BN tak ada pemikiran ke depan selesaikan hara barang
Pengapungan harga telur ayam dan penarikan subsidi minyak masak botol mulai hari ini akan memicu kenaikan harga pada minggu minggu akan datang.
Menurut Ahli Parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid, situasi lintang pukang yang terjadi dalam negara hari ini adalah kerana kerajaan BN – PN yang memerintah tidak ada kerangka bertindak jelas.
Hal itu, katanya, akibat rampasan kuasa yang dilakukan pada 2020 lalu dan kerajaan memerintah tanpa ada manifesto, apatah lagi polisi yang telah direncanakan untuk kawalan inflasi.
“Apa yang jelas bila rampasan kuasa oleh BN – PN mereka hilang punca. Mereka ada 70 menteri tetapi tidka ada kerangka dasar untuk menyelesaikan masalah
“Apabila subsidi ditarik pada 1 Julai, jelas kelihatan kelemahan kerajaan BN – PN. Memperlihatkan kepada kita untuk menyelesaikan masalah (kekurangan hasil) mereka tekan rakyat, biar rakyat muntah darah pun tak apa, menderita tak peduli yang mereka nak tahu ialah pendapatan.
“Sebab itu saya tak terperanjat bila Najib cadang kenakan semula GST untuk tekan lagi rakyat,” katanya.
Tegas Abdullah, rakyat Malaysia tidak wajar menghadapi situasi terburuk sebagaimana sekarang kerana negara ini mempunyai hasil yang pelbagai dari petroleum sehinggalah sumber sawit dan getah yang boleh dipasarkan ke seluruh dunia.
Katanya, dari hasil yang banyak itu harus dikembalikan kepada rakyat dalam bentuk susbsidi.
“Saya sedih pada 1 Julai ini barangan tidak lagi dikawal, apungan berlaku.
“Ada pula cadang RON 95 ditarik subsidi. Sebab orang kaya pun pakai. Sebabnya mereka ini nak jimat. Kerana M40 dan jatuh jadi B40.
“Jadi kita (kerajaan) kenalah cari penyelesaian,” ujarnya.
Beliau juga mengulas mengenai penarikan subsidi minyak masak botol.
Katanya, minyak masak paket berharga RM2.50 sukar didapati di pasar raya dan rakyat kini terpaksa membeli minyak botol.
Jika harga dinaikkan maka rakyat perlu menggunakan peruntukan untuk keperluan lain semata mata memberi minyak masak.
Abdullah juga menyifatkan kerajaan PN – BN tidak mempunyai perancangan ke hadapan untuk memperbaiki keadaan.
Beliau yang pernah mengusulkan skim bantuan pekerja sekiranya berlaku pembuangan pekerja dan mengusulkannya pada 2009 lalu kerana menjangkakan dalam 10 tahun pasti akan ada pembungan pekerja secara besar besaran, membidas kerajaan yang tidak mampu menyelesaikan masalah harga barang.
“Waktu itu saya bicara soal pekerja, apa akan berlaku kepada pekerja 10 tahun akan datang. Saya jangka akan berlaku satu gelombang besar pembuangan kerja yang melibatkan 1 juta orang.
“Saya kata persiapan itu perlu dibuat. Dan Alhamdulillah SIP, skim bantuan pekerja telah dijadikan akta dan dilaksanakan dan hampir 600,000 dibantu dengan SIP dalam Covid 19
“Kita kena ada kerangka. Esok apa yang berlaku kita kena buat study. Menteri banyak, tak kan semua menteri bengap? Kita kena tahu derita rakyat perlu diutamakan. Jangan kemaruk kuasa, jawatan.
“Rakyat perlu fikir, 10 tahun akan datang apa akan berlaku kepada kita. Pikirlah untuk masa depan anak cucu kita,” katanya lagi.
Beliau juga membidas pemimpin Pas yang sibuk dengan perjuangan Islam tetapi rakyat terus ditindas dan hal itu tidak pernah ada dalam ajaran Islam.