperti Permatang Pauh, Umno gagal selepas Anwar di humban ke penjara. Umno kehilangan semua dunnya kini.Tidak ada pun kebangkitan Umno di Permatang Pauh selepas Anwar disingkirkan. Jika ini tidak terjadi di Kemaman, maka malang sunguh Ahmad Said. Kemaman hanya tingal kenangan buat Ahmad Said dan pendokong Umno kekal disitu dengan kedungguanya mereka.Alang alang menyeluk pekasam,Ahmad Said juga boleh malukan Umno dengan menyertai Pakatan di Terengganu dan membentuk kerajaan Pakatan Rakyat.Itu harga maruah yang patut Ahmad Said lakukan.

WRLR

MAT SAID DAN BEBERAPA ADUN SERTAI PAKATAN?

Panas: Di Pecat, Mat Said Mungkin Akan Sertai KeADILan !



Bukan rahsia lagi bahawa Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said hampir pasti akan dipecat dari jawatannya akibat kegagalan BN mengekalkan 2/3 kerusi DUN Terengganu dalam PRU13 yang lepas.


Ahmad Said atau kebelakangan ini lebih dikenali sebagai Mat Said Gardenia (kerana tindakannya 'mencuri' roti Gardenia dari lori untuk diberi kepada mangsa banjir tahun lepas) ini mula dilantik sebagai Menteri Besar selepas PRU12 pada tahun 2008.


Ura-ura penyingkiran Mat Said dari jawatan tersebut sudah semakin hangat diperkatakan di negeri tersebut sejak minggu lepas lagi, dengan penggantinya pun sudah dikenal pasti iaitu ADUN Seberang Takir, Dato' Ahmad Razif Abdul Rahman.


Menurut sumber, selain kegagalan tersebut, Mat Said juga ada beberapa isu dengan pihak Istana yang menjadi barah sehingga membawa kepada penyingkirannya kali ini.  Menariknya, Mat Said dulu adalah orang pilihan Istana untuk mengenepikan Idris Jusoh dari kerusi Menteri Besar.

Pemecatan Mat Said bagaimanapun dilihat satu rahmat terpijak untuk Pakatan Rakyat bila dia dan beberapa orang ADUN BN (antara 2-4 orang) dikatakan telah membuat keputusan untuk menyertai PKR dan seterusnya membentuk kerajaan baru Pakatan Rakyat di Terengganu.


Ini bukan cerita baru kerana perbincangan Mat Said untuk menyertai PKR ini telah pun bermula dari pilihanraya kecil Kuala Besut lagi, apabila BN mengenepikan calon pilihan Mat Said untuk memberi jalan kepada calon pilihan Idris Jusoh.


Bagaimanapun, campur tangan saat akhir untuk mengelakkan Mat Said menyertai PKR, menyaksikan calon pilihan Mat Said, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman dipilih semula dan akhirnya menang dalam pilihanraya kecil berkenaan mengalahkan calon PAS, Endot@Azlan Yusof dengan majoriti meningkat berbanding PRU13.


Tengku Zaihan atau Abe Ku ini juga dikatakan termasuk dari kalangan 2-4 orang ADUN yang akan ikut bersama Mat Said untuk menyertai PKR.


Pakatan Rakyat berharap ura-ura ini akan menjadi kenyataan dan dengan itu kita boleh menambah Terengganu dalam koleksi negeri terbaru yang kita berjaya perintah.


Terengganu penting dalam perkiraan Pakatan Rakyat untuk menawan Putrajaya kerana berbeza dengan kebanyakkan negeri di Semenanjung Malaysia ini, Terengganu dilimpahi dengan rahmat royalti minyak, setaraf dengan Sabah dan Sarawak.


Pendek kata, Pakatan Rakyat tidak perlu berusaha keras mencari duit untuk Terengganu kerana pendapatan hasil royalti minyak ini sudah tersedia untuk digunakan tanpa susah paya bekerja. 


Sebaliknya sekarang, Pakatan Rakyat perlu memikir cara terbaik untuk menguruskan wang yang banyak ini bagi membantu usaha menawan Putrajaya pada PRU14 yang akan datang.
PAHANG DAILY ONLINE

[LIVE] 120514 NE4 - Ustaz Shamsuri Hj Ahmad


RANGKUMAN BERITA


 Re-polling for 10 PKR divisions in Selangor




MB T'ganu dilapor letak jawatan. Najib bohong lagi




PKR elections committee yet to receive complaint against Khalid