Ulama atau profesional: PAS wajar mendepani zaman

Ulama atau profesional: PAS wajar mendepani zaman

Kemelut ulama atau profesional ditimbulkan semula dalam suasana kempen merebut kepimpinan tertinggi PAS.

Isu yang telah selesai pada era ustaz Fahdil Noor itu sengaja ditimbulkan oleh anasir-anasir di luar PAS apabila kesemua kerusi-kerusi penting parti menempatkan calon dari kalangan ulama dan profesional. Kerusi Timbnalan Presiden meletakkan Mat Sabu mewakili profesional dan Nik Amar mewakili ulama, Naib Presiden Mahfuz, Salahudin dan Husam dalam kelompok profesional manakala Tuan Ibrahim dan Abu Bakar Chik adalah ulama. Begitu juga calon pemuda PAS Suhaizan Kaiyat dan Zulhasmi adalah profesional sementara Kamarulzaman berpendidikan agama.

Walau bagaimanapun istilah profesional itu sendiri pernah didebatkan dalam PAS kerana ulama yang tinggi ilmu dan hebat dalam menyampaikan ceramah juga dianggap profesional. Isu ini telah pun hilang buat sementara dalam pemilihan 2011 lalu. Ketika itu pihak musuh - macai-macai Umno - menggunakan istilah Erdogan pro Anwar dalam melabelkan kumpulan Mat sabu, Mahfuz dan Husam. Manakala media pro Umno pula membuka ruang kepada Nasharudin Mat Isa untuk mempertahankan jawatan.

Isnin lalu, Presiden PAS Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengharamkan ahli dan perwakilan PAS menari mengikut rentak musuh. Bermakna apa sahaja yang dibawakan oleh pemimpin Umno dan media mereka haram dijadikan pegangan oleh perwakilan dalam memilih saf kepimpinan.

Profesional, Erdogan

Pengharaman itu amat wajar apabila label yang digunakan bertukar-tukar. Dari profesional kepada Erdogan dan balik semula kepada profesional. Sekiranya kandungan makanan dilabelkan seperti itu maka Kementerian Kesihatan akan mengharamkan produk berkenaan kerana mengelirukan pengguna.

Sesungguhnya musuh PAS amat terdesak untuk meletakkan golongan yang tidak turun ke jalan raya menerajui parti. Mat Sabu terlibat secara langsung dalam demonstrasi Bersih 1, 2 dan 3 manakala calon Ketua Pemuda (sekiranya dipilih) Suhaizan Kaiyat terlibat menjayakan demostrasi anti PPSMI yang menjadi duri dalam daging kepada BN sehingga mereka memansuhkan bahasa Inggeris sebagai pengantar subjek matematik dan sains. Selepas ini, idea menaikkan harga bahan bakar dan barang keperluan pasti akan ditentang habis-habisan.

GST yang akan dilaksanakan pada 2015 mungkin tertangguh sekiranya PAS mengerakkan sejuta ahlinya berdemonstrasi saban minggu. Begitu juga idea untuk mengurangkan jangka hayat kereta sehingga 12 tahun.

Malaysia bukan lagi milik umno BN jika PAS dipimpin oleh aktivis. Rancangan untuk menyembelih rakyat secara lebih meluas akan terbantut. Inilah kebimbangan Umno yang mengerahkan pemimpinnya dan media arus perdana menyerang dan membujuk perwakilan PAS.

Termasuk dalam rancangan itu adalah adu domba perlaksanaan hudud di Kelantan. Tiba-tiba Annuar Musa bebas melahirkan sokongan terbuka ke atas undang-undang hudud tanpa dimarahi Najib Razak atau Dr Mahathir. Sejak bila Umno toleran kepada Hudud? MCA pula menyalahkan DAP kerana tidak menentang Hudud. Shahidan Kasim terbuka andai Hudud dibawa ke parlimen.

Strategi ini jelas menunjukkan garis sokongan Umno kepada kelompok tertentu dalam pemilihan PAS. Ia juga serampang dua mata, mengharapkan DAP akan melenting dan memudahkan Umno mengipas perwakilan PAS agar mencadangkan parti itu meninggalkan Pakatan Rakyat.

Hasan Ali

Tiba-tiba pula muncul idea untuk memasukkan semula bekas Naib Presiden PAS Dr Hasan Ali ke dalam parti itu. Hal ini lebih pelik. Bagaimanakah seorang pemimpin yang telah dipecat atas kesalahannya ingin dimasukkan semula ke dalam parti. Tidak ada sesiapa yang wajar mendengar komen Hasan walau apa pun alasannya. Hasan bukanlah pemimpin PAS yang berjasa. Beliau masuk ke dalam PAS pada era Reformasi ketika parti berada dipuncak. Hasan tidak sebaris dengan Mat Sabu, Mahfuz, Salahuddin dan sebagainya yang menanggung jerih perih perjuangan ketika PAS dipulaukan masyarakat.

Hasan Ali naik atas pengaruh Anwar Ibrahim yang mendekam di penjara. Kemudian beliau menjadi penentang kuat Anwar di kalangan pemimpin PAS. Oleh itu, ahli PAS sama sekali tidak boleh walak kepada Hasan dan memberi muka kepada pemimpin ini untuk kembali.

Satu lagi yang menjadi ancaman kepada pertimbangan perwakilan adalah kononnya Mat Sabu akan mengambil alih jawatan presiden secara automatik. Hal ini juga ditimbulkan oleh musuh PAS. Mereka tidak faham PAS dipimpin oleh Mursyidul Am dan Dewan Ulama selain presiden. Calon pilihan raya PAS ditentukan oleh Dewan Ulama sebelum diperkenankan Presiden. PAS akan tetap menjadi parti Islam buat selama-lamanya tidak kira siapa pun presiden.

Sekiranya ahli tidak mahu Mat Sabu menjadi presiden mereka boleh memilih ulama lain untuk diletakkan di kedudukan itu. Barisan kepimpinan Pemuda PAS telah menunjukkan sistem jawatan yang cantik untuk jadi panduan ahli.

Ketua dan Timbalan Ketua Pemuda tidak mempertahankan jawatan. Jawatan bebas diisi dengan tokoh-tokoh mengikut kehendak ahli. Cara ini juga boleh dilakukan sekiranya dua tahun lagi Tuan Guru Hadi Awang ingin bersara. Ahli PAS boleh mencadangkan sesiapa yang layak untuk dipertandingkan. Mat Sabu akan kekal dengan jawatannya atau diturunkan.

PAS bukan Umno yang jawatan tertinggi parti diambil alih timbalan. Sistem pemilihan PAS telah teruji sejak sekian lama dan berjaya menaikkan pemimpin berbakat untuk menerajui parti.

Kepada perwakilan, pemilihan kali ini amat penting kerana barisan kepimpinan akan menentukan rakyat terbela atau tidak. Sekiranya kepimpinan yang kurang tegas dipilih maka 1001 cukai baharu akan menanti rakyat Malaysia. Pada PRU ke 14 PAS pasti akan dihukum kerana tidak mampu membela rakyat menghadapi penindasan BN.

Rosmah jadikan jet eksekutif ibarat bas Tong Fong! (LM)

Rosmah Mansor kembali ‘mengganas’

Setelah sekian lama agak menyepikan diri daripada sorotan cerita-cerita sensasi, isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor secara tiba-tiba kembali menjadi bahan bualan rakyat.

Puncanya hanyalah kerana beliau menghadiri Forum Ahli Perniagaan Wanita Antarabangsa ke-4 di Qatar, minggu lalu dengan menggunakan jet eksekutif. 

Shahidan 'cuci' jet untuk jek Rosmah (LM)

Isu biaya jet Rosmah dipersoal bertalu-talu

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim mempertahankan isteri perdana menteri, Rosmah Mansor dalam isu pembiayaan kerajaan terhadap jet eksekutif swasta dalam lawatannya ke Qatar awal bulan ini.

23 Remaja Hilang Di Villa Nabila Angkara Hantu - Fakta Atau Auta?



 JANGAN DOK KALUT SOAL ORANG HILANG JIKA TAK ADA BERITA DARI PIHAK BERKUASA. TAKUTKAN Umno  LAGI ADA FAEDAH SEBAB Umno PUN SAMA GAK CAM HANTU YANG PANDAI MENGHILANGKAN DUIT DAN MEMBALUN HARTA WANG HINGGIT RAKYAT.  http://sozcyili.blogspot.com/2013/11/23-remaja-hilang-di-villa-nabila.html

23 Remaja Hilang Di Villa Nabila Angkara Hantu - Fakta Atau Auta?

Kepala hotak Soz Cyili on Monday, November 18, 2013
Sekarang neh depa dok kata ada 23 orang hilang selepas memasuki villa Nabila. Heboh la kat media sosial pasal villa Nabila neh. Angkara hantu bagai. Sekali baca memang seram gile ah la kan. Korang boleh tengok juga gambar2 kat bawah neh. Di mana dorang cakap POLIS pun dah sampai kat sini untuk mencari 23 remaja yang hilang tue.

Sebelum tue yang masuk ke dalam villa tue 30 orang. Tapi 7 dari mereka berjaya keluar hidup2. Manakala 23 lagi tak keluar sampai la sekarang neh. Tatau hidup mahupun mati.

Lihat gambar2 berkaita dulu ;





Aku terai godek2 berita mengenai isu kehilangan 23 remaja neh. Aku tengok HARAM ada. Kalau betul ada 23 remaja hilang, apsal tak keluar paper? Apsal tak keluar berita? Apsal mak bapak tak cakap apa2? So kat sini aku dah rasa pelik la juga kan.

Kalau betul ada kehilangan mesti wartawan dah kecoh2 punya. Ini kan Malaysia beb. Apsal sampai sekarang takde sapa2 yang tampil update isu mengenai kehilangan neh?

Tue satu part.

Yang kedua. Yelah ko nak kata polis dah berkumpul apa bagai kat situ. Apsal polis tak update apa2 pun kat wall rasmi depa? Kat facebook polis, kalau ada apa2 kes terkini yang polis sedang siasat, polis mesti update punya la. Aku tahu la sebab aku follow semua berita2 polis neh. Aku kan rakyat yang bertanggungjawab.

Muahaha..

Yang ketiga. Aku nampak depa dok sibuk dok update citer orang hilang la ada kaitan dengan hantu bagai la apa la. Please la.

Apa jadahnya ko ingat hantu nak culik dan bunuh orang?

Hantu selalunya di sinonimkan dengan syaitan. Apa yang syaitan suka buat? Sesatkan manusia. Point? Untuk masuk neraka. So? Ko fikir hantu akan bunuh orang? No way.

Apa yang hantu nak buat [konon la kalau hantu tue wujud kan] ialah dia nak manusia2 itu sesat dan jauh dari perintah Allah supaya masing2 boleh masuk neraka bersama2 geng2 syaitan.

Takan mao la dia nak manusia2 itu mati.

Kalau mati dalam keadaan jahil dia suka la. Bukan mati dalam keadaan beriman.

Kesimpulan nya citer2 pasal hantu neh memang aku tak percaya. Manusia jek yang suka buat kerja2 jahat neh. Hantu [syaitan] pun jahat juga. Tapi limit dia ialah hasut manusia buat benda sesat. Dan manusia mungkin mati akibat terlibat dalam benda sesat. Bukan sebab mati kena culik dan bunuh dengan hantu.

Dan sebaran citer2 merepek tanpa kesahihan yang nyata memang mengarut. Mengajak manusia takut pada benda2 begini nak buat apa kau?

Akal ada ke takde hah?

Aku harap berhenti la sebar benda2 mengarut. Kalau betul 23 remaja hilang, oke fine, jom sebarkan gambar2 depa supaya kita boleh bantu mereka kembali pulang ke pangkuan keluarga. Jangan2 bukan hilang tapi tersesat sebab lokasi macam hutan2 aje.

Rujuk gambar lagi kat bawah neh ;




Sudah2 la tue memperbodohkan minda orang melayu. Kalau betul depa hilang, buktikan. Jangan buat citer sembang kencang oke. Kalau sungguh hilang aku takde hal nak percaya benda2 gini. Yang aku susah nak percaya, kehilangan dorang pun tak sahih lagi tapi heboh macam apa. Siap heret polis apa bagai lagi.

Adoyaiii..

BTW, POLIS mohon ulas boleh?

Betul ke depa hilang ataupun tidak?

Rujukan kat bawah neh hah ;



Gambar Misteri 23 Remaja Hilang di Villa Nabila, Johor Bahru JB Palsu @ Benar? Cerita & Kisah Terkini?

Gambar Misteri 23 Remaja Hilang di Villa Nabila, Johor Bahru JB Palsu @ Benar? Cerita & Kisah Terkini?

 
villa nabila Johor
Berita cerita 23 remaja hilang di Villa Nabila Johor Bahru (JB) : Sekarang tersebar luas di Internet terutamanya di Facebook dan blog Malaysia dikatakan seramai 23 remaja hilang daripada 30 orang remaja yang telah masuk ke Villa Nabila, Johor Baru pada 18 November 2013. Sehinggakan…..
Ada cerita yang mengatakan 23 remaja yang hilang didakwa telah disorok oleh hantu (makhluk halus yang menghuni Villa Nabila, Johor Bahru itu). Itu kata mereka…..
Berita & tersebarnya cerita 23 remaja hilang di Villa Nabila Johor Bahru telah menyebabkan jalan sesak di depan Pantai Lido seawal pagi tadi. Kesesakan telah berlaku dari Jalan Skudai ke Danga Bay dek kerana penyebaran cerita dan kisah 23 remaja hilang ini.
kisah villa nabila johor
Walaubagaimanapun, semakan Berita Semasa terhadap laporan & kenyataan rasmi pihak polis sehingga ke sekarang ini hanya menerima 1 laporan polis mengenai kehilangan anak mereka. Persoalan Berita Semasa yang lain, Kemana perginya 22 keluarga lain??

Gambar Remaja Hilang di Villa Nabila Johor Bahru?

Cerita Villa Nabila JohorLaporan tepat yang Berita Semasa perolehi adalah di mana Timbalan ketua Polis Johor Bahru Selatan, Supritendan Abdul Samad Salleh mengatakan, remaja berasal dari Majidee itu dilaporkan keluar dari rumah sejak kelmarin dan tidak pulang sehingga ke hari ini selepas remaja berusia 16 tahun dilaporkan hilang selepas memasuki Villa Nabila, Johor Bahru (JB) berkenaan bersama beberapa rakannya.
Ibu kepada remaja hilang di Villa Nabila Johor ini, Mohd Izzat Izzudin Hussin, 16 tahun telahpun membuat laporan polis di Balai Danga Bay pada pukul 1 pagi tadi 18 November 2013 (isnin)
misteri villa nabila johor

Gambar Sekitar Kejadian Kisah Kehilangan Remaja di Villa Nabila Johor Bahru?

 P/S : Jadi, nasihat Berita Semasa untuk mengelakkan keadaan tidak senang seperti yang berlaku sekarang, lebih-lebih lagi pelbagai versi cerita dan kisah berkenaan kononnya misteri 23 remaja yang hilang ini, nantikan sahaja tindakan dan pengesahan daripada pihak polis sendiri.

WAJIB BACA.PAS perlu pertahan tahaluf siyasi, jangan tinggalkan PR

PAS perlu pertahan tahaluf siyasi, jangan tinggalkan PR


ULASAN : RIDUAN SHAMSUDIN  &  AMIRUDDIN AHMAD

Ulasan: Bahang Pemilihan Agung PAS semakin panas berikutan pendedahan ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad wujudnya adu domba golongan berhaluan kanan dalam parti itu yang ingin membawa PAS meninggalkan Pakatan Rakyat.

Pada sisi lain, Umno telah memulakan serangannya dengan kenyataan Annuar Musa bahawa beliau menyokong pelaksanaan Hudud di Kelantan. Sehari selepasnya MCA menyerang DAP kerana gagal menghalang hukum Hudud dilaksanakan. Sekali lagi DAP dan PAS akan berlaga.

Isu Hudud yang tiba-tiba timbul adalah serangan terancang Umno menjelang Muktamar PAS bagi menaikkan sokongan golongan anti PR kepada barisan calon berhaluan kanan pada pemilihan kelak.
Sebelum ini, spekulasi telah bertiup kencang sejak mutaqa ulama di Kota Sarang Semut, Kedah dua bulan lalu terdapatnya ura-ura PAS akan meninggalkan PR. Malah di peringkat Dewan Ulama, perdebatan isu  tersebut tidak pernah selesai sejak kerjasama PAS bersama-sama PKR dan DAP pada 1999 lalu.

Dewan Ulama menentang kerjasama bersama parti-parti bukan bertunjangkan Islam, apatah lagi yang datang dari serpihan Umno. Alasan dikemukakan, PAS pernah dikecewakan oleh Semangat 46 dalam kerjasama tahun 1989 – 1996.

Sejak itu, mana-mana parti yang bukan memperjuangkan Islam secara total diragui komitmen mereka. Apatah lagi penyokong perjuangan Anwar Ibrahim yang dilihat liberal pada kaca mata ulama PAS. Menentang pendapat itu adalah agenda tahaluf siyasi yang dibawa Presiden PAS almarhum Fadhil Noor, yang kebetulan abang angkat Anwar Ibrahim.

Beliau lebih kenal adik angkatnya berbanding ulama PAS. Beliau bertegas isu Anwar ketika itu bukanlah isu politik semata-mata tetapi pemerintah menzalimi seseorang yang tidak bersalah. Anwar adalah simbol kepada kezaliman dan ketamakan kuasa Umno.

Akhirnya, idea Fadhil diterima oleh golongan pro pembaharuan dalam PAS dan parti itu masuk pilihan raya 1999 dengan bekerjasama  dengan Parti Keadilan Nasional dan DAP.


Bersatu bersama Umno


Bagaimanapun, pemimpim berhaluan kanan dalam PAS didakwa tidak berpuas hati terhadap beberapa perkara dalam kerjasama Barisan Alternatif ketika itu termasuk penubuhan parti selain PAS untuk membawa suara Melayu. Mereka terus mempersoalkan peranan tokoh lain, selain presiden PAS memimpin kebangkitan ummah.


Apabila DAP yang pernah meninggalkan Barisan Alternatif pada 2000 dan masuk semula pada 2008 dalam Pakatan Rakyat, penentangan untuk bekerjasama dengan parti-parti pembangkang menjadi serius. Kemasukan DAP dilihat menolak agenda Islam.


Golongan berhaluan kanan berpendapat PAS tidak wajar meneruskan kerjasama dengan DAP dan lebih baik bersatu bersama Umno. Isu kalimah Allah menjadikan golongan ortodok ini semakin teruja dengan idea bersama Umno berbanding PKR dan DAP.


Mereka termakan dengan slogan perjuangan Umno memperjuangkan Ketuanan Melayu. Walaupun ketuanan itu hanya ditulis di atas kertas, hakikatnya 1.5 juta ekar Tanah Rizab Melayu hilang sejak Umno memerintah pada 1957.


Kalimah Allah adalah juga adalah ketetapan di atas kertas, hakikatnya Umno lebih banyak memesongkan ajaran Islam daripada menegakkan syiar. Namun atas perpaduan Melayu Islam maka Umno dilihat lebih baik berbanding kerjasama dengan PKR dan DAP.


Mereka sanggup memejamkan mata terhadap kes tembakan maut, rompakan bersenjata api, korupsi dan salah guna kuasa oleh sebuah kerajaan yang tidak layak memerintah daripada beralih kepada kerajaan baharu yang tidak mengutamakan Ketuanan Melayu.


Hal inilah yang perlu dihadam oleh perwakilan sebelum memilih kepimpinan baru PAS pada muktamar nanti. Perwakilan perlu menentukan sama ada pimpinan baharu akan mengekalkan tahap kerjasama dengan PR yang telah sedia terjalin dan memberi keuntungan selama ini atau saf kepimpinan yang ingin menilai semula kerjasama dalam PR.


Dewan Ulama menyuarakan perlunya PAS menjadi parti dominan dalam PR. Bagaimanapun perkara itu bukanlah sesuatu yang perlu diutamakan dalam perjuangan . PAS tidak perlu menjadi Umno dalam Barisan Nasional. Umno memutuskan semua perkara dan MCA serta MIC hanya menjadi pengekor sahaja. Akibatnya masyakarat Cina dan India beralih kepada PR.


Kuasa mutlak Umno pula akhirnya menyebabkan wujudnya dua golongan. Iaitu, penguasa Umno dan rakyat biasa Melayu. Penguasa memperhambakan rakyat mencari wang buat mereka.


Dengan memilih saf kepimpinan yang tidak lantang menyuarakan masalah rakyat PAS akan ketinggalan berbanding parti-parti lain. Sekiranya PAS tidak menggerakkan demonstrasi jalanan seperti tahun 2007, 2011, 2012 dan 2013 pasti nasib parti itu lebih buruk dalam pilihan raya lepas.

Keseimbangan kuasa

Hakikat yang tidak dapat dilihat oleh PAS ialah keseimbangan kuasa yang dimainkan oleh parti itu dalam menyalurkan kemarahan rakyat secara terkawal. Sekiranya PAS tidak lagi mendominasi demonstrasi jalanan sebagaimana yang sukses dilakukan di bawah kepimpinan Mat Sabu maka kemarahan rakyat akan diluah secara yang lebih ganas.


Bayangkan sekiranya tunjuk perasaan besar berlaku tanpa pemimpin, sebagaimana Arab Springs. Rakyat tidak menghormati arahan sesiapa pun, maka negara akan menerima kesan yang buruk. Umno terlalu licik perancangannya untuk diikuti oleh PAS. Umno boleh memusnahkan negara hanya untuk menyambung hayat kuasa.

Menurut keputusan pilihan raya 2013, hanya 45 peratus Melayu menyokong Pakatan berbanding 90 peratus Cina dan lebih 60 peratus India. Selepas kenaikan minyak, kenaikan harga gula dan pengenalan cukai GST rasanya lebih mudah untuk PR khususnya PAS meningkatkan sokongan Melayu. Jadi, apa perlunya gesaan mengkaji semula penyertaan PAS dalam PR? Peranan PAS hanyalah untuk menambah 10 peratus sokongan Melayu. Perkara itu bukanlah susah sangat

Oleh itu, perwakilan harus melihat agenda untuk PAS tinggalkan PR hanyalah dendam peribadi dan usaha sesetengah pemimpin untuk mencari pengaruh atau telah berjaya diperangkap Umno. Tidak lebih daripada itu.


Tanpa PAS dalam PR, BN akan berkuasa selama-lamanya dan rakyat tidak mempunyai pilihan lain untuk menumbangkan kerajaan zalim selain revolusi. Persoalan asas: Adakah PAS lebih gemar mengheret negara ke kancah revolusi berbanding perubahan secara aman yang boleh dilakukan bersama-sama PR?


Nur Jazlan dinasihat muhasabah diri

KUALA LUMPUR - Tanggapan Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed serong terhadap sebanyak 145,000 perwakilan UMNO adalah tidak adil dan merupakan dakwaan yang serius. 

Bekas Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Aminah Abdullah berkata, Nur Jazlan perlu bermuhasabah diri dengan meletakkan kepentingan parti melebihi kepentingan peribadi.
Berikut adalah kenyataan penuh Aminah berhubung perkara itu:

Nur Jazlan perlu mohon maaf kepada kesemua 145,000 perwakilan UMNO di peringkat bahagian kerana telah memperlekehkan maruah mereka di khalayak ramai. Nur Jazlan telah memberi tanggapan bahawa kesemua 145,000 orang ini hanya memilih pemimpin yang mengamalkan politik rasuah.

Nur Jazlan perlu sedar bahawa kekalahan beliau adalah kerana sikapnya yang kurang disenangi oleh ahli-ahli UMNO. Wang bukanlah faktor kekalahan beliau sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO. Nur Jazlan perlu muhasabah diri serta meletakkan kepentingan parti melebihi daripada kepentingan peribadi.

Nur Jazlan secara sukarela perlu menghadap Lembaga Disiplin kerana beliau telah memperlekehkan 145,000 perwakilan dengan amalan politik rasuah. Ini satu dakwaan yang amat serius dan tidak perlu hingga dipanggil bagi membuktikan beliau seorang ahli UMNO yang berjiwa besar.

kes-demam-denggi-kematian-meningkat-di-seluruh-negara

Jumlah kes demam denggi dan kematian akibat jangkitan itu di seluruh negara sejak Januari hingga 9 November tahun lalu mencatat peningkatan, berbanding tempoh sama tahun lalu.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Kementerian Kesihatan (KKM), Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman, berkata sejumlah 31,170 kes dilaporkan, meningkat sebanyak 67 peratus daripada 18,679 kes yang dilaporkan bagi tempoh sama tahun lalu.

Katanya, kematian akibat jangkitan itu meningkat kepada 63 kematian berbanding 32 kematian iaitu peningkatan sebanyak 97 peratus bagi tempoh sama tahun lalu.

"Di mana serotype dominan DEN 3 pada akhir tahun 2012 dan Januari 2013 bertukar kepada jenis serotype DEN 2 pada tahun ini. Pertukaran serotype adalah salah satu faktor yang menyumbang kepada berlakunya peningkatan kes dan kematian," katanya.

Lokman berkata, 412 lokaliti berwabak denggi dipantau di seluruh negara setakat ini, dengan 79 lokaliti kawasan panas dikenal pasti melibatkan hanya di Selangor.

"Lokaliti kawasan panas ini berlaku di empat daerah di negeri Selangor iaitu 38 lokaliti di daerah Petaling, 30 lokaliti di daerah Hulu Langat, sembilan lokaliti di daerah Gombak dan dua lokaliti di daerah Sepang," katanya.

Beliau berkata, bagi tempoh 3 hingga 9 November lalu (minggu ke-45), sejumlah 1,416 kes demam denggi dilaporkan di seluruh negara dengan tujuh negeri menunjukkan peningkatan kes berbanding minggu sebelumnya.

"Perlis meningkat sebanyak lima kes, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (34 kes), Negeri Sembilan (enam kes), Sarawak (tiga kes), Terengganu (dua kes), Kedah (satu kes) dan Johor sebanyak lima kes," katanya.

Sehubungan itu, katanya, orang ramai diingatkan agar memastikan tiada bekas atau tempat yang berpotensi untuk menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes berada di kawasan kediaman sempena cuti persekolahan yang akan bermula.

"Langkah pencegahan dan kawalan perlu diambil bagi mengelak jangkitan denggi seperti menggunakan bahan penghalau nyamuk pada bahagian badan yang terdedah untuk gigitan nyamuk.

"Terutama pada waktu nyamuk aktif menggigit pada awal pagi dan lewat petang," katanya. - Bernama

NOH OMAR KENA BAMBU


Perisik di pejabat AG, SAMM lapor polis seluruh negara

Perisik di pejabat AG, SAMM lapor polis seluruh negara

KUALA LUMPUR 15 NOV: Solidariti Anak Muda Malaysia(SAMM) menggesa supaya segala aktiviti yang melibatkan Pejabat Peguam Negara (AG) perlu dibekukan segera dan Tan Sri Gani Patail harus diberkas untuk disoal siasat.

Gesaan tersebut dibuat ekoran dakwaan serius Tun Mahathir mengatakan terdapat dua ejen perisik CIA yang bekerja di pejabat Peguam Negara ketika ini.

“Berdasarkan tuduhan Tun Mahathir(Mohamad) yang dinyatakan dalam akuan bersumpah Mat Zain Ibrahim (bekas Pegawai Kanan Polis), negara mungkin dipengaruhi agenda jahat Amerika Syarikat secara terus melalui pejabat AG.

“Keadaan ini tidak boleh dibiarkan berterusan. Polis harus bertindak segera manakala Tun Mahathir harus tampil memberi penjelasan,” kata pengarah propaganda SAMM Edy Noor Reduan (gambar).edy_nor_reduan_samm
Katanya, SAMM tidak menolak kemungkinan kecelaruan dan musibah yang berlaku melibatkan pemalsuan bukti dalam kes fitnah II Datuk Seri Anwar Ibrahim, manakala pengintipan menyebabkan kehilangan Pulau Batu Puteh di mahkamah antarabangsa.

“Pulau Batu Puteh juga tidak wajar terlepas. Namun apakah mungkin ia diatur demi kedudukan strategik Singapura yang menjadi sekutu rapat Amerika Syarikat? soalnya.

Justeru, bagi terus memberi tekanan supaya pejabat AG dibersihkan dari anasir pengintip dan tindakkan lebih agresif, laporan polis akan dibuat oleh SAMM esok (16 November) secara serentak di seluruh negara.
“Laporan polis akan mula dibuat oleh SAMM Pulau Pinang jam 11.00 pagi di Balai Polis Bayan Baru.
“SAMM juga menyeru orang ramai dan aktivis sekutu turut membuat laporan polis di atas kecelaruan yang dibiarkan ini,” gesanya.

Beliau juga menegaskan akan memberi tekanan yang lebih kepada pihak polis sekiranya tidak bertindak dengan sewajarnya mengatasi isu ini.


“Sekiranya polis masih lagi bermain wayang dan tidak bertindak sewajarnya, maka pada tarikh 24 November (Ahad) akan datang, SAMM seru semua aktivis, pengamal kepartian dan orang ramai berkumpul di depan IPD Dang Wangi untuk memberi tekanan yang jauh lebih serius,” tegasnya.

Kenaikan Gaji Naik 2014 di Malaysia Sebanyak 5.7%. Berita Gembira Penjawat Awam & Kakitangan Swasta!

Kenaikan Gaji Naik 2014 di Malaysia Sebanyak 5.7%. Berita Gembira Penjawat Awam & Kakitangan Swasta!

kenaikan gaji 2014
Berita Kenaikan Gaji Naik 2014 di Malaysia : Dikala rakyat berhadapan dengan lonjakan kos sara hidup, terdapat berita gembira yang menanti rakyat Malaysia tidak kira penjawat awam mahupun kakitangan swasta apabila kalangan majikan telah mengunjurkan akan berlakunya….kenaikan gaji naik di Malaysia sekitar 5.7% pada tahun 2014.
Kajian yang terperinci ini dilakukan sendiri melalui kaji selidik oleh Trend Gaji ECA International.
Peranan ECA International adalah pembekal utama dunia bagi pengetahuan, maklumat dan teknologi bagi pengurusan dan tugasan pekerja di seluruh dunia.

gaji naik 2014

Kadar Kenaikan Gaji Naik di Malaysia 2010 – 2013?

  • Kadar kenaikan gaji naik di malaysia tahun 2010 : 5 %
  • Kadar kenaikan gaji naik di Malaysia tahun 2011-2013 : 5.5%
  • Kadar kenaikan gaji naik di malaysia tahun 2014 : 5.7%
Jikalau melihatkan jadual di bawah ini, berita semasa mendapati peratus kenaikan gaji nominal Malaysia pada tahun 2014 lebih tinggi berbanding jiran kta Malaysia walaubagaimanapun masih rendah berbanding Indonesia.
Secara puratanya untuk tempoh 3 tahun terakhir ini kenaikan gaji naik di Singapura hanyalah berlegar pada kadar 4.5% sahaja.
Pengarah serantau ECA Internationa, Lee Quane ada mengatakan pekerja industri Perbankan dan Kewangan di Malaysia akan memperoleh kenaikan tertinggi pada tahun 2014.

Kadar Kenaikan Gaji Naik di Malaysia VS Kos Sara Hidup?

gaji baru naik 2014
Tetapi realitinya pa yang sedang berlaku dan menekan rakyat Malaysia hari ini?
Paling penting bagi Berita Semasa bebanan kos sara hidup perlu distabilkan semula. Sekadar berkongsi.
  • Pembelian strawberi 250gram contohnya di New Zealand $1.34 jer sahaja.
  • Di Malaysia? RM10.00!!
Dengan gaji 3000 dollar contohnya, pelbagai barangan dapat dibeli (perbelanjaan boleh guna). Contohnya?
  • iPhone baru di New Zealand contohnya 300 dollar bagi pendapatan 3,000 dollar
  • iPhone baru di Malaysia pula sekitar RM2,000 dengan gaji RM3,000
Mengapa? Nah…..Berita semasa amat menekankan supaya Malaysia kena kembalikan zaman kegemilangan nilai duit Malaysia sekurang-kurangnya bersamaan 1 kepada 1 dengan Singapore dan juga Brunei. Ini kerana ia penting untuk kesenangan hidup rakyat Malaysia. Tetapi…..tersangatlah menyedihkan kerana ini tidak berlaku, sebaliknya nilai duit rakyat Malaysia semakin jatuh dan jatuh. Something wrong somewhere?
  • US atau New Zealand gaji $3000. Beli kereta kualiti pada nilai $15000 sahaja. Tidak perlu hutang pun boleh beli.
  • Malaysia gaji RM3000. Beli kereta kurang kualiti RM40000-RM50000, jikalau mahu yang berkualiti sedikit perlu berbelanja sehingga RM70000-RM200000. Terima kasih dengan bantuan hutang bank selama 7-9 tahun lamanya
kenaikan gaji baru 2014
Apa respon balas anda pula? Bincangkan kenaikan gaji 2014 dengan bebanan kos sara hidup anda seharian?

Cuepacs UGUT KERAJAAN NAJIB

Najib diberi tempoh tujuh bulan laksana tuntutan Cuepacs



Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman di sidang akhbar di Wisma Cuepacs, hari ini. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 14 November, 2013.


  Kesatuan Kongres Persatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs ) hari ini memberi tempoh sehingga sebelum 30 Jun tahun depan kepada kerajaan untuk meluluskan peruntukan penambahbaikan Sistem Saraan Malaysia (SSM)  sebelum mereka bertindak mengadakan satu kongres khas .

Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman, berkata menerusi Bajet 2014 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Otober lalu, cadangan Cuepacs bagi penambahbaikan 168 skim SSM tidak diluluskan.

"Daripada 279 penambahbaikan skim perkhidmatan yang kita cadangkan, kerajaan hanya meluluskan 81 sahaja.
Antara penambahbaikan yang dituntut oleh Cuepacs ialah faedah pinjaman perumahan daripada 4% kepada  1% dan elaun bantuan sara hidup (Cola).

11 Mac lalu, Najib mengumumkan sistem saraan baru perkhidmatan awam yang dikenali sebagai Sistem Saraan Transformatif (SST).

Pelaksanaan tersebut ialah berdasarkan kepada perubahan-perubahan yang sedang dilaksanakan dan input daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

Najib ketika pengumuman mengenai SSR berkata kerajaan bersetuju dengan tuntutan Cuepacs bahawa semua struktur gaji maksimum dalam Jadual Gaji Minimum-Maksimum diperuntukkan tambahan Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) sebanyak tiga kali berkuat kuasa 1 Januari lalu.

Perdana Menteri berkata, keputusan itu dicapai memandangkan situasi  membabit  182,434 penjawat awam yang berada di paras gaji maksimum pada 2013 menyebabkan mereka tidak dapat menikmati kenaikan gaji tahunan.

Kerajaan juga bersetuju memberi semua penjawat awam faedah pemindahan gaji sebanyak satu KGT diawalkan pada 1 Julai ini bermakna setiap penjawat awam mendapat antara RM80 dan RM320 dimana membabitkan perbelanjaan sebanyak RM1.5 bilion.


Bagaimanapun menurut Osman, Cuepacs melihat pelaksaan  SST yang menggantikan skim lama iaitu Sistem Saraan 1 Malaysia masih mempunyai kekurangan terutama yang melibatkan isu berbangkit seperti imbuhan perumahan, soal gred kumpulan, kenaikan pangkat, mekanisma ganti peperiksaan PTK, struktur gaji dan sebagainya. – 14 November, 2013.

20 jaga Filipina didakwa guna IC palsu, milik orang lain

20 jaga Filipina didakwa guna IC palsu, milik orang lain.Bagaimana sendiket membuat IC palsu  dan  begitu mudah untuk menjadi kerakyatan Malaysia.


PETALING JAYA - Dua puluh warga Filipina termasuk enam wanita hari ini dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret berasingan di sini selepas mengaku bersalah menggunakan kad pengenalan palsu dan kad pengenalan milik orang lain sebagai pengenalan diri.
Kesemua tertuduh yang berumur antara 19 hingga 44 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nazri Omran dan Majistret KB Elina Hong Tze Lan.
Mengikut pertuduhan, 10 daripada tertuduh didakwa menggunakan kad pengenalan palsu sebagai pengenalan diri manakala 10 lagi didakwa menggunakan kad pengenalan milik orang lain di kawasan Blok A dan B, Flat SS8, Jalan SS3/39, Sungei Way di sini pada 2.30 pagi tadi.
Pertuduhan dibuat mengikut Peraturan 25(1)(e) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Mengikut fakta kes, kesemua tertuduh menggunakan kad pengenalan palsu dan kad pengenalan milik orang lain yang beralamat di Sabah.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa daripada Jabatan Pendaftaran Negara Zubaidah Zahol Ahmad. - BERNAMA

Profesional mahu Pas kekal dalam kerangka PKR, DAP

Profesional mahu Pas kekal dalam kerangka PKR, DAP


KUALA LUMPUR - Golongan profesional Pas lebih cenderung membawa parti itu ke dalam pakatan pembangkang berteraskan kerangka yang diinginkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP.

Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Abdullah Zaik Abd. Rahman berkata, sebaliknya, golongan ulama pula mahu mengekalkan Pas pada landasan yang asal.

Menurut beliau, golongan ulama berhasrat memelihara Pas sebagai sebuah parti bebas dan tidak tunduk kepada pengaruh parti-parti lain.

"Walau bagaimanapun, Pas kini diikat kemas oleh perjanjian sedangkan dalam pengertian tahaluf siyasi, parti itu tidak sepatutnya diikat dalam pakatan pembangkang.

"Pas sepatutnya mempunyai hak dan kebebasan untuk membuat keputusan dan dasarnya sendiri," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Abdullah Zaik mengulas perebutan jawatan Timbalan Presiden Pas antara penyandangnya, Mohamad Sabu dan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Amar pada Muktamar Pas Ke-59, 22 November ini.
Abdullah Zaik

Tekad halang golongan liberal kuasai Pas

Tekad halang golongan liberal kuasai Pas


KUALA LUMPUR 13 Nov. - Pengendali akaun Facebook Fikrah Islamiah Pilihan Kami yang identitinya masih menjadi teka-teki bertekad untuk menghalang kemenangan calon-calon liberal dalam Muktamar Pas Ke-59, 22 November ini.

Beliau yang mengakui ahli Pas berkata, pasukannya akan terus berkempen secara sihat bagi menghalang golongan parasit daripada terus merosakkan jemaah dan perjuangan Islam.

Menurutnya, tujuan pasukannya adalah untuk memastikan calon-calon yang berfikrah jelas dalam perjuangan Islam memenangi jawatan-jawatan penting dipertandingkan.

"Kemenangan calon-calon berfikiran liberal seperti Timbalan Presiden, Mohamad Sabu; Naib Presiden, Datuk Husam Musa dan Datuk Mahfuz Omar serta calon Ketua Dewan Pemuda, Zulhazmi Shariff adalah cukup berbahaya untuk parti khususnya dan nasib umat Islam di Malaysia.

"Kemenangan calon-calon liberal ini sudah pasti akan menghalang usaha-usaha penyatuan ummah dan orang Melayu yang telah sekian lama kita idamkan bagi sebuah negara Islam yang menjadi matlamat perjuangan seluruh pencinta parti," katanya dalam kenyataan dipaparkan pada akaun Facebook Fikrah Islamiah Pilihan Kami.

Pada 10 November lalu, Facebook Fikrah Islamiah Pilihan Kami memaparkan imej seekor anjing bagi menggambarkan Zulhazmi.

Zulhazmi menyifatkan taktik itu sebagai 'kempen jijik' dan meminta pucuk pimpinan Pas menyelesaikan siasatan sebelum muktamar bermula.

Berhubung isu tersebut, pengendali akaun Facebook Fikrah Islamiah Pilihan Kami memohon maaf kepada semua ahli Pas terutama para perwakilan.

"Kesilapan ini sebenarnya berpunca daripada ahli baharu dalam pasukan ini yang masih belum luas pengalaman serta terlalu mengikut perasaan dan emosi ketika menulis," jelasnya.

Sementara itu, Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasrudin Hassan dalam kenyataan menerusi akaun Facebook miliknya hari ini menempelak cubaan segelintir pihak mencatur keputusan muktamar parti.

"Ini tidak selayaknya berlaku. Saya sebut, mujur mereka ini tidak menjadi perwakilan. Jika tidak, habislah Pas jadi lunyai seperti roti canai," ujarnya.



PPSMI: Mahathir ulang hujah yang sudah jadi sejarah

PPSMI: Mahathir ulang hujah yang sudah jadi sejarah


KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad masih terperangkap dalam pemikiran kolonial apabila mahu subjek sains dan matematik kembali diajar dalam Bahasa Inggeris, kata Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras) Mohd Azmi Abdul Hamid.

Beliau berkata, pandangan Dr Mahathir harus diketepikan kerana kerajaan sendiri akur dengan kehendak rakyat yang menolak Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).
"Dr Mahathir ulang dan ungkit isu yang sudah selesai dan keputusan sudah dibuat oleh kerajaan supaya dasar ini dimansuhkan.

"Pandangan Dr Mahathir yang mahu PSSMI ini dikembalikan adalah ke belakang dan Dr Mahathir terperangkap dengan pemikiran kolonial," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Dr Mahathir ketika berucap di Persidangan Antarabangsa Pendidikan Guru dalam Dunia Islam di Petaling Jaya semalam merayu agar subjek sains dan matematik diajar dalam bahasa Inggeris kerana berpandangan Bahasa Melayu belum menjadi bahasa sains dan matematik.

Beliau juga dilaporkan berkata, tanpa penguasaan bahasa Inggeris peluang pekerjaan seseorang itu akan menjadi sempit walaupun cemerlang dalam akademik.

Mengulas lanjut, Azmi yang lebih dikenali sebagai Cikgu Azmi berkata, peluang pelajar untuk mempelajari Bahasa Inggeris terbuka luas namun subjek sains dan matematik harus diajar dalam bahsa Melayu kerana sesuatu ilmu itu lebih senang difahami apabila diajar dalam bahasa ibunda.

"Dr Mahathir harus sedar bahawa kita tidak menyekat pelajar-pelajar mempelajari Bahasa Inggeris malah peluang untuk belajar terbuka luas dan ada di mana-mana.

"Namun dalam konteks pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik, kita mahu Bahasa Melayu digunakan kerana bahasa Melayu ialah bahasa ilmu dan tunggak kepada pembangunan bangsa dan budaya," tegasnya.

Sementara itu, Pengerusi Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) Prof Shahrir Md Zin pula berkata, segala hujah yang digunakan dr Mahathir merupakan hujah lapuk dan sudah disanggah oleh banyak pihak.
"Dr Mahathir ulang hujah yang sama, hujah yang sudah jadi sejarah tapi surat khabar suka keluarkan pandangan beliau.

"Saya dan beberapa rakan yang lain sudah lama menjawab hujah-hujah beliau contohnya sains dan matematik tidak sesuai diajar dalam bahasa Melayu.

"Tapi hujah dan pandangan kita tidak dikeluarkan surat khabar, maka pandangan Dr Mahathir tetap menjadi perhatian orang," katanya yang juga dihubungi Harakahdaily.

Tambah beliau juga, tiada alasan untuk kerajaan meneruskan PPSMI sedangkan Kementerian Pendidikan sendiri membuktikan terdapat kemerosotan keputusan akademik pelajar melalui pelaksanaan dasar yang bermula pada 2003 itu.

"Tidak perlu peduli dengan pandangan Dr Mahathir kerana beliau dari dulu lagi mahu PPSMI dilaksanakan dan tak peduli dengan pandangan orang kebanyakan," katanya.

Dalam perkembangan lain, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) berpegang teguh kepada pendirian kerajaan untuk menarik balik pelaksanaan PPSMI kerana statistik Kementerian Pendidikan membuktikan terdapat kemerosotan keputusan akademik pelajar melalui pelaksanaan dasar itu.


Ketua Pengarah DBP, Datuk Dr Awang Sariyan dilaporkan berkata, PPSMI tidak mempunyai hala tuju selain Kementerian Pendidikan membuktikan keputusan pelajar merudum dalam subjek sains dan matematik dan Bahasa Inggeris.


Nurul Izzah bongkar ada 30 polis cawangan khas di London

Nurul Izzah bongkar ada 30 polis cawangan khas di London

KUALA LUMPUR 12 NOVEMBER: Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar mempersoalkan tindakan Kerajaan BN menempatkan 30 anggota polis cawangan khas di London, England.
IzzahPCAhli Parlimen Lembah Pantai itu berkata, kos menempatkan kontinjen tersebut di London dibiayai oleh dana awam sedangkan setahu beliau, tiada ancaman keselamatan dalaman pada Malaysia yang berasal dari negara Eropah itu.
“Bukankah lebih baik sekiranya anggota-anggota cawangan khas tersebut digunakan untuk membuat rondaan di kawasan perumahan di Malaysia,” kata Nurul Izzah, dipetik The Malaysian Insider.
Beliau berkata demikian pada forum mengenai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) di Bangsar, Kuala Lumpur malam tadi.
Katanya, beliau mendapat tahu tentang saiz kontinjen di London itu selepas meneliti laporan Rancangan Malaysia ke-10, laporan bajet tahunan dan jawapan soalan kepada Kementerian Dalam Negeri di dalam Dewan Rakyat.
Nurul Izzah berkata, kontijen London itu merupakan satu lagi contoh pentadbiran Barisan Nasional gagal menggunakan sumber manusia pasukan keselamatan secara efektif bagi menangani jenayah.
Ini kerana, katanya, tugas utama polis yang ditempatkan dalam cawangan khas adalah untuk melakukan intipan terhadap ahli politik Pakatan Rakyat.
“Pada 1954, untuk memerangi Komunis, kita ada 459 polis cawangan khas. Sekarang kita ada 8,200 anggota cawangan khas. Maksudnya kita ada lebih ramai polis cawangan khas sekarang berbanding zaman darurat.
“Jumlah anggota cawagan khas juga bertambah semasa Najib jadi Perdana Menteri. Pada 2008 kita mempunyai 5,000 anggota cawangan khas. Jumlah itu bertambah sebanyak 3,000 semasa pentadbiran Najib,” kata Nurul Izzah.
Beliau berkata, kes jenayah yang bertambah dapat diselesaikan sekiranya anggota cawangan khas ditukarkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah (CID).
Katanya, tahun lalu, cawangan khas menghasilkan 830,000 laporan intipan dan kebanyakannya tentang ahli politik Pakatan, berbanding dengan CID yang menyelesaikan 60,000 kes jenayah.
“Mengapa mereka tidak boleh diletakkan ke dalam CID supaya kita boleh meningkatkan kadar siasatan jenayah,” kata Nurul Izzah.

Anwar dakwa BERNAS hanya untungkan taikun Melayu


GURU KEMPEN HAPUSKAN PBS DAN SPPBS YANG MENEKAN

 

 Gendang perang.

30 ribu guru berkempen bantah PBS dan SPPBS

Ekoran kegagalan kerajaan meringankan beban kerja perkeranian guru sekolah rendah, ada kalangan warga pendidik mewujudkan laman Facebook menuntut supaya Kementerian Pendidikan untuk membuat penambahbaikan atau menghapuskan bebanan mereka.

Aduan mereka berhubung Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) yang dilaksanakan pada 2011 supaya guru berkenaan memasukkan data lengkap dan keputusan peperiksaan pelajar mereka.


Bagaimanapun, masalah yang dihadapi para guru di sekolah terbabit adalah mutu perkhidmatan pelayan komunikasi yang memaksa mereka menghabiskan masa berjam-jam untuk memasukkan data tersebut.

Lebih memburukkan lagi, mereka terpaksa bersengkang mata sehingga jam 3 pagi atau 4 pagi, apabila pelayan komunikasi berfungsi lebih baik bagi melaksanakan tanggungjawab tersebut.


Mereka juga mengadu, hal demikian menjadi lebih teruk dengan Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) di mana penekanan kurang diberikan dalam peperiksaan dan kemajuan akademik pelajar berdasarkan kepada kerja yang ditugaskan kepada mereka.
- berita oleh mk / gambar oleh admin sendiri

BERITA PALSU TIDAK MELEGAKAN KAKITANGAN AWAM MENGENAI KENAIKAN GAJI

Senarai Kenaikan 3 Elaun Naik 2014 1.1 Juta Penjawat Awam : Elaun Perumahan, Sara Hidup (COLA) & Elaun Baru SBM?

elaun 2014 naik
Berita Semasa paling awal bersama pembaca berkongsi maklumat dan intipati Bajet 2014 sebelum pembentangan Bajet 2014 berdasarkan sumber yang Berita Semasa perolehi termasuk butiran pemberian bonus setengah bulan gaji (KLIK DI SINI) & nilai agihan BR1M RM650 (SEPERTI DI SINI). Tetapi….
Tetapi…..sekarang ini dilihat ada beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab telah menyebarkan informasi terbaru dan memberikan harapan tinggi yang mana Berita Semasa baca seimbas sangat tidak munasaba.
Berita Semasa turut menerima mesej pada aplikasi Whatapps yang mengandungi khabar angin seperti di bawah ini yang mana kami pasti ramai lagi turut menerima mesej seperti di bawah ini. Ramai rakan pembaca Berita Semasa menghantar email kepada kami untuk mendapatkan kesahihan maklumat yang tersebar luas dan menjadi viral ketika ini :
Butiran mesej adalah seperti di bawah ini :

Mesej Whatapp Berita Kenaikan 3 Elaun Naik 2014 1.1 Juta Penjawat Awam?

Senarai kenaikan elaun naik 2014 seperti Elaun Perumahan, elaun Sara Hidup (COLA) & Elaun Baru SBM (Subsidi Bahan Mentah), elaun kritikal Khas bagi PDRM & ATM?
Pelarasan 3 elaun bagi 1.1 juta pejawat awam bagi tahun 2014 – Selaras dengan pengumuman MAPPA Bil.1/2012
Lebih 1.1juta penjawat awam yang berada di skim perkhidmatan awam akan menerima pelarasan kenaikan 3 elaun yang ditambah baik di bawah rancangan transformasi Perkhidmatan Awam 2014 akan diumumkan pada 15 November 2013 ini.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal berkata, sudah sampai masanya 3 elaun utama diberikan kadar semasa sesuai dengan peningkatan kos sara hidup di malaysia.Walaubagaimanapun, elaun kritikal Khas bagi PDRM & ATM akan diperkenalkan dengan kadar RM1200 bagi semua Gred, dan itu tidak termasuk dalam 3 pelarasan elaun utama.
Menurutnya perjumpaan bersama Cuepacs dan kementerian terlibat untuk memberi maklumat terperinci pelarasan kenaikan elaun penjawat awam itu akan diadakan bermula Januari 2014.
Bercakap pada sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan dengan Cuepacs mengenai pelarasan elaun itu di sini hari ini, Mohamad Zabidi berkata mereka yang berada di bandar dengan kadar elaun cola RM300 tidak terlibat dengan elaun perumahan yang akan diberikan kenaikan samarata iaitu RM600 dan bagi mereka yang berada di bandar akan menerima elaun kos tempat tinggal iaitu RM800, dan untuk kadar elaun Cola diselaraskan RM 500 samarata.Selain itu, kerajaan msih mengekalkan elaun Itka, dan 1 elaun baru diperkenalkan iaitu elaun SBM (Subsidi Bahan Mentah) iaitu untuk Gred 11-16 RM250 , 17-41 RM 150.
Kenaikan elaun ini tidak terlibat bagi anggota keselamatan PDRM,ATM dengan mengambil kira kenaikan elaun khas.
Sumber Penyebaran Mesej Whatapp Rakyat Malaysia
Jikalau dikira balik nilai kenaikan elaun naik 2014 penjawat awam yang dihebahkan ini, umpama bonus setiap bulan. Sangat tidak munasabah melihatkan kepada penarikan demi penarikan nikmat subsidi yang dinikmati rakyat sebelum ini.

Respon Ketua Pengarah JPA Berita Kenaikan 3 Elaun Naik 2014 1.1 Juta Penjawat Awam?

Ketua Pengarah JPA pun telah tampil menjawab persoalan ini di Facebook
kenaikan elaun 2014
Semoga berita ini sedikit sebanyak meredakan persoalan kalangan penjawat awam mengenai penyebaran berita palsu kononnya berlakunya kenaikan elaun naik 2014 kakitangan awam. Apa kata anda?

RM7.2 bilion bayar perunding: PKR desak penjelasan kerajaan

RM7.2 bilion bayar perunding: PKR desak penjelasan kerajaan

OLEH MD IZWAN

November 13, 2013
Ahli Parlimen PKR hari ini mendesak Putrajaya memberi penjelasan berhubung jumlah bayaran sebanyak RM7.2 bilion kepada perunding swasta sejak 2009 lalu.
Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen (gambar), berkata jawapan bertulis oleh Putrajaya semalam adalah mengejutkan dan mendesak segala butiran mengenai pembayaran tersebut didedahkan kepada umum.
"Jumlah RM7.2 bilion ini sangat mengejutkan, ini adalah suatu yang serius," katanya pada sidang media di lobi Parlimen pagi ini.