WALAU PUN JENAMA TEMPATAN DENGAN NAMA "TIMAH" , KADAR ORANG MABUK MASIH TIDAK TERBENDUNG.AZAM POLITI TAPI BUKAN UNDANG UNDANG ISLE SEBAGAIMANA YANG DIJANJI OLEH SEBUAH PARTI AGAMA DI MALAYSIA

 


Kes pemandu mabuk di Malaysia turun akibat azam politik, kata Wee




Wee Ka Siong ialah speaker pertama dalam panel pelbagai pihak berkepentingan Mesyuarat Peringkat Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai keselamatan jalan raya semalam.

NEW YORK: Malaysia berjaya mengurangkan kes kemalangan jalan raya berkaitan pengambilan alkohol atau dadah disebabkan keazaman politik kerajaan sejak dua tahun lalu.

Menteri Pengangkutan, Wee Ka Siong berkata demikian sebagai speaker pertama dalam panel pelbagai pihak berkepentingan Mesyuarat Peringkat Tinggi (HLM) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengenai keselamatan jalan raya semalam.

Beliau berkata, keazaman politik demikian adalah faktor besar dalam membantu mengurangkan tragedi jalan raya sejak era pandemik bermula.

“Perlu ada keazaman politik untuk menangani isu (kematian di jalan raya) dengan sangat serius,” katanya yang merupakan antara empat anggota panel membincangkan topik “Menggabungkan keselamatan jalan raya dalam pembangunan mampan: keazaman politik dan pendekatan menyeluruh kerajaan.”

No comments: