BERJUMPA PEMAIN INDUSTRY GEELY

 








Petang tadi saya menerima kunjungan hormat daripada En. Li Shufu (Eric Li), Pengerusi Zhejiang Geely Holding Group Co., Ltd. (Geely) dan YBhg. Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary seraya diapit YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri.


Pertemuan ini adalah bukti bahawa Geely menyusul pelaburan komited berjumlah RM32 bilion yang saya umumkan sebagai sebahagian daripada hasil lawatan rasmi saya ke negara China pada akhir Mac tahun ini. 


Sayugia, Geely merupakan gergasi automotif dunia dan juga rakan kongsi strategik konglomerat Malaysia, DRB-HICOM. 


Dalam pertemuan ini, Geely berkongsi perancangan mereka bagi meningkatkan lagi pelaburan di Malaysia, ini termasuklah memperkukuhkan Malaysia sebagai hub pengeluar kenderaan bagi tujuan eksport. 


Sementelahan, Geely akan meningkatkan penyertaan dalam bidang penyelidikan dan pembangunan serta penyediaan tenaga mahir tempatan yang selari dengan keperluan industri pada masa hadapan.


Moga yang dirancang ini akan membuahkan hasil kepada ekonomi negara, Insya-Allah.


#MalaysiaMADANI



No comments: