Harga sawit hanya 12 sen sekilogram, peladang termenung


Harga sawit hanya 12 sen sekilogram, peladang termenung

Harga sawit hanya 12 sen sekilogram, peladang termenung

Harga sawit hanya 12 sen sekilogram, peladang termenung.Harga sawit yang terus jatuh sehingga 400 rupiah (0.12 sen) sekilogram menyebabkan golongan peladang buntu dan membuat keputusan untuk berhenti menanam tanaman komoditi tersebut.

Bagi meneruskan kehidupan, mereka sanggup melakukan pelbagai kerja dan membiarkan kelapa sawit tumbuh tanpa perawatan dan pengumpulan.

Katanya, dengan harga 400 rupiah sekilogram, jumlah itu tidak cukup untuk peladang kecil-kecilan seperti dia untuk meneruskan penanaman.

Selain itu, Affandi juga tidak mampu membayar upah tenaga pekerja untuk mengumpul buah sawit yang sudah masak.

“Saya perlu membayar upah sekurang-kurangnya 200,000 rupiah (RM59) bagi setiap satu tan buah sawit yang dikumpul.

“Tapi dengan harga buah yang begitu murah ketika ini, bagaimana saya mampu untuk mengupah pekerja? Akhirnya kesemua buah yang sudah masak akan dibiarkan begitu sahaja sehingga busuk.

“Jual atau tidak, sama sahaja selagi harga terus turun,” luahnya.

Affandi juga mengakui dia pernah menjadi buruh binaan dan menoreh getah asalkan keperluan keluarganya dapat dipenuhi.

Sementara itu, sejumlah pengusaha ladang kelapa sawit turut membuat keputusan berhenti membeli tanaman komoditi itu daripada golongan peladang.

Seorang daripadanya, Ahmad Muaz memberitahu, harga yang paling tinggi mereka tawarkan untuk membeli sawit daripada peladang adalah antara 500-700 rupiah (0.15 sen-0.21 sen) sekilogram.

“Kalau beli tetapi tidak boleh dijual, apa gunanya? Maka banyak dalam kalangan kami membuat keputusan menutup perusahaan daripada menanggung kerugian yang tinggi,” katanya.