APA KHABAR SEKHINCHAN IKAN BAKAR

Apa khabar Sekinchan Ikan Bakar?

 

IHSAN WARTAMAYA

 

OLEH SEBAB TAUKE DIA NI ENJOY SAKAN,MAKA SAPA SAPA YANG PI MAKAN DI RESTORAN INI BERSUBAHAT DENGAN APA YANG DIA BUAT....JADI MUDAH CERITA ..... RAKYAT BOIKOT...... 

Di atas ni .. di Kota Damansara. Tutup .... Di Bukit Tinggi, Kelang sudah 2 bulan .. Tutup .. .
Di Segambut .. .Lelong
Bersih 3.0 ni memang tak patut betul la ... 
Sebab sehari Bersih .. semua restoran tutup
Tu pasal tokey dia meragan tak sudah .. 
Kalu dia kata Jual Nasi Lemak .. doa dia mungkin jadi kenyataan ..
Tapi tak per la .. bleh pakai Ferrari lagi .. kira OK la .. 
Wakakak !!! ..

Mahathir sedang mengumumkan Marina diperguna untuk gulingkan kerajaan Najib?

Rakyat Malaysia patut berterima kasih kepada bekas Perdana Menteri Mahathir kerana telah menyediakan bukti kelima mengenai kempen fitnah untuk memburuk-burukkan BERSIH 3.0 dan Pakatan Rakyat dan mengapa "panel penyiasatan bebas" yang diketuai oleh Haniff Omar tidak boleh diterima sama sekali dan mesti ditolak dengan sekeras-kerasnya.

Empat bukti yang lain yang telah diberikan oleh Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri dan dua bekas Ketua Polis Negara, yakni:

1. Dakwaan melulu yang tidak bertanggungjawab oleh Perdana Menteri, Najib Razak bahawa perhimpunan BERSIH 3.0 sebenarnya adalah satu "kudeta" atau percubaan oleh pihak pembangkang untuk menggulingkan kerajaan;

2. Sokongan padu yang diberikan dengan serta-merta oleh bekas Ketua Polis Negara Haniff Omar bagi dakwaan Najib mengenai cubaan untuk menggulingkan kerajaan yang juga menyatakan bahawa beliau telah mengenalpasti individu-individu pesimpati komunis di BERSIH 3.0 yang dilihat dalam peristiwa demonstrasi tahun 1970-an dengan lebih dakwaan bahawa kanak-kanak dan ejen-ejen provokasi digunakan sebagai taktik komunis.

3. Rahim Noor, bekas Ketua Polis Negara yang telah memberikan sokongan padu dengan serta-merta kepada teori menggulingkan kerajaan juga telah melemparkan tuduhan bahawa BERSIH 3.0 telah menggunakan taktik "Marxist" serta menuduh pihak pembangkang mahu melihat tumpahnya darah kerana tidak yakin akan dapat menakluk Putrajaya.

4. Dakwaan Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Hussein dalam temuduga bersama Sunday Star pada 20 Mei bahawa "demokrasi telah dirampas" (hijacked) pada 28 April.

Tulisan blog Mahathir dua hari yang lepas bahawa perhimpunan BERSIH 3.0 adalah satu "penyediaan" oleh Pakatan Rakyat untuk mencetuskan kekecohan dan rusuhan untuk menolak keputusan Pilihanraya Umum Ke-13 sekiranya pihak pembangkang kalah adalah bukti yang kelima dalam kempen fitnah dan tohmahan BERSIH 3.0 dan Pakatan Rakyat yang melibatkan bekas Perdana Menteri, dua Ketua Polis Negara, walaupun mereka semua ini, sampai sekarang belum lagi membekalkan sekelumit pun bukti untuk menyokong pendirian dan pendapat mereka, yang telah dinyatakan pada bulan yang lepas.

Apa yang telah mereka lakukan dengan "melonggokkan" semua pendapat mereka itu adalah supaya "panel penyiasatan bebas" Haniff ditolak sama sekali kerana tiada sesiapapun yang akan percaya bahawa panel tersebut benar-benar bebas, adil dan objektif apabila wujudnya kempen fitnah yang dilancarkan terhadap BERSIH 3.0 dan Pakatan Rakyat.

Malah, Haniff (gambar kiri), bersama-sama dengan Mahathir, Hishammuddin dan Rahim Noor haruslah tampil kehadapan sebagai saksi utama untuk memberi justifikasi dakwaan mereka di hadapan panel penyiasatan yang benar-benar bebas, adil dan kredibel berhubung apa yang benar-benar telah berlaku dalam perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April dimana keganasan telah dicetuskan, tidak kira kakitangan polis, wakil-wakil media atau peserta-peserta yang telah berhimpun di sana.

Jika kelima-lima daripada mereka, Najib, Mahathir, Hishammuddin, Haniff and Rahim Noor - tidak mampu untuk menyediakan apa-apa bukti untuk menyokong dakwaan mereka terhadap BERSIH 3.0 dan Pakatan Rakyat, kesemua VVIP ini harus menarik balik dakwaan tidak berasas ini dan memohon maaf dengan mulia dan tertib kepada semua rakyat Malaysia.

Adakah gambaran ini memberikan idea bahawa Marina Mahathir telah dipergunakan oleh BERSIH 3.0 dan Pakatan Rakyat untuk menggulingkan kerajaan Najib dengan menggunakan keganasan, seperi yang dinyatakan oleh Mahathir?

Adakah Mahathir sedang menggunakan alat yang sama untuk memburuk-burukkan imej 200,000 hingga 300,000 rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama, kawasan, kelas, jantina dan umur yang telah turun padang pada 28 April untuk menyahut seruan untuk menuntut pilihanraya yang bebas dan bersih di Malaysia?

Mahathir patut memuji anaknya Marina di atas semangat kerakyatan dan patriotisme dalam penyertaannya dalam BERSIH 3.0 pada 28 April dan BERSIH 2.0 pada 9 Julai 2011, daripada mengutuk dan mencemuhnya dan peserta-peserta yang lain dalam perhimpunan BERSIH 3.0.
Baca: Mahathir ramal demo ganas untuk gulingkan kerajaan pilihan rakyat

*Kenyataan media oleh Lim Kit Siang (gambar kanan) selaku Ketua Parlimen DAP dan Ahli Parlimen Ipoh Timur.

Raja Dato' Kamarul Bahrin Ahmad Shah - Ceramah Khas di Rhu Muda

KERABAT DI RAJA INI PERNAH MENCETUSKAN SATU FENOMENA SUATU KETIKA DAHULU.
KISAH BELIAU DAN BEKAS ISTERI WARGA AUSTRALIA



Heret FELDA ke mahkamah jika keadilan gagal diberikan


Program tanam semula ladang getah peneroka Felda Kepis melibatkan seramai 340 orang peneroka.  Majoriti peneroka menyerahkan tanggungjawab tersebut kepada pihak pengurusan Felda atas kepercayaan dan keyakinan bahawa Felda dengan kemampuan dan pengalaman yang ada, akan mampu melaksanakan program tanam semula dengan lebih sempurna dan tersusun.  Bagaimanapun, sangat mengecewakan apabila berlaku kelewatan dalam proses tersebut dan timbul beberapa isu yang tidak memuaskan hati para peneroka.  Ketelusan dan kecekapan Pengurusan Felda dan kepimpinan JKKR dalam melaksanakan tanggungjawab mereka mula dipersoalkan kerana peneroka menyedari telah berlaku penghakisan terhadap hak mereka secara sistematik dalam proses tersebut.

LATAR BELAKANG ISU

1. Keluasan tanah ladang getah peneroka yang terlibat dalam proses ini adalah 1474.49 hektar.
2. Pokok-pokok getah di ladang peneroka mula ditebang sekitar bulan September 2010.
3. Seramai 15 orang peneroka menebang sendiri pokok getah mereka dan menjual kayu getah tanpa berurusan dengan Felda.  Mereka memperolehi hasil jualan sekitar RM 42,000.00.
4. Sebahagian besar peneroka yang lain seramai 325 orang menyerahkan urusan tersebut kepada Felda hanya memperolehi hasil jualan sekitar RM 30,000.00 hingga RM 39,000.00 sahaja.
5. Berlaku kelewatan yang tidak sepatutnya dalam proses tanam semula pokok-pokok getah peneroka yang bersama Felda.
6. Majoriti peneroka yang bersama Felda dalam program tanam semula menghadapi masalah mendapatkan penyata hutang dan tidak puas hati dengan bidaan harga kayu getah.

PERKARA BERBANGKIT

KELEWATAN TANAM SEMULA

1. Kelewatan menanam pokok-pokok getah di ladang peneroka telah menjangkau setahun lebih jika dikira dari tarikh penebangan.
2. Hingga hari ini, peneroka tidak diberitahu oleh pihak pengurusan dan pentadbiran Felda bila tarikh tanam semula akan dilakukan.
3. Masalah dan kelewatan proses tanam semula kali ini sangat jauh berbeza dengan proses tanam semula felda lain.
4. Program tanam semula peneroka-peneroka Felda berdekatan (Bukit Rokan Barat) berjalan jauh lebih baik dibandingkan dengan Felda Kepis.

MASALAH HARGA JUALAN KAYU GETAH

1. Harga jualan kayu getah bagi peneroka Felda Kepis yang berurusan dengan Felda terlalu rendah.  Harga tertinggi yang diperolehi hanya sekitar RM 39,000.00 dan yang terendah hanya RM 30,00.00.

2. Peneroka tidak pernah dimaklum dengan jelas dan terperinci harga sebenar kayu getah mereka yang dibida oleh pihak kontraktor.

3. Peneroka tidak diberikan surat jual beli atau perjanjian yang sah sebelum, semasa atau selepas proses penjualan kayu-kayu getah mereka.

4. Peneroka hanya diberikan wang hasil jualan sahaja tanpa dimaklumkan harga jualan sebenar.

5. Perbandingan dengan peneroka Felda Bukit Rokan Barat menunjukkan hasil jualan kayu getah mereka jauh lebih tinggi hingga mencecah RM 104,000.00 dan yang paling rendah menjangkau RM 98,000.00.

PENYATA HUTANG

1. Peneroka yang menyerahkan proses tanam semula ladang kepada Felda tidak diberikan penyata hutang yang jelas dan muktamad oleh pihak pengurusan Felda.

2.Peneroka telah menghantar wakil mereka untuk meminta penjelasan dari pihak pengurusan Felda berkenaan isu tersebut, tetapi alasan yang diberikan oleh Pengurus amat tidak memuaskan hati peneroka.

3.Hingga ke hari ini pihak pengurusan Felda masih lagi tidak menyerahkan penyata-penyata hutang tersebut kepada peneroka.

4.Peneroka tidak berpuas hati kerana hitam putih hutang-hutang peneroka tidak di beri dan dinyatakan dengan jelas menyebabkan jumlah hutang mereka tidak di ketahui.

PERSOALAN

Kelancaran dan kejayaan program tanam semula ladang peneroka Felda Bukit Rokan Barat serta kemampuan mereka memperolehi harga yang lumayan hasil jualan kayu-kayu getah adalah kerana kebijaksanaan dan keikhlasan pihak Pengurusan Felda dan JKKR Bukit Rokan Barat dalam menjaga kepentingan dan hak peneroka di bawah pentadbiran mereka.  Permuafakatan, pertemuan dan perbincangan dengan peneroka dilakukan terlebih dahulu hingga peneroka bersetuju dengan harga tertinggi.  Setelah dikemukakan surat jual beli yang sah dan mendapat kata sepakat dari peneroka,barulah proses menebang dan menjual kayu-kayu getah tersebut dilakukan.  Mengapa proses yang sama tidak berlaku di Felda Kepis?  Mengapa harga jualan kayu getah jauh berbeza sedangkan kontraktornya sama?  Mengapa berlaku kelemahan yang sangat ketara dipihak pengurusan Felda hingga berlaku kelewatan yang tidak sepatutnya dalam proses tanam semula ini?  Adakah kemungkinan berlaku penyelewengan atau salahlaku di kalangan pihak pengurusan Felda dan JKKR?

TUNTUTAN

1. Peneroka mendesak pengurusan Felda Kepis menjelaskan secara terperinci harga sehektar yang dijual kepada kontraktor.
2. Pihak pengurusan perlu memberi penjelasan yang munasabah mengapa harga jualan kayu getah bagi peneroka Felda Kepis terlalu rendah jika dibandingkan dengan Felda Bukit Rokan Barat.
3.Menuntut Felda menyegerakan proses tanam semula ladang-ladang peneroka yang telah tertangguh sekian lama.
4.Peneroka wajib diberi kebebasan oleh felda untuk mencari pembeli yang menawarkan harga tertinggi untuk jualan kayu getah mereka.
5.Peneroka berhak untuk mendapatkan penyata hutang yang jelas dari pihak Felda untuk mengetahui jumlah hutang yang dibebankan kepada mereka.
6.Pihak Felda mesti meneliti memorandum ini dengan saksama dan mengambil segala langkah yang perlu agar segala masalah yang berlaku dapat diselesaikan segera.
7. Siasatan juga perlu dibuat sekiranya terdapat penyelewengan dan salahlaku dalam proses tanam semula ini.  Sekiranya terdapat bukti, tindakan keras perlu diambil terhadap mereka yang terlibat.

KESIMPULAN

Peneroka adalah pemilik sah tanah dan ladang manakala Felda hanya sebagai agen pengurusan sebagaimana kehendak asal GSA (Group Settlement Area Act) yang dibentangkan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak (mantan Perdana Menteri Malaysia) di Parlimen pada tahun 1960.  Oleh itu, sebagai pemilik dan "tuan" ke atas tanah ladang di Felda Kepis, kami mendesak agar segala hak kami dikembalikan dan segala tuntutan didalam memorandum ini dapat ditunaikan segera oleh pihak pengurusan Felda.  Kami tidak akan berdiam diri selagi mana masalah ini tidak diselesaikan.  Kami akan terus berjuang menuntut hak kami walaupun hingga terpaksa mengheret pihak Pengurusan Felda ke Mahkamah untuk mendapatkan keadilan yang gagal diberikan oleh Felda kepada kami.

"KEMBALIKAN HAK PENEROKA"

………………………………………..

MAD ZIN BIN MAHAT
Pengerusi Badan Bertindak Peneroka (F) Kepis
23 Mei 2012/01 Rejab 1433

*Teks penuh Memorandum Peneroka FELDA Kepos Negeri Sembilan Aduan kepada SUHAKAM masalah tanam semula ladang peneroka, diserahkan pada 23 Mei 2012.

FGVH: Anak serah memorandum kepada Suhakam

CERAMAH DSAI TERKINI


Video streaming by Ustream

SURAT TERBUKA KEPADA HASSAN JATI DARI DR MASLEE

Assalamualaykom w.b.t.

YB Dato’ Dr Hasan Ali yang saya hormati,

Saya kira tidak perlulah saya perkenalkan diri saya memandangkan Dato merupakan tokoh dan sahabat yang saya kagumi. Saya kira, Dato’ juga tetap menganggap saya sebagai kenalan rapat Dato’ sekeluarga. Secara ikhlas, saya mula mengkagumi Dato’ sebagai motivator semenjak saya di bangku sekolah lagi, sehinggalah Dato’ menceburkan diri ke dalam bidang politik. Walau bagaimanapun kekaguman saya tidaklah menjadi penghalang untuk saya menyatakan sedikit pandangan terhadap pendirian Dato’ mutakhir ini berdasarkan neraca ilmu dan keadilan. Kesedaran bahawa apa yang telah Dato’ lemparkan kepada mantan parti Dato’ sendiri, iaitu PAS, di dalam kenyataan-kenyataan Dato’ di media dan juga lewat ceramah-ceramah Dato’ yang bercanggah dari amanah keilmuan dan kebenaran, maka saya terdorong untuk menulis surat terbuka ini.

Sebagai ahli akademik yang mengkaji bidang gerakan Islam, politik Islam dan juga Usul al-Fiqh, saya berasa terpanggil untuk mengarang surat terbuka ini kepada Dato’ untuk menilai beberapa kenyataan Dato’ dari pertimbangan ilmu dan kacamata ilmiah di dalam bidang pengkajian saya. Saya kira tulisan surat terbuka saya sebagai ahli akademik ini adalah sebagai tanggungjawab saya kepada kejujuran terhadap disiplin ilmu yang saya pikul dan bukannya sebagai ahli politik. Saya bukanlah ahli parti PAS, yang tampil untuk membela PAS dari serangan Dato’. Maka saya bertegas menyatakan apa yang saya tulis ini hanyalah semata-mata pendangan orang luar dan ahli akademik yang neutral dan tidak berpihak, baik kepada Dato’ mahupun kepada parti PAS yang telah memecat Dato’.

Saya kira Dato’ mungkin telah maklum dengan pencapaian gerakan-gerakan Islam moderat di utara Afrika seperti Ikhwan Muslimun di Mesir, parti Ennahda di Tunisia, parti keadilan dan pembangunan (PJD) di Morocco dan juga parti-parti Islam lain selepas kebangkitan rakyat (Arab Spring). Kemenangan kesemua gerakan-gerakan tersebut secara empirikalnya seperti yang telah dianalisis oleh pakar politik di rantau berkenaan merujuk kepada tiga perkara utama: ‘Wacana Islam moderat yang segar’; Kesediaan ‘perkongsian kuasa’ (power sharing); dan juga ‘pengaruh di kalangan rakyat’ melalui jaringan kerja kebajikan dan juga pendidikan yang menyeluruh, berterusan serta meluas.

Apa yang dimaksudkan dengan wacana moderat yang segar ialah kemampuan gerakan-gerakan tersebut untuk menawarkan apa yang diperlukan oleh rakyat dan apa yang diperlukan oleh sesebuah Negara di dalam pendekatan mereka. Wacana moderat juga telah memperlihatkan bagaimana gerakan-gerakan Islam, tidak lagi memaksakan apa yang mereka mahukan atau percaya ke atas rakyat tanpa kerelaan majoriti. Maka, di dalam wacana baru mereka, gerakan-gerakan Islam tidak lagi menawarkan retorik ‘Dawlah Islamiyyah’ (Negara Islam) yang agak bersifat utopia dan tidak tentu apakah modelnya. Mereka juga tidak menawarkan hukuman jenayah Islam ‘secara paksaan’ seperti yang pernah dilakukan oleh Taleban di Afghanistan, sebelum keadaan ekonomi dan kebajikan yang kondusif disediakan di dalam negara mereka. Mereka juga tidak mempamerkan diri sebagai penghukum, tetapi mereka muncul sebagai pembawa harapan, pejuang kebebasan dan pelaksana keadilan setelah rakyat ditindas dan dizalimi selama berdekad-dekad lamanya oleh para diktator. Perkara ini telah membuatkan ramai dari kalangan pengkaji di barat telah mula mengatakan bahawa golongan ini telah merubah sikap dan prinsip mereka, lantas menggelar fenomena ini sebagai post-Islamism (pasca-Islamisme).

Saya konsisten untuk tidak menyokong istilah pasca-Islamisme yang sarat dengan makna neo-kolonialisme. Hakikatnya gerakan-gerakan Islam yang terlibat tidak pernah merubah prinsip. Mereka juga tidak meninggalkan landasan perjuangan, apatah lagi mengubah pendirian. Apa yang berlaku ialah proses kematangan gerakan-gerakan terlibat untuk melihat Islam dalam kerangkanya yang lebih luas dan komprehensif. Kejayaan beberapa individu berlatarbelakangkan Islamis di Turki melalui agenda neutral AKP, telah menjadi sumber inspirasi gerakan-gerakan tersebut. Wacana ini juga bertunjangkan konsep Maqasid al-Shariah dan melihat ajaran Islam dari aspek yang holistik, terutamanya aspek moral dan keadilan. Gelombang perubahan pada pendekatan inilah yang telah melanda kebanyakan gerakan Islam di seluruh dunia mutakhir ini, tidak ketinggalan PAS yang Dato pernah sertai dahulu. Gelombang ini sekaligus melenyapkan pengaruh model Iran yang pernah mendominasi wacana gerakan-gerakan Islam sedunia dengan melaungkan pembinaan sebuah republik Islam dan juga pemerintahan mutlak golongan agama (Wilayatul Faqih).

Realitinya kini, gerakan-gerakan Islam moderat yang wujud lebih memilih ruang demokrasi untuk membawa perubahan. Mereka juga melaungkan pembentukan negara sivil milik semua warga dengan menjamin kebebasan politik, penegakan keadilan, hak upaya masyarakat sivil, hak wanita, tatakelola yang baik, kebajikan rakyat yang terpelihara, ekonomi yang lebih berdaya saing serta bebas dari korupsi, pecah amanah dan rasuah, serta perkongsian kuasa bersama rakyat dari segala lapisan dan kumpulan. Menurut kajian saya ke atas wacana baru PAS, terutamanya melalui konsep ‘Negara Berkebajikan’, PAS juga tidak terlepas dari arus perubahan ini. Jika Dato’ merasakan pendekatan baru PAS ini bermakna PAS telah meninggalkan perjuangan Islamnya, saya kira Dato’ tersilap. Perubahan pada PAS bukanlah kerja parasit sepertimana yang Dato’ dakwa, tetapi ianya merupakan satu dinamisme tabi’i bagi sebuah gerakan Islam yang matang. Jikalaulah parasit yang telah menyebabkan perubahan pada PAS, maka pastinya kesemua gerakan Islam di Utara Afrika dan Asia Barat, termasuk Ikhwan Muslimin di Mesir dan juga parti Ennahda juga telah dilanda parasit. Timbul dilemma di dalam pemikiran saya, apakah pemimpin dan tokoh ideolog gerakan Islam sedunia, Rashid Ghannoushi yang telah mencetuskan wacana gerakan Islam yang baru itu juga telah dijangkiti parasit? Apakah mungkin Dato ingin mengatakan bahawa Rashid Ghannoushi yang merupakan sumber inspirasi perubahan fikrah pada gerakan-gerakan Islam moderat sedunia itu pula merupakan bapa parasit?

Yakinlah Dato’, sepertimana gerakan-gerakan tersebut telah berjaya mendapatkan majoriti undi di dalam pilihanraya di negara-negara mereka kerana pendekatan baru ini, PAS juga sedang meniti langkah tersebut. Inilah yang ditakuti oleh UMNO dan kerajaan BN. Pihak lawan tidak mahukan PAS mendapat sokongan majoriti masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia. Pihak lawan mahu PAS kekal sebagai parti kampung milik Pak Lebai dan Pak Haji. Pihak lawan juga tidak mahu PAS bangkit sebagai parti milik semua rakyat Malaysia, mereka lebih selesa PAS dikenali sebagai parti ekstrimis dan fundamentalis yang hanya tahu memotong tangan orang sahaja. Hanya dengan wacana Islamis global yang baru ini sahajalah niat buruk mereka akan terhalang. Malang sekali apabila Dato’ pula yang mula bercakap senada dan seirama dengan pihak lawan menentang perubahan pada PAS. Lebih malang lagi kini Dato’ menjadi suara pihak lawan untuk memaksa PAS kembali ke kerangka persepsi lama rakyat terhadap mereka yang telah dilelong oleh pihak UMNO dan BN.

Saya yakin, di dalam PAS masih terdapat segelintir yang termakan umpan Dato’ lantas mempercayai kewujudan parasit. Mereka ini golongan yang ikhlas tetapi hanya kurang mendapat pendedahan terhadap dunia luar sahaja. Ada di antara mereka juga yang berkepentingan, lantas menggunakan hujah Dato’ untuk kekal berpengaruh, tetapi saya yakin mereka ini teramat kecil bilangannya. Melalui pengamatan saya, PAS akan terus menggalas harapan rakyat dan juga kefahaman Islam yang sebenar berteraskan wacana baru gerakan Islam sedunia untuk menempuh hari muka mereka. Seperkara yang perlu Dato’ ketahui, wacana baru gerakan Islam moderat ini juga telah mendapat restu dari para ulama terkemuka seperti Dr Yusuf al-Qaradawi, Dr Tawfiq al-Wa’ie, Dr Rashid al-Ghannoushi. Amat kasihan kerana Dato’ tidak dapat bersama lagi dengan realiti baru ini.

Apabila melihat kepada isu ‘Negara Berkebajikan’ pula, pada hemat saya, setelah meneliti dokumen ‘Negara Berkebajikan’ PAS dan membandingkannya dengan manifesto parti-parti Islam moderat lain di dunia Arab, saya mendapati PAS ternyata senada dengan mereka yang telah Berjaya di negara masing-masing. Saya berkeyakinan gagasan ‘Negara Berkebajikan’ merupakan satu langkah drastik PAS di dalam membawa perubahan dan menyuarakan persiapan mereka untuk muncul sebagai alternatif kepada parti pemerintah yang sedia ada. Prinsip-prinsip konsepsual ‘Negara Berkebajikan’ yang dibentangkan di dalam dokumen tersebut dan juga cadangan mekanisme perlaksanaannya merupakan satu anjakan paradigma bagi sebuah gerakan dakwah dan parti politik yang telah matang seperti PAS. Jelas sekali PAS sudah melayakkan dirinya untuk menyertai gelombang perubahan yang melanda gerakan Islam di seluruh dunia dengan membuktikan bahawa golongan Islamis mampu dan bersedia untuk berkongsi kuasa dan memerintah di dalam kerangka demokrasi dan tatakelola yang baik. Malangnya, hal ini tidak disambut positif oleh Dato’, malah dipandang sinis.

Melihat kepada isu hudud yang Dato’ anggap telah ditinggalkan oleh PAS, saya kira itu juga agak kurang tepat. Sebagai sebuah parti Islam, saya berpendapat PAS dilihat amat konsisten memperjuangkan apa yang mereka yakini, iaitu kewajipan melaksanakan hukum hudud. Apa yang menarik ialah pendekatan PAS yang terbuka untuk membicarakan isu tersebut di ruang umum dan bersedia untuk meyakinkan rakyat melalui proses pendidikan dan dakwah adalah sesuatu yang patut dihargai. Apa yang saya dapati melalui metod obervasi ke atas ruang ‘discursive’ PAS selama ini, PAS tidak memilih untuk memaksakan hudud ke atas orang lain secara kekerasan. Malah di dalam banyak kenyataan PAS, mereka bersedia untuk mendengar suara majoriti di dalam melaksanakan hukum jenayah Syariah itu. Pendekatan diplomasi PAS ini harus dihormati kerana ia mencerminkan sikap professionalisme PAS dan keterbukaan para pimpinannya. Saya kira kerana sikap konsisten PAS inilah yang menyebabkan parti itu telah berjaya meraih sokongan ramai bukan Islam melalui ‘Kelab Penyokong PAS’.

Akhirkata, jika Dato’ benar-benar ingin memperjuangkan aqidah dan memerangi gejala murtad yang dikatakan sebagai mengancam umat Islam di Selangor, saya mempunyai pelan tindakan yang boleh Dato’ lakukan berdasarkan kekuatan yang ada pada diri Dato’. Sebagai seorang motivator yang begitu meyakinkan dan berupaya bermain dengan emosi orang ramai, saya rasa sudah sampai waktunya Dato’ untuk turun padang bertemu dengan mereka yang didakwa murtad berdasarkan senarai yang rakan-rakan Dato’ miliki. Mungkin juga Dato’ boleh menggunakan kemahiran tersebut juga untuk berdakwah kepada mat-mat rempit, tahi dadah, remaja berpeleseran yang terdapat di dalam negeri Selangor secara sukarela tanpa sebarang bayaran. Jika dulu mungkin Dato’ sibuk dengan tugas exco, kini Dato’ lebih mempunyai waktu lapang. Buktikanlah kata-kata Dato’ yang ingin menjaga aqidah itu. Saya kira Dato’ juga boleh berdakwah di Hard Rock Café menyeru umat Islam agar bertaubat dan menghayati agama Islam. Saya pasti pemilik Hard Rock Café tidak akan menghalang kerja murni Dato’ itu. Saya yakin 10,000 atau lebih orang yang turut berHIMPUN bersama Dato’ untuk menyelamatkan aqidah umat Islam boleh Dato’ kerahkan dari seluruh negara untuk sama-sama turun padang demi menyelamatkan aqidah umat Islam secara praktikal. Saya amat meyakini, jika Dato’ berdakwah seperti itu, Dato’ akan tetap dikenang kawan ataupun lawan sebagai ‘pejuang aqidah yang sebenar!’.

Dr Maszlee Malik
Ahli Akademik Politik Warga
UIAM
Surat Terbuka Moderator Debat PTPTN, Dr. Maszlee Malik Kepada Hassan Ali

FGVH: Bank Negara terima aduan peneroka

ALAAAA MAMASK NI MACAM LANTIK DIRI SENDIRI JADI WAKIL MELAYU PULAK

NI YANG MAHATHIR KATA RAKYAT NAK GULING BARISAN NASIONAL KALAU MENANG

Gerakan Gantung Kain Kuning: Kembali kepada 8 tuntutan BERSIH

Berita keganasan polis telah mengalih perhatian daripada lapan tuntutan BERSIH 3.0 selepas 28 April 2012.  Lebih-lebih lagi ruang dada media dihiasi dengan berita senaman punggung, gerai burger, pasar malam di depan rumah Ambiga dan sebagainya, ditambah pula isu seperti "Perdana Menteri Bukan Melayu", yang ditonjolkan secara tiba-tiba.

Gerakan Pendidikan Pilihanraya Bunga Matahari atau Sunflower Electoral Education Movement (SEED), satu pertubuhan daripada masyarakat sivil telah melancarkan satu "Gerakan Gantung Kain Kuning (GGKK)", bertujuan untuk menyeru agar rakyat Malaysia kembali kepada matlamat perjuangan asal BERSIH 3.0, iaitu 8 tuntutan yang dikemukakan.

Dalam satu kenyataan media, SEED menyeru agar rakyat menggantung kain kuning dengan tulisan BERSIH ini di tempat-tempat yang menonjol, seperti tingkap ataupun pagar pintu kediaman masing-masing.

Menurut SEED, GGKK memberi makna-makna tertentu.  Pertamanya, ia meneruskan hasrat perjuangan BERSIH, yang tidak terhad pada 28 April 2012.  Menggantung kain kuning di depan rumah secara jelas menyampaikan mesej kepada penguasa, bahawa rakyat akan terus bersuara tidak kira siang ataupun malam, panas mahupun hujan - sehingga tuntutan BERSIH dilaksanakan.

Kedua, menyebarkan mesej secara meluas.  Apabila media arus perdana disekat kebebasannya, hak rakyat untuk mengetahui tercabul.  Bukan sahaja berita keganasan polis tidak dapat dipaparkan secara menyeluruh kepada orang awam, malah tuntutan BERSIH yang berhubungkait dengan masa depan negara telah dipinggirkan.  SEED berharap GGKK mampu mencungkil perhatian lebih ramai terhadap mesej daripada BERSIH.

Ketiga, sebagai penghormatan terhadap golongan yang tertindas.  SEED merakamkan setinggi-setinggi penghormatan kepada peserta dan pengamal media yang dikasari dalam perhimpunan BERSIH 3.0, pada masa yang sama mengiktiraf keberanian dan ketabahan mereka.  GGKK juga sebagai protes terhadap kerajaan yang mensabotaj dan menindas perhimpunan rakyat yang aman.

SEED menegaskan, meskipun pihak berkuasa cuba melabel BERSIH 3.0 sebagai perusuh, menyimpan motif untuk menggulingkan kerajaan, menimbulkan huru-hara, diperkudakan pembangkang dan sebagainya, namun taktik ini gagal menghalang tekad rakyat.  Dari mula hinggalah penghujungnya, hasrat rakyat hanya untuk menuntut satu pilihan raya yang adil dan bersih.

SEED merupakan organisasi rakyat yang menawarkan pendidikan dan latihan pengundi, dengan matlamat untuk melatih sukarelawan menambahbaik pilihanraya, penyebar maklumat pilihanraya, merapatkan jurang antara bandar dan kampung, membolehkan maklumat menyebar ke setiap pelusuk.  Untuk tempahan kain kuning atau maklumat lanjut, sila hubungi En. Pow di talian 012-9419289 atau layari http://facebook.com/GGKKBersih.

Mahathir ramal demo ganas untuk gulingkan kerajaan pilihan rakyat

ORANG TUA NI KALAU TAK NYANYUK DIA MEQABAN MEMANJANG PASAI ANWAR DAN JUGA PAKATAN PEMBANGKANG.SAPA MAU GADOH-GADOH.PAKAT ADA ANAK BINI NAK MAKAN.

CUMA RAKYAT RASA KERAJAAN NAK PERBODOHKAN RAKYAT.PINJAMAN KDNK DAH GUNA 53% DARI 55% YANG DIBENARKAN PUN JAWAB MACAM NAK PERBODOHKAN RAKYAT.SKANDAL SANA SIONI MELIBATKAN PIMPINAN KERAJAAN DIAM....UNDI PUN NAK KECOH...RAKYAT DAH SEDAR DAN CERDIK DAH...ZAMAN DAH MAJU.....JADI KALAU HANG KATA PAKATAN NAK BUAT KECOH....HANG DULU KAMI TANGKAP SOALSIASAT SKANDAL PERWAJA.....DAN LAIN-LAIN LAH MAHATHIR...Oiiiiiii




1. Kita sudah merdeka selama 55 tahun dan telah mengadakan 12 Pilihan Raya Umum.  Walaupun parti-parti bukan dari Perikatan atau Barisan Nasional telah berjaya menawan dan mendiri Kerajaan di beberapa negeri di Semenanjung dan di Sabah, tetapi Perikatan dan Barisan Nasional tidak pernah kalah di peringkat Pusat.  Perikatan dan Barisan Nasional terus menjadi Kerajaan di peringkat Pusat, peringkat yang paling berkuasa di Malaysia.

2. Memang pada 1969 Perikatan hampir kalah tetapi kuasa kekal di tangan Perikatan dan akhirnya beberapa parti lawan telah menyertai Perikatan untuk menubuh Barisan Nasional yang terus memerintah.

3. Barisan Nasional menghadapi beberapa masalah dalaman tetapi berjaya mengatasinya dan mengekal kuasanya di Peringkat Pusat.  Serpihan dari UMNO yang diusahakan oleh Tengku Razaleigh dan Anwar Ibrahim (gambar kiri) tidak berjaya mengalahkan Barisan Nasional.

4. Pada 2008 kebencian terhadap pemerintahan Abdullah menyebabkan ramai dari penyokong UMNO dan parti-parti komponen lain mengurangkan sokongan kepada Barisan Nasional sehingga lima buah negeri dapat ditawan oleh parti-parti bukan Barisan Nasional.  Di peringkat Pusat majoriti Barisan Nasional menurun sehingga tidak dapat menguasai 2/3 dari kerusi Parlimen.  Namun Barisan Nasional masih dapat mendiri Kerajaan di peringkat Pusat.

5. Kemenangan yang berturut-turut sejak merdeka melumpuhkan semangat parti-parti bukan Barisan Nasional.  Percubaan oleh Anwar Ibrahim untuk menyeludup masuk ke dalam UMNO supaya dapat merebut kuasa dari dalam juga gagal.

6. Yang terpaksa diakui oleh semua pihak, semua rakyat Malaysia dan juga pemerhati asing ialah sehingga kini proses pilihanraya tidak dapat menjatuhkan Barisan Nasional.  Majoriti rakyat Malaysia tetap memberi kemenangan kepada Barisan Nasional.  Kenapa tidak.  Semua terpaksa terima hakikat bahawa Kerajaan-Kerajaan Barisan Nasional telah membawa banyak kemajuan dan nikmat lain kepada rakyat.  Barisan Nasional berjaya membawa keamanan dan kesejahteraan kepada Negara Malaysia.  Tiap seorang dari rakyat Malaysia dapat mengecapi kehidupan yang lebih mewah dan lebih bahagia di bawah pemerintahan Barisan Nasional.  Segala percubaan oleh parti-parti lawan untuk mengurangkan sokongan dan persepsi baik terhadap Barisan Nasional dan pemerintah yang didirikan olehnya tidak berjaya.

7. Memandang kepada sejarah Malaysia merdeka dan keputusan- keputusan pilihanraya, parti lawan tentu kurang yakin mereka akan menang PRU 13 dan mendirikan Kerajaan Pusat.  Cara demokrasi tidak boleh menjayakan mereka.  Melihat penggulingan Kerajaan di Negara-negara Arab, tentulah terlintas di hati pemimpin-pemimpin parti lawan bahawa cara-cara demonstrasi ganas dan berpanjangan lebih mungkin memberi kejayaan kepada cita-cita mereka.

8. Tetapi mereka perlu menunjuk kepada rakyat, dan lebih utama kepada dunia luar bahawa Kerajaan Barisan Nasional di Malaysia adalah zalim dan menindas rakyat seperti Kerajaan-Kerajaan kuku besi Negara Arab.

9. Maka diciptalah BERSIH.  Kononnya pilihanraya di Malaysia ditipu oleh Kerajaan Pusat, walau apapun bukti bahawa di Malaysia parti lawan boleh menang dan telah menang berkali-kali jika rakyat menyokong mereka dan sebaliknya di Negara Arab bukan sahaja Kerajaan yang digulingkan tidak pernah kalah tetapi pilihanraya memberi kemenangan 99% kepada pemerintah, masih juga didakwa Pilihan Raya Umum ditipu oleh Kerajaan Malaysia.

10. Kerajaan bertindak untuk meneluskan lagi proses pilihanraya mengikut kehendak parti lawan.  Tetapi masih juga dituduh yang Kerajaan menipu.

11. Banyaklah lagi tuduhan kezaliman dan kemungkaran yang dilempar kepada Kerajaan semata-semata untuk memburukkan imej Kerajaan.

12. Tunjuk-tunjuk perasaan BERSIH yang besar dan ganas adalah persediaan untuk menolak keputusan PRU 13 jika parti lawan gagal memenanginya.  Kekalahan mereka akan dituruti dengan demonstrasi ganas yang tidak berhenti-henti supaya keputusan pilihanraya ditolak dan satu Kerajaan lain didirikan, yang ditunjuk oleh parti lawan.  Kemudian mereka akan berusaha untuk mengadakan pilihanraya sekali lagi yang boleh dimanipulasi oleh mereka.

13. Sudah tentu sebelum Kerajaan pilihan rakyat digulingkan, negara akan diserang bertubi-tubi dengan demo ganas dan huru-hara.  Perancangan dan perusahaan akan diganggu mungkin dengan mogok di sana sini anjuran parti lawan.

14. Kestabilan negara akan tergugat.  Polis dituduh melakukan keganasan supaya mereka tidak dapat kawal huru-hara dan demo dengan cara berkesan.

15. Kuasa-kuasa asing akan mengecam Kerajaan pilihan rakyat kerana kononnya mengguna kekerasan menghalang kebebasan bersuara dan berdemo.  Malaysia akan dicap sebagai Police State.

16. Malaysia yang telah memberi banyak nikmat dan kebahagiaan kepada rakyatnya, yang telah diiktiraf sebagai Negara yang termaju di antara negara membangun, Malaysia yang bangun dengan pesatnya akan bertukar menjadi negara yang tidak lagi stabil dan maju, dan tidak lagi memberi kebahagiaan dan rahmat kepada rakyatnya.  Mereka tidak percaya dengan demokrasi maka akan hilanglah hak rakyat untuk memilih Kerajaan.

17. Negara ini akan menjadi miskin dan Wawasan 2020 tidak akan menjadi kenyataan. Inilah yang akan berlaku kerana parti bukan Barisan Nasional kecewa tidak dapat ke Putrajaya.  Jika dengan cara ganas mereka, mereka berjaya merebut kuasa, percayalah demokrasi akan dihapuskan dan nasib yang buruk akan menimpa Negara tercinta ini.

*Dipetik dari blog Mahathir Mohamad (gambar kiri), Perdana Menteri keempat Malaysia, dengan tajuk asal Politik Malaysia.

Pendedahan skandal: UMNO Sabah semakin meretak

Pendedahan "skandal" pimpinan UMNO Sabah Musa Aman dan Mohd Shafie Apdal kebelakangan ini jelas menunjukkan bahawa pergelutan kuasa dalaman UMNO semakin meruncing.  Sementara itu, komponan parti Barisan Nasional semakin tidak berpuas hati, lantaran daripada sikap kerajaan untuk menangguh penubuhan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat isu Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).  Malah, ketidakpuasan ini menunjukkan petanda bahawa parti komponen ini mungkin keluar BN.

Untuk pembangkang pula, sama ada mereka boleh bersatu untuk mempertahankan prinsip "satu lawan satu" ketika berdepan dengan BN, bakal menjadi faktor penentu sama ada pembangkang mampu memenangi lebih kerusi parlimen di Sabah untuk menawan Putrajaya.

Politik Sabah lebih rumit berbanding Semenanjung Malaysia, dengan etnik yang lebih pelbagai dan lebih menekankan "kedaulatan"-nya.  Namun, apa yang tidak berbeza adalah perebutan dan pengagihan sumber yang berlangsung setiap masa - terutamanya parti pemerintah terbesar di Sabah, iaitu UMNO.

Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi UMNO Sabah, Musa Aman kini terpalit dengan skandal balak, sementara Naib Presiden UMNO merangkap Ketua Bahagian Semporna, Shafie Apdal pula berdepan dengan skandal yang melibatkan seorang artis.  Jelas, pergelutan kuasa dalaman UMNO Sabah telah timbul ke atas pentas.

Menurut pengkaji politik Bridget Welsh, peretakan UMNO Sabah sekarang melibatkan dua orang panglima yang lahir ketika zaman mantan Perdana Menteri Mahathir Mohamad, iaitu Shafie Apdal dan Musa Aman (gambar bawah).  Bagaimanapun, terdapat juga lain-lain sekta, namun tidak terlibat dalam pergelutan ini.

Ketika ditemuramah melalui email oleh MerdekaReview, Bridget Welsh berkata, "UMNO Sabah agak berkecai.  Sebahagian puncanya disebabkan bumiputera di Sabah mempunyai etnik yang pelbagai, perebutan kontrak yang sengit, dan tekanan daripada 'regeneration' dalam parti.  Persaingan dalam UMNO Sabah amat meruncing, kerana kepentingan ekonomi di Sabah cukup menggoda."

Dalam satu temuramah emel bersama MerdekaReview, pensyarah Sains Politik UiTM Sabah Arnold Puyok berkata, UMNO kelihatan meretak jika dilihat secara luaran, namun belum pasti bahawa pergelutan sekta-sekta ini bakal memecah-belahkan UMNO.

"Andai kata wujudnya sekta-sekta, maka sekta pimpinan Musa Aman jelas mempunyai kelebihan.  Berbanding Shafie Apdal, Musa mempunyai lebih banyak cara untuk mengagihkan sumber untuk penyokongnya.  Beliau boleh menyatukan kekuatannya dengan politik naungan," ulas Arnold Puyok.

Menurut Arnold Puyok lagi, Shafie Apdal yang kini Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah lebih menghabiskan masa beliau di Semenanjung Malaysia.  Oleh itu, orang tempatan Sabah tidak melihat beliau sebagai "local boy".

Arnold Puyok berkata, "Banyak faktor yang menjurus kepada keretakan UMNO.  Antaranya semestinya perebutan sumber.  Ini berlaku dari dulu hingga sekarang."

Bagaimanapun, Bridget Welsh (gambar kiri) menganggap perbezaan ini telah sampai ke tahap yang agak meruncing, kerana ia semakin terdedah di atas pentas, misalnya skandal yang melibatkan artis dan pendedahan bank.

Pada 9 April, Parti Keadilan Rakyat mendedahkan skandal balak yang melibatkan Anifah Aman (Menteri Luar) dan Musa Aman, mendesak agar PM Najib Razak mengambil tindakan dalam masa tujuh hari.  Sarawak Report juga mendedahkan secara terperinci skandal tersebut.  Tetapi, Musa Aman menafikan hubungannya dengan Michael Chia, seorang peniaga balak Sabah.  Musa Aman sebaliknya menuduh bahawa Sarawak Report memfitnah beliau, dan berkata tuduhan rasuah itu adalah sebahagian daripada motif untuk menjatuhkan kerajaan BN di Malaysia Timur.

Pada akhir April, Shafie Apdal pula dituduh mempunyai hubungan intim dengan artis bernama Zahida Mohamed Rafik.  Malah, Shafie Apdal dikatakan memberi lebih sejuta ringgit Malaysia kepada Zahida dalam tempoh empat bulan.  Shafie Apdal telah menafikan tuduhan ini, malah berkata akan menyaman mereka yang memfitnah beliau.

Musa berdepan dengan sekta yang berbeza


Arnold Puyok pernah membentangkan satu kertas di Kementerian Luar Negeri Brunei Darussalam, mengupas halatuju politik-ekonomi Sabah pada tahun 2011.  Beliau menyebut Musa Aman berdepan dengan cabaran Bajau dalam UMNO.

Menurut kertas itu, Bajau adalah etnik kedua terbesar di Sabah, dengan kebanyakan orang Bajau adalah ahli UMNO.  Namun mereka tidak suka UMNO didominasi oleh "Melayu" di bawah pimpinan Musa Aman.

Arnold Puyok menyenaraikan tiga orang pemimpin daripada United Sabah Bajau Organisation, yang dikatakan memberi cabaran kepada Musa Aman, iaitu Salleh Said (gambar kanan), Amirkahar Mustapha dan Pandikar Amin.  Antaranya, Salleh Said dan Pandikar Amin mempunyai pengaruh yang besar terhadap orang Bajau.

UMNO Sabah khuatir dengan kebangkitan United Sabah Bajau Organisation, melihat pertubuhan yang kembali aktif pada tahun 2006 ini sebagai parti untuk menggantikan kedudukan UMNO, dan mewakili muslim Sabah.  Pada tahun 2008, Musa Aman pada asalnya tidak berniat untuk memberi lampu hijau kepada tiga orang tersebut untuk bertanding dalam PRU 12.  Namun, untuk meredakan ketidakpuasan orang Bajau, Musa Aman terpaksa memberi jawatan yang penting untuk dua orang pemimpin di atas.  Antaranya, Salleh Said dilantik sebagai Speaker DUN Sabah, di samping Pandikar Amin dilantik sebagai Speaker Dewan Rakyat selepas disyorkan oleh Musa Aman.  Arnold menganggap Musa Aman perlu mengendali cabaran politik yang sengit ini.

Selain itu, Arnold menganggap, salah satu faktor yang boleh memastikan kestabilan politik Sabah adalah hubungan antara persekutuan dengan kerajaan negeri.  Sejarah Sabah menunjukkan kerajaan persekutuan memainkan peranan yang penting dalam menentukan kestabilan kerajaan negeri.  Contoh yang paling klasik adalah semasa pemerintahan Mustapha Harun, Harris Salleh dan Joseph Pairin Kitingan.  Dalam kes Mustapha Harun, ketika pemerintahan PM kedua, Abdul Razak, Berjaya telah ditubuhkan untuk menggulingkan USNO pimpinan Mustapha Harun.  Mantan Timbalan Perdana Menteri Musa Hitam juga pernah melancarkan gerakan untuk menjatuhkan Harris Salleh, dan menaikkan Joseph Pairin Kitingan.

Malah, jika diimbas kembali, selepas tahun 1990, kerajaan Mahathir menggunakan cara-cara yang tidak demokratik untuk menindas kerajaan negeri Sabah di bawah Parti Bersatu Sabah (PBS), misalnya peminggiran ekonomi (mengurangkan peruntukan), ancaman politik (menubuhkan UMNO).  Sehingga tahun 1994, mantan Timbalan Perdana Menteri Anwar Ibrahim membantu BN merampas kuasa kerajaan negeri di Sabah dengan cara "lompat parti".

Arnold berkata, Musa telah belajar dari sini.  Beliau dengan berhati-hati mengekalkan hubungan yang sempurna antara persekutuan dengan negeri, untuk memastikan kestabilan politik di Sabah.  "Ada desas-desus mendakwa hubungan tidak baik antara Musa dengan PM Najib, malah meramalkan pertukaran kerajaan - hujah ini agak lemah.  Seandainya Najib benar mahu memberi laluan kepada 'proksi'-nya, Shafie Apdal (gambar kiri), seorang pemimpin Semporna untuk memimpin Sabah - ia bukan sahaja satu perkiraan politik yang silap, malah sangat berisiko.  Ia bakal mempengaruhi populariti Najib di Sabah.  Shafie tidak berada di Sabah, untuk UMNO Sabah, beliau adalah orang luar."

Malah Arnold meramalkan Musa Aman akan mempunyai kelebihan ke atas Shafie, seandainya berlaku persaingan untuk merebut political supremacy di Sabah, kerana Musa Aman akan meraih sokongan daripada orang tempatan.
*Chen Shaua Fui ialah Assistant Editor MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Disedut dan diterjemah dari teks penuh yang disiarkan pada 23 Mei 2012.

Empat tokoh profesional masuk PKR

KEADILAN dengan berbesar hati ingin mengumumkan penyertaan empat orang tokoh profesional sebagai anggota KEADILAN.  Mereka adalah Koh King Kee, bekas Pengurus Kanan Am Jabatan Perniagaan Antarabangsa di Nam Fatt Corporation Berhad, Brigadier Jeneral (B) Abdul Hadi Abdul Khatcab, Praba Ganesan, bekas Pengarang laman portal berita internet The Malaysian Insider dan Dr.Abdul Aziz Bari (gambar bawah), bekas pensyarah undang­-undang di Universiti Antabangsa Malaysia (UIAM).

Koh King Kee yang merupakan graduan lepasan Universiti Malaya, pernah menjadi tahanan ISA pada Disember 1974 disebabkan beliau bergiat aktif memperjuangkan KEADILAN sosial.  Beliau seorang tokoh korporat yang sentiasa mengikuti perkembangan politik tanah air walaupun pada ketika beliau menyambung pelajaran di University of Wisconsin dan berkhidmat di syarikat swasta di Beijing.  Atas kepakaran dan pengalaman beliau, KEADILAN telah melantik beliau sebagai Penyelaras Penyelidikan bagi membantu usaha KEADILAN dan Pakatan Rakyat  memenangi kerusi-kerusi dalam Pilihanraya Umum yang akan datang.

Brigadier Jeneral (B) Abdul Hadi Abdul Khattab pula merupakan bekas pegawai tertinggi Tentera Udara Di-Raja Malaysia (TUDM) yang pernah memfailkan saman terhadap Kerajaan Malaysia dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia atas pemecatan yang tidak sah beliau berhubung kehilangan dua enjin jet pejuang F5E dari kem TUDM di Sungai Besi.  KEADILAN dengan tanpa syak telah melantik beliau sebagai Pengerusi Perundingan Keselamatan KEADILAN.

Manakala Praba Ganesan yang sangat berpengalaman dalam media baru telah dilantik sebagai Pengurus Strategi Media Parti KEADILAN Rakyat yang akan merancang dan melaksanakan strategi berkaitan media sosial Parti bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke-13 yang bakal menjelang.

Penyertaan Dr. Abdul Aziz Bari sangat membanggakan KEADILAN kerana kepakaran dan karismatik beliau begitu menguntungkan perjuangan KEADILAN dan Pakatan Rakyat dalam usaha me-"MERDEKA"-kan RAKYAT dari rejim UMNO dan Barisan Nasional.

KEADILAN sangat mengalu-alukan penyertaan empat tokoh profesional ini dan membuka seluas-luas pintu kepada mana-mana tokoh atau individu yang ingin turut serta bersama KEADILAN dalam memperjuangkan agenda reformasi dan keadilan untuk masa depan Malaysia yang cerah.

*Kenyataan media oleh Wan Azizah Wan Ismail  (gambar kiri) selaku Presiden Parti KEADILAN Rakyat.

Imperialisme dan penjajahan minda

Susulan pengumuman Menteri Pengajian Tinggi Malaysia bahawa para mahasiswa dan mahasiswi Malaysia perlu mementerai perjanjian "do's and don'ts", yang dipetik daripada akhbar harian The Star bertajuk "Public varsity students must sign do's and don'ts contract,"  telah menimbulkan beberapa persoalan dalam minda saya.  Walau bagaimanapun saya hanya akan mengetengahkan beberapa persoalan utama bagi kupasan penulisan kali ini.  Persoalan ini ingin saya sampaikan kepada semua warga Universiti dan juga masyarakat yang mendukungnya.

1. Apakah ini satu lagi mekanisme baru bagi menyekat dan membendung perkembangan minda siswa dan siswi Malaysia?

2. Beginikah budaya demokrasi dipupuk dalam insitutisi pengajian tinggi yang dikenali sebagai Menara Gading?

3. Bukankah tindakan dan perilaku sebegini hanya menuju ke arah pemikiran yang tertutup dan sekali gus menafikan proses berfikir itu sendiri sama sekali?

4. Bidang Kemanusian dan Sains Sosial semakin berkembang pesat di Malaysia, dalam konteks itu adakah langkah yang dipelopori ini sejajar dengan perkembangan ilmu-ilmu ini?

5. Apakah yang cuba dicapai melalui pementeraan perjanjian seperti ini?  Udang jenis apa di sebalik Mee Segera ini?

Ternyata, melalui cara sedemikian siswa-siswi secara halus semakin kehilangan hak bersuara, dan lebih parah lagi ialah keadaan yang mana hak untuk mempunyai pandangan serta pendapat juga disekat melalui permenteraan seperti ini.  Malah tahap kepintaran, kecerdikan dan intelektual golongan mahasiswa juga diperlekeh serta diremehkan dengan pelaksanaan perkara sedemikan rupa.

Pergerakan siswa dan siswi di Malaysia telah pun bertapak sebelum 1930-an lagi.  Kebanyakan aktiviti pergerakan pada masa itu dipelopori oleh siswa dan siswi dari Sultan Idris Trainning Collage (SITC) yang kini dikenali sebagai UPSI yang mana mereka menentang dasar-dasar British dan ke arah mencapai kemerdekaan.  Pada era 1950-an pula, Universiti Malaya (UM) yang pada ketika itu berpusat di Singapura melahirkan begitu ramai aktivis siswa dan siswi, wartawan, penulis, cendekiawan dan pengkritik sosial.

Perlu dinyatakan di sini juga bahawa salah seorang yang vokal pada masa itu juga pernah diberi ruang menjadi Perdana Menteri ke-4 negara ini.  Jadi suara dan pergerakan siswa dan siswi bukanlah sesuatu fenomena baru di tanahair tercinta ini, Malaysia.  Yang menjadi teka-teki ialah mengapa kebebasan dan ruang dibenarkan ketika itu tetapi pada masa kini ia menjadi satu isu malah ia dikawal, diselia, dipantau, dikongkong dan juga diberi konotasi negatif?

Dalam perangkaan logik itu, bukankah pergerakan-pergerakan siswa dan siswi kini perlu dipergiatkan lagi dan menuju ke arah fasa baru dalam era siber maklumat, penuh globalisasi ini?  Terutamanya pada lanskap pendidikan tinggi kini, yang mana hampir setiap negeri di tanahair tercinta ini mempunyai sekurang-kurangnya sebuah insitusi pengajian tinggi.  Pelik tetapi benar, ramai dalam kalangan pemimpin kita, mahupun politik, ekonomi dan sosial pernah bergiat aktif dalam pergerakan sedemikan, tetapi kini apabila mereka berada di kerusi kuasa, mereka cuba pula menafikan dan membendung mahasiswa generasi baru ini untuk melalui pengalaman yang sama!  Mengapa begitu?  Apakah sebabnya?  Menjaga kepentingan tertentu!

Komuniti mahasiswa adalah aset dan tunjang kepada masa depan negara, bukan sahaja dari segi pembangunan tetapi juga dari segi intelektual dan sahsiah masyarkat.  Mereka berperanan sebagai peneraju negara.  Jika begini cara mereka dibentuk dan dicorakkan, maka kembalilah kita ke era budaya feudalisme dan zaman gelap.  Malah akan diselubungi dengan pelbagai imperialisme-imperialisme baru terutamanya dalam bentuk penjajahan minda dan pemikiran.

Dasar-dasar, keputusan dan aktiviti ke atas para mahasiswa perlulah lebih rasional serta perlu dikaji terlebih dahulu secara ilmiah sebelum dipraktikkan supaya sejajar dengan kehendak zaman kini dan ke arah hadapan bukannya ke belakang.  Isu penginsitusian para siswa dan siswi perlu diberi perhatian serius yang mana penginsitusian yang berlebihan terhadap golongan ini cuma akan merugikan negara.  Daya kreativiti, pemikiran kritis dan rasional para Mahasiswa akan tenggelam bersama jika penginsitusian yang berlebihan seperti ini terus dipraktikkan.

Kebebasan akademik, menyuarakan pendapat kritikal dan bernas harus dipupuk sentiasa, bukan sahaja dalam ruang pendidikan tinggi tetapi juga di bangku sekolah rendah lagi.  Praktis sebegini perlu bagi melahirkan dan mengembangkan budaya tinggi, mahupun mencapai status negara maju.  Kemajuan itu bukan sentiasa dalam manifestasi fizikal tetapi ia berlandaskan budaya dan masyarakat yang mendukung budaya mencintakan ilmu pada asasnya.

Bagi merealisasikan budaya sedemikain, siswa-siswi perlu diberi lebih banyak ruang kebebasan untuk meluahkan pendapat, berdiskusi, pamerkan kreativiti dan mengkritik dasar-dasar atau isu-isu sosial negara harus dipupuk.  Perkara sedemikan harus dilihat sebagai sesuatu yang sihat dan matang daripada golongan ini.  Ianya harus diperhebatkan lagi dan bukanya diperkecilkan serta menafikan pergerakan mereka.  Diharap tokoh-tokoh yang terlibat dalam industri pendidikan dapat memahami dinamika pergerakan Mahasiswa dan pentingnya pendapat serta pandangan mereka demi kesejahteraan tanah air tercinta ini.

*Pradeeb Kumar ialah Acedemic felo, Universiti Sains Malaysia yang kini berada di Humboldt-Universität zu Berlin, Germany.

Perjanjian perdagangan bebas dengan Australia disembunyi


Malaysia telah menandatangani perjanjian perdagangan bebas (FTA) dengan Australia pada 22 Mei lalu. Bagaimanapun Parlimen dan rakyat tidak diberitahu mengenainya.
FTA ditentang di banyak negara

Hal itu, menurut Naib Presiden PKR Fuziah Salleh, membangkitkan pelbagai tandatanya. Katanya, ahli parlimen sepatutnya dirundingi mengenai perjanjian tersebut sebelum ditandatangani oleh kedua-dua negara.

"PKR tidak menentang perjanjian perdagangan yang memberi kebaikan kepada kedua-dua negara namun prosesnya perlulah telus.

"Syarat perjanjian FTA ini tidak pernah dibincangkan di Parlimen mahu pun forum terbuka. Kita hanya tahu mengenainya daripada sumber dalaman kerajaan.

"Ketiadaan ketelusan mendedahkan perincian sebelum FTA ditandatangani dikhuatiri akan memberi kesan buruk kepada rakyat," katanya dalam satu kenyataan
Fuziah

Katanya lagi, berdasarkan FTA di negara lain akan terdapat indusri tempatan yang terjejas dan perkara itu hendaklah dimaklumkan oleh kerajaan

"Adakah industri tempatan terjejas? Dalam kes Lynas pula FTA mungkin pada masa depan akan mengundang industri yang lebih merbahaya dari Australia untuk dioperasikan di negara ini

"Kita menyeru Kementerian Perdagangan mendedahkan butir kandungan perjanjian ini bagi memberi ketelusan dan menerangkan adakah FTA ini akan memberi kesan kepada projek Lynas (dari Australia) di Gebeng," akhirinya.

HUDOH LA HANG NIH....

Angkatan Warga Aman Malaysia (Warga AMAN) jawatankuasa pemandu diwakili lebih daripada 20 NGO India mengutuk keras serangan peribadi ke atas Pengerusi BERSIH S.Ambiga baru-baru ini.  S.Ambiga adalah bekas Presiden Majlis Peguam yang terpuji kerana mempunyai rekod yang cemerlang dalam memperjuangkan hak asasi manusia.  Majoriti rakyat Malaysia inginkan Pilihan raya yang bersih dan adil, ini bermakna keseluruhan rakyat Malaysia menyokong penuh dan keputusan ini adalah kehendak rakyat sendiri.

Persoalannya:-

1. Warga AMAN membidas DBKL gagal bertindak terhadap protes gerai burger tanpa lesen.  Setakat ini tidak ada saman dikeluarkan oleh DBKL, malahan ada gambar dan rakaman video menunjukkan Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS) yang bertanggungjawab.

2. Warga AMAN juga membidas DBKL kerana tidak mengambil sebarang tindakan / tiada saman dikeluarkan ke atas perbuatan vandalisme yang merosakan harta benda awan oleh kumpulan peniaga daripada Majlis Bertindak Peniaga-peniaga Kuala Lumpur (MBPKL) dengan mengecat kuning tapak petak gerai atas di sepanjang jalan Setiakasih 1, Bukit Damansara.  Sebaliknya pihak DBKL mengecat kembali jalan itu dengan warna hitam.

3. Warga AMAN kesal di atas sikap pihak polis dan pihak DBKL yang bertugas di perkarangan rumah S.Ambiga tidak mengambil sebarang tindakan perbuatan vandalisme yang berlaku di depan mata.  Padahal iklan-iklan yang tidak mempunyai permit dan lesen, pihak berkuasa mengambil tindakan dengan segera.

4. Warga AMAN mengesa Datuk Bandar DBKL Ahmad Fuad Ismail and pihak polis mengambil tindakan segera terhadap pihak yang bertanggungjawab.  Jika pihak polis gagal mengambil tindakan ke atas protes "gerai pasar malam" maka Warga AMAN akan berkumpul secara aman depan Bukit AMAN mengadakan perhimpunan dan vigil (nyalaan lilin).

*Kenyataan media oleh S.Barathidasan (gambar kanan) selaku Setiausaha Agung Warga AMAN.

Pertumbuhan ekonomi suku pertama 2012 pada kadar 4.7%

PERKEMBANGAN EKONOMI DAN KEWANGAN DI MALAYSIA PADA SUKU PERTAMA 2012

TINJAUAN KESELURUHAN

Ekonomi Malaysia mencatat pertumbuhan yang sederhana pada suku pertama

Ekonomi global berkembang pada kadar yang lebih perlahan pada suku pertama 2012.  Meskipun pertumbuhan bertambah baik di Amerika Syarikat (AS), beberapa ekonomi Eropah telah dilanda kemelesetan.  Di Asia, aktiviti ekonomi terus berkembang, meskipun pada kadar yang sederhana, disebabkan pertumbuhan eksport yang lebih perlahan pada suku itu.  Permintaan dalam negeri terus menyokong aktiviti ekonomi. Meskipun persekitaran luaran mencabar, pertumbuhan ekonomi Malaysia terus mampan pada kadar 4.7% (S4 11: 5.2%).  Permintaan dalam negeri kekal teguh, disokong oleh kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh sektor swasta dan awam, manakala pertumbuhan eksport telah menjadi sederhana berikutan permintaan luar negeri yang lebih lemah.  Dari segi penawaran, pertumbuhan dalam kebanyakan sektor utama ekonomi terus mencatat pertumbuhan yang sederhana pada suku pertama 2012.  Ini disebabkan oleh pertumbuhan yang lebih sederhana dalam aktiviti yang berorientasikan eksport telah lebih daripada mengimbangi pertumbuhan yang mampan dalam aktiviti berorientasikan dalam negeri.

Permintaan dalam negeri kekal berdaya tahan dengan pertumbuhan sebanyak 9.6% (S4 11: 10.4%).  Pertumbuhan penggunaan swasta kekal kukuh pada 7.4% (S4 11: 7.3%), disokong terutamanya oleh peningkatan pendapatan yang berterusan dan keadaan pasaran pekerja yang stabil serta diperkukuh oleh harga komoditi yang tinggi, sentimen pengguna yang bertambah baik, dan pemberian bantuan kewangan daripada program sokongan pendapatan.  Penggunaan awam meningkat sebanyak 5.9% (S4 11: 22.9%) dalam keadaan pengembangan yang berterusan dalam perbelanjaan emolumen serta bekalan dan perkhidmatan.  Pembentukan Modal Tetap Kasar meningkat pada kadar yang lebih cepat sebanyak 16.1% (S4 11: 8.4%), disokong oleh perbelanjaan modal dalam sektor awam dan swasta.

Pelaburan swasta berkembang dengan kukuh, disokong oleh pelaksanaan projek pelaburan, terutamanya dalam sektor minyak dan gas.  Bagi pelaburan awam, perbelanjaan pembangunan Kerajaan Persekutuan telah disalurkan terutamanya ke dalam sektor perdagangan dan perindustrian, dan kemudahan awam, manakala perbelanjaan modal oleh perusahaan awam bukan kewangan disalurkan terutamanya ke dalam sektor pengangkutan dan perlombongan.

Dari segi penawaran, pertumbuhan dalam sektor perkhidmatan dan perkilangan terus menjadi sederhana pada suku pertama, mencerminkan pertumbuhan yang lebih sederhana dalam aktiviti berkaitan perdagangan serta pertumbuhan yang berterusan dalam aktiviti berkaitan dalam negeri.  Pertumbuhan dalam sektor pembinaan bertambah kukuh, disokong oleh pelaksanaan projek-projek kejuruteraan awam dan pembangunan projek kediaman.  Sektor pertanian menjadi sederhana disebabkan oleh pengeluaran minyak sawit mentah dan getah yang lebih perlahan, manakala pengeluaran sektor perlombongan berubah arah untuk mencatat pertumbuhan yang kecil.

Kadar inflasi, seperti yang diukur oleh perubahan tahunan dalam Indeks Harga Pengguna (IHP), menjadi sederhana kepada 2.3% pada suku pertama 2012 (S4 11: 3.2%).  Inflasi dalam kategori makanan dan minuman tanpa alkohol adalah lebih rendah disebabkan terutamanya oleh kenaikan yang lebih kecil dalam harga daging dan penurunan dalam harga sayur-sayuran.  Inflasi dalam kategori pengangkutan menjadi sederhana memandangkan kesan daripada penyelarasan harga petrol RON97 pada bulan Januari dan Februari 2011 semakin berkurang.

Dalam sektor luaran, lebihan akaun semasa lebih rendah pada suku pertama, tetapi jumlahnya kekal besar pada RM18.1 bilion, bersamaan dengan 8.4% daripada PNK. Lebihan yang lebih rendah mencerminkan lebihan barangan yang lebih kecil dan aliran keluar pendapatan yang lebih besar. Lebihan barangan lebih rendah kepada RM32 bilion disebabkan oleh pertumbuhan import mengatasi eksport.

Akaun kewangan mencatat aliran keluar bersih yang lebih besar sebanyak RM10.3 bilion pada suku pertama (S4 11:-RM0.2 bilion), disebabkan terutamanya oleh aliran keluar bersih dalam pelaburan lain yang lebih daripada mengimbangi aliran masuk dana portfolio asing yang besar.  FDI terus meningkat kepada RM7.5 bilion (S4 11: + RM6.5 bilion) pada suku pertama, disokong oleh aliran masuk modal ekuiti yang lebih besar dan pendapatan tertahan yang lebih tinggi oleh syarikat-syarikat multinasional (MNC) yang sedang beroperasi di Malaysia.  Pelaburan langsung di luar negeri oleh syarikat-syarikat Malaysia terus meningkat kepada RM16.9 bilion pada suku pertama (S4 11:-RM14.7 bilion), mencerminkan pemberian pinjaman antara syarikat dalam jumlah yang lebih besar kepada syarikat subsidiari di luar negeri serta aliran keluar modal ekuiti yang lebih tinggi.

Imbangan pembayaran secara keseluruhan telah berubah arah untuk mencatat defisit sebanyak RM7.2 bilion pada suku pertama (S4 11: + RM6.2 bilion), berikutan lebihan akaun semasa yang lebih rendah dan aliran keluar bersih daripada akaun kewangan yang lebih tinggi.

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah RM416.1 bilion (bersamaan dengan USD135.7 bilion) pada 30 Mac 2012.  Paras rizab ini telah mengambil kira pelarasan suku tahunan bagi pengurangan nilai disebabkan oleh penilaian semula pertukaran asing, berikutan pengukuhan ringgit berbanding dengan beberapa mata wang utama dan serantau pada suku itu. Pada 15 Mei 2012, kedudukan rizab berjumlah RM417.5 bilion (bersamaan dengan USD136.1 bilion), memadai untuk membiayai 9.3 bulan import tertangguh dan ialah 4.1 kali hutang luar negeri jangka pendek.

Dasar monetari terus menyokong kegiatan ekonomi

Kadar Dasar Semalaman (OPR) tidak berubah pada 3.00% pada suku pertama 2012. Paras semasa OPR ini mencerminkan keadaan monetari yang terus menyokong kegiatan ekonomi negara.

Dengan OPR yang tidak berubah ini, kadar antara bank purata bagi semua tempoh matang adalah secara relatif stabil.  Dari segi kadar faedah runcit, kadar deposit tetap (fixed deposit, FD) disebut purata bank perdagangan stabil pada suku pertama 2012. Kadar pinjaman asas (base lending rate, BLR) purata bank perdagangan tidak berubah pada 6.53% sepanjang suku itu.  Kadar pinjaman purata (average lending rate, ALR) berwajaran bagi pinjaman terkumpul kekal stabil pada 5.63% pada akhir bulan Mac 2012 (akhir Disember 2011: 5.66%).  Kos peminjaman bagi sektor perniagaan dan isi rumah masih di bawah paras sebelum krisis.

Pada suku pertama, jumlah pembiayaan kasar yang diperoleh sektor swasta melalui sistem perbankan dan pasaran modal meningkat kepada RM259.9 bilion (S4 11: RM240.6 bilion).  Pembiayaan yang lebih tinggi itu disebabkan terutamanya oleh peningkatan dalam terbitan sekuriti hutang swasta (private debt securities, PDS) bersih. Pada asas bersih, pinjaman sistem perbankan dan PDS terkumpul berkembang pada kadar pertumbuhan tahunan sebanyak 13.3% pada akhir bulan Mac (S4 11: 12.5%).

Dana bersih yang diperoleh dalam pasaran modal meningkat kepada RM43.5 bilion pada suku pertama (S4 11: RM19.4 bilion).  Sebahagian besar dana diperoleh sektor swasta terutamanya melalui terbitan sekuriti hutang swasta.  Selepas pelarasan bagi penebusan, dana bersih yang diperoleh sektor swasta berjumlah RM29.8 bilion (S4 11: 3.5 bilion).  Dalam sektor awam, perolehan dana bersih berjumlah RM13.6 bilion (S4 2011: RM15.9 bilion).

Agregat monetari terus berkembang pada suku pertama.  Wang secara luas atau M3 berkembang pada kadar pertumbuhan tahunan 15% pada akhir bulan Mac (akhir bulan Disember 2011: 14.4%), mencerminkan pemberian kredit yang berterusan kepada sektor swasta.

Ringgit menambah nilai sebanyak 3.6% berbanding dengan dolar AS pada suku pertama 2012, sejajar dengan trend mata wang serantau lain.  Data ekonomi yang lebih baik daripada jangkaan, terutamanya di Amerika Syarikat, telah menyebabkan peningkatan dalam keyakinan para pelabur dan minat yang kembali pulih terhadap aset kewangan di rantau ini.  Berbanding dengan mata wang utama lain, ringgit menambah nilai berbanding dengan yen Jepun (9.5%) dan euro (0.4%), tetapi menyusut nilai berbanding dengan paun sterling (-0.1%).  Ringgit juga bertambah kukuh berbanding dengan mata wang serantau lain dalam julat 0.1% hingga 3.8%.  Pada tempoh 1 April hingga 21 Mei 2012, ringgit menambah nilai berbanding dengan euro (2.3%), tetapi menyusut nilai berbanding dengan yen Jepun (-5.4%), dolar AS (-2.0%) dan paun sterling (-1.1%).  Berbanding dengan mata wang serantau, ringgit menambah nilai berbanding dengan won Korea (0.7%), tetapi menyusut nilai berbanding dengan baht Thailand, dolar Singapura, rupiah Indonesia, dan peso Filipina dan renminbi China antara -0.6% hingga -1.6%.

Risiko kepada kestabilan kewangan terus terkawal

Kestabilan kewangan kekal kukuh sepanjang suku pertama 2012, disokong oleh institusi kewangan yang teguh dan keadaan pasaran kewangan yang terurus.  Pengantaraan kewangan yang terus berfungsi dengan berkesan telah menyediakan persekitaran yang diperlukan untuk kegiatan ekonomi.

Sektor perbankan kekal berdaya tahan pada suku pertama 2012 dan terus mengekalkan kedudukan penampan kehematan, keuntungan dan mudah tunai yang kukuh.  Nisbah modal teras dan nisbah modal berwajaran risiko sistem perbankan kekal teguh masing-masing pada 13.0% dan 14.7%.  Di samping itu, sektor insurans kekal berdaya tahan dengan nisbah kecukupan modal yang kukuh sebanyak 224.8%.

Ekonomi akan terus pulih pada kadar yang sederhana tetapi masih wujud risiko pertumbuhan yang lebih perlahan


Melangkah ke hadapan, krisis hutang kerajaan di Eropah masih memberikan risiko kepada ekonomi global. Harga minyak yang tinggi secara berterusan, yang didorong terutamanya oleh ketegangan geopolitik, menambah lagi ketidakpastian dalam persekitaran global.  Walau bagaimanapun, pemulihan yang berterusan secara beransur-ansur di AS dijangka mencerahkan lagi prospek pertumbuhan global.  Bagi Asia, walaupun kegiatan ekonomi mungkin terjejas oleh perkembangan luaran, pertumbuhan dijangka terus disokong oleh asas-asas ekonomi makro dalam negeri yang kukuh serta dasar yang fleksibel.

Bagi ekonomi Malaysia, meskipun persekitaran luaran yang mencabar masih memberikan risiko kepada prospek pertumbuhan ekonomi Malaysia, permintaan dalam negeri dijangka kekal berdaya tahan.  Perbelanjaan sektor swasta yang terus meningkat, dan disokong pula oleh perbelanjaan sektor awam, dijangka dapat menyokong prestasi pertumbuhan secara keseluruhan.

*Siaran media oleh Bank Negara Malaysia.

Kerajaan saman 10 AJK BERSIH, tuntut ganti rugi khas RM122 ribu

Kerajaan Persekutuan telah memfailkan saman menuntut ganti rugi terhadap Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pemandu BERSIH, S. Ambiga dan 9 orang jawatankuasa pemandu yang lain, menuntut ganti rugi khas sejumlah RM122 ribu, lantaran daripada kerosakan harta benda yang ditanggung kerajaan Malaysia.

S Ambiga bersama 9 orang AJK Pemandu yang lain dituduh mengingkari tugas dan tanggungjawab statutori di bawah seksyen 6(2)(g) Akta Perhimpunan Aman 2012 serta cuai menjalankan tugas mereka sehingga menyebabkan kerosakan harta benda Plaintif, iaitu kerajaan Malaysia.

Senarai AJK yang disaman termasuklah Maria Chin Abdullah, Zaid Kamarudin, Haris Fathillah b. Mohamed, K.Arumugam, Arul Prakkash, Wong Chin Huat, Ahmad Farouk, Toh Kin Woon dan Andrew Khoo.  Bagaimanapun, Pengerusi Bersama BERSIH, iaitu A.Samad, dan seorang lagi AJK Hishamuddin Rais, tidak disenaraikan sebagai defenden.
Mahkamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur telah mengeluarkan perintah agar kesemua defenden menghadirkan diri dalam tempoh 12 hari selepas penyampaian writ ini ke atas mereka (termasuk hari penyampaian).
Menurut writ saman yang dikeluarkan, "perhimpunan tersebut (BERSIH 3.0 pada 28 April 2012) menjadi tidak aman kerana peserta-peserta perhimpunan tersebut telah merempuh halangan/sekatan dan telah menyebabkan kerosakan harta benda".
Plaintif, iaitu pihak kerajaan persekutuan Malaysia memetik seksyen 6(2)(g) Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736), bahawa defenden mempunyai tanggungjawab antara lainnya untuk memastikan bahawa perhimpunan yang diadakan tidak akan menyebabkan kerosakan harta benda.  Plaintif menegaskan bahawa defenden-defenden telah gagal untuk melaksanakan tugas dan/atau tanggungjawab statutori tersebut apabila perhimpunan tersebut menjadi tidak terkawal dan bertukar menjadi rusuhan dan menyebabkan kerosakan kepada kenderaan-kenderaan milik plaintif.
Writ saman tersebut seterusnya menyenaraikan 15 butiran kos kerosakan kenderaan plaintif, dengan tuntutan ganti rugi khas sejumlah RM122,000, ditafsir oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).  Selain itu, plaintif juga menuntut agar defenden membuat satu deklarasi bahawa defenden sebagai penganjur telah mengingkari seksyen 6(2)(g) Akta Perhimpunan Aman 2012, ganti rugi am, faedah dan ganti rugi khas atas kadar 4% setahun dikira daripada tarikh saman dan pernyataan tuntutan difailkan sehingga tarikh penghakiman dan sebagainya.
Butiran kecuaian defenden yang disenaraikan termasuklah:-
1.Membawa peserta perhimpunan yang terlalu ramai tetapi gagal untuk mewujudkan/mengadakan kawalan yang efektif dan secukupnya;
2. Gagal mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk memastikan perhimpunan tersebut berjalan dengan aman; dan
3. Gagal melantik bilangan orang yang perlu untuk bertanggungjawab bagi mengendalikan perhimpunan dengan teratur.

DEBAT RAFIZI KHAIRY





CABARAN MEMBELA MANGSA PROJEK TERBENGKALAI YANG DIWARISI DARI Umno dan Bn



Tidak kurang dari 140 projek dan sekurang-kurangnya 60,000 keluarga yang menjadi mangsa kes pembangunan terbengkalai.
Menyelesaikan permasalahan ini memerlukan usaha bersama semua pihak dari kerajaan hingga ke pihak bank.
Laporan khas ini cuba meneroka usaha yang sedang dijalankan kerajaan negeri Selangor, serta cabaran yang dihadapi oleh pemaju baru dan mangsa.

Menyelesaikan permasalahan ini memerlukan usaha bersama semua pihak dari kerajaan hingga ke pihak bank.
Laporan khas ini cuba meneroka usaha yang sedang dijalankan kerajaan negeri Selangor, serta cabaran yang dihadapi oleh pemaju baru dan mangsa.



Manikavasagam : Umno-BN Tolong Berhenti Memujuk Saya


SUBANG JAYA 22 MEI : Pemimpin Umno-BN di Perak yang kini seorang exco kerajaan negeri adalah antara individu yang didakwa pernah memujuk MP Kapar S Manikavasagam untuk tinggalkan Pakatan Rakyat sejak 2008.
Manikavasagam berkata individu-individu tersebut sanggup menunggu berjam-jam di luar rumah dan pejabat bagi berjumpa dengannya bagi tujuan tersebut.
Beliau yang mengakui pernah berselisih faham dengan kerajaan Selangor, walaubagaimanapun berkata tidak mempunyai apa-apa masalah dengan mana-mana pemimpin Pakatan Rakyat Selangor.
Malah Manikavasagam tegas dengan pendiriannya untuk terus bersama PKR dan Pakatan, dan meminta Umno-BN untuk berhenti daripada meneruskan usaha untuk memujuknya.
“Tahun 2008 saya ada senarai nama siapa yang berjumpa dengan saya sehingga mereka menunggu berjam lamanya di luar rumah saya. Hari ini individu tersebut merupakan Exco Kerajaan Negeri Perak.
“Saya tidak mahu sebut nama. Kalau mereka cabar, saya akan sebut nama mereka,” Manikavasagam berkata di satu sidang media di pusat khidmat MP Kelana Jaya di Sunway Mentari di sini.
Manikavasagam antara wakil rakyat Pakatan yang sering disebut akan meninggalkan gagasan itu kerana kenyataannya yang lepas yang mengkritik dasar dan pemimpin Kerajaan Selangor.
Terbaru, sebuah blog Sel13.com memaparkan artikel yang beliau minta RM10 juta daripada bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamed Khir Toyo untuk tinggalkan Pakatan.
Manikavasagam menjelaskan beliau tidak pernah mengadakan pertemuan sulit dengan Dr Khir sebaliknya pertemuan yang berlaku di Hotel Grand Blue Wave merupakan secara kebetulan.
“Dalam perjumpaan itu, his mouth came out. Dia yang kata, Yb kalau tidak gembira,  mari sini (kepada BN), kami akan jaga kamu dan memberikan wang.
“Ianya dari mulut dia bukan mulut saya. Tidak sampai lima minit dia pergi,” Manikavasagam berkata.
Sehubungan itu, Manikavasagam akan membuat satu laporan polis terhadap penulis artikel, M Zakrul Adam dan Dr Khir Toyo esok bagi membersihkan nama beliau.

AHLI PAS WAJIB HADIR

Mesyuarat PAS Pusat yang diadakan pada 13 Mei yang lalu telah membuat keputusan menangguh Muktamar yang dijadualkan awal Jun dan menggantikannya dengan Ijtimak Pilihanraya dan Munajat Perdana yang akan diadakan pada 1 Jun 2012 di Stadium Darul Aman, Alor Star, Kedah.

Seluruh kepimpinan parti perlu membuat persiapan awal bagi memastikan matlamat himpunan lebih 100,000 ini mencapai kejayaan.  Setiap ahli perlu mengambil inisiatif sendiri untuk hadir dalam himpunan perdana ini.

Ijtimak bermula dengan satu taklimat tertutup kepimpinan tertinggi parti seluruh negara dan ahli yang berhormat bersama Presiden bermula jam 10 pagi di kompleks PAS negeri.

Manakala himpunan untuk semua ahli PAS bermula seawal jam 4 petang dan dijangka berakhir jam 12 malam.  Bawalah apa-apa yang perlu untuk keselesaan munajat.

Semua program parti yang bertindih dengan program ijtimak pilihanraya hendaklah ditangguhkan.

Munajat perdana insya-Allah akan dipimpin sendiri oleh Murshidul Am Tuan Guru Nik Abd Aziz, manakala amanat Presiden akan menjadi acara kemuncak ijtimak dan berakhir dengan pembacaan ikrar oleh seluruh ahli PAS, sebagai baiah dan janji setia bagi menggarap usaha bagi mencapai kemenangan.

Ijtimak kali ini juga akan disertai oleh beberapa tokoh besar yang menyatakan kesediaan untuk turut sama bergabung dalam PAS.  Mereka akan diisytihar secara rasmi bagi menyatakan ikrar dan sokongan mereka kepada parti.

Semua ahli diseru menjadikan ijtimak kali ini sebagai pemangkin kepada pembinaan semangat juang yang tinggi kepada seluruh jentera, ahli dan penyokong parti.  Semoga majlis diberkati Allah.

*Kenyataan media oleh Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar kiri) selaku Ketua Penerangan PAS Pusat.

BERNIAT JAHAT TERHADAP ANWAR.KERAJAAN PIMPINAN NAJIB DIPERSOALKAN

Kerajaan Najib jelas berniat jahat untuk mendakwa Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dan pemimpin-pemimpin PKR, Azmin Ali dan Badrul Hisham kerana telah melanggar sekatan di Dataran Merdeka semasa perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April sedangkan ianya haruslah dilihat sebagai satu terma rujukan bagi penyiasatan yang saksama dan komprehensif terhadap keganasan dalam perhimpunan BERSIH 3.0 seperti yang dijanjikan oleh Perdana Menteri.

Benarkah Anwar dan Azmin telah memberi isyarat kepada peserta untuk merempuh sekatan di Dataran Merdeka seperti yang dikatakan oleh Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein dalam temuduga bersama Sunday Star dua hari yang lepas yang bertajuk "Mencari kisah sebenar"?

Tetapi, pandangan Hishammuddin (yang selalu keliru dengan peranan beliau sebagai Menteri Dalam Negeri yang bertanggungjawab di atas keselamatan umum, tidak kira seseorang individu atau parti politik dan kewajipan sebagai Naib Presiden UMNO yang diberi tugas utama untuk memburuk-burukkan pihak pembangkang dengan apa cara sekalipun) tidak boleh menjadi sebab untuk mendakwa Anwar, Azmin dan Badrul, terutama sekali apabila Hishammuddin telah memberi jaminan bahawa penyiasatan yang saksama dan komprehensif terhadap keganasan BERSIH 3.0 dalam satu misi mencari kebenaran mengenai apa yang telah berlaku pada 28 April.

Pendakwaan Anwar, Azmin dan Badrul yang terburu-buru berhubung dengan perlanggaran sekatan di Dataran Merdeka dan berdasarkan prasangka pimpinan Najib yang berniat jahat untuk menghalang apa-apa penyiasatan yang bebas, saksama dan komprehensif berkenaan dengan isu yang amat mustahak ini.  Ini dirumitkan lagi apabila ketiga-tiga pemimpin yang didakwa itu sekeras-kerasnya menafikan memberi isyarat untuk melanggar sekatan di Dataran Merdeka, seperti yang dilihat dalam kenyataan video.

Terma rujukan dari "panel penyiasatan bebas" Hanif Omar belum lagi dimuktamadkan, tetapi apa yang jelas adalah dengan dakwaan Anwar  (gambar kiri), Azmin dan Badrul, isu ini tidak akan dimasukkan di atas sebab ianya akan dipertimbangkan oleh mahkamah (sub judice) kerana sudah ada kes seumpana itu yang masih dalam pertimbangan.

Dalam isu yang berbeza, ketidaksesuaian Hanif Omar sebagai pengerusi "panel penyiasatan bebas", umpama melantik Mahathir untuk mengetuai suruhanjaya penyiasatan terhadap kerugian RM100 bilion yang dicatat dari pelbagai skandal kewangan dalam tempoh 22 tahun sebagai Perdana Menteri.
Dengan dakwaan terhadap Anwar, Azmin dan Badrul, malah penyiasatan SUHAKAM ke atas keganasan BERSIH 3.0 boleh dihalang dari memperoleh maklumat yang penting dalam menentukan jika ada di antara mereka bertiga yang telah memberi isyarat untuk melanggar sekatan di Dataran Merdeka.

Ini adalah kerana apa yang terkandung dalam Seksyen 12 (Bahagian III) dalam Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia 1999 di atas "Kuasa Penyiasatan dalam Suruhanjaya" ("Powers of Inquiry of the Commission") adalah:

BAHAGIAN III
KUASA SIASATAN SURUHANJAYA


Suruhanjaya boleh menyiasat atas kehendak sendiri atau atas aduan
12. (1) Suruhanjaya boleh, atas kehendaknya sendiri atau atas suatu aduan yang dibuat kepada Suruhanjaya oleh orang atau kumpulan orang yang terkilan atau seseorang yang bertindak bagi pihak orang atau sekumpulan orang yang terkilan, menyiasat pengataan mengenai pelanggaran hak asasi manusia orang atau kumpulan orang itu.
(2) Suruhanjaya tidaklah boleh menyiasat apa-apa aduan yang berhubungan dengan apa-apa pengataan pelanggaran hak asasi manusia yang -
(a) merupakan hal perkara apa-apa prosiding yang belum selesai di mana-mana mahkamah, termasuklah apa-apa rayuan; atau
(b) telah diputuskan secara muktamad oleh mana-mana mahkamah.
(3) Jika Suruhanjaya menyiasat suatu pengataan di bawah subseksyen 12 (1) dan  sementara menunggu penyelesaian siasatan itu, pengataan itu menjadi hal perkara mana-mana prosiding di mana-mana mahkamah, Suruhanjaya hendaklah berhenti dengan serta-merta daripada melakukan siasatan itu.

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) harus diberi pujian di atas keputusan yang diambil semalam untuk menjalankan penyiasatan awam terhadap perhimpunan BERSIH 3.0, kerana tidak boleh "menunggu lagi" untuk panel bebas dari Putrajaya untuk menyerahkan terma rujukan mereka.

Adakah benar keputusan Peguam Negara untuk mendakwa Anwar, Azmin dan Badrul (gambar kiri) dibuat secara tergesa-gesa berkenaan dengan perlanggaran sekatan di Dataran Merdeka yang berdasarkan maklumat yang diterima oleh kerajaan yang SUHAKAM akan memaklumkan keputusan mereka dan sebagai satu langkah terakhir untuk menyingkirkan apa-apa penyelidikan dari pihak SUHAKAM untuk menjalankan penyiasatan yang bebas dan saksama berhubung dengan "perlanggaran" sekatan di Dataran Merdeka.

Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri dan Peguam Negara tidak boleh mengikat tangan SUHAKAM daripada menjalankan penyiasatan yang bebas, saksama dan komprehensif terhadap keganasan BERSIH 3.0, termasuklah jika benar Anwar dan Azmin telah memberi isyarat untuk melanggar sekatan di Dataran Merdeka serta 8 isu berbangkit seperti:

1. Adakah benar wujud satu percubaan untuk merampas kuasa dan menggulingkan kerajaan dalam BERSIH 3.0?
2. Mengapa pihak polis seakan-akan mengamuk dan menggunakan kekerasan yang melampau, samada dengan gas pemedih mata, semburan air yang bercampur bahan kimia atau keganasan fizikal terhadap peserta perhimpunan aman ini selepas jam 3 petang yang telah berlanjutan selama lima jam pada hari tersebut?
3. Bagi yang telah merempuh sekatan yang didirikan, mengapa pihak polis tidak mengambil tindakan terhadap kumpulan itu sahaja?  Mengapa pihak polis bertindak untuk menghukumi majoriti yang telah berhimpun secara aman dan yang ingin bersurai secara aman?
4. Mengapa ada kakitangan polis yang bertugas tanpa tag nama atau nombor pengenalan?
5. Mengapa wakil media menjadi sasaran pihak polis dan mengapa mereka diserang di mana peralatan kamera mereka dipecah dan kad memori mereka dirampas?
6. Mengapa ada di antara beberapa Stesyen LRT yang telah diarahkan untuk tutup selepas gas pemedih mata atau semburan air bermula?  Adakah pihak polis berniat untuk membantu peserta bersurai atau sebagai satu "perangkap" untuk memberi "pengajaran" kepada peserta perhimpunan paa hari tersebut?
7.Adakah benar transmisi sengaja disekat supaya apa-apa komunikasi dihalang yang akan menyebabkan lebih kekeliruan dalam keadaan yang sudahpun tegang dan genting pada masa yang genting itu?
8.Siapa dari pihak polis atau dari Kementerian Dalam Negeri yang bertanggungjawab memberi kebenaran atau "greenlight" untuk pencabulan hak asasi manusia dan tidak menghiraukan prinsip dan garis panduan dalam penggunanan kekerasan dan senjata api oleh kakitangan polis?

Untuk penubuhan "bona fide" kerajaan untuk menyiasat apa yang benar-benar berlaku pada 28 April, Peguam Negara haruslah menarik balik dan menangguhkan semua dakwaan yang berkaitan dengan perhimpunan BERSIH 3.0 sehingga mendapat keputusan penyiasatan panel yang bebas, saksama dan komprehensif.
                                                                     
*Lim Kit Siang ialah Ketua Parlimen DAP dan Ahli Parlimen Ipoh Timur.

MINDA KERAJAAN PEMERINTAH TAHAP GABAN, MASIH BERADA DIZAMAN TOK NADOQ

"Sumpah 513" telah hilang mujarab apabila kaum ibu tidak gentar lagi untuk turun ke jalan raya pada 28 April 2012.  Di samping itu, ia juga petanda bahawa negara ini sedang berada dalam tahap yang genting.  Namun demikian, kerajaan dan polis pula tidak banyak berubah, dengan minda yang masih berada dalam zaman komunis.

Ahli parlimen Bukit Bendera Liew Chin Tong (gambar kiri) berkata, sebelum ini, setiap kali PRU diadakan, golongan wanita, terutamanya mereka yang sudah lanjut usianya, akan bimbang berlakunya huru-hara, atau berulangnya tragedi 13 Mei 1969.

"Jika ada lagi sisa-baki keresahan ini... Pada 28 April, apa yang anda lihat tidak lagi serupa.  Pada 28 April, kita nampak kaum ibu turun ke jalan raya, kita nampak kaum wanita turun ke jalan raya, kita nampak wanita yang usianya lanjut turun ke jalan raya.  Saya rasa, kita telah meninggalkan satu zaman - dari ketakutan sebelum ini, hinggalah perubahan mula diperlihatkan."

"Padahal sewaktu 8 Mac 2008, kita membuang undi secara senyap-senyap... Tidak berani untuk memberitahu kepada orang lain.  28 April, mereka membawa tubuh badan diri ke tempat kejadian... Sedar bahawa mungkin ada gas pemedih mata, tahu mungkin adanya bahaya.  Namun, mereka tetap membawa anak ke sana, kerana mereka percaya bahawa negara ini perlu ada perubahan.  Ini kerana mereka percaya bahawa pembinaan negara ini memerlukan penyertaan setiap orang, terutamanya kawan kaum Tionghua."

"Kaum ibu turun ke jalan raya pada 28 April, lambang sumpah 13 Mei telah hilang mujarab sepenuhnya," kata Liew Chin Tong.

Demikianlah ulasan pimpinan DAP dalam satu forum berjudul "Kesamarataan gender: Mengapa ibu juga turun ke jalan raya pada 28 April?", diadakan pada 17 Mei 2012.  Selain Liew Chin Tong, forum ini turut membariskan panelis Pengerusi AWAM Ho Yock Lin dan ahli parlimen Bukit Mertajam Chong Eng, dengan Lee Chin Chen sebagai moderator.

Forum ini diadakan sempena perlancaran buku tulisan Chong Eng.  Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, ahli parlimen Seputeh Teresa Kok, ADUN Teratai Jenice Lee dan pimpinan DAP yang lain turut hadir memberi sokongan.  Forum ini menarik kira-kira 80 orang hadirin.

Petanda ibu turun ke jalan raya

Chong Eng berkata, kaum ibu adalah benteng terakhir.  Ini kerana pada lumrahnya ibu tidak akan turun ke jalan raya, dan tidak akan turun ke jalan raya sewenang-wenangnya.  Mereka lebih selesa dengan perwatakan untuk mempertahankan keluarganya.

"Apabila ibu turun ke jalan raya... Iaitu, pertama, dia menganggap anaknya dalam keadaaan bahaya, maka dia perlu menampilkan diri; kedua, BERSIH telah menembusi masyarakat, sehingga kaum ibu juga tahu bahawa dia perlu menyertai.  Kalau tidak, pilihan raya tidak adil, tidak demokratik, negara tidak mempunyai masa depan - dengan kata lain anak juga tidak mempunyai masa depan.  Demikianlah faktor kaum ibu turun ke jalan raya."

Malah Chong Eng (gambar kiri) mengambil contoh Wan Azizah Wan Ismail ketika zaman Reformasi, Betty Chew ketika zaman suaminya Lim Guan Eng dipenjarakan, dan pejuang demokrasi Aung San Suu Kyi - untuk mengatakan bahawa dari sudut politik, apabila kaum ibu tampil, ia bermakna negaranya sedang berada dalam keadaan genting.

Chong Eng memetik peribahasa Barat bahawa tangan yang menggoncang buaian boleh memerintah dunia ini.  "Apabila anda mendapat sokongan ibu, maksudnya anda boleh membentuk kerajaan!" katanya, disambut dengan tepukan gemuruh.

Zaman komunis

Selain itu, Liew Chin Tong juga berkata, mantan Ketua Polis Negara Haniff Omar mendakwa bahawa "sebahagian peserta perhimpunan BERSIH adalah bekas anggota Komunis", tetapi lupa pula bahawa Pemuda UMNO telah menjalin hubungan dengan  Pemuda Parti Komunis China - jelas tidak sedar bahawa senario telah berubah.

"Namun, kerajaan dan polis tidak banyak berubah... Polis berkata hanya kerajaan menguasai media, apa yang dilaporkan media kerajaan adalah kenyataan rasmi, semua hanya menurut, bahawa itu adalah realiti.  Kira-kira 300 anggota polis mengambil gambar ketika 9 Julai 2011; pada 28 April, gambar media telah dihapuskan... Apa yang tersirat di sebaliknya, guna hanya gambar polis."

Tetapi Liew Chin Tong menganggap polis telah lupa bahawa ini adalah zaman Facebook, setiap orang mampu menggunakan telefon bimbitnya untuk dijadikan kamera, dan "terbit akhbar sendiri" di Facebook.

"Zaman telah berubah, tetapi kerajaan kita masih terkurung pada zaman lalu, dan gagal terkeluar."
*Ong Vic Kee ialah wartawan MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Disedut, diterjemah dan disunting dari teks asal yang disiarkan pada 18 Mei 2012.