GUAN ENG:KAMPONG BUAH PALA TIDAK AKAN WUJUD JIKA PR TIDAK CAMPURTANGAN

Update 30 Jun




PULAU PINANG-Ketua Menteri Pulau Pinang-Guan Eng berkata Kampung Buah Pala tidak akan wujud pada hari ini jika kerajaan Pakatan Rakyat tidak campur tangan dalam kes kampung Buah Pala dimana ianya melibatkan kerajaan Barisan Nasional dahulu.





Menurut beliau, kampung Buah Pala sebenarnya adalah isu yang mana melibatkan kerajaan terdahulu dan menyalahkan Koh Tsu Koon yang telah menjual tanah tanpa berunding dengan penduduk setempat.





Beliau juga menjelaskan bahawa sebarang tindakan yang akan di ambil ialah haruslah dilakukan dan diambil tindakan kepada pihak pemaju yang telah mendapat perintah mahkamah untuk membangunkan kampung Buah Pala.




Beliau juga membidas Hindraf kerana memberi ugutan kepada kerajaan Pakatan Rakyat kerana sepatutnya, menurut Guan Eng lagi, Hindraf harus megadakan tunjuk perasan kepada Umno,Bn termasuk MIc,MCa dan juga Gerakan kerana didapati mereka adalah antara agen yang melaksanakan penjualan tanah kepada syarikat swasta tersebut.




Menurut Guan Eng lagi, "KohTsu Koon harus menjawab kepada rakyat kenapa menjual tanah tersebut kepada pemaju serendah harga RM10 kepada pemaju sedangkan harganya melebihi dari harga tersebut." demikian jelas Guan Eng lagi.



Sementara itu menurut Guan Eng lagi, krisis yang berlaku di kampung Buah Pala ini bukan secebis isu tetapi ianya adalah isu dimana setiap masaalah adalah ditanggung bersama.Ianya adalah masaalah yang berkaitan dengan isu masyarakat semua kaum.Malah menurut Guan Eng lagi, kerajaan Pakatan Rakyat telah menaikkan taraf kaum india di Malaysia khasnya di Pualau Pinang kerana telah melantik TKM 2 dari kalangan kaum India, malah beliau juga menjelaskan bahawa Hindraf mempunyai hak dan sebagai kerajaan yang mengamalkan demokrasi mereka berhak melakukan demikian.

No comments: