BHAI...MEMANG TAK SALAH..TAPI KAU PENIPU KALAU KAU LOMPAT..MUKA TAK MALU SAJA YANG DOK LOMPAT...NAMA MACAM RASUL..CETEK SANGAT ILMU PEMBOHONG





 

'Lompat parti tidak menyalahi amalan demokrasi' - Rosol


Abd Hadi Che Awang
'Lompat parti tidak menyalahi amalan demokrasi' - Rosol
ROSOL WAHID: Kita negara bebas (untuk keluar parti), (dan) kita boleh sertai apa-apa parti sebab kita (mengamalkan sistem) demokrasi. - Foto fail/BERNAMA
KUALA PERLIS: Mana-mana ahli parlimen di Malaysia tidak mempunyai sebarang halangan untuk melompat parti dan bebas untuk menyertai parti yang lain memandangkan ianya tidak melanggar amalan sistem demokrasi di negara ini.
Menurut Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (AMPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Rosol Wahid, tindakan untuk melompat parti atau beralih arah juga berkemungkinan didorong perasaan tidak puas hati terhadap tindakan di dalam parti yang diwakili ketika ini.
Tambahnya ketika mengulas mengenai tindakan Ahli Parlimen Lahad Datu, Datuk Mohamaddin Ketapi yang mengumumkan keluar daripada Bersatu, tindakan sedemikian juga merupakan hak untuk mana-mana ahli parlimen berdasarkan apa yang dirasakan terbaik buat mereka.
"Kita negara bebas (untuk keluar parti), (dan) kita boleh sertai apa-apa parti sebab kita (mengamalkan sistem) demokrasi, setakat ini tiada halangan untuk seseorang itu berubah parti,
"Mungkin dia rasa parti yang dia ada sekarang tidak dapat membantu atau pun ada something dia tak puas hati dia boleh pergi as long as ianya tidak melanggar undang-undang.
"Bagi saya itu hak dia, sebab dia nak pilih mana terbaik," katanya.
Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas melancarkan Program Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan (ReDI) Negeri Perlis di sebuah hotel di Kuala Perlis pada Rabu.
Pada Selasa, Ahli Parlimen Lahad Datu, Datuk Mohamaddin Ketapi, mengumumkan keluar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

No comments: