Susulan pengumuman
Menteri Pengajian Tinggi Malaysia bahawa para mahasiswa dan mahasiswi
Malaysia perlu mementerai perjanjian "do's and don'ts", yang dipetik
daripada akhbar harian The Star bertajuk "Public varsity students must sign do's and don'ts contract,"
telah menimbulkan beberapa persoalan dalam minda saya. Walau
bagaimanapun saya hanya akan mengetengahkan beberapa persoalan utama
bagi kupasan penulisan kali ini. Persoalan ini ingin saya sampaikan
kepada semua warga Universiti dan juga masyarakat yang mendukungnya.
1. Apakah ini satu lagi mekanisme baru bagi menyekat dan membendung perkembangan minda siswa dan siswi Malaysia?
2. Beginikah budaya demokrasi dipupuk dalam insitutisi pengajian tinggi yang dikenali sebagai Menara Gading?
3. Bukankah tindakan dan perilaku sebegini hanya menuju ke arah pemikiran yang tertutup dan sekali gus menafikan proses berfikir itu sendiri sama sekali?
4. Bidang Kemanusian dan Sains Sosial semakin berkembang pesat di Malaysia, dalam konteks itu adakah langkah yang dipelopori ini sejajar dengan perkembangan ilmu-ilmu ini?
5. Apakah yang cuba dicapai melalui pementeraan perjanjian seperti ini? Udang jenis apa di sebalik Mee Segera ini?
Ternyata, melalui cara sedemikian siswa-siswi secara halus semakin kehilangan hak bersuara, dan lebih parah lagi ialah keadaan yang mana hak untuk mempunyai pandangan serta pendapat juga disekat melalui permenteraan seperti ini. Malah tahap kepintaran, kecerdikan dan intelektual golongan mahasiswa juga diperlekeh serta diremehkan dengan pelaksanaan perkara sedemikan rupa.
Pergerakan
siswa dan siswi di Malaysia telah pun bertapak sebelum 1930-an lagi.
Kebanyakan aktiviti pergerakan pada masa itu dipelopori oleh siswa dan
siswi dari Sultan Idris Trainning Collage (SITC) yang kini dikenali
sebagai UPSI yang mana mereka menentang dasar-dasar British dan ke arah
mencapai kemerdekaan. Pada era 1950-an pula, Universiti Malaya (UM)
yang pada ketika itu berpusat di Singapura melahirkan begitu ramai
aktivis siswa dan siswi, wartawan, penulis, cendekiawan dan pengkritik
sosial.
Perlu dinyatakan di sini juga bahawa salah seorang yang vokal pada masa itu juga pernah diberi ruang menjadi Perdana Menteri ke-4 negara ini. Jadi suara dan pergerakan siswa dan siswi bukanlah sesuatu fenomena baru di tanahair tercinta ini, Malaysia. Yang menjadi teka-teki ialah mengapa kebebasan dan ruang dibenarkan ketika itu tetapi pada masa kini ia menjadi satu isu malah ia dikawal, diselia, dipantau, dikongkong dan juga diberi konotasi negatif?
Dalam
perangkaan logik itu, bukankah pergerakan-pergerakan siswa dan siswi
kini perlu dipergiatkan lagi dan menuju ke arah fasa baru dalam era
siber maklumat, penuh globalisasi ini? Terutamanya pada lanskap
pendidikan tinggi kini, yang mana hampir setiap negeri di tanahair
tercinta ini mempunyai sekurang-kurangnya sebuah insitusi pengajian
tinggi. Pelik tetapi benar, ramai dalam kalangan pemimpin kita, mahupun
politik, ekonomi dan sosial pernah bergiat aktif dalam pergerakan
sedemikan, tetapi kini apabila mereka berada di kerusi kuasa, mereka
cuba pula menafikan dan membendung mahasiswa generasi baru ini untuk
melalui pengalaman yang sama! Mengapa begitu? Apakah sebabnya?
Menjaga kepentingan tertentu!
Komuniti mahasiswa adalah aset dan tunjang kepada masa depan negara, bukan sahaja dari segi pembangunan tetapi juga dari segi intelektual dan sahsiah masyarkat. Mereka berperanan sebagai peneraju negara. Jika begini cara mereka dibentuk dan dicorakkan, maka kembalilah kita ke era budaya feudalisme dan zaman gelap. Malah akan diselubungi dengan pelbagai imperialisme-imperialisme baru terutamanya dalam bentuk penjajahan minda dan pemikiran.
Dasar-dasar, keputusan dan aktiviti ke atas para mahasiswa perlulah lebih rasional serta perlu dikaji terlebih dahulu secara ilmiah sebelum dipraktikkan supaya sejajar dengan kehendak zaman kini dan ke arah hadapan bukannya ke belakang. Isu penginsitusian para siswa dan siswi perlu diberi perhatian serius yang mana penginsitusian yang berlebihan terhadap golongan ini cuma akan merugikan negara. Daya kreativiti, pemikiran kritis dan rasional para Mahasiswa akan tenggelam bersama jika penginsitusian yang berlebihan seperti ini terus dipraktikkan.
Kebebasan
akademik, menyuarakan pendapat kritikal dan bernas harus dipupuk
sentiasa, bukan sahaja dalam ruang pendidikan tinggi tetapi juga di
bangku sekolah rendah lagi. Praktis sebegini perlu bagi melahirkan dan
mengembangkan budaya tinggi, mahupun mencapai status negara maju.
Kemajuan itu bukan sentiasa dalam manifestasi fizikal tetapi ia
berlandaskan budaya dan masyarakat yang mendukung budaya mencintakan
ilmu pada asasnya.
Bagi merealisasikan budaya sedemikain, siswa-siswi perlu diberi lebih banyak ruang kebebasan untuk meluahkan pendapat, berdiskusi, pamerkan kreativiti dan mengkritik dasar-dasar atau isu-isu sosial negara harus dipupuk. Perkara sedemikan harus dilihat sebagai sesuatu yang sihat dan matang daripada golongan ini. Ianya harus diperhebatkan lagi dan bukanya diperkecilkan serta menafikan pergerakan mereka. Diharap tokoh-tokoh yang terlibat dalam industri pendidikan dapat memahami dinamika pergerakan Mahasiswa dan pentingnya pendapat serta pandangan mereka demi kesejahteraan tanah air tercinta ini.
*Pradeeb Kumar ialah Acedemic felo, Universiti Sains Malaysia yang kini berada di Humboldt-Universität zu Berlin, Germany.
2. Beginikah budaya demokrasi dipupuk dalam insitutisi pengajian tinggi yang dikenali sebagai Menara Gading?
3. Bukankah tindakan dan perilaku sebegini hanya menuju ke arah pemikiran yang tertutup dan sekali gus menafikan proses berfikir itu sendiri sama sekali?
4. Bidang Kemanusian dan Sains Sosial semakin berkembang pesat di Malaysia, dalam konteks itu adakah langkah yang dipelopori ini sejajar dengan perkembangan ilmu-ilmu ini?
5. Apakah yang cuba dicapai melalui pementeraan perjanjian seperti ini? Udang jenis apa di sebalik Mee Segera ini?
Ternyata, melalui cara sedemikian siswa-siswi secara halus semakin kehilangan hak bersuara, dan lebih parah lagi ialah keadaan yang mana hak untuk mempunyai pandangan serta pendapat juga disekat melalui permenteraan seperti ini. Malah tahap kepintaran, kecerdikan dan intelektual golongan mahasiswa juga diperlekeh serta diremehkan dengan pelaksanaan perkara sedemikan rupa.
Perlu dinyatakan di sini juga bahawa salah seorang yang vokal pada masa itu juga pernah diberi ruang menjadi Perdana Menteri ke-4 negara ini. Jadi suara dan pergerakan siswa dan siswi bukanlah sesuatu fenomena baru di tanahair tercinta ini, Malaysia. Yang menjadi teka-teki ialah mengapa kebebasan dan ruang dibenarkan ketika itu tetapi pada masa kini ia menjadi satu isu malah ia dikawal, diselia, dipantau, dikongkong dan juga diberi konotasi negatif?
Komuniti mahasiswa adalah aset dan tunjang kepada masa depan negara, bukan sahaja dari segi pembangunan tetapi juga dari segi intelektual dan sahsiah masyarkat. Mereka berperanan sebagai peneraju negara. Jika begini cara mereka dibentuk dan dicorakkan, maka kembalilah kita ke era budaya feudalisme dan zaman gelap. Malah akan diselubungi dengan pelbagai imperialisme-imperialisme baru terutamanya dalam bentuk penjajahan minda dan pemikiran.
Dasar-dasar, keputusan dan aktiviti ke atas para mahasiswa perlulah lebih rasional serta perlu dikaji terlebih dahulu secara ilmiah sebelum dipraktikkan supaya sejajar dengan kehendak zaman kini dan ke arah hadapan bukannya ke belakang. Isu penginsitusian para siswa dan siswi perlu diberi perhatian serius yang mana penginsitusian yang berlebihan terhadap golongan ini cuma akan merugikan negara. Daya kreativiti, pemikiran kritis dan rasional para Mahasiswa akan tenggelam bersama jika penginsitusian yang berlebihan seperti ini terus dipraktikkan.
Bagi merealisasikan budaya sedemikain, siswa-siswi perlu diberi lebih banyak ruang kebebasan untuk meluahkan pendapat, berdiskusi, pamerkan kreativiti dan mengkritik dasar-dasar atau isu-isu sosial negara harus dipupuk. Perkara sedemikan harus dilihat sebagai sesuatu yang sihat dan matang daripada golongan ini. Ianya harus diperhebatkan lagi dan bukanya diperkecilkan serta menafikan pergerakan mereka. Diharap tokoh-tokoh yang terlibat dalam industri pendidikan dapat memahami dinamika pergerakan Mahasiswa dan pentingnya pendapat serta pandangan mereka demi kesejahteraan tanah air tercinta ini.
*Pradeeb Kumar ialah Acedemic felo, Universiti Sains Malaysia yang kini berada di Humboldt-Universität zu Berlin, Germany.
No comments:
Post a Comment