Ada yang bertanya kenapa Mat Kilau tidak keluar dari persembunyian selepas Tanah Melayu merdeka? -Dr Hafidzi Mohd Noor

 



Ada yang bertanya kenapa Mat Kilau tidak keluar dari persembunyian selepas Tanah Melayu merdeka.

Ramai pahlawan yg bersembunyi sebenarnya. Bila sudah merdekapun Mat kilau tdk yakin kerana British masih memegang kendali politik, ekonomi bahkan keselamatan (military). Apa jaminan Kerajaan Persekutuan selepas baru merdeka akan melindungi Mat Kiĺau yg dicop penderhaka bersama Datuk Bahaman dan Tok Gajah?

[Nota tambahan: seorang tokoh Tuangku Tambusai yg melawan Belanda dlm Perang Paderi (1821 - 35) di Sumatera Barat berhijrah ke Paroi, Seremban NS. Bila pecah perang dgn British di Ampangan 1874 beliau mendiamkan diri dan terlibat membina institusi pendidikan bersama datuk kpd Ust Dr Mohd Farid (mantan Presiden Ikram). Jika British tahu keberadaan beliau pasti akan diekstradisi ke Sumatera kerana British dan Belanda sudah terikat dgn Perjanjian London 1824 dan Sumatera Tektrat 1870)]

British masih mengekalkan pengkalan tenteranya (antaranya pengkalan udara di Minden, pengkalan tentera lautnya di Woodlands). British yg meminpin pasukan keselamatan dalam menghadapi komunis insurgency (darurat) meskipun sudah merdeka pada tahun 1957 (hingga 1960). Bahkan bila berlaku konfrantasi British menggerakkan tentera Komanwel utk menghadapi pencerobohan tentera Indonesia di Sarawak khususnya. Tahun 1965 baru berlaku sedikit peningkatan kepada keselamatan negara. Singapura keluar dari Malaysia dan hubungan antara Indonesia-Malaysia dipulihkan. Aspek keselamatan serantau berpindah ke Indo China. Britain pada waktu ini lebih banyak memberikan sokongan logistik kepada US bahkan melibatkan Australia dalam operasi ketenteraan.

Ketika era 60an yang sangat panas, pelbagai pihak akan dicop sebagai anasir subversif. Sekiranya Mat Kilau muncul pada saat itu beliau boleh sahaja di'amankan' kerana dikhuatiri boleh menjadi inspirasi kepada sesiapa yang melawan walaupun bukan dari kalangan PKM dan agen agen mereka.

Akhirnya beliau muncul pada tahun 1969 pada usia 122 tahun. Itupun satu pasukan penyiasat dibentuk dengan pelbagai pertemuan eksklusif. Satu laporan dikeluarkan dengan penglibatan pelbagai pihak termasuk waris-waris, ketua kampung, peg daerah, arkib, jab muzeum, Jab Sejarah Univ Malaya dan tokoh-tokoh sebanyak 88 halaman. Akhirnya individu yang muncul dgn nama Muhammad bin Ibrahim (No KP 2044778) disahkan sebagai Mat Kilau yang di istihar 'terbunuh' pada tahun 1895.

Dr Hafidzi Mohd Noor

No comments: