BANGSA KU YANG TERUS DIJAJAH






Ok Melayu stop cerita Mat Kilau, org miskin sdg menangis

BILA MELAYU BERANG MINYAK MASAK NAIK


Bila ada kenaikan harga barang (inflasi), bila dikenakan cukai sana sini yg tinggi dan bermacam mcm lagi tekanan hidup yg membebankan… org Melayu merungut, marah tapi dia tak mahu tahu kenapa ia terjadi???


Mereka umpama anjing menyalak bukit. Org kecil yg menentang org besar yg berpengaruh yg tidak membawa apa2 kesan. Yg terkesan adalah diri mereka sendiri.


Ini yg dpt saya lihat begitu ramai yg merungut di wall FB dan Twitter. Begitu juga di group Whatsapp keluarga dan sahabat handai semua merungut. Yg lucu mereka merungut umpama org yg kena gastrik hanya berkata pedih ulu hati tapi terus makan cili padi. Dia tak tahu kenapa gastriknya semakin teruk dan tidak sembuh.


Beginilah nasib bangsaku yg tidak mahu ambil peduli soal politik. Politik itu jika kita tidak ambil tahu jgn ingat ia tidak memberi apa2 kesan kpd kehidupan anda. Segala yg berlaku disekeliling kita semuanya ada kaitan dgn politik. 


Ada org kata “Aku tak campur politik… semua sama sahaja.” Tak sama bangsaku. Masih ingat harga minyak di zaman PH… berapa harga ketika itu?


Hanya dua tahun lebih dahulu harga minyak zaman PH RM16.99. Tapi PH difitnah macam2 kononnya bangsa Melayu tergadai… akhirnya kerajaan sifar korup ini dijatuhkan atas nama Melayu.


Naik sahaja beberapa bulan kerajaan PN harga minyak masak naik mendadak RM 29.70. Kemudian naik sahaja kerajaan BN RM 42.50…. Ia inilah kerajaan Melayu yg kononnya ingin membela org Melayu. Sekarang bagaimana percaya kata2 mulut penjual bangsa dan agama ini lagi?


Org Melayu mereka tidak tahu kenapa harga di luar kawalan. Yg mereka tahu merungut tanpa mereka sedari tangan2 merekalah yg menyumbangkan inflasi menggila ini. Kerana pemikiran hamba yg mudah dijajah bangsa sendirilah yg buat mereka merana. Hei bangsa Melayu belajarlah apa yg terjadi kpd Mat Kilau.


Antara faktor penyumbang kenaikkan harga barang kerana kerajaan gagal utk memberi subsidi utk mengawal harga tersebut. Kenapa kerajaan gagal menambah subsidi?….sebab kerajaan sudah tiada duit.


Kenapa duit kerajaan sudah tiada? Sebab kerajaan nak tanggung berbillion berpuluh jamaah Menteri. Kerajaan teruskan projek mega berbillion, pembelian kapal perang berbilion billion utk mencairkan wang rakyat utk dimasukkan ke poket2 kroni…


Lihatlah Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) FGV Holdings Berhad (FGV). Yg mereka bincangkan bukannya nasib peneroka tetapi meluluskan beratus ribu elaun2 Pengarah2 mereka. 


Sebab apa mereka berani buat sb mereka tahu org Melayu ini mudah diperbodohkan. Ingat jika org Melayu ini bijak mereka berani luluskan wang rakyat sebegitu rupa. Lihat sahaja negara kita kaya tapi berhutang hingga trillion. Negara jadi miskin tapi pemimpin kaya raya. 


Penyumbang lain berkait dgn faktor rasuah juga apabila minyak masak bersubsidi yg dijual dlm polibeg 1kg berlaku kekurangan kerana aktiviti penyeludupan minyak bersubsidi.


Indonesia negara yg semakin maju dan merupakan pengeluar minyak sawit terbesar di dunia telah mengambil tindakan segera utk menggantung eksport minyak masak dan minyak sawit mentah mulai 28 April lagi utk menstabilkan harga di negara itu.


Kesannya tempias terkena negara kita. Yg lucunya Malaysia antara negara pengeksport minyak sawit mentah dunia yg terbesar tapi tak boleh kawal harga minyak masak. 


Beberapa minggu dulu saya nak beli minyak masak sukar didapati di pasaraya tapi bila naik sahaja harga penuh supermarket minyak masak semalam. Kerajaan pun kena game sebab ia kerajaan yg lemah dan korup.


Patut kerajaan memperkenalkan harga dua peringkat utk minyak sawit mentah bagi tujuan eksport dan domestik. Jadi harga minyak masak tempatan akn menjadi lebih murah bahkan subsidi ditanggung kerajaan akn berkurangan. 


Malangnya yang subsidi kena seludup pula. …