Pemilihan PKR 2014 bukan soal siapa MB Selangor semata - mata

Pemilihan PKR 2014 bukan soal siapa MB Selangor semata - mata

25 April 2014

PEMILIHAN PKR 2014 IALAH PERSOALAN MEMBENTUK PASUKAN KE PUTRAJAYA BUKAN SIAPA MB SELANGOR SEMATA -MATA


bijak Azmin menggunakan akaun media sosial dia minta anak
buahnya tanya dan dia menjawab dengan sindiran

  • Minggu ini  akan bermulalah proses pengundian untuk Pemilihan PKR 2014 bagi negeri Sarawak, Pahang, Kelantan, Terengganu, Johor dan Melaka. Jumlah ini membawa kepada lebih 70 Cabang. Namun meneliti realiti walaupun ia mewakili jumlah keanggotaan yang besar namun semua hanya mensasarkan sekitar 5 ke 6 ribu sahaja anggota akan keluar mengundi.
  • Kempen kali ini agak sedikit berbeza, media digunakan sepenuhnya termasuk media arus perdana ini mungkin kerana jumlah pemilih yang terlibat amat besar dan berterabur menyukarkan capaian dan hanya dengan media terbuka sahaja memungkinkan capaian maksima. Ada pro dan kontra dalam perihal ini. Ada yang melihat menggunakan kempen secara terbuka ini negatif dan mereka menyerang teman - teman yang keluar dalam media perdana. Contohnya pasukan (Keadilanraya) Azmin Ali menyerang Tan Sri Khalid Ibrahim kerana mendapat liputan termasuk TV3 tetapi serangan ini sedikit senyap apabila Azmin Ali sendiri mendapat liputan TV3 dengan kempennya disiarkan dalam Buliten Utama malah pasukan Reformasi Tulen (Khalid) membalas Keadilanraya dengan menyiarkan semula serangan yang memang sejak awal seperti muka depan Utusan dimana pasukan pro Azmin pernah mendapat liputan besar kerana isu menyerang Menteri Besar Selangor. Malah Datuk Kamarul Bahrain yang kini selaku Pengerusi Lembaga Rayuan dan Disiplin parti sendiri  pernah keluar beberapa media termasuk media elektronik menggesa Menteri Besar letak jawatan kerana gagal walaupun dalam keadaan dia sendiri gagal selaku Pengerusi MPN PKR N.Sembilan.
serangan pasukan keadilanraya terhadap Khalid kerana mendapat tempat di media arus perdana sedikit kendur bila Azmin sendiri mendapat liputan agak selesa dalam Buliten Utama


  • Namun bagi che'GuBard kempen melibatkan media ini sudah tidak boleh dielakkan dan ia juga ada elemen positif kerana apa pun parti politik itu memerlukan rakyat. PKR khususnya merupakan parti yang punya jumlah keanggotaan agak kecil berbanding tapak sokongan yang besar. PKR ini jentera dan anggota kecil tetapi ia parti yang punya dokongan besar dikalangan rakyat. Maka seharusnya apa pun urusan dalam parti ia harus diketahui dan melibatkan rakyat. Kempen Pemilihan PKR 2014 juga harus terbuka dan harus dituju kepada rakyat juga. Biarlah nampak bergaduh sedikit tetapi kita telus bukan seperti ada pihak yang nampak utuh diluar tetapi mereput di dalam, nampak utuh kerana sama saling melindungi jenayah rompakan dana negara.
  • Cuma kempen seperti menyerang terus Ketua Umum dan keluarga ia amat dikesali. Contohnya serangan mereka yang kini di dalam pasukan keadilanraya lah yang pertama sekali mencipta terma Istana Segambut bagi merujuk Anwar dan Azizah sehingga terma itu menjadi porpular digunakan oleh musuh untuk menyerang parti.

contoh akaun media sosial pendokong kartel Keadilanraya (calon exco wanita pusat) yang secara terang - terang menghina DSAI dan WAWI dengan mengangkat Azmin punya ciri Presiden lebih baik
ini antara banyak contoh lagi pendokong Keadilanraya menyerang DSAI dan WAWI dengan cara musuh dengan menyebut mengenai Istana Segambut
  • Oleh kerana kempen terbuka maka garis kempen harus lebih luas dan ditujukan juga matlamat akhirnya apa yang rakyat dapat bukan sekadar berlegar dalam isu kecil semata - mata. Namun walau begitu ia juga harus dielak dari retorik semata mata sebaliknya praktikal dengan menyedari realiti keadaan parti dan semasa. Bukan sekadar slogan retorik tetapi ia harus menjawab persoalan permasalan dalam parti selama ini seperti isu calon PRU yang sehingga malam sebelum pencalonan bertukar kerana ia bukan kem tertentu. Isu PR satu logo sehinggalah kebajikan anggota bawah.
Ramai tidak lupa ketika rakyat 'all out' untuk kempen melawan penipuan PRU
 'Blackput 505' , Azmin sanggup mencurah air ke api kebangkitan rakyat hanya kerana kecewa selepas
PRU kononya Anwar tidak tunai janji mengenai jawatan MB
  • Hasil dari pandangan orang ramai mereka agak sedikit gusar melihat pertembungan Pemilihan PKR 2014 kini di mana pada persepsi ramai ialah pertembungan merebut kedudukan MB Selangor. Tan Sri Khalid Ibrahim yang sebelum ini agak sedikit ditujah dengan imej kedekut dan berkira tiba - tiba keluar dari imej tersebut menjelajah dari hotel ke hotel mengadakan pertemuan dan jamuan bertemu anggota di bawah bagi mengikis imej sebelum ini. Namun ia tidak mudah mengikis imej itu dan pasukan Keadilanraya menggunakan garis kempen yang membuat ramai terfikir bagaimana anggota di negeri lain hendak mendapat manafaat dari jawatan Menteri Besar sedangkan di dalam Selangor sendiri orang PKR sukar dan orang Umno masih selesa kerana arahan MB yang berbunyi tidak ada rekemendasi politik diterjemahkan oleh pegawai kerajaan dengan abaikan semua orang PKR. Begitulah cekapnya Keadilanraya mematahkan kempen turun padang Khalid.
  • Palinglemah dalam gerakan pertemuan di bawah ini kelihatan Saifuddin tertinggal ke belakang. Ketika dua pasukan lagi menjelajah dari hotel ke hotel, paling tidak restoran ke restoran sebaliknya Saifuddin menggunakan jaringan teman - teman hanya mampu memanafaatkan pejabat dan pusat khidmat parti sebagai medan dialog dan pertemuan. Namun sentuhan terus dalam kumpulan kecil tetapi kerap ini dilihat lebih telus dan berkesan.
adakah Azwan Ali juga digunakan untuk kempen Azmin untuk MB


  • Persepsi ramai pula melihat Pasukan Keadilanraya hanya berminat untuk penumpuanya merampas kerusi MB Selangor semata - mata. Ia dilihat berkisar dalam politik Selangor. Lihat kartel mereka Azmin Ali calon Timbalan Presiden (Gombak) , Zuraidah Kamaruddin, calon Ketua Wanita (Ampang), Amiruddin Shari, calon Ketua AMK (Gombak), Lee Chin Cheh, Calon Naib Presiden (Adun yang meletak jawatan di Kajang), Haniza Talha, Calon Timbalan Ketua Wanita (PJS) dan begitulah pasukan keadilanraya majoritinya dianggotai dan berkubu di Selangor. Ramai melihat ini kerana tumpuannya ialah merampas kerusi MB Selangor semata - mata dan disatu pihak hanya untuk mempertahankan kerusi MB Selangor pula. Jika ini benar maka ia amat tidak sihat. 

Azmin mengamalkan politik matang? Lihat sahaja bagaimana dia berbalas masej di media sosial secara terbuka dengan 'budak - budak' nya. Tanpa susah meneka andartu yang dimaksudkan ialah Faekah dan orang tua yang suka andartu itu ialah Khalid Ibrahim.



  •  Soalnya sekarang sejak 2008 sehingga kini antara punca masalah dalam PKR ialah perebutan kerusi MB Selangor itu. Tanpa menafikan sewajarnya sedikit perubahan perlu segera di buat di Selangor. Ia perlu ditadbir secara berpasukan bukan hanya sekumpulan kecil lembaga pengarah. (klik sini Selangor harus ditadbir secara berpasukan) Ayat YB Yeo Bee Hin (ADUN DAP Damansara Utama) dalam sidang DUN yang lepas yang menyatakan rundingan air umpama dalam kotak hitam yang ADUN penyokong kerajaan pun tidak ketahui apa perlu diambil ikhtibar. Khalid juga harus sedar dia duduk disitu kerana PKR dan banyak perkara perlu diselaraskan semua bersama PKR dan PR itu sendiri.
  • Sampai bila parti  yang punya masa depan cerah, tapak sokongan besar dan agenda reformasi yang jelas untuk rakyat harus terperangkap dengan masalah perebutan di Selangor. Anggota parti seluruh negara harus putuskan untuk semua ini dihentikan segera. Parti ini seharusnya berkembang pantas selepas PRU 2008 tetapi percaturan di Selangor yang tidak kesudahan telah mengakibatkan banyak usaha baik teralih tumpuan. Ia bukan hanya persoalan Selangor semata. Adakah kita cukup berpuas hati dengan punya Selangor ? Sudah tentu tidak agenda perubahan perlu sampai ke Putrajaya.
  • Selain itu parti ini bakal berdepan cabaran besar khususnya jika benar Anwar dipenjarakan regim penguasa. Seorang Timbalan garis tengah yang praktikal harus wujud. Pertembungan keras Khalid dan Azmin harus dikendurkan dengan agihan gerak kerja dan peranan selepas pemilihan. Penumpuan gerak kerja harus jelas. Timbalan Presiden juga harus punya rekod kerjasama baik dengan teman - teman pimpinan utama PR.
  • Untuk itu saya selaku anggota biasa PKR tanpa ragu mengajak semua untuk mengundi Saifuddin Nasution Ismail untuk jawatan Timbalan Presiden. 

Sekian.

tulisan oleh ; che'GuBard (anggota biasa Parti Keadilan Rakyat)

Senarai Menteri Besar Malaysia 2014 Yang Digugurkan? Punca Menteri Besar Disingkirkan



Menteri Besar 2014 Gugur
Senarai Menteri Besar Malaysia 2014 Yang Digugurkan : Selepas berlabuhnya Pilihanraya Umum ke 13 yang cukup panas dalam sejarah politik di Malaysia selama ini, Datuk Seri Najib telah mengumumkan senarai menteri besar Malaysia seperti yang anda saksikan hari ini.
Hakikatnya yang sebenarnya terdapat beberapa negeri Barisan Nasional yang diletakkan calon menteri besar sebagai tujuan strategi politik bagi negeri dianggap “agak panas” dengan harapan sedikit sebanyak dapat meredakan perbalahan dikalangan pemimpin peringkat tertinggi dan kem-kem politik di peringkat negeri. Tetapi….
Tetapi selepas 11 bulan lamanya, kalangan senarai menteri besar Malaysia 2014 seperti yang ada sekarang mula seperti “cacing kepanasan” apabila meletusnya spekulasi di mana Datuk Seri Najib Razak tidak lama lagi akan mengambil tindakan drastik menggugurkan dua menteri besar UMNO dan digantikkan calon lain. Siapakah gerangannya itu? Adakah………..?
Ketua Menteri Melaka (Idris Haron) dan Ketua Menteri Sabah (Musa Aman) dikecualikan kerana mereka adalah Ketua Menteri.

Senarai Calon Menteri Besar Malaysia 2014 Yang Akan Gigugurkan?

  1. Menteri Besar Johor (Khaled Nordin)
  2. Menteri Besar Negeri Sembilan (Mohamad Hasan)
  3. Menteri Besar Perak (Zambry Kadir)
  4. Menteri Besar Terengganu (Ahmad Said)
  5. Menteri Besar Pahang (Adnan Yaakob)
  6. Menteri Besar Perlis (Azlan Man)
  7. Menteri Besar Kedah (Mukhriz Mahathir)
Berdasarkan sumber yang Berita Semasa perolehi, Datuk Ahmad Said akan digugurkan sebagai Menteri Besar Terengganu. Tetapi persoalannya “beranikah” Datuk Seri Najib Razak  mengambil tindakan drastik sebegini rupa? Apatah lagi memandangkan situasi di Terengganu cukup genting kerana kerusi Barisan Nasional di Terengganu cukup kritikal dengan hanya berkelebihan 2 kerusi sahaja berbanding Pakatan Rakyat di Terengganu. Sebarang kemungkinan boleh berlaku…
Sekarang ini di Terengganu ada 2 kem bagi politik Barisan Nasional di Terengganu
  • Kem Mat Said
  • Kem Idris Jusoh yang tidak disenangi Sultan Terengganu
Walaubagaimanapun Berita Semasa dikhabarkan Mat Said akan diberikan “jawatan baru”…..

Senarai Menteri Besar Malaysia 2014 Yang Digugurkan? Punca Ahmad Said Digugurkan?

  • “Geng Idris Jusoh” menemplak tindakan kem Ahmad Said yang telah membentuk kroni dan menyingkir lawannya secara halus disemua peringkat.
  • Kem Ahmad Said juga dikatakan tidak menghormati perjanjian perdamaian antara dua puak yang diusahakan oleh UMNO Pusat sebelum ini.
  • Ahmad Said membantu pembangkang untuk menjadi lebih kuat
  • Ahmad Said secara terang-terang mencabar beberapa arahan pimpinan atasan UMNO
Dan seorang lagi yang Berita Semasa difahamkan adalah Datuk Seri Mukhriz Mahathir akan digugurkan sebagai Menteri Besar Kedah dan akan ditarik masuk ke dalam Kabinet Persekutuan.
Walauapapun, berdasarkan pemerhatian Berita Semasa dalam banyak-banyak daripada senarai menteri besar Malaysia 2014 dan ketua menteri Barisan Nasional, Mohd Hassan antara pemimpin Barisan Nasional yang cerdik dan “think out of the box“.
Tetapi, disebabkan pemikiran Mohd Hassan macam itulah, Mohd Hassan mempunyai “musuh dalam berselimut” yang tidak gemar dengan caranya. Banyak masalah dan “sisa-sisa kotor” terpaksa bersihkan oleh Mohd Hassan.
P/S : Sama-sama kita nantikan pembaharuan yang bakal diumumkan oleh Datuk Seri Najib Razak bagi senarai Menteri Besar Malaysia 2014 yang terbaru ini!
PP/S : Berdasarkan pemerhatian anda, mana satu baik Ketua Menteri mahupun menteri besar di Malaysia yang berjaya mencatatkan prestasi membanggakan setakat ini? Mengapa? Buktinya?

Najib arah beri geran MOSTI RM100j pada syarikat komersil

Najib arah beri geran MOSTI RM100j pada syarikat komersil

(Azuan Ab Rahman)
rafizi_pkrHQ_MostiPETALING JAYA 21 APR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak campur tangan dengan mengarahkan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) meluluskan geran penyelidikan dan pembangunan (R&D) bernilai RM100 juta kepada sebuah syarikat yang menjalankan projek komersial.
Menurut Rafizi, hasil kajian dibuat menunjukkan pemberian geran kepada syarikat NSE Resources Corporaton (M) Sdn Bhd
Tindakan itu kata Rafizi bertentangan dengan prosedur dan tatacara biasa pemberian geran R&D di bawah MOSTI.
“Setelah kaji, kita dapati ianya diberikan tanpa patuhi prosedur yang telah ditetapkan. Lebih dari itu pemberian geran kepada Syarikat ini adalah bagi sebuah projek komersial yang melibatkan dana awam sebanyak RM100 juta.
“Selalunya kalau nak buat projek komersial, pembiayaan selalunya datang dalam bentuk pinjaman mudah.
“Bukan dengan penganugerahan geran penyelidikan,” kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN, hari ini.
Pada sidang media tersebut juga, Rafizi mengedarkan salinan surat rasmi kementerian tersebut yang menyatakan persetujuan kepada permohonan syarikat tersebut untuk permohonan geran pembangunan.
Najib_Arah_Bagi_Geran_RM100jTambahnya, oleh kerana jumlah pembiayaan tersebut diberikan dalam bentuk geran, maka syarikat terbabit berkemungkinan tidak perlu membayar apa-apa kepada kerajaan.
Pendedahan tersebut menunjukkan bagaimana berlakunya campur tangan dan arahan bagi menyalahgunakan dana awam dari peruntukan geran R&D MOSTI bernilai RM1.1 bilion.
“Kita menyaksikan bagaimana pinjaman mudah kepada NFC yang bukan bersifat geran pun tidak dibayar balik kepada kerajaan.
“Apatah lagi jumlah RM100 juta yang diberikan dalam bentuk geran.

Anwar dakwa mahkamah bias dalam rayuan kes liwatnya

Anwar dakwa mahkamah bias dalam rayuan kes liwatnya

OLEH V ANBALAGAN
April 24, 2014
Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa sikap prejudis Mahkamah Rayuan menafikan beliau daripada mendapat perbicaraan yang adil, sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 April, 2014. 

Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa sikap prejudis Mahkamah Rayuan menafikan beliau daripada mendapat perbicaraan yang adil, sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 April, 2014.Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penghakiman Mahkamah Rayuan perlu ditolak kerana para hakimnya prejudis dan bias terhadapnya.

Ini adalah antara 35 asas petisyen rayuan ketua pembangkang itu dalam rayuannya terhadap hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Rayuan yang difailkan di Mahkamah Persekutuan petang ini oleh peguamnya Zaleha Al Hayat.


Anwar mendakwa, sikap prejudis Mahkamah Rayuan itu menafikan beliau daripada mendapat perbicaraan yang adil, sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. – 24 April, 2014.


3 CARA CALON TIMBALAN PRESIDEN BERKEMPEN- ANDA BOLEH MENILAINYA SENDIRI.


GAYA 1. AZMIN ALI DISAMBUT SECARA BESAR BESARAN  DIMANA SAJA BELIAU PERGI..SIAP BANNER DAN JUGA POSTER DAN BAJU. SAMA ADA DI DALAM DEWAN,PEJABAT DAN STADIUM.






 GAYA 2   TSKI-    EKSLUSIF DI BUAT DI HOTEL 5 BINTANG  ATAU DEWAN..KANAN DAN ATAS DI BATU PAHAT.BELIAU SERING MENGADAKAN JAMUAN DI HOTEL YANG ADA BINTANG.



GAYA 3  - SAIFUDDIN NASUTION - RAKYAT MARHAEN BERKEMPEN  DI KEDAI-KEDAI KOPI BERTEMU JUGA RAKYAT MARHAEN.....REFORMASI







Saifuddin: Ayuh ramai2 turun ‘kenduri’ 1 Mei, bantah GST

Saifuddin: Ayuh ramai2 turun ‘kenduri’ 1 Mei, bantah GST

(Oleh Amirul Azhan)

IPOH 20 APRIL: Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail menggesa rakyat turun beramai-ramai pada Himpunan Membantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), 1 Mei ini.
GST 6PERCENT APPerhimpunan besar-besaran itu bagi menyatakan bantahan terhadap tindakan kerajaan yang terus membebankan rakyat dengan kenaikan kos hidup melalui GST, yang bakal dilaksana pada April 2015.

Saifuddin menyatakan demikian di hadapan 4,000 hadirin pada ceramah Jelajah Reformasi 2.0 di Bandar Ipoh Raya, Perak Jumaat lalu.

“‘Grand Finale’ program Jelajah Reformasi 2.0 adalah kenduri besar-besaran 1 Mei di Kuala Lumpur untuk terangkan kembali isu GST kepada rakyat,” kata Saifuddin.

Sebelum ini, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menyatakan, Pakatan Rakyat akan menggerakkan seluruh ahli dan penyokong untuk menyatakan bantahan tindakan kerajaan yang terus membebankan rakyat.

“Tuan rumah kenduri 1 Mei nanti ialah Mat Sabu dan kita pergi ramai-ramai untuk meriahkan kenduri dan berhimpun secara aman,” kata Saifuddin.

Himpunan ini dijadual berlangsung di sekitar Kuala Lumpur antara jam 2 hingga 5 petang dan kemudian bergerak ke Dataran Merdeka.

Justeru kata Saifuddin, perhimpunan ini landasan penting untuk bicara masalah dan soal beban hidup rakyat dalam menghadapi kos sara hidup seharian.

“Kita cuma ada satu pilihan dengan bangkit dan lawan Umno BN, jangan lupa undangan terbuka kenduri 1 Mei di Kuala Lumpur,” ulangi Saifuddin lagi.

Rang Undang-Undang GST telah diluluskan di Dewan Rakyat pada 7 April lalu selepas ia dibacakan kali kedua.

Memperingati pelopor perjuangan melalui Internet di Malaysia – Roger Kinkladze

Memperingati pelopor perjuangan melalui Internet di Malaysia – Roger Kinkladze

April 19, 2014


Penulis terlupa untuk meletakkan website Reformasi Nasional RN dalam senarai 3 website di awal zaman REFORMASI. Selain Mahazalimtwo, RN Reformasi Nasional, Harakahdaily muncul antara yang tertinggi , dan dizaman tepu 2004...Laman Marhaen mungungguli website sekitar tahun 2004 keatas,,,kesemua pengendali laman ini masih wujud sama ada masih mengendalikan blog dan website dan bekerjaya..


Sejarah kehidupan merupakan satu kitaran yang berulang, sebuah perjalanan tanpa henti yang bermula dan berterusan di sebuah paksi yang sama.

Sejarah kini berulang, dan kini gerakan Reformasi dilahirkan semula sebagai Reformasi 2.0.
Dengan berulangnya tekananoleh pihak berkuasa, inilah masanya untuk mengkaji semula momentum pergerakan Reformasi.

Disebabkan sekatan pihak berkuasa terhadap media dan aktivisme politik ketika itu, sebahagian besar momentum perjuangan terpaksa diteruskan melalui “tangan ghaib”.
Maka lahirlah  “kewartawanan siber”, permulaan aktivisime politik siber di Malaysia.

Aktivisme siber bukan sahaja salah satu cara untuk menyampaikan berita dan peristiwa terbaru malah juga cara untuk berkongsi harapan, motivasi, komedi, dan meningkatkan keakraban rakan dan taulan.
Pada masa itu, adalah agak sukar untuk mengikut segala maklumat baru tentang gerakan Reformasi; Internet hanya wujud beberapa tahun sebelumnya.

Tiada templat untuk rangkaian laman web, tetapi ramai perlu mengurus laman web melalui pengaturcaraan HTML untuk setiap warna, saiz font, yang memerlukan 5-6 jam untuk dimuat naik dan dimuat turun.
Blog masih belum lagi wujud, dan media sosial seperti Facebook, dan Twitter hanya lahir dalam beberapa tahun yang akan datang.
Astro masih belum lagi diperkenalkan kepada orang ramai, dan kabel televisyen yang mempunyai 5 saluran sudah dikira sebagai agak mewah bagi memecahkan autonomi media arus perdana RTM1 dan sebagainya.
Gerakan reformasi menjadi pemangkin kepada peningkatan sokongan melalui Internet, dan juga penganjuran protes pertama yang berskala besar di Malaysia pada era 90-an.

Beberapa bulan selepas itu, sebanyak 50 laman web pro-reformasi wujud.

Laman web yang banyak memberi maklumat terbaru dan artikel mengenai pergerakan ini adalah dua laman web bermula dengan “Maha”: Mahazalim dan Mahafiraun.

Walaupun pada mulanya terdapat laman web lain seperti Dot Moi, momentum untuk teruskan tidaklah begitu mampan dan tiada laman web yang boleh memberi maklumat kepada rakyat di Malaysia, mahupun di luar negara.

Mahazalim merupakan laman web asas yang membawa pendapat dan berita berkaitan dengan peristiwa-peristiwa terbaru, demonstrasi dan berita mengenai kes mahkamah DSAI.
Banyak artikel disumbangkan oleh rakyat dan dimuat naik ke laman web ini.
Mahafiraun adalah laman web yang hampir sama asasnya, tetapi juga mempunyai satira dan karikatur terhadap pimpinan Barisan Nasional pada ketika itu.
Boleh dibayangkan pada ketika itu, usaha untuk merekabentuk karikatur kartun sudah tentu memakan masa yang agak panjang.
Laman web dua Maha itu adalah amatlah popular. Kadar penetrasi Internet pada masa itu masih lagi di peringkat awal, dan mungkin hanya 10% (kini adalah 67%), kedua-dua laman web itu mempunyai seramai 100 ribu pelawat unik dan sebanyak 40 ribu pelawat setiap hari.

Ramai penjawat di sektor swasta mula mencetak artikel daripada laman web tersebut dan membawa pulang ke kampung-kampung untuk bahan bacaan bagi ahli keluarga mereka sebagai alternatif kepada media arus perdana.

Pada masa itu, sokongan orang Melayu untuk gerakan Reformasi berada di kemuncaknya.
Sumber tidak rasmi menyatakan bahawa sokongan orang Melayu terhadap gerakan Reformasi adalah antara 55% - 70% bergantung kepada kawasan.

Dan ia adalah disebabkan oleh perasaan marah terhadap kepimpinan yang zalim dan juga penyebaran maklumat melalui gerakan “Balik Kampung”.

Laman-laman web ini mempunyai ramai sukarelawan dan “wartawan” di peringkat akar umbi.
Segala akaun peristiwa seperti demonstrasi dan ceramah dimuat naik dengan cepat, terdapat juga pandangan daripada mata penulis mengenai pelbagai peristiwa yang berlaku pada ketika itu.
Pidato dan program mahasiswa di luar negara, termasuk di kawasan-kawasan pedalaman seperti Lampeter, Wales mahupun di London atau Dublin begitu cepat dilaporkan.

Di United Kingdom, NGO Mahasiswa Muslim Malaysia dibahagi kepada tiga kumpulan, Hizbi yang dipelopori PAS, JIM yang diilhamkan daripaa kumpulan Ikhwan, dan juga ABIM UK.
Setiap kumpulan ini mempunyai pengikut masing-masing, pemikiran yang berlainan dan cara berlainan untuk menyebarkan fikrah masing-masing kepada golongan mahasiswa.

Tetapi semasa zaman Reformasi, ketiga-tiga NGO ini berganding bahu untuk menyokong pergerakan yang sama.

Salah satu program yang diadakan adalah sebuah kem mega musim panas di Lampeter, Wales.
Antara fakta paling menarik tentang program ini, dalam masa kurang daripada satu jam ceramah yang disampaikan oleh penceramah jemputan, satu laporan dimuat naikkan di laman web Mahafiraun.
Pihak kerajaan Barisan Nasional juga proaktif pada ketika ini, Malaysian Student Department (MSD) di London menganjurkan sebuah ceramah yang disampaikan oleh Tun Mahathir, mantan Perdana Menteri ketika itu yang dihadiri oleh ramai golongan mahasiswa dan juga pekerja-pekerja rakyat Malaysia di United Kingdom.

Salah seorang peserta, seorang graduan Melayu, menimbulkan kekecohan apabila beliau, tanpa perasaan gentar, meminta Tun Mahathir untuk meletak jawatan dengan serta merta.
Peristiwa ini dengan cepat dimuat naik ke laman web pro-Reformasi dan menjadi berita sensasi di kedai-kedai kopi.

Aktivisme Internet merupakan salah sebuah kuasa utama untuk meneruskan agenda Reformasi ketika itu.
Aktivisme ini disalurkan daripada rakyat, dan akan terus daripada rakyat dalam masa akan datang.
Pada tahun 1998, satu kumpulan anak muda yang mempunyai idealisme perjuangkan keadilan ingin membawa perubahan di Malaysia, tetapi berada di luar negara untuk menghabiskan pengajian pada masa itu.
Saya ucapkan terima kasih daun keladi terhadap pengorbanan mereka.

Artikel ini didedikasikan kepada Allahyarham Adlan Benan Omar, Pengarah Cantab Pertama.
Walaupun berfikiran lain dari yang lain, arwah merupakan mentor dan guru kepada semua. – 19 April, 2014.


* Roger Kinkladze merupakan seorang jururunding.

TAHUKAH ANDA INDONESIA MEMILIKI ASET TENTERA YANG CANGGIH

















ADAKAH INI KERJA Umno?

'Karpal tak pernah ambil satu sen pun untuk bela Anwar'







Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail begitu sebak apabila menziarahi keluarga mendiang Karpal Singh hari ini yang katanya kehilangan besar kepada negara.

Beliau juga mendedahkan peguam tersohor negara itu tidak pernah mengambil sesen pun daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mewakili ketua pembangkang itu dalam perbicaraan kesnya di mahkamah.

Layanan 'wira' oleh rakyat untuk Karpal



12:30pm: Layanan 'wira' oleh rakyat untuk Karpal
  • Published on 20 April 2014 14:17

Read Less
Karpal Singh, antara peguam tersohor negara yang tanpa gentar memperjuangkan keadilan untuk golongan terpinggir, teraniaya dan miskin, hari ini diberikan layanan 'wira' sempena hari penyempurnaannya. Ribuan yang hadir dan turut mengiringi kenderaan yang membawa mayat pemimpin DAP itu setelah mereka berkumpul di Dewan Sri Pinang sejak awal pagi sebelum menuju ke Pusat Persemadian Batu Gantung. Ramai yang tanpa segan silu menitiskan air mata dan melaung-laungkan nama wira mereka itu.

SETELAH DI HENTAM DILAMAN SOSIAL , AKHIRNYA NAWAWI MOHON MAAF

Datuk Nawawi minta maaf kepada keluarga Karpal kerana menghina

dato ir nawawi

MP Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad akhirnya meminta maaf kepada keluarga mendiang Karpal Singh atas jemputannya kepada orang ramai untuk ‘sambut cabaran Karpal’ yang tersiar pada lama Facebook beliau pada 17 April lalu.
Nawawi dua hari lalu menyiarkan keratan laporan akhbar 24 tahun lalu yang menegaskan pendirian Karpal menolak pembentukan negara Islam.
Karpal dalam keratan itu dilapor berkata “Mahu wujud negara Islam langkah mayat kami dulu”.
Laman Facebook dengan nama “Dato Ir Nawawi Ahmad” itu menyiarkan keratan itu bersama status berbunyi “Siapa nak sahut cabaran Karpal Singh. Sila bagi nama”.
Hari ini, Nawawi meminta maaf menerusi status Facebook miliknya.
“Saya ingin menzahirkan perasaan kesal dan sesal saya atas perkara yang berlaku dua hari lepas berhubung tulisan di laman Facebook peribadi saya berkaitan kejadian yang menimpa mendiang Karpal Singh.
“Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan betapa kesalnya saya, dan betapa perlunya saya meminta maaf kepada keluarga mendiang YB Karpal Singh dan semua orang yang saya singgung dengan tulisan yang cuai dan sia-sia itu,” status Facebook terbaru Nawawi dipetik.
Beliau bagaimana pun tidak menyatakan sama ada status kontroversi sebelum ini ditulis beliau sendiri.
“Walaupun ada beberapa orang dan pengendali mengemaskini status Facebook saya, saya bertanggungjawab sepenuhnya ke atas perkara yang telah berlaku,” katanya lagi.
Kenyataan beliau Dato Ir Nawawi Ahmad bersama seorang lagi bekas calon BN dalam pilihan raya umum lalu, Datuk Zulkifli Nordin dikritik orang ramai termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup yang menganggapnya sebagai “amat kasar”.
Zulkifli menyifatkan kematian Karpal sebagai memudahkan laluan untuk undang-undang hudud dilaksanakan.

KARTEL : Azmin tepuk air di dulang SIRI 12

KARTEL : Azmin tepuk air di dulang

Membaca berita di Malaysiakini pada 13 April 2014 bertajuk 'Kartel Calon Tidak Sihat Pada PKR' saya amat tertarik untuk menulis komen. Dalam laporan tersebut menyebut betapa YB Azmin Ali gusar dengan perkembangan kewujudan pakatan atau kumpulan (kartel) dalam pemilihan KEADILAN 2014 kali ini. Bliau dilaporkan menyatakan ia merupakan perkembangan yang tidak sihat. Malah beliau turut mengumumkan bebas dan tidak membentuk mana - mana pakatan atau fraksi.


Semua ini boleh disifatkan sebagai menepuk air di dulang terpecik muka sendiri. Bukan sahaja anggota parti malah umum telah mengetahui bagaimana budaya kartel atau juga dikenali sebagai chai ini telah wujud dalam pemilihan sebelum ini lagi dan antara pelopor utama budaya ini ialah Azmin sendiri.

Namun bagi saya budaya membentuk kumpulan atau kartel dalam pemilihan seperti tidak boleh dielak khususnya apabila sekumpulan calon berkongsi aspirasi misi dan visi yang sama.

Seperti mana Saifuddin, Izzah dan Rafizi yang berkongsi visi dengan motto Masa Depan Bersama dan Tan Sri Khalid pula berkongsi visi dengan beberapa calon lain dengan motto 'Reformasi Tulen'. Namun mungkin kerana tertekan dengan pembentukan kumpulan - kumpulan yang membabitkan nama - nama besar dalam PKR ini, yang mana selama ini kumpulan dengan nama - nama besar ini hanya mampu dibentuk oleh Azmin sahaja, maka dia menggunakan media menempelak kewujudan bertanding secara kumpulan ini.

Lebih kelihatan jenaka beberapa hari selepas Azmin menempelak budaya bertanding secara kumpulan, pada 16 April dia sendiri telah mengumumkan kartelnya yang dikenali Gagasan Keadilan Raya dalam satu majlis yang besar dengan siap menyediakan kenderaan angkut penyokong.

Jelas sekali kata - katanya konon bimbang dengan kewujudan pembentukan kumpulan dalam pemilihan konon ia akan membawa kesan negatif hanya kenyataan paniknya khususnya apabila teraju muda utama parti seperti Nurul Izzah dan Rafizi mengistiharkan diri bersama Saifuddin. Malah kumpulan ini kelihatan turut didokong oleh Tian Chua yang menarik diri dari persaingan Timbalan dan menumpukan pertandingan Naib Presiden dalam satu sidang media bersama Saifuddin, Rafizi, Nurul Izzah dan ramai pimpinan lain.

Kumpulan terbentuk dari perkongsian misi dan visi bersama baik untuk parti tetapi pembentukan kumpulan boleh jadi negatif apabila ia dibentuk kerana cita - cita kuasa semata atau lebih parah terbentuk kumpulan atau sokongan kerana ugutan akan gugur nama sebagai calon PRU contohnya amat buruk kesannya buat parti.

Mungkin tertekan dengan perkembangan tersebut akhirnya dia sendiri terpaksa mengumumkan kartelnya yang dikenali Keadilan Raya akhirnya kenyataan tersebut umpama menepuk air di dulang.



Dalam isu kumpulan atau kartel, membentuk kumpulan dalam pertandingan tidak salah tetapi sebaliknya mentadbir parti ini dengan hanya melibatkan kumpulan tertentu itu yang salah.Maka muncul persoalan yang perlu dijawab oleh Azmin iaitu bagaimana dengan rungutan ahli akar umbi apabila beliau selaku pengarah pilihanraya pusat dengan hanya berbincang dengan kumpulan rapatnya sahaja memutuskan hampir semua senarai calon dalam PRU yang lepas khususnya dengan mengenepikan sebahagian calon yang berpotensi menang, calon yang bekerja, calon yang diangkat diperingkat cabang dengan menerjunkan calon yang rapat dengan beliau atau kumpulan beliau ?






Tindakan mengutamakan kumpulan inilah yang sebenarnya menghancurkan parti malah mengecewakan cita - cita rakyat ingin melihat Bn tumbang di Putrajaya. Malah Negeri Sembilan sendiri ketika PRU lepas peluang untuk membebaskan Negeri Sembilan dari cengkaman Bn cukup baik namun ia digagalkan sebahagian besarnya kerana rundingan kerusi dan pemilihan calon yang gagal.








tulisan oleh ; che'GuBard (anggota biasa Parti Keadilan Rakyat)



CORETAN SEORANG SUAMI YANG BERGAJI BULAN..

CORETAN SEORANG SUAMI YANG BERGAJI BULAN..

30hb , suami dapat gaji RM3,000.00 terus buat internet banking bayar bill air Rm30.00, bayar duit rumah Rm700.00 bayar duit kereta Rm700.00 , bil telephone suami dan isteri Rm200.00 , bill elektrik Rm170.00 , ansuran motor Rm150.00 dan yuran tuisyen anak Rm150.00 ..serta menukarkan Rm150.00 duit pecah seringgit-seringgit untuk belanja sekolah anak anak untuk sebulan...lalu berbekalkan duit baki Rm750.00 balik kerumah jemput isteri dari tempat kerja..terus di sambut ngan isteri satu soalan " ari ni hari gaji abang kan??..jom pergi beli barang dapur byk dah habis sambil bawak bebudak makan luarlah mlm ni sebab I tak laratlah nak masak ari ni... bebudak pun esok hari sabtu cutikan? Suami mengangguk lemah terpaksa setuju demi anak dan isteri.

Sampai di rumah disambut pulak dgn anak yg bongsu " Ayah cikgu adik ckp ari isnin cikgu nak RM20.00 untuk beli baju sukan yg baru." Isteri spontan menyampuk " mintak kat ayah..ayah baru dapat gaji..sambil anak yg sulung pula mencelah .." ayah kakak pun nak duit Rm 30.00 hari isnin untuk beli buku rujukan dah dekat nak peperiksaan ni..Si suami terus mengeluarkan Rm50.00 untuk anak bongsu dan anak sulong ..
Kemudian bila selepas magrib berangkatlah anak beranak ke kedai untuk mkn dan berbelanja barang dapur dan sebelum itu suami singgah isi minyak kereta Rm50.00 langsung ke kedai makan dan makanlah anak beranak tersebut dgn bil makan berjumlah Rm50.00..Setelah itu langsung pergi berbelanja barang dapur dgn jumlah Rm 250.00 untuk barang kering dan Rm 50.00 untuk barang basah..

setelah semuanya selesai pulanglah keluarga tersebut kerumah dgn suami hanya tinggal gaji yg baru dpat pagi tadi sebanyak Rm300.00 sahaja.Maka tidurlah si suami dgn mata yg terkebil kebil mengenangkan baki duit yg tinggal hanya dlm beberapa jam sahaja dapat gaji tadi..

Keesokkannyer pagi sabtu isteri suruh si suami belikan roti canai untuk sarapan pagi...suami pun pergilah beli dgn modal Rm5.00 dan surat khabar Rm1.50.. manakala menjelang petang si isteri dan anak anak ajak suami jalan jalan di pasar malam Jalan TAR sempena malam minggu...si suami ikutkan jugak dlm keadaan dilema bagi menjaga hati isteri dan anak anak.Terpaksa tambahkan lagi minyak kereta sebanyak Rm30.00 ..
sesampai di jalan TAR si isteri berkenan dgn tudung bawal berharga Rm15.00 mintak dibelikan..suami pun keluarkan duit bayar..kemudian bila kedepan sedikit bahagian pakaian kanak kanak pula nampak baju tidur anak anak yg berharga Rm15.00 sehelai..isteri pun selamba kata " bang baju tidur bebudak ni pun dah lusuh..belikan diorg yg baru ni.murah jer Rm15.00 hengget...suami keluarkan lagi Rm30.00 untuk baju tidur anak anak.

Lalu terus pulang ke kereta untuk balik kerumah bersama sama..tetapi dalan perjalanan nak pulang anak anak merengek dahaga dan lapar .mintak singgah di kedai makan untuk makan mlm...sang ayah kesiankan dgn rengekan anak pun singgahlah di kedai makan tomyam dan makan dgn membayar Rm30.00 lagi..Jumlah keseluruhan baki yg tinggal selepas 48jam dapat gaji ialah Rm188.50.

Esok hari Ahad...isteri suh pergi kedai pagi pagi untuk belikan santan dan sedikit ikan bilis untuk masak nasi lemak sebagai sarapan pagi...suami modalkan lagi Rm7.00 dan Rm1.50 untuk suratkhabar...tinggallah duit gaji genap Rm180.00..Malamnyer pulak beri pada isteri Rm150.00 untuk belanja makan dia di pejabat atas dasar nafkah kepada isteri tercinta...

Maka bermulalah pagi hari isnin si suami dgn berbekalkan modal baki gaji hari jumaat kelmarin sebanyak Rm30.00 untuk isi minyak motor dan makan di pejabat..serta menghitung hari lagi untuk ke 30hb yg akan datang samada sampai atau tidak??....selang seminggu selepas itu pada hujung minggu isteri ajak balik kampung melawat ibu ayah dia di kampung..suami katakan tidak.ada modal...lalu isteri menjawab dgn sinis
"kalau ajak balik.kampung saya jer takder duit...klu ajak balik kg saya jer abg kata tak der duit...mana pergi duit gaji abang selama ni....takkanlah seminggu gaji dah tak berduit...abg ada pompuan lain ke??"
Terpinga pinga suami nak di jawab jadi perang...nak di ceritakan yg sebenar nanti disalahkan balik.



AHLI PARLIMEN KURANG CERDIK?

Ahli Parlimen Langkawi hina Karpal lagi, samakan beliau dengan Abu Jahal

OLEH DIYANA IBRAHIM
April 19, 2014
Gambar cetakan pada Facebook ahli parlimen Langkawi, Nawawi Ahmad dan Shamsul di mana Nawawi mendakwa Karpal sama dengan Abu Jahal. – Gambar diambil dari Facebook, 19 April, 2014. Gambar cetakan pada Facebook ahli parlimen Langkawi, Nawawi Ahmad dan Shamsul di mana Nawawi mendakwa Karpal sama dengan Abu Jahal. – Gambar diambil dari Facebook, 19 April, 2014. Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Ir Nawawi Ahmad yang dikritik ramai gara-gara menghina mayat Karpal Singh di akaun Facebooknya pada hari kematian Karpal, semalam sekali lagi mengulangi perbuatan itu, dan kali ini menyamakan peguam terkenal itu dengan "Abu Jahal".
Seorang pengguna Internet, Shamsul Kamal Ariffin Mohd Nasir, 42, mendakwa ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) itu mengeluarkan kenyataan menghina Karpal walaupun dilaporkan sudah menarik balik kenyataannya.

"Saya membuat komen di laman Facebooknya hari ini (semalam) untuk menegur perbuatannya yang tidak bertamadun dan memalukan orang Islam. Berlaku pertikaian pendapat antara kami yang berterusan apabila beliau menghantar pesanan peribadi kepada laman sosial saya," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Beliau yang bekerja sebagai pelatih korporat di syarikat swasta berasa terkejut apabila Nawawi tanpa rasa bersalah menyifatkan perbuatannya menghina ahli Parlimen Bukit Gelugor itu sebagai mengagungkan Islam.
“Nawawi berkata tidak kesal dengan perbuatannya itu kerana tidak melakukan apa-apa kesalahan apabila saya menyatakan kepadanya perbuatan itu bukan sahaja melemahkan Umno dan BN, malah menyebabkan kebencian rakyat terhadap parti itu makin bertambah,” kata Shamsul.
Semalam sebagai reaksi kepada kematian Karpal, Nawawi memuat naik kenyataan di laman Facebooknya dengan menyatakan: "Siapa hendak sambut cabaran Karpal Singh? Sila bagi nama,  he he," tulis Nawawi di akaun "Dato Ir Nawawi Ahmad", merujuk pada paparan keratan akhbar yang bertajuk "Mahu wujudkan negara Islam langkah mayat kami dulu – Karpal Singh".
Selain itu, Shamsul berkata Nawawi turut menyamakan Karpal Singh dengan musuh Nabi Muhammad, Abu Jahal.
"Ketika Abdullah Massud, sahabat nabi dimaklumkan mengenai kematian Abu Jahal, baginda  bersyukur panjang. Bagi saya, Karpal Singh setara dengan Abu Jahal," tulis Nawawi.
Shamsul berkata, beliau menyelar kenyataan Nawawi itu yang menyamakan Karpal dengan Abu Jahal dengan mempertikaikan apa haknya untuk melabel manusia.
Katanya, kenyataan yang dikeluarkan Nawawi tidak menggambarkan kebijaksanaan seorang pemimpin, tambahan lagi apabila dia memberitahu Nawawi bahawa mendiang mempunyai keluarga.
Justeru, perbuatan memperlekehkan orang yang baru meninggal dunia adalah tidak patut.
"Tidak poke fun, tapi tetapi real agenda, saya pun ada anak isteri, so what.. .terpulang kalau you hendak kutuk hak you, orang yang tidak tahu malu adalah hak peribadi, you (Shamsul) saya tidak jenis apa yang suka kacau orang," katanya.
Pertikaian dengan Nawawi berakhir apabila ahli Parlimen itu bertindak membuang namanya dalam senarai rakan Facebooknya.
"Ia amat bertentangan dengan apa yang beliau katakan pada awal yang tidak kisah sesiapa menyatakan perasaaan tidak puas hati kepadanya dan tidak akan menyekat orang tersebut daripada memberi komen di laman Facebooknya," kata Nawawi.
Semalam selepas mendapat kecaman hebat ekoran perbuatanya itu, kira-kira tiga jam memuat naik komennya yang didakwa menghina itu, Nawawi bertindak memadamkan tulisan dan gambar tersebut.
Ketika ditanya, beliau tidak menafikan perbuatanya itu dengan menegaskan anggapan Facebook sebagai tidak rasmi selain tidak serius.
"Malah, apa yang saya tulis itu saya tidak sangka hendak jadi viral pula. Kalau saya hendak buat kenyataan rasmi sudah tentu ayat yang disusun sangat berhati-hati," katanya melalui sistem pesanan ringkas kepada Malaysiakini.
Hari ini dalam status terbarunya, beliau menulis "Pepatah Melayu berkata, kerana pulut santan basi, zaman ini kerana Facebook kita kena, haiyya," dipercayai merujuk kepada situasi dirinya. – 19 April, 2014.

Senarai Ranking Universiti IPTA IPTS Terbaik Malaysia 2014? Respon Mahasiswa, Bekas Penuntut & Pensyarah?

Senarai Ranking Universiti IPTA IPTS Terbaik Malaysia 2014? Respon Mahasiswa, Bekas Penuntut & Pensyarah?

ranking universiti terbaik malaysia
Senarai Ranking Universiti IPTA IPTS Terbaik Malaysia 2014 secara khususnya telah pun dikeluarkan. Ranking universiti terbaik Malaysia 2014 disusun berdasarkan kajian yang dikeluarkan secara terperinci oleh Quacquarelli Symonds (QS). Di Malaysia ada pelbagai universiti dan kolej universiti baik IPTS mahupun IPTS. Kebanyakannya hebat-hebat belaka.
Universiti sendiri merupakan institusi pengajian tinggi dan pengkajian yang menawarkan ijazah akademik di pelbagai peringkat. Perkataan “University” diambil sebenarnya daripada frasa bahasa Latin, universitas magistrorum et scholarium. Apa maksudnya?
“masyarakat pakar dan pengkaji”
Semoga senarai ranking universiti terbaik di Malaysia 2014 (IPTS @ IPTA) kali ini menjadi panduan untuk kalangan anda untuk membuat pilihan di mana halatuju dan destinasi pembelajaran selepas ini. Rasanya ramai di antara pembaca Berita Semasa) juga bakal melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti IPTA atau IPTS tidak lama lagi. Tetapi persoalannya di mana selama tempoh 3 atau 5 tahun pengajian anda yang seterusnya selepas ini?
Senarai ranking universiti terbaik Malaysia 2014 ini dinilai pada beberapa aspek yang dilihat agak relevan yang mampu mencerminkan kualiti global dan penyelidikan di seluruh dunia bagi tahap yang lebih baik oleh QS

Senarai Ranking Universiti IPTA IPTS Terbaik Malaysia?

  1. Universiti Malaya (UM) – IPTA
  2. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) - IPTA
  3. Universiti Sains Malaysia (USM) - IPTA
  4. Universiti Teknologi Malaysia (UTM) - IPTA
  5. Universiti Putra Malaysia (UPM) - IPTA
  6. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) - IPTA
  7. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) - IPTA
  8. Universiti Multimedia (MMU) - IPTS
  9. Universiti Teknologi MARA (UiTM) - IPTA
  10. Universiti Teknologi Petronas (Petronas) - IPTS
  11. Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) - IPTS
  12. Universiti Utara Malaysia (UUM) - IPTA
  13. Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). - IPTA
  14. Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing - IPTS
  15. Universiti Malaysia Pahang (UMP) - IPTA
  16. Universiti Malaysia Terengganu (UMT) - IPTA
  17. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) - IPTA
  18. Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) – IPTS
Berdasarkan senarai ranking universiti terbaik Malaysia 2014 (IPTA & IPTS), Universiti Multimedia (MMU), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Teknologi Petronas (Petronas), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) berada dalam senarai ranking 250 universiti terbaik di Asia.
Manakala Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing, Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Tun Hussein Onn University of Malaysia (UTHM), Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) pula berada dalam lingkungan dan kelompok senarai ranking 300 universiti terbaik di Asia.
Bagi 7 lagi universiti seperti di bawah ini mereka berada pada kelas tersendiri yang mana termasuk dalam kalangan 200 senarai ranking universiti terbaik di Asia. Antaranya ialah :

Ranking Universiti IPTA IPTS Terbaik Malaysia 2014? Kedudukan di Asia?

  • Universiti Malaysia Sarawak (UniMas) – 200 terbaik Asia
  • Universiti Islam Antarabangsa (UiAM) – 151-160 terbaik Asia
  • Universiti Putra Malaysia (UPM) – ranking 72 terbaik di Asia & 411-420 terbaik dunia
  • Universiti Teknologi Malaysia (UTM) – ranking 68 terbaik di Asia & 355 terbaik dunia
  • Universiti Sains Malaysia (USM) – ranking 61 terbaik di Asia & 355 terbaik dunia
  • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) – ranking 72 terbaik di Asia & 269 terbaik dunia
  • Universiti Malaya (UM) – ranking 33 terbaik di Asia & 167 terbaik dunia
Walau dimanapun kedudukan ranking universiti anda, apa yang penting di sini, adalah ilmu & pengalaman selama tempoh anda berada di universiti. Gunakanlah peluang yang diberikan dengan sebaiknya. Ya…..ranking sesuatu universiti hanyalah satu faktor. Tetapi bagaimana anda mengaplikasi ilmu yang anda pelajari, itu ada lebih penting sebenarnya.
P/S : Semoga senarai ranking universiti terbaik Malaysia 2014 yang dikeluarkan ini menjadi satu motivasi kepada semua pusat pengajian supaya bangkit dan keluar untuk terus bersaing dengan kelompok elit universiti di peringkat Asia mahupun dunia.
P/S : Apa pendapat anda sebagai pendidik, bekas pelajar dan sedang menuntut di mana-mana pusat pengajian dengan senaraian di atas ini?

Najib perlu jawab isu MH370, bukan putarbelit kenyataan saya – Anwar

Najib perlu jawab isu MH370, bukan putarbelit kenyataan saya – Anwar

(Lyn Nasir)
#pray4MH370PETALING JAYA 16 APRIL : Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najb Razak yang memanipulasi kenyataan beliau menerusi teks asal yang diterjemahkan dalam akhbar China, Southern Weekly, 5 April lalu.
Tegasnya lagi, Najib tidak seharusnya memutarbelitkan kenyataan, sebaliknya menjawab soalan utama berhubung kehilangan pesawat MH370 seperti radar Markoni yang tidak boleh mengenal pasti laluan pesawat.
“Najib putar belit kenyataan, menipu dengan menyalahtafsir kenyataan saya.
“Dia tak jawab isu yang timbul dalam kehilangan MH370. Tapi beliau boleh pula cepat jawab mengenai ‘sesaat’ ini. Mereka sepatutnya jawab soalan pokok MH370.
“Mengapa radar Markoni yang dipasang dengan peralatan canggih tidak dapat mengenal pasti laluan pesawat jam 1 pagi yang menghala ke Lautan China dan patah balik ke ruang udara Malaysia melalui lima negeri dan tak dapat dikesan,
“Kalau ini berlaku, ini satu kecuaian dan menjejaskan kseamatan negara.
“Ini yang sepatutnya Perdana Menteri kena jawab,” katanya pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN, hari ini.
Bernama semalam melaporkan Najib dalam Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan membidas kenyataan Anwar yang dikatakan mampu menyelesaikan misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines itu dalam sesaat.
Najib_putar_belit_kenyataanAnwar yang juga merupakan Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata teks asal yang diterjemahkan daripada bahasa Mandarin tersebut berbeza dengan yang ditulis Bernama.
“Senjata fitnah Umno-BN dibawah Najib ialah mereka kenyataan dan menyerang kita dengan tidak merujuk kenyataan yang benar.
“Dia kutip dari sumber berita Bernama, media rasmi kerajaan BN yang sebenarnya buat penipuan terjemahan yang salah dari kenyataan saya di Southern Weekly.
“Teks asal ada yang mengatakan bahawa saya akan mengambil masa satu saat untuk buat keputusan tentang yang apa perlu dilakukan bagi menjamin keselamatan dan memberi maklumat,” tegas Anwar.

Pembelaan Anwar dalam dakwaan liwat tidak berwibawa, kata Mahkamah Rayuan

Pembelaan Anwar dalam dakwaan liwat tidak berwibawa, kata Mahkamah Rayuan

OLEH V ANBALAGAN, PENOLONG PENGARANG BERITA

April 18, 2014
Hakim Datuk Balia Yusof Wahi, Datuk Aziah Ali dan Datuk Mohd Zawawi Salleh dalam kertas penghakiman yang dikeluarkan hari ini berkata penafian Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa diarah membela diri tidak diambil kira untuk mewujudkan keraguan dalam kes pendakwaan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 18 April, 2014. Hakim Datuk Balia Yusof Wahi, Datuk Aziah Ali dan Datuk Mohd Zawawi Salleh dalam kertas penghakiman yang dikeluarkan hari ini berkata penafian Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa diarah membela diri tidak diambil kira untuk mewujudkan keraguan dalam kes pendakwaan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 18 April, 2014. Mahkamah Rayuan yang mensabitkan hukuman Datuk Seri Anwar Ibrahim atas dakwaan liwat memutuskan kenyataan ketua pembangkang itu di kandang tertuduh tidak berwibawa kerana ia adalah penafian kosong.

Hakim Datuk Balia Yusof Wahi, Datuk Aziah Ali dan Datuk Mohd Zawawi Salleh dalam kertas penghakiman yang dikeluarkan hari ini berkata penafian Anwar semasa diarah membela diri tidak diambil kira untuk mewujudkan keraguan dalam kes pendakwaan.

"Satu pembelaan berwibawa adalah seseorang menjawab bukti yang ditunjukkan oleh pihak pendakwaan. Ia juga penting untuk tertuduh (Anwar) menjelaskan kesnya," kata penghakiman setebal 85 muka surat itu.
Penghakiman itu menyatakan penting bagi Anwar mengemukakan keterangan untuk menjawab dakwaan dalam pertuduhan ke atasnya.

"Dalam kes ini, tertuduh tidak pun menafikan beliau berada di tempat kejadian jenayah pada masa tersebut dan tarikh seperti dalam pertuduhan itu," kata penghakiman.

Pada 7 Mac, barisan hakim yang diketuai Balia menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atas ketua umum PKR itu bagi membenarkan rayuan Putrajaya untuk mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan Anwar pada tahun 2012.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menanti keputusan rayuan Anwar ke Mahkamah Persekutuan dengan wang jaminan sebanyak RM10,000 seorang penjamin.
Anwar, 66, dituduh meliwat pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan di sebuah kondominium Bukit Damansara pada 26 Jun 2008.

Hukuman liwat mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan pesalah juga boleh dikenakan sebatan.

Anwar membuat rayuan terhadap sabitan tersebut, bagaimanapun Putrajaya merayu untuk meningkatkan hukuman penjara.

Penghakiman juga menyatakan Anwar memberi satu notis alibi tidak berada di tempat kejadian sebelum permulaan perbicaraan, tetapi tidak meneruskan pembelaannya yang hanya diketahui dirinya sendiri.
"Ia penting untuk menyatakan alibi mewakili suatu pembelaan lengkap untuk membebaskan tertuduh daripada kesalahan yang dituduh," kata penghakiman.


Penghakiman itu menyatakan bahawa pihak pendakwaan menekankan kegagalan Anwar untuk memanggil mana-mana saksi bagi menyokong pembelaan alibi menimbulkan keraguan bona fide ke atas pembelaannya.
Penghakiman tersebut menyatakan antara saksi yang dinamakan dalam notis alibi ialah isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ibrahim dan ketua kakitangan, Ibrahim Yaacob.


"Saksi-saksi ini, sepatutnya ada dan berada bersama tertuduh bagi menyokong alibinya adalah tulen," kata penghakiman. – April 18, 2014.

Mufti Rusia komen ayat pada kulit bayi

Mufti Rusia komen ayat pada kulit bayi


MOSCOW - Majlis Mufti Rusia kelmarin sebulat suara menyatakan bahawa ayat suci al-Quran yang muncul dua kali seminggu pada kulit Ali Yakubov iaitu seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan di wilayah Dagestan, selatan Rusia merupakan amaran tuhan kepada semua penduduk Islam di Rusia dan Dagestan.
Mufti Rusia komen ayat pada kulit bayi

MOSCOW - Majlis Mufti Rusia kelmarin sebulat suara menyatakan bahawa ayat suci al-Quran yang muncul dua kali seminggu pada kulit Ali Yakubov iaitu seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan di wilayah Dagestan, selatan Rusia merupakan amaran tuhan kepada semua penduduk Islam di Rusia dan Dagestan.

Menurut kenyataan majlis itu, mengikuti perintah Allah dan meninggalkan segala persengketaan, mewujudkan keamanan sesama umat Islam dan dengan jiran, membersihkan diri daripada dosa dan mula mengamalkan prinsip kejiranan selain bermaaf-maafan menyebabkan penduduk Islam di negara tersebut akan mendapat keampunan Allah.

Menurut beberapa laporan, ibu bapa Ali yang tinggal di bandar Kizlyar di wilayah Dagestan dan kalangan imam tempatan mendakwa ayat suci al-Quran itu muncul pada hari Isnin dan Jumaat sebelum hilang dan digantikan dengan ayat baru.

Salah satu ayat itu bermaksud: "Allah ialah Pencipta segala yang ada.".

Apabila ayat suci seterusnya muncul, Ali tidak dapat tidur sepanjang malam dan mengalami demam dengan kepanasan badannya tidak dapat dikurangkan walaupun dengan menggunakan ubat-ubatan kuat.

Semasa dia dilahirkan, Ali didapati menghidap penyakit jantung dan berkaitan dengan otak tetapi dia sembuh sepenuhnya selepas ayat al-Quran mula muncul pada tubuhnya. -Agensi

MOSCOW - Pakar-pakar perubatan di Rusia bingung berikutan penemuan ayat-ayat suci al-Quran dan Arab pada kulit seorang bayi berusia sembilan bulan di Dagestan, Rusia, lapor sebuah akhbar semalam.

Ayat-ayat itu muncul pada belakang, tangan, kaki dan perut Ali Yakubov pada setiap malam Isnin dan Jumaat sebelum hilang tetapi diganti dengan beberapa ayat al-Quran baru dua kali seminggu.

Pakar-pakar perubatan Rusia menyatakan, mereka tidak tahu bagaimana fenomena itu boleh berlaku selepas perkataan Allah mula muncul pada dagu bayi tersebut ketika dia berusia beberapa minggu.

Namun, ketika mengulas mengenainya, pakar-pakar perubatan dan keluarga bayi itu mengaku bahawa ayat-ayat suci itu menjelma sendiri pada badan Ali dan bukan ditulis oleh manusia.

"Ali akan berasa kurang sihat manakala suhu badannya meningkat kepada 40 darjah Celsius setiap kali ia berlaku menyebabkan dia menangis," kata ibunya Madina Yagubova.

Kini, tempat Ali dilahirkan iaitu di Kampung Red Oktober, Dagestan menjadi tumpuan orang ramai yang mahu melihat keanehan itu.

Paparan mengenai kejadian aneh di Dagestan, wilayah selatan Rusia yang menjadi sasaran pertempuran antara tentera Rusia dengan pejuang-pejuang Islam itu turut dipaparkan di laman perkongsian video YouTube.

"Ali merupakan tanda kebesaran Tuhan. Kelahirannya di Dagestan bagi menyedarkan penduduknya supaya bersatu," kata seorang ahli parlimen di wilayah itu, Akhmedpasha Amiralaev. - Agensi Menurut kenyataan majlis itu, mengikuti perintah Allah dan meninggalkan segala persengketaan, mewujudkan keamanan sesama umat Islam dan dengan jiran, membersihkan diri daripada dosa dan mula mengamalkan prinsip kejiranan selain bermaaf-maafan menyebabkan penduduk Islam di negara tersebut akan mendapat keampunan Allah.

Menurut beberapa laporan, ibu bapa Ali yang tinggal di bandar Kizlyar di wilayah Dagestan dan kalangan imam tempatan mendakwa ayat suci al-Quran itu muncul pada hari Isnin dan Jumaat sebelum hilang dan digantikan dengan ayat baru.

Salah satu ayat itu bermaksud: "Allah ialah Pencipta segala yang ada.".
Apabila ayat suci seterusnya muncul, Ali tidak dapat tidur sepanjang malam dan mengalami demam dengan kepanasan badannya tidak dapat dikurangkan walaupun dengan menggunakan ubat-ubatan kuat.
Semasa dia dilahirkan, Ali didapati menghidap penyakit jantung dan berkaitan dengan otak tetapi dia sembuh sepenuhnya selepas ayat al-Quran mula muncul pada tubuhnya. -Agensi

MOSCOW - Pakar-pakar perubatan di Rusia bingung berikutan penemuan ayat-ayat suci al-Quran dan Arab pada kulit seorang bayi berusia sembilan bulan di Dagestan, Rusia, lapor sebuah akhbar semalam.
Ayat-ayat itu muncul pada belakang, tangan, kaki dan perut Ali Yakubov pada setiap malam Isnin dan Jumaat sebelum hilang tetapi diganti dengan beberapa ayat al-Quran baru dua kali seminggu.

Pakar-pakar perubatan Rusia menyatakan, mereka tidak tahu bagaimana fenomena itu boleh berlaku selepas perkataan Allah mula muncul pada dagu bayi tersebut ketika dia berusia beberapa minggu.
Namun, ketika mengulas mengenainya, pakar-pakar perubatan dan keluarga bayi itu mengaku bahawa ayat-ayat suci itu menjelma sendiri pada badan Ali dan bukan ditulis oleh manusia.
"Ali akan berasa kurang sihat manakala suhu badannya meningkat kepada 40 darjah Celsius setiap kali ia berlaku menyebabkan dia menangis," kata ibunya Madina Yagubova.

Kini, tempat Ali dilahirkan iaitu di Kampung Red Oktober, Dagestan menjadi tumpuan orang ramai yang mahu melihat keanehan itu.

Paparan mengenai kejadian aneh di Dagestan, wilayah selatan Rusia yang menjadi sasaran pertempuran antara tentera Rusia dengan pejuang-pejuang Islam itu turut dipaparkan di laman perkongsian video YouTube.

"Ali merupakan tanda kebesaran Tuhan. Kelahirannya di Dagestan bagi menyedarkan penduduknya supaya bersatu," kata seorang ahli parlimen di wilayah itu, Akhmedpasha Amiralaev. - Agensi

Kenaikan Harga Minyak Ron95 Naik Jun 2014? 4 Faktor Kenaikan Harga Minyak Untuk Rakyat Marhaen di Malaysia!

Kenaikan Harga Minyak Ron95 Naik Jun 2014? 4 Faktor Kenaikan Harga Minyak Untuk Rakyat Marhaen di Malaysia!


harga minyak ron95
Kenaikan Harga Minyak Ron95 Naik Jun 2014? 4 Faktor Kenaikan Harga Minyak Untuk Rakyat Marhaen di Malaysia: Kali terakhir kerajaan Malaysia bertindak berani dan drastik mengumumkan kenaikan harga minyak petrol RON95 naik (iaitu minyak untuk kelompok marhaen) adalah pada 3 September 2013 (KLIK SINI).
Selepas 7 bulan berlalu, alhamdulillah harga minyak RON95 terus kekal walaupun dalam keadaan ringgit Malaysia terus kekal masih lemah dibandingkan dengan dolar Amerika. Tetapi…..
Tetapi…….harga minyak RON95 seperti yang ditawarkan sekarang kepada kelompok rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah dan serdahana iaitu RM2.10 seliter dilihatkan tidak bertahan lama. Bila-bila masa sahaja boleh berubah. Ada 4 faktor di sini :

4 Faktor Kenaikan Harga Minyak RON95 Naik Untuk Rakyat Marhaen di Malaysia JUN 2014?

kenaikan harga minyak
  1. Pergolakan antara Rusia dan Ukraine (Laporan Berita Harian)
  2. Kajian semula kerajaan Libya terhadap eksport minyak untuk pasaran dunia (Laporan Berita Harian)
  3. Laporan berita media arus perdana mengenai kadar penyeludupan minyak Malaysia ke negara jiran cukup tinggi dan permintaan tinggi terhadap harga minyak Malaysia (Laporan Kosmo)
  4. Dan yang terakhirnya dan tidak asing lagi terma untuk rakyat Malaysia “dasar rasionalisasi subsidi” & “pelarasan harga minyak di Malaysia” (Kehendak Kerajaan Malaysia)
Subsidi Ron 95
Semakan Berita Semasa terhadap paras dagangan Amerika Syarikat West Texas Intermediate (WTI) bagi pengagihan bekalan pada Mei ditutup pada harga AS$103.76 setong, meningkat 14 sen ketika ditutup pada Jumaat minggu lepas. Manakala harga minyak mentah Brent North Sea pada Mei juga meningkat AS$1.47 kepada AS$109.07 setong di London.
Berita Semasa perhatikan negara Ukraine diambang kemusnahan sepertimana yang pernah berlaku dalam sejarah Georgia apabila bertindak kepada pemisah dan rakyat berketurunan Rusia di mana USA dan NATO hanya mampu berpeluk tubuh sahaja.
Jarang diperhatikan berita penurunan harga minyak dunia dilaporkan di media arus perdana. Jarang sekali. Tetapi apabila harga minyak naik? Ehem…
Harga Minyak Dunia
P/S : Berita Semasa menjangkakan harga minyak RON95 akan naik tidak lama sahaja lagi semuanya atas kesan daripada PetroDollar.
PP/S : Sumber yang Berita Semasa perolehi setakat ini dijangka harga minyak RON95 akan naik bulan Jun 2014 ini. Mungkin? Walaubagaimanapun, nantikan pengumuman rasmi daripada Perdana Menteri Malaysia pada tengah malam menjelang kenaikan rasmi harga minyak RON95 kelak.

“Najib malukan Malaysia, lari dari jawab isu MH370″

“Najib malukan Malaysia, lari dari jawab isu MH370″

Anwar lagiPADANG BESAR 17 APR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hanya memalukan negara Malaysia dengan tindakan melarikan diri dari ditemubual media antarabangsa mengenai pesawat MH370,” kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Bila media antarabangsa nak tanya dia, dia lari pergi mana tak tau. Tak mahu jawab soalan dari luar negara.
“Ini memalukan negara. Hang (kamu) sebagai PM jawablah.

“Ini bagi aku yang jawab. Lepas itu marah-marah, tak paus hati nak sumbat aku dalam penjara,” katanya dihadapan 3,000 hadirin di program jelajah Reformasi 2.0 di Perlis semalam.
Katanya, rakyat sekarang ini semakin jelas menunjukkan kebencian terhadap pentadbiran Najib yang semakin kucar-kacir sejak pilihan raya umum Ke-13 yang lalu.

“Bukan sahaja rakyat kita yang benci, luar negara pun dah benci. Dia cakap putar belit, salahkan orang lain, suka tuding jari.

“Bukan nak jaga negara tetapi nak jaga cincin berlian. Nak jaga kroni dia, nak jaga kontrak berbilion-bilion.
“Rakyat sudah bangkit. Siap-siaplah kamu Umno dan Barisan Nasional,” kata Anwar.

Tim Saifuddin: Nak menang PRU, sokong kami SIRI 11

Tim Saifuddin: Nak menang PRU, sokong kami

Kumpulan “Menuju Masa Depan” yang diketuai Datuk Saifuddin Nasution Ismail hari ini memberi tawaran untuk memenangi Pilihan Raya umum ke-14 (PRU14).

Saifuddin berkata gagasan yang dibentangkan beliau dan sekutunya calon naib presiden Rafizi Ramli dan Nurul Izzah Anwar bakal membaris tiga tumpuan khusus bagi mencapai matlamat itu.

Antaranya adalah untuk menarik golongan muda pelbagai latar belakang menyertai parti kerana berdasarkan data pengundi, majoriti pengundi pada PRU14 bawah 30 tahun.

"Hanya 35 hingga 38 peratus anggota PKR di bawah umur 35 tahun. Kita mahu lebih 50 peratus golongan muda.

"Kunci kejayaan parti kelak adalah barisan pimpinan yang boleh mendekati dan menjiwai kumpulan pengundi muda ini," kata beliau dalam sidang media hari ini.

Saifuddin yang muncul bersama Rafizi dan Izzah hari ini turut mahu menarik pemimpin muda yang berada di luar parti untuk memastikan agenda mendepankan pemimpin muda dengan lebih tersusun.

"Lebih utama, bakat kepimpinan dari golongan muda yang belum menyertai PKR perlu dibawa masuk.

Muktamad pembahagian kerusi

"Satu program khusus untuk merekrut pimpinan muda dari golongan professional melalui program mentor dengan pimpinan kanan parti perlu diadakan segera supaya jumlah kepimpinan muda di dalam parti naik mendadak," katanya.

Dengan pengalaman beliau dalam jawatankuasa perundingan kerusi peringkat parti dan Pakatan Rakyat sejak 1999, Saifuddin berkata beliau akan memastikan rundingan kerusi dan calon bagi setiap kerusi dimuktamadkan secepat mungkin.

Beliau turut mensasarkan parti itu dapat menyaring dan memilih calon bagi setiap kerusi seawal Ogos depan dan rundingan dimuktamadkan selewat-lewatnya Mei 2015 kerana semua parti dalam Pakatan sudahpun mempunyai tempat masing-masing.

Katanya, pembahagian kerusi yang dibuat awal dapat mengelak 'kekecewaan' yang bakal menjejas persediaan jentera dan kontroversi dari parti sendiri.

"Kita dah ada kaedah yang 'established' (sedia ada). Kita ada beberapa peringkat kumpulan kerusi. Peringkat satu, kerusi yang sinonim dengan parti seperti Permatang Pauh untuk PKR, Marang (PAS) dan Tanjong (DAP). Ini tak boleh dituntut parti lain.

"Peringkat dua kawasan yang dimenangi dalam pilihan raya sebelum-sebelum ini. Parti lain tak boleh tuntut kawasan seperti Lembah Pantai dan Pandan. PKR tak boleh tuntut kerusi seperti Ipoh Timur dan Seputeh contohnya," katanya.