Tim Saifuddin: Nak menang PRU, sokong kami
Kumpulan “Menuju Masa Depan” yang diketuai Datuk Saifuddin Nasution
Ismail hari ini memberi tawaran untuk memenangi Pilihan Raya umum ke-14
(PRU14).
Saifuddin berkata gagasan yang dibentangkan beliau dan sekutunya calon naib presiden Rafizi Ramli dan Nurul Izzah Anwar bakal membaris tiga tumpuan khusus bagi mencapai matlamat itu.
Antaranya adalah untuk menarik golongan muda pelbagai latar belakang menyertai parti kerana berdasarkan data pengundi, majoriti pengundi pada PRU14 bawah 30 tahun.
"Hanya 35 hingga 38 peratus anggota PKR di bawah umur 35 tahun. Kita mahu lebih 50 peratus golongan muda.
"Kunci kejayaan parti kelak adalah barisan pimpinan yang boleh mendekati dan menjiwai kumpulan pengundi muda ini," kata beliau dalam sidang media hari ini.
Saifuddin yang muncul bersama Rafizi dan Izzah hari ini turut mahu menarik pemimpin muda yang berada di luar parti untuk memastikan agenda mendepankan pemimpin muda dengan lebih tersusun.
"Lebih utama, bakat kepimpinan dari golongan muda yang belum menyertai PKR perlu dibawa masuk.
Muktamad pembahagian kerusi
"Satu program khusus untuk merekrut pimpinan muda dari golongan professional melalui program mentor dengan pimpinan kanan parti perlu diadakan segera supaya jumlah kepimpinan muda di dalam parti naik mendadak," katanya.
Dengan pengalaman beliau dalam jawatankuasa perundingan kerusi peringkat parti dan Pakatan Rakyat sejak 1999, Saifuddin berkata beliau akan memastikan rundingan kerusi dan calon bagi setiap kerusi dimuktamadkan secepat mungkin.
Beliau turut mensasarkan parti itu dapat menyaring dan memilih calon bagi setiap kerusi seawal Ogos depan dan rundingan dimuktamadkan selewat-lewatnya Mei 2015 kerana semua parti dalam Pakatan sudahpun mempunyai tempat masing-masing.
Katanya, pembahagian kerusi yang dibuat awal dapat mengelak 'kekecewaan' yang bakal menjejas persediaan jentera dan kontroversi dari parti sendiri.
"Kita dah ada kaedah yang 'established' (sedia ada). Kita ada beberapa peringkat kumpulan kerusi. Peringkat satu, kerusi yang sinonim dengan parti seperti Permatang Pauh untuk PKR, Marang (PAS) dan Tanjong (DAP). Ini tak boleh dituntut parti lain.
"Peringkat dua kawasan yang dimenangi dalam pilihan raya sebelum-sebelum ini. Parti lain tak boleh tuntut kawasan seperti Lembah Pantai dan Pandan. PKR tak boleh tuntut kerusi seperti Ipoh Timur dan Seputeh contohnya," katanya.