Bantah ISA, GMI adakan himpunan di Dataran Merdeka malam esok


Anis Nazri
Fri | Dec 21, 07 | 2:13:24 pm MYT

KUALA LUMPUR, 21 Dis (Hrkh) - Bagi menyatakan bantahan terhadap tindakan kerajaan yang semakin rakus menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap rakyat yang dianggap mencabar kepimpinan Perdana Menteri, Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) menyeru orang ramai agar hadir dalam himpunan aman anjuran badan itu, di Dataran Merdeka, jam 8.00 malam esok (22 Dis 2007).

Program bertemakan 'Solidarity Vigil for ISA Detainees' itu bertujuan untuk menyatakan sokongan kepada semua tahanan ISA yang berada di Kem Kamunting (Kemta) sekarang, di samping membantah penggunaan akta zalim itu terhadap mereka.

Setiausaha GMI, E. Nalini berkata, program malam esok bukanlah untuk berdemonstrasi, tetapi lebih kepada 'peaceful gathering' tanpa ada banyak ucapan.

Katanya, ISA perlu dihapuskan kerana ia tidak memenuhi hak asasi, di mana setiap manusia perlu diberikan pengadilan yang adil dan saksama.

Tambahnya, ISA digunakan sewenang-wenangnya untuk menahan seseorang itu mengikut tempoh yang tidak diketahui tanpa dibicarakan di mahkamah.

"Justeru, GMI berharap rakyat Malaysia yang cintakan keadilan agar turut serta dalam program tersebut, kerana tanpa rakyat perubahan takkan berlaku," tegasnya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Tidak perlu permit

Menjawab berhubung soal permit bagi program tersebut, Nalini menegaskan pihaknya tidak memerlukan sebarang permit memandangkan program berkenaan tidak memerlukan permit.

"Menyertai perhimpunan adalah hak setiap individu di Malaysia. Rakyat perlu menggunakan ruang-ruang ini untuk memberikan pandangan mereka.

Suhakam sendiri mengatakan sesuatu perhimpunan itu tidak memerlukan permit polis.

Malah, Perlembagaan Malaysia turut menggariskan hak tersebut. Jadi, kita tidak perlukan permit polis dan orang ramai tidak perlu bimbang untuk menyertai program yang diadakan malam esok, lebih-lebih lagi program anjuran kita ini adalah aman" tegas beliau lagi.

Kebelakangan ini, Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi mengeluarkan kenyataan yang menakut-nakutkan rakyat untuk keluar berhimpun dengan mengenakan tindakan ISA.

Malah, beberapa pimpinan Hindraf turut ditahan di bawah akta tersebut.

Pada 13 Disember lalu, lima pemimpin Hindraf yang ditahan ialah P. Uthayakumar, M. Manoharan, R. Kenghadharan, V. Ganabatirau dan T. Vasanthakumar.

Mereka ditahan di bawah Seksyen 8 (1) ISA yang membenarkan penahanan seseorang sehingga tempoh dua tahun dan terus dihantar ke Kemta.

Kelazimannya, seseorang ditahan di bawah Seksyen 73 ISA iaitu penahanan selama 60 hari untuk disoalsiasat sebelum dinilai Menteri Keselamatan Dalam Negeri, iaitu Abdullah sendiri sama ada dilanjutkan atau tidak penahanan tersebut di bawah Seksyen 8.

Harakahdaily difahamkan, setakat ini terdapat seramai 74 orang yang ditahan ISA di Kemta, Perak sehingga 29 Ogos 2007.

Ramai di antara mereka yang ditahan kerana didakwa kononnya penglibatan mereka dalam Jemaah Islamiah (JI) dan Darul Islam (DI), selain yang ditahan kerana penyeludupan pendatang tanpa izin, pemalsuan dokumen dan pasport dan pemalsuan syiling RM1./wann


Skandal PKFZ: Anwar dakwa Ling, Chan 'salahguna' kuasa

Muda Mohd Noor | Dec 19, 07 5:20pm

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa bahawa bekas Menteri Pengangkutan Tun Dr Ling Liong Sik dan Menteri Pengangkutan sekarang, Datuk Seri Chan Kong Choy telah mengeluarkan surat sokongan sehingga menyebabkan kerajaan terpaksa menyelamatkan Lembaga Pelabuhan Klang (LPK).

Katanya, Ling menulis surat sokongan itu pada 28 Mei 2003 – pada hari dia meletak jawatan – manakala Chan pula menulis tiga surat – bertarikh 23 April 2004, 8 Disember 2005 dan 23 Mei 2006.

Surat Dr Ling dan Chan tersebut, kata Anwar, memberikan komitmen kerajaan sebagai penjamin untuk apa-apa liabiliti LPK untuk projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Beliau berkata, telah terbukti ia merupakan jaminan kerajaan kerana surat itu mengandungi perkataan yang bermaksud "kami akan pada setiap masa di masa hadapan memastikan LPK berada di dalam kedudukan untuk memenuhi (dan memenuhinya dengan sepenuhnya pada masa yang sepatutnya) liabiliti mereka di dalam jumlah pembayaran semula selagi mana jumlah pembayaran semula masih lagi tidak dilangsaikan...'

Kedua-dua mereka menulis surat sokongan supaya kerajaan mengambilalih syarikat Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) yang merupakan kontraktor kepada PKFZ .

Manakala empat anak syarikat ialah Special Port Vehicle Bhd, Transshipment Megahub Bhd, Valid Ventures Bhd dan Free Zone Capital Bhd.

Berdasarkan jaminan tersebut, syarikat-syarikat berkenaan, telah mengeluarkan bon bernilai RM4.6 bilion untuk Kuala Dimensi dan menerima rating AAA dari Malaysia Rating Corporation Bhd bagi projek PKFZ.

Minta BPR siasat

Anwar berkata, menurut dasar kerajaan, hanya Menteri Kewangan atau kabinet yang boleh mengeluarkan apa-apa bentuk jaminan bagi pihak kerajaan.

"Ketika saya menjadi menteri kewangan, perkara sebegini tidak pernah dibenarkan berlaku," kata bekas menteri kewangan itu dalam sidang media di pejabatnya di Petaling Jaya hari ini.

Sehubungan itu, Anwar yang kini Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) meminta kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja, selain menggesa Badan Pencegah Rasuah (BPR) menyiasat perkara tersebut.

Beliau berkata, sehingga hari ini kerajaan belum memberikan sebarang penjelasan mengenai status PKFZ dan bertanggungjawab terhadap penambahan kos RM3.5 bilion.

Katanya, untuk menutup kerugian projek yang gagal ini, kerajaan telah mengumumkan bahawa ia akan melanjutkan pinjaman berjumlah sehingga RM4.681 bilion.

"Kes ini merupakan salah satu daripada begitu banyak contoh yang mendedahkan percanggahan kepentingan, rasuah dan salah tadbir membabitkan ahli politik, tokoh korporat dan pegawai kerajaan," katanya lagi.

‘Tolak pandangan AG’

Anwar berkata, amat aneh sekali menteri pengangkutan waktu itu menolak pandangan peguam negara bahawa tanah tersebut boleh diambil untuk `tujuan awam' di bawah Akta Pengambilan Tanah pada harga RM10 sekaki persegi.

Sebaliknya, kata beliau, Kementerian Pengangkutan dan LPK membeli tanah tersebut pada harga RM25 sekaki.

"Persetujuan ini dicapai pada 2002 antara Kementerian Pengangkutan, LPK dan Kuala Dimensi tanpa kelulusan Pembedaharaan atau Kabinet," katanya.

Dalam sidang media tersebut, Anwar mendakwa antara tokoh-tokoh utama yang terbabit dengan skandal PKFZ dan menurutnya mereka mesti dipertanggungjawab terhadap kerugian yang dialami itu.

Menurutnya, mereka termasuk Bendahari Umno, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi; Ahli Parlimen MCA kawasan Alor Star yang juga bekas Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Datuk Chor Chee Heung; Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing dan Pengerusi Tetap Umno, Tan Sri Onn Ismail.


PAS yakin pertahan Parlimen Pendang

Muda Mohd Noor | Dec 18, 07 4:00pm

PAS akan memastikan Parlimen Pendang yang dimenanginya sejak dua penggal lalu dipertahankan, di samping merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tiang dalam pilihanraya umum akan datang.

"Matlamat kami ialah menang kerusi Parlimen Pendang, DUN Sungai Tiang dan Tokai," kata Ahli Parlimen Pendang, Dr Mohd Hayati Othman.

Dr Mohd Hayati yang juga ahli jawatankuasa PAS Kedah berkata, sasaran tersebut amat realistik kerana PAS cuma kalah kira-kira 2,000 undi di DUN Sungai Tiang dalam pilihanraya umum lalu.

"Mood pengundi di Kedah amnya dan Pendang secara keseluruhannya, telah banyak berubah.

"Jika pada 2004, mereka sangat yakin kepada BN dan Umno, kini ramai yang menyatakan akan mengundi pembangkang (PAS)," katanya lagi.

Dalam pilihanraya umum lalu, PAS memenangi lima kerusi DUN dan satu Parlimen. Manakala dalam pilihanraya umum 1999, PAS menang 12 DUN dan lapan kerusi Parlimen.

Pendang merupakan kawasan Parlimen tunggal di Kedah yang dimenangi PAS dalam pilihanraya umum lalu, berbanding lapan kerusi dalam pilihanraya 1999.

Penduduk marah

Lima kerusi DUN yang dimenangi PAS ialah Tokai, Anak Bukit, Sungai Limau, Pelantik dan Bukit Pinang.

Pendang merupakan kubu kuat PAS di mana dalam pilihanraya umum 1999, kerusi Parlimen tersebut dimenangi oleh bekas Presiden PAS, Datuk Fadzil Noor.

Dr Mohd Hayati yang juga Naib Yang Dipertua PAS Pendang berkata, Parlimen Pendang mempunyai kira-kira 52,000 pengundi berdaftar - hampir 90 peratus pengundi Melayu, manakala selebihnya kaum Siam dan Cina.

Katanya, PAS Pendang kini semakin kuat kerana telah berjaya menambah ramai pengundi baru bagi menghadapi pilihanraya umum yang dijangka diadakan bila-bila masa dari sekarang.

"Orang di Pendang mula bercakap mengenai Koridor Ekonomi Wilayah Utara (NCER), walaupun telah dilancarkan sejak beberapa bulan lalu, tetapi belum menampakkan sebarang hasil.

"Pengundi juga bimbang dan marah dengan pengambilan tanah orang Melayu atas alasan pembangunan tetapi tidak menguntungkan mereka.

"Semakin banyak bendang yang selama ini menjadi sumber pendapatan utama petani telah terlepas ke tangan pihak lain," kata


Controversial SCC bill put off

Yoges Palaniappan | Dec 18, 07 3:44pm

The much-criticised Special Complaints Commission (SCC) Bill scheduled to be tabled for second reading today has been postponed to the next parliamentary sitting in March next year.

Minister in the Prime Minister's Department Nazri Abdul Aziz said it has been put off to give the MPs more time to study the bill and for civil society groups to provide feedback.

"We reached the consensus after all cabinet members unanimously agreed to defer the bill," he told reporters, adding that the deferment shows that the government is listening and does not want the bill to be a rushed job.

However, Nazri said the bill will not be withdrawn but amendments can be made during the committee stage debate.

He also said the appointment of the inspector-general of police as a member of the commission will not be a problem in the implementation of the bill.

"This is not IPCMC (Independent Police Complaints and Misconduct Commission) so there's no conflict of interests in the appointment of the IGP. This is SCC," he said.

Explaining that the government will never allow the investigating body to prosecute, Nazri said: "The SCC will only receive complaints and investigate. It will not hear cases and prosecute because we have a court system. In this country, only the attorney-general prosecutes."

SCC, which was tabled for first reading in the parliament last week, drew flak from opposition politicians and civil society groups, who described it as a
watered-down version of the IPCMC.

‘Fundamentally flawed’

Earlier, Nazri received a memorandum from several members of civil society groups demanding the government to immediately withdraw the SCC Bill.

They also demanded that the original IPCMC proposed by the Royal Commission on the Police Force to be tabled in Parliament to replace the SCC bill.

Reading out the memorandum, which was endorsed by some 43 NGOs, Amnesty International Malaysia executive director Shanon Shah Mohd Sidik (
right) said SCC defeats the true intention of the Royal Commission on the Police Force to improve the professionalism of the force and to ensure that human rights, rule of law and public accountability are observed and implemented by the police.

"We are outraged that there was no consultation with the public on the bill and that the current bill (SCC Bill) was bulldozed through Parliament in such a short span of time," he said.

Shanon said the proposed SCC bill is "fundamentally flawed" and will never convince the public of its independence and effectiveness.

"The SCC places the IGP in the oversight governance structure and this creates a conflict of interests. How is the SCC going to make the police accountable with one of its members being the IGP when the IGP himself is to be answerable to all complaints against the police, including those incurred by his own orders to his subordinates and his own actions?"

He concluded that the SCC will be another ineffective and redundant institution at the expense of taxpayers' money and that it is nothing more than an attempt to thwart the formation of the IPCMC.

Opposition leader Lim Kit Siang welcomed the deferment and said there should be a proper consultation process for the bill. Yesterday, Tunku Abdul Aziz Ibrahim, one of the panel member of the police royal commission, slammed the SCC as an "insult" and "mockery" to the people.


Perhimpunan besar-besaran kedua jika khidmat Rashid dilanjutkan


Wan Nordin Wan Yaacob Foto Wan Zahari Wan Salleh
Tue | Dec 18, 07 | 1:07:00 pm MYT

KUALA LUMPUR, 18 Dis (Hrkh) - Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih) tidak menolak kemungkinan akan mengadakan himpunan aman jika kerajaan melanjutkan khidmat Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman.

Menurut Jurucakap Bersih, Dr Dzulkifli Ahmad, Berish memandang serius dan kecewa dengan kelulusan Pindaan Rang Undang-undang bersabitan Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan bagi melanjutkan usia pemegang jawatan ahli SPR dari 65 ke 66 tahun.

"Bersih sayugia mengingatkan Perdana Menteri, seandainya perkhidmatan Pengerusi SPR ini dilanjutkan juga, maka tidak ada jaminan bahawa rakyat tidak akan bangkit untuk membantah perlanjutan perjawatan beliau demi menjaga keutuhan demokrasi dan kestabilan negara," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan sidang media selepas menyerahkan nota bantahan kepada Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi melalui Setiausaha Politik Perdana Menteri, Dato' Wan Farid Wan Hisham di Putrajaya hari ini.

Turut serta dalam penyerahan memorandum itu ialah, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Sivarasa Rasiah dan Jawatankuasa Bersih, Liu Chin Tong.

Mengulas lanjut isu tersebut Dr Dzulkifli berkata, nota bantahan yang dikemukakan kepada Speaker Parlimen pada 11 Disember lalu yang sekali gus telah mencetuskan pesta penangkapan 24 orang ahli dan aktivis Bersih.

Kerajaan pinda lebih 40 'multiple amendments'

Sikap kerajaan yang dilihat tergesa-gesa dalam membuat pindaan tersebut dengan 'bulldozed’ langsung tidak memberi apa-apa kesan malah ia 'precedent' buruk yang mencemar amalan proses 'legislatif' di Negara ini, katanya.

Bersih ingin mengingatkan bahawa negara ini telah mengalami 40 kali pindaan perlembagaan berbentuk 'multiple amendments' dan tak kurang dari 650 'single amendment', katanya.

Begitupun Singapura yang kurang lebih mempunyai latar belakang sejarah yang sama dengan Malaysia hanya meminda perlembagaan mereka sebanyak empat kali, ujar Dr Dzulkifli.

Negara seperti Amerika Syarikat yang memiliki sejarah negara bangsa selama 231 tahun pun, hanya meminda perlembagaan mereka sebanyak 27 kali, katanya.

"Jelas kerajaan Umno-BN yang telah memerintah selama lima dekad ini, kurang memahami dalam pemuliharaan 'Kemurniaan Undang-Undang' sekali gus bagi mempertahankan 'Keluhuran Undang-undang' lantas telah melakukan pindaan dengan memaparkan keangkuhan dan ketidakpeduliaan yang mengaibkan negara di kaca mata masyarakat antarabangsa," tegasnya.

Begitupun Bersih mengakui keperluan menyelaraskan usia penjawat tertinggi kedudukan awam, katanya memetik nota bantahan yang diserah kepada Perdana Menteri.

Namun Bersih melihat segala pindaan dibuat hanyalah bagi melayakkan penjawat jawatan Pengerusi SPR hari ini, yang akan bersara pada 31 Disember akan datang, untuk terus dilanjutkan perkhidmatan beliau, ujarnya.

Buka lembaran baru

Mengulas mengenai nota bantahan kepada Parlimen 11 Disember yang lalu secara tegas menggariskan mengapa peribadi Rashid Abdul sama sekali tidak layak untuk meneruskan tugasannya selaku Pengerusi SPR.

"Negara yang berada di ambang Pilihan Raya Umum ke-12 pada bila-bila masa ini, wajar mengambil peluang ini bagi membuka lembaran baru yang seharusnya menjanjikan satu suasana sihat dan segar, dalam amalan pengurusan proses pilihan raya.yang lebih bebas, adil dan bersih," katanya.

Bagi Bersih, peribadi Rashid akan terus mencemarkan proses pilihan raya sekali gus tidak mampu mengembalikan keyakinan rakyat dan pengundi kepada proses pilihan raya di Negara ini, katanya.

Wajar bagi Bersih Perdana Menteri, bahawa Perkara 114 (2) Perlembagaan Persekutuan menegaskan tentang 'kepentingan mendapat keyakinan awam terhadap SPR'.

Justeru kata Dr Dzulkifli dalam nota bantahannya, Perdana Menteri perlu melihat kepada hujah betapa khidmat Rashid amatlah tidak diperlukan lagi.

Antara hujah Bersiah ialah :

a) Daftar Pemilih masih lagi tercemar dengan nama-nama pengundi yang telah mati, bukan-warganegara, pendaftaran lebih dari sekali, tidak cukup umur lantas menjadi keputusan pilihan raya ditentukan oleh mereka yang tidak berkelayaan atau 'pengundi hantu'.

Likas satu contoh yang jelas dan bagaimana Hakim Dato' Muhamad Kamil Awang telah menolak keputusan pilihan raya tersebut. Amat malang sekali, kerajaan BN telah mengambil peluang meminda Akta Pilihan Raya 1958 Seksyen 9A yang menjadikan Daftar Pemilih setelah diwartakan 'tidak lagi tertakluk atau boleh dicabar, dinilai semula di mana-mana mahkamah'. Tegasnya pindaan ini telah memerangkap kita dengan Daftar Pemilih yang tidak boleh dibersihkan kecuali oleh SPR sendiri.

Awal tahun ini setelah sekian lama bantahan pihak pembangkang khususnya tentang kekotoran Daftar Pemilih, SPR mengakui bahawa telah digugurkan seramai 180,000 pengundi kerana dikesani telah mati.

Seramai 22, 433 pengundi dikesani bukan dari warga negara ini kerana nama mereka tidak pernah wujud dalam Jabatan Pendaftaran Negara. Persoalannya berapa ramaikah mereka ini yang mengundi pada PRU ke-11 lalu dan berapa ramai yang masih berada dalam Daftar Pemilih (DP) yang ada kini? Pengundi jenis ini timbul lagi dalam pilihan raya kecil Ijok pada April 2007.

Isu Daftar Pemilih terbit lagi dengan pengakuan yang dibuat oleh beberapa pengundi yang nama mereka tersenarai sementara mereka tahu mereka tidak pernah berdaftar dan tidak pernah mengundi (contoh Ahirudin Atan iaitu blogger Rocky Bru dan lain-lain). Dakwaan Pengerusi SPR bahawa Daftar Pemilih adalah bersih langsung tidak berwibawa!

b) Kenyataan-kenyataan bercanggah yang sesekali menyokong usaha-usaha reformasi pilihan raya dan sesekali mengatakan pilihan raya adalah bebas dan adil, hanya pembangkang yang kalah yang membuat komplain, sama sekali meletakkan peribadi ini mempunyai personaliti yang sukar untuk dipegang komitmen dan dipertikai kewibawaannya.

Bernama 8 Januari 2007 telah melaporkan bahawa beliau menuntut supaya kerajaan memberi ruang kepada SPR bahawa beliau menegaskan 'undang-undang dan peraturan pilihan raya yang telah berusia 50 tahun ini tidak lagi sesuai digunakan dan tidak lagi memjamin keadilan terus wujud bagi semua'.

Beliau juga pada sesi itu menuntut antara lainnya 'kuasa mengawal dan mencegah rasuah dan aktibiti membeli undi dalam musim pilihan raya, kuasa mengatur keadilan dan kebebasan melapor bagi semua pihak yang bertanding dalam media cetak dan elektronik, kuasa mengawal dan menghukum pihak yang menyalahgunakan kemudahan awam untuk berkempen'.

Jelasnya seperti dakwaan beberapa pihak pembangkang dan awam bahawa peribadi ini mempunyai 'lidah bercabang'. Paling mutakhir beliau menyebutkan hanya 'regim yang ada kini yang mampu mentadbir negara ini'.

Beliau juga memberitahu rakyat yang beliau tahu tarikh pilihan raya sementara Perdana Menteri sendiri belum tahu dan tidak memberi tahu kepada kabinet.

Peribadi ini jelas sudah tidak koheren dan konsisten untuk menjawat tugasan seorang Pengerusi yang sewajar menunjukan sikap 'independen atau tidak memihaknya'. Kenyataan beliau tentang penghakiman Hakim Dato' Muhammad Kamil tentang Likas sebagai 'bias dan prajudis' jelas menunjukkan kecenderungan beliau, sekali gus menghina Mahkamah.

c) Rakyat dan pengundi masih segar dalam ingatan tentang Pilihan raya Umum ke-11 sebagai yang dikatakan oleh pelbagai pihak termasuk ahli akademik dan penganalisis politik sebagai paling kotor dalam sejarah demokrasi tanah air. Pilihan Raya Umum ke-11 adalah di bawah kelolaan dan tanggungjawab Rashid.

Beliau berpeluang untuk memperbaikki prestasi dalam 3 pilihan raya kecil yang menyusul. Amat mendukacitakn bukan sahaja beliau terus menunjukkan keangkuhannya bahkan keadaan semakin lebih buruk seperti yang diketahui umum dalam pilihan raya kecil di Batu Talam, Machap dan Ijok.

Segala ucapan baik beliau dalam beberapa seminar tentang kebersihan pilihan raya, kini dilihat sebagai omong-omong kosong yang tidak terbukti dengan satu 'political will' untuk menjalankan penambahbaikan pilihan raya.

'Padang yang sama-rata' masih jauh dari realiti dan cita-cita untuk menyaksikan pilihan raya bebas, bersih dan adil akan menjadi lebih sulit dan sukar dengan peribadi yang kini cukup dipertikaikan dan disangsikan kewibawaannya untuk terus memimpin SPR.

Jangan sambung khidmat Rashid

Justeru kata Dr Dzulkifli, atas penghujahan ringkas yang Bersih kemukakan pihaknya memohon budi bicara dan kewajaran Perdana Menteri supaya tidak menyambung perkhidmatan Rashid.

"Meskipun laluan untuk beliau (Rashid) telah terbuka dengan kelulusan pindaan kontroversi yang dibuat Parlimen pada 11 Disember yang lalu.

"Apakah Perdana Menteri mahu mengisytiharkan atau mengesahkan bahawa negara ini sudah tidak punya peribadi yang memilikki kewibawaan dan personaliti yang tidak dipertikaikan atau 'of impeccable integrity', dengan izin?," tegasnya.

Sementara itu dalam sidang media yang sama, Sivarasa juga mengulangi pendirian bahawa Berish tidak menolak kemungkinan mengadakan himpunan aman untuk membantah sekiranya khidmat Rashid dilanjutkan.

Beliau turut menyelar keangkuhan kerajaan menggunakan ISA dalam menyelesaikan isu berhubung tuntutan rakyat dan katanya tindakan itu hanyalah menunjukkan keterdesakan kerajaan.

Bersih sama sekali menolak penggunaan ISA sebaliknya mahu kerajaan mengadili mana-mana rakyat dengan menggunakan undang-undang yang sedia ada, katanya.






Bersih activists warn of further protests

AFP | Dec 18, 07 3:38pm

Polls reform group Bersih activists today threatened to take to the streets again to call for electoral reform following the government's crackdown on several mass protests in Kuala Lumpur.

Police have recently detained dozens of people, mostly on illegal assembly charges, but five leaders of an ethnic Indian rights group Hindraf are being held under a tougher security act that authorises indefinite detention without trial.

They were protesting against alleged discrimination by the government.

Today, Bersih, an organisation calling for electoral reform which led a rally on Nov 10 that drew over 30,000 protesters, said the same could happen again.

"People will make their protests known in whatever way they deem fit," Sivarasa Rasiah, a Bersih committee member, told reporters.

"It can take the form of street demonstrations, it can take the form of different protests but basically what you saw on Nov 10 is that sort of voice of the people and you could see that again," he said.

He was among several activists presenting a memorandum to Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi's office, repeating earlier calls not to extend election commission chairman Abdul Rashid Abdul Rahman's tenure beyond this year.

International criticism

"If the PM is insistent on extending the services of someone we consider primarily responsible for the corrupt and unfree and unclean practice of elections in Malaysia, then he is inviting a response from the (people)," Sivarasa said.

Several recent street protests have enraged the government ahead of general election which Abdullah is expected to call next year.

Opposition parties and human rights groups condemned the arrests of the five Hindraf leaders last week which Abdullah, who is also internal security minister, said were made to preserve national security.

New York-based rights group Human Rights Watch, meanwhile, urged the government today to release the five ISA detainees, three of whom had already facing Sedition charges.

"If laws were broken, then the offenders should be charged and properly tried, not detained indefinitely," said Elaine Pearson, deputy Asia director at Human Rights Watch.


PROGRAM KEMASYARAKATAN


KEADILAN(PKR) NIBONG TEBAL SUMBANG UBAT KEPADA PESAKIT KENCING MANIS


Oleh:Wartawan Rasmi Laman Reformasi


Sungai Bakap 18 Dis.-Pergerakan PKR hari ini telah melakukan program kemasyarakatan dengan melakukan sumbangan dan rawatan kepada pesakit kencing manis yang kronik. Sumbangan dan rawatan ini dilakukan oleh Ketua Angkatan Muda Negeri Dr Azhar dan Pengerusi PKR Bahagian Ustaz Maktar di rumah Pn Subaidah semalam.ubat-ubatan tradisional ini disumbangkan oleh Syarikat Meridian Life.

Program kemasyarakatan ini bertujuan untuk menyembuhkan penyait kencing manis yang kronik dengan memberikan ubat-ubatan tradisional dan juga moden.



Kaki Pn Subaidah yang hampir sembuh


MenurutPn Subaidah lagi ubat tradisional yang diberikan oleh Dr Azhar amat berkesan kerana sakit yang dialami beliau sehingga hampir dipotong kakinya telah berjaya memberikan kesan yang luar biasa sehingga luka dikakinya kering. Beliau sekeluarga bersyukur dan berterima kasih dengan usaha dan sokongan yang diberikan sehinggakan kakinya dapat diselamatkan dari dipotong.


Suami dan keluarga Pn Subaidah berasa gembira.kerana ,kalau dahulu,beliau sukar untuk berjalan,kini beliau hampir sembuh dengan bantuan dan nasihat dari Dr Azhar dan juga sokongan dari Ustaz Maktar yang tidak jemu-jemu memberikan rawatan dan sokongan.beliau hanya mengambil dos sekali sahaja dan kini hampir sembuh.Beliau sekeluarga juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Syarikat Meridian Life yang sudi memberikan sumbangan kepada beliau.


Bersempena dengan hari raya Adidul Adha ini, Ketua Umum PKR DSAI akan mengadakan lawatan di Sungai Bakap dan langsung merasmikan Pejabat PKR Bahagian Nibong Tebal yang terletak di Sg Bakap dimana dijangkakan hampir 1500 ahli baru yang mana 100% nya adalah kaum India akan diterima masuk sebagai ahli berdaftar yang baru.Berita selanjutnya akan dilaporkan pada 22hb nanti apabila ketua PKR sendiri akan menerima kemasukkan ahli baru dari kaum India di seluruh Nibong Tabal.Kemasukan beramai-ramai ini akan memberi kesan yang besar kepada undi untuk kemenangan PKR Bahagian.

JOM KITA BANJIRI SUHAKAM PADA 19 DISEMBER !

Kebelakangan ini, pihak Kerajaan dan kroni-kroni NGO mereka telah membuat satu kempen untuk menyekat hak rakyat berhimpun secara aman.

Hak Berhimpun adalah satu hak asasi manusia yang fundamental (asas) dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan Negara –Perkara 10, Deklarasi Hak Asasi Manusia 1948 (Perkara 20) dan Kovenan Hak Sivil dan Politik 1966 (Perkara 21).

Melihat kepada intimidasi, ugutan dan penggunaan undang-undang zalim seperti Akta Polis 27 dan salahguna Perintah Mahkamah Majistret dan iklan-iklan di media massa, pihak pemerintah memang berniat untuk menyekat dan mencabul hak rakyat Malaysia berhimpun secara aman. Jika kita membiarkan hak ini dicabul, maka ini akan membawa perjuangan menuntut hak dan demokrasi kebelakang.

Untuk mempertahankan Hak Rakyat berhimpun ini, Gabungan Mempertahanakan Hak Berhimpun yang diwakili oleh kumpulan-kumpulan masyarakat, NGO dan Parti Politik kini bersatu menganjurkan satu lagi perhimpunan aman di SUHAKAM untuk untuk mengutarakan dan mempertahankan :

1. Hak Berhimpun Rakyat dibawa Perkara 10 – Perlembagaan Negara

2. Menyokong Pendirian SUHAKAM dalam mempertahankan hak berhimpun dan pendirian dalam isu pemberian permit polis

3. Membantah segala tindakan pihak Kerajaan dan Mana-mana Kumpulan lain yang berniat untuk mencabul hak berhimpun rakyat secara aman

Sila hadir dengan membawa baner dan sepanduk menyokong hak berhimpun dan berkumpul di bawah Pejabat SUHAKAM pada :

Tarikh : 19 Disember 2007 (Rabu)

Masa : 11 pagi

Tempat : SUHAKAM,

Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur

Dikeluarkan Oleh:

Jurucakap Gabungan :

S.Arutchelvan

019-2537791 (arul.psm@gmail.com)

03-22747791 (Pejabat)

GABUNGAN MEMPERTAHANKAN HAK BERHIMPUN

D/A SUARAM –

433A, 1st. Floor, Jalan 5/46 Gasing Indah, 46000 Petaling Jaya, Selangor D.E.

03-77843525, 03-77835724 Fax - 77843526

(Satu Koalisi bersama Kumpulan NGO dan parti Politik)

Marilah kita bersma-sama menujukkan KEKUATAN RAKYAT. Kita buktikan bahawa rakyat tak mudah untuk diugut dan ditakut-takutkan. Kita buktikan bahawa RAKYAT MALAYSIA MAHU DEMOKRASI SEJATI di negara ini.


Hindraf 31: AG drops attempted murder charge

Soon Li Tsin | Dec 17, 07 12:41pm

Attorney-General Abdul Gani Patail today dropped the attempted murder charge against the 31 individuals - dubbed the Hindraf 31 - who had allegedly taken part in an illegal assembly and were also accused of causing severe injury to a policeman at the Batu Caves temple on Nov 25.

He also withdrew
all charges against six others - five of them students - while the remaining 25 pleaded guilty to charges including illegal assembly and causing mischief.

Shah Alam Sessions Court judge Nursinah Adzmi fixed bail at RM500, with one surety each, until she delivers sentence on Dec 27. They face up to five years in prison or a fine, or both, when they are sentenced next week.

Approached to comment on why the charges were dropped, Abdul Gani said it was difficult to pinpoint exactly who threw the brick that had injured officer Dadi Abdul Rani.

I could be very strict but not this is not the time. This is not a goodwill gesture (to them). This is the fairest thing to do,” he said briefly.

He also said the 31 had written to him, disassociating themselves from the Hindu Rights Action Force (Hindraf) - which had organised the rally in Kuala Lumpur - and undertook to not participate in an illegal assembly again.

The
Hindraf rally saw 30,000 disgruntled Indians taking to the streets of Kuala Lumpur. Police had used chemical-laced water and tear gas to disperse them.

Family-members present

Family members of the accused had initially gathered at the Shah Alam High Court as early as 9am, to hear the outcome of a bail revision hearing that had been
postponed last Thursday.

Abdul Gani told justice Zaharah Ibrahim that lawyers for the accused had decided not to proceed with the revision, and the matter reverted to the Sessions Court.

The crowd of close to 150 then packed into Sessions judge Azimah Omar’s court and waited for an hour before they were informed that the judge was on leave.

The matter was transferred to Nursinah’s court. The crowd almost brought proceedings to a halt in the courtroom, while police tried to restore order.

With hardly any room to move, family members remained standing to catch a glimpse of the accused when they were brought into court. Relatives, who were in tears, managed to embrace some of them.

When the court adjourned, the crowd cheered as the 31 were released. Many family members were seen thanking lead defence counsel, GK Ganesan.

Plea bargain

Ganesan (
right) told Malaysiakini that he was happy with the AG’s decision.

“The AG showed extreme compassion and understanding. The parents of the accused are all very grateful that the charges have been withdrawn,” he said.

He also affirmed that he had made representations for plea bargaining to the AG on behalf of his clients last Thursday, to have the attempted murder charge withdrawn.

“I wrote to the AG to state that my clients are sincerely remorseful and deeply regret the event. All they want to do is to go back to work and be reconciled with their families,” he added.

Another lawyer for the accused, A Sivanesan (
left), ticked off MIC for seeking to take credit in the dropping of the attemped murder charges.

"(MIC leader S) Samy Vellu was misleading to make such statements. The representation was made by the lawyers, not MIC," he said.

S Ramash Kumar, 22, one of the students who was discharged, described his time in Sungai Buloh prison as “hell”.

“The treatment was bad, the food was bad. I just want to thank all the Indians for their support,” said the soft-spoken first-year civil engineering student of the Universiti Industri Selangor.

Vasanta Rao, a 19-year old student at a teacher's training college, was one of the five released unconditionally.

"I thank the government. I only went to the temple ... for prayers that day and was arrested. I'm now very happy to be free," he told reporters.

PM urged AG to drop charges

Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi had earlier urged Abdul Gani to drop the murder attempt charges after appeals by family members.

But Opposition Leader Lim Kit Siang (
right), who was present in court today, called for all the charges to be withdrawn.

"Although I welcome the dropping of the attempted murder charge against the 31, I'm disgusted that the attorney-general had not withdrawn all the charges against the other 26," he told
AFP.

Abdullah said those detained were misled by ethnic Indian rights group Hindraf, who had organised the Nov 25 rally that drew at least 30,000 people to the streets of Kuala Lumpur.

Abdul Gani said most of the 31 accused had submitted affidavits saying they did not support Hindraf and many vowed not to take part in future illegal assemblies.


Tuduhan ke atas Hindraf dikaji, Batu Burok diketepi : Perdana Menteri pilih kasih?


Azamin Amin
Mon | Dec 17, 07 | 2:42:22 pm MYT

KUALA LUMPUR, 17 Dis (Hrkh) - "Dato' Seri Samy Vellu telah menyampaikan kepada saya permohonan ibu bapa pemuda seramai 31 orang agar anak mereka tidak ditahan serta dibebaskan dari tuduhan cubaan membunuh seorang anggota polis semasa demonstrasi Hindraf di Batu Caves tempoh hari.

"Mereka juga sudah insaf serta berjanji tidak mahu lagi ikut serta mana-mana perhimpunan Hindraf di masa akan datang kerana selama ini mereka telah terpedaya. Dan saya meminta Peguam Negara supaya mengkaji semula tuduhan keatas mereka."

Begitulah antara petikan dan ungkapan yang dianggap sebagai 'pilih kasih' daripada Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi yang disiarkan di berita TV 15 Disember lalu.

Kenyataan Abdullah mengundang pelbagai persoalan dan pertikaian ramai pihak dan masyarakat khususnya pemerhati politik dengan pendekatan beliau dalam menangani krisis yang berlaku.

Dua perkara bersabit yang menyebabkan dibangkitkan, pertama Abdullah sendiri meminta Peguam Negara mengkaji semula pertuduhan ke atas 31 demonstran Hindraf, seolah-olah membuktikan PM sudah 'memperalat', 'memperkudakan' dan mempengaruhi sistem badan kehakiman.

Secara tidak langsung membayangkan Abdullah berkuasa sama ada mahu mengekalkan tuduhan atau membebaskan siapa sahaja dengan berselindung di sebalik kuasa eksekutiff sebagai Perdana Menteri sedangkan beliau dan Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Najib pernah menyatakan tidak sesiapapun boleh mengatasi undang-undang.

Implikasi kedua, dalam insiden Batu Burok, Trengganu yang hampir serupa tetapi sedikit berbeza, dua mangsa keganasan dan tembakan peluru hidup Muhammad Azman Aziz, 21, dan Suwandi Abdul Ghani, 38, dituduh cuba mencederakan Lans Koperal Wan Abdul Aziz Wan Omar sedangkan tubuh mereka berdua ditembusi peluru namun terpaksa meringkuk di dalam penjara kerana tidak dibenarkan ikat jamin.

Jauh sekali untuk mendengar sama sekali Perdana Menteri berkata :"Dan saya meminta Peguam Negara supaya mengkaji semula tuduhan ke atas mereka."

Sebelum ini anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Wakaf Mempelam Mohd Wahid Endut berkata, beliau agak terkilan dengan tindakan polis yang menahan dua tertuduh pada awal pagi kerana mereka masih dalam rawatan selepas ditembak malah tindakan mahkamah tidak membenarkan kedua-duanya dijamin juga memberi tekanan kepada anggota keluarga masing-masing, katanya.

Kamal Amir yang menulis di Malaysia Today juga berpendapat kenyataan Abdullah (yang membela dan percaya 31 demostarn itu insaf) boleh diseret kemuka pengadilan atas tuduhan "menghina mahkamah" kerana mengeluarkan kenyataan berpihak "subjudice" sebelum mahkamah memulakan prosiding dan membuat keputusan.

"Kalau benarpun mahu memenuhi permintaan Samy Vellu yang semakin ketandusan pengaruh dari masyarakat India kenapa tidak didiamkan sahaja tanpa diumumkan kepada khalayak," katanya yang dipetik daripada blog tersebut.

Dalam pada itu, seorang penganalisa politik berpendapat, penangkapan puluhan aktivis politik dalam isu Hindraf, Himpunan Bersih dan Batu Burok disifatkan sebagai langkah mempertahankan survival politik Abdullah dan tiada kaitan dengan unsur jenayah seperti yang didakwa memandangkan Abdullah sendiri 'boleh berunding' dalam mengkaji semula pertuduhan mereka.

"Tindakan itu mestilah disusuli dengan mengkaji semula ataupun membebaskan semua yang terlibat dalam perhimpunan aman Bersih dan Batu Burok juga," katanya yang bersetuju dengan sikap Abdullah yang 'boleh bertolak ansur'.

Mengulas isu sama, dalam blog Roslan SMS turut membangkitkan persoalan mengapa Presiden MIC dan Umno mahu menggunakan kedudukan mereka untuk menganggu proses pendakwaan?

"Mengapa tiba-tiba Presiden Umno bersimpati dengan 31 ini? Mengapa tidak bersimpati dengan anggota polis yang tercedera dan orang awam yang terperangkap dengan angkara keganasan ini? Dan sejak bila pula atas arahan PM seseorang itu boleh dikecualikan dari undang-undang sedangkan Raja-raja Melayu pun boleh diseret ke mahkamah!," kata Roslan dalam blognya.

"Bagaimana dengan kes di Batu Burok? Anggota PAS yang ditembak oleh polis kini merengkok dipenjara sementara menunggu perbicaraan, mereka yang ditembak tetapi mereka yang didakwa?," katanya

Beliau dalam blog n32.blogspot.com menganggap Abdullah dan Samy Vellu tiba-tiba mahu meraih simpati masyarakat India, lalu kini mahu menjadi juara pula memintas proses mahkamah untuk membebaskan 31 mereka yang terbabit dalam perhimpunan Hindraf. - mr


Gelap masa depan p'raya di M'sia

Amin Iskandar | Dec 13, 07 8:26am

Semenjak negara bebas daripada penjajahan pada tahun 1957, majoriti dua pertiga Barisan Nasional (yang dahulunya dikenali sebagai Perikatan) hanya sekali sahaja pernah dinafikan, iaitu pada pilihanraya umum 1969.

Walaubagaimanapun, keputusan pilihanraya tersebut digantung dan darurat diisytiharkan akibat berlakunya rusuhan kaum. Rusuhan yang berlaku empat tahun selepas terbentuknya Malaysia itu telah menyebabkan Majlis Gerakan Negara (Mageran) ditubuhkan dan Tun Abdul Razak Hussein mengambilalih kepimpinan negara daripada Tunku Abdul Rahman.

Selepas itu majoriti dua pertiga BN tidak pernah tergugat. Ini memudahkan BN untuk menggubal atau meminda apa sahaja undang-undang yang ada di negara ini. Semalam, sekali lagi BN telah meminda undang-undang untuk membenarkan pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) bersara pada usia 66 tahun. Maka, Tan Sri Rashid Abdul Rahman yang seharusnya bersara pada hujung tahun ini, dapat berkhidmat setahun lagi sehingga tahun 2008.

Ertinya, Rashid akan sempat meggendalikan pilihanraya umum ke-12 akan datang. Walaupun telah dikritik hebat oleh badan bukan kerajaan (NGO) dan parti pembangkang, kuasa dua pertiga di Parlimen tetap digunakan oleh BN untuk memastikan Rashid terus bertahan. Telah terbukti bahawa Rashid begitu penting bagi BN dalam pilihanraya akan datang. Enam belas ahli Parlimen pembangkang DAP dan PAS telah bertindak keluar dari dewan sebagai memprotes pindaan tersebut serta penangkapan 24 orang penyokong Bersih (Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil).

Pihak polis mengadakan sekatan jalanraya untuk menghalang rakyat pergi ke parlimen. Pintu masuk ke Parlimen dipenuhi anggota polis dan kawat dawai dipasang untuk menakut-nakutkan sesiapa sahaja yang cuba hadir memberi sokongan kepada wakil Bersih untuk memorandum bantahan kepada Parlimen berhubung pindaan perlembagaan tersebut.

Tian Chua, Razak Ismail, Dr Hatta, Dr Nasir, Arutchelvan, Dr Lo'Lo', Nasruddin Tantawi dan beberapa orang lagi ditahan dan diheret dengan ganas oleh pihak polis. Apakah dosa besar mereka sehingga diperlakukan seperti penjenayah besar?

Saya menyaksikan sendiri bagaimana mereka ditahan. Tian dan Razak ditahan kerana mereka mahu ke parlimen. Arutchelvan dan Sivarajan ditahan ketika baru sampai di luar parlimen. Manakala Dr Hatta, Dr Nasir, Nashruddin Tantawi, Dr Lo'Lo' serta beberapa orang lagi, termasuk seorang remaja berusia 13 tahun, ditahan ketika bersama-sama dengan Dr Hatta memberikan kenyataan kepada media.

Abdullah kelihatan begitu terdesak apabila polis digunakan sepertimana tentera Myanmar dipergunakan oleh Regim Junta untuk menangani aktivis pro-demokrasi. Sekarang telah jelas mengapa Malaysia tidak mengkritik Myanmar apabila tembakan dilepaskan kepada aktivis pro-demokrasi. Di Malaysia taktik yang sama digunakan. Tembakan telah dilepaskan seperti apa yang berlaku di Batu Burok, beberapa bulan yang lalu.

Ketidakadilan pilihanraya

Pilihanraya di Malaysia telah jelas tidak akan dirombak. Kontrak Rashid yang dilanjutkan memberikan tamparan hebat kepada NGO dan parti pembangkang yang bergabung dibawah Bersih. Tuntutan mereka agar pilihanraya di Malaysia dijalankan secara bebas dan adil hanya tinggal harapan. Abdullah dan BN jelas tidak mahu sebarang perubahan terhadap sistem pilihanraya di Malaysia. Bagi Abdullah, dakwat hitam dan peti undi lut sinar sudah cukup untuk menjamin kebersihan pilihanraya.

Tidak ada tanda-tanda bahawa demokrasi di Malaysia ini akan pulih selagi BN terus memegang majoriti dua pertiga di Parlimen. Tidak ada tanda-tanda juga bahawa parti pembangkang akan dapat menafikan majoriti dua pertiga BN di Parlimen melalui sistem pilihanraya yang ada sekarang. Tarikh pilihanraya yang hanya diketahui oleh Perdana Menteri adalah satu contoh ketidakadilan pilihanraya. Sekiranya pilihanraya di Malaysia adil, semua pihak seharusnya tahu bila tarikh pilihanraya akan datang, sepertimana pilihanraya yang dijalankan dinegara-negara jiran.

Belum lagi kita bincangkan soal media, penggunaan jentera kerajaan dalam pilihanraya, perbelanjaan kempen pilihanraya, neutraliti polis dan pegawai kerajaan. Pendek kata, jika Malaysia membenarkan kemasukan pemantau pilihanraya antarabangsa, sudah pasti seribu satu macam kesalahan pilihanraya akan ditemui.

Pemantau-pemantau antarabangsa sudah pasti akan mengadu keletihan akibat terlalu banyak yang harus direkodkan. Sedangkan jika memantau pilihanraya di negara-negara jiran seperti Filipina, Indonesia dan Korea Selatan, mereka sering mengadu bahawa sukar untuk mencari kesalahan pilihanraya. Sebab itu - seperti yang dilakukan oleh Regim Junta di Myanma r- Malaysia tidak akan membenarkan pemantau pilihanraya antarabangsa untuk menyaksikan perjalanan pilihanraya di negara ini.

Dalam memorandum yang disampaikan oleh Bersih kepada Parlimen, Rashid dikatakan tidak lagi layak untuk terus mengepalai SPR. Ini akibat daripada daftar pemilih yang masih lagi belum dibersihkan, pemindahan pengundi dari kawasan kubu kuat pembangkang, tindakan Rashid mempertikaikan keputusan mahkamah dalam pilihanraya Likas dan pelbagai lagi sebab.

Sekarang telah jelas, Rashid masih lagi sempat untuk mengepalai SPR dalam pilihanraya umum ke-12. Apakah tindakan yang akan dilakukan oleh NGO dan parti pembangkang yang bergabung dalam Bersih selepas ini? Terus menari mengikut rentak BN atau membuat rentak sendiri?

Memang benar ada pihak yang mendakwa bahawa sama ada Rashid ada atau tidak, sistem pilihanrayanya tetap sama. Akan tetapi apabila melihat sejarah Rashid, memang patut dia dipertikaikan daripada terus mengepalai SPR. Rashid tanpa ragu-ragu telah mempertikaikan keputusan mahkamah dalam pilihanraya Likas.

'Udang di sebalik batu?'

Selain itu, tanpa segan silu Rashid pernah mengeluarkan kenyataan bahawa parti-parti pembangkang tidak akan menang dalam pilihanraya. Bayangkanlah seorang pengerusi SPR yang seharusnya bebas daripada memihak kepada mana-mana parti politik, menggeluarkan kenyataan bahawa parti-parti pembangkang tidak akan menang.

Selain itu Rashid juga sering mengeluarkan kenyataan yang bercanggah. Sebelum pilihanraya kecil Batu Talam pada tahun 2006, beliau mengatakan bahawa SPR perlu diberikan lebih kuasa untuk memastikan pilihanraya di Malaysia adil kepada semua pihak. Tidak berapa lama selepas itu beliau pula yang bersungguh-sungguh mengatakan bahawa tidak ada masalah dalam pilihanraya di Malaysia.

Atau mungkinkah kenyataannya sebelum Pilihanraya Kecil Batu Talam adalah "bargaining power" yang digunakan agar kontraknya dilanjutkan lagi? Sekarang Rashid telah berjaya untuk mengepalai SPR dalam tempoh setahun lagi. Apa yang akan beliau lakukan bagi membalas jasa ahli Parlimen BN yang memastikan beliau terus menjadi pengerusi SPR setahun lagi?

Salah satu perkara lagi yang harus dipersoalkan ialah mengapa BN beriya-iya mahukan Rashid terus mengepalai SPR? Apakah ada "udang di sebalik batu"? Apakah hanya Rashid yang mampu memastikan mandat besar yang diperolehi oleh BN pada tahun 2004, dapat dipertahankan?

Apakah perlu satu lagi perhimpunan yang lebih besar sebelum pilihanraya umum ke-12 untuk memastikan agar pilihanraya dapat dibersihkan. Lebih baik ia diadakan sebelum pilihanraya umum ke-12. Jika NGO dan parti-parti pembangkang hanya akan mengambil tindakan selepas keputusan pilihanraya umum ke-12 diumumkan, maka mereka sudah terlambat.

Malahan parti-parti pembangkang akan dikatakan hanya membuat bising selepas kalah dalam pilihanraya. Sekarang masa telah tiba untuk bertindak. Kekuatan rakyat haruslah dimobilisasi agar cita-cita untuk mendaulatkan demokrasi akan tercapai.


Percubaan mengheret PAS dalam isu Hindraf

Amin Iskandar | Dec 4, 07 6:50pm

Sepuluh hari selepas perhimpunan Hindraf (Hindu Rights Action Force), media arus perdana masih lagi bercerita tentangnya. Hindraf bukan sahaja telah berjaya mendapatkan perhatian di dalam negara, tetapi juga berjaya menyampaikan mesej mereka di peringkat antarabangsa.

Hindraf telah menyebabkan pemimpin kerajaan, terutamanya pemimpin Umno panik dan menggelabah. Ramai yang melenting dengan perhimpunan dan tuntutan Hindraf. Yang paling ektrim dalam menjawab isu Hindraf ini ialah Nazri Aziz dan Zainuddin Maidin. Nazri dan Zainuddin kedua-duanya bersependapat bahawa Hindraf tidak layak berjumpa denganPerdana Menteri.

Berikut adalah kenyataan Nazri:

KUALA LUMPUR 3 Dis. – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, beliau berpendapat pemimpin Hindu Rights Action Force (Hindraf) tidak perlu berjumpa dengan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kerana mereka telah melakukan perbuatan yang menyalahi undang-undang negara dengan menganjurkan perhimpunan haram di ibu negara bulan lepas.

“Saya tidak ada bantahan sekiranya Perdana Menteri bersetuju untuk berjumpa dengan mereka tapi kerajaan tidak perlu tunduk kepada ugutan sesiapa kerana selama ini tiada kaum yang dipinggirkan di Malaysia,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini ketika diminta mengulas hasrat Hindraf untuk menemui Abdullah bagi berbincang mengenai masalah yang dihadapi oleh masyarakat India di Malaysia (
Utusan Malaysia, 4 Disember 2007).

Manakala Zam pula berkata:

“Bukan taraf seorang Perdana Menteri untuk bertemu dengan sebuah pertubuhan yang hina dan mempunyai taraf yang rendah kerana bertindak seperti samseng jalanan dengan melanggar undang-undang negara,” katanya kepada pemberita selepas melawat pusat media di Pameran Antarabangsa Maritim dan Udara Langkawi (LIMA) di sini, hari ini.

Zainuddin berkata, bukanlah taraf bagi seorang Perdana Menteri untuk bertemu dengan golongan yang telah menimbulkan huru-hara dan menggunakan cara kekerasan untuk mengugut kerajaan (
Utusan Malaysia, 4 Disember 2007).

Hairan bin ajaib. Hindraf pada mulanya diserang oleh kerana mereka dikatakan telah membelakangkan pemimpin negara akibat dari tindakan menghantar memorandum kepada kerajaan British. Dan sekarang apabila mereka mahu bertemu dengan Perdana Menteri, mereka diperlekehkan pula oleh pemimpin kerajaan. Ternyatalah bahawa perhimpunan Hindraf telah berjaya memberikan kesan yang mendalam kepada pemimpin Umno.

Percubaan mengheret PAS

Selepas perhimpunan Hindraf, ramai pihak telah menuding jari kepada kerajaan Barisan Nasional (BN). Kerajaan BN dikatakan gagal untuk memerintah Malaysia dengan baik oleh kerana selepas 50 tahun Merdeka, masih ada lagi kaum minoriti yang mengatakan mereka dipinggirkan. Dengan hanya satu perhimpunan yang dianjurkan oleh Hindraf telah menyebabkan keharmonian antara kaum yang sentiasa diwar-warkan oleh kerajaan BN di peringkat antarabangsa, mula diragui.

Sejak awal lagi Umno melalui Ketua Pemudanya, Hishamuddin Tun Hussein telah mengeluarkan kenyataan meminta PAS menyatakan pendirian mereka berhubung dengan isu Hindraf. Mengapa Ketua Pemuda Umno itu beriya-iya mahukan PAS terlibat sama dalam kemelut Hindraf?

Jawapannya tidak lain tidak bukan ialah untuk mengheret PAS terlibat sama dalam masalah Umno. Jika Umno dapat mengheret PAS dengan menggunakan isu Melayu dan agama Islam, secara tidak langsung pencabar utama Umno itu akan bersama-sama membantu menyelesaikan masalah yang berlaku akibat daripada politik perkauman yang diwarisi daripada penjajah British itu.

Kerajaan campuran

Khabar-khabar angin juga telah bertiup mengatakan bahawa PAS sedang berunding dengan Umno untuk mengadakan kerajaan campuran dalam pilihanraya umum akan datang. Dari segi sejarah politik Malaysia, ini pernah berlaku. Selepas berlakunya tragedi berdarah 13 Mei 1969, PAS telah menyertai BN dalam tahun 1974. Malahan, Tan Sri Datuk Asri bin Haji Muda pernah dilantik menjadi Menteri Pembangunan Tanah dan Kemajuan Wilayah.

Ini yang mendorong khabar-khabar angin bahawa PAS dan Umno akan mendirikan kerajaan campuran. Asas kepada khabar angin ini ialah orang Melayu telah dicabar.

Namun Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa telah menafikan bahawa ada usaha di antara PAS dan Umno untuk mendirikan kerajaan campuran. Beliau berkata bahawa pimpinan PAS ada bertemu dengan pimpinan Umno untuk membincangkan mengenai isu kepentingan Melayu-Islam tetapi tidak pernah berbincang mengenai kerajaan campuran.

PAS ternyata sudah bijak dalam menangani provokasi. Gandingan golongan Ulama dan golongan profesional telah menunjukkan bahawa parti Melayu yang menjadi pencabar utama kepada Umno itu tidak lagi mudah untuk dipengaruhi dengan isu-isu dan masalah-masalah Umno.

Selepas berjaya membuka mata dunia dengan kecekapan anggota Unit Amal dalam memastikan perhimpunan Bersih pada 10 November berjalan dengan aman, PAS sekali lagi menunjukkan kebijaksanaan mereka berpolitik dalam isu Hindraf ini dengan tidak melenting secara melulu.

Setiausaha Akhbar kepada Presiden PAS, Roslan Shahrir mengatakan bahawa Umno, MIC dan BN telah terperangkap dalam isu Hindraf oleh kerana selama ini, undi daripada Masyarakat India merupakan tunggak kepada kekuatan BN. Sebagai contoh ialah apa yang berlaku dalam pilihanraya kecil Ijok di mana BN dapat mengalahkan PKR dengan bantuan undi masyarakat India.

Selain daripada itu, Presiden PAS sendiri telah menggeluarkan kenyataan mengenai isu Hindraf. Berikut adalah petikan kenyataan beliau.

“PAS dengan ini menyeru seluruh rakyat Malaysia agar tidak terpengaruh dengan mainan pihak media yang didalangi oleh Umno dan Barisan Nasional yang cuba mencetuskan ketegangan kaum bagi tujuan meraih undi rakyat dalam pilihanraya umum yang akan datang. Akhirnya yang menjadi mangsa adalah rakyat dan pimpinan parti-parti pembangkang sebagaimana semasa "Operasi Lalang" tahun 1987 dahulu.”

Nampaknya usaha Umno untuk mengheret PAS untuk bersama-sama mereka dalam menangani isu Hindraf telah gagal. Apa lagi selepas ini


Polis sekat perhimpunan penyokong Hindraf di Kamunting

Andrew Ong | Dec 16, 07 6:59pm

Polis hari ini menghalang para penyokong Hindraf daripada mengadakan perhimpunan di Pusat Tahanan Kamunting di mana keluarga lima pemimpin Hindraf yang sedang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di situ mahu mengadakan upacara sembahyang.

Polis mengambil pendekatan memujuk dan psikologi untuk menghalang penyokong Hindraf daripada berhimpun di kawasan tersebut -- berbeza dengan kebiasaannya di mana gas pemedih mata dan meriam air digunakan untuk menyuraikan orangramai seperti dalam perhimpunan Hindraf dan Bersih di ibunegara bulan lalu.

Bagaimanapun, sekurang-kurangnya lima trak Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan sebuah trak meriam air ditempat di sebuah kompleks sukan yang terletak kira-kira 100 meter dari pusat tahanan tersebut.

Sejak awal pagi lagi, beberapa sekatan jalanraya diadakan dekat pusat tahanan tersebut di mana setiap polis mengambil butiran diri pengguna dan penumpang kenderaan keturunan India.

“Saya bagi tahu mereka yang kami mahu pergi ke pusat tahanan tersebut. Seorang anggota polis wanita berkata, mereka telah menahan 50 orang dan berkata, saya boleh pergi atas risiko sendiri," kata seorang penyokong Hindraf dari Kuala Lumpur.

Beberapa penyokong Hindraf turut memberitahu perkara yang sama kepada Malaysiakini, tetapi Ketua Polis Taiping, ACP Raja Musa Raja Razak, berkata tidak ada tangkapan dibuat pagi tadi.

Usaha memujuk

Penyokong dari pelbagai negeri datang ke Kamunting selepas mendapatkan tahu yang keluarga lima pemimpin Hindraf yang ditahan di situ, akan mengadakan upacara bersembahyang hari ini.

Di Kamunting, Raja Musa dan anggotanya sibuk meminta kumpulan-kumpulan kecil penyokong Hindraf supaya bersurai dari situ.

Beliau sebaliknya meminta mereka pergi ke kuil berhampiran untuk mengadakan upacara sembahyang di sana.

Kerana tidak dapat berhimpun di pusat tahanan tersebut, keluarga tahanan serta para penyokong bergerak ke Kuil Sri Mariamman dekat situ di mana mereka melepaskan 36 burung merpati sebagai tanda simbolik menuntut pembebasan mereka.

Selain lima pemimpin Hindraf yang ditahan di situ, 31 orang lagi penyokong Hindraf ditahan reman selepas didakwa di mahkamah atas tuduhan cubaan membunuh.;

Upacara bersembahyang diadakan sebelum RS Thanenthiran diumumkan sebagai penyelaras baru, ekoran penahanan lima pemimpin Hindraf di bawah ISA.

“P Waythamoorthy masih lagi pengerusi Hindraf. Beliau akan memimpin dari luar negeri. Saya hanya menjaga halehwal Hindraf di sini sehingga kelima-lima pemimpin Hindraf itu dibebaskan," kata Thanenthiran kepada kira-kira 500 penyokong di kuil tersebut. Bagaimanapun, menurut pihak penganjur, sekurang-kurangnya 2,000 penyokong hadir.

Kuasa rakyat’

Kemudian, isteri tiga tahanan terbabit memberi ucapan ringkas yang penuh emosi, kepada mereka yang berhimpun di situ.

Penyokong Hindraf yang lain turut memberi ucapan ringkas yang disambut dengan laungan 'Hidup Hindra' dan 'Hidup Makkal Sakhti (kuasa rakyat)'.

Selepas berhimpunan selama sejam, orang ramai bersurai secara aman.

Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Thanenthiran (kiri) berkata, perhimpunan hari ini diadakan sebagai tanda sokongan kepada lima pemimpin Hindraf yang ditahan di situ serta keluarga mereka.

Beliau menggesa kerajaan sama ada menghadapkan lima pemimpin Hindraf itu ke mahkamah atau membebaskan mereka.
Berita asal


(Foto oleh Andrew Ong)


Nik Aziz jadikan kediaman rasmi tempat perpindahan mangsa banjir


Salmah Mat Husain
Sun | Dec 16, 07 | 2:46:52 pm MYT

KOTA BHARU, 16 Disember (hrkh) - Mungkin tidak berlaku di tempat lain, namun ianya berlaku di negeri Kelantan, apabila Menteri Besarnya, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, menjadikan kediaman rasminya JKR 10, sebagai tempat perpindahan mangsa banjir.

Seramai 265 orang dari 69 keluarga telah bermalam di dewan kediaman rasmi Menteri Besar, yang terletak di Kampung Sireh sejak tiga hari lalu.

Rumah rasmi tersebut sudah dua kali dijadikan tempat perpindahan mangsa banjir di mana buat kali pertamanya pada tahun 2004.

Mangsa yang kesemuanya tinggal di Kampung Sireh termasuk sekeluarga dari masyarakat Cina bersyukur kerana diberi peluang berada di situ.

Rata-rata mangsa banjir ditemui melahirkan rasa seronok berada di situ sehingga dapat melupai masaalah yang berlaku pada mereka.

Kaum Cina dilayan baik

Seorang warga Cina, Kang King Liean, ketika ditemui melahirkan rasa seronok ditempatkan di situ.

Katanya, walaupun hanya beliau bersama ibu serta anaknya Robert Lim, yang berbangsa Cina, namun mangsa yang lain melayan keluarganya begitu baik sekali.

"Saya tidak menghadapi sebarang masaalah di sini, mereka yang senasib dengan saya, semuanya baik dan tidak ada masalah langsung.

"Apa yang mereka makan, itulah yang saya makan," ujarnya dengan gembira ketika ditemui di tempat perpindahan banjir itu.

Liean memberitahu, sebelum ini beliau menumpang rumah saudaranya di Kota Bharu, namun sekarang beliau tidak ingin lagi menyusahkan saudaranya.

"Bagus Menteri Besar kita, bagi peluang pada kita untuk tinggal di sini," Âujarnya. Sementara itu Mohd Hanif Aiman Che Loh, 16, memberitahu sejak beliau tinggal di situ dua hari lalu, tidak kurang dua kali Anggota Dewan Undangan Negeri (Dun) Bunut Payong, Dato' Takiyuddin Hassan, menjenguk mereka.

Menurutnya, Takiyuddin hanya akan pulang ke rumah pada pukul 2.00 atau 3.00 pagi setelah menguruskan keperluan mangsa banjir di sini.

"Sebelum ni keluarga kami lima orang kesemuanya menumpang di rumah kakak di Kota Bharu, tetapi untuk tahun ni, kami nak beralih angina menumpang di sini," ujarnya.

Hanif memberitahu, sewaktu anggota penyelamat ke rumahnya untuk menyelamatkan keluarganya, paras air di atas rumahnya sudah mencecah ke paras betis.

Terima kasih 'Tok Guru'

Siti Apuan Yusof, 59, mengakui beliau tidak begitu penat menghadapi musim banjir sejak 10 tahun kebelakangan ini kerana ianya jarang berlaku berbanding sebelum ini.

Menurutnya, dua tahun lalu iaitu pada tahun 2006 dan 2005, beliau tidak perlu berpindah kerana banjir tidak berlaku di negeri ini.

"Kalau adapun mungkin di sebelah Hulu Kelantan seperti di Gua Musang, tetapi kami di sini alhamdulillah, tidak berlaku setiap tahun," ujarnya.

Beliau yang turut berpindah bersama 17 orang anggota keluarga termasuk cucu-cucunya mengakui tidak menghadapi masaalah berada di situ.

"Terima kasih banyaklah pada tok guru (Nik Aziz) beri peluang pada kami untuk menginap sementara di sini," ujarnya.

Sementara itu, Samiah Ahmad, 46, turut mengakui banjir di Kelantan sudah berkurangan berbanding sebelum ini.

"Saya ingat sewaktu kecil dulu tiap-tiap tahun, wajib berpindah bila saja tiba musim tengkujuh, tak tahulah, mungkin kerana keberkatan agaknya, alhamdulillah," ujarnya lagi yang berpindah bersama tujuh orang anggota keluarganya yang lain./wann


MENJANA KEMENANGAN PRU KE 12


BENGKEL PENERANGAN KETUA BAHAGIAN KEADILAN PULAU PINANG DILANCARKAN DI TASEK GELUGOR.


Oleh:Wartawan Rasmi Laman Reformasi


Tasek Gelugor 16 Disember 2007-Perasmian Majlis penerangan yang diwakili oleh semua ketua-ketua Pengarah Pilihanraya Bahagian ,Pengarah Penerangan Bahagian,Setiausaha Bahagian telah dijalankan di Pejabat PKR Bahagian Tasek Gelugor semalam dengan jayanya. Majlis yang dianjurkan oleh Pejabat Pilihanraya negeri yang diketuai oleh Sdr Mustaffa Kamal dan timbalannya En Ariffin ini bertujuan untuk mencambahkan idea dan strategi menghadapi pilihanraya yang ke 12 akan datang.


Majlis yang diselenggarakan oleh Sdr Johari Abdul ini kemudianya di rasmikan oleh Sdr Azmin Ali ini telah dihadiri oleh semua bahagian di Pulau Pinang yang membentangkan potensi serta matlamat parti bagi menghadapi pilihanraya ke 12.



Dalam usaha menawan negeri ,PKR sudah bersiap sedia dengan berbagai cabaran yang bakal ditempuhi dan oleh yang demikian persediaan dan strategi bagi menawan setiap Bahagian dan KADUN di Pulau Pinang yang ditandingi PKR, memerlukan strategi yang berkesan .Tanpa strategi,usaha yang padu,sokongan,kerjasama, serta berbagai lagi strategi dan penerangan akan menjadikan sesuatu bahagian itu mungkin akan menjadi lemah atau pun mungkin akan tewas jika diambilkira daya usaha dan kesungguhan penerangan dan strategi yang telah dirancang atau dijalankan selama ini.Belum tentu bahagian yang telah menang akan mengekalkan kemenangan jika usaha yang dijalankan sambil lewa tanpa adanya kerjasama yang jitu dan padu.rakyat boleh berubah bila-bila masa jika pihak yang diamanahkan gagal menarik minat pengundi dengan program penerangan,yang berjaya memikat pengundi.


Usaha yang dijalankan bersama oleh bahagian Tasek Gelugordan kerjasama pejabat pilihanraya negeri ini , patut dipuji kerana telah berjaya menyewa sebuah rumah banggalow , dan telah berpindah ke pejabat baru ini kira-kira 6 bulan yang lalu.Meski pun dengan ketiadaan dana yang mencukupi, namun dengan sokongan dan daya usaha yang jitu serta kerjasama semua ahli telah berjaya menjadikan bahagian Tasek gelugor antara bahagian yang dianggap mempunyai potensi untuk menawan sekurang-kurangnya 1 kerusi atau pun Bahagian Tasek Gelugor sendiri dengan usaha yang keras dan kerjasama yang jitu diantara ahli. Apa pun kemenangan dalam pilihanraya yang ke 12 ini dijangkakan akan lebih menarik buat PKR negeri.