Anwar nak jadi PM ke selebriti?"


Untuk pengetahuan semua, PM memang kena jadi selebriti. Sebab PM kan pemimpin tertinggi dalam kerajaan selepas YDP Agong. Kedua, PM mendapat jawatan melalui pilihanraya. Jadi PM kena  popular. Itu memang sifat demokrasi. Tak popular, memang hanyut la PRU akan datang.


Takkan nak jadi macam Mahiaddin dulu. Berjalan di pasar malam, walaupun jalan perlahan je macam orang baru keluar ICU, tak macam DS Anwar yang jalan laju, tapi orang keliling buat tak tahu. Itu tak macam PM tapi macam pengemis populariti.


Lebih utama popular di peringkat antarabangsa, di kalangan pemimpin dunia dan paling penting di kalangan pelabur. Sebab itulah caranya untuk tarik perhatian dunia. Ini PM nak buat sidang parlimen pun takut, nak tarik pelabur macamana?


Rakyat patut bangga punyai PM selebriti seperti DS Anwar. Sampai akhbar luar negara malahan media antarabangsa cover beritanya. Malah buat artikel khas tentang ucapan, dasar dan polisinya. Itu bakal menampakkan Malaysia satu destinasi pelaburan yang menarik.


Sebab pelabur tak baca Sinar atau tonton TikTok. Mereka baca berita dari agensi rasmi dan majalah perniagaan. Jadi bila majalah sebegini cover berita DS Anwar tanpa perlu dibayar seperti dibuat oleh pemimpin lain sebelum ini, kita wajar berbangga.


Yang jadi masalahnya, PN ni hati hitam. Dia punya cemburu dan iri hati terhadap DS Anwar sampai  sanggup nak spin perkara yang elok bagi nampak tak elok. PN setakat ini yang aku nampak, demi nak kuasa, mereka sanggup sampai tahap hancurkan negara ini. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


..


No comments: