HARGA LAPTOP 40 K- SAIFUDDIN NASUTION


https://www.facebook.com/saifuddin.nasution/videos/432230740856186/?t=15


Laptop dibeli dengan harga RM 40,000 seunit. Pasu bunga dibeli dengan harga RM 150 seunit. Pemutar Screw dibeli dengan harga RM 60 seunit. Inilah pembaziran yang berlaku pada zaman kerajaan terdahulu apabila amalan tipuan bida dalam proses perolehan kerajaan tidak dibendung.

Tipuan bida adalah amalan bersifat anti-persaingan di mana pembida projek bersepakat untuk meningkatkan anggaran kos projek dalam proses perolehan kerajaan dan membahagikan keuntungan. Proses tipuan bida ini juga boleh melibatkan unsur rasuah dengan perlibatan pegawai perolehan.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), melalui agensi The Malaysia Competition Commission, telah mulakan proses mengkaji semula proses perolehan kerajaan bagi membanteras amalan tipuan bida. Baru-baru ini, MyCC telah mengenakan penalti RM 1.94 juta terhadap 8 buah syarikat IT kerana didapati bersepakat melakukan tipu bida. (Berita penuh: https://www.malaysiakini.com/news/466699)
Banyak lagi kes dalam siasatan dan tindakan tegas yang sama juga akan diambil. KPDNHEP-Laman Rasmi, melalui MyCC, komited untuk membersihkan proses perolehan kerajaan daripada amalan tipu bida supaya wang yang diamanahkan rakyat dimanfaatkan sepenuhnya untuk rakyat.

No comments: